2025-07-31

Selagi aku masih bersuara, itu tanda aku masih peduli.

Orang selalu ingat bila pasangan tu diam, tak banyak bunyi, maknanya dia taat dan terima seadanya. Aku tak tahulah orang lain. Tapi kalau aku senyap, itu tanda aku dah MUAK, dah MENYAMPAH, dah TAK PEDULI. Pegi mampos kau sana.

Selagi aku masih bersuara, itu tanda aku masih peduli. Better kau dengar aku berdebat dengan kau daripada aku senyap dan buat kau macam halimunan. Sebab bila aku dah menyampah dengan someone, aku tinggalkan terus. Kau takkan nampak aku masih nak tegur, atau masih nak bertanya-tanya khabar kau dari orang lain. Dan kau takkan nampak aku stalk kau, atau ambil peduli. Kau nak success ke, kau nak terlungkup ke. Lantak. Kau success pun aku tak bersorak. Kau menyembah bumi pun aku tak gelakkan. You are not important to me anymore.

Dalam hubungan suami isteri, aku apply benda yang sama. Selagi aku masih bising, maknanya aku masih care. Aku bukan jenis simpan dalam hati. Apa yang aku tak puas hati, aku cakap. Bukan sebab kurang ajar. Tapi sebab tak nak hidup memendam rasa. Kau happy-happy takde masalah, dah kenapa aku pulak kena tanggung sakit hati sorang-sorang? Meh sini kita stress sama-sama.

Everytime rasa tak puas hati, aku suka settlekan depan-depan. Duduk, mari kita bercakap. Nak tengking ke, nak pekik ke, I don’t mind. Kita kasi settle. Because aku tak nak bila memendam lama sangat, one day aku pandang kau pun dah takde rasa. Takde sayang, takde benci, cuma…kosong.

Tahu tak apa yang paling menyakitkan dalam marriage?

Bukan curang. Bukan bergaduh. Tapi bila dua orang hidup serumah, but masing-masing jadi orang asing. Masing-masing senyap. Dalam senyap tu, masing-masing simpan sakit hati. Oh I is kenot. Aku paling tak suka pendam rasa sakit dalam hati. Satu kerja aku takleh buat nanti. Jadi, aku kena lepaskan.

You can labelled me as keras kepala. I don’t mind. Aku lebih rela jadi isteri yang keras kepala tapi honest daripada jadi isteri yang “taat” tak berkutik sepatah tapi makan hati sampai mereput. Aku tak nampak taat tu sebagai “ikut je semua benda, walau kau tak setuju”. Sorryyyy. I’m human. I have feelings, I have reason, and I have self-worth.

Kalau aku salah, please tegur. Aku someone yang tak lokek nak say sorry kalau aku memang salah. Tapi kalau kau salah, dan bila aku tegur kau takleh terima, jangan question bila aku tinggi suara. Because secara logiknya takde manusia gila yang nak meninggi suara takde hujung pangkal. There must be a reason. 

Walaupun orang kata “Semarah-marah isteri jangan sampai meninggi suara kat suami” - NO NO NO. Itu terpraktik antara kau dan pasangan. Between aku and pasangan aku, itu tak pernah dipraktikkan. We both are very vocal bila ada masalah. Dia tak puas hati, dia cakap. Aku tak puas hati, aku cakap.

Jangan ingat yang diam tu redha. Bukan semua yang diam tu sabar. Ada yang diam sebab dah takde tenaga nak ambil peduli sebab dah malas ulang benda yang sama. Sometimes bila ditegur pun takde perubahan, maka jalan penyudahnya adalah belajar untuk telan. Telan sambil mereput dalam diam.

Aku nak tanya lelaki yang seronok bila perempuan diam konon-konon taat. Seronok ke bila isteri diam, tak berkutik everytime ada dispute antara korang berdua? Rasa bangga dapat tundukkan isteri? Konon kau terpaling lelaki sebab berjaya buat isteri taat? 

Yang Kau nampak bini kau taat. Diam walaupun kena marah. Dia walaupun kau salah. Tapi yang kau tak nampak adalah, isteri tu tengah mereput kat dalam hati.

Orang perempuan ni aku cakap kau, hidup sederhana takde masalah. Hidup susah takde masalah. Tapi kalau hidup dahlah tak mewah, dapat pulak husband yang kepala batu takleh ditegur asyik rasa dia betul 24/7, maka jangan tuduh isteri derhaka bila isteri meninggi suara. Itu pun dah besar rahmat dia tinggikan suara je. Kalau dapat kat aku, aku takik tengkuk kau biar putus tiga. Hidup lama-lama pun menyusahkan orang buat apa?

Cinta takkan survive dalam suasana senyap dan dalam keadaan memendam rasa. TAK AKAN. Bila pasangan berhenti meluah apa yang dia rasa, itu bukan kemajuan. Itu petanda dia dah letih. Bila kita dah sampai tahap “lantak kaulah”, itulah moment cinta tu dah mati.

Love needs honesty, courage, and a voice. Kalau aku, bila aku start bersuara, itu bukan sebab aku nak menang, tapi sebab aku masih nak selamatkan hubungan. Kalau aku betul-betul tak kisah, aku akan diam forever.

Lelaki-lelaki kat Thread especially, aku tengok asyiklah:

“Ada lagi ke perempuan yang tak meninggi suara”

“Ada lagi ke isteri yang nak hidup susah”

“Ada lagi ke isteri yang hari-hari masa”


Eh pantat. Dengar sini aku cakap. Perempuan adalah golongan yang bodoh. Kau tau sebab apa bodoh? Sebab perempuan kalau dah sayang semua benda dia korbankan. So kau tak payah question ada lagi ke, ada lagi ke, ada lagi ke. ADA! Yang takde now is lelaki macam kau yang tak tahu beza antara perempuan yang demand dengan perempuan yang penat!

Perempuan marah bukan sebab dia benci, tapi sebab dah simpan terlalu lama. Dorang tinggikan suara bukan kurang ajar, tapi sebab dah banyak kali bersuara lembut tapi kau buat pekak!

Takde perempuan yang nak hidup susah. Tapi bila dia pilih untuk stay walaupun susah, itu bukan sebab dia tak ada pilihan. Itu adalah kerana dia sayang. Tapi sayang saja tak cukup bila sorang lagi tak usaha nak faham. Nak perempuan lembut, sabar, manja, pandai jaga serba-serbi tapi kau sendiri tak reti jaga hati dia. So boleh tak berenti tanya “ada lagi ke perempuan macam ni?”. Tanya dulu ada lagi tak lelaki yang otaknya ada akal?

Ni bukan cari gaduh. Ni tulisan untuk clarify things. Toksah label semua perempuan yang bersuara tu loud dan tak taat. Kita semua manusia yang ada rasa dan ada batas. Aku always pilih untuk bersuara. Duduk bincang dengan bijak, logik dan fakta. Bila isteri ajak berbincang, anggap itu teammate kau yang ajak berdiskusi. Jangan anggap oh aku suami maka aku lebih tahu semua benda, aku lebih pandai, aku boss. Kau bini, tak boleh lebih dari aku. Apa aku cakap kena ikut. Kau takleh bangkang.

Sorry. Kalau nak aku taat, please lead aku dengan kasih, dengan respect, dengan hormat. Kau akan dapat lebih dari yang kau bayangkan. Sebab aku kawen bukan mencari tuan. Aku cari team mate dan pasangan.

Orang perempuan ni kalau betul-betul dah tak kisah, dia akan angkat kaki. Tapi bila dia masih stay, maknanya dia masih menaruh harapan situasi boleh berubah menjadi lebih baik. Dia rasa marriage tu masih boleh diselamatkan, itu pun kalau kau naklah. Tapi kalau dia je yang bercakap, dia je yang rasa, dia je yang asyik nak betulkan keadaan… lama-lama, dia akan rasa diri dia dibodohkan. One day bila dia betul-betul senyap macam kau nak, jangan tanya kenapa. Sebab masa tu, suara dia dah mati.

Jangan paksa pasangan jadi perempuan bisu. Jangan anggap keluhan dia tu bebelan. Jangan jadikan pendapat dia as sabotaj pada kau. Dengar apa dia luahkan. Belajar untuk lihat luahan isteri tu satu bentuk kasih sayang, bukannya melawan.


2025-07-30

Elakkan libatkan keluarga dan kawan dalam bisnes.

Someone share aku post dari Thread ni. Kisah Che Nom dan pekerjanya yang juga anak saudaranya. Aku tak nak repeat apa isu dorang, boleh cari sendiri kat internet.

Aku lebih berminat nak cakap pasal berbisnes with family. Dah banyak kali aku tulis pasal ni di blog. Berbisnes dengan adik-beradik. Berbisnes dengan spouse. Berbisnes dengan kawan. Takpe, kali ni aku nak cakap pasal ni lagi. Biar berbuih aku bercakap pasal ni.

AKU TAK GALAKKAN BERBISNES DENGAN FAMILI DAN KAWAN.

Satu benda yang pegang sejak run own company tahun 2008 dulu, elakkan libatkan keluarga dan kawan dalam bisnes. Bukan sebab tak percaya atau tak nak kongsi rezeki. Tapi sebab dah terlalu banyak kes, bila duit, tanggungjawab dan emosi bercampur-aduk. Susah nak jadi adil dan profesional. 

Kalau tanya pendapat peribadi aku, jangan ambil adik-beradik kerja dalam company sendiri. Jangan ajak kawan join bisnes. Jangan buat bisnes dengan pasangan kecuali dua-dua memang ada share yang jelas dalam company dan role masing-masing clear cut. Paling penting jangan campur urusan kerja dengan kasih sayang in family relationships or friendships.

Nanti, jangan merentan dulu. Bagi aku explain why.

Ok kita tengok dari sudut logik.

Kau bos, tapi pekerja tu anak saudara (macam kes Che Nom). Kau nak tegur, takut dia terasa. Dia buat silap, kau kena pendam. Kau nak pecat, karang relation kau dengan mak dia jadi tak best. This is not teori, ya. Kes Che Nom adalah salah satu bukti. 

Dalam bisnes, tegur-menegur, ambil tindakan, dan penyelesaian konflik tu benda wajib. Tapi kalau kita and pekerja yang ada hubungan darah, it's hard to do this thing fairly because blood ties easily cloud professional judgment.

Kita jadi serba salah. Nak jaga hati keluarga, tapi dalam masa sama perangai pekerja teruk. We start to tolerate mistakes for the sake of family relationships sampai akhirnya bisnes jadi mangsa. Kadang-kadang bila dah tak tahan kita terpaksa bersuara tapi kita pula yang jadi jahat dalam cerita ni. Esok time balik beraya berkumpul, dah sorang muka herot, sorang muka masam. Bukan kita dengan pekerja tu je, terbabit-babit sama dengan mak bapak dia, satu keluarga benci kita. 

Tu belum lagi dengan ayat "Dengan keluarga sendiri nak berkira!" 

Ohhh aku pantang ayat ni. Kau nak tengok aku punya jahat, try keluarkan statement ni depan muka aku, memang jam-jam tu jugak aku tunjuk aku punya jahat.

Inilah sebenarnya risiko bila ambil ahli keluarga sebagai pekerja. Susah nak crate boundaries antara profesional dan peribadi. Nak pulak bila pekerja tu pun jenis benak tak faham maksud profesional. Memang masaklah. Sebab tu dalam bisnes, kita bukan sekadar perlu staff yang rajin dan boleh diharap, tapi juga relationship yang ada batas. Kalau tak, kerja cincai, konflik tak settle, ujung-ujung kau stress, bisnes lingkup.

Ramai founder senyap-senyap bear the same pressure. Cerita bab founder mengadu direct pada aku ni, ada la dalam 6-7 orang. Aku tak pernah bercerita sebab tak nak dikaitkan dengan sesiapa. Karang orang kata kitorang menumpang nama each other. Jadi kita sembang senyap-senyap sudey. 

Tapi isu ni memang wujud. Sebelum nak bantu keluarga, anak sedara ke, sepupu ke, adik-beradik, atau ipar duai dengan membagi dorang bekerja dalam company korang, fikir dulu dalam-dalam. Kalau dorang buat perangai, boleh tak kau tegur tanpa rasa bersalah? Boleh tak dorang terima tanpa terasa hati? Boleh tak masing-masing profesional?

Aku membayangkan satu benda je kalau ambil family ni. Setiap kali raya, aku cuti seminggu, dengan dia-dia sekali aku kena approvekan cuti seminggu. Kalau ada kematian dalam family, dia dengan aku sekali cuti. Kalau ada kenduri-kendara, we both have the same reason. Oh I is kenot.

Dalam banyak kes, bila kawan atau family kerja dengan kita, dia mula rasa:

“Takpe, ni bisnes abang aku”
“Relaks la, makcik aku tak marah punya”
“Lambat sikit masuk kerja takpe, nanti mak aku explain kat dia”


Because of that relationship, they feel very comfortable. Otomatik standard kerja pun turun. Kita as majikan jadi serba salah nak tegur, sebab tak nak kecikkan hati sesiapa.

Lagi satu, JANGAN ambil anak kawan atau ahli keluarga kawan berkerja dalam company kau. Ini kalau company tu kau punyalah. Kalau kau pun makan gaji kat company tu, takde hal. 

