2025-06-30

MC sebulan sekali?

Ni also menjawab soalan follower. Hari tu tanya pasal nak ambil balik tak pekerja yang dah resign. Hari ni nak jawab soalan macamana nak handle staff yang rajin MC.

Aku rasa ramai yang pernah jumpa atau sedang berdepan dengan situasi staf yang kerap MC. Dia macam sebulan sekali wajib MC. Tak pernah miss. Dah macam rutin. Selalunya pekerja macam ni wujud dalam company yang takde HR. Company yang ada HR jarang pekerjanya sakit. Semuanya sihat-sihat. Pekerja yang kerap MC ni kau kena suruh dia kerja dengan company yang ada HR. Confirm dia sihat setahun.

Kadang-kadang tarikh MC pun tak lari jauh. Tak awal bulan, mesti hujung bulan. Mula-mula kita ingat dia betul tak sihat. Tapi bila jadi pattern, of course kita start to question kau ni memang prone to sakit ke? Ke ada benda lain yang lebih dari sekadar demam, batuk and selsema? Sebab balik-balik orang yang sama je kerap MC. Pekerja lain tak pulak.

Aku takde cara handle staff yang rajin MC. Aku tunggu hujung tahun time menilai performance bonus je. Selalunya orang macam ni, masa bonus dia rendah, dengan sendirinya dia akan resign. Masa tu lah dia rasa bos toksik. Dia tak rasa tabiat suka MC tu tiap bulan tu toksik. Sebab dia rasa MC tu adalah hak dia.

Ya betul, MC tu memang hak pekerja. Tak siapa pun nafikan. Tapi bila hak tu disalahguna, it becomes an issue of trust. Kau ambil MC sebab kau tak rasa nak datang kerja (malas), bukan betul-betul tak sihat, itu bukan lagi hak. Itu manipulasi. Bila dah sampai tahap manipulasi, trust antara majikan dan pekerja boleh hilang.

Sebagai majikan, kita bukan takde empati. Bila staf betul-betul tak sihat, kita ok je kalau dia nak MC. Tapi bila kerap sangat, sampai jadi pattern yang predictable, contohnya setiap kali lepas cuti, lepas balik kampung, lepas gaji masuk, atau hari Isnin minggu pertama kau MC. Then yes, we start to doubt.

Yang lebih merisaukan, this MC culture can be contagious. Bila sorang start buat, dan takde tindakan atau teguran, yang lain confirm ikut. Eventually, the whole team becomes weak, and overall output declines. Bila kita tengok balik, puncanya bukan pada workload, tapi pada disiplin. 

Bayangkan kau ada satu team 5 orang. Sorang MC sebulan sekali. Itu bermakna sebulan ada at least satu hari productivity team disrupted. Kalau 2 orang yang buat, lagi teruk. Nak cover kerja dorang, orang lain terbeban. Ujung-ujung, yang rajin pun burn out.

Macam aku cakap tadi, aku biar je. Sebab as majikan aku boleh nampak pattern ni. Aku boleh tahu siapa yang betul-betul sakit, dan siapa yang trend suka ambil MC setiap bulan. Aku dah tengok macam-macam ragam manusia selama 17 tahun jadi majikan ni. Toksah la kencing aku. Macam aku cakap tadi. Bila masuk hujung tahun, time performance review, semua benda aku kira balik. Frequent MCs, unannounced time off, poor work attitude. Semua aku masukkan dalam penilaian. Usually, pekerja yang rasa MC tu hak mutlak, dialah yang paling triggered bila bonus ciput.

"Padahal saya datang kerja macam biasa”

Yes, macam biasa. Tapi biasa tu termasuklah kau punya sebulan sekali MC yang biasa. Biasa tu termasuklah balik sharp tapi target tak hit. Biasa tu termasuklah buat kerja cukup-cukup makan. Biasa tu termasuklah kerja tak siap tapi balik on time. Biasa tu termasuklah attitude kau. Tapi orang macam ni dia tak nampak semua tu. Sebab dalam kepala dia, dia rasa dia pekerja yang cukup baik. Dia tak tahu sebenarnya dia pekerja biasa-biasa je. Dan company tak perlukan yang ‘biasa-biasa’.

Samalah pattern dengan zaman aku kerja sales dulu. Bos bagi sales target RM80K sebulan. Dia hit cukup-cukup je. Dengan alasan, sebab dah hit. Jadi boleh relax. Bulan depan pulun balik. Kalau kebetulan bulan tu customer nak beli, dia hantar Delivery Order dulu pastu minta customer issue Purchase Order bulan depan. Sebab dia nak masukkan sales tu ke bulan depan pula. Ujung tahun bila aku dapat bonus tinggi, dia kata CEO gatal sebab aku pi opis pakai baju seksi. 

Dia argue dengan bos kenapa dia sentiasa hit target tapi performance bonus rendah.

Hello? Target yang bos bagi tu MINIMUM. Kalau kau hit, maknanya kau sekadar penuhi syarat. Itu namanya performnace BIASA-BIASA. 

Kalau kau nak bonus luar biasa, kena tunjuk performance luar biasa. Bukan sekadar cukup syarat. Bukan dengan strategi buat cukup-cukup makan sebab nak selamatkan sales target bulan seterusnya. Bonus tu bukan hak mutlak. Itu ganjaran untuk usaha lebih. Bukan untuk siapa yang pandai adjust tarikh P.O. semata-mata nak nampak cantik seolah-olah kau pekerja cemerlang yang sentiasa hit target.

Masalahnya, orang macam ni suka banding angka, tapi tak pernah banding usaha. Dia tak nampak orang lain datang awal, stay back lewat, kerja masa orang lain cuti. Dia tak nampak aku turun jumpa customer, buat pitching, buat demo, handle customer yang dia sendiri tak sanggup layan. Tapi bila aku dapat bonus lebih, dia fitnah konon aku pakai sexy nak bodek bos. Dah tu apsal kau tak pakai sexy? Trylah pakai sexy pulak tengok boleh pegi ke tak. Banyaklah pulak bunyinya.

Mentaliti victim macam itulah yang rosakkan working culture. Bila orang lain usaha lebih, dia rasa terancam. Bukannya rasa tercabar, tapi sibuk nak cari salah. Nak justify kenapa dia tak dapat lebih. 

Rezeki datang ikut usaha, bukan ikut persepsi. Bila kau terlalu fokus nak nampak perform, bukan betul-betul perform, lama-lama bos pun nampak. Sebab data boleh menipu, tapi attitude tak. Ingat bos tak perati ke? Ada sebab dia duduk di kerusi bos tu. Dia tahu nak observe perangai sorang-sorang.

Aku tak pernah jealous kalau orang dapat lebih. Ini bukan puji diri sendiri tapi kawan aku pernah cakap "Diana has no bad bones". Aku setuju dengan dia. Aku memang tak reti nak jealous dengan orang. Lagi orang tu bagus, lagi aku suka jadikan kawan.  

Tapi aku akan bengang bila orang dapat kurang sebab tak usaha, tapi salahkan orang lain yang dapat lebih sebab buat lebih. And worst part, bila yang salah tu perempuan, automatik kena attack sebab rupa, pakaian, atau personaliti. Kenapa tak boleh terima yang semua orang boleh perform tanpa menjual diri? Kalau kerja kau setakat nak cukup syarat, jangan mengamuk bila bonus pun cukup syarat. Nak lebih? Buat lebih. Bukan bunyi lebih.

Regarding MC ni, apa-apa pun sebelum kita terus judge, aku tahu, manusia memang ada turun naik. Tak semua orang ada tahap kesihatan sama. Ada yang memang badannya senang jatuh sakit. Ada yang ada masalah kesihatan yang kita tak tahu. But when MC becomes a habit, it's no longer an exception. Itu cerminan sikap.

MC ni pendekatan yang wajar bila perlu. Kalau betul-betul tak sihat, berehatlah. Rehat bukan untuk malas. Rehat untuk pulih. Tapi bila ada pekerja yang boleh dikatakan confirmed MC tiap-tiap bulan, it affected many things. Bukan hanya produktiviti syarikat, tapi moral keseluruhan team.

Ada juga yang jenis ambil MC sebab ada urusan lain. Selalunya sebab nak balik kampung, atau nak uruskan hal peribadi. Bukan sakit. Semua tu dia tak apply cuti, dia ambil MC. When it becomes a culture like this, other staff start to follow suit. Jadi, salah siapa?

Aku tak suka salahkan terus pekerja. Tapi aku kena bezakan antara MC betul-betul sakit dengan MC sebab tak nak datang kerja. Dan untuk majikan benda ni tak boleh buat-buat tak nampak. Selalunya aku tengok rekod. Kalau balik-balik orang yang sama, orang lain tak, memang sesuatu sangatlah. Nak pulak kalau orang tu bukan pekerja cemerlang. Dah la kerja tak perform, kerap MC pulak tu. Tang mana nak husnuzonnya? 

Kalau korang nak bertegas, silakan. Panggil, tanya, atau bagi warning letter. Walaupun MC tu doktor yang produce, kalau dah jadi pattern, bagi je lah warning letter.

That's why dalam company yang ada HR, pekerja jarang nak kerap-kerap sakit. Semuanya HR rekod. Sakit pun kena ikut prosedur. Tak boleh main hantar MC dalam group whatsapp je. Kena isi form, masuk sistem, kena jawab bila dipanggil HR. Bila semua benda ada rekod, pekerja pun cuak sikit nak main-main. Tapi dalam SME, startup, atau company kecil yang takde HR, majikan kena buat semua sendiri. Nak jaga sales, marketing, finance, dan kena jadi HR sekali. Bila penat-penat grow business, tiba-tiba kena deal dengan staf yang asyik MC, kau rasa?

MC tu walaupun sah dari segi undang-undang, kalau dah selalu sangat, itu tetap menggambarkan sikap. Sakit yang betul-betul sakit, kita boleh nampak dari cara dia kerja, cara dia berkomunikasi, dan cara dia jaga tanggungjawab. Tapi kalau hari biasa pun kerja sambil lewa, bila MC pun acuh tak acuh bagi info, lepas tu senyap, as majikan tak salah kalau nak naik muak.

MC is not a protector for lazy workers. Aku percaya, pekerja yang betul-betul jujur dan amanah, dia sendiri rasa bersalah kalau MC tanpa sebab kukuh. Sebab dia tahu kerja dia ada orang lain yang kena tanggung. Tapi bila orang tu jenis "lantaklah, bukan aku kisah", then itu isu integriti.

Rezeki kita bukan semata-mata dari gaji. Tapi dari sikap dalam kerja. Kalau kau suka curi tulang, ambil MC tak tentu hala, suka bagi alasan, maka jangan pelik kalau rezeki sempit. Sebab deep down, kau tahu kau tak bagi yang terbaik. Kau tahu kau kerja cukup-cukup makan tapi nak gaji macam orang yang sanggup buat lebih. You listen here. TAK ADA orang yang beria nak "work-life balance" akan lead kehidupan yang senang. Semuanya bermula dengan hustle. Ujungnya baru dia nikmati work-life balance. Yang kau umur belum 30 dah sibuk nak work-life balance. 

Kalau kau perasan, orang yang paling banyak komplen pasal gaji, pasal bos, pasal workload - selalunya bukan orang yang paling rajin pun. Tapi dia rasa layak dapat lebih. Sebab dalam kepala dia, “Aku datang kerja pun dah cukup bagus”. Padahal, kau datang kerja tu bukan satu pencapaian. Itu tanggungjawab. 

Orang yang betul-betul amanah dengan kerja tak sempat nak fikir benda remeh. Sebab waktu dia is filled with doing real work. Sebab tu rezeki orang macam ni melimpah. Kadang bukan dari kerja tapi dari banyak jalan lain Tuhan bukakan sebab Tuhan nampak usaha.

Tuhan bagi kerja tu satu bentuk rezeki juga. Bila kita tak jaga, tak hargai, kita sebenarnya menolak rezeki. Kita tak tahu dalam kerja yang kita malas-malas tu, mungkin ada doa mak ayah yang Tuhan nak makbulkan. Tapi sebab kita tak ikhlas, Tuhan tangguh dulu. Kau rasa rezeki kau sempit sebab bos, sebab company, sebab gaji. Tapi kau lupa tengok dalam diri samada kau betul-betul bagi effort tak?

Usaha takkan khianati hasil. Tapi kalau kerja pun malas, MC tiap-tiap bulan, kerja asal siap, bila bos tegur sentap, maka jangan tanyalah kenapa rezeki stuck. Sebab mungkin rezeki tu dah dekat, tapi perangai kau yang buat dia tak jadi masuk.


2025-06-29

5 Drama Terbaru Lakonan Johnny Huang Coming Soon!

Ni cerita backdated. 

22 Jun hari tu team Whale Guardian celebrate announcement drama-drama Johnny yang akan di-released pada quarter 4. Aku pun tak tahu macamana dorang nak keluarkan serentak 3 drama in Q4. Tak jadi kerja aku gini.

Sesiapa kat sini peminat Johnny Huang (Huang Jingyu), get ready for a year full of interesting works! Lepas satu, satu drama dia diumumkan dan honestly aku sangat percaya dengan semua skrip yang Johnny pilih. Dia ada kelebihan pilih skrip sendiri. Sebab dia adalah CEO kepada company-nya sendiri. Jadi, dia yang akan pilih sendiri skrip.

Kebanyakan artis lain bernaung di bawah agensi yang mana agensi yang akan pilihkan skrip untuk dorang. Tau-tau je la kan bila tokey yang pilih skrip untuk artis, dorang akan pilih skrip yang akan mempopularkan artis dorang. Bila popular, senang agensi buat duit. Tu pasal most of pelakon yang "popular", skrip and genre dramanya mesti drama cinta. Balik-balik genre cinta. Sebab genre ni paling laku dan senang nak famous.

Johnny lebih mementingkan growth berbanding popular, sebab tu juga dia tak popular di kalangan influencers sebab entertainment press work with influencers. Bila agensi bayar influencers untuk buat news pasal artis dorang, tu pasal artis yang sama je mendonia kat media sosial. Tapi percayalah cakap aku, skrip Johnny tak pernah gagal. Terkejut semalam bila news keluar yang a few drama Johnny akan ditayangkan di Q4. Around 5 drama across macam-macam platform.

