Demi menjaga maruah diri, manusia sanggup mempertaruhkan jiwa mereka sendiri.
Harga diri adalah harga yang tetap, harga diri mesti dijunjung, jadi, "jangan main maruah diri...!" katanya.
Setiap orang ada harga diri.
Statement "Saya masih ada maruah diri!", cukup untuk membuktikan bahawa harga diri memang wujud (to varying degrees, of course).
In general, harga diri meningkat apabila hati/perasaan disakiti, diganggu atau dihina.
Kata-kata hinaan is powerful enough to be a trigger menaikkan harga diri.
Umur 12 tahun ke bawah adalah phase terkuat aku.
Zaman kanak-kanak aku dibentuk menjadi sangat-sangat kuat.
Ini cerita bukan nak perlekehkan sesiapa.
Bukan juga nak tunjuk bahawa aku sangat cekal.
Jauh sekali nak membudayakan toxic positivity.
Cuma aku nak kongsi pengalaman seorang Diana Ishak.
Terpulanglah bagaimana cerita aku nak dinilai.
Aku jadi mangsa bully sejak dari kecil.
Kalau dihina tu, dah biasa.
Bukan nak bangga tapi itulah hakikatnya.
Aku dibuli dari usia awal, usia 5 tahun, bukan belasan tahun.
Kalau ada yang anggap "alah, kau tak rasa apa dia rasa", maaf, kau salah.
Yang tak berada 'di tempat itu' mungkin kau, bukan aku.
Seawal umur 5-6 tahun dah merasa kena bully dan kena double standard sebab mak bapak aku bukan orang senang.
Sampai sekarang aku tak lupa aku dibagi makan atas lantai, pinggan plastik oren dengan alas surat khabar.
Sedangkan anak orang lain makan kat meja makan.
Meja makan tu bukan jauh pun. Betul-betul depan pintu dapur.
Aku makan kat tepi pintu dapur.
Boleh imagine apa aku rasa?
Orang kata budak-budak tak faham apa.
Takkkk. Budak-budak umur 5-6 tahun dah faham.
Dia tau beza siapa dapat layanan first class, siapa tak.
Dia tahu orang beza-bezakan dia, cuma dia tak bercakap.
Anak orang lain makan buah-buah, aku tengok je.
Tak berani mintak sebab aku sedar diri aku bukan orang senang nak makan anggur macam orang lain.
Orang susah mesti tau bawak diri.
Jangan meminta-minta nanti orang makin menyampah.
Apa orang bagi, ambik. Tak bagi, jangan mintak.
Anak orang lain tido dalam bilik atas katil, aku tido kat hall alas kain batik.
Kedengaran macam menipu sangat bunyinya, kan?
Takkanlah teruk sangat macam tu, betul tak?
Hakikatnya itulah.
Gi tanya adik aku, Ima. Dia hidup lagi tu.
Tanya dia betul tak kitorang lalui semua ni.
Everytime di skolah tadika aku always pikirkan adik aku yang tengah duduk kat rumah orang [asuhan].
Aku risau boleh ke dia bawak diri? Kena marah tak dia? Boleh tahan tak kalau kena bully?
Walaupun kalau aku ada pun bukannya aku boleh apa, but at least kalau aku ada bolehlah pujuk-pujuk.
Kat skolah, seolah-olah kat dahi aku ni ada cop "Please make fun of me".
Orang panggil aku hitam, keling, muka macam wak doyok [bukan wak doyok fashion designer tu, tapi karakter sorang pelakon indonesia], ejek nama bapak aku, ejek beg skolah aku, ejek camisole aku.
Itu semua happened masa skolah rendah, masih budak.
Aku masuk Darjah 1 tanpa beg baru, hanya beg lama bapak aku.
Warna dah buruk sikit sebab beg lama.
1984 budak-budak dah pakai back pack.
Aku je bawak beg macam ni.
Itu pun jadi bahan ejek.
Balik mengadu? Hah beranilah mengadu. Mendapat aku karang.
