2018-12-03

Umrah 2018 - Part 2


Alhamdulillah, dah sampai KLIA, Jumaat 30 Nov.
Balik dengan sepakej demam, selsema, batuk, sakit tekak and period.
Sejak dari sampai rumah petang Jumaat sampailah ke hari ni, aku tak tau cerira-ceriti apa yang berlaku di persekitaran melainkan tido dan tido.
Bukannya penat sangat pun tapi batuk.
Jadi dek kerana mentekedarah ubat batuk banyak sangat, maka tido pun terpaksa banyak jugak.

Ya ampun nikmatnya dapat tido atas katil sendiri!
To be honest, sejak berangkat 19 Nov lepas, aku tak tido dengan sempurna.
Perjalanan pergi and balik, masing-masing 9 jam journey, walaupun dengan keadaan seat yang selesa, masih tak mampu buatkan aku nyenyak tido.
Aku ni agaknya kalau dibagi duduk kat kokpit sekalipun tetap takleh tido.
Tapi alhamdulillah asbab ketidakselesaan tu aku dapatlah mengaji sikit.



Kalau nak tau, the day aku pi umrah tu was the same day adik aku tau yang aku nak ke umrah.
Adik En Wan pun sama, dia kata baru hari tu dia dapat tau kitorang nak ke sana.
Padahal mak bapak aku tau pasal ni tapi memang sejenis keluarga yang malas nak kecoh-kecoh agaknya, sampaikan adik-beradik sendiri pun tak tau cerita kakaknya nak berangkat dah petang tu.

Lagipun ini umrah kali ketiga, bukan yang pertama.
Kalau pertama dulu memang kecoh sekampung. Hahaha.

Kali ni pun tak banyak gambar yang aku ambik.
Kali ni malas betul nak bergambar sakan macam dulu-dulu.
Maybe sebab dah pernah sampai.
Atau maybe sebab dah tua.
Kali ni tumpuan lebih kepada nak duduk dalam masjid berlama-lama.
Alhamdulillah, Allah perkenankan.

Perjalanan ke sana bermula pukul 6.50pm, sampai pukul 10.50pm waktu Jeddah (Malaysia 3.50am).
Sepatutnya aku tido dalam flight sebab nak kumpul tenaga untuk buat umrah.
Kalau nak ikutkan macam yang lepas-lepas, dari proses imegresen, perjalanan ke Mekah and umrah akan ambik masa another 5 jam untuk settle.
Kalau aku tak tido atas flight, bermakna aku dah berjaga lebih dari 24 jam, itu sangat melemaukan.

Tapi nak buat camana, kalau dah sejenis penakut naik flight.
Orang lain sedap je bantai membuta.
Aku terkebil-kebil.
Tapi alhamdulillah, asbab ketakutan tu dapatlah aku habiskan 5 juzuk kat atas tu.
Mesti orang kiri kanan kagum dengan level 'keimanan' aku, sampai tak tido semata-mata nak mengaji, padahalllll.

Maunya tak, asal aku nak stop baca Quran je, masa tu la si kapten buat announcement "Kita sedang mengalami cuaca buruk, sila kembali ke tempat duduk masing-masing".
Ada la kot 4 kali announcement macam tu.
Mau tak cuak aku?



Umrah pertama selesai pada 20 Nov, 4.15am (Malaysia 9.15am).
Dalam keadaan takut-takut sebab memikirkan kot-kot period muncul tengah jalan, akhirnya sepanjang 8 hari di Mekah aku dapat beribadat dengan baik, period delay sepanjang tempoh tu.
Alhamdulillah.

Day 1 di sana, lepas umrah, terus balik hotel dan tido.
Tapi tu la kan, walaupun penat tapi memandangkan kepala tu dan tau itu waktu siang, tetap tak dapat nak tido berlama-lama sangat.
Pukul 11am macam tu dah terjaga and terus siap-siap nak ke masjid.

Itulah rutin kitorang di Mekah dalam kebanyakkan masa.
Kalau hari yang takde ziarah tu, memang itu je lah rutinnya.
Banyak bergerak sendiri-sendiri sebab aku nak menghabiskan bacaan jadi aku pilih untuk lepak dalam masjid je.
En Wan yang banyak bergerak sikit dari aku, kejap dia pi dobi, kejap dia pi belikan makanan, kejap dia pi tambah internet quota aku, etc.
Orang lelaki takpe, lagi 10 minit nak masuk waktu pun ruang kosong masih banyak.
Kalau pompuan jangan buat pasal, 30 minit sebelum masuk waktu kau dah tak jumpa tempat nak berdiri dalam ruang solat tu.