So let’s break down satu-satu. 5 drama Johnny Huang yang bakal menggegarkan skrin in Q4 adalah...

Yang pertama, Dream of the Sea. Ini shooting tahun 2021/2022. Kalau minat genre sci-fi, this is it. Dream of the Sea ni adaptasi daripada novel one of the best penulis namanya Liu Cixin. Macam familiar kan? Yes, dia lah author "The Three-Body Problem". Pi cari novel ni. Novel ni dah jadi drama international dah pun. 

Yang best tu, Liu Cixin sendiri involve dalam production drama ni.Dia supervise supaya jalan cerita dan acting dapat terjemahkan betul-betul apa yang dia tulis. So kita semua boleh expect drama ni akan jadi serius and high-quality. This is no frivolous sci-fi drama. Bila big producer percaya kat Johnny untuk pegang main lead dalam genre seberat ni, that's proof that he is a highly credible actor.

Hari tu ada follower tanya kenapa aku minat Johnny. Sebelum aku share pasal Johnny dorang tak kenal pun Johnny.

Ya, aku tahu korang kenal Chen Zheyuen, Xukai, Yibo, Yang Yang, Xiao Zhan, kan? Sebab muka semua comel-comel, kan?

Dorang ni semua traffic actor. Bermakna, agensi dorang bayar fanclub, beli hot search, bayar press and influencers, and beli trending hashtag supaya nama-nama ni kekal relevan. Tapi, wajah-wajah ni kau tak jumpa dalam CMG Award, ya.

Ini wajah-wajah pencalonan CMG Award 2025:

Cuba tengok list atas ni. 

Nama-nama ni semua korang takkan nampak dalam The Most Popular Actor atau The Most Handsome Actor. Nama-nama ni juga jarang naik kat hot search dan jarang masuk dalam award yang based on voting by audience. Tapi, nama-nama traffic actor macam Chen Zheyuen, Xukai juga kau jarang atau maybe tak pernah masuk dalam list pilihan profesional jury macam CMG Award. Hehe.

Johnny adalah antara nama yang "tak popular" tu tapi always jadi pilihan jury. That's why aku suka Johnny. Tengok lakonan dia, PUAS. Lagi satu aku suka Wang Kai and Wayne Wang. Ini geng-geng umur 40-an.

Samalah juga dengan actress. Kau ada nampak dalam list CMG Awards tu nama yang biasa nampak kat media sosial like Dilreba Dilmurat, Bailu, and Yang Zi? Takde. Bukan dorang tak boleh berlakon. Boleh. Cuma belum sampai tahap-tahap powerful acting lagi sebab genre dorang sama je. Mostly cinta. 

Contohnya, Dilreba. Hari tu fanclub dia mengamuk bila ada orang cakap Dilreba tu patut couple dengan Johnny sebab Johnny ada kelebihan memilih skrip. Kalau couple dengan Johnny boleh Johnny serap masuk dalam agensi dia and bagi good skrip. Fuh, mengamuk fans Dilreba. Tapi betul juga apa orang tu kata, sampai bila kau nak main genre cinta. Umur dah 33. Nak main genre cinta sampai umur 40 ke camana?

Berbalik pada list drama Johnny yang bakal release Q4 ni, another drama yang ditunggu adalah Our Dazzling Days (iQIYI). Ini aku reserve lama dah. Dari May, membawak ke June, bila nak release tak tahulah. Aku syak ada kaitan dengan schedule Johnny yang padat now. Johnny now tengah shooting new drama (Heavy Weapon) and also reality program (Top Car Racer). Dia asyik fly back and forth ke dua lokasi ni. Maybe kalau release Our Dazzling Days sekarang, Johnny takde masa nak ikut promosi. Aku agak gitulah.

Our Dazzling Days adalah drama yang totally berbeza dari kebiasaan Johnny. Ini kisah berlatar belakangkan tahun 90-an, tentang kawan sekampung yang akhirnya kembali ke kampung untuk bangunkan kembali kilang yang dah ditutup. Ada elemen cinta juga tapi selalunya drama Johnny slow burn romance, bukan heavy romance. 

Yang bestnya, this is the first watak Johnny as orang miskin. Dia anak yatim yang dibela orang satu kampung. Seluruh kampung sayang dia. Kalau tak salah aku dorang bila besar merantau ke tempat lain, belajar dan bekerja but ujung-ujung dorang semua balik ke kampung and be one again. Nostalgik la kiranya drama ni. For those yang dah biasa tengok Johnny pegang watak tough macam polis, army atau detektif, they said we will be surprised to see his soft side dalam this drama.

Punishment 2: A Brief History of Heroes. Ini actually adalah sambungan dari Chasing the Undercurrent (iQIYI). This is one of the most anticipated dramas. Season pertama, Chasing the Undercurrent, adalah satu-satunya drama yang berjaya cecah 10,000 heat indeks DAN dibuat sambungannya. An extraordinary achievement. Sebab tu iQIYI berani luluskan season 2.

Cerita action macam ni sebenarnya bukan genre yang popular kat China. Orang sana suka cerita cinta. Jarang genre action nak hit 10,000 heat indeks. Tapi bila genre macam ni hit 10,000 heat indeks, bermakna cerita tu memang best. Inilah juga satu-satunya drama yang aku tengok secara gostan. Sebab too intense, aku jadi sakit jiwa! Dah tengok dari episod 1 sampai 15, terus I is kenot. Aku stress. Lantas, dengan penuh kebijaksanaan, aku tengok pula dari episod last membawak ke depan. Barulah lega. Ni kalau keluar sambungannya, besar harapan aku tengok secara gostan juga. Demi Johnny, gostan pun gostan lah.

Drama Punishment 2: A Brief History of Heroes ni also based on novel yang ditulis oleh bekas pegawai polis sendiri. So kita boleh expect jalan cerita dia real, grounded, and full of precise details dari dunia sebenar law enforcement. Johnny bawa watak pegawai polis yang faces pressure, moral dilemmas, and internal challenges. Heavy, tapi ini kekuatan Johnny. Dia powerful pada emotional skrip. Konfem he can deliver this drama.

Heavy Weapon (Weight of Justice). Tajuk drama pun dah berat. Ini bukan drama santai-santai. Ini drama yang Johnny tengah shooting now. Masih shooting tapi dah disenaraikan untuk release in Q4 nanti. This drama is a legal/politikal genre yang dihasilkan dengan kerjasama Mahkamah Agung dan Pejabat Pendakwa Raya Tertinggi China. Masa dorang meeting untuk buat drama ni, the government side yang usulkan nama Johnny as main lead. So kalau drama yang dibuat dengan penglibatan institusi tertinggi negara, bermakna ini bukan drama murahan. Kisah tentang justice system, integrity, dan struggle dalam dunia yang penuh dengan politic pressure.

Yang last one disenaraikan untuk release is Thief Hunting. Ini shooting tahun 2022, guys. Lama betul nak tunggu release. Ini drama detektif dan investigation. Kalau suka genre ni, this will be your favourite. Thief Hunting also adaptasi dari novel. Jalan cerita dah konfem-konfem intense, misteri, and of course suspens. Watak Johnny pulak memang kena dengan dia. Calm and sharp. Bila Johnny always bawa watak macam ni, boleh nampak dia ada depth as pelakon.

Hari tu ada orang send aku mesej ni sebab aku selalu tulis kat Weibo pasal Johnny.

Mendonia tulisan aku rupanya. Sampai ke Denmark dia pergi. Hahaha.

Inilah yang aku kata, once kau dah start tengok acting Johnny, kau nak tengok drama lain dari pelakon yang so-so, dah menyampah. Acting Johnny berada di satu standard yang lain. Sampaikan orang terfikir kenapa dia tak sepopular lain? 

Janganlah bandingkan dengan Xukai and Yang Yang. Jauh nau.

Menjawab soalan Jette tu, aku cakap kat dia Johnny doesn't exactly match the mainstream preference for the "pretty boy" image. Orang zaman sekarang lebih suka pelakon lelaki yang muka lembut, kulit licin, bibir merah, muka flawless ala-ala Korea, selalu dengan mekap dan aura gentle. Johnny bukan aura gentle. Dia "bad-boy" vibe. Dia manly, rugged, clean-cut charm. Jenis yang tak rely on aesthetics alone. Kebanyakan drama Johnny tak pakai mekap. Boleh nampak urat-urat muka and scar bila kamera zoom muka dia.

Lagipun Johnny bukan artis yang main media sosial just to stay relevant. Kau takkan nampak dia flood his followers dengan selfies or behind-the-scenes updates. Media sosial dia tu kalau up gambar pun gambar pemandangan. Gambar penyapu. Gambar awan. Gambar selfie pun blur-blur je imej. Kau tak payah post gambarlah, Johnny. Menyakitkan ati je tengok. 

Johnny keeps things professional and very private. Dalam industry entertainment, ini adalah rare. Selalunya orang-orang dalam entertainment paling suka update media sosial, tapi Johnny tak. You rarely see him posting curated content just to please fans. He lets his work speak for itself, and that's why most of his fans admire him not as a celebrity but as an actor.

Dan disebabkan fans Johnny semuanya tend to focus more on his acting than his personal life, tak banyak gossip pasal dia boleh dibaca kat international platforms. That's why ramai yang tak pernah kenal dia until you watched him and then suddenly you're like, "Wait, who is this guy. Apesal aku tak pernah terbaca pasal dia kat mana-mana?" Gitu.

Sejak debut tahun 2016, dalam masa 9 tahun je, he has starred in dramas with over 1 billion views. Dia ada 4 drama dengan lebih 50 juta tontonan setiap episod. Dan dalam kesemua 4 drama ni, dia main lead. 

Just imagine, someone yang BUKAN traffic actor menjadi main lead tapi dramanya mampu attract lebih 50 juta orang setiap episod. That's really something. 

Filem dia pernah pecah box office sampai 500 juta yuan (around USD 69 juta). This is not luck, tapi konsistensi. Produser bukannya bodoh. Dorang tahu siapa yang boleh deliver dan siapa yang sekadar hype.

But the funny thing is, ada pelakon yang asyik bawa watak dalam drama kostum, tapi orang tetap puji konon versatile. Padahal sama je genre, iaitu romance. Tapi bila Johnny bawak watak polis atau askar (which he did very convincingly), orang terus kata dia tak versatile? 

Hello, kita kalau dah power dalam satu bidang, that's not a disadvantage. That's called strength. Ce tengok balik senarai 5 drama tadi - sci-fi, nostalgia, law & politics, detektive and crime, inspirational & realistic story. Semua tu langsung tak repetitive. Each of them needs emosi dan kemahiran yang berbeza. Johnny doesn't play safe. He chooses challenging and meaningful characters.

This is not isu versatile atau tak. Ini namanya STRATEGY. Dalam apa pun bidang, orang yang berjaya biasanya akan fokus dalam satu niche dulu. Build kredibiliti, strengthen reputation, then baru berkembang. So bila Johnny pilih watak yang dekat dengan kekuatan dia, tu bukan bermaksud dia tak versatile. Itu bermaksud dia BIJAK. Dia faham market, dia faham imej dia, dan dia tahu macam mana nak kekal relevan.

Tak semua orang boleh fly high. Tapi Johnny dah kat langit lain. Dia dah lama terbang. Dan dia belum nak turun lagi. Kau duduk je la diam-diam kat bawah tu.

And for all the loyal fans out there, get ready. Because this year we are about to be spoiled with a lineup of solid dramas from our favorite actor. Let’s go, Johnny! We are all in!


2025-06-28

GreenAard: Kenapa Makan GC Plus Tak Buat Saya Berak-Berak Macam Produk Slimming Lain?

Salah satu soalan yang paling popular kami terima tentang GC Plus ialah seperti di bawah:

Kalau korang pun tertanya-tanya hal yang sama, baca tulisan aku ni sampai habis.

Ramai orang fikir, kalau produk tu bagus, mesti buat kita “flush” habis-habisan. Contohnya, asyik ke tandas berak-berak. Perut memulas. Najis cair kekuningan tanda lemak keluar dari badan. Sebenarnya…banyak produk kurus pakai julap (laxative) sebagai trick cepat kurus. Julap memang buatkan kita rasa ringan dan nampak MACAM turun berat, tapi itu bukan lemak yang hilang. Itu cuma air dan sisa dalam usus yang keluar secara paksa. Dan bila hilang banyak air, memang akan nampak susut. Tapi bukan lemak. Cuma air.

Sebab tu aku suka bila orang bagi soalan macam tadi.

"Kenapa dulu makan GC Plus kerap buang air besar, now tak?"

Itu sebenarnya bukti bahawa GC Plus TIDAK ADA julap atau bahan laxative. Kalau GC Plus ada julap, nescaya everytime ambil GC Plus pasti akan berak-berak.

In other words, kalau korang ambil GC Plus dan tak rasa sakit perut atau tak berak-berak, itu adalah NORMAL. Itu tanda GC Plus bekerja ikut cara yang sepatutnya, bukan cara paksaan.

"Tapi kenapa dulu makan GC Plus rasa nak membuang, sekarang tak?"

Jawapannya ada kaitan dengan makanan harian korang. Kesan nak membuang lepas makan GC Plus bukan kesan wajib. Ia hanya berlaku kalau korang ambil makanan tinggi karbohidrat atau banyak makan karbohidrat, atau ambil makanan high sugar.

Sebab apa?

Sebab bila makan karbohidrat, badan akan serap glukosa. GC Plus ada HCA jadi glukosa tak dapat disimpan sebagai lemak. Badan akan buang lebihan tu glukosa melalui najis. Tapi kalau anda makan low-carb, atau makan sihat, naturally takde lebihan glucose untuk dibuang. Jadi badan tak terasa nak flush sangat. That's a good sign actually. Maknanya badan dah makin cekap proses makanan. Tak perlu berak-berak lagi.

