2022-05-28

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat. Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.


Sekarang Subuh kat tempat aku dah 5.49am.

Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila Subuh.
Lebih-lebih lagi waktu hari berkerja.
Subuh 5.49am, around 6.10am dah ramai jiran-jiran aku keluar pi kerja.
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat.
Rasanya orang masjid pun tak habis solat lagi ni.

Bukan apa, teringat kat diri sendiri.
Tahun 2003, aku kerja di KL, di Prudential Jalan Sultan Ismail.
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil, Mak Aji belikan.
Aku takde pilihan melainkan naik komuter.
Ofis start 8.30am. Kalau dari Subang Jaya, aku kena catch train 6.30am.
Ini train paling lewat aku kena ambil.
Lewat dari 6.30am, maknanya punch kad aku merah.

Waktu ni aku duduk di USJ21.
Dari USJ 21 nak ke stesen komuter Subang Jaya tak dekat, ya.
Dengan berapa banyak traffic lite kena tempuh.
Traffic lite semuanya simpang 4 pulak tu.
Paling lewat aku keluar rumah pukul 6am.
Itupun seram sejuk takut sangkut kat mana-mana.
Cara-cara keluar 6am pun masih kena berlari nak beli tiket, nak melintas jejambat (sebab train ke KL adalah di seberang sana).
Dibuatnya train buat gila sampai awal 5 minit, mahu tersungkur aku berlari nak kejar.
Usain Bolt pun kalah kalau berlari dengan aku time ni.
By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.

Apa yang aku nak cerita ni, sepanjang kerja di kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Dulu aku siap ada buku untuk log solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang aku tulis macam ni:

Isnin: Subuh
Selasa: Maghrib
Rabu: Subuh
Khamis : Subuh

...and the list goes on.

Kerja aku asyik lah mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas ke minggu depan baru sempat qada' Subuh minggu ni.
Lepas 9 bulan, aku resign.
Aku tak rasa ini life yang aku nak.
Terkejar-kejar, balik kepenatan, balik hanya untuk tidur, esok bangkit awal ulang rutin yang sama, etc.
Lagipun aku tak pernah imagine diri aku ada sangkut-paut dengan KL.
Aku tak rasa sanggup nak berulang dari Subang Jaya ke KL bertahun-tahun. Jadi aku quit.

Berhenti dari Prudential, aku dapat kerja di USJ7, company Biotech.
Inilah company Biotech pertama aku kerja.
Dekat dengan rumah, 10 minit je. Masuk 8.30am.
Aku keluar dari rumah rilek je tenang-tenang pukul 8.10am siap boleh berhenti tepi jalan tapau mee goreng.
Ofis dekat, tak payah lalu tol, pakai Kancil minyak save.
Syurga betul rasanya dapat kerja dekat dengan rumah. Kerja Sales and Marketing.

Tetapi, company ni chinese punya.
Surau tak disediakan.
Nak solat, kena solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa di luar ofis, solat tak menjadi masalah sebab aku boleh singgah mana-mana surau time jumpa customer.
Selalunya, aku tumpang surau universiti.
Tak pun kalau ada kerja kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji untuk solat.
Masa ni Mak Aji masih berkerja, tapi dia selalu tinggalkan kunci dalam kasut.

Kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, aku masih terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa.
Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku.
Lepas habis customer A, rush pi customer jumpa B pula.
Kadang-kadang ada gap setengah jam je.
Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak kereta berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya tak payah qada'.
Solat laju-laju. Doa dan zikir takde. Khusyuk jauh sekali.
Buat sekadar cukupkan syarat dah bersolat.

Tahun 2005 aku naik jadi Sales Manager.
Masa ni anak-anak buah pula yang lebih banyak buat sales.
Aku hanya pegang key account. Legalah sikit.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and disediakan surau. Alhamdulillah.