Tapi entahlah, maybe dah biasa hidup ala kadar, jadi aku punya expectation tak tinggi.
Asal ada beg skolah, dah bangga. At least aku tak bawak beg plastik.
Pergi skolah bawak bekal roti, tak beli makanan kantin pun kena ejek.
Ejek apa?
Kena ejek miskin lah.
Orang lain beli kat kantin, aku bawak bekal. Miskin la tu katanya.
Roti selet butter je pulak tu.
Masuk Darjah 2 baru dapat duit belanja, 30 sen.
Itupun dah bangga gila. 20 sen beli nasi lemak kejung lauk sambal and timun sehelai.
Lagi 10 sen beli air sirap.
Sepanjang di sekolah rendah, konsisten diejek hitam.
Dari umur 7 sampai 12.
Bukan sorang yang ejek aku. Ramai.
Pernah aku cuba buat bodoh bila dipanggil hitam.
Makin lantang suara dia panggil “Kau lah. Siapa lagi yang paling hitam kat sini!”.
Berderai orang gelak.
Aku, senyum. Itu je cara nak elakkan dari beremosi.
Abis tu aku nak buat apa, kan.
Warna kulit is something yang aku dapat tanpa aku minta.
Kalau orang make fun of kulit aku, aku takleh buat apa.
Aku tak nak argue, apetah lagi nak marah sebab aku taknak bila aku argue, makin banyak penghinaan aku dengar.
“Oi, hitam!”
“Nama aku Diana lah”.
“Eleh, nama je cantik. Muka buruk!”
You see? Something like that.
Aku taknak dengar penghinaan yang bertimpa-timpa.
Jadi, aku ambil jalan untuk senyap sebab aku tak nak trigger more insults.
Masa skolah dulu aku pakai pinnafore dari Darjah 1 sampai Darjah 6.
Hari Jumaat pakai baju kurung.
Darjah 4 aku start pakai camisole setiap kali pakai baju kurung.
Walaupun tetek belum tumbuh tapi seganlah sebab baju kurung skolah warna putih. Boleh nampak.
The thing is, aku hanya ada SATU camisole dari darjah 4 sampailah darjah 6.
Dan camisole tu bukan aku beli tapi aku jumpa kat longgok-longgok baju arwah nenek bawak balik dari Singapore.
Makcik-makcik aku kat sana suka buat spring clean.
Setiap kali dorang buang barang, arwah nenek akan simpankan mana-mana yang dia rasa aku boleh pakai, untuk dibawa balik Malaysia.
Salah satu yang aku jumpa dalam timbunan tu adalah camisole.
Kebetulan pulak warnanya putih, tapi ada lubang-lubang corak bunga.
Itulah camisole yang aku guna selama 3 tahun!
Luckily badan aku tak membesar sangat selama 3 tahun tu maka aku boleh pakai camisole yang sama.
Darjah 4 and darjah 5 aku hanya pakai baju kurung hari Jumaat, camisole pakai seminggu sekali saja.
Tapi masa darjah 6, aku pakai baju kurung sepanjang tahun.
Maknanya aku pakai camisole yang sama setiap hari!
Setiap kali balik dari sekolah, aku cuci camisole dengan tangan.
Kalau cuci mesin memang tak sempat sebab Mak Aji basuh baju 2 hari sekali.
Nak taknak, aku kena basuh camisole sendiri.
Bayangkanlah kalau pakai camisole yang sama hari-hari, hari-hari cuci, apa jadi?
Lunyai camisole tu!
Pakai dah 3 tahun, maunya tak lunyai?
Dia punya tali kat bahu tu dah banyak kali putus.
Tiap kali putus, aku jahit sambungkan tali tu.
Dah la camisole tu memang coraknya ada lubang-lubang.
Sampai membesar jadinya lubang-lubang tu.
Semua aku jahitkan balik.
Setiap kali nak salin baju lepas PJ, aku sorok-sorok salin baju sebab camisole aku buruk sangat.
