2018-12-06

Umrah 2018 - Final


Isnin around 10pm kitorang sampai ke Bandar Rasulullah saw.
Syahdunya bila berpeluang kembali lagi ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah.
Dari dalam bas lagi, dikejauhan dah nampak tiang Masjid Nabawi, hati aku dah sebak.
Walaupun tak dapat menatap wajah Rasulullah, tapi setidak-tidaknya kita semua tahu jasad Rasulullah ada di situ.

Di Madinah, stay kat Concorde Taibah, dekat dengan pintu 15.
Umrah yang pertama dulu pun hotel aku dekat dengan pintu 15 ni.
Kat Madinah ni takpe lagi sebab hotel memang semua dekat-dekat je.

Di Madinah, program hanya ziarah, jadi lebih relax, tak terkejar-kejar untuk ibadah umrah melainkan solat fardu saja.
Kalau ikut plan awal memang aku taknak lansung ziarah ke mana-mana kecuali nak melepak kat dalam masjid je untuk habiskan bacaan Quran.
Ditakdirkan period aku yang delay sepanjang berada kat Mekah, dah sampai masanya keluar waktu aku kat Madinah.
Dapat jugak bersolat di Masjid Nabawi cuma tak dapat ke Raudhah kali ni.
Bila tak boleh solat, jadi aku pun ikutlah dorang jalan-jalan pusing Madinah.



Sekarang di sana, bergerak dalam berkumpulan macam ni pun silap-silap kena sound dek polis.
Hari tu beberapa kali jugak jemaah kitorang kena sound.
Maybe dorang tak nak ada group yang sebarkan bida'ah apa-apa kot.
Jadi mutawwif terpaksa bagi penerangan sambil berjalan supaya tak syak apa-apa.

Kali ni ziarah ke muzium di sekitar Nabawi aku tak join sebab dah pegi dah dulu.
Bagi la peluang orang lain pulak masuk.
Aku nak just berlama-lama di kawasan masjid je sebab tak tau lagi panjang umur ke tak nak sampai sini lagi.




Masa ni kitorang ziarah di Sokaifat Bani Saedah.
Ini kali kedua aku masuk sini.
Nampak tak betapa serius-nya muka pompuan yang diri depan sekali tu.
Muka dengar tazkirah macamkan lepas tu nak kena ambik exam ðŸ˜‚.

Semua pakai jaket kan?
Sebab memang sejuk pun kat Madinah.
Aku je wat lek wat pis pakai jubah je tak berjaket tapi lepas tu terus demam.
Cerita tentang Sokaifat Bani Saedah ni aku pernah cerita dah dalam umrah 2015, boleh la klik link umrah yang terdahulu kalau nak tau apa ceritanya.



Ke Uhud lagi.
Masa ni aku dah start batuk and sakit tekak.
Dalam bas tu bersahut-sahut orang batyk termasuk dengan mutawwif sekali.
Tu biasa la kan, dah hujung-hujung tu badan pun dah penat agaknya.
Tapi mujur jugak kat Madinah baru dia nak datang sakit, dibuatnya masa kat Mekah kena macam ni memang lemau la.

Dan cantik dah kawasan makam para syuhada ni.
Kalau tengok entry Umrah 2013 dulu, boleh nampak beza.
Dulu tanah yang aku pijak ni masih berpasir merah lagi.
Dalam masa beberapa tahun je dorang dah ubah seluruh kawasan jadi cantik, sangat selesa untuk orang nak menziarah.

Kali ketiga ke sini, masih buatkan airmata aku mengalir.
Macam tak percaya berpeluang menjejaki langkah Rasulullah sampai ke sini.
Dulu baca pasal perang Uhud dalam buku je.
Tapi sekarang nampak depan mata.

Tahun 625 terjadi perang Uhud di sini di mana 70 orang syuhada mati dan dimakamkan di situ juga. Kat area makam ni akan nampak satu kawasan batu yang membentuk kotak cukup besar.
Dalam area kotak tu ada makam Hamzah bin Abdul Muthalib dan Abdullah bin Jahsyi yang merupakan sepupu Rasulullah saw.

Lepas ziarah Uhud, semua ke Ladang Kurma, tapi aku tak turun dari bas.
En Wan kata aku malas betul nak berjalan kali ni.
Ya, betul.
Aku dah malas, aku nak duduk je dalam bas.
That's why kali ni gambar tak banyak sebab bergambar pun dah malas.



Kalau ambik gambar pakwe ni, aku rajin.

Ini kat Kedai Makan Indonesia, yang penuh dengan orang Malaysia ðŸ˜‚.
First time nampak tempat ni secara tak sengaja masa jalan-jalan lepas Asar.
Terus masuk and nampak lauk-pauk yang menyelerakan, lantasssssssssssssss order dan makan.
Padahal makanan kat hotel pun masakan Malaysia gak tapi saje je la kan, kalau orang tanya dah masuk sini ke belum, boleh la jawab "Dah sampai dah". 

Tak banyak aktiviti aku kat Madinah.
Banyak masa aku habiskan dalam bilik and kawasan masjid je.
Time boleh baca Quran, baca Quran.
Time tak boleh baca, aku baca terjemahan.
Memang lapang je pikiran duduk sana.
Sambil baca terjemahan, tengok langit, nangis.
Sambung lagi baca, tengok langit, nangis.
Kali ni ke sana, rasa sebak sangat nak balik.
Macam terasa-rasa tak dan nak sampai lagi.



Last before gerak ke airport.
Harapnya this is not the last time aku datang sini.

Kalau kita mampu tempuh perjalanan ke sini, banyakkanlah ziarah Rasulullah.
Walaupun tak dapat tengok wajah, setidaknya kita tau dalam tu ada jasad baginda.
Sayang sekali kalau datahg sini tapi banyak habiskan masa ziarah kedai dari ziarah Rasulullah.
Kerana banyak sekali keutamaan yang Allah sediakan untuk kita yang ziarah Rasulullah.
Di samping itu, ziarah ke makam Rasulullah dah jadi hak baginda terhadap umatnya bahkan segenap makhluk Allah.
Bercakap tentang betapa besarnya hak Rasulullah umpama kalau kita berjalan guna kepala menuju makam Rasulullah dari tempat terjauh sekalipun, tetap tak akan dapat membayar hak Rasulullah saw.
Besar sangat jasa Rasulullah pada kita.
Kalau bukan kerana dia, entah apa agama kita sekarang.

Pada yang belum sampai, usahakanlah untuk sampai ke sini.
Pasang niat, insyallah niat yang ikhlas dan baik Allah akan perkenankan.

Allahumma salli wa sallim wa barik ala Sayyidina Muhammadin sallallahu alaihi wa sallam.

Insyallah Rasulullah, saya akan datang lagi.