Kerana semua ni bakal membibitkan buah-buah dengki kendian hari. Kawan kau jadi tahu cara kerja kau, dia tahu projek-projek kau, dia tahu how you treat your staff - semuanya dia jadi tahu sebab ada orang dalam yang bercerita kat dia. Walaupun awalnya takde niat apa-apa, tapi biasalah manusia bila dah duduk dalam circle, dia akan bercerita. Lama-lama, cerita-cerita tu boleh mencetus rasa tak best. Ujung-ujung jadi persaingan.

Lagi satu, bila ambil orang yang kita kenal, baik family ataupun kawan, kalau jadi masalah, benda kecik boleh jadi besar and tak mustahil boleh putus relationship. Salah faham pasal gaji, salah faham pasal cuti, salah faham pasal agihan kerja, salah faham pasal profit - semua ni boleh jadi punca. Kau sanggup burn friendship bertahun-tahun dek kerana ni?

Mula-mula bekerjasama memanglah semuanya nampak sweet. Rasa senang kerja dengan orang yang kita kenal. Boleh percaya. Tak payah nak ajar banyak. Hakikatnya, bila dah mula kerja, dinamik dah berubah. Dulu kawan lepak, now pekerja. Dulu kawan baik, now partner dalam bisnes. Dulu sepupu-sepapat, now kena follow work instructions and perform macam orang lain.

Bila datang isu yang melibatkan duit, tanggungjawab, dan prestasi kerja, semua jadi sensitif. Tegur sikit, terasa. Tak ditegur, kita makan hati. Kita ni nak berlaku adil, tapi ujung-ujung semua serba tak kena. 

Ramai ingat bila berbisnes dengan kawan ni, asal sekepala kira on-lah. Tak semudah tu, ya. Bisnes bukan kira kau sekepala ke tak, tapi apa kekuatan each of you. Kalau korang berbisnes sebab masing-masing adalah influencer, kat mana kekuatannya? Dua-dua buat marketing, dua-dua suka buat content, so siapa nak pikir strategi, siapa nak manage benda belakang tabir, operation, customer service, etc?

Dalam bisnes, kita tak perlukan dua orang yang pandai buat benda sama. Kita perlu orang yang saling melengkapi. Kalau semua nak jadi muka depan, siapa yang jaga dapur? Ramai yang failed bila bergabung dengan kawan-kawan sebab terlalu fokus pada chemistry, bukan complementary. Sekepala tu bagus, tapi kita perlukan someone yang boleh tampung kelemahan kita, bukan sama-sama lemah pada benda yang sama.

Lagi satu masalah bila berbisnes dengan kawan, kau susah nak tegur bila dia tak deliver. Bila kau tegur, nanti dia sentap sebab dia masih nampak kau as kawan, bukan partner bisnes. Dia anggap teguran tu as a personal attack, not as a professional responsibility. Sebab tu dia mudah ambil hati, bukan ambil pelajaran. Lagi teruk kalau dia mula rasa entitled.

“Eh, kita start bisnes ni sama-sama kot…”
“Kalau aku tak ada, tak jalanlah brand ni…”


Dia lupa semua orang dalam bisnes ada KPI, termasuk dia. Bila dia tak deliver, tapi masih nak gaji jalan, nak share untung, nak cuti lebih, memang jem lah.

So sebelum excited nak buka bisnes dengan kawan sebab “sekepala”, tanya dulu dia kuat kat mana? Aku kurang kat mana? Boleh tak gabungan ni saling melengkapi, bukan sekadar seronok ada bisnes sama-sama sebab masing-masing perasan ada nama besar?

Realitinya, bukan semua orang boleh kerja dengan orang yang dia kenal. Dan bukan semua friendship boleh bertahan bila diuji dalam suasana kerja. Kadang-kadang, demi nak jaga hubungan baik, lebih selamat tak bekerjasama langsung.

Tu belum lagi kau dengan dia asalnya bukan kawan rapat. Tapi sebab kau dengan dia sama-sama tak sukakan sorang ni, kau create bisnes bersama. Team up la konon. Ini pun satu perangai gak. Konon "sekepala". Apabenda doh? Kau bukan sekepala, kau cuma 'sehaters-sejiwa'. Bonding atas dasar tak suka orang lain, bukan atas keserasian nilai kerja atau matlamat bisnes, TAKKAN KEKAL LAMA.

Percayalah, bila bisnes mula ada pressure, bila customer komplen, bila sales jatuh, bila stok lambat sampai, rasa benci korang pada “musuh bersama” tu tak boleh selamatkan bisnes. Sebab korang tak ada asas yang kukuh untuk bekerjasama. Tak tahu cara masing-masing bekerja, tak tahu cara selesaikan konflik, tak tahu nak bincang bab duit tanpa terasa. Silap hari bulan, kawan yang kau "sekepala sebab sama benci orang lain" tu lah yang mula cucuk belakang. 

Partnership yang dibina atas emosi sementara, memang takkan tahan lama. Bisnes dan emosi tak boleh campur. Bila emosi masuk dalam decision-making, semuanya akan jadi personal. Yang rugi? Company and your relationship.

“Tapi kalau dia bagus kerja, takkan tak boleh ambil langsung?”

Boleh, tapi dengan syarat-syarat yang ketat. Mesti ada black and white. Offer letter. KPI. Tanggungjawab yang jelas. Kalau dia pekerja, jangan sebab dia anak sedara atau adik, kita janji mulut je bagi kerja. Kena layan dia macam pekerja lain. Buat dokumen. State tugas dan gaji. Sign dua-dua pihak. Kena bagitahu kat ofis ni our relationship adalah majikan and pekerja. Bila buat performance review, takde istilah pilih kasih. Kalau belum boleh terima teguran, jangan kerja sini.

Kalau bisnes dengan spouse, ni lagi satu topik sensitif. Tapi aku can relate sebab aku kerja 7 tahun dengan En Wan.

Ramai orang suka idea buat bisnes dengan spouse. Boleh spend time sama-sama. Saling support. Lebih memahami. Realitinya? Kalau role tak jelas, dan ownership tak balance, BALA!

Contoh. Suami kerja siang malam uruskan bisnes, isteri cuma ‘tengok-tengok’ tapi nak share 50-50. Atau isteri yang buat semua paperwork dan deal dengan client, suami cuma tolong hantar barang, tapi nak hak sama rata dan gaji besar. Bila gaduh pasal kerja, terbawa-bawak sampai ke rumah.

Kalau nak buat juga, pastikan dua-dua ada share rasmi dalam company. Dulu aku letak En Wan share dalam company (now masih ada). Tapi share aku lebih. Dan cheque signatory kekal aku sorang. Tapi aku letak dia lead the company. Aku hanya manage business development. Belakang tabir. Mana-mana interview atau exhibition, aku di belakang. Dia ke depan. Role jelas. Dia jangan kacau kerja aku, aku tak kacau kerja dia. Masing-masing ada KPI and target untuk hit. Tak hit kalu, baru kita berantam.

Dalam bisnes, adil lebih penting dari emosi. Ni bukan tak nak tolong family atau kawan. Tapi bila masuk dunia bisnes, tanggungjawab, akauntabiliti dan profesionalisme kena jadi keutamaan. Kalau member tanya "Takde harga kawan-kawan ke?", memang aku tak layan. Sebab duit yang masuk bukan aku punya. Itu company punya. Itu gaji staff. Itu modal company. Itu bonus. Itu duit stok. Kalau kau nak aku belanja makan boleh, sebab aku pakai duit gaji aku. Tapi nak beli dengan harga member, sorry.


2025-07-29

...semua ni suami kena tanggung, SEMAMPUNYA.



TIGA perkara yang dia mintak suami buat adalah:
- makan
- pakaian
- tempat tinggal

...semua ni suami kena tanggung, SEMAMPUNYA. Perkataan semampunya tu kena highlight sebab nanti geng-geng yang berzikir nak suami provider ni karang ikut sedap anak tekak dia je request itu ini. Bengkok suami nak membayar.

Islam tak pernah suruh suami jadi mesin ATM. Yang Islam suruh, suami bagi keperluan asas ikut kemampuan, bukan ikut kehendak isteri yang terpengaruh dengan lifestyle influencer, terpengaruh dengan TikTok haul, house tour Pinterest, atau OOTD tudung mahal. Kalau suami mampu rumah kecil tapi semenggah dan selamat, itu cukup. Kalau suami mampu 2 lauk hari ni, itu pun cukup. Kalau suami mampu beli baju sehelai dua setahun, itu pun dah menepati syariat.

Hari tu sembang dengan Redza santai-santai. Bagitahu dia "Papa dulu everytime gaji dia withdraw duit and susun atas lantai. Ini duit bayar sekian. Ini duit bayar sekian. Mama tak mintak nafkah duit sebab papa dah sediakan tempat tinggal selamat and semenggah".

Boleh je dulu nak mintak nafkah RM300/bulan. Tapi tak dapatlah aku duduk apartment RM820/bulan (ini harga sewa apartment tahun 2001, bukan sekarang). Kalau insist nak nafkah, maybe En Wan kena cari rumah sewa yang biasa-biasa yang aku pun seram nak duduk agaknya. 

Ada je dulu apartment kat Puchong kitorang pernah tengok. RM500/bulan. Tapi dengan crowdednya, dengan lift masam, dengan bising suara budak-budak. Masa tu aku masih belajar, kebanyakan masa di rumah. Tak konfiden En Wan nak tinggalkan bini dia kat kawasan perumahan gitu.

Memandangkan dia always balik malam, jadi dia perlu rumah yang selamat untuk aku duduk sepanjang hari. Maka, terpaksa pilih yang gated dan guarded RM820/month. For that, aku halalkan monthly nafkah (duit).

Aku cakap kat Redza, jangan jadikan diri aku contoh memilih isteri. Sebab tak wajib untuk isteri bersusah-payah. Kalau bakal isteri esok masih nak nafkah, kau kena bagi. Jangan cakap "Mama saya dulu ok je tak dapat nafkah...", memang kau yang aku tumbuk dulu. 

Oleh sebab itu, pilihlah yang sekufu dari segi mindset. Isteri yang bijak, akan hidup berpada. Dia tahu beza antara keperluan dengan kemahuan. Dia takkan jadikan suami mesin ATM demi nak bergaya macam influencer. Dan dia takkan banding-bandingkan suami dia dengan suami orang lain. 

Tak, bukan kata diri aku bijak. Ini statement saja.

Redza tanya "Tapi cukup ke gaji papa RM2,500?"

Aku cakap dalam rumah tangga, yang wajib tu sebenarnya sikit je. Yang banyak tu kita sendiri yang tambah. Cukup tak cukup tu bukan pasal jumlah, tapi cara manage. Kalau hidup ikut standard media sosial, gaji RM10K pun takkan cukup. Tapi kalau ukur ikut apa yang wajib - tempat tinggal selesa dan selamat, makanan yang mengenyangkan, pakaian yang selesa, insyallah RM2,500 pun boleh cukup. Tapi janganlah merasa selesa di tahap cukup saja. Mesti ada ikhtiar untuk sampai ke tahap senang.

In my case, makan and pakaian aku pilih untuk ambil alih. Taklah semua bab makan and pakai under aku. Maksudnya, apa aku nak makan, aku bayar. Apa aku nak pakai, aku bayar. Tapi bab pakaian anak-anak memang En Wan punya bahagian. 

Baju raya aku contohnya, dia bayar. Kalau dia paksa aku holiday overseas, dia yang belikan semua jacket, kasut and keperluan pakaian aku. Kau yang nak aku ikut, kan? Bayau. Tapi kalau aku nak shopping baju sendiri yang ikut selera aku, aku pakai duit sendiri. Tak claim balik.

Bab pakaian, aku prefer beli sendiri. Kalau less than RM100 tu gamak la nak mintak bayarkan. Kalau blouse RM180 sehelai, seluar RM150 sehelai, kasut RM300 sepasang, bra sepasang RM300 - tak gamak nak mintak. Aku memang jarang membeli. Tapi sekali membeli memang bukan sehelai. Bra sekali beli terus 3-4 pasang. Jadi, sebelum dia terkejut, baik aku bayar sendiri tenang-tenang.

Same goes to makanan. Barang pasar, groceries dan Grab, aku handle. Kalau makan luar, dia handle. Walaupun orang kata lelaki yang tak handle bab makan, tanggungjawab nakfahnya belum lunas. Takpe aku halalkan. Aku harap Allah nilaikan sebagai sedekah. 

Bukan apa, aku ni selera besau. Berasa nak makan ketam, ada. Berasa nak makan siakap, ada. Semua aku dah beli standby. Bukan tak boleh minta En Wan beli tapi ini semua selera tekak aku. Bukan kewajiban, hanya kehendak. Benda-benda kehendak ni tak gamak nak mintak walaupun dia mampu.

Rosak mindset budak-budak muda sekarang. Berani-berani confess "Skincare aku sahaja 2K sebulan. Makeup aku RM1K sebulan. Coffee aku RM600 sebulan. Kalau rasa tak mampu, tak payah nak try"

Wohoooo. Dasyat. Bukan skincare je tebal, dik. Ego pun dah sama level foundation full coverage akak tengok. 

That's why aku takut je video tadi sampai ke dak-dak ni tanpa explanation yang jelas. Dia akan jadikan itu modal untuk berdebat pasal suami provider.

Look. Kalau gaya hidup kau tak mampu ditanggung oleh lelaki, it's not his fault. That's a sign that you yourself don't understand the difference between "self-worth" and "overpricing yourself". Nak jaga diri tu bagus. Nak cantik, nak confident - tak salah. But when you get to the point of putting a price on love ikut harga skincare dan kopi kau, you are not looking for a partner. You are looking for a sponsor.