Kadang-kadang toilet penuh, tak cukup masa nak tunggu turn, maka ramai-ramai salin kat luar.
Pandai-pandailah cover badan masing-masing.
Aku seboleh mungkin cover dari orang nampak camisole yang aku pakai.
Nak dijadikan cerita satu hari tu aku tak sedar camisole aku tercicir atas lantai bilik air.
Masa nak pakai aku tercari-cari mana pi camisole aku.
Lepas tu aku dengar kawan cakap "Oiii, apa benda ni oiii?" Pastu ramai-ramai gelak.
Dia cakap "Apa benda ni?", bukan dia cakap "Siapa punya ni?".
Menunjukkan camisole tu memang buruk sangat.
Masa tu aku malu nak mengaku itu aku punya.
Rasa macam tak nak tanggung another ejekan lagi after all ejekan yang aku terima selama ni.
Aku senyap sampai ke sudah, tak mengaku itu aku punya.
Sepanjang hari kat skolah aku pakai baju kurung tanpa camisole.
Masuk je kelas, terus duduk tak bangun-bangun sebab tak nak orang perasan aku tak pakai camisole.
Waktu rehat pun tak keluar.
Tapi sebab baju kurung kan putih, memang orang perasan aku tak pakai camisole.
Ada sorang kawan datang kat kerusi and tepuk-tepuk belakang badan aku.
Aku syak dia sengaja nak pegang untuk rasa samada aku pakai camisole ke tak.
Tak lama lepas tu semua tau camisole buruk tu aku punya sebab dorang can relate hari yang dorang jumpa camisole tu adalah hari yang sama aku tak pakai camisole.
Sedih betul aku masa tu.
Masa tu aku rasa "Kenapalah takde duit nak beli camisole baru”.
Aku tak pernah mintak kat Mak Aji nak camisole sebab aku tau jawapan Mak Aji "Tak payah nak mengada-ngada lah. Tetek bukan ada pun!".
Sejak hari tu, bahan ejekan untuk aku bertambah.
Tahun tu nak UPSR pulak. Mental torture betul rasanya.
Aku just cakap kat diri sendiri, takpelah, skolah dah tak lama lagi dah pun.
Kalau dapat result bagus, mesti yang ejek-ejek ni tak berani nak ejek aku lagi.
Eh betul rupanya.
Lepas tu jangankan nak ejek, yang tak pernah bersembang dengan aku pun boleh berkawan dengan aku lepas tu.
Dari umur 5 hingga 12 tahun aku merasa orang buli, orang hina, orang ejek aku beramai-ramai, orang jadikan aku bahan gelak.
Aku tamatkan zaman kanak-kanak aku dengan penuh bergaya bila dapat offer ke Kolej Tunku Kurshiah.
Bila news aku dapat masuk TKC tersebar, terus senyap kisah camisole aku.
Dah ke?
Ada lagiiiii.
Yang ni aku pernah cerita berkali-kali.
Aku kena hina bila pakai baju buruk nak beraya ke rumah kawan yang kaya.
Dia hina aku depan semua orang, ya.
“Apa ni? Pakai baju buruk?”
Sampai sekarang aku ingat lagi ayat tu.
Depan-depan orang dia hina aku.
Tapi apa aku boleh buat?
Aku memang takde baju yang lagi cantik dari tu.
Itulah baju raya aku tahun tu.
Itu dah paling cantik yang aku jumpa dalam bakul longgok-longgok.
Kan kat mall ada area baju gantung.
Kalau baju longgok-longgok tu selalunya yang sale.
Baju raya aku hingga Form 5 TAK PERNAH beli yang gantung, semuanya yang longgok-longgok.
Aku pilih je lah yang terbaik dalam longgokkan tu.
Perasan aku dah paling cantik dah.
Rupanya buruk baju tu di mata orang.
Basikal.
Ini pun pernah kena ejek.
Form 1, selepas quit dari TKC aku bersekolah biasa.
Arwah nenek offer ambik basikal dari kampung.