Masa mula-mula ambil GC Plus, ramai yang still dalam fasa pemakanan tak terkawal. Makan banyak karbo, makanan manis and maybe juga tak jaga portion. Jadi bila ambil GC Plus, badan terkejut sebab tiba-tiba glukosa berlebihan tak boleh disimpan dan dibuang melalui najis. Itu yang ramai rasa nak ke tandas lepas makan GC Plus. 

Tapi bila dah konsisten makan GC Plus and eating habits are getting better, badan pun takde lebihan glukosa yang perlu dibuang. Jadi kesan nak membuang tu pun makin berkurang. Badan dah pandai adapt. GC Plus helps the body "retrain" the metabolic system supaya tak simpan lemak sesuka hati, dan tak buang nutrien yang perlu.

Maybe ada yang nak tanya macamana GC Plus boleh bagi weight loss kalau tak membuang-buang?

Jawapannya ada pada bahan aktif utama dalam GC Plus, iaitu HCA (Hydroxycitric Acid). HCA block enzim pembentukan lemak. Nama enzim ni ATP-citrate lyase. Enzim ni tukar lebihan karbohidrat menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Bila HCA block enzim ni, karbohidrat yang kita makan tak dapat ditukar jadi lemak, jadi lebihan glukosa tu terpaksa dibuang keluar dari badan, biasanya melalui najis. Itu sebabnya ramai yang rasa nak membuang lepas ambil GC Plus, especially kalau makan makanan tinggi karbo.

Tapi bila kita mula kawal makan, kurangkan karbo, kurangkan gula, maka tak banyak glukosa berlebihan dalam badan. Jadi badan tak perlu buang apa-apa sangat. Itulah sebabnya, makin lama guna GC Plus, makin kurang rasa nak ke tandas. Bukan sebab GC Plus tak berfungsi, tapi sebab badan dah tak overload macam dulu. Dan satu lagi bonus adalah, HCA bantu kawal selera makan secara semula jadi. Bila badan tak banyak glukosa, insulin lebih stabil, dan kita pun kurang rasa craving. Kalau top up dengan Maaltyd, akan lebih cepat weight loss sebab Maaltyd helps untuk memanjangkan rasa kenyang.

Satu benda yang aku nak ingatkan, GC Plus BUKAN FAT BURNER. Cara dia bertindak bukan as pembakar lemak. Kalau fat burner, lepas makan fat burner, korang MESTI work out. GC Plus tak. Mekanisme dia berbeza. Ada kesan lain yang maybe korang tak sedar. Bila makan GC Plus, perut rasa kurang kembung (bloating), craving berkurang (sebab insulin lebih stabil) dan berat turun konsisten (walaupun perlahan).

INGAT! Ukur lilitan pinggang, bukan timbang berat badan. Ramai orang fokus pada nombor pada penimbang, sampai lupa perubahan sebenar berlaku kat UKURAN BADAN, bukan semata-mata berat.

GC Plus bukan magic. Tapi dia bantu stabilkan sistem dalam badan. Bila insulin lebih stabil, hormon ghrelin (yang buat kita rasa lapar) pun lebih terkawal. Hasilnya, kurang craving, kurang snacking, dan korang boleh lebih konsisten jaga portion makan.

Perut rasa ringan dan kurang buncit. Ini bukan sekadar "rasa", tapi sebab GC Plus helps control glucose storage dan kurangkan penukaran karbo kepada lemak viseral (lemak kat perut). Dan bila korang terus konsisten ambil GC Plus, pengurangan lemak will be more noticeable kat bahagian pinggang dan perut. That's why UKUR LILITAN PINGGANG.

GC Plus bukan produk express. Ini bukan produk 2 hari dah boleh kurus. Ini produk stabilkan hormon lapar (ghrelin dan leptin) so that badan boleh control nutrition naturally. Ini jauh lebih sustainable dari “berak banyak boleh cepat kurus”.

However, kalau kau tala fast food hari-hari, minum air manis setiap kali haus dan duduk je tak bergerak langsung… maka tak kiralah makan apa pun, memang susah nak nampak perubahan. GC Plus ni alat bantu, bukan tongkat sakti. Dia bantu badan belajar semula cara kawal diri. Bila hormon lapar (ghrelin) dan hormon kenyang (leptin) balance, kau akan perasan satu benda iaitu makan sikit pun dah cukup. Craving pun berkurang. Ini proses yang perlahan tapi jangka panjang. Kau tak gemuk dalam 2 hari, ya. Jadi, jangan expect nak kurus dalam 2 hari.

Again aku nak tekankan kat sini GC Plus BUKAN JULAP. Kita tak nak bagi pengguna kurus sebab cirit-birit. Kita nak pengguna lose weight sebab metabolisme dan hormon badan dah mula bekerja dengan betul.

Tagline GC Plus = badan ringan tanpa drama tandas 😁. 




2025-06-27

Tak suka terima balik staff yang dah berhenti untuk kerja balik dengan company.

Ada soalan tanya aku “Kalau pekerja yang dah resign, lepas 3 bulan minta balik nak kerja, kita treat dia as new pekerja with the same post and gaji atau boleh bagi dia post junior?”

Soalan ni tiada jawapan dari aku. Sebab aku tak suka terima balik staff yang dah berhenti untuk kerja balik dengan company. Walaupun ex-staff berhenti dengan baik sebab nak cari peluang lebih baik atau cari experience baru, dan dia resign bukan sebab ada masalah dengan aku mahupun management, kalau dia minta nak kerja balik dengan, aku tetap takkan ambil. 

Sebab prinsip aku simple. Bila kau dah buat decision untuk tinggalkan tempat ni for something yang kau percaya lebih baik, maka berdirilah teguh dengan decision tu. Jangan patah balik hanya sebab realiti tak seindah yang dibayangkan. Ahgitu.

Tak. Bukan marah. Aku faham, semua orang nak try benda baru, nak ada growth, nak naik gaji, nak cari pengalaman. Itu hak individu. Aku pun pernah muda. Aku pun pernah buat keputusan drastik untuk masa depan. So aku faham dan sebab itulah aku TAK PERNAH tahan mana-mana pekerja yang resign walaupun dorang pekerja yang bagus. Aku raikan keberanian dorang berani keluar dari zon selesa. Tapi bila kau dah keluar, then lepas a few months datang balik nak kerja semula, that suggests a few possibilities to me.

Yang paling obvious sekali, kau kelihatan tak cukup matang di mata aku dalam membuat keputusan. When someone stops and turns around, it really makes me wonder why. Benda pertama yang aku terfikirkan, did you honestly give it enough thought before deciding back then? Sebab kerja bukan macam beli baju. Tak sesuai, tukar. Tak muat, pulangkan. Every decision berhenti kerja akan melibatkan operasi, management, dan emosi semua orang dalam ofis tu and sometimes emosi client/customer.

Contohnya macam kerjaya takaful. Kalau kau stop (usually stop sebab kena terminate kerana tak perform), client yang susah sebab apa-apa hal client tak tahu nak refer siapa. Memanglah boleh refer pada company atau leader, tapi relationship tu tak sama.

So bagi aku, kalau kau konfiden dengan keputusan resign, and today kau nak datang join company semula, that shows you may have made a rushed decision back then. Sebagai majikan, I have to think, if I take back someone who didn’t think things through the first time, what guarantee is there that they won’t do the same thing again? Bila kau patah balik, kau dah hilang kepercayaan aku. 

Aku bukan marah kau resign. Tapi bila kau nak patah balik, aku akan question kau ni betul-betul nak kerja, atau kau datang balik sebab terpaksa? Adakah company aku tempat sementara sebelum kau dapat kerja lain yang lebih baik macam kau buat dulu? Aku tak nak staf yang kerja separuh hati. Aku nak orang yang stay sebab dia nampak nilai di sini, bukan sebab dia tak ada pilihan lain.

Another thing, kalau aku terima ex-staff semula, it’s going to mess with the team vibe.

Dia macam ni tau. Bila kau keluar, kami terpaksa re-adjust. Task terpaksa diagih semula. Staff lain kena cover kekosongan. Ada yang ambil masa untuk adapt. Ada yang struggle nak sesuaikan diri dengan sistem baru tanpa kau. Now dorang dah mula nak adapt tapi kau nak datang balik. 

Kau mungkin rasa “aku pernah kerja sini, tak perlu ajar semula”. But the team has changed. The system might be different now. The SOPs may have been updated. Staff yang ada ni might feel uncomfortable. Like why is someone who once left the company allowed to come back as if nothing ever happened? Itu boleh timbulkan rasa tak puas hati, dan mengganggu keharmonian kerja.

Aku lebih percaya orang yang setia dalam susah. Aku lebih hargai orang yang stay waktu syarikat tengah struggling. Waktu workload banyak. Waktu company kekurangan staff. Waktu semua kena all-out. They stayed, kept doing the work, and stuck it out. People like this show long-term commitment. Dorang tak lari waktu cabaran datang. 

Bila aku naikkan gaji, bagi bonus, atau promote, aku nak bagi pada orang yang stay. Bukan yang pergi waktu susah dan datang balik bila keadaan nampak stabil. Kalau aku ambil kau balik, aku dah bagi signal yang salah. If I open the door again to someone who has already left, aku tak nak staf lain fikir - “Takpe kalau resign. Tak serasi dengan tempat baru nanti boleh datang sini balik”.

Honestly, if someone chooses to leave, they should deal with the consequences on their own. Barulah adil to the ones who stayed, yang kept going, and yang never looked back. Aku bukan tak bagi peluang kedua. Tapi bukan dalam bentuk yang mudah. Bukan yang boleh keluar masuk sesuka hati. Ini bukan kedai runcit, ya.

Lagipun, kalau aku ambil kau balik, kau akan rasa tekanan untuk ‘jadi macam dulu’. Kalau dulu kau bagus, aku akan expect kau kekal bagus. But the reality is, you may have changed. Skill mungkin dah lain. Attitude mungkin tak sama. Dan bila ada expectation tinggi tapi prestasi tak selari, kau akan burn out. Pressure tu datang bukan dari aku, tapi dari sekeliling. Dari team yang pernah kerja dengan kau. Dari diri kau sendiri yang rasa nak buktikan sesuatu. That's not healthy.

Sorry kalau bunyinya kasar, but the reality is, kat luar sana ramai lagi yang lebih "lapar", lebih komited, dan lebih bersedia untuk belajar. Dorang mungkin tak ada experience macam kau, but they have the right attitude. They have never disappointed me. Kenapa aku nak ambil risiko ambil orang yang pernah angkat kaki bila aku ada option untuk train orang baru yang fresh dan tak ada sejarah patah balik?

Sometimes aku rasa aku bagi signal yang salah. Like, pernah sorang ex-staff nak kerja balik. Bila aku tanya kenapa? Aku expect jawapan like boss tak bayar KWSP. Atau gaji delayed. Tapi yang aku dapat - "susah nak dapat cuti" 😂.

Dengan aku, setiap kali nak cuti, aku tak pernah tanya nak cuti sebab apa. Nak cuti straight 3 hari pun aku tak pernah tanya kau kawen ke, kau bercuti ke. Tak kuasa. Janji apply awal so that aku boleh delegate task. Bila jawapannya begitu, aku terpaksa bagitahu "Sebenarnya company tu tak salah. Kebanyakan company memang nak tahu cuti sebab apa. Kalau staff tak cukup, memang cuti tak diluluskan. Cuma company akak je tak practice gitu".

Lagi sorang mintak kerja balik sebab bos terlalu garang dan suka-suka terminate pekerja. Aku gelak je. Sebab aku JARANG mengamuk kat ofis. Jadi, dorang dah terbiasa dapat bos yang berlebih-kurang. Bila jump company lain, dorang terkejut sikap boss berbeza. Again, aku explain "Mana ada bos mengamuk tak tentu pasal? Kalau tak meet expectation, memang kena marah. Itu biasa. Takde bos yang suka-suka terminate orang sebab nak cari orang baru susah. Yang kena terminate tu semua tak hit target".

Tapi bila ex-staff bagitahu macam ni, lega juga. Aku ingatkan bisnes aku cikai, rupanya ok juga company aku ni. Hahaha.

One of the values ​​I hold is CONSISTENCY and OWNERSHIP. Bila kau buat keputusan, kau kena bertanggungjawab dengan kesan keputusan tu. Kalau kau resign, then you own it. Don’t come back hoping everything will be the same. It won’t. Aku bukan kejam. Tapi dalam bisnes, prinsip kena jelas. Kalau tak, kita akan jadi tempat yang orang tak respect. Semua orang akan rasa dorang boleh keluar masuk ikut suka hati.

However, aku tetap doakan yang terbaik. Aku tetap harap ex-staff aku berjaya dalam bidang yang dorang pilih. Aku tak buang nombor-nombor ex-staff aku. Open house, aku ajak. Aku tak block dorang. Aku tetap akan balas their text. Yang dari tahun 2012 punya ex-staff masih ada dalam henfon aku. Aku tak pernah tukar nombor, they can text me anytime. Cuma pintu kerja tu aku kunci rapat-rapat. Kalau nak jumpa, nak borak, nak mintak nasihat, insyallah aku sentiasa ada.

Everyone has the right to make choices, and every employer also has the right to choose who is worthy of being part of their team. Bila kau pilih untuk keluar, aku hormat keputusan tu. Tapi bila kau nak patah balik, aku kena fikir untuk keseluruhan organisasi, bukan hanya untuk seorang pekerja. Kalau anyone tengah berkira-kira nak berhenti, fikirlah habis-habis. Kerja ni bukan sekadar nak gaji lebih tapi banyak benda kena ambil kira. At the end kita akan pilih kerja yang buat kita selesa.

Bukan semua pintu akan terbuka semula bila kau patah balik nanti. Dan bukan semua majikan akan terima semula bekas pekerja. Bukan sebab benci, but because they know what they want to build. And I am one of them.


2025-06-26

Jadi soalannya sekarang, emosi siapakah yang paling terganggu?