Aku tak tahulah kenapa, maybe dari pengalaman dan observation agaknya. Tapi aku dapat rasakan those yang confess skincare dia banyak ini, belanja mekap dia banyak itu.....mereka ni bukanlah dari golongan kaya sejak lahir. Maybe aku salah, tapi dari pengalaman aku, kebanyakannya adalah jenis itu. Jenis yang "terkejut" bila senang sikit. 

Dah merasa ada duit, terus lupa diri. Jenis ni selalunya over sikit. Dia punya gaya tu over the top nau-nau! Macam exclusive sangat. Padahal orang yang real senang dari lahir sempoi-sempoi je. Yang perasan ni pulak yang always merasa entitled.

"Kalau skincare aku pun kau tak mampu, jangan try". 
Padahal masa sekolah dulu, bedak baby jugak kau sapu.

Bukan nak perlekeh orang yang nak upgrade diri. Silakan. Cantik, jaga diri, usaha jadi high value - go ahead. Tapi jangan sampai tak jejak tanah. Sebab kalau kau naik tanpa foundation yang kukuh, bila jatuh esok, perit dik.


2025-07-28

Kau kalau nak cari pasal dengan fans Johnny, boleh. Takde masalah. Tapi once kita bentang fakta, kau jangan nangis tau.

Start last week kat Weibo dah ada angin-angin panas memburukkan Johnny. Ini biasalah, bila drama baru nak keluar, haters terpaksa buat kerahan tenaga sikit sebab dorang tahu everytime drama Johnny keluar, memang tenggelamlah jawabnya news artis dorang. Masa ni lah nak tengok tsunami fans Johnny bercerita pasal Johnny 24/7.

Macam biasa, benda yang dorang petik adalah isu perkahwinan dia yang lepas, which is merepek. Aku yang duduk luar China pun tahu perkahwinan itu TAK WUJUD. Kau yang duduk kat China masih lagi nak mengulang-ulang cerita yang dah sahih tak wujud.

Dia macam ni kisahnya. Tahun 2018–2020, ada dakwaan kat Weibo yang Johnny dah kahwin and ada sorang anak. Kawen takde masalah. Kita fans tenang-tenang je kalau betul dah kawen. Itu lebih baik daripada dia asyik dituduh gay. Yang tak best tu bila dia dituduh pernah pukul ex-wife masa kahwin dulu. Pastu dituduh curang. Ok fine. Kita layankan dulu dakwaan ni.

Around 2020, "ex-wifenya" yang saiko cuba bunuh diri. Kononnya tekanan emosi selepas bercerai. Aikk??

Penceraian tu berlaku DUA TAHUN sebelum Johnny rose into fame. Ok kita anggaplah Johnny mula meledak tahun 2018. Bermakna perceraian berlaku around 2015-2017, which masa tu umur Johnny around 23-25 tahun. Masa ni Johnny masih seorang model, belum actor.

Tahun 2016 Johnny dah mula jadi pelakon. Drama Addicted menjadikan Johnny sangat famous overnight. Pada ketika tu peminat dan haters mula menggodek internet untuk cari akaun-akaun media sosial Johnny, nak check if dia ni clean or not. They didn't found anything but CLEAN history. Takde lansung perkara mencurigakan. Takde skandal, takde gossip. 

Akaun media sosial Johnny biasa-biasa saja. Sedangkan masa tu Johnny bukan siapa-siapa. Secara logiknya, kalaulah Johnny dah berkahwin ketika tu, pasti ada gambar atau apa-apa tentang dia dan "ex-wifenya" kat media sosial. Takde keperluan untuk dia sorok sebab masa tu dia bukan siapa-siapa pun. Masalahnya, takde! Takde apa mencurigakan dijumpai waktu tu.

Semua tuduhan tu start muncul around Oktober 2018. Sebelum tu takde apa-apa gosip. Tiba-tiba Oktober 2018 muncul via gossip account kat Weibo. Why masa ni baru muncul?

Sebab, tahun 2018 kemuncak populariti dia. Dia jadi household name, masuk mainstream, dapat big contract endorsement. Tahun tu juga filem Operation Red Sea box office besar. Dia menang Best New Actor Asia tahun tu. Then drama Moonshine and Valentine (tengok kat WeTV) jadi sangat popular dan trending. Dia menang Best Actor dalam drama ni pada tahun tu juga. Semua happened in 2018. Kau rasa mau tak meroyan "ex-wife" dia? 

Masa ni lah nak mengaku pernah berkahwin. Masa ni la nak mengendeng. Padahal sebelum tu kau takde pulak mengaku pernah jadi wife, pernah jadi girlfren. Masa Johnny kena banned, endorsement kena tarik, job takde, kau tak pernah pun muncul. Semua Johnny hadap sorang. Bila dah famous baru nak mengaku pernah jadi orang penting dalam life Johnny? Takde hal. Memang pernah bercinta pun, kan. But why now?

Inilah namanya strategi. Attack when they are most visible orang kata. Dalam entertainment industry, fitnah macam ni start muncul hanya bila kau berjaya. Sebab waktu nilah fitnah jadi paling berbaloi disebar sebab ramai yang peduli. Lebih besar impaknya. Masa kau nobody, siapa kisah kau kawen ke cerai?

On November 2018, management Johnny (HJY Studio) and his lawyer keluarkan official statement NO MARRIAGE TAKES PLACE. Tapi lawyer akui relationship between Johnny and his ex-girlfren pernah ada sebelum Johnny jadi pelakon, dan telah berpisah secara baik tanpa sebarang domestic violence. 

HJY Studio kumpul semua bukti fitnah and saman orang yang sebar fitnah tu. Yang menuduh telah kalah kat mahkamah sebab tak berjaya bawa any bukti fitnah. No relevant pictures/videos tentang secret marriage, violence, atau apa-apa saja bukti tentang fitnah yang dorang buat. Benda ni simple je. Kalau kau ada bukti, keluarkan. Masa ni la nak benamkan Johnny kalau betul ada bukti. Masalahnya takde! 

Yang bestnya, walaupun kes dah selesai, tetap setiap tahun orang ungkit balik isu ni, tapi takde sebarang bukti. Sepanjang kes tu selesai, until now, haters asyik mainkan isu ni berulang-ulang. Nampak sangat Johnny memang clean sampai dorang takde isu lain nak dibangkitkan terpaksa bikin panas kisah lama. Because they know nama “Johnny Huang” boleh tarik klik, so dorang guna apa saja isu yang pernah jadi kontroversi, walaupun kes tu dah selesai.

Nak-nak pulak now zaman orang buat duit dengan content. Dorang sengaja keluarkan isu lama nak naikkan rating and monetize from it. Benda-benda macam ni lah yang buatkan ramai orang tak tahu keputusan sebenar mahkamah. Bila dorang jumpa balik orang up isu ni, dorang percaya seolah-olah itu fakta, bukan fitnah.

2 hari lepas ada khabar angin cakap Drama Ordinary Road 3 akan mula shooting. Produksi kekalkan pelakon asal dari musim pertama dan kedua. Shooting dijangka bermula Ogos depan. 

Drama ni tengah keluarkan iklan pencarian crew produksi. Dorang tengah cari stand-in untuk lighting (orang yang gantikan pelakon semasa setting lampu). Yang bestnya, kriteria stand-in crew ni sangat spesifik, iaitu lelaki tinggi 1.87m dan berat 82kg. Terus viral sebab semua orang tahu measurment ini adalah measurememt Johnny! Panas kejap Weibo. Mau tak panas? Johnny still on-going shooting 2 program, tapi satu drama dah menunggu untuk di-shoot next month.

Kalau tak tahu apa tu lighting stand-in, gini. Lighting stand-in adalah orang yang berdiri menggantikan pelakon sebenar. Orang ni tak muncul dalam rakaman sebenar. Dorang cuma dipilih sebab bentuk badan, tinggi, warna kulit dan gaya serupa dengan pelakon sebenar. Bila semua lighting dan kamera dah siap, barulah pelakon sebenar masuk dan terus berlakon. 

So why they want lighting stand-in untuk drama ni?

The reason is obvious. Sebab, Johnny ada 2 drama belum habis shooting! So just in case ada scene dalam drama Ordinary Road 3 nanti yang perlukan kelibat Johnny ada tetapi Johnny tak dapat berada di situ, this lighting stand-in crew akan standby. Once Johnny datang untuk scene, dia terus masuk.

So, kalau aku jadi fans kepada polan dan si polan itu, aku pun bengang. Dah macam takde orang lain, balik-balik Johnny yang produksi pilih! Padahal Johnny ada 2 projek tengah shooting kenapa tak bagi je role tu kat orang lain? Kenapa nak Johnny jugak? Gitulah agaknya mereka merentan dalam grup whatsapp. Kahkahkah.

Tu pasal sekarang dorang tengah buat gerakan nak memburukkan Johnny. Ungkit balik cerita lama. Post balik video-video mesra Johnny dengan co-star lelaki. Gigih betul dorang nak create naratif yang Johnny tu gay supaya Johnny dibanned terus oleh kerajaan. Gigih! Masalahnya, kalau Johnny kena banned pun, bukannya favourite actor kau boleh jadi popular. Berlakon pun macam kayu ada hati nak jadi hero. 

3 hari lepas ada sorang ni bergaduh dengan aku sebab dia tepek video Johnny dengan men-zoom-in and out celah kangkang Johnny. In other words, dia zoom kat kote si Johnny and make fun of it. Dorang gelak kata kote Johnny besar. Ah memang kenalah dengan aku.

Actually, satu China tahu Johnny punya besar. Memang obvious pun. Kadang kalau dia pakai seluar yang nipis sikit, memang nampak obvious bentuk menatangnya. Tapi, apa yang pelik? Kau kat sekolah tak belajar sains ke? That's just BIOLOGY. Human anatomy. Manusia memang ada pelbagai size. Ada breast besar, ada bontot kecik, ada kerandut besar, ada penis besar kelingking. Apa yang peliknya? Kenapa nak kena zoom in and out? Kalau dia punya kote besar, bukannya kote tu duduk di luar seluar. Masih dalam seluar, bangang!

Memang kena bodoh bertubi-tubi dengan aku perempuan tu. Aku cakap tetek kau yang kecik tu yang patut dizoom in and out sebab leper sangat. Sibuk nak pakai bra tapi tetek takde. Kalau nipple tak sebesar rambutan, baik jadi lelaki lah toksah jadi perempuan aku kata. Kahkahkah. Terus akaun aku kena banned dek Weibo. Ingat aku kesah? Aku ada lagi AMPAT akaun standby! 

Pastu ada 2 orang fans kepada si polan dan si polan percubaan nak memburukkan Johnny. Then, fans from Korea listkan semua achievement Johnny siap buat comparison dengan favourite actor orang tu. Terus sepi. 

2018 Winner – Asian Film Award: Best New Actor
2018 Winner – Golden Crane Award: Most Popular Actor
2018 Winner – Huading Awards: Best Performance by an Actor
2018 Winner – Guangzhou Film Festival: Best Supporting Actor
2019 Winner – The Actors of China Awards: Outstanding Actor
2019 Winner – Jury Award: Youth Breakthrough Actor
2021 Winner - Weibo Awards: Breakthrough Actor of the Year (Film)
2020 Winner – iQiyi TV & Movie Awards: Actor of the Year
2022 Winner – iQiyi TV & Movie Awards: Best Actor
2024 Winner – China Quality TV Ceremony: Actor of the Year
2024 Winner - Weibo Awards: Actor of the Year
2024 Winner - iQiyi Awards: Most Influential Actor in a TV Series

2018 Nominated – Hundred Flowers Awards: Best Newcomer
2018 Nominated – Changchun Film Festival: Best Supporting Actor
2018 Nominated – Shanghai Film Critics Awards: Best New Actor
2019 Nominated – Huading Awards: Best Actor
2019 Nominated – Seoul International Drama Awards: Best Actor
2022 Nominated – Macau International TV Festival: Best Performance by an Actor
2023 Nominated – Huading Awards: Best Actor in a TV Series

Yang aku tahu Johnny ada 12 wins and 11 nominations, tapi aku tak dapat trace 4 lagi nominations. Ini semua by jury, ya. Bukan voting by audience. Kau kalau nak cari pasal dengan fans Johnny, boleh. Takde masalah. Tapi once kita bentang fakta, kau jangan nangis tau. Gitu konsepnya kalau nak berperang. 

Bak kata Malique "Menang dengan otak, tak mesti dengan pedang". Malique tiberrrrr.


2025-07-27

GreenAard: Menjawab soalan tentang Gloei, Makeup Remover dan Nutrijuice

Aku ni nak menulis pasal aku bergaduh kat Weibo. Tapi macam best pulak untuk aku jawab soalan customer ni dulu. Manalah tahu kot-kot ada yang nak tanya soalan yang sama. Nanti malam-malam sikit kalau tak malas, aku up pasal aku berperang kat Weibo.

Soalan-soalannya:

Aku ada minta this customer provide bahan-bahan dalam produk skin yang dia guna. Dari bahan-bahan tu, nampaknya keutamaan produk tu lebih kepada nak mencerahkan kulit. Kalau korang nak tahu sama ada produk tu untuk skin treatment atau skin liggtening, kau tengok dua bahan ni - L-gluta dan L-cystein. Kalau ada salah satu atau kedua-duanya, maknanya produk tu fokus more on mencerahkan kulit, bukan skin treatment. Maybe ada la juga touch sikit untuk skin treatment tapi fungsi terbesarnya tetap mencerahkan.

