2025-07-29

...semua ni suami kena tanggung, SEMAMPUNYA.



TIGA perkara yang dia mintak suami buat adalah:
- makan
- pakaian
- tempat tinggal

...semua ni suami kena tanggung, SEMAMPUNYA. Perkataan semampunya tu kena highlight sebab nanti geng-geng yang berzikir nak suami provider ni karang ikut sedap anak tekak dia je request itu ini. Bengkok suami nak membayar.

Islam tak pernah suruh suami jadi mesin ATM. Yang Islam suruh, suami bagi keperluan asas ikut kemampuan, bukan ikut kehendak isteri yang terpengaruh dengan lifestyle influencer, terpengaruh dengan TikTok haul, house tour Pinterest, atau OOTD tudung mahal. Kalau suami mampu rumah kecil tapi semenggah dan selamat, itu cukup. Kalau suami mampu 2 lauk hari ni, itu pun cukup. Kalau suami mampu beli baju sehelai dua setahun, itu pun dah menepati syariat.

Hari tu sembang dengan Redza santai-santai. Bagitahu dia "Papa dulu everytime gaji dia withdraw duit and susun atas lantai. Ini duit bayar sekian. Ini duit bayar sekian. Mama tak mintak nafkah duit sebab papa dah sediakan tempat tinggal selamat and semenggah".

Boleh je dulu nak mintak nafkah RM300/bulan. Tapi tak dapatlah aku duduk apartment RM820/bulan (ini harga sewa apartment tahun 2001, bukan sekarang). Kalau insist nak nafkah, maybe En Wan kena cari rumah sewa yang biasa-biasa yang aku pun seram nak duduk agaknya. 

Ada je dulu apartment kat Puchong kitorang pernah tengok. RM500/bulan. Tapi dengan crowdednya, dengan lift masam, dengan bising suara budak-budak. Masa tu aku masih belajar, kebanyakan masa di rumah. Tak konfiden En Wan nak tinggalkan bini dia kat kawasan perumahan gitu.

Memandangkan dia always balik malam, jadi dia perlu rumah yang selamat untuk aku duduk sepanjang hari. Maka, terpaksa pilih yang gated dan guarded RM820/month. For that, aku halalkan monthly nafkah (duit).

Aku cakap kat Redza, jangan jadikan diri aku contoh memilih isteri. Sebab tak wajib untuk isteri bersusah-payah. Kalau bakal isteri esok masih nak nafkah, kau kena bagi. Jangan cakap "Mama saya dulu ok je tak dapat nafkah...", memang kau yang aku tumbuk dulu. 

Oleh sebab itu, pilihlah yang sekufu dari segi mindset. Isteri yang bijak, akan hidup berpada. Dia tahu beza antara keperluan dengan kemahuan. Dia takkan jadikan suami mesin ATM demi nak bergaya macam influencer. Dan dia takkan banding-bandingkan suami dia dengan suami orang lain. 

Tak, bukan kata diri aku bijak. Ini statement saja.

Redza tanya "Tapi cukup ke gaji papa RM2,500?"

Aku cakap dalam rumah tangga, yang wajib tu sebenarnya sikit je. Yang banyak tu kita sendiri yang tambah. Cukup tak cukup tu bukan pasal jumlah, tapi cara manage. Kalau hidup ikut standard media sosial, gaji RM10K pun takkan cukup. Tapi kalau ukur ikut apa yang wajib - tempat tinggal selesa dan selamat, makanan yang mengenyangkan, pakaian yang selesa, insyallah RM2,500 pun boleh cukup. Tapi janganlah merasa selesa di tahap cukup saja. Mesti ada ikhtiar untuk sampai ke tahap senang.

In my case, makan and pakaian aku pilih untuk ambil alih. Taklah semua bab makan and pakai under aku. Maksudnya, apa aku nak makan, aku bayar. Apa aku nak pakai, aku bayar. Tapi bab pakaian anak-anak memang En Wan punya bahagian. 

Baju raya aku contohnya, dia bayar. Kalau dia paksa aku holiday overseas, dia yang belikan semua jacket, kasut and keperluan pakaian aku. Kau yang nak aku ikut, kan? Bayau. Tapi kalau aku nak shopping baju sendiri yang ikut selera aku, aku pakai duit sendiri. Tak claim balik.

Bab pakaian, aku prefer beli sendiri. Kalau less than RM100 tu gamak la nak mintak bayarkan. Kalau blouse RM180 sehelai, seluar RM150 sehelai, kasut RM300 sepasang, bra sepasang RM300 - tak gamak nak mintak. Aku memang jarang membeli. Tapi sekali membeli memang bukan sehelai. Bra sekali beli terus 3-4 pasang. Jadi, sebelum dia terkejut, baik aku bayar sendiri tenang-tenang.

Same goes to makanan. Barang pasar, groceries dan Grab, aku handle. Kalau makan luar, dia handle. Walaupun orang kata lelaki yang tak handle bab makan, tanggungjawab nakfahnya belum lunas. Takpe aku halalkan. Aku harap Allah nilaikan sebagai sedekah. 

Bukan apa, aku ni selera besau. Berasa nak makan ketam, ada. Berasa nak makan siakap, ada. Semua aku dah beli standby. Bukan tak boleh minta En Wan beli tapi ini semua selera tekak aku. Bukan kewajiban, hanya kehendak. Benda-benda kehendak ni tak gamak nak mintak walaupun dia mampu.

Rosak mindset budak-budak muda sekarang. Berani-berani confess "Skincare aku sahaja 2K sebulan. Makeup aku RM1K sebulan. Coffee aku RM600 sebulan. Kalau rasa tak mampu, tak payah nak try"

Wohoooo. Dasyat. Bukan skincare je tebal, dik. Ego pun dah sama level foundation full coverage akak tengok. 

That's why aku takut je video tadi sampai ke dak-dak ni tanpa explanation yang jelas. Dia akan jadikan itu modal untuk berdebat pasal suami provider.

Look. Kalau gaya hidup kau tak mampu ditanggung oleh lelaki, it's not his fault. That's a sign that you yourself don't understand the difference between "self-worth" and "overpricing yourself". Nak jaga diri tu bagus. Nak cantik, nak confident - tak salah. But when you get to the point of putting a price on love ikut harga skincare dan kopi kau, you are not looking for a partner. You are looking for a sponsor.

Aku tak tahulah kenapa, maybe dari pengalaman dan observation agaknya. Tapi aku dapat rasakan those yang confess skincare dia banyak ini, belanja mekap dia banyak itu.....mereka ni bukanlah dari golongan kaya sejak lahir. Maybe aku salah, tapi dari pengalaman aku, kebanyakannya adalah jenis itu. Jenis yang "terkejut" bila senang sikit. 

Dah merasa ada duit, terus lupa diri. Jenis ni selalunya over sikit. Dia punya gaya tu over the top nau-nau! Macam exclusive sangat. Padahal orang yang real senang dari lahir sempoi-sempoi je. Yang perasan ni pulak yang always merasa entitled.

"Kalau skincare aku pun kau tak mampu, jangan try". 
Padahal masa sekolah dulu, bedak baby jugak kau sapu.

Bukan nak perlekeh orang yang nak upgrade diri. Silakan. Cantik, jaga diri, usaha jadi high value - go ahead. Tapi jangan sampai tak jejak tanah. Sebab kalau kau naik tanpa foundation yang kukuh, bila jatuh esok, perit dik.