Kat FB viral kes cikgu letak gambar student-student yg tak siapkan kerja sekolah di whatsapp group pastu parents yang anaknya ada dalam gambar (tak siap kerja sekolah) gi report kat SiSPAA. Memalukan katanya. Hah lepas ni cikgu letak gambar students yang siapkan kerja sekolah. Bubuh tajuk “INI ADALAH GAMBAR PELAJAR YANG RAJIN DAN SIAPKAN HOMEWORK DENGAN CEMERLANG”. Yang takde dalam gambar tu paham-paham sendirilah khennn.

Pelik parents sekarang. Letak gambar murid cemerlang - nanti ganggu emosi yg lain. 
Gambar tak siap kerja - pun emosi terganggu. 
Jadi soalannya sekarang, emosi siapakah yang paling terganggu? MBAHAHHAHHAHAHAHA.

Jawapannya mudah je.

Emosi MAK BAPAK yang terlalu fragile. Kadang-kadang anak tu elok je… yang overreact ni, emaknya. Selalunya mak lah.

Inilah dilema pendidikan zaman sekarang. Nak anak berjaya, tapi mak bapak tak bagi space untuk cikgu mendidik. Nak anak cemerlang, tapi nak cikgu berlembut selalu. Bila cikgu tegas, dikatanya kasar. Bila cikgu lemah lembut, dikatanya cikgu tak tegas. Kau nak apa sebenarnya?

Zaman 80-90an dulu, cikgu rotan tu benda biasa.

Siapa tak buat kerja sekolah? Siap!

Siapa tak hafal sifir? Siap!

Tapi kita tak report cikgu. Student dulu takut dengan cikgu dan takut mak bapak. Kalau report, balik rumah dapat satu lagi special edition dari mak bapak. Aku lagi rela kena rotan dek cikgu dari Mak Aji punya version. Kalau dia libas hanger tu, terus 2 calit dapat.

Tapi walau kena denda, kena rotan dek cikgu, kita (students) tak trauma. Kita tak benci cikgu. Sebab kita tahu memang dah buat salah. Budak-budak now tak tahu yang dorang dah buat salah. Sebab kat rumah parents membelai.

Redza pernah kena tokak rambutnya masa kat Langkawi dulu sebab panjang. Dia tak berani bagitahu. Cikgu homeroom yang bagitahu. Sebab kalau dia mengadu, aku tambah lagi. Siapa suruh kau pi outing tak gi potong rambut, kan? Nasiblah kalau kena tokak dek warden. Pandai pulak gi kelas pakai songkok nak cover kepala 😆.

That’s ok! Aku kalau salah tu berlaku di dalam sekolah, tak kuasa aku nak masuk campur. Silakanlah cikgu. Jangan rotan sampai cacat dah. Memang buat salah, kan.

Aku dulu pun pernah je kena denda. Diri atas kerusi. Diri atas meja. Junjung kerusi. Dah memang buat salah, apa yang nak defensive sangat? Cikgu yang mendenda tu pun aku still ingat sebab itulah cikgu yang betul-betul ajar erti tanggungjawab.

Sekarang? Cikgu letak gambar murid tak siapkan kerja pun salah, gaissss. Tertanya-tanya juga apa sebenarnya mesej yang parents cuba sampaikan?

“Kalau anak saya salah, jangan tegur depan orang lain sebab nanti dia malu.”

“Kalau anak saya gagal, jangan compare dengan orang lain sebab nanti dia down.”

“Kalau anak saya buat salah, jangan hukum… nanti emosi terganggu.”


Gitu ke?

Emosi siapa yang terganggu sebenarnya? Anak ke… ego mak bapak?

Padahal cikgu letak dalam grup whatsapp kelas je pun. Bukannya upload kat TikTok. Grup kelas memang khas untuk parents dan guru. Tujuannya untuk memudahkan komunikasi. Bila cikgu letak gambar anak-anak yang tak siap kerja, bukan untuk mengaibkan. Tapi untuk memaklumkan.

Kadang cikgu pun penat dah cakap dalam kelas. Jadi dia guna platform yang ada supaya parents ambil tahu. Supaya ada campur tangan dari rumah. Tapi tu lah, yang dapat bukannya rasa tanggungjawab, tapi report ke SiSPAA. Huh??

Hello? SiSPAA tu untuk aduan penyalahgunaan kuasa, bukan untuk aduan cikgu letak gambar budak tak siapkan kerja!

Yang tak buat kerja, anak. Yang kena marah, cikgu. Kelakar eh?

Realiti sekarang menyedihkan. Cikgu dah jadi punching bag. Anak malas, salah cikgu tak pandai motivate. Anak tak siap kerja sekolah, salah cikgu tak cukup garang. Anak kena marah, salah cikgu tak tahu jaga emosi budak. Anak jatuh tangga, salah cikgu tak pegang tangan.

Sampai satu tahap, cikgu dah tak berani nak tegur. Nak marah pun serba salah. Nak post dalam grup pun takut mak ayah triggered. Akhirnya cikgu buat tak reti. Akhirnya, anak kau lah rugi. Bila anak orang lain dapat special treatment kau kata cikgu pilih kasih. Memanglah! Cikgu of cos nak bekerjasama dengan student dan parents yang senang dibawak berbincang. Nak pilih anak kau buat apa? Buat semak otak nak melayan parents yang banyak cengkadak.

Sometimes parents nak protect sangat emosi anak, sampai lupa emosi cikgu. Cikgu bukan robot. Cikgu ada perasaan. Cikgu pun ada tekanan. Gaji tak setimpal dengan expectation. Buat kerja luar scope. Kena jaga anak orang. Tanggungjawab tak pernah habis. Tapi tetap kena senyum, sabar, dan jaga emosi anak orang. Sedangkan emosi dia sendiri siapa yang jaga?

Bila cikgu letak gambar anak tak siap kerja, itu bukan menghina. Itu menuntut perhatian parents. Itu menuntut kerjasama parents. Tapi bila parents tak boleh beza antara MEMALUKAN dan MENDIDIK, maka matilah sistem sokongan yang sepatutnya wujud antara cikgu dan parents.

Bila anak tak boleh ditegur, maka parents sedang membesarkan generasi KACA. Iaitu generasi yang cepat retak. Tak tahan kena uji. Tak boleh dengar suara tinggi. Dah buat salah pun masih nak disuap. Bila failed, salahkan orang, salahkan dunia.

Look. Ini bukan salah anak. Ini salah PARENTS yang terlalu nak jaga hati sampai hilang boundaries. Kita tak latih anak hadapi tekanan. Kita tak didik anak untuk ambil bertanggungjawab atas kesilapan yang dia buat sendiri. Kita tak ajar anak untuk malu bila tak buat kerja sekolah. Kita ni akulah termasuknya. Reminder untuk aku juga ni.

Anak-anak hari ini ramai yang bijak akademik. Result power-power. Zaman aku dulu straight A sangat rare. Zaman now straight A saja 14,000 orang. Itu straight A, belum yang 8A1B, 7A2B. Tu semua masih pandai-pandai. Anak-anak now pandai-pandai, tapi rapuh emosi. Sebab parents terlalu protective. Kita jadi ‘enabler’.

Tak siap kerja sekolah nampak kecil tapi ada simboliknya. Bila anak tak siapkan kerja sekolah, itu refleksi sikap. Disiplin. Kebertanggungjawaban. Kalau dari kecik parents tak tegas hal macam ni, esok besar anak tak rasa bersalah bila kerja ofis bertangguh. Bila kerja tak siap, dia rasa biasa-biasa je. Bila kena marah bos, dia kata bos yang toxic. Bila task tak meet expectation bos, dia salahkan orang lain.

Yang pernah jadi bos, atau manager mesti pernah ada employee/staff yang kerja tak siap tak rasa apa. Sebab? Sebab benda boleh sambung esok katanya. Buat apa nak siapkan sekarang. Yang kita ni tertunggu-tunggu dia submit task. Rupanya dia tak siapkan. Senyapkan diri pulak tu. Inilah hasil dari keterbiasaan tak siapkan kerja sekolah and assignment pada waktu yang ditetapkan. Kalau dulu parents salahkan cikgu. Now silap-silap mak bapak datang opis marah bos pulak.

Aku pernah ada pengalaman sorang calon, dia dah settle interview and we are considering her untuk diterima bekerja. Mak dia datang ofis mintak izin nak “tengok-tengok” keadaan ofis samada semenggah ke tak untuk anak dia bekerja. Kau rasa?? Terus aku reject budak ni walaupun dia antara calon yang ok. Sorry, jenis ni esok kalau cuti dia tak approve silap-silap mak dia call aku. Ah tak payah. Ini adalah contoh mak yang sentiasa jadi jurucakap anak.

Anak malu bila gambar kena post? GOOD. Itu namanya dia masih ada rasa segan. Rasa malu tu perlu. Rasa malu tu yang membentuk akhlak. Bila anak malu, dia akan usaha untuk tak ulang silap yang sama. Kalau tak ada rasa malu, dia akan rasa oh takpe… esok boleh ulang lagi. Tak ada rasa bersalah. Itu lagi bahaya.

Apa parents perlu buat adalah BUKAN report cikgu, tapi borak dengan anak. Tanya kenapa tak buat. Ajar dia rasa bertanggungjawab. Ajar dia minta maaf pada cikgu. Bantu cikgu, bukan jatuhkan cikgu.

Parents sebenarnya nak anak jadi apa?

Nak anak berjaya, tapi tak boleh kena marah? Nak anak kuat, tapi tak boleh ditegur? Nak anak ada integriti, tapi tak boleh dinilai?

Pendidikan bukan sekadar A dalam exam. Tapi A dalam attitude, A dalam accountability, A dalam adaptasi dengan dunia sebenar. Realiti dunia bukan semuanya lembut dan selesa. Dalam dunia sebenar nanti bos takkan tanya “Awak ok tak kalau saya tegur?”

Customer takkan peduli “Awak stress ke hari ni?”

Colleague takkan pujuk bila kau tak dapat buat kerja. Dorang akan tengking. Akan marah. Akan report bos. Report HR. Kalau anak tak dilatih dari kecil untuk tahan cabaran, esok dia akan sentiasa cari orang untuk dipersalahkan.

Cikgu adalah co-parent yang bantu parents bentuk peribadi anak. Kalau kita asyik sabotaj cikgu, esok anak hilang respect. Bila cikgu tegur, dia tak kisah. Sebab tahu, mak ayah akan back-up. Jadi bila anak rosak, jangan pelik.

Apa salahnya dengan cikgu letak gambar? Itu bukan aib. Itu kenyataan. Kalau anak tak buat kerja, memang itu faktanya. Kita nak tutup fakta semata-mata nak jaga ego sendiri?

So my conclusion, emosi anak TAK TERGANGGU lansung bila cikgu up gambar muka-muka tak siapkan kerja sekolah di whatsapp. Sebab dorang tahu dorang memang tak buat. Kau rasa budak yang tak buat kerja sekolah ni malu ke bila cikgu up gambar? Entah dah berapa kali dia tak buat agaknya baru ni time cikgu nak share gambar. Cikgu dah geram sangat. Anak ke yang terganggu? Tak. Mak bapak yang malu sebab realiti tentang anak dibuka depan orang.

Kalau ikhlas nak anak berubah, sepatutnya berganding bahu dengan cikgu. Bukan report kat SiSPAA. 

Kalau rasa tulisan ni kena batang hidung, bagus. Itu maknanya kita masih ada kesedaran. Kalau rasa nak marah, tanya balik, kenapa marah? Sebab kau rasa betul… atau sebab kau rasa terkena?

Peace ✌️


2025-06-25

Dunia kerja ni, suka atau tak, akan selalu ada perkara yang tak ikut office hour.

Aku tak pasti sejak bila budaya kerja kita jadi macam ni. Mungkin sejak trend “mental health awareness”, ramai budak-budak baru masuk kerja anggap semua benda yang bos mintak lepas waktu kerja adalah gangguan, overworking, atau paling kelakar - toxic workplace. 

I don't deny the importance of mental health. Tapi kalau semua benda kau nak label as tekanan, semua benda kau nak anggap menyeksa diri, sampai bila kau nak belajar hadap realiti hidup?

We work in the real world, bukan dalam teori TED talk. Dunia kerja ni, suka atau tak, akan selalu ada perkara yang tak ikut office hour. Sometimes bos akan whatsapp after 6 pm. Kadang ada hal urgent hari Ahad. Kadang dia forward satu document mintak kita check sekejap. That's not because she/he doesn't respect your "work-life balance". Tapi sebab bisnes ni tak tidur. Customer tak ikut waktu pejabat kita. Masalah tak datang ikut kalendar kerja.

Yang aku pelik, bila bos text, budak-budak sekarang boleh buat tak nampak. Tak reply, tak buka, kadang langsung tak read sampai ke esok. Bila ditegur, alasan dia “Saya tak bukak phone waktu malam sebab saya nak jaga mental health”. Kau tahu tak, jawapan macam ni bukan nampak matang tapi nampak macam lari dari tanggungjawab. You work for a salary. The boss pays for his trust in you. It's not just a 9 to 5 job. Kadang-kadang kepercayaan tu diuji masa-masa luar waktu kerja, bila bos perlukan kau.

Kalau bos forward dokumen pukul 9 malam, dan dia cuma mintak “please check and confirm yes or no”, kau tak perlu bukak laptop pun. Cukup tengok dan reply, “Noted boss, I’ll get to it first thing tomorrow”. That’s it. Simple. Tapi reply tu penting. 

Dia bukan nak kau terus buat malam tu. Dia nak tahu kau aware je. Dia nak tahu mesej tu sampai supaya dia boleh teruskan next step. Mungkin dia nak forward kat finance. Mungkin dia nak submit kepada client. Without your response, she/he is stuck. Bila stuck, kerja tak jalan. Bila kerja tak jalan, semua orang delay.

Orang yang tak pernah duduk kat kerusi bos, don't understand the pressure. Dia tak tahu yang bos tu tengah kejar dateline, tengah kawal cash flow, tengah buat projection untuk bayar gaji bulan depan. Kau dah rehat kat rumah, tapi bos masih bekerja tengah kira macam mana nak balancekan untung rugi syarikat. Tapi sebab dia tak pernah tunjuk stres depan kau, kau ingat dia relax tak buat apa-apa. Kau cuma fikir kau punya mental health. Konon bos takde hak kacau kau malam-malam. Padahal dia tak suruh kau angkat barang pun. Dia cuma minta kau reply whatsapp.