Jadi, untuk yang nak ambil Gloei bila mana dah ambil produk mencerahkan kulit, aku nasihatkan JANGAN. Sebab dalam Gloei, bahan-bahan aktif yang kita guna somehow boleh bagi kulit cerah walaupun itu bukan fungsi utamanya. Badan kita ni, selain boleh hasilkan kolagen sendiri, boleh juga hasilkan glutathione sendiri. Maknanya badan kita ada agen pencerah kulit, tinggal lagi nak kena tahu cara nak stimulate agen pencerah ni.

Dua-dua kolagen dan glutathione memang semula jadi ada dalam badan, cuma seiring dengan usia, productionnya merosot. Tapi kita boleh stimulate penghasilannya. Dalam Gloei takde bahan-bahan pencerah kulit. Gloei’s formula is designed to support your body’s natural collagen synthesis. Tapi, walaupun Gloei tak directly stimulate glutathione, some of bahan-bahan dalam ni secara tak lansung maintain glutathione levels dalam badan pada aras yang sihat.

Walaupun Gloei takde L‑glutathione or L‑cysteine, ada bahan-bahan aktif dalam Gloei yang kurangkan tekanan oksidatif. Bila tekanan oksidatif berkurang, permintaan penggunaan glutation dalam badan pun berkurang, maka gluta dalam badan berada dalam healthy level. Lycopene dan sunflower seeds dalam Gloei adalah antara bahan yang kurangkan beban gluta. Bila beban ni dikurangkan, secara tak lansung badan preserve natural glutathione. Instead of gluta yang lawan free radicals, lycopene and sunflower seeds akan ambil alih tugas tu.

Macam aku cakap awal tadi, Gloei bukan mencerahkan kulit tapi treat kulit. Bahan-bahannya increase kolagen, elastin production dan stimulate pertumbuhan semula kulit. Tiga aktiviti ni can lead to a brighter complexion, bukan secara bleaching, tapi secara repairing, renewing, and balancing skin health.

Aku explain.

Gini. Bromelain (dari nanas) kerjanya tanggalkan sel kulit mati dan stimulate new cell. Bila sel mati disingkirkan, new skin lebih cepat diregenerate. Jadi, kulit akan jadi lebih cerah sikit sebab new skin dah menggantikan dull/dead skin. Umpama kau polish kayu. Kayu takkan berubah warna, tapi semakin dipolish, menyerlahkan its natural beauty. Gitulah cara Gloei cerahkan kulit, tanpa glutathione tambahan.

Plus, semakin banyak kolagen baru dihasilkan, semakin gebu, semakin licin dan pantulan cahaya pada kulit jadi lebih baik membuatkan kulit lebih cerah and glowing. Gitu cara kita stimulate kulit sendiri jadi lebih plump and bright dengan Gloei.

The key ingredients dalam Gloei sebenarnya adalah chamomile and saffron. That'w shy dua bahan ni kita highlite depan botol. Dua bahan ni SCIENTIFICALLY proven boleh treat rengsa, radang, kusam, and uneven tone. Memang inilah tujuan kita produce Gloei. Lebih kepada merawat daripada mencantikkan. Walaupun Gloei tak mencantikkan atau mencerahkan kulit secara lansung, it supports renewal, repair, and balance. Bila kulit sihat and free from inflammation or buildup, secara natural you look brighter.

So semuanya bergantung pada pilihan korang sendiri. Kalau mencerahkan kulit jadi fokus utama, carilah produk yang ada L-Gluta atau L-Cystein. Kalau nak treat the skin and stimulate kolagen, boleh ambil Gloei. Jangan ambil kedua-dua produk sebab dalam Gloei somehow it will preserve your own gluta, jadi tak perlu ambil banyak-banyak yang akhirnya memberikan fungsi yang sama. Nanti overload dalam badan nak buat apa? Akhirnya terbuang juga dari badan. Rugi.

Soalan kedua tentang kalau hanya pakai sunscreen, bila nak cuci muka sesuai pakai face cleanser biasa atau mesti makeup remover?

Jawapannya, tengok jenis sunscreen. Kalau chemical sunscreen (yang water-based atau light texture), boleh guna cleanser biasa sahaja. Tapi kalau pakai physical/mineral sunscreen atau waterproof/sweat-resistant sunscreen, MESTI pakai makeup remover. Sebab sunscreen jenis ni lebih melekat, jadi susah nak tanggal dengan cleanser biasa.

Soalan ketiga, tentang kolesterol.

Jawapannya, kalau dah start ubat kolesterol, TAK PAYAH ambil Nutrijuice. Sebab dua-dua pun nak turunkan kolesterol, jadi pilih saja salah satu. Katakanlah dah stop ubat, atau doktor minta kawal sendiri, masa tu boleh try Nutrijuice. Siapa yang baru-baru nak try Nutrijuice, my advice, belilah 4 botol terus. Sebab 1 botol takkan nampak kesan ketara. Sebotol tu untuk 10-14 hari. Masalahnya, kalau kolesterol kau now 8.0, nak turunkan ke 5.2. takkan boleh dengan 10 hari. Kalau dari 8.0 ke 7.3, maybe boleh. Tapi 7.3 tu pun masih tinggi. That's why aku cakap beli terus 4 botol, at least puas hati lagi 2 bulan check kolesterol dah nampak penurunan yang ketara.


2025-07-26

GreenAard: Ekzema ni tak boleh hilang, nak control je

Tadi belek-belek testimoni bergambar kat website GreenAard, aku nampak feedback pengguna ni:

Aku suka bila dia mention "Ekzema ni tak boleh hilang, nak control je"

TRUE. Ekzema memang tak boleh hilang. Dan dia boleh muncul anytime walaupun kau tak pernah ada sebelum ni. 

Dalam dunia perubatan, ekzema dipanggil chronic condition. Maksudnya, boleh datang dan hilang macam tu je, tapi tak betul-betul sembuh. Sebab tu bila ada orang cakap dia dah sembuh 100% dari ekzema, biasanya yang berlaku cuma simptom tu reda, bukan hilang terus.

Ekzema boleh muncul walaupun kau tak pernah ada sebelum ni. Macam En Wan. Dah cecah 40 tahun tiba-tiba muncul kat kaki. Kita panggil ni adult-onset eczema. 

Lagi satu, punca ekzema pelbagai. Kadang-kadang stress melampau, atau hormon changes, atau work pressure, atau mengandung, atau bila imun sistem tak stabil. Tau-tau je kulit flare up. Mula dari gatal-gatal yang sikit, pastu kering, merekah, naik ruam, gatal teruk dan makin lama makin teruk kalau tak dikawal. Yang tak tahan tu dia punya gatal-gatal sampai berdarah dek menggaru.

Adik aku, Ima pernah kena ekzema masa kecil. Zaman dulu kita manalah tahu ekzema ni semua. Ye ye je Mak Aji kata kurap. Celah mana pulak adik aku dapat kurap. Kalau kurap, dengan aku-aku sekali boleh terkena. Masalahnya, dia sorang je tergaru-garu. Kena-kena dengan ubat yang betul, lega kejap. Pastu jadi balik. Tak tahu apa punca. Beria dia berpantang makan seafood segala. Tak jadi apa.

Until now penyebab ekzema masih unknown. Tapi ada a few pencetus. Stress (ni paling common!). Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Sabun. Peluh. Skincare yang tak sesuai. Susu. Telur. Fabrik yang tak breatheable. 

Pak Aji hari tu kat UK agaknya terlampau sejuk, tiba-tiba tergaru-garu. Kaki naik gatal-gatal. Cari krim ekzema kat sana. Nak kurangkan gatal so dia tak tergaru-garu. Elok je balik Malaysia, takde dah gatal-gatal.

That's why once kau dah dapat ekzema, tak boleh santai-santai sangat. Makan dah start kena pantang. Produk skincare pun kena pilih betul-betul. Yang lebih penting, learn to listen to your body language. Bila kulit mula rasa lain macam, cepat-cepat kawal sebelum jadi flare up. 

So bila pengguna (dalam gambar) kata pakai GreenAard Cleansing Gel sebab nak control, itu memang betul. Kau tak boleh treat ekzema, tapi boleh control. Umpama kau ada housemate yang annoying. Nak halau tak boleh. Tapi boleh belajar hidup bersama. Pandai-pandailah jaga mood dia. Aaa gitu.

Aku nak kata our Cleansing Gel boleh bantu redakan ekzema karang bila si polan pakai tak jadi apa, dia kata aku overclaim pulak. Tapi macam aku cakap tadi, kau kena faham yang ekzema ni pencetusnya pelbagai. Kalau terdedah dengan pencetus tu, ekzema tetap boleh datang balik. Apa yang kita ikhtiarkan now cuma redakan simptom saja. Dan dalam usaha nak redakan simptom, choosing the right soap or daily cleanser REALLY DOES MATTER. Sebab sabun adalah benda yang kita guna hari-hari, kadang sampai 2-3 kali sehari. Jadi kalau salah pilih, you can trigger your skin without realizing it.

Tu sebabnya we suggest GreenAard Cleansing Gel sebagai salah satu ikhtiar. Bukan overclaim. Bukan nak cakap ni ubat ekzema. Tapi sebab formulanya MEMINIMAKAN risiko pencetus ekzema. GreenAard Cleansing Gel is gentle, tak keringkan kulit, dan tak kacau skin barrier. Bila skin barrier terjaga, kulit lebih kuat lawan flare-up.

So kalau ada yang tanya, "Kak Di, boleh ke Cleansing Gel ni hilangkan ekzema?”

Jawapannya jujur, TAK. Hilangkan memang tak boleh sebab ekzema tak boleh hilang. Tapi kalau kawal dan kurangkan simptom selagi kau tak expose diri kau pada pencetus ekzema, YA, BOLEH.

GreenAard tak produce magic product, ya. Kita produce product yang offer pilihan yang lebih selamat dan mesra kulit. And sometimes even small efforts like this can make a big difference if you are consistent. So again, ini bukan overclaim. Tapi fahamkan dulu fungsi setiap usaha. Kalau kita tahu apa yang kita cari, barulah kita tahu mana yang boleh help dan mana yang menambahkan teruk.

By the way, nak share pakej deal GreenAard - BELI APA DAPAT APA.



2025-07-25

“Suami Belikan” - Trend Flex kat Thread

Aku tak tahu bila trend ni start. Tapi semalam masa scroll Threads, a few posting flex jam tangan. Katanya trend ni bermula dengan sorang perempuan tunjuk husband dia belikan jam tangan Bonia. Pastu berjujuk orang start tunjuk dengan caption “Suami belikan...” 

Ni kisahnya nak tunjuk betapa providernya suami masing-masing. Kat Thread kan masih lagi hangat dengan isu suami provider. Inilah masanya nak tunjuk betapa bertuahnya mereka-mereka ini dapat suami provider. Ada yang over siap tulis konon suami jenis yang “tak bagi isteri keluar duit langsung”, “semua suami tanggung”, dan seangkatan dengannya. Tu cara-cara baru jam tangan. Aku syak laki masing-masing belum ada sport car. Kalau tak, nescaya beramai-ramai post gambar menonggeng atas boot sport car.

Dah makin melalut-lalut dak-dak muda sekarang. Apa sebenarnya yang kau kejar bila buat benda macam ni? Nak bagi orang jealous? Masalahnya siapa? Kebanyakan yang dalam Thread tu strangers je. Habis kuat pun dia baca sekali lalu. Melainkan kau memang ada strong based of followers di platform lain. Walaupun begitu, aku still rasa pelik. Apa keperluan nak highlight semua ni?

Zaman dulu, orang kata suami provider ni bila dia bagi nafkah cukup, tanggung keluarga, tak culas tanggungjawab, anak bini terjaga, rumah tangga aman, emosi stabil. Sekarang? Definisi 'provider' dah bertukar jadi “belikan jam tangan dan beg tangan branded”.

Maybe sebab orang zaman sekarang dah terlalu biasa dengan keperluan asas, jadi nak tunjuk ‘kelebihan’ kenalah lebih sikit. But I still can't brain. Adakah kalau suami tak belikan jam, maka dia bukan provider? Kalau isteri beli jam guna duit sendiri, maksudnya suami gagal jadi lelaki? Kalau suami beli jam RM5K untuk kau tapi you and him are not emotionally happy at home, itu masih dikira provider?

Kita semua tahu jawapannya, kan? Cuma kita buat-buat tak tahu.

Budaya flex ni bukan benda baru. Tapi apa yang aku perasan, sejak akhir-akhir ni (atau maybe sejak ada Thread), makin menjadi-jadi. Sekarang semua benda nak kena mention. Kalau ada bukti, letak sekali bukti. Tak cukup dengan kata "Suami bagi nafkah RM3K", now dah siap screenshot transfer slip! Kau dah kenapa, dik? Nafkah tu kan benda normal. Adakah kau rasa nafkah RM3K tu luar biasa? Heh! Banyakkan berkawan, dik. Please banyakkan berkawan.

Nak tunjuk suami bagi apa-apa, tak salah. Tapi bila setiap benda nak dimasukkan dalam naratif "Suami aku terpaling...", dia jadi PELIK.