Tapi tu la, disebabkan aku plan nak duduk dalam masjid, jadi aku sengaja mengelak dari makan and minum dengan banyak.
Karang asyik nak terkencing je pulak.
Tapi bila dah kurang minum tu, macam-macam sakit dapat.
Bibir kering la, tekak sakit la.
Tapi itu memang biasa.
Dari umrah pertama sampai now, memang itulah penyakit yang paling senang nak dapat kalau kurang minum air.



Day 1 lagi En Wan dah settlekan pembelian sejadah Raudhah untuk lucky draw GreenAard.
Ada 3 sejadah untuk dimenangi.
Bayang-bayangkanlah bersujud dalam Raudhah bila pakai sejadah ni, mudah-mudahan sampai hajat nak ke sana nanti.



Inilah pizza yang wajib singgah everytime ke Mekah.
Kali ni 3 kali aku repeat pizza ni.



Tengok dia punya cheese pizza, dah macam roti nan okeh.



Ni la ubat batuk aku masa kat Mekah.




Ziarah ke tempat-tempat wajib like Jabal Rahmah and Masjid Ji'ranah aku ikut, sebab nak bermiqat.
Tapi dah takde dah nak bergamba macam dulu.
Ni je la yang ada pun, gambar eskrim.

Ziarah ke Hudaibiah lansung tak pergi sebab aku nak baca Quran dalam masjid.
Takde apa sangat pun kat sana, tengok ladang unta je.
Tak kuasa aku.

Alhamdulillah, kali ni aku dapat bacakan semua doa-doa yang dikirim.
Kalau nak ikutkan, macam tak sempat je nak bacakan doa semua orang sebab jumlahnya sangatlah banyak.
Kat IG saja more than 500 request masuk.
Belum lagi kat FB, whatsapp and email.
Mula-mula aku dah cuak juga sempat ke tak aku nak baca semua doa ni sebab kalau boleh aku nak khatam Quran di sana, taknak lah sampai ibadah aku terganggu dek kerana nak membaca doa orang, ye tak?

Haaa....sampai gitu sekali setan menghasut.
Tu pasal aku cakap setan ni sangat experience bab menghasut.
Kalau dia tak berjaya hasut kita buat benda jahat, dia akan hasut kita untuk berkira-kira buat benda baik.

Betul cakap ustaz aku, bila kita banyak baca Quran, Allah akan bagi kita waktu (masa) yang sangat barokah.
Apa yang kita buat semuanya sempat.
Aku dah nampak jelas dah kebenaran kata-kata tu.
Walaupun aku kena menyampaikan doa, tapi aku masih mampu menghabiskan sehingga juzuk 21 di Mekah.
Roughly 2 juzuk sehari (tolak 5 juzuk yang aku baca atas flight).
Itulah the beauty of urusan ibadah.
Kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut kita sekali.
Nampak macam tak sempat nak bacakan doa orang, tapi Allah bagi masa yang cukup barokah.

Macam yang aku cakap dalam previous entry, setiap 20-25 doa aku satukan dalam 1 solat hajat.
Seronok pulak bila aku berpeluang bersolat hajat berkali-kali dalam masjid.
Ye lah, kalau bukan kerana doa-doa ni, aku pun tak jumpa sebab untuk aku solat hajat berkali-kali.

Kiriman doa ni banyak membuka mata hati aku betapa ramai di luar sana yang diuji dengan macam-macam dugaan yang sangat hebat.
Setiap kali aku terkesan dengan doa tu, aku buat solat taubat untuk diri sendiri.
Berkali-kali.
Berjurai-jurai airmata aku.
Terasa selama ni aku selfish sangat asyik meminta-minta tapi kurang bersyukur.
Jadi umrah kali ni Allah hadirkan beratus kiriman doa untuk aku baca and muhasabah diri betapa aku ada banyak perkara yang boleh disyukuri.

Terima kasih kat korang yang sudi berkongsi rasa dengan aku.
Koranglah yang banyak buatkan aku bertaubat di sana.
Thank you so much.



Diana dan makanan berpisah tiada.

Kali ni di sana kitorang banyak makan di luar berbanding hotel.
Sebab makanan kat hotel adalah makanan melayu yang dimelayukan oleh Pak Arab, jadi hasilnya tak sedap lansung.
Nasik goreng pun pakai beras Arab u olls.
Jadi sebelum mulut aku celupar mengkondem macam-macam kat sana, baiklah aku membawa diri ke cafe yang berdekatan.

Kali ni aku ambil pakej Simply Umrah.
First time jugak dengar pakej ni.
Kitorang jumpa pakej ni masa kat Matta Fair bulan 8 hari tu.
Takde plan pun, saja je cuci mata.
Pastu lalu kat area umrah then En Wan cakap "Jom pi umrah nak?"

Aku ni kalau nak ajak aku duduk lama dalam flight kalau selain ke umrah memang payah sikit aku nak setuju.
Kalau sebut umrah je, "Jommmm!"

