2025-06-28

GreenAard: Kenapa Makan GC Plus Tak Buat Saya Berak-Berak Macam Produk Slimming Lain?

Salah satu soalan yang paling popular kami terima tentang GC Plus ialah seperti di bawah:

Kalau korang pun tertanya-tanya hal yang sama, baca tulisan aku ni sampai habis.

Ramai orang fikir, kalau produk tu bagus, mesti buat kita “flush” habis-habisan. Contohnya, asyik ke tandas berak-berak. Perut memulas. Najis cair kekuningan tanda lemak keluar dari badan. Sebenarnya…banyak produk kurus pakai julap (laxative) sebagai trick cepat kurus. Julap memang buatkan kita rasa ringan dan nampak MACAM turun berat, tapi itu bukan lemak yang hilang. Itu cuma air dan sisa dalam usus yang keluar secara paksa. Dan bila hilang banyak air, memang akan nampak susut. Tapi bukan lemak. Cuma air.

Sebab tu aku suka bila orang bagi soalan macam tadi.

"Kenapa dulu makan GC Plus kerap buang air besar, now tak?"

Itu sebenarnya bukti bahawa GC Plus TIDAK ADA julap atau bahan laxative. Kalau GC Plus ada julap, nescaya everytime ambil GC Plus pasti akan berak-berak.

In other words, kalau korang ambil GC Plus dan tak rasa sakit perut atau tak berak-berak, itu adalah NORMAL. Itu tanda GC Plus bekerja ikut cara yang sepatutnya, bukan cara paksaan.

"Tapi kenapa dulu makan GC Plus rasa nak membuang, sekarang tak?"

Jawapannya ada kaitan dengan makanan harian korang. Kesan nak membuang lepas makan GC Plus bukan kesan wajib. Ia hanya berlaku kalau korang ambil makanan tinggi karbohidrat atau banyak makan karbohidrat, atau ambil makanan high sugar.

Sebab apa?

Sebab bila makan karbohidrat, badan akan serap glukosa. GC Plus ada HCA jadi glukosa tak dapat disimpan sebagai lemak. Badan akan buang lebihan tu glukosa melalui najis. Tapi kalau anda makan low-carb, atau makan sihat, naturally takde lebihan glucose untuk dibuang. Jadi badan tak terasa nak flush sangat. That's a good sign actually. Maknanya badan dah makin cekap proses makanan. Tak perlu berak-berak lagi.

Masa mula-mula ambil GC Plus, ramai yang still dalam fasa pemakanan tak terkawal. Makan banyak karbo, makanan manis and maybe juga tak jaga portion. Jadi bila ambil GC Plus, badan terkejut sebab tiba-tiba glukosa berlebihan tak boleh disimpan dan dibuang melalui najis. Itu yang ramai rasa nak ke tandas lepas makan GC Plus. 

Tapi bila dah konsisten makan GC Plus and eating habits are getting better, badan pun takde lebihan glukosa yang perlu dibuang. Jadi kesan nak membuang tu pun makin berkurang. Badan dah pandai adapt. GC Plus helps the body "retrain" the metabolic system supaya tak simpan lemak sesuka hati, dan tak buang nutrien yang perlu.

Maybe ada yang nak tanya macamana GC Plus boleh bagi weight loss kalau tak membuang-buang?

Jawapannya ada pada bahan aktif utama dalam GC Plus, iaitu HCA (Hydroxycitric Acid). HCA block enzim pembentukan lemak. Nama enzim ni ATP-citrate lyase. Enzim ni tukar lebihan karbohidrat menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Bila HCA block enzim ni, karbohidrat yang kita makan tak dapat ditukar jadi lemak, jadi lebihan glukosa tu terpaksa dibuang keluar dari badan, biasanya melalui najis. Itu sebabnya ramai yang rasa nak membuang lepas ambil GC Plus, especially kalau makan makanan tinggi karbo.

Tapi bila kita mula kawal makan, kurangkan karbo, kurangkan gula, maka tak banyak glukosa berlebihan dalam badan. Jadi badan tak perlu buang apa-apa sangat. Itulah sebabnya, makin lama guna GC Plus, makin kurang rasa nak ke tandas. Bukan sebab GC Plus tak berfungsi, tapi sebab badan dah tak overload macam dulu. Dan satu lagi bonus adalah, HCA bantu kawal selera makan secara semula jadi. Bila badan tak banyak glukosa, insulin lebih stabil, dan kita pun kurang rasa craving. Kalau top up dengan Maaltyd, akan lebih cepat weight loss sebab Maaltyd helps untuk memanjangkan rasa kenyang.

Satu benda yang aku nak ingatkan, GC Plus BUKAN FAT BURNER. Cara dia bertindak bukan as pembakar lemak. Kalau fat burner, lepas makan fat burner, korang MESTI work out. GC Plus tak. Mekanisme dia berbeza. Ada kesan lain yang maybe korang tak sedar. Bila makan GC Plus, perut rasa kurang kembung (bloating), craving berkurang (sebab insulin lebih stabil) dan berat turun konsisten (walaupun perlahan).

INGAT! Ukur lilitan pinggang, bukan timbang berat badan. Ramai orang fokus pada nombor pada penimbang, sampai lupa perubahan sebenar berlaku kat UKURAN BADAN, bukan semata-mata berat.

GC Plus bukan magic. Tapi dia bantu stabilkan sistem dalam badan. Bila insulin lebih stabil, hormon ghrelin (yang buat kita rasa lapar) pun lebih terkawal. Hasilnya, kurang craving, kurang snacking, dan korang boleh lebih konsisten jaga portion makan.

Perut rasa ringan dan kurang buncit. Ini bukan sekadar "rasa", tapi sebab GC Plus helps control glucose storage dan kurangkan penukaran karbo kepada lemak viseral (lemak kat perut). Dan bila korang terus konsisten ambil GC Plus, pengurangan lemak will be more noticeable kat bahagian pinggang dan perut. That's why UKUR LILITAN PINGGANG.

GC Plus bukan produk express. Ini bukan produk 2 hari dah boleh kurus. Ini produk stabilkan hormon lapar (ghrelin dan leptin) so that badan boleh control nutrition naturally. Ini jauh lebih sustainable dari “berak banyak boleh cepat kurus”.

However, kalau kau tala fast food hari-hari, minum air manis setiap kali haus dan duduk je tak bergerak langsung… maka tak kiralah makan apa pun, memang susah nak nampak perubahan. GC Plus ni alat bantu, bukan tongkat sakti. Dia bantu badan belajar semula cara kawal diri. Bila hormon lapar (ghrelin) dan hormon kenyang (leptin) balance, kau akan perasan satu benda iaitu makan sikit pun dah cukup. Craving pun berkurang. Ini proses yang perlahan tapi jangka panjang. Kau tak gemuk dalam 2 hari, ya. Jadi, jangan expect nak kurus dalam 2 hari.

Again aku nak tekankan kat sini GC Plus BUKAN JULAP. Kita tak nak bagi pengguna kurus sebab cirit-birit. Kita nak pengguna lose weight sebab metabolisme dan hormon badan dah mula bekerja dengan betul.

Tagline GC Plus = badan ringan tanpa drama tandas 😁.