Ni bukan nak bash sesiapa, but this is reality. Orang yang betul-betul bahagia dan cukup tak perlu terpekik dalam internet. Orang yang betul-betul cukup, dia akan rasa benda tu semua normal. Dia tak rasa itu sesuatu yang perlu diberitahu kepada 400 ribu strangers di media sosial. Lagi-lagi kalau suami tu betul-betul provider dari semua segi. Dia takkan beria nak canang. You know why?

Sebab dia sibuk menikmati hidup tu sendiri. She doesn't have time to craft some deep poetic caption about her "terpaling suami". She’s busy living her life. Busy being a wife. Busy raising kids. Busy building a family. Dia maybe share sesekali, tapi tak dengan nada nak dibandingkan, dan bukan dengan niat nak orang lain merasa kurang.

I don’t want to be overly judgmental, but as someone who's lived 48 years and seen all kinds of people, aku tahu satu benda ni jarang silap iaitu, the louder someone looks happy, the higher the chance they are actually feeling empty inside.

Manusia yang tenang tak kejar validation and people's approval. Dia tak perlu buat “suami provider” challenge. Dia tak rasa perlu bandingkan suami dia dengan suami orang. Why? Sebab dia dah secure. Yang flex ni selalunya baru merasa. Baru kahwin. Baru merasa duit banyak. Baru dapat suami yang ada gaji besar. Tu pasal menggelitat nak buktikan kat semua orang.

Kadang-kadang bila kita terlalu excited nak highlight apa suami bagi, kita tak sedar yang kita tengah highlight apa yang kita sebenarnya tak pernah dapat sebelum ni. Kita rasa benda tu 'wahhhh', sebab selama ni tak pernah merasa. Bila terlalu galak bercerita, kita membuka ruang untuk orang lain nampak kekosongan yang kita cuba tutup selama ni.

Bahagia sebenar tak bising. Orang yang bahagia, dia tak kalut nak buat comparison. Dia tak kisah pun suami orang lain bagi beg RM20K sebab dia tahu suami dia bagi makan cukup, rumah selesa, hati pun tenang. Kalau suami kau betul-betul terpaling pun, kau tak perlu cakap. Orang boleh nampak. Nampak dari mana? Dari cara kau yang tenang. Dari aura kau. Dari cara kau bercakap dan membawa diri. Dari senyuman yang tak dibuat-buat. Itu semua tak boleh ditipu. Orang boleh nampak dari situ.

Tak salah nak tunjuk suami bagi apa-apa. Tapi kalau everything nak dijadikan bukti "suami aku provider", maybe it's time untuk tanya balik "Aku tengah celebrate atau tengah compensate?"

Ya, aku faham. Keterujaan tu ada. Tapi kalau semua benda nak dijadikan content, siapa sebenarnya yang kau cuba yakinkan? Orang ke, diri sendiri?

Sometimes yang selalu buat gini, dalam hati dia sendiri tak pasti sama ada suami dia bagus. Jadi bila suami belikan hadiah, dia cepat-cepat post. Sebab dia perlu bukti. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Supaya dia boleh convince diri dia, "Tengok ni. Suami aku sayang aku. Dia provider!"

Orang macam ni hidupnya banyak kekurangan. Kurang dari segi emosi, perhatian, kasih sayang. Bila dia dapat barang fizikal, dia rasa itu pengganti. Jadi dia kena tunjuk barang tu supaya orang validate hidup dia “Untungnya kau, suami kau belikan itu ini”.

Yang aku paling tak boleh brain ada perempuan claim dapat nafkah RM10K sebulan. Hahahaha. Biar betik, sis.

Tak, bukan mustahil suami bagi nafkah RM10K. The thing is, bila aku tengok cara kau menulis, cara kau react dekat komen orang, semua tu tak menggambarkan kau orang yang betul-betul ‘cukup’. Defensive, menggelabah bila orang pertikai sikit. Orang yang betul-betul ada, dia chill. Sebab dia tak rasa perlu defend diri.

Lagi satu, bila kata dapat nafkah 10K, siap screenshot balance dalam bank. Balance RM25K.
Dah habis banyaklah ni, ya?

Orang kaya betul, dia tak akan tunjuk. Dia lagi takut orang tahu berapa duit dia ada. Takut orang nak pinjam. Takut kena scam. Tapi tu lah. Bila terlampau excited tunjuk semua, aku rasa macam..."Kau sebenarnya tengah berangan, kan?"

Dan bila berangan ni jadi habit, kau mula percaya dengan dunia yang kau reka sendiri. Bila orang tegur, kau tak nampak dah mana real, mana bukan.

Social media buatkan ramai orang confuse antara DOCUMENT LIFE dengan PROVE LIFE. Kalau kau nak documentedkan moment dan memories, post gambar jam, post gambar handbag, post gambar pi holiday - ok je. Tapi bila caption kau complete dengan naratif nak bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain, itu bukan document. Itu COMPETE. 

Akak pun documented moment-moment kat FB, IG and Blog. Akak buat dik, bukan tak buat. Tapi akak buat untuk kenangan. Untuk anak-anak baca nanti. Untuk ingat balik moment hidup bila dah tua nanti. Bukan untuk suruh orang kagum, jauh sekali nak buat orang lain rasa tak cukup.

Bezanya, bila kita document hidup dengan honest, kita tak perlu tambah extra drama dalam caption. Tak perlu twist cerita bagi nampak sweet sangat, kaya sangat, perfect sangat. Sebab kita tahu hidup ni bukan K-Drama. Tak perlu semua benda nak kena aesthetic. 

Orang yang betul-betul document hidup dia, dia share apa yang dia rasa penting untuk dikenang. Gambar celebrate birthday. Gambar makan bersama anak-anak. Gambar bercuti. Gambar makan cendol tepi jalan. Itu namanya moment.

Tak payahlah nak compete dan membandingkan. Yang penat sebenarnya diri sendiri. Sebab bila kita dah terbiasa tunjuk bahagia versi media sosial, kita terpaksa kekalkan imej tu. Tak boleh tunjuk gaduh, tak boleh tunjuk susah, tak boleh tunjuk penat. Semua nak kena yang cantik-cantik dan flawless. Nanti lari tema. Padahal dalam dunia sebenar tak macam tu. Tapi bila semua benda nak nampak perfect depan strangers (kat internet), kita jadi terperangkap dalam watak yang kita cipta sendiri. Lama-lama bukan document life dah, tapi acting life.

Aku tak kata salah nak post apa yang laki kau bagi. Tapi fikir balik. Kau share tu sebab nak simpan kenangan, atau sebab kau nak orang lain nampak suami kau hebat? Sebab dua-dua ni nampak sama, tapi niat dia sangat berbeza.

Sorry to say, ya. Kadang-kadang yang paling banyak flex, dialah yang paling banyak menangis dalam senyap kemudian hari. Sebab bila hidup terlalu fokus pada apa orang nampak, dia lupa jaga apa yang dia rasa. Orang yang asyik nak buktikan dia bahagia, dia kaya, dia cukup segalanya, sebenarnya tengah berlawan dengan kekosongan yang dia sendiri tak berani hadap. Hari-hari kena cari bahan nak update, nak bagi nampak “aku okay, aku power, life aku best”. Tapi dalam diam, dia paling letih. Emosi dia barai sebab kena pertahankan imej tu non-stop.

Dan bila ujian datang, suami buat hal, masalah kewangan, rumah tangga bergoyang - dia jadi tak tahu what and where to start. Sebab selama ni dia dah tunjuk sangat perfect. Jadi bila nak tunjuk yang retak, dia malu. Malu dengan netizen. Malu dengan diri sendiri. Malu sebab selama ni dia percaya watak bahagia yang dia cipta tu.

Akhirnya? Menangis dalam diam. Post tetap jalan. Senyum tetap maintain. Tapi in real life, hati dia kosong. Sebab itu, jangan bina bahagia atas pujian orang! Sebab bila pujian tu hilang, dengan kau-kau sekali hilang.

Bahagia sebenar bukan pada berapa ramai orang like, share atau komen “relationship goals!”. Bahagia sebenar tu bila walau takde siapa tahu, kau tetap rasa cukup. Hati kau rasa tenang. 

Kadang kita post sesuatu sebab nak orang kata kita bertuah. Kita nak orang nampak kita tak sama macam orang lain. Tapi kau tahu tak, kagum orang lain tak pernah kenyangkan jiwa. Dapat 100 komen “wow” pun takkan bagi kau tenang kalau dalam rumah tangga ada masalah komunikasi. Kalau suami beli hadiah tapi tak pernah dengar luahan kau, kau tetap rasa sunyi. Tapi sebab nak alih perhatian, kau terus post benda yang boleh bagi pujian.

Look. We are all human. We all want to feel seen. But don’t let that turn your whole world into something fake just to look perfect.

So sebelum tulis caption “Suami belikan”, “Nafkah bulan ni”, tanya diri kau satu soalan ni je - kalau tak ada sesiapa tahu laki kau belikan atau bagi, kau masih rasa cukup tak? 

Kalau jawapannya ya, teruskan. 

Kalau jawapannya tak, maybe kau tak perlukan hadiah atau duit sebenarnya. Kau perlukan seseorang yang healkan jiwa.


2025-07-24

Apa yang kita fikir, bayang, rasa secara berterusan, itulah yang kita tarik ke dalam hidup kita.

Sejak isu e-Hati meledak last week, aku dapat request untuk bagi opinion pasal ni. e-Hati katanya bawa konsep Law of Attraction ajaran pakar motivasi macam Robin Sharma, Rhonda Byrne and Tony Robbins. Kat FB ramai bangkitkan isu law of attraction. Katanya syirik. Katanya lagi, some people percaya sesuatu boleh berlaku hanya dengan berfikir dan tarik guna energy minda without melibatkan takdir Allah, usaha, dan doa.

Bagi aku, law of attraction tak semestinya syirik. Yang jatuh syirik tu bila pergantungan tu tak lagi pada Allah. Kalau kau percaya “Aku usaha untuk berfikiran positif, aku visualkan kejayaan aku dengan vision board, dan aku yakin Allah akan tolong realisasikan apa yang aku nak, melalui usaha, doa dan tawakal”….maka ini BUKAN SYIRIK. Ini selari dengan konsep berbaik sangka dengan Allah dan meminta dengan yakin.

Dalam Islam pun ada tulis:

“Aku adalah sebagaimana sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”

Maksudnya, kalau kita sangka baik, Allah bagi yang baik. Hat ni mirip dengan idea law of attraction tapi dalam kerangka tauhid.

Islam memang suruh kita positif, yakin dan fokus. Bukan ke Islam suruh kita doa sungguh-sungguh, usaha maksimum, jangan givap, yakin dan jangan pikir negatif? Semua ni selari dengan law of attraction, cuma bezanya as orang Islam kita mesti kaitkan semua hasil dengan izin dan kehendak Allah, bukan universal energy.

Aku everyday bercakap depan cermin. Every morning before mandi, dalam bilik air aku cakap depan cermin “AKU BOLEH BUAT!”.

Ada la benda-benda lain yang aku cakap sebelum tu, and I’ll end it with AKU BOLEH BUAT! Itu bukan mantera tapi itu semacam satu motivasi untuk diri sendiri. Aku tak percaya benda-benda magik. Tapi aku percaya pada mindset. Bila kita set kepala dari awal pagi yang kita boleh buat, kita akan approach hari tu dengan energy yang lain. Lebih konfiden, lebih fokus, lebih determine dan lebih bersemangat.

Ada orang rasa benda ni kelakar. Tapi bagi aku, daripada aku bangun pagi scroll phone baca benda merepek pagi-pagi, baik aku charge diri dulu. Kita tak tahu apa akan jadi hari tu tapi at least kita dah remind diri sendiri apa pun jadi, AKU BOLEH BUAT! Everyone ada cara masing-masing untuk kuat. Ini cara aku.

To some people, ini cara nak jaga mindset, stay fokus, elak stress, dan train mindset nampak yang baik-baik (think out of the box). Ini bukan ritual, jangan salah faham. Apetah lagi sembah universe. Pada aku, takde yang salah in fact, it can be seen as a form of inner effort or mental conditioning. Yang jadi syirik tu bila kita cakap “Aku tak perlu doa, energy sekeliling akan bagi apa aku nak sebab aku vibrate benda tu.” — INI BARU NAMANYA SYIRIK.

Kalau seseorang completely dependent on the universe, abaikan Allah, tolak doa, tak percaya takdir, maybe inilah yang berlaku dalam e-Hati tu. Tapi kalau kau guna prinsip law of attraction sebagai teknik fikir positif, sambil bergantung pada Allah, aku tak rasa itu boleh dianggap syirik. Niat dan asas kepercayaan differentiate antara syirik atau tak. Kalau terlampau percaya dengan "getaran" energy, memang boleh sesat akidah.

Dia macam ni. Bayangkan law of attraction adalah kompas. Kompas bantu kita cari arah. It's just a tool untuk dapatkan arah lebih. Kalau takde kompas pun kita tetap boleh guna cara lain untuk cari arah, kan? Kompas hanya sebagai panduan. Macam tu la law of attraction. Tak pakai pun takpe, tapi kalau pakai untuk bagi kau lebih fokus dan jelas hala tuju, salah ke? Law of attraction BUKAN kuasa mutlak, tapi alat untuk bantu mindset kita selari dengan doa dan usaha.

Contohnya Vision Board and Habit Tracker. These two can be considered as tools. Ini bukan konsep utama law of attraction, tapi ada kaitan.

Law of Attraction prinsipnya “What you think and feel, you attract”. Apa yang kita fikir, bayang, rasa secara berterusan, itulah yang kita tarik ke dalam hidup kita. Jadi, Law of Attraction sangat bergantung pada fikiran sedar dan bawah sedar serta apa yang kita rasa.