And what I don't understand is how young people nowadays think everything has to follow black and white work agreement. Kononnya “dalam offer letter tulis waktu kerja 9 pagi sampai 6 petang je”. 

Habis tu, dalam offer letter ada tulis ke “kau boleh main phone 10 kali sejam waktu kerja”? Ada tulis “kau boleh hilang sejam pergi toilet bila stress”? Ada tulis "lepas waktu makan 1 jam baru boleh pegi solat syarikat tambah another 30 minit?" Ada? Takde pun. Tapi bos tak berkira sebab dia faham kau manusia, bukan robot. But when it’s time to wrap up the work, you start putting up walls like it’s just a contract, not a responsibility or trust.

Konsep “work-life balance” ni betul, tapi bukan untuk disalahguna. Work-life balance bukan bermaksud kau kena block semua kerja lepas office hour. It means, you know the limits, and kau tahu beza antara urgent dan non-urgent. Kalau bos mintak buat complete sales report pukul 11 malam ya, itu tak patut. Tapi kalau dia cuma mintak respond, sekadar acknowledge, dan kau boleh buat tanpa ganggu kesihatan mental, why not?

Lagi satu, zaman sekarang ni semua pakai smartphone. Tak payah bukak komputer pun. Buka whatsapp, tengok mesej, respond. Masa scroll TT, nak tengok IG Story, laju pulak jari tu. Mesej bos tak buka, tapi boleh reply komen live influencer sampai tengah malam. Jadi masalahnya sekarang bukan mental health, tapi kau sememangnya pemalas dan tak bertanggungjawab.

We need to start educating ourselves to become employees who know the difference between boundaries and ignorance. Kau boleh ada boundaries, tapi kau tak patut jadi tak bertimbang rasa. Dunia ni bukan tentang kita sorang. Kita kerja dalam satu sistem. Kalau kita lambat, orang lain tersekat. Kalau kita tak reply, satu proses delay. 

Benda paling asas dalam dunia profesional ialah communication. You don't reply to messages, that means communication is broken. Bila communication terputus, kepercayaan pun boleh terputus. Hari ni mungkin bos tak kata apa. Tapi lama-lama, dia akan ingat kau bila ada kerja penting. Dia akan skip kau, sebab dia tahu kau tak boleh diharap. Dan bila peluang naik pangkat datang, kau bukan pilihan. Masa tu jangan question pulak, ya.

Because bukan semua kenaikan pangkat tu berdasarkan kerja dan skill semata-mata. Dalam dunia sebenar, kenaikan pangkat tu banyak bergantung pada trust. Bos akan fikir banyak kali sebelum serahkan tanggungjawab lebih besar pada orang yang dia tak yakin. Kalau simple text pun kau tak boleh reply, macam mana dia nak percaya kau boleh handle client besar? Macam mana dia nak yakin kau boleh urus team, urus deadline, urus krisis?

Kadang orang heran kenapa si A dapat naik pangkat sedangkan kerja dia biasa je? Tapi tak ramai tahu, mungkin si A tu cepat respon, senang bekerjasama, ringan tulang membantu bila perlu, dan bila bos mintak something, si A cuba cari jalan bukan cari alasan. Itu benda yang tak nampak atas kertas, tapi besar nilainya dalam organisasi.

Pernah dengar orang kata “attitude over aptitude”? Maksudnya, sikap lebih penting daripada kebolehan semata-mata. Skills can be honed. Tapi kalau kau jenis tak endah, tak bertanggungjawab, dan rasa semua benda kena ikut kepala kau, sorry ya. Even high skills won't save you for long. 

Dan jangan lupa, bos pun manusia. Dia pun penat. Dia pun ada tekanan. Tapi bila dia pilih untuk terus bekerja walau dah malam, walau hari cuti, demi nak pastikan semua bergerak lancar, paling kurang kita boleh beri kepada bos adalah RESPON. Bukan kena buat kerja pun. Cuma acknowledge mesej dia. Tak susah.

Kalau kita hanya nak hak kita, tapi tak pernah fikir tanggungjawab kita, jangan marah kalau rezeki kita tersekat. Dalam kerja, bukan siapa paling pandai yang selalu menang, tapi siapa yang paling boleh dipercayai. Lain kali bila ada mesej dari bos, fikir dua kali sebelum buat tak tahu. Satu “noted” tu mungkin nampak kecil, tapi dalam dunia sebenar, that's the difference between ordinary staff and staff yang boss confident in promoting.

Ramai orang muda hari ni pandai cakap pasal “respect”. Tapi respect bukan sekadar “kau jangan kacau aku lepas kerja”. Respect juga bermaksud kau tahu bila masa untuk bertolak ansur. Tahu bila perlu jawab cepat, walaupun luar waktu kerja, demi tanggungjawab dan team. Sebab dalam kerja, kadang kita kena bagi lebih sikit untuk dapat lebih.

Dulu, people worked around the clock. Mak ayah kita kerja sampai malam. Aku pun kerja sampai malam. Siap bawak balik kerja rumah. Tapi takde siapa merungut. Because they know it's a responsibility. Tapi sekarang, dengan semua kemudahan teknologi whatsapp, google drive, zoom, kita sepatutnya lebih mudah buat kerja. Tapi entahlah, makin mudah, makin manja. Makin laju internet, makin perlahan respon. Pelik.

Bukan maksudnya kau kena bawa balik kerja ke rumah. Cuma fahamkan beza antara kerja dan tanggungjawab. Kadang bos cuma nak tanya small matter, mungkin nak confirmkan hal meeting esok, nak pastikan dokumen dah diterima, atau nak double check satu info sebelum dia present kat big client. Bukan everyday pun bos mesej kau lepas waktu kerja. Tapi bila once in a while pun kau tak nak respond, that's not about work-life balance anymore. That's your attitude.

Sometimes bila terlalu selesa dengan hak, kita lupa tentang adab. We consider everything is a burden, sampai yang sekecil reply mesej pun jadi alasan untuk stress. Padahal, it’s just basic courtesy. 

Dulu orang stay lepas waktu pejabat sebab nak siapkan kerja, sebab takde laptop nak sambung kat rumah. Sekarang semua benda ada dalam smartfon, tapi sibuk nak pertahankan “aku takkan buka mesej bos lepas 6 petang”. Hello? Siapa yang mintak kau kerja 12 jam sehari? Bos cuma minta satu reply, satu jawapan. Satu YES atau OK. Itu pun jadi isu ke? Lemah!

Kadang kita terlalu tengok kerja hanya dari sudut masa, bukan dari sudut amanah. When there is responsibility in a position, bukan masa saja yang penting, tapi kebolehpercayaan kita. Respons cepat bukan bermaksud kau takde life. Tapi bermaksud kau faham peranan kau dalam pasukan. 

Let’s be real. Kalau customer whatsapp malam-malam, confirm kau balas, kan? Siap letak emoji smiley. Tapi kalau bos yang mesej, you pretend not to see. Bila bonus tak dapat, bila gaji lambat naik, you start blaming the company.

You want to be treated like a professional? Then act like one. Sebab profesionalisme bukan pada sijil, tapi pada cara kita bertindak bila tak ada siapa paksa kita buat sesuatu. That's when your true character shows. Dan believe me - bos, leader, atau mana-mana pihak atasan memang selalu perhati benda-benda kecik ni. 

And don't get me wrong. I'm not saying you have to do everything your boss asks you to do. Kalau betul-betul ada kecemasan, anak sakit, itu cerita lain. Tapi kalau kau sekadar terbongkang atas katil, scroll Netflix, tapi ignore mesej bos, itu bukan jaga mental health. That's the little sabotage you take for granted.

One day, bila kau jadi bos baru kau faham. When you have to think about whether the business is going to work or not. When you have to prepare report before the important meeting tomorrow morning. When you have to answer big client question and can't put it off. Dan kau tengah tunggu respond staf yang “jaga mental health”, baru kau sedar betapa pentingnya satu perkataan NOTED. Masa tu nanti barulah kau terfikir, "Kenapa aku dulu macam ni?"

Start with small things. Belajar balas mesej. Tak perlu panjang. Cukup acknowledge “Noted boss” “Will check tomorrow” “Understood”. Itu pun dah cukup.

And don't be afraid to set limits, but do so with adab.

“Boss, noted. Saya akan semak esok pagi ya sebab saya tengah uruskan anak sekarang”

Itu lebih baik dari senyap.

Komunikasi + adab = profesionalisme. Kalau semua orang practice this, the world will be healthier. Not because we are all perfect, but because we all realize we are part of a team. Jangan jadi generasi yang pandai tuntut hak, tapi lupa tanggungjawab. Sebab tempat kerja bukan tempat kau diuji secara akademik, tapi diuji dari segi sikap. Dan ingat, bukan skill yang buat kau berjaya. Tapi cepat bertindak dan bertanggungjawab, that's what gives you trust and opportunity.


2025-06-24

Yibo jadi sniper, tapi snipernya tak real.

Baru-baru ni ada someone tulis post pasal Wang Yibo. Yang penulis ni aku tak sure sama ada dia entertainment blogger atau pengkritik filem. Produksi filem Formed Police Unit calonkan Yibo untuk Best Actor for movie Formed Police Unit.

So this penulis kata kenapa calonkan Yibo sebab lakonan yang lebih strong dalam tu adalah Johnny. Penulis tu punya argument adalah, ini bukan voting by audience tapi by jury. Patutnya letakkanlah calon yang lebih strong acting skill macam Johnny. Meletakkan Yibo as calon umpama serah diri untuk dipancung sebab watak Yibo as sniper boleh dicompare dengan watak Johnny as sniper dalam Operation Red Sea (tahun 2018).

Dalam filem Formed Police Unit, Yibo jadi sniper. Tapi snipernya tak real. Sniper adalah watak yang highly technical. Sniper membidik guna both eyes. Tapi Yibo bidik pakai sebelah mata which is lansung salah. Actually masa filem ni release dulu, dah ada pasukan beruniform (army) yang komen sniper mana ada bidik pakai sebelah mata. Cara sniper yang betul adalah macam watak Gu Shun yang Johnny carry dalam Operation Red Sea. Ada disiplin dalam postur, hip posture, and trigger control. Dorang kata Yibo tak buat ‘homework’.

Role Yibo dalam filem tu memang ramai yang kata tak nampak “sniper” langsung. Macam sekadar ambil senapang and tembak. Scene meng-aim target pakai sebelah mata sangat jauh dari teknik sniper yang sebenar.

Orang actually bukan bengang sebab Johnny tak dicalonkan, tapi sebab untuk watak sniper Yibo tak buat persediaan cukup. Nampak malas ambil tahu watak. Orang kata Yibo “take it easy”. Ramai merasa dia tak invest masa untuk watak sniper sebijak Gu Shun (Johnny) dalam Operation Red Sea. Kat Douyin ada orang perli “Berapa step nak jadi sniper? Tanya Yibo”.

Nak compare dengan Johnny dalam Operation Red Sea, memang jauh bezanya. Johnny ambil watak sniper dengan serius. Dengan inisiatif sendiri dia masuk kem 3 bulan tadah diri untuk ditraining oleh real navy. Padahal watak dia as Gu Shun bukan watak utama pun, hanya watak sampingan as sniper. Tapi dia buat bersungguh. Hasilnya, dia menang Best Newcomer dalam Asia Film Award 2018 because of his dedication dan realisme watak sniper tu. So now orang buat perbandingan watak tu dengan watak yang Yibo pegang. 

Pengkritik filem tak puas hati takkan watak selemah tu jadi calon untuk rebut award Best Actor. Seolah-olah nak bagi calon lain menang mudah. Dorang kata baik calonkan Johnny, barulah ada fight rebut award sebab watak Johnny as Captain dalam tu sangat bagus. 

Actually dalam filem Formed Police Unit tu hanya Johnny saja yang volunter untuk di-trained oleh Peacekeeper Police. That’s why masa pelancaran filem ni, United Nation (UN) interview Johnny. Sebab dia nampak sangat peacekeeper police. Real! UN buat sesi interview secara live 11 minit dengan Johnny. Tenang je Johnny bercakap pasal peacekeeping police. Orang mesti ingat dia real police.

Ada jugak fans and netizen kata Yibo sebenarnya serius cuma dia banyak acting gigs, race motor, dan busy dengan kerja lain that explains kenapa dia tak dapat invest 100% dalam satu watak saja. Kau rasa boleh terima tak alasan bangang macam ni? Kot ye pun sokong idola, janganlah bangang. Produksi bayar kau untuk bawa watak sniper, kau boleh ambil sambil lewa sebab ada job lain? Kau tak tengok Johnny punya job berderet mana pulak? Ehh kau!

Filem Formed Police Unit tu shoot tahun 2022. Tahun 2024 baru tayang. Tahun 2022 ingat Johnny tak ada job lain ke? Tahun tu dia tengah naik dengan drama berturut-turut, event sana sini, variety show pun ada. Tapi bila dapat watak dalam Formed Police Unit, dia masuk training, belajar dari real peacekeeping police. Why? Because he respects his work. He knows that once he accepts a role, it becomes a responsibility. That’s why dia tak pernah putus dengan job.

Ini bukan soal kau popular ke tak, atau ada banyak job ke tak. Ini soal integriti kerja. Bila kau pegang watak tentera, sniper pula tu, kau bukan saja represent cerita. Kau represent profesion sebenar dalam dunia military. Pastu bila kejap-kejap Johnny dapat watak army, netizen kata dia tak versatile. Bukannya tak versatile, tapi dah takde actor yang berwibawa carry watak tu selain Johnny. Actor lain semua lembik!

Tak. Bukan marah Yibo. Tapi marah fans yang bangang. Kau nak sokong idola, silakan. Tapi jangan semua benda kau nak positifkan. Benda ni jadi isu sebab Yibo is a major star. Peminat dia ramai, tapi dia tak buat preparation watak mendalam, orang rasa disappointed. Ini bukan first time dia lazy. Interview pun tak bersedia, macam nak tak nak. Mujur muka comel je peminat ramai. Kalau tak, lama dah terkubur.