Simply Umrah ni ada satu je pakej hotel iaitu Safwah Orchid (Menara jam).
Dorang memang pajak the whole hotel yang kemudian dorang jual balik ke travel agency yang lain.
Selama ni memang dorang hanya jual ke travel agency saja.
That's why pakej umrah travel agency untuk hotel Orchid Safwah ni agak mahal sebab dorang beli dari Simply Umrah.
Kalau tak salah aku, baru tahun ni dorang bukak pakej umrah untuk orang ramai.
Jadi pakej hotel di Mekah memang Orchid saja sebab itu hotel yang dorang nak pajak.

Aku ambik pakej bilik berdua, RM9K+ (tak masuk tambahan tiket upgrade ke bisnes class).
Di  Madinah duduk di Concorde Taibah, also bilik berdua.

Sesiapa yang nak duduk dekat dengan Masjidil Haram, dialu-alukan ambik hotel di Menara Jam ni.
Salah satunya Orchid Safwah.
Hanya 50m je dari masjid.
Tak payah pakai kasut/selipar ke masjid.
Kau turun hotel dengan pakai stokin je.
Turun escalator je terus dah sampai dataran masjid.
Settle masalah kasut.

Di Safwah Orchid makanan dia tak kena dengan tekak aku.
Bukanlah tak sedap lansung, ok je pun orang lain makan.
Cuma tekak aku ni mengada nak makanan melayu, lagipun sebab aku tau kat bawah tu ada D'Saji tu pasal mengada.

Tapi di Madinah, makanan memang best sebab chef dia melayu.
Siap ada gulai cili api ikan kurau with nenas okeh!
Di Madinah duduk Concorde Taibah, ini hotel paling 'jauh' yang pernah aku dapat berbanding hotel-hotel sebelum ni.
Takde lah jauh mana pun, dulu duduk kat Elaf Taibah, kali ni duduk kat Concorde Taibah.
Padahal Concorde Taibah ni belakang Elaf Taibah je, beza 10 tapak je pun.

So far, mutawwif Simply Umrah yang the best kitorang pernah dapat.
Ada 2 mutawwif.
Yang Bas 1 dibimbing oleh Ustaz Syed Kadir Al-Joefry.
Bas 2 oleh Ustaz Luqman. Aku di Bas 2.
Banyak sangat pengisian tentang sirah.
Menangis je keje aku dalam bas dengar sirah.



Ni salah satu menu breakfast.
Ok je kan?
Ada nasi goreng, beef patty, potato wedges, and bun.
Aku je mengada nak roti canai.

Salah satu perkara yang aku noticed bila berada di Tanah Haram ni, segalanya jadi sangat harmoni.
Percakapan terjaga.
Perbuatan terjaga.
Aurat terjaga.
Makin romantik (sebab ke mana-mana pegang tangan takut hilang).

Siapa kata kota cinta adalah Paris?

Kota cinta adalah Mekah!

Tak percaya, pegi lah sana berdua dengan pasangan.
Kau akan terasa macam baru kahwin.
Masing-masing jaga hati, masing-masing saling meminta maaf, masing-masing saling menjaga di antara satu sama lain.
Allah, barokahnya Mekah Mukarramah.

En Wan tu tak payah disuruh-suruh.
Tau-tau je balik bilik dah ada pizza untuk aku.
Tau-tau je masuk bilik dah siap buatkan air teh O panas.

"Kalau kat rumah En Wan tak buat ke semua tu?"

Setakat beli pizza tu memang boleh sangat tapi selalunya dia akan tanya "Di nak pizza tak?"

Tapi di Mekah, masuk-masuk je bilik TADAAAAAAAA.
Haaa gitu elemen surprise dia.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Ar-Rad'u, 28).

Inilah dia hikmah berada di Tanah Haram.
Tempat di mana manusia beribadat 24 jam, zikir tak lepas dari bibir, jiwa yang dekat dengan Allah, membuatkan hati jadi tenteram.
Bila hati tenteram, hubungan dengan manusia juga akan jadi baik.

Jadi kat sini kita boleh nampak bahawa punca hati tak tenang bukan kerana kurang bahagia tapi kurangnya mengingati Allah.
Kita boleh wujudkan 'Mekah' di sini, di rumah kita.

Kedekatan kita dengan Allah boleh dimulakan dengan membiasakan dalam keluarga untuk melaksanakan ibadah nafilah secara bertahap seperti mengaji setiap lepas solat, tahajud jadikan solat wajib, Duha, doa banyak-banyak (kerana doa adalah ibadah), dan Al-Matsurat jangan tinggal.
Tanpa kedekatan dengan Allah mustahil seseorang dapat mewujudkan kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Banyakkan ingat Allah, banyakkan ibadat, insyallah, urusan dunia dan hubungan sesama manusia akan jadi lancar dan barokah.