Kalau kita selalu fikir “I'm not good enough”, “I will not succeed”, kita sedang tune ke failure frequency. Bila kau dah bersangka buruk, secara otomatik kau givap, kau malas, kau down. Pastu kau expect boleh berjaya dengan semua failure frequency ni? Memang taklah. Tapi bila kita tukar cara fikir, “I'm learning and will get better”, sambil usaha, yakin dan doa, we begin to attract opportunities.

Perasan tak dalam keadaan serabut, benda simple pun jadi berat. Tapi bila kita tenang dan positif, kadang belum berjaya pun lagi tapi ilham untuk dapat jalan keluar dari kesulitan tu mudah datang. Sebab itu penting untuk sengaja fikir, rasa dan minta (doa) yang baik-baik.

Vision board. Kita tampal gambar atau kata-kata yang mewakili apa kita nak. Aku tak tahulah korang biasa buat ke tak gini. Aku tiap-tiap malam tulis dalam jurnal apa aku nak. Umpama buat bucket list/wish list. Tulis je santai-santai, takde pressure. Bukan nak tunjuk kat orang pun. Tulis nak beli ini, nak holiday sana, nak buat itu, nak buat ini. 

Dia macam THINGS TO DO. Kau tulis tulis tulis tulis, lama-lama kau akan buat juga. Untuk orang yang ada masalah fokus dan selalu bertangguh dan suka buang masa, ini adalah tools untuk elakkan you from distraction. Selagi tak capai, selagi tu aku tulis. Lama-lama jadi macam motivasi. Bila kita always tatap vision board atau tulis apa kita nak, it stimulates positive emotions.

Lagi satu, habit tracker. Siapa beli habit tracker jurnal aku jual dulu? Habit tracker pun another tools of law of attraction. Bukan sekadar berangan, tapi perlu usaha yang selari. Habit trackers show our true commitment to change. Bila kita tanda setiap habit yang konsisten (contoh: bangun awal, minum air cukup, tak scroll phone lepas Subuh), it creates positive momentum dan one day ia menjadi habit dah. Emosi dan habit yang baik-baik ni kena di-train.

Aku rasa orang yang tersasar dengan law of attraction ni MAYBE, dulu dia pakai konsep iman tapi apa yang dia nak, tak dapat. Bila dia pakai konsep omputih, tercapai. Tu yang terbabas tu. 

Law of attraction bukan syirik selagi tak menduakan Allah dan tak percaya kuasa makhluk melebihi kuasa Allah. Guna sebagai alat bantu psikologi sahaja. Yang penting niat dan kepercayaan asas kita. Fikir positif dan bayangkan kejayaan bukannya benda haram. Yang salah ialah bila kita buang Allah terus.


2025-07-23

Medical Card: Kenapa premium insurans konvensional lebih murah dari takaful?

En Wan kata ada beberapa orang bertanya kenapa dia tak offer conventional insurans sebab conventional lebih murah. Terkejut aku dengar ada orang Islam prefer conventional plan berbanding Takaful. Bukan apa, ni bukan pasal murah atau mahal tapi pasal prinsip dan keberkatan. Takaful dibina atas konsep tabarru’ (derma ikhlas), yang mana tujuan mencarum tu untuk saling membantu sesama peserta bila ditimpa musibah. Dalam pelan takaful takde unsur riba, gharar atau judi.

Conventional insurance pula operate macam kontrak jual beli berisiko yang ada unsur riba dari pelaburan dan interest, ada ketidaktentuan (gharar), dan elemen maysir (spekulasi). Bila dah jelas hukum syariah tak benarkan, kenapa masih nak pilih jalan ni, walaupun jimat sikit betul tak? Sebab itulah En Wan tak offer. Memang ada agen lain yang offer both pelan, maybe boleh bertanya pada agen lain kalau masih mahu conventional plan. En Wan tak buat.

Masa aku jadi underwriter dulu, takaful belum wujud. Semua pelan adalah conventional. Tapi selepas tu takaful diperkenalkan. Maka ramai yang dah bertukar ke pelan takaful. Client En Wan ramai juga yang ambil pelan takaful dan batalkan conventional policy.

Ramai orang bila nak beli insurans compare antara conventional dan takaful. Dan lepas tu dorang akan tanya “Kenapa premium insurans lebih murah daripada takaful?”

Lepas tu sambung dengan soalan kedua, “Kalau sama je cover-nya, kenapa orang Islam kena ambil takaful? Tak boleh ke ambil yang murah?”

Boleh je kalau nak ambil murah. Tapi sebelum tu aku explain dulu kenapa syarikat insurans wujudkan takaful.

Bahasa paling mudah untuk aku explain:

Insurans konvensional = coverage berdasarkan kontrak perniagaan biasa.
Takaful = coverage berasaskan prinsip Islam (syariah), bebas daripada riba, gharar, dan maisir.

Nak bagi lagi mudah, bayangkan macam ni. Insurans conventional macam beli produk dari company yang tujuan utamanya nak buat untung untuk shareholder. Takaful pula adalah satu tabung komuniti yang mana semua peserta masukkan duit caruman ke dalam tabung untuk saling bantu kalau ada musibah. Syarikat takaful cuma uruskan tabung tu dan ambil upah je, tidak ada untung dibuat dari investment.

So kenapa agaknya premium conventional lagi murah?

Dalam insurans conventional, duit premium terus masuk kepada syarikat. Kalau tak berlaku apa-apa (takde claim), syarikat simpan duit tu sebagai untung. Dia boleh labur dalam apa-apa instrumen kewangan termasuk yang tak patuh syariah (saham arak, judi, riba, etc). That's why syarikat insurans agresif buat untung dan labur di tempat yang bagi pulangan tinggi. Bila untung banyak, kos premium bulanan boleh dikurangkan termasuklah caj premium yang lebih rendah untuk client. Boleh faham?

Dalam takaful, ada 2 tabung utama:

1. Tabarru’ (tabung derma). Duit dalam ni bukan hak kita, tapi diikhlaskan untuk bantu peserta lain bila berlaku musibah.
2. Dana peserta. Ini tempat simpanan atau investment kita (boleh dapat kalau takde claim)

Every year, kalau ada lebihan daripada tabung Tabarru’, syarikat Takaful akan share dengan client, betul tak? Ada dapat, kan? Tak banyak, tapi ada.

Dalam insurans conventional, tak ada tabung-tabung ni. Semua duit premium dikira milik penuh syarikat. Jadi, dorang tak perlu urus sistem pembahagian, audit syariah, dan profit distribution to clients. Kos jadi lebih rendah.

Berbeza dengan takaful, dorang kena patuh pada panel penasihat syariah (bayar gaji ahli panel), kalau buat pelaburan pun yang halal saja, struktur kontrak mesti jelas (takde unsur-unsur gharar) dan tak boleh ambil untung atas musibah orang. Jadi, kos operasi takaful lebih tinggi. Itu sebab kadang-kadang caruman takaful mahal dari conventional premium, walaupun coverage nampak sama.

Kenapa takaful khusus untuk orang Islam?

Kita tanya diri sendiri. Kenapa kita solat? Kenapa kita tak boleh minum arak? Kenapa kita bayar zakat?

Sebab kita ikut perintah agama, kan?

It's the same with financial protection. Kalau ada dua pilihan, satu patuh syariah, satu lagi tak, kita pilih mana? Aku taknak memandai-mandai mewajibkan sesuatu, karang orang kata overclaim pulak. Tapi kita sendiri boleh pikir, kan.

Ini bukan memburukkan mana-mana pelan perlindungan sebab mana-mana syarikat insurans pun dah ada sediakan pelan takaful. Tapi aku perlu highlite pada yang overlook tentang ni. Maybe tak tahu. Jadi, aku bagitahu. Insurans conventional ADA unsur yang dilarang dalam Islam. Dalam takaful, semua unsur ni dihapuskan through a transparent contract structure based on prinsip tolong-menolong.

Analogi mudahnya gini, so that senang paham. Bayangkan dua kedai:

Kedai A adalah kedai biasa.
- Jual ayam murah RM7 seekor.
- Tapi kita tahu ayam tu disembelih tak ikut syariah, dan sumber tak pasti.

Kedai B adalah kedai halal
- Jual ayam RM13 seekor.
- Ayam disembelih dengan betul, disahkan halal, bersih dan selamat.

So, walaupun dua-dua pun ayam, orang Islam wajib pilih yang halal. Beza RM6 tak sepatutnya jadi isu, sebab itu adalah harga kepatuhan kepada syariah.

"Tapi kalau bajet tak tinggi, ada pilihan lain tak?"

Islam itu mudah. Kalau memang takde pilihan, atau situasi darurat contohnya kau kerja kat overseas dan tak ada takaful maka boleh guna insurans conventional as last resort. Tapi kita di Malaysia ada pilihan takaful, kenapa mesti pilih conventional? Utamakan yang halal. Ini bukan sekadar soal hukum, tapi soal berkat. Aku always cakap kat En Wan, orang nak beli conventional, let them. Awak jangan jual. Karang musibahnya tak dapat pada yang membeli, tapi dapat pada yang menjual. Selisih.

Alhamdulillah, walaupun nampak macam jual conventional insurans lebih senang sebab lebih murah, En Wan masih kekal Top Producer dan MDRT buat kali ketiga berturut-turut sejak involve in this industry. Insyallah, Allah pasti tolong kalau niat kita betul.

As orang client, kita bukan sekadar nak coverage, tapi perlindungan yang berkat. This is soal akidah. Kalau belum ada medical card, consider takaful dulu, bukan insurans conventional. Kalau dulu dah ambil tapi waktu tu masih insurans conventional, boleh teruskan, tapi plan untuk convert ke takaful bila sesuai. Kalau rasa mahal sangat, tengok semula keperluan. Bukan semua orang perlu plan RM1 juta. Ada takaful yang mampu milik. Tanya En Wan, dia always ada pelan untuk fit your budget.


2025-07-22

"Siapa pelakon ni? Kenapa macam real sangat?” - Bila dunia mula nampak Johnny Huang (黄景瑜)

Ramai juga ya yang lepas tengok sedutan drama Love Song in Winter kat IGS aku mula tanya nama drama tu. Dah macam ‘culture shock’ sebab rata-rata cakap first time kena Huang Jingyu (Johnny Huang).

“Kalau Kak Di tak kenalkan, tak tahu pun kewujudan dia”

Kalau kat TikTok and Xiaohongshu, dah banyak kali aku dapat komen macam tu. Dorang yang international fans ni balik-balik kenal Wang Yibo, Xiao Zhan, Yang Yang, Xu Kai, Chen Zeyuen. Itu je pusing-pusing. Tapi bila banyak tulisan aku di Weibo and TikTok mendonia, dorang start tanya siapa lelaki ni? Kenapa tak pernah dengar nama dia sebelum ni? Kenapa dia tak famous?

Yang benaunya, bukan dia tak famous. Kau yang tak nampak dia sebab nampak pretty faces guy je.

Aku selalu cakap Johnny ni macam Beto versi China. Dia macam nilah. Kalau kat Malaysia ni antara Beto dengan Fatah Amin, siapa lagi famous? Dah tentulah Fatah Amin.

Siapa lagi hensem? Fatah Amin.
Siapa lagi ramai followers? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak endorsement? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak media coverage? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak disebut di media sosial? Fatah Amin.

Maka tak heranlah kalau orang luar lebih kenal Fatah Amin dari Beto. Silap-silap orang luar pun ingat Fatah Amin tu paling gempak 😆.

Fandom Johnny sebijik macam Beto. Fandom Johnny tak ramai. Dan fans Johnny tak sebising fandom actor idol lain. Tapi everytime drama atau movie dia keluar, dari orang muda sampai orang tua akan tengok. Orang kata - low noise, high impact.

Sama macam Beto. Dia macam tak famous. Tapi setiap kali drama atau movie dia keluar, semua level usia akan tengok. Orang tengok sebab dia ada. Bukan sebab drama atau movie tu. Kalau aku, Eman Manan. Eman Manan ni mana famous beria? Even di zaman muda dia pun dia tak sefamous Badrul Muhayat, atau Sabri Fadzil, atau Mustapha Kamal (Megah Holdings 😁).

Even Roy Azman yang asyik jadi penyangak zaman muda dulu pun lagi famous dari Eman Manan yang hero. Tapi everytime drama or filem dia keluar, BOOM! Orang tengok. Aku yang masa tu masih skolah pun tak akan miss drama Eman Manan. Sampai sekarang di usia emas dia, aku berani kerat jari kalau drama tu ada Eman Manan, KONFEM RATING TINGGI. Because orang tengok kerana lakonan dia.

Kekuatan Johnny adalah pada skill lakonan dia yang bersahaja and macam unscripted. Kalau kau tengok drama The First Shot (Youku) lagi power. Gila babi punya natural lakonan dia. Tahun ni dia dinominated dalam CMG Award untuk drama The First Shot. Kebanyakan actor yang famous internationally TAK PERNAH BERJAYA disenaraipendek dalam mana-mana award based on jury voting. Dorang tu semua banyak menang dalam award audience-voting. Umpama anugerah ABPH. Kalau vote by fans memang konfem muka dorang menang. Kalau award yang vote by jury, jangankan kata menang, nomination belum tentu.