Tahun 2007, aku jump ke company lain.
Dalam company ni aku sorang je Islam.
Bilik solat tak ada. Kena solat dalam store.
Tapi store bersih siap ada aircond sebab kebanyakkan kit perlukan suhu sejuk.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat.
Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu sekaligus!

Di company ni aku Head of department.
Key account company ni jauh lebih banyak.
Kerja aku dah tak tentu masa.
Balik pukul 11pm tu biasa.
Dah lah balik lambat, sambung buat kerja kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Gaji lebat, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang.
Macam incomplete. Aku mudah rasa lost.

One day, ex-bos aku email selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri, which is XZIZ Biotech sekarang.
However, setahun selepas company ni wujud, partner aku resign sebab nak ikut suami ke UK.
Terkontang-kanting aku.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga sekarang, I am still here.

Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda.
Tahun kedua dah selesa banyak.
Tahun 2010 aku pindah ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak. Dari tingkap ofis dah boleh nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.
Happy.

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Allah bagi aku bisnes sendiri, ada company sendiri, ada staff yang boleh assisyt aku, ofis dekat dengan rumah - Dia sebenarnya sedang menguji.

Seolah-olah DIA kata "Now aku bagi kau ofis dekat, bisnes sendiri tak peru terima arahan majikan, sekarang kau tak ada masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".

Tak ada alasan untuk tak solat awal waktu.
Tak ada alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.

Sungguh, memang tak ada alasan dah.
Nak pulak sekarang aku lebih banyak work from home. Lagilah takde alasan.

Bila nampak jiran keluar kerja pagi-pagi Subuh, buatkan aku rasa segan kalau aku sama-sama terkejar sedangkan aku tak ada alasan untuk terkejar-kejar.
Jiran tu terkejar-kejarnya mungkin berpahala kerana dia ada amanah lain untuk dipikul.
Aku kalau sama naik terkejar-kejar juga for no reason, mungkin aku dapat terkejar-kejar yang sia-sia.

Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4 pagi solat sunat.
Mereka penat, perlu rehat sebab kejap lagi lepas Subuh dah nak keluar berkerja.
Bukan tak boleh. Boleh.
Tapi aku pernah kerja makan gaji.
Memang berkira-kira nak bangun awal sebab takut mengantuk di ofis.

Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar ke tempat kerja masih lagi susah nak bangun awal, apa alasannya?
Orang yang berharta akan disoal kelak apa yang dibuat dengan hartanya.
Orang yang berilmu akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Orang yang ada kelapangan masa juga disoal apa yang dibuat dengan kelapangan masanya.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader sebelum ni yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.

Mungkin nilah yang dikatakan ujian Allah tak sama.
Nampak macam nikmat, padahal satu ujian.
Ujian kelapangan waktu ni nampak best di mata, tapi berat bahu yang memikul.
Nampak macam "Kau takpelah, kerja sendiri. Boleh masuk kerja pukul 10am".
Tapi kalau kelebihan itu buatkan kita bangkit tido pun lambat, Subuh pun gajah, makin takde masa nak mengaji - ini bukan nikmat, tetapi musibah.

Jangan menilai rezeki itu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Orang yang kita nampak pagi-pagi gelap dah tersekat dalam jem, kesian kita kata.
Tapi dari sudut pandang yang lain, setidak-tidaknya Subuhnya pasti di awal waktu sebab dia kena bangun awal untuk ke ofis.
Itu rezeki yang besar tu.

Kadang kita tengok life orang tu macam best, macam boleh bersantai-santai, kita mahukan life seperti tu. 
Tapi boleh jadi kita sebenarnya belum bersedia untuk lalui bebanan ujian itu.
Allah lebih tahu, kan.
Boleh jadi kalau kita dapat life seperti dia, kita jauh lebih hanyut. 

Aku tak tahu if apa yang aku ada sekarang satu kelebihan atau kekurangan.
Aku cuma harap aku gunakan peluang ini sebaiknya supaya menjadi hujah kuat aku di depan Allah esok.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang sedang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan melakukan ketaatan.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain.