2025-07-30

Elakkan libatkan keluarga dan kawan dalam bisnes.

Someone share aku post dari Thread ni. Kisah Che Nom dan pekerjanya yang juga anak saudaranya. Aku tak nak repeat apa isu dorang, boleh cari sendiri kat internet.

Aku lebih berminat nak cakap pasal berbisnes with family. Dah banyak kali aku tulis pasal ni di blog. Berbisnes dengan adik-beradik. Berbisnes dengan spouse. Berbisnes dengan kawan. Takpe, kali ni aku nak cakap pasal ni lagi. Biar berbuih aku bercakap pasal ni.

AKU TAK GALAKKAN BERBISNES DENGAN FAMILI DAN KAWAN.

Satu benda yang pegang sejak run own company tahun 2008 dulu, elakkan libatkan keluarga dan kawan dalam bisnes. Bukan sebab tak percaya atau tak nak kongsi rezeki. Tapi sebab dah terlalu banyak kes, bila duit, tanggungjawab dan emosi bercampur-aduk. Susah nak jadi adil dan profesional. 

Kalau tanya pendapat peribadi aku, jangan ambil adik-beradik kerja dalam company sendiri. Jangan ajak kawan join bisnes. Jangan buat bisnes dengan pasangan kecuali dua-dua memang ada share yang jelas dalam company dan role masing-masing clear cut. Paling penting jangan campur urusan kerja dengan kasih sayang in family relationships or friendships.

Nanti, jangan merentan dulu. Bagi aku explain why.

Ok kita tengok dari sudut logik.

Kau bos, tapi pekerja tu anak saudara (macam kes Che Nom). Kau nak tegur, takut dia terasa. Dia buat silap, kau kena pendam. Kau nak pecat, karang relation kau dengan mak dia jadi tak best. This is not teori, ya. Kes Che Nom adalah salah satu bukti. 

Dalam bisnes, tegur-menegur, ambil tindakan, dan penyelesaian konflik tu benda wajib. Tapi kalau kita and pekerja yang ada hubungan darah, it's hard to do this thing fairly because blood ties easily cloud professional judgment.

Kita jadi serba salah. Nak jaga hati keluarga, tapi dalam masa sama perangai pekerja teruk. We start to tolerate mistakes for the sake of family relationships sampai akhirnya bisnes jadi mangsa. Kadang-kadang bila dah tak tahan kita terpaksa bersuara tapi kita pula yang jadi jahat dalam cerita ni. Esok time balik beraya berkumpul, dah sorang muka herot, sorang muka masam. Bukan kita dengan pekerja tu je, terbabit-babit sama dengan mak bapak dia, satu keluarga benci kita. 

Tu belum lagi dengan ayat "Dengan keluarga sendiri nak berkira!" 

Ohhh aku pantang ayat ni. Kau nak tengok aku punya jahat, try keluarkan statement ni depan muka aku, memang jam-jam tu jugak aku tunjuk aku punya jahat.

Inilah sebenarnya risiko bila ambil ahli keluarga sebagai pekerja. Susah nak crate boundaries antara profesional dan peribadi. Nak pulak bila pekerja tu pun jenis benak tak faham maksud profesional. Memang masaklah. Sebab tu dalam bisnes, kita bukan sekadar perlu staff yang rajin dan boleh diharap, tapi juga relationship yang ada batas. Kalau tak, kerja cincai, konflik tak settle, ujung-ujung kau stress, bisnes lingkup.

Ramai founder senyap-senyap bear the same pressure. Cerita bab founder mengadu direct pada aku ni, ada la dalam 6-7 orang. Aku tak pernah bercerita sebab tak nak dikaitkan dengan sesiapa. Karang orang kata kitorang menumpang nama each other. Jadi kita sembang senyap-senyap sudey. 

Tapi isu ni memang wujud. Sebelum nak bantu keluarga, anak sedara ke, sepupu ke, adik-beradik, atau ipar duai dengan membagi dorang bekerja dalam company korang, fikir dulu dalam-dalam. Kalau dorang buat perangai, boleh tak kau tegur tanpa rasa bersalah? Boleh tak dorang terima tanpa terasa hati? Boleh tak masing-masing profesional?

Aku membayangkan satu benda je kalau ambil family ni. Setiap kali raya, aku cuti seminggu, dengan dia-dia sekali aku kena approvekan cuti seminggu. Kalau ada kematian dalam family, dia dengan aku sekali cuti. Kalau ada kenduri-kendara, we both have the same reason. Oh I is kenot.

Dalam banyak kes, bila kawan atau family kerja dengan kita, dia mula rasa:

“Takpe, ni bisnes abang aku”
“Relaks la, makcik aku tak marah punya”
“Lambat sikit masuk kerja takpe, nanti mak aku explain kat dia”


Because of that relationship, they feel very comfortable. Otomatik standard kerja pun turun. Kita as majikan jadi serba salah nak tegur, sebab tak nak kecikkan hati sesiapa.

Lagi satu, JANGAN ambil anak kawan atau ahli keluarga kawan berkerja dalam company kau. Ini kalau company tu kau punyalah. Kalau kau pun makan gaji kat company tu, takde hal. 

Kerana semua ni bakal membibitkan buah-buah dengki kendian hari. Kawan kau jadi tahu cara kerja kau, dia tahu projek-projek kau, dia tahu how you treat your staff - semuanya dia jadi tahu sebab ada orang dalam yang bercerita kat dia. Walaupun awalnya takde niat apa-apa, tapi biasalah manusia bila dah duduk dalam circle, dia akan bercerita. Lama-lama, cerita-cerita tu boleh mencetus rasa tak best. Ujung-ujung jadi persaingan.

Lagi satu, bila ambil orang yang kita kenal, baik family ataupun kawan, kalau jadi masalah, benda kecik boleh jadi besar and tak mustahil boleh putus relationship. Salah faham pasal gaji, salah faham pasal cuti, salah faham pasal agihan kerja, salah faham pasal profit - semua ni boleh jadi punca. Kau sanggup burn friendship bertahun-tahun dek kerana ni?

Mula-mula bekerjasama memanglah semuanya nampak sweet. Rasa senang kerja dengan orang yang kita kenal. Boleh percaya. Tak payah nak ajar banyak. Hakikatnya, bila dah mula kerja, dinamik dah berubah. Dulu kawan lepak, now pekerja. Dulu kawan baik, now partner dalam bisnes. Dulu sepupu-sepapat, now kena follow work instructions and perform macam orang lain.

Bila datang isu yang melibatkan duit, tanggungjawab, dan prestasi kerja, semua jadi sensitif. Tegur sikit, terasa. Tak ditegur, kita makan hati. Kita ni nak berlaku adil, tapi ujung-ujung semua serba tak kena. 

Ramai ingat bila berbisnes dengan kawan ni, asal sekepala kira on-lah. Tak semudah tu, ya. Bisnes bukan kira kau sekepala ke tak, tapi apa kekuatan each of you. Kalau korang berbisnes sebab masing-masing adalah influencer, kat mana kekuatannya? Dua-dua buat marketing, dua-dua suka buat content, so siapa nak pikir strategi, siapa nak manage benda belakang tabir, operation, customer service, etc?

Dalam bisnes, kita tak perlukan dua orang yang pandai buat benda sama. Kita perlu orang yang saling melengkapi. Kalau semua nak jadi muka depan, siapa yang jaga dapur? Ramai yang failed bila bergabung dengan kawan-kawan sebab terlalu fokus pada chemistry, bukan complementary. Sekepala tu bagus, tapi kita perlukan someone yang boleh tampung kelemahan kita, bukan sama-sama lemah pada benda yang sama.

Lagi satu masalah bila berbisnes dengan kawan, kau susah nak tegur bila dia tak deliver. Bila kau tegur, nanti dia sentap sebab dia masih nampak kau as kawan, bukan partner bisnes. Dia anggap teguran tu as a personal attack, not as a professional responsibility. Sebab tu dia mudah ambil hati, bukan ambil pelajaran. Lagi teruk kalau dia mula rasa entitled.

“Eh, kita start bisnes ni sama-sama kot…”
“Kalau aku tak ada, tak jalanlah brand ni…”


Dia lupa semua orang dalam bisnes ada KPI, termasuk dia. Bila dia tak deliver, tapi masih nak gaji jalan, nak share untung, nak cuti lebih, memang jem lah.

So sebelum excited nak buka bisnes dengan kawan sebab “sekepala”, tanya dulu dia kuat kat mana? Aku kurang kat mana? Boleh tak gabungan ni saling melengkapi, bukan sekadar seronok ada bisnes sama-sama sebab masing-masing perasan ada nama besar?

Realitinya, bukan semua orang boleh kerja dengan orang yang dia kenal. Dan bukan semua friendship boleh bertahan bila diuji dalam suasana kerja. Kadang-kadang, demi nak jaga hubungan baik, lebih selamat tak bekerjasama langsung.

Tu belum lagi kau dengan dia asalnya bukan kawan rapat. Tapi sebab kau dengan dia sama-sama tak sukakan sorang ni, kau create bisnes bersama. Team up la konon. Ini pun satu perangai gak. Konon "sekepala". Apabenda doh? Kau bukan sekepala, kau cuma 'sehaters-sejiwa'. Bonding atas dasar tak suka orang lain, bukan atas keserasian nilai kerja atau matlamat bisnes, TAKKAN KEKAL LAMA.

Percayalah, bila bisnes mula ada pressure, bila customer komplen, bila sales jatuh, bila stok lambat sampai, rasa benci korang pada “musuh bersama” tu tak boleh selamatkan bisnes. Sebab korang tak ada asas yang kukuh untuk bekerjasama. Tak tahu cara masing-masing bekerja, tak tahu cara selesaikan konflik, tak tahu nak bincang bab duit tanpa terasa. Silap hari bulan, kawan yang kau "sekepala sebab sama benci orang lain" tu lah yang mula cucuk belakang. 

Partnership yang dibina atas emosi sementara, memang takkan tahan lama. Bisnes dan emosi tak boleh campur. Bila emosi masuk dalam decision-making, semuanya akan jadi personal. Yang rugi? Company and your relationship.

“Tapi kalau dia bagus kerja, takkan tak boleh ambil langsung?”

Boleh, tapi dengan syarat-syarat yang ketat. Mesti ada black and white. Offer letter. KPI. Tanggungjawab yang jelas. Kalau dia pekerja, jangan sebab dia anak sedara atau adik, kita janji mulut je bagi kerja. Kena layan dia macam pekerja lain. Buat dokumen. State tugas dan gaji. Sign dua-dua pihak. Kena bagitahu kat ofis ni our relationship adalah majikan and pekerja. Bila buat performance review, takde istilah pilih kasih. Kalau belum boleh terima teguran, jangan kerja sini.

Kalau bisnes dengan spouse, ni lagi satu topik sensitif. Tapi aku can relate sebab aku kerja 7 tahun dengan En Wan.

Ramai orang suka idea buat bisnes dengan spouse. Boleh spend time sama-sama. Saling support. Lebih memahami. Realitinya? Kalau role tak jelas, dan ownership tak balance, BALA!

Contoh. Suami kerja siang malam uruskan bisnes, isteri cuma ‘tengok-tengok’ tapi nak share 50-50. Atau isteri yang buat semua paperwork dan deal dengan client, suami cuma tolong hantar barang, tapi nak hak sama rata dan gaji besar. Bila gaduh pasal kerja, terbawa-bawak sampai ke rumah.

Kalau nak buat juga, pastikan dua-dua ada share rasmi dalam company. Dulu aku letak En Wan share dalam company (now masih ada). Tapi share aku lebih. Dan cheque signatory kekal aku sorang. Tapi aku letak dia lead the company. Aku hanya manage business development. Belakang tabir. Mana-mana interview atau exhibition, aku di belakang. Dia ke depan. Role jelas. Dia jangan kacau kerja aku, aku tak kacau kerja dia. Masing-masing ada KPI and target untuk hit. Tak hit kalu, baru kita berantam.

Dalam bisnes, adil lebih penting dari emosi. Ni bukan tak nak tolong family atau kawan. Tapi bila masuk dunia bisnes, tanggungjawab, akauntabiliti dan profesionalisme kena jadi keutamaan. Kalau member tanya "Takde harga kawan-kawan ke?", memang aku tak layan. Sebab duit yang masuk bukan aku punya. Itu company punya. Itu gaji staff. Itu modal company. Itu bonus. Itu duit stok. Kalau kau nak aku belanja makan boleh, sebab aku pakai duit gaji aku. Tapi nak beli dengan harga member, sorry.