Basikal kampung, memang tak gojeslah. Bakul kat depan. Handle terkangkang. Warna pun lusuh.
Tapi aku ambikkk. Janji tak payah menapak ke skolah.
Padahal aku yang bawak basikal buruk ni sikit tak rasa apa.
Yang tak bawak pulak beria malu.
Ada sorang kawan perempuan, hari-hari jalan ke sekolah dengan aku.
Dia duduk Fasa 2. Aku Fasa 3.
Dia takde basikal.
Hari-hari aku kayuh dari rumah sampai depan rumah dia.
Dari rumah dia kitorang berjalan kaki ke sekolah di Fasa 1.
Jalan, ya. Padahal aku ada basikal.
Tapi takpelah, member punya pasal.
Aku jalan sambil heret basikal.
Sepanjang jalan bersama, dia letak buku teks dalam bakul basikal aku.
Aku punya beg skolah kat belakang.
Ada satu hari tu, dah nak sampai pintu masuk sekolah, dia terperasankan crush dia seorang pengawas tengah jaga pintu masuk.
Dia boleh tinggalkan aku macam tu je.
Menonong-nonong jalan laju ke depan.
Aku macam, apehal kau ni. Tapi aku biar je la.
Balik dari sekolah dia cakap “Sorilah tadi aku tinggalkan kau. **** ada kat situ. Aku malu basikal kau buruk”.
Ape kaitannya basikal aku yang buruk tapi kau yang malu?
Terang-terang aku yang sorong basikal.
Dah tentu orang tau itu aku punya.
Rupanya ada orang jaga imej sampai macam tu sekali, ya.
Berjalan dengan kawan yang ada basikal buruk pun taknak!
Di sekolah menengah, kulit aku masih menjadi kutukan.
Yang panggil aku Milo.
Yang asal dalam buku teks BM ada perkataan ‘manggis’, refer kat aku.
Asal dalam buku teks BM ada artikel berdialog antara Siti, Ah Mei dan Kumari, dorang suruh aku baca part Kumari.
Tapi aku diam je. Tak balas pun.
Nak aku jadi Kumari? Boleh je.
Sorang budak lelaki dalam kelas hina aku, “Siapa nak kalau perempuan hitam?”
Dari kecil sampai habis sekolah aku hidup dengan buli, hinaan, ejekan.
Satu-satu aku lalu.
Bukan sekejap ya. Bertahun-tahun.
Aku pakai kasut sport Pak Aji (sebab takde sport shoe), kena ejek Ronald Mc Donald Afrika.
Pakai T Shirt Milo, orang gelar aku Milo bergerak.
Pakai topi pun orang kutuk “Tak payahlah pakai topi, kau memang dah hitam”.
Bukan taknak balas jam-jam tu jugak.
Tapi aku nak deny apa?
Nak cakap “Mana ada aku hitam”? Nak argue macam tu?
Kena bantai gelak lagi ada.
Jadi aku balas dengan cara lain, iaitu be someone yang membanggakan sekolah.
And I did.
Bila sekolah iktiraf aku, yang mengejek tu senyaplah. Itu je caranya.
Masa aku matrik, aku pernah dimalukan depan orang.
Ingat tak aku pernah cerita aku kerja jaga exam di UKM semasa semester break?
Lecturer di situ tanya aku belajar mana.
Aku bagitau aku student UNIMAS.
Rilek je dia cakap “Saya pernah mengajar student UNIMAS. Semua slow, tak macam budak UKM”.
Padahal aku tertonggok berdiri depan dia. Tapi aku senyum je.
Application aku sambung Masters di UKM lulus.
Dan pointer paling tinggi antara candidate tahun tu, termasuk candidate UKM.
Walaupun aku tak dapat buktikan pada lecturer tu, takpe.
Dapat buktikan kat diri sendiri, that’s more than satisfied.
Alam kerja, aku pernah dibuli oleh sorang pegawai kerajaan.
Dia transfer ke unit lain sebab dia kata aku rebel.
