Ramai juga ya yang lepas tengok sedutan drama Love Song in Winter kat IGS aku mula tanya nama drama tu. Dah macam ‘culture shock’ sebab rata-rata cakap first time kena Huang Jingyu (Johnny Huang).
“Kalau Kak Di tak kenalkan, tak tahu pun kewujudan dia”
Kalau kat TikTok and Xiaohongshu, dah banyak kali aku dapat komen macam tu. Dorang yang international fans ni balik-balik kenal Wang Yibo, Xiao Zhan, Yang Yang, Xu Kai, Chen Zeyuen. Itu je pusing-pusing. Tapi bila banyak tulisan aku di Weibo and TikTok mendonia, dorang start tanya siapa lelaki ni? Kenapa tak pernah dengar nama dia sebelum ni? Kenapa dia tak famous?
Yang benaunya, bukan dia tak famous. Kau yang tak nampak dia sebab nampak pretty faces guy je.
Aku selalu cakap Johnny ni macam Beto versi China. Dia macam nilah. Kalau kat Malaysia ni antara Beto dengan Fatah Amin, siapa lagi famous? Dah tentulah Fatah Amin.
Siapa lagi hensem? Fatah Amin.
Siapa lagi ramai followers? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak endorsement? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak media coverage? Fatah Amin.
Siapa lagi banyak disebut di media sosial? Fatah Amin.
Maka tak heranlah kalau orang luar lebih kenal Fatah Amin dari Beto. Silap-silap orang luar pun ingat Fatah Amin tu paling gempak 😆.
Fandom Johnny sebijik macam Beto. Fandom Johnny tak ramai. Dan fans Johnny tak sebising fandom actor idol lain. Tapi everytime drama atau movie dia keluar, dari orang muda sampai orang tua akan tengok. Orang kata - low noise, high impact.
Sama macam Beto. Dia macam tak famous. Tapi setiap kali drama atau movie dia keluar, semua level usia akan tengok. Orang tengok sebab dia ada. Bukan sebab drama atau movie tu. Kalau aku, Eman Manan. Eman Manan ni mana famous beria? Even di zaman muda dia pun dia tak sefamous Badrul Muhayat, atau Sabri Fadzil, atau Mustapha Kamal (Megah Holdings 😁).
Even Roy Azman yang asyik jadi penyangak zaman muda dulu pun lagi famous dari Eman Manan yang hero. Tapi everytime drama or filem dia keluar, BOOM! Orang tengok. Aku yang masa tu masih skolah pun tak akan miss drama Eman Manan. Sampai sekarang di usia emas dia, aku berani kerat jari kalau drama tu ada Eman Manan, KONFEM RATING TINGGI. Because orang tengok kerana lakonan dia.
Kekuatan Johnny adalah pada skill lakonan dia yang bersahaja and macam unscripted. Kalau kau tengok drama The First Shot (Youku) lagi power. Gila babi punya natural lakonan dia. Tahun ni dia dinominated dalam CMG Award untuk drama The First Shot. Kebanyakan actor yang famous internationally TAK PERNAH BERJAYA disenaraipendek dalam mana-mana award based on jury voting. Dorang tu semua banyak menang dalam award audience-voting. Umpama anugerah ABPH. Kalau vote by fans memang konfem muka dorang menang. Kalau award yang vote by jury, jangankan kata menang, nomination belum tentu.
Kat China, actor yang selalu dicalonkan dalam award berprestige vote by jury selalunya Wang Kai, Hu Ge, Zhangyi, Johnny Huang….ni semua nama-nama yang international fans jarang nampak tapi dorang adalah actor A-List di China. Kalau kau duduk dalam Weibo, kau akan nampak nama-nama ni. Tapi kalau kau berpusing-pusing dalam TT and IG, memang balik-balik kau nampak nama-nama yang sama. Tak Xu Kai, Yibo. Tak Yibo, Yang Yang. Tak Yang Yang, Chen Zeyuen.
Johnny bukan actor yang bawa watak ikut skrip semata. Dia HIDUP dalam watak tu. Bila dia jadi askar, kita rasa dia memang askar betul. Bila jadi polis, kita lupa yang tu Johnny. Kita nampak karakter tu je. Kalau tak, takkan lah pasukan beruniform gunakan gambar dia as poster boy untuk recruit new intake. Betapa besar pengaruh dia dalam pasukan beruniform.