Kalau korang peminat Yibo, tak salah nak expect lebih. As pelakon muda, Yibo ada big potential. Tapi next time nak betul-betul pegang watak sniper kena buat preparation sebijik macam Johnny.


2025-06-23

Betapa penting untuk kita JANGAN GEMUK. Punca segala penyakit adalah dari gemuk.

Ramai yang DM aku tanya pasal screenshot dalam post pasal medical card semalam (refer post IG aku). Ramai yang dah ada sakit rupanya. Nak ambil medical card tapi takut tak lulus.

JANGAN TAKUT.

Apply dulu. Tengok apa underwriter punya decision. Sebelum submit, En Wan and aku akan tengok dulu if ada possibility kena decline atau lulus. Sekiranya ada exclusion, kita tengok severity of your condition. Kalau boleh appeal untuk remove exclusion, #siscuba. 

Tapi, aku nak ingatkan kat sini satu hal juga. Ada some prospek, dia dah tahu diri ada sakit, tapi mati-mati nak takaful cover penyakit dia.

Gini, ya. Kita kena be rasional. Kena ada common sense. Kita dah sakit SEBELUM apply medical card, logik ke company nak cover your penyakit sedia ada? Kalau company luluskan medical card with exclusion pun dah besar rahmat sebenarnya. At least kita masih berpeluang ada medical card untuk guna pada penyakit lain. Jangan sebab satu penyakit yang dah sedia ada, kita give up dan reject the offer. That is a losing move.

Sometimes kita rasa kita perlu rawatan susulan untuk penyakit sedia ada, tup tup dapat penyakit baru yang kos rawatannya lebih banyak dari penyakit sedia ada. Tapi nak buat macamana, kita dah pun reject offer dari medical underwriter. Now nak re-apply dah jadi lebih susah sebab ada tambahan penyakit baru.

Contohnya, katalah kau ada masalah slipped disc. Underwriter letak exclusion untuk spinal issues. Bermakna, medical card tak akan cover rawatan untuk slipped disc. Tapi one day, kau dapat appendicitis, denggi, atau perlu surgery tonsil. Semua tu medical card boleh cover. So kenapa nak tolak terus medical card hanya sebab satu exclusion?

Lagi satu, kalau kau sihat sekarang, jangan tunggu sampai sakit baru nak apply. Bila dah sakit, baru nak minta coverage, underwriter dah susah nak luluskan. Aku nak appeal pun segan sebab hakikatnya aku tahu takkan boleh lepas punya. Takaful ni bukan untuk orang sakit cari perlindungan, tapi untuk orang sihat persiapkan perlindungan sebelum musibah datang.

So, my advice, apply dulu. Tengok result dari underwriter. Kalau ada exclusion, aku and En Wan cuba appeal. Kalau underwriter agree dengan hujah kitorang dan luluskan, alhamdulillah. Kalau dia lulus walaupun ada sikit exclusion, itu dah cukup baik. Lebih baik ada separa coverage daripada takde langsung.

Ada a few client En Wan, anak-anak dah masuk uni, dorang ambilkan siap-siap untuk anak. Dalam tempoh 3-4 tahun anak belajar ni, mak bapak bayarkan. Esok anak dah kerja, sambung bayar. Ini tindakan bijak sebab lebih awal ambil, lebih murah anak bayar dan lebih kurang risiko sebab budak-budak muda badan masih sihat. 

Aku buat gini juga untuk Redza. Lepas medical card dia tamat umur 18 tahun hari tu (ambil dari baby), terus bapak dia apply medical card baru. Now apaknya bayarkan. Habis belajar esok, dah kerja, kau sambung bayar.

Semalam En Wan minta aku check medical history salah seorang prospek. Aku tak kenal siapa orangnya, En Wan tak disclose detail prospek. Dia minta aku analyze medical history saja.

Yang ini agak heavy, but we will see, kat mana kita boleh appeal. En Wan seboleh mungkin nak tolong semua dapat medical card. Kalau ada exclusion pun takpe, janji dapat medical card. Tapi tu la macam aku cakap some people dia dah tahu dirinya ada sakit, tapi mati-mati nak company cover semua. Bukan kes prospek ni lah. Kes lain. Prospek ni aku baru review semalam.

Contohnya, dalam medical history dalam gambar ni:

Total kolesterol: 6.7 mmol/L = tinggi

Trigliserida: 1.83 mmol/L = tinggi

However, kolesterol BUKAN penyakit. Ia hanya PENYEBAB penyakit.

Now kita tengok pula blood sugar:

Fasting blood sugar: 7.7 mmol/L = tinggi

HbA1c: 8.6% = tinggi

Purata blood sugar-nya everyday: 11.1 mmol/L = tinggi

Now ini adalah penyakit. Tapi this client nampaknya macam tak tahu dia dah ada diabetis, until buat blood test.

Now kita tengok pulak fungsi hati:

AST, ALT, Gamma GT: Tinggi. Bermakna hati ada tekanan akibat lemak (obesiti) & mungkin gula tinggi.

However result air kencing lain normal. Bermakna takde gula/glucose dalam urine. Kat sini maybe aku boleh fight sikit. Sebab kalau tengok history this client was unaware of any diabetic condition. Result ni pun was diagnosed incidentally through screening. Lagipun takde rekod ambil medication, takde rekod hospital admission, takde diabetes-related complications.

Lagipun based on urine test takde glycosuria detected. Bermakna renal threshold not yet breached. Maybe kat sinilah aku punya argument nanti. Harap-harap underwriter luluskan. Kalau lulus sepenuhnya, memang miraclelah. Kalau lulus exclusion pun dah boleh sujud syukur sebab kes-kes critical selalunya underwriter decline terus. En Wan selalunya akan usahakan selagi boleh biar client dapat medical card walaupun ada exclusion. 

Cuma dari sini aku nak highlitekan betapa penting untuk kita JANGAN GEMUK. Punca segala penyakit adalah dari gemuk. 

Bila berat badan berlebihan, bermakna badan simpan lebihan lemak, especially kat perut (visceral fat). Lemak perut ni tisu aktifnya mengganggu fungsi badan. Lemak perut akan release sitokin (inflammatory markers) dan sitokinin ni akan kacau insulin sensitivity. Inilah yang buatkan gula dalam darah susah nak diproses dan akhirnya dapat kencing manis.

Sebab itu orang gemuk paling ramai dapat kencing manis. Sekarang memang belum nampak simptom, ya. Tup-tup je jadi. Just like this prospek, dia tak tahu pun ada kencing manis sebab simptom belum keluar. Maybe her weight dah lama obese. Boleh jadi inilah penyebabnya.

So kepada yang overweight dan obese, jangan ingat you takde sakit. Ia sedang berlaku dalam badan, cuma simptom belum keluar.

GEMUK tak semestinya berbadan besar, ya. Kalau kau skinny tapi bodyfat banyak, you are gemuk too. Sebab itu siapa ambil GC Plus, kita selalu kat UKUR PINGGANG, because GC Plus aim turunkan body fat, bukan angka pada penimbang.

Orang yang badannya banyak lemak, lemak akan masuk ke hati menjadi fatty liver (NAFLD). Enzim hati menjadi tinggi dan akhirnya merosakkan hati.

Lemak yang banyak dalam darah juga akan naikkan kolesterol dan trigliserida. Ingat tak aku cakap hari tu, orang yang susah nak turunkan berat badan selalunya trigliserida tinggi? That's why dulu GreenAard pair-kan GC Plus dengan Nutrijuice sebab weight gain and high cholesterol saling berkait.

Segalanya bermula dengan kegemukan. So kepada yang ada masalah berat badan, let me know if GreenAard can help you.

Dan kepada yang masih sihat, dan belum ada medical card, buatlah now. Masuk umur 40-an, macam-macam penyakit yang kita tak expect boleh dapat, maybe akan dapat. Sementara sihat dan belum ada sebarang medical history, buatlah.

Untuk anak-anak yang sedang belajar kat uni, parents dah boleh apply medical card for them siap-siap. Esok dorang dah grad, dah kerja, tinggal sambung bayar je.

Kalau ada masalah kesihatan tapi nak buat medical card, apply saja dulu. Kita tengok underwriter cakap apa. Kalau boleh appeal, kita appeal. Tapi aku nasihatkan, pastikan ANDA BENAR-BENAR NAK APPLY. Orang yang benar-benar nak medical card takkan kisah kalau ada exclusion sebab aim dia hanya nakkan medical card. 

Orang yang dah tahu ada penyakit tapi mati-mati nak company cover penyakit sedia ada - hat ni tak payah apply. Because you are not looking for medical card. You are looking for a loophole. Itu bukan cara takaful berfungsi. Takaful bukan tempat untuk “tuntut sehabis mungkin". If your mindset is like that, sila jangan apply. Jangan bazir masa agent dan underwriter.

Medical card, contact En Wan = 012-4407757.
GreenAard, contact = 013-7557424.


2025-06-22

Dalam rumah tangga, kadang-kadang diam tu boleh jadi racun.

Someone tulis ni:

"Ada lagi ke perempuan macam ni?? Ada lagi ke perempuan yg tahu betapa tinggi nya darjat suami?? Ada lagi ke perempuan yang tahu betapa takutnya buat silap dengan suami?? Sampai sanggup pilih diam bila moody, sebab takut terlepas kata yang boleh melukakan hati suami?? Dia jaga adab walau tengah emosi, sebab dia faham yg redha suami tu kunci syurga. Moga Allah pelihara wanita seperti ini yang meletakkan agamanya paling depan berbanding emosi"

Selalunya isteri yang macam ni adalah yang dari awal lemah lembut. Aku tak. Aku dari awal En Wan tahu mulut aku macamana. Dia tahu kalau aku tak disakiti, aku takkan cakap lepas. Jadi, sama-sama kita jaga, ya. Jangan sampai aku merentan. Seorang Diana suka berterus-terang. Apa aku tak puas hati, aku cakap terus. Supaya kalau ada salah faham, kat situ juga kita settle. Aku nak tido dengan tenang, jadi aku tak suka pendam-pendam.

Bukan semua orang sesuai dengan cara 'diam lebih baik’. Bagi aku, diam tu hanya sesuai kalau orang yang kita hadap tu faham bahasa. Tapi kalau kita hadap pasangan yang clueless, atau jenis yang assume macam-macam bila kita diam, atau yang semakin angkuh bila kita mendiamkan diri, akhirnya kita yang terseksa. 

Bukan aku tak tahu konsep diam itu emas. Tapi dalam rumah tangga, kadang-kadang diam tu boleh jadi racun. Diam boleh jadi punca hubungan suami isteri makin jauh. Sebab takde communication yang bagus. Yang sorang pendam, yang sorang lagi sentiasa ada hak untuk bersuara.

Oh, sorry. Aku bukan isteri yang mampu telan semua benda dan senyum macam takde apa. I have feelings. If I'm hurt, I feel. Dan aku ada hak untuk meluah. Itu bukan tanda tak hormat suami. Itu tanda aku hormat diri sendiri. Aku tahu apa yang aku rasa penting. And I know that if I keep it, it won't go away. It will nest in my heart, rotting more and more.

Kadang orang cakap, “Isteri yang baik, dia diam. Dia tahan. Dia sabar”.

Errr...sorry. Definisi aku tentang ‘isteri baik’ bukan yang pendam sampai mati. Bukan yang senyum depan orang, tapi menangis diam-diam. Aku tak nak jadi macam tu. Aku nak sihat emosi, mental, dan fizikal.

Aku percaya dalam perkahwinan, kita bukan kena jadi “the better half”, tapi "the honest half". Kalau ada benda tak kena, we sit and discuss. Kalau ada salah faham, betulkan. Sebab aku nak jadi isteri yang realistik. Even though it's sometimes bitter, at least we can fix it. Bukan pendam dan harap dia faham sendiri. Most of the time, lelaki takkan faham. Bukan sebab dorang bodoh, tapi dorang memang wired berbeza.

Bila kita diam, dorang fikir semua ok. Bila kita tak bercakap, dorang assume kita agree. Padahal dalam hati, we are already wavering. Dalam hati, kita dah mula hilang rasa. Sampai satu masa, benda yang kecik pun jadi besar, sebab semua dipendam tunggu masa nak meletup. Kalau meletup, bukan satu benda je keluar nanti. Semua sekali. Dari tahun lepas, dua puluh tahun lepas, semua aku sembur.

I'm more willing to talk straight. Marah ke, frust ke, tak puas hati ke, aku akan terus-terang. Tapi aku bercakap dengan cara yang tak menghina. Pilih waktu yang sesuai sebab aku pun tak nak benda kecik jadi besar. Yang penting, tak nak pendam. 

Maybe sebab aku tak tengok drama melayu yang meleseh-leseh ni. Yang isteri kena jadi bodoh, diam, pendam dan pasrah. Aku tak suka peram emosi. I believe that if we don't let go of that thing, it will eat away at us. Dan bila makan dalam, mulalah jadi tawar hati. Mula tak kisah. Mula layan suami macam stranger. Aku tak nak sampai ke tahap tu.

That's why I think it's very important to be honest in relationships. Aku tak pandai buat-buat okay. Muka aku ada subtitle. Kalau aku bengang, En Wan boleh tahu. Kalau aku marah, nampak jelas kat muka walaupun kau tak kasi aku bercakap. Jadi, kalau aku bengang sila bagi aku meluah. Lagi baik kau dengar aku meluah dari hadap muka bengkek aku.

Dalam hal "masih ada lagi ke isteri yang diam", aku rasa pasangan kita semua dah kenal kita macamana. Macam En Wan, dia tahu aku bukan jenis yang simpan-simpan. Dia tahu aku jenis terus terang. Sebab dari awal aku dah tunjuk aku macamana orangnya. Dan dia tahu setiap kali kitorang bertekak, niat aku cuma nak our relationship to be mature and open.

Orang kata perempuan kena lemah lembut, barulah suami sayang. Tapi aku rasa suami yang matang takkan jatuh cinta pada kelembutan yang fake. Suami yang baik akan appreciate kejujuran dan kekuatan isterinya. 