Kat China, actor yang selalu dicalonkan dalam award berprestige vote by jury selalunya Wang Kai, Hu Ge, Zhangyi, Johnny Huang….ni semua nama-nama yang international fans jarang nampak tapi dorang adalah actor A-List di China. Kalau kau duduk dalam Weibo, kau akan nampak nama-nama ni. Tapi kalau kau berpusing-pusing dalam TT and IG, memang balik-balik kau nampak nama-nama yang sama. Tak Xu Kai, Yibo. Tak Yibo, Yang Yang. Tak Yang Yang, Chen Zeyuen.

Johnny bukan actor yang bawa watak ikut skrip semata. Dia HIDUP dalam watak tu. Bila dia jadi askar, kita rasa dia memang askar betul. Bila jadi polis, kita lupa yang tu Johnny. Kita nampak karakter tu je. Kalau tak, takkan lah pasukan beruniform gunakan gambar dia as poster boy untuk recruit new intake. Betapa besar pengaruh dia dalam pasukan beruniform.

Kalau perasan, Johnny bukan actor yang banyak buat mimik muka penuh drama, atau acting too sweet sampai tak realistik. Everything dia buat nampak calm, masculine, natural tapi deep. Every time ada scene emotional, kena tepat ke jantung.

Kenapa ramai tak pernah dengar nama Johnny Huang?

Sebab dia bukan pelakon yang dipopularkan through social media atau variety show. Dia tak banyak buat content, tak masuk program entertainment (TV) semata-mata nak naikkan nama. Dia tak jual ‘imej boyfriend material’ macam pelakon-pelakon idol lain. Dia fokus satu benda je - acting. No gimmick. No scandal. No fake image.

International fans macam kita-kita, kenal pelakon-pelakon macam Yang Yang, Xu Kai, Chen Zheyuan mostly sebab visual. Pretty faces. Idol dramas. Tapi dalam industri sebenar kat China, Johnny berada di level yang lain. One of the reason dia dihate oleh fandom pelakon lain sebab Johnny ada kelebihan boleh memilih skrip. Skrip gred A selalu dapat pada Johnny dulu. Kalau Johnny reject, baru dioffer pada pelakon lain.

Contohnya filem Legend of the Condor Heroes. Tahun 2022, dia adalah actor pertama yang director pilih untuk jadi main lead.

Ya, dik. Skrip The Legend of the Condor Heroes sebenarnya di-offer kepada Johnny Huang. Tapi Johnny tolak because waktu ni schedule dia terlalu penuh.

Waktu tu dia ada Bright Eyes in the Dark (drama), The Lost Identity (drama) and The Procurator (movie). Director masih mahukan dia, jadi director anjakkan tarikh shooting ke July 2023. Malangnya schedule Johnny tetap full sebab January 2023 dia dah start filming Love Song in Winter.

Dan akhirnya, director terpaksa buat casting. Xiao Zhan was CAST to play in The Legend of the Condor Heroes.

WAS CAST, ya. Read that.
Bukan skrip tu dibagi kepadanya, tapi dia di-casting terlebih dahulu.
Ada beza kat situ.

Shooting filem tu start July 2023. Xiao Zhan dicasting pada May 2023. Bermakna dari awal 2022 dorang mencari pengganti Johnny. Hanya lagi 2 bulan nak shooting, baru dapat pengganti. That's why kat Weibo bila Xiao Zhan dipilih, tak berapa nak hype sangat because netizen tahu he is a replacement. Netizen tahu skrip itu sebenarnya untuk Johnny. Dak-dak TikTok je yang tak tahu.

Untuk drama Bright Eyes in the Dark dan Tne First Shot, director dan produser sanggup tunggu 4 tahun hanya untuk dapatkan Johnny. Kalau itu bukan petanda dia berada di another level, aku tak tahulah nak cakap apa.

Johnny ni kalau kata rupa, kalau banding dengan Yang Yang, Chen Zeyuen, Xu Kai, memang kalah. Tapi Johnny manly face. Dia bukan ‘pretty boy’. Sebab tu dia sangat sinobim dengan heavy drama macam crime, military and detective. Skrip heavy macam ni tak boleh muka-muka comel. Tapi kalau Johnny berlakon genre cinta, gesture dia sangat tak cliche. Dia punya style berlakon genre cinta adalah realistik. Not so sweet, tak over react tapi body language, suara, mata dia semua bekerja serentak.

Aku boleh rumuskan kalau set-set muka pretty boy ni audience suka tengok sebab dorang hensem and ada chemistry kalau bawa genre cinta. Johnny pula jenis yang audience percaya dengan watak yang dia bawak. Johnny tak perlu buat-buat sweet, tak perlu fake persona, tak perlu couple marketing. Dia cuma perlu satu benda je iaitu good skrip. Dia taulah nak buat apa nanti.

Kalau korang belum tengok drama dia, mulakan dengan:
• My Dear Guardian
• The First Shot
• The Lost Identity
• Last Song in Winter
• Bright Eyes in the Dark

Nanti korang faham kenapa orang start suka dia. Lepas tu nanti korang tengok lakonan orang lain dah rasa tak best because Johnny punya acting sangat powerful.


2025-07-21

Hibah ni untuk siapa sebenarnya? Untuk kita ke, untuk waris?

Alhamdulillah, kes hibah kontroversi tu akhirnya berpihak pada balu. Actually dah boleh agak menang sebab sah-sah hibah tu ada dokumen sah. Hari tu dia kalah tu bukan sebab hibah tak sah tapi sebab dia tak hadir ke mahkamah sebab tak tahu-menahu kesnya dibawa ke mahkamah. Now dia hadir bagi keterangan dan dokumen lengkap semua, memang senang-senanglah menang.

Menjak kes hibah kontroversi tu menang, ada yang bertanya aku pasal hibah. Some of you masih lagi tak clear tentang hibah dan expect hibah ni akan dapat pada diri sendiri. Ya, hibah akan dapat kat korang KALAU orang yang buat hibah tu mati dan letakkan nama korang as penerima. Kalau korang yang buat hibah untuk waris, duit hibah tu TAKKAN dapat kat korang.

Menjak berkawan dengan colleague En Wan, ramai agen mengeluh. Rupanya masih ramai ingat hibah yang dorang buat ratus ribu tu akan dapat kat dorang bila dah tua nanti. Tu belum lain hadap prospek yang terlampau cerewet. Beria-ia tanya itu ini macamkan nak ambil sangat, last-last tak ambil juga. So aku rasa aku kena tulislah juga tentang ni. Aku ambil part untuk jelaskan what is hibah.

Let’s go straight to the point.

Ramai sebenarnya yang berminat dengan hibah. Serius ramai. Everyday ada je orang tanya aku pasal hibah. Ada je orang whatsapp En Wan tanya hibah. Tapi ramai juga yang bila dah duduk depan agen, dah dengar explanation panjang lebar, lepas tu masih tanya, “Kalau saya mati lepas tempoh hibah tu tamat, duit dapat kat siapa?”

Dari soalan tu dah nampak satu isu besar iaitu, dia tak faham konsep hibah.

Hibah ni dalam bahasa mudahnya, pemberian semasa hidup kepada seseorang, yang akan dapat manfaatnya lepas kita mati nanti.

Gini. Katakanlah kau beli satu polisi hibah RM300,000. Dalam hibah tu kau letak anak sebagai penerima (beneficiary). Kalau kau mati semasa polisi hibah masih aktif, anak akan dapat RM300,000 tu.

Sekali lagi aku ulang, anak kau yang dapat. BUKAN kau.

Kau as pemilik polisi tak dapat apa-apa. Imagine kau tempah kek and bunga untuk girlfren. Pastu kau tulis nama girlfren sebagai penerima. Pastu kau pesan kat kedai tu hantarkan pada sekian-sekian tarikh. Hadiah ni hanya boleh dihantar pada tarikh tersebut. Sekarang, walaupun kau yang bayar kek dan bunga tu, barang tu takkan dapat kat kau. Tapi girlfren kau pasti akan terima bila sampai masanya. Itu janji kau pada tokey kedai (dalam kes ini: syarikat takaful).

Kau = pembayar / pemilik polisi hibah
Kek & Bunga = nilai hibah (contohnya RM300,000)
Kedai kek & bunga = syarikat takaful
Girlfren = penerima manfaat (beneficiary)

Jadi ya, kau bayar, tapi girlfren yang dapat. Sebab hibah ni bukan untuk kau nikmati semasa hidup, tapi as HADIAH terakhir untuk orang yang kau sayang.

Kalau kau nak something yang bagi pulangan pada kau semasa hidup, pergi buat investment. PruBSN pun ada investment. Gi tanya En Wan pasal ni. Aku pun ada buat investment polisi dengan dia. Atau kalau kau nak simpanan yang boleh diguna masa tua nanti, buat tabungan. Tapi kalau nak pastikan waris tak hidup melarat bila kau dah tak ada, buat hibah.

Hibah ni bukan untuk orang yang nak cepat kaya, tapi untuk orang yang bertanggungjawab. Sorry cakap terus-terang. Ramai yang ingat ambil hibah ni macam menabung. Kalau tak mati dalam tempoh hibah, rugi bayar tiap bulan katanya. Tepuk dahi aku dengor 🤣.

Logiknya sama macam kau beli insurans kereta. Kalau tahun ni tak accident langsung, adakah kau rasa rugi bayar insurans? Tak kan? Kau bersyukur sebab tak accident. Samalah macam hibah. Patutnya bersyukur tak mati dalam tempoh tu.

Ada yang kata, “Habis tu kalau saya mati lepas tempoh hibah habis, duit tu tak dapat kat waris la?”

Betul. Tapi itu bukan isu rugi, itu risiko hidup.

Apa maksud “risiko hidup”?

Katakan kau bayar insurans kereta setahun RM1,500. Kalau kereta kau eksiden dalam tempoh setahun, kau boleh claim. Tapi kalau kereta elok sepanjang tahun, kau tak dapat apa-apa balik. Adakah itu rugi?

Tak. Sebab kau bayar untuk perlindungan, bukan untuk pulangan. Yang “rugi” ialah kalau eksiden tapi tak ada insurans langsung, kena tanggung semua sendiri. Itu baru namanya rugi.

Sama juga dengan hibah takaful. Kalau kau meninggal dalam tempoh polisi aktif, waris dapat RM300,000. Kalau kau hidup sampai tempoh tu tamat, tak ada bayaran pada waris tapi kau masih hidup, which is a blessing.

“Risiko hidup” maksudnya hibah takaful cover risiko kematian dalam tempoh tertentu. Kalau risiko tu tak berlaku, baguslah! Tapi duit caruman “hangus”, sebab ia adalah bayaran perlindungan, bukan simpanan, bukan pelaburan.

Kalau betul-betul takut waris tak dapat apa-apa lepas tempoh tu, ambil plan hibah seumur hidup (whole life coverage). Atau buat sampai umur 90 tahun. Caruman akan jadi lebih tinggi, tapi itulah kos untuk pastikan waris tetap dapat manfaat walau kau mati lambat.

“Kalau saya ambil hibah 20 tahun, lepas tu saya mati masa umur 70… rugi la sebab hibah dah tak cover masa tu.”

Ini mindset yang salah. Ceritanya now kau nak mati umur 60 ke supaya tak rugi bayar hibah? Gitu?

Ni macam orang yang tanam pokok durian, tapi marah sebab pokok tu lambat berbuah. Nak cepat sangat nampak hasil. Sedangkan purpose asal tanam tu untuk jangka panjang. Macam atok nenek aku dulu tanam durian dia kata ini untuk anak cucu makan, takde pun dia kata tanam durian untuk dia merasa.

Inilah hibah. Tujuannya bukan untuk balik modal, tapi untuk melindungi orang yang kita tinggalkan. Kalau mati awal, hibah bantu waris. Kalau mati lambat dan tak dapat claim, kau masih hidup untuk ringankan beban kewangan keluarga dalam tempoh 20 tahun tu. Tu pun dah cukup baik.

Dalam mana-mana business memang ada customer yang cerewet bertanya macam-macam, last-last tak ambil juga. Ini biasa. Dari zaman aku jual biotech supplies pun ada jenis ni. Tapi aku always take note. Kali pertama tu kita layankan aje pertanyaan dia. Dia nak itu ini, as sales person kita guide. Dia tak jadi beli atau dia akhirnya beli dengan orang lain, isokay. Tapi no one get second chance from me konsepnya. Kali kedua kau tanya, aku tak reply dah. Aku pass kat colleague aku. Biar kau rasa dapat colleague aku yang harsh-harsh tu.

Bukan apa…sebagai orang sales masa tu mahal. Aku boleh gunakan masa tu untuk layan customer yang memang serius, yang betul-betul nak that produk atau my service. Kalau aku dok mengulang layan orang yang sama banyak kali tapi ending dia tetap “nanti dulu”, ini boleh aku anggap as membazir masa.

Bukan marah orang bertanya. Bertanya tu hak customer. Tapi as sales person kita kena pandai tapis. Mana yang tanya sebab serius nak tahu, dan mana yang tanya sebab nak buang masa. Kalau masih pusing-pusing point yang sama, anggap saja dia memang bukan your target crowd. Move. Sometimes itu cara Allah tolong kita juga. Kalau dia end up jadi customer kau, dia akan jadi customer yang sangat demanding dan cerewet yang serabutkan kepala kendian hari. Baik let go awal-awal.

Jenis-jenis customer gini senang je kau nak tahu. Dari soalan dorang dah boleh jadi “red flags”bahawa prospek ni takkan proceed, atau tergolong dalam jenis prospek yang tak ready.