Kalau perasan, Johnny bukan actor yang banyak buat mimik muka penuh drama, atau acting too sweet sampai tak realistik. Everything dia buat nampak calm, masculine, natural tapi deep. Every time ada scene emotional, kena tepat ke jantung.
Kenapa ramai tak pernah dengar nama Johnny Huang?
Sebab dia bukan pelakon yang dipopularkan through social media atau variety show. Dia tak banyak buat content, tak masuk program entertainment (TV) semata-mata nak naikkan nama. Dia tak jual ‘imej boyfriend material’ macam pelakon-pelakon idol lain. Dia fokus satu benda je - acting. No gimmick. No scandal. No fake image.
International fans macam kita-kita, kenal pelakon-pelakon macam Yang Yang, Xu Kai, Chen Zheyuan mostly sebab visual. Pretty faces. Idol dramas. Tapi dalam industri sebenar kat China, Johnny berada di level yang lain. One of the reason dia dihate oleh fandom pelakon lain sebab Johnny ada kelebihan boleh memilih skrip. Skrip gred A selalu dapat pada Johnny dulu. Kalau Johnny reject, baru dioffer pada pelakon lain.
Contohnya filem Legend of the Condor Heroes. Tahun 2022, dia adalah actor pertama yang director pilih untuk jadi main lead.
Ya, dik. Skrip The Legend of the Condor Heroes sebenarnya di-offer kepada Johnny Huang. Tapi Johnny tolak because waktu ni schedule dia terlalu penuh.
Waktu tu dia ada Bright Eyes in the Dark (drama), The Lost Identity (drama) and The Procurator (movie). Director masih mahukan dia, jadi director anjakkan tarikh shooting ke July 2023. Malangnya schedule Johnny tetap full sebab January 2023 dia dah start filming Love Song in Winter.
Dan akhirnya, director terpaksa buat casting. Xiao Zhan was CAST to play in The Legend of the Condor Heroes.
WAS CAST, ya. Read that.
Bukan skrip tu dibagi kepadanya, tapi dia di-casting terlebih dahulu.
Ada beza kat situ.
Shooting filem tu start July 2023. Xiao Zhan dicasting pada May 2023. Bermakna dari awal 2022 dorang mencari pengganti Johnny. Hanya lagi 2 bulan nak shooting, baru dapat pengganti. That's why kat Weibo bila Xiao Zhan dipilih, tak berapa nak hype sangat because netizen tahu he is a replacement. Netizen tahu skrip itu sebenarnya untuk Johnny. Dak-dak TikTok je yang tak tahu.
Untuk drama Bright Eyes in the Dark dan Tne First Shot, director dan produser sanggup tunggu 4 tahun hanya untuk dapatkan Johnny. Kalau itu bukan petanda dia berada di another level, aku tak tahulah nak cakap apa.
Johnny ni kalau kata rupa, kalau banding dengan Yang Yang, Chen Zeyuen, Xu Kai, memang kalah. Tapi Johnny manly face. Dia bukan ‘pretty boy’. Sebab tu dia sangat sinobim dengan heavy drama macam crime, military and detective. Skrip heavy macam ni tak boleh muka-muka comel. Tapi kalau Johnny berlakon genre cinta, gesture dia sangat tak cliche. Dia punya style berlakon genre cinta adalah realistik. Not so sweet, tak over react tapi body language, suara, mata dia semua bekerja serentak.
Aku boleh rumuskan kalau set-set muka pretty boy ni audience suka tengok sebab dorang hensem and ada chemistry kalau bawa genre cinta. Johnny pula jenis yang audience percaya dengan watak yang dia bawak. Johnny tak perlu buat-buat sweet, tak perlu fake persona, tak perlu couple marketing. Dia cuma perlu satu benda je iaitu good skrip. Dia taulah nak buat apa nanti.
Kalau korang belum tengok drama dia, mulakan dengan:
• My Dear Guardian
• The First Shot
• The Lost Identity
• Last Song in Winter
• Bright Eyes in the Dark
Nanti korang faham kenapa orang start suka dia. Lepas tu nanti korang tengok lakonan orang lain dah rasa tak best because Johnny punya acting sangat powerful.