It's true kelembutan tu penting, but don't be so gentle that you lose justice. Sebab kita manusia biasa. Kita ada had. Kita layak difahami dan dihormati. Jangan jadikan "aku nak jadi isteri solehah, maka aku kena sabar" alasan untuk diri dimanipulasi. Sabar bukan diam, ya. Sabar tu berusaha cari jalan terbaik, termasuk through communication.

Dan aku bersyukur En Wan willong untuk dengar. Soemtimes apa aku cakap, dia tak setuju. Tapi at least dia dengar. Itu pun dah cukup. Sebab bagi aku, tak semua perbincangan perlukan jawapan. Kadang-kadang kita cuma nak didengari. Nak difahami. Kita nak our feelings are not ignored. Dalam perkahwinan, bukan tentang siapa lebih betul. Tapi siapa lebih terbuka.

Jadi, jangan heran ada isteri yang bukan jenis ‘tunduk dan diam’. Itu bukan tanda derhaka. Agama juga ajar untuk hidup dengan hikmah dan adil. Dalam rumahtangga, keadilan datang bila dua-dua ada suara. Dua-dua ada tempat untuk luah. Dua-dua ada ruang untuk faham. So, itu cara aku. Kalau aku diam, mungkin sebab aku tengah pilih ayat yang betul untuk balas. Tapi aku tetap akan bercakap. Because I want this relationship to live, not just exist.

I believe more in communication. Of course kadang aku emosi, tapi aku belajar untuk kawal emosi tanpa memendam rasa. Ada beza antara kawal emosi dan diam terus. Aku cakap apa yang aku rasa. Kalau aku tak bagitahu, macam mana dia nak tahu? Kalau aku simpan, dia mungkin rasa semua ok padahal aku tengah bengang ni.

Ya, aku tahu darjat suami tinggi. Tapi darjat bukan lesen untuk isteri kena diam bila ada perkara yang dia tak puas hati. Redha suami tu kunci syurga, tapi jangan lupa, tanggungjawab suami pun besar untuk bawak isteri ke syurga. Kalau suami tak buat peranan ni, redha dia pun takde nilai.

For me, marriage is not a place untuk bersaing siapa lebih sabar, siapa lebih banyak beralah. Tapi tempat untuk saling kenal, saling faham dan saling jaga. Aku nak suami rasa selamat dengan aku, dan aku pun nak rasa selamat dengan dia. Kalau semua benda aku kena pendam sebab takut redha dia hilang, itu bukan cinta. Itu namanya fear.

Isteri yang baik bukan isteri yang diam dan pendam, tapi isteri yang tahu bila perlu bersuara dan tahu cara bersuara. Aku pilih untuk jadi isteri yang realistik. Dulu aku pun pernah cuba jadi diam. Konon nak jaga hati En Wan. Lama-lama aku yang makan hati. Sebab dia ulang silap yang sama. Bila aku bercakap, baru dia sedar. Jadi dari situ aku belajar, speak up. Speak wisely. But speak.

Yang ada anak perempuan, pada pandangan aku this is not good kalau isteri (maknya) diam memendam. Anak perempuan akan fikir isteri kena diam je walaupun disakiti. Dan oleh kerana aku ada anak lelaki, aku tak nak anak-anak aku pikir dia boleh buat sesuka hati sebab isteri wajib redha. Aku harap anak-anak aku nampak macamana mak bapaknya berkomunikasi because marriage is kerja dua pihak. Sama-sama jaga, sama-sama usaha.

“Kalau isteri sabar, rumah tangga aman”

Tapi tak ada siapa tanya sabar tu atas sebab apa, kan? Kalau sabar until you lose yourself, itu bukan rumahtangga. Itu namanya penjara. 

I still respect women who choose to remain silent. Maybe that's their strength. Tapi aku harap kita jangan glorify satu jenis isteri saja. Kita berbeza. Ada orang sabarnya dalam diam. Ada orang sabarnya macam aku - sabar dalam berterus-terang. Tak adil bila hanya satu jenis isteri diangkat seolah-olah itulah isteri solehah. Tak semestinya yang diam tu lebih baik dari yang bercakap. Kadang-kadang yang bercakap tu pun sebenarnya lebih banyak mengalah, cuma caranya lain.

Perempuan yang bercakap bukan bermaksud dia kasar. Kadang dia bercakap sebab dia sayang. Sebab dia tak nak hubungan tu hancur. Kalau dia tak peduli, dah lama diam dan back off. For me, there is no one-size-fits-all formula for marriage. Setiap marriage ada dinamiknya sendiri. Tapi satu perkara yang aku pegang iaitu, jelas dan transparent. Because transparency is important. Tak puas hati, cakap. Penat, cakap. Dihargai, pun cakap. Supaya dua-dua tahu.

A good partner is one who can accept us as we are and help us become a better version of ourselves. Isteri yang berani bersuara demi rumah tangga juga isteri yang baik. Sebab diam tanpa komunikasi boleh jadi punca salah faham. Walaupun isteri bersuara tegas, there is room to heal. There is room to grow. They are not lacking in manners, they just have different approaches.


2025-06-21

Topik yang sentiasa panas takkan sejuk sampai bila-bila, iaitu POLIGAMI

Topik yang sentiasa panas takkan sejuk sampai bila-bila, iaitu POLIGAMI.

Panas bukan sebab hukum poligami tu, tapi kelakuan sesetengah lelaki yang salah gunakan ruang berpoligami dengan sekadar nak menyedapkan kote sendiri.

Look. Perempuan bukan marah pada hukum Allah. Jangan sombong sangat sampai rasa perempuan yang tak setuju dengan poligami automatik kau kata penentang hukum. Jangan suka mengecop perempuan lebih rela berzina dari berpoligami. Itu statement yang berat, tak bertanggungjawab dan juga bangang. Jangan sebab mak, nenek, adik dan kakak kau buat gitu maka kau pukul rata semua perempuan macam tu.

The issue now is, ramai lelaki angkat-angkat hukum poligami ni bukan ikut landasan sebenar pun. Ramai yang tak ukur baju kat badan sendiri. Rumah tangga yang satu pun kelam kelibut, isteri kena tong-tong half of the expenses, baju anak bini tak terbeli, emosi isteri tak terjaga, tapi sibuk nak pasang lagi satu. Konon sunah. Padahal tanggungjawab nafkah zahir batin, keadilan emosi, masa, perhatian semua tunggang-langgang. Sunah tengkorak kau. Itu namanya menunggang agama demi kemaslahatan kote!

Nak sangat ikut sunah? Sunah Nabi bukan pasal kawin ramai je. Sunah Nabi tu penuh tanggungjawab, penuh kasih sayang, penuh hikmah. Nabi mampu berlaku adil. Nabi bukan orang yang asal ada nafsu, terus tambah isteri. Tengok diri sendiri dulu. Mampu ke? Cukup masa ke? Cukup duit ke? Stabil ke emosi? Dah cukup jaga emosi isteri pertama? Dah cukup bahagi masa dengan anak-anak? Ke kau cuma nak validate nafsu sendiri atas nama agama?

Bila isteri bantah kau kawen lagi satu, terus kata isteri derhaka. Tak redha. Tak ikut agama. Eh bahalol! Siapa yang tak ikut agama sebenarnya? Bila tambah isteri, isteri pertama terabai. Nafkah berkurang. Selalunya yang kes-kes kawen lebih dari sorang ni, patutnya bila kau tambah isteri, apa yang isteri pertama dah biasa dapat, jangan diusik. Kalau tak boleh tambah, apa yang dia ada now, MAINTAIN. Ni tak, dahlah tak bertambah, dikurangkan lagi pulak. Elok-elok isteri dah biasa dapat RM300 sebulan, sebab now kau ada bini lagi satu, kau kurangkan nafkah isteri pertama ke RM200. Tak ke musibat namanya?

Macamana isteri pertama nak redha kalau gitu? Sebab tu orang yang kawen ramai ni adalah yang mampu. Mampu bukan dari segi duit tapi segalanya. Masa, perhatian, emosi. Yang ramai-ramai sekarang ni, duit pun tak mampu tapi selera mengote bukan main lagi. Ujung-ujung putar-belitkan hukum. Isteri kena redhalah. Kena taatlah. Kena belajar bersederhanalah. Kau dengan babi takde beza.

Lagi satu lately ni aku tengok yang menyondol bukan main lantang menonjolkan diri. Konon "I pun isteri dia"

Ya memang kau isteri, tapi boleh sedar diri tak? 

Aku mintak maaf cakap, ya. Ini pandangan aku. Tak setuju takpe. But I must say this. 

Kau sebagai isteri kedua perlu ada timbang rasa yang lebih. Kau dahlah hadir dalam keluarga setelah keluarga tu sudah ada sistemnya sendiri. Patutnya kau hormat the sistem, bukan gubal the sistem!

Contoh, giliran balik raya. Setelah berpuluh tahun keluarganya praktikkan tahun ni rumah mak bapak suami, tahun depan rumah mak bapak isteri. Bertahun-tahun sistem ini digunapakai. Adik-beradik pun dah set, ok tahun ni kita beraya dengan mak bapak, tahun depan kita semua beraya dengan mertua. Alih-alih kau masuk dalam keluarga as isteri kedua pandai-pandai nak gubal the sistem. 

Now sistem tu dah jadi tahun ni suami beraya dengan isteri pertama, tahun depan suami beraya dengan isteri kedua. Beraya dengan isteri pertama mestilah ke kampung isterinya. Beraya dengan isteri kedua mestilah dikampung isteri kedua. Abis tu tahun bila adik-beradik suami nak beraya bersama kau di rumah mak bapak?

Patutnya, dah tahu kau tu masuk dalam keluarga dah lambat, SEDARLAH DIRI. Sistem yang dah sedia ada, JANGAN KACAU. Kau yang kena beralah. Kau pilihlah waktu lain nak beraya bersama laki. Raya ketiga contohnya, baru kau ambil suami beraya sama dengan kau. Tiap-tiap tahundapat beraya sama sebab kau ambil raya ketiga. Sebab raya 1 & 2 dah ada dalam sistem sedia ada.

Tak adil??

Oh pandai pulak now kau nak berdebat pasal tak adil? Masa nak laki orang dulu ada kau pikir adil tak adil semua ni? Tak, kan? Kau pikir janji dapat kawen. Now, kau dah dapat apa yang kau nak. Dah kawen, kan? So nak apa lagi? Get use dengan sistem yang dah sedia ada, faham?

Especially kalau kawen dengan lelaki yang dah ada anak. Setiap kali turn suami tu di rumah kau, mintak suami angkut anak-anaknya sekali. Eh kata kawen dengan laki orang. Takkan lakinya saja kau nak. Anak-anak ambiklah sekali. Biar isteri pertama pulak rest and me time sementara giliran kau jaga laki dia. Ni tak, yang suami pun bodoh. Time giliran bini baru kau sedap nak honeymoon. Anak-anak tinggal. Tunggang-terbalik bini pertama handle anak-anak. 

Perasan tak datin-datin yang suaminya kawen bini muda jarang nak merentan. Sebab suaminya bagi lebih dari cukup. Yang kebanyakannya merentan ni sebab suami kawen pandai, tapi tak bagi nafkah dengan cukup. 

Contoh paling mudah, arwah ayah. Arwah ayah kawen dua. Walaupun mok tak berbaik dengan Mok Ndong pada awalnya, tapi mok tak bergaduh. Sebab ayah bagi lebih dari cukup. Mom Ndong pun takjde nak provoke-provoke sebab dia sedar dia orang kedua. 

Setiap kali ayah balik ke rumah, mok tetap layan dengan baik. Sebab ayah cukupkan semuanya untuk mok. Lebih dari cukup. Takde sebab mok nak minta cerai atau nak merentan. Cara-cara arwah ayah mampu pun tetap dia kata susah kawen dua ni. Sebab dia tahu kawen dua ni bukan semata-mata kena ada duit tetapi lebih dari tu. Yang kau, duit pun takde, tapi selera bukan main. 

Kesian aku tengok isteri-isteri pertama. Elok-elok dulu sekeluarga spend time together, now kena bagi-bagi masa. Elok-elok dulu weekend milik dorang sekeluarga, now kena giliran. Bila isteri pertama stress, disalahkan pula isteri pertama tak sabar, tak redha. Padahal si pengote yang gagal berlaku adil.

Ini bukan soal perempuan benci poligami. Ini soal KEADILAN. Ini soal TANGGUNGJAWAB. Ini soal KESTABILAN EMOSI. Perempuan bukannya robot nak patuh 24/7. Bila lelaki buat keputusan besar dalam hidup, automatik semua orang kena terima dan senyum. Gitu ke? Sebab kau suami? 

Eh sial, jangan guna agama untuk tutup kegagalan diri kau. Kau yang buat hal, isteri pertama yang kena belajar terima takdir? Kau yang gatal nak kahwin lagi, tapi orang lain yang kena jaga emosi kau? Bila isteri pertama memberontak, kau kata dia derhaka. Bila dia bersuara, kau kata dia tak taat. Bangang tu simpan sikit boleh?

Lelaki jenis ni, bukan nak ikut sunah, tapi berselindung belakang agama sebab tak mampu kawal syahwat! Sunah Nabi tu bukan sekadar kahwin empat, tapi datang dengan tanggungjawab, belas kesian, dan adil. Kau? Bini sorang pun tak mampu jaga hati, nak mengaku sunah? Aku sunatkan kau baru tahu.

Ramai yang salah faham. Poligami bukan automatik halal. Ada syarat. Kalau syarat tak cukup, tak mampu berlaku adil, tak mampu jaga nafkah, tak mampu bagi kasih sayang yang sama rata, maka kau sebenarnya sedang menzalimi orang lain. Bila zalim, kau bukan ikut sunah. Kau sedang melanggar hukum.

Ramai perempuan sekarang dah bijak. Dorang tahu beza antara hukum dan penyalahgunaan hukum. Dan perempuan bukan menentang hukum. Perempuan menolak penyelewengan atas nama hukum! 