Sedangkan di unit baru aku excellent.
Salah seorang ex-bos aku adalah bekas Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Khairul Adib (baru pencen).
Dia antara yang fight untuk aku stay di unit tu.
Tapi pegawai unit lama tak bagi aku stay dengan alasan aku hanya dipinjamkan sahaja.
Aku macam eh?? Bukan kau ke yang tiba-tiba surun aku pindah atas?
Takde notice takde apa tau-tau aku kena pindah.
Bila unit baru memuji-muji performance aku, barulah nak tarik aku balik.
Tarik aku ke unit lama balik dengan alasan kat bawah tak cukup RA.
Tapi bila aku sampai ke unit lama, meja and komputer pun tak disediakan lagi.
Orang bawah pun tak tahu aku ditransfer balik ke situ.
Bila meja aku dah siap, aku diletakkan dalam kelompok akak-akak kerani, bukannya kelompok RA.
Saja je nak buli aku terang-terangan.
Tapi, aku kan hati kering.
Aku buat kerja macam biasa, hinggalah aku resign sebab nak sambung belajar.
Tahun 2009 company aku jadi panel lab analisis untuk detection of DNA.
Ada satu hari tu aku kena attend meeting bersama JAKIM dan Kementerian Sains berkaitan dengan outbreak ladang tercemar dengan makanan babi.
Ntah mana aku letak.
Waktu tu aku masih berahsia nama company aku, tu yang aku cover dengan line putih.
Masa aku meeting ni, walaupun wakil Kementerian Sains bukanlah pegawai yang ‘buang’ aku dulu, tapi aku proud aku duduk semeja dengan Kementerian, bekas majikan.
Aku 'diiktiraf' oleh mereka.
Sometimes people tak tahu dengan siapa dia mess with.
Dia ingat bila dibuli, dihina, diejek, semua orang akan jadi lemah.
Aku tahu tak semua orang ada ketahanan tinggi, tetapi tak semua orang lembik.
Kalau kau silap target orang, kau yang akan stress balik bila orang yang kau hina semakin grow bila dihina.
Setiap orang pernah dihina.
Nabi-Nabi pernah dihina, dijatuhkan maruahnya di depan khalayak, apetah lagi kita manusia yang biasa-biasa ni.
Bahkan junjungan kita Rasulullah saw banyak kali dihina sampai ke tahap memudaratkan.
Diludah Yahudi, dilempar najis, dibalik batu sampai berdarah oleh Bangsa Taif.
Kehinaan akan sentiasa wujud selagi hayat dikandung badan.
Ada yang hingga mati dah hancur dalam tanah pun penghinaan itu tidak hilang.
The essence of the insult ada pada diri kita.
Sedar tak, dihina menjadikan kita wujud?
Sebelum kita wujud lagi, mak bapak kita dah lalu semua ni.
Lambat kawen, dikata anak dara tua.
Dah kawen lambat dapat anak, dikata mandul.
Kawen 3 tahun belum dapat beli rumah, dikata-kata lagi.
Tu semua hinaan.
Penghinaan ada di mana-mana.
Belakang, depan, kiri, kanan, depan mata atau sekeliling kita.
Insults come, face it gracefully.
Terlalu banyak pujian pun boleh menyebabkan kita leka dan lembik.
Aku bukan nak membudayakan kutukan, hinaan atau buli.
Cuma kita perlu sedar benda-benda macam ni ada di mana-mana.
Kalau orang ni tak buat, orang tu yang akan buat.
Kalau bukan secara lantang, dia akan buat senyap-senyap.
Buat group mengumpat, hina kita itu dan ini dalam group mengumpat tu.
Kita didiklah diri kita supaya jangan menghina.
Tapi kalau kita expect orang takkan hina kita, orang always buat baik, always berlembut, jangan berkasar - kita silap.
Bukan senang kita nak suruh orang lain berubah sikap.
Yang paling mudah, ubah sikap kita.
Bila kita ubah diri, persekitaran akan berubah.