“Kalau saya tak mati selepas polisi tamat, saya tak dapat apa-apa? Rugi lah.”

Ini petanda dia masih belum faham konsep perlindungan vs pelaburan. Orang macam ni biasanya expect dapat balik duit, bukan betul-betul nak cover waris.

“Berapa saya dapat kalau saya tak mati?”

Hat ni memang obviously tak faham fungsi hibah takaful. Dia masih fikir macam skim pelaburan. Hat ni POTENSI TINGGI takkan proceed. Boleh mute whatsapp dia 😆.

“Saya kena bincang dulu dengan isteri/suami/emak/bapak/mak mertua/kucing saya”

Padahal dia dah bertanya macam-macam, ujung-ujung nak mintak permission. Ini jenis tak yakin, tak komited, atau simply nak lari dari jawab yes or no. Actually prospek jenis ni dah buat decision, tapi masih guna alasan. Jenis ni JANGAN KAU PAKSA close deal. Chances are, dia akan culas bayar caruman. Trust me! Lebih baik biarkan je dia. Nanti serabut kepala kau melayan karenah dia bila dah close nanti.

Customer-customer biotech aku dulu mana-mana yang perangai gini, aku tak follow up dah. Selalunya lagi 2-3 bulan dia call aku “Diana, boleh tak bagi quotation pipette yang hari tu?”

Rupanya hari tu masa aku quote dia, dia pi beli brand lain yang lebih murah. Pastu sales person tak buat follow up dan MIA. Bila barang rosak and nak calibrate tak tahu nak contact siapa, masa tu baru nak cari aku. Terus aku buat quotation harga paling mahal sekali. Biar dia tak beli sebab aku malas nak melayan dah. Kalau dia beli memang miracle la.

“Saya nak compare dengan company lain dulu”

Ini dah boleh bye-bye siap-siap. Sebab selalunya dia takkan kembali. Dia macam ni. Orang yang READY untuk membeli, akan study siap-siap dah barang yang dia nak belk. Dia dah buat perbandingan. Bila dah decide mana satu, baru dia tanya for confirmation saja. Tapi kalau from A to Z dia tanya kau macam-macam, last-last “saya nak compare dulu”…ini petunjuk cerewet extreme. Ni kalau jadi customer/client, memang terpaling susah nak jaga.

Aku suka customer GreenAard. Especially yang membaca explanation aku di sini. Bila dia whatsapp, dia cuma nak confirmation saja like “Kalau saya nak ambil tengahari boleh tak sebab pagi saya dah ambil ubat lain” — ini petanda dia dah faham dan ready to purchase cuma nak kepastian saja.

“Saya fikir dulu boleh tak? Nanti saya contact awak balik”.

Ni ayat standard tak nak bagi nampak obvious menolak. Selalunya dia takkan contact kau balik. Jangan pikir sangat dia akan contact kau balik. Jalan terus.

Semua prospek boleh bertanya, berhak bertanya dan sales person yang baik kena ready menjawab semua pertanyaan sebab bukan semua orang faham produk kau, especiallu produk kewangan macam hibah takaful. Tapi memang wujud prospek serius vs prospek “tanya-tanya je” (takkan proceed). Agen kena bijak tapis. Jangan kau habiskan masa melayan walaupun dah nampak red flag.

Sebenarnya banyak plan hibah fleksibel, yang boleh tukar beneficiary, yang ada yang ada nilai tunai, etc. Tapi kalau semua benda nak “perfect” baru nak ambil, sampai bila pun takkan ada plan yang sesuai. Takkan ada produk yang sempurna. Yang ada cuma produk yang paling sesuai dengan keperluan kita sekarang.

Ada satu lagi jenis yang bila agen tanya berapa budget? Dia jawab bawah RM500. Tapi bila agen quote bawah RM500, dia kata mahal. *tepuk dahi*

Kalau nak coverage tinggi, memang carumannya pun tinggi. Jangan segan nak bagitau budget. Buat apa nak malu. Kita yang nak membayornya jadi sesuaikan dengan budget kita. Kalau bajet rendah, ambil coverage kecik. Janji ada protection. Buat ikut kemampuan. Jangan expect coverage besar kalau bayaran caruman pun tak seberapa. Bayar RM5, nak makan lobster. Logik ke?

Yang selalu aku dengar, “Ala… saya tak ada harta. Tak payah la hibah.”

Inilah silap paling besar. Kalau dah kaya raya, ada 7 buah rumah, 5 akaun simpanan penuh, okay la kalau tak buat hibah sebab waris masih boleh survive. Tapi kalau kita ni hidup sederhana, income cukup-cukup, hutang banyak, harta pun tak seberapa, kita inilah yang paling patut buat hibah. Sebab bila mati nanti, siapa nak settle hutang-hutang kita? Rumah siapa nak bayar? Nak tunggu pembahagian pusaka? Makan tahun. At least ada hibah, sekurang-kurangnya waris ada duit cepat. Tak payah tunggu proses faraid. Tak perlu gaduh berebut harta.

En Wan kata dari client-client yang buat hibah, dia cakap most of them bila suami meninggal, keluarga mertua tuntut habis-habisan (faraid). Dia tanya aku “Dorang ni dulu kawen tak dapat restu family ke?”

Bukan takde restu, banggggg. Benda boleh tuntut buat apa nak let go. Gitu konsepnya. Duit jatuh dari langit siapa nak tolak, ye tak? Tapi tu lah, duit je la nak. Hutang-hutang si mati bini juga membayor. Bank pun takkan contact mak bapak. Bank contact isteri.

Masa kita hidup, kita asyik berkira. Takut rugi, takut tak mati, takut bayar lebih. Tapi bila kita dah tak ada, waris yang rasa perit. Now ni nak sambung belajar Uni pun dah ikut kuota dan tangga gaji. Itupun belum tentu layak dapat loan bila mohon. Apa-apa hal nak kena keluar duit sendiri dulu. Anak-anak ada yang kena berhenti belajar sebab tak cukup duit. Isteri kena buat 2-3 kerja. Rumah tergadai. Hutang tak selesai. Kalau masa tu waris tahu kita boleh ambil hibah masa hidup tapi kita pilih tak nak sebab takut rugi, agak-agak apa perasaan dorang?

Ya, bukan semua orang mampu ambil plan besar. Tapi jangan jadikan alasan “tak nampak benefit pada diri saya” sebagai sebab tak ambil. Hibah bukan untuk diri kita. Hibah bukan untuk kaya. Hibah bukan produk untuk orang yang nak return on investment. Hibah ni adalah satu ikhtiar untuk bertanggungjawab walaupun kita dah tak ada nanti.


2025-07-20

GreenAard: Again pasal brest kendur boleh naikkan balik atau tak?

Aku benaunya nak tulis pasal lain, tapi dah ada yang mengingatkan aku tulis pasal breast kendur. Eh korang ni tak habis-habis lagi bab tetek, ke? Concern betul masing-masing, ya.

Tadi ada satu DM ni tanya aku tido pakai bra ke tak.

Dalam kebanyakan masa aku pakai. Tapi bukan yang dawai, yang biasa punya. Reason, sebab tak selesa kalau tak pakai.

Dulu zaman anak dara, ntah siapa cakap tido kalau pakai bra nanti boleh dapat kanser. Ntah siapa la yang cipta mitos ni. Dengan aku-aku sekali terpedaya dulu. Rupanya sampai sekarang mitos ni masih valid, ya. Sebab masih ramai yang percaya.

Toksah percayalah. Takde kena-mengena bra dengan risiko kanser. Aku syak yang create mitos ni mesti lelaki. Dia nak kerja senang meraba tetek bini dia malam-malam, tu yang dia kata kat bini dia pakai bra masa tido nanti kena kanser.

Ada yang kata bra akan sekat saluran limfa. Toksin berkumpul dan jadi kanser. Ini pun ntah mana-mana sumber dia dapat. Sistem limfa memanglah bantu buang toksin, tapi tido pakai bra, walaupun bra tu ketat, tetap tak cukup kuat untuk ganggu fungsi sistem limfa.

Pakai bra masa tido cuma isu keselesaan je. Kalau kau pakai bra yang terlampau ketat, atau berdawai, atau jenis push-up, agak kurang selesa. Tapi kalau bra tu ringan, lembut, takde dawai, tak ketat - takde masalah pun.

Pada pandangan aku sendiri, kalau breast besar, elok bra yang lembut-lembut. Sebab hanya cup F je tahu betapa tak selesanya tido mengiring tak pakai bra. Dia macam menghempap satu sama lain. Hahahaha. Matilanak explanationnya pun.

Ok berbalik pada isu boleh ke tegangkan balik breast yang dah kendur, again aku jawab: TAK BOLEH.

Bila breast dah kendur, TAK ADA produk topical (krim, serum, sapu-sapu) mahupun suplemen (makan) yang boleh tegangkan semula macam asal. Meh aku explain pakai bahasa mudah. Kalau bagi terlampau berfakta karang takut makin pening.

Breast kendur adalah disebabkan USIA. Semakin bertambah umur, kolagen berkurangan. Bila kolagen berkurangan, Ligamen Cooper (ligamen yang menyokong breast) mula longgar. Ligamen Cooper ni "mengikat" tisu-tisu dalam breast supaya bentuk breast kekal terangkat dan tak jatuh (sagging). Ligamen Cooper diperbuat daripada kolagen. Bila kolagen cukup, ligamen jadi kuat. Bila ligamen kuat, breast kekal anjal.

Secara TEORI, kalau kolagen dalam badan bertambah, makan breast jadi anjal semula, betul tak? Tapi, itu hanya teori. Pertambahan kolagen dalam badan memang boleh perbaiki keadaan, tapi ini bukan magik. Breast takkan naik tetang macam zaman muda regardless berapa banyak pun kolagen yang bertambah dalam badan. Sebab, selain dari faktor kolagen, ada satu lagi faktor iaitu lemak dalam breast berubah bila umur bertambah. Breast jadi kurang padat, jadi dia turun.

Kenapa krim atau serum yang disapu pada breast takkan membantu?

Sebab krim hanya berfungsi di permukaan kulit, sedangkan isu utama datang dari struktur dalaman iaitu kolagen dan ligamen. Kalau pun nampak tegang sikit, itu biasanya kesan sementara sebab bula sapu krim/serum, kulit jadi lebih lembap. Kulit yang lembap buatkan breast nampak penuh sekejap. Kebanyakan krim/serum ada humectants (glycerin, hyaluronic acid) yang tarik air masuk ke kulit. Bila kulit breast lebih lembap, ia akan nampak penuh dan kenyal, jadi seakan-akan tegang.

Plus, krim/serum macam ni usually ada bahan yang bagi kesan firming sementara macam caffeine atau certain peptide. Jadi lepas disapu terasa macam kulit ditarik. Tapi semua tu berlaku di permukaan kulit je, bukan struktur dalam breast.

Penting untuk faham yang breast kendur sebab struktur dalaman (ligamen longgar, kolagen berkurang). Ini tak akan naik semula hanya dengan krim atau suplemen. Sama macam perut yang dah menggeleber. Pernah tak tengok orang yang pernah gemuk atau buncit. Bila kurus, akan ada kesan menggeleber. Krim tak boleh naikkan balik kulit yang dah geleber ni. Surgery saja boleh.

Tapi kalau URUTAN oada breast, boleh membantu. Takdelah naik terangkat betul tapi eventually dia takde lah nampak kendur sangat. Urutan ni tak pakai krim khas pun takpe, kau sapu minyak masak pun boleh sabit nak mengurut je. Urutlah secara konsisten. Buat sendiri. Jangan suruh laki kau buatkan. Jauh menyimpangnya karang.

Yang kita boleh buat adalah MELAMBATKAN proses melendut. Sama konsep dengan MELAMBATKAN penuaan. Bukan tak tua, ya. Tapi melambatkan tua. Caranya, tambah kolagen dalam badan.

Dari sudut sains dah jelas yang bila kolagen berkurangan, Ligamen Cooper melonggar. Jadi, secara logiknya, kita tambahkan saja kolagen dalam badan. Ia TAK AKAN memperbaiki Ligamen Cooper yang dah longgar tapi sekurang-kurangnya boleh melambatkan penuaan struktur sokongan breast. Sekadar mencegah dari melendut awal. Hat ni kolagen boleh buat.

Yang kolagen tak boleh buat ialah angkat semula breast yang dah lama jatuh. Kalau ligamen Cooper dah longgar teruk (contohnya lepas bersalin a few times, atau gemuyk kruus gemuk kurus berkali-kali), kolagen tak mampu nak angkat balik breast tu. Tapi kalau kau jaga dari sekarang, tambahkan kolagen dengan konsisten, insyallah boleh MELAMBATKAN kekenduran.

Jadi jawapan realistik dari aku kalau tanya kolagen boleh membantu ke?

YA, kolagen boleh bantu melambatkan kekenduran sekiranya Ligamen Cooper belum rosak teruk. However, kau jangan expect perubahan ni nampak serta-merta. Membohong sangat kalau kata sekejapan boleh tegangkan breast. Siapa cakap macam tu, starlite dahi dia bagi pihak aku. Kat sekolah dulu time belajar sains membuta kat belakang ke camana? Even kau makan kolagen secara konsisten pun takkan nampak perubahan pada breast dalam 1-2 minggu. Ambil masa. Yang mungkin nampak awal adalah kulit padfa breast lebih cantik dan lembap.