Come on lah, toksah susah-susah buat post karang ayat yang acah-acah macam bijak konon nak thought-provoke. Last-last kena backfire. Berhenti buat-buat alim semata-mata nak justify nafsu dengan ayat-ayat agama. Konon semua perempuan yang tak sokong poligami tu ahli neraka. Realitinya sekarang, ramai lelaki guna poligami untuk larikan diri dari tanggungjawab rumah tangga.

Yang benaunya kau dah bosan dengan isteri yang rupa parasnya dah tak macam dulu, anak-anak mula membesar banyak karenah dan banyak pakai duit, tanggungjawab makin banyak. Sebab tu kau cari jalan keluar dari kesulitan ni dengan mudah. Maka buatlah alasan macam-macam. Padahal bukan kau nak jaga sangat bini kedua tu pun. Sekadar berangan nak merasa muda balik. Nak lari dari beban. Isteri pertama jadi mangsa. Tak semena-mena isteri tu yang disalahkan sebab dah tak cantiklah, tak pandai layanlah, tak pandai jaga suamilah.

Hakikatnya, kau yang tak matang. Failed to be loyal. Failed to be realistic. Failed to respect your wife yang susah senang sama-sama. Bila isteri bersuara, terus tuduh isteri tak solehah. Konon perempuan akhir zaman. Eh bengap! Cukup-cukuplah jadi hipokrit. Kalau betul ikhlas ikut hukum, ikutlah juga syarat-syaratnya. Jangan sembang kari pasal syurga kalau tanggungjawab atas dunia pun tak selesai. Jangan berangan ikut sunah kalau diri sendiri jauh dari akhlak Nabi.

Nabi tak pernah jadikan perasaan mana-mana isteri as collateral damage untuk kepuasan peribadi. Nabi tak cari isteri baru sebab bosan, atau sebab teringin rasa muda, atau sebab nak lari dari tanggungjawab. Semua isteri Nabi dijaga maruah dan emosinya. Kau? Baru diuji dengan isteri letih jaga anak, rumah bersepah, penat nak masak, badan tak macam anak dara - terus kau declare dia gagal jadi isteri. Kau sendiri pernah muhasabah if kau cukup jadi suami? Pernah?

Inilah masalahnya bila lelaki guna agama untuk protect nafsu, bukan sebab rasa tanggungjawab. Poligami BUKAN lesen untuk kau buat sebebasnya. Poligami adalah amanah yang sangat berat yang Tuhan akan tanya satu-satu kat akhirat nanti. Kalau solat pun jarang-jarang, nafkah tunggang-langgang, sabar pun tak reti, kau rasa layak ke nak bimbing dua isteri ke syurga? Jangan sembang syurga kalau diri sendiri belum lulus neraka dunia.

So, sebelum kau petik dalil untuk sedapkan hati sendiri, tengok cermin dulu. Tanya aku ni suami bertanggungjawab ke, atau lelaki pengecut yang guna agama untuk lari dari susah?

Sebelum tuduh perempuan lebih rela tengok suami berzina dari berpoligami, check dulu cara kau jalankan peranan sebagai suami, sebagai lelaki, dan sebagai pemimpin. Sebab ramai lelaki sekarang bukan tak mampu kawin dua. Tapi tak layak kawin satu pun.

Dah faham sekarang kenapa perempuan marah? Sebab yang kau anggap sunah tu, sebenarnya jadi punca kezaliman. Bukan pada hukum. Tapi pada cara perlaksanaan. Again, perempuan bukan benci poligami. Perempuan benci bila agama dijadikan alat untuk membenarkan nafsu. Itu bezanya.


2025-06-20

Terbukti pengaruh Johnny lebih banyak!

Ok, tibalah masa untuk menganjing. Lama aku peram hasrat ni menjak sebelum raya haji hari lagi. 

Ini kisah cerita cina. Yang tak berminat, boleh skip. Yang berminat nak tahu kajian kes, boleh stay. Bak kata sorang kawan dia IG "Kalau kalau bercerita pasal Huang Jingyu, macam buat PhD". Kahkahkah.

Hari tu kat Weibo, TikTok, dan Xiaohongsu orang dok mengeshare data dati Yunhe. Yunhe is satu badan statistik di China. Data-datanya semua valid. So atas ni Yunhe release data "POPULAR COUPLE" dalam setiap drama sejak 5 tahun lepas. Bermakna, sejak tahun 2020.

Dari data tu drama lakonan Johnny di tempat ke-2 dan ke-3. Bukan dapat nombor 1 pun tapi meledak kat Weibo. Kecoh nak mampus orang membincangkan data ni. Dia punya kecoh satu macam hangat!

Netizen membincangkan kenapa dua drama Johnny boleh di nombor 2 & 3 dalam senarai “couple paling popular dengan lebih 30 juta hits” walaupun dia bukan traffic actor? Kat mana logiknya? Siapa yang vote??

Bila list ni keluar, ramai netizen pelik. Macam mana Johnny yang tak tergolong dalam kategori pelakon ‘traffic’ macam Yang Yang, Dilreba, Zhao Lusi, Xiao Zhan, boleh tersenarai bukan satu kali, tapi dua kali dalam top 3? Kalau ikut logik ‘star power’, sepatutnya tempat teratas ni should be dominated by pelakon yang ada fanbase besar dan aktif. Tapi Johnny bukan traffic actor.

Sebelum aku tulis panjang, kena faham dulu istilah ni.

“Traffic actor” merujuk kepada pelakon yang:
- ada followers media sosial berjuta-juta.
- apa je dorang buat jadi trending (even selfie pun trending).
- dorang ni biasanya jadi sebutan harian kat Weibo, Douyin, Xiaohongsu.
- dorang ada backup management/agensi yang besar yang ada good connection dengan press.
- agensi dorang beli Hot Search supaya cerita artis-artis dorang kekal trending.

Contoh klasik traffic actor adalah Yang Yang, Zhao Lusi, Xiao Zhan, Dilreba.

Ada juga actor yang tak traffic, tapi mereka ada loyal fans dan pengaruh diam-diam. Johnny is among them. Johnny ni jangankan kata nak beli Hot Search, fee Weibo pun dia tak bayar. Dia hanya ahli biasa macam aku, bukan VIP akaun pun. Kahkahkah. Relax je dia tak kuasa nak beli pass VIP. Sebab dia bukan rajin update post pun. 

Dan Johnny bergerak dengan company sendiri yang buat hal sendiri. Sebab tu story dia jarang press nak tulis sebab agensi dia tak kuasa nak membodek press.

Sebab itu jugalah Johnny selalu dapat skrip yang power, bukan balik-balik genre romance tak sudah-sudah. Sebab Johnny adalah CEO agencynya sendiri. Dia boleh pilih skrip yang dia mahu. Dan Johnny pentingkan GROWTH, bukan populariti. That's why drama and filem dia selalu berbeza genre.

Macam kebanyakan artis lain, dorang berada di bawah agensi. Maka dorang takde hak memilih skrip. Agensi yang pilihkan. Bila agensi pilih, agensi hanya nak buat duit. Agensi pedulik apa pelakon tu ada growth ke tak, janji dapat trending. Selalunya drama-drama cinta akan lebih trending. Sebab tu korang boleh tengok drama genre cinta balik-balik muka yang sama je berlakon.

Ok settle bab penerangan apa itu traffic actor. Now nak tulis pasal tempat ke-2 and ke-3 tadi.

Yang kelakaunya masa data Yunhe ni dikongsi, fans Dilreba macam tak tahu nak meriak ke tak. Dorang macam nak celebrate tapi at the same time telan air liur sendiri. Mungkin dorang celebrate dengan air liur. Mbhahahaha.

Gini. Tempat pertama is drama You Are My Glory lakonan Yang Yang and Dilreba. Ok fine. Drama ni not bad, jalan cerita bagus (walaupun Yang Yang very the kayu). Dorang berdua dapat couple paling hot dalam tempoh 5 tahun takde siapa boleh beat. Ok fine. Yang Yang and Dilreba masing-masing traffic actor, maka logiklah kalau menang, kan.

However yang air liur dorang tersengkang kat tekak tu adalah bila dorang tengok tempat kedua. Tempat kedua adalah drama Love Designer lakonan Johnny and Dilreba. Masalahnya, siapa yang vote ni? 

Bukan ke fans Dilreba menyampah dengan Johnny? Mustahil dorang vote.

Bukan ke dorang boikot drama ni sebab dorang kata Johnny tak cukup sepadan tak cukup handsome nak digandingkan dengan Dilreba? Mustahil dorang vote.

Bukan ke dulu semua poster drama ni dorang ubah tak nak nampak bergandingan dengan Dilreba?

Poster asal nama Johnny keluar dulu, tapi fans Dilreba edit bagi nama Dilreba keluar dulu. 

Poster asal gambar Johnny paling besar, fans Dilreba edit besarkan gambar Dilreba as if Dilreba watak utama.

So the question now, bila Johnny and Dilreba duduk di tempat kedua, SIAPAKAH YANG VOTE? Kalau ikut logik, antara Dilreba dengan Johnny, Dilreba yang terpalingggggg traffic actor. Fan base besar. Johnny takde semua tu.

Jawapannya adalah (drum rollllll)....terbukti pengaruh Johnny lebih banyak!

Look. Dilreba dengan Yang Yang bergabung berdua, dapat tempat pertama. Logik. Sebab dua-dua traffic actor. Johnny on the other hand, walau tanpa sokongan dari fans Dilreba, masih duduk tempat kedua. So siapa lagi influence sekarang ni? 

Tu pasal masa kecoh-kecoh hari tu, seketul fans Dilreba tak berkutik kat Weibo. Kalau tak, dorang terpaling kecoh macam pantat ayam. Keluar data Yunhe, masing-masing terus jadi bisu. Hanya random netizen yang banyak membincangkan hal ni.

Nah! Baru kau tahu influence Johnny besar tak besar, ya. Dia senyap-senyap je buat kerja tak kacau orang, tak kecoh kat media sosial, akaun pun jarang update. Biar data Yunhe berbicara kekdahnya. Tu pasal dalam 2 minggu ni, Hot Search Weibo dari 220 topik, 200 topik pasal Johnny. Orang dah start bercakap yang positif-positif pasal dia. Setakat ni nampak semua positif kat Hot Search. Walaupun ada some post percubaan nak membenamkan Johnny, aku antara yang laju-laju benamkan orang tu balik.

Kebanyakan traffic actor selalunya memainkan personaliti sendiri untuk tarik peminat. Kerap muncul kat variety show, berlakon watak yang comel-comel, atau sengaja create buzz kat media sosial. Agensi dorang selalunya akan create fake relationship supaya drama laku. Tapi Johnny tak pernah nak layan fake relationship. Drama tu habis, habislah. Takde de dia nak promote konon-konon couple ke apa ke. Tu pasal masa orang gossipkan dia dengan Dilreba bercinta, satu hapah video atau gambar tak pernah ter-leak. Sebab tak wujud pun relationship tu.

Walaupun Johnny jarang buat excessive promotion, dan tak banyak muncul dalam program TV, peliknya… orang tetap ingat dia. Why?

Sebab everytime dia muncul, dia bagi impak. Dia ni macam silent force. Tak banyak bunyi, but his work is solid and effective. Orang tak nampak dia sebagai pelakon yang try hard nak disukai, tapi lebih kepada pelakon yang serious about his career and knows what he is doing.

Ramai actor tenggelam bila pair dengan heroin yang sangat popular. Tapi Johnny tak. Dalam drama Love Designer, Dilreba is a big star. Tapi chemistry antara dia dan Johnny balance. Tak nampak Johnny macam aksesori kepada heroin. 

Dalam My Dear Guardian, Li Qin pun bukan calang-calang. But they both have a complementary relationship. Tak saling overshadow. Itu yang buat penonton suka.

Johnny ada karakter yang always matches dengan taste female audience. Dia nampak macam cool, tapi bila jatuh cinta (dalam drama) dia serius and setia. Dia punya karakter selalunya tak banyak cakap, tapi bila cakap, meaningful. Perempuan suka style macam ni. 

Watak-watak dia pun tak over-romantik. Dia tak terlalu try hard untuk nampak sweet. Maybe ini antara faktor besar kenapa dua-dua drama Johnny di tempat ke-2 and ke-3. Lakonannya kekal dalam ingatan sebab female viewers feel 'represented' and 'treated' properly in the story.

Dari segi fanbase, memang betul Johnny tak ada fandom sebesar Xiao Zhan atau Yang Yang. Tapi fans Johnny sangat LOYAL dan KONSISTEN support kerja-kerja dia. Dorang bukan jenis buat bising hari-hari kat media sosial. Tapi dorang repeat drama, share klip, tulis review, dan engage dengan content secara organik. Tak perlu beli Hot Search.

Orang selalu lupa bukan semua populariti datang dari traffic semata-mata. Kadang-kadang benda yang senyap, tapi konsisten, lebih tahan lama. Bila fanbase yang kecik tapi loyal ni bergabung dengan peminat drama (yang mungkin tak minat Johnny pun asalnya), populariti tu jadi besar tanpa disedari.

Jadi kalau ikut logik formula:

Traffic actor = populariti drama = banyak carian Hot Search

…maka, sepatutnya tempat pertama sampai kelima di-dominated by super-popular actors macam Yang Yang, Zhao Lusi, Bai Jingting, Xiao Zhan ataupun Dilreba. Tapi bila Johnny (yang bukan traffic actor) ada dua drama sekaligus dalam top 3, itu maksudnya lakonan dia lebih kuat dari sekadar hype. 

Kalau dia boleh kalahkan pelakon yang trending everyday dengan DUA DRAMA LAMA, that means the real power comes from the quality of acting and storytelling, not from fan war or hashtags. Dan ini sangat jarang berlaku sebenarnya sebab nak lawan pelakon traffic perlukan pengaruh yang solid. Johnny ada benda tu.

So kesimpulannya, kalau traffic actor masuk top 3, itu biasa. Tapi bila seorang pelakon bukan traffic masuk DUA KALI dalam top 3, itu bukan kebetulan. That's real influence.

Selamat malam semua. Tido dengan senyuman sebab dapat menganjing.