Pelik parents sekarang. Letak gambar murid cemerlang - nanti ganggu emosi yg lain.
Gambar tak siap kerja - pun emosi terganggu.
Jadi soalannya sekarang, emosi siapakah yang paling terganggu? MBAHAHHAHHAHAHAHA.
Jawapannya mudah je.
Emosi MAK BAPAK yang terlalu fragile. Kadang-kadang anak tu elok je… yang overreact ni, emaknya. Selalunya mak lah.
Inilah dilema pendidikan zaman sekarang. Nak anak berjaya, tapi mak bapak tak bagi space untuk cikgu mendidik. Nak anak cemerlang, tapi nak cikgu berlembut selalu. Bila cikgu tegas, dikatanya kasar. Bila cikgu lemah lembut, dikatanya cikgu tak tegas. Kau nak apa sebenarnya?
Zaman 80-90an dulu, cikgu rotan tu benda biasa.
Siapa tak buat kerja sekolah? Siap!
Siapa tak hafal sifir? Siap!
Tapi kita tak report cikgu. Student dulu takut dengan cikgu dan takut mak bapak. Kalau report, balik rumah dapat satu lagi special edition dari mak bapak. Aku lagi rela kena rotan dek cikgu dari Mak Aji punya version. Kalau dia libas hanger tu, terus 2 calit dapat.
Tapi walau kena denda, kena rotan dek cikgu, kita (students) tak trauma. Kita tak benci cikgu. Sebab kita tahu memang dah buat salah. Budak-budak now tak tahu yang dorang dah buat salah. Sebab kat rumah parents membelai.
Redza pernah kena tokak rambutnya masa kat Langkawi dulu sebab panjang. Dia tak berani bagitahu. Cikgu homeroom yang bagitahu. Sebab kalau dia mengadu, aku tambah lagi. Siapa suruh kau pi outing tak gi potong rambut, kan? Nasiblah kalau kena tokak dek warden. Pandai pulak gi kelas pakai songkok nak cover kepala 😆.
That’s ok! Aku kalau salah tu berlaku di dalam sekolah, tak kuasa aku nak masuk campur. Silakanlah cikgu. Jangan rotan sampai cacat dah. Memang buat salah, kan.
Aku dulu pun pernah je kena denda. Diri atas kerusi. Diri atas meja. Junjung kerusi. Dah memang buat salah, apa yang nak defensive sangat? Cikgu yang mendenda tu pun aku still ingat sebab itulah cikgu yang betul-betul ajar erti tanggungjawab.
Sekarang? Cikgu letak gambar murid tak siapkan kerja pun salah, gaissss. Tertanya-tanya juga apa sebenarnya mesej yang parents cuba sampaikan?
“Kalau anak saya salah, jangan tegur depan orang lain sebab nanti dia malu.”
“Kalau anak saya gagal, jangan compare dengan orang lain sebab nanti dia down.”
“Kalau anak saya buat salah, jangan hukum… nanti emosi terganggu.”
Gitu ke?
Emosi siapa yang terganggu sebenarnya? Anak ke… ego mak bapak?
Padahal cikgu letak dalam grup whatsapp kelas je pun. Bukannya upload kat TikTok. Grup kelas memang khas untuk parents dan guru. Tujuannya untuk memudahkan komunikasi. Bila cikgu letak gambar anak-anak yang tak siap kerja, bukan untuk mengaibkan. Tapi untuk memaklumkan.
Kadang cikgu pun penat dah cakap dalam kelas. Jadi dia guna platform yang ada supaya parents ambil tahu. Supaya ada campur tangan dari rumah. Tapi tu lah, yang dapat bukannya rasa tanggungjawab, tapi report ke SiSPAA. Huh??
Hello? SiSPAA tu untuk aduan penyalahgunaan kuasa, bukan untuk aduan cikgu letak gambar budak tak siapkan kerja!
Yang tak buat kerja, anak. Yang kena marah, cikgu. Kelakar eh?
Realiti sekarang menyedihkan. Cikgu dah jadi punching bag. Anak malas, salah cikgu tak pandai motivate. Anak tak siap kerja sekolah, salah cikgu tak cukup garang. Anak kena marah, salah cikgu tak tahu jaga emosi budak. Anak jatuh tangga, salah cikgu tak pegang tangan.
Sampai satu tahap, cikgu dah tak berani nak tegur. Nak marah pun serba salah. Nak post dalam grup pun takut mak ayah triggered. Akhirnya cikgu buat tak reti. Akhirnya, anak kau lah rugi. Bila anak orang lain dapat special treatment kau kata cikgu pilih kasih. Memanglah! Cikgu of cos nak bekerjasama dengan student dan parents yang senang dibawak berbincang. Nak pilih anak kau buat apa? Buat semak otak nak melayan parents yang banyak cengkadak.
Sometimes parents nak protect sangat emosi anak, sampai lupa emosi cikgu. Cikgu bukan robot. Cikgu ada perasaan. Cikgu pun ada tekanan. Gaji tak setimpal dengan expectation. Buat kerja luar scope. Kena jaga anak orang. Tanggungjawab tak pernah habis. Tapi tetap kena senyum, sabar, dan jaga emosi anak orang. Sedangkan emosi dia sendiri siapa yang jaga?
Bila cikgu letak gambar anak tak siap kerja, itu bukan menghina. Itu menuntut perhatian parents. Itu menuntut kerjasama parents. Tapi bila parents tak boleh beza antara MEMALUKAN dan MENDIDIK, maka matilah sistem sokongan yang sepatutnya wujud antara cikgu dan parents.
Bila anak tak boleh ditegur, maka parents sedang membesarkan generasi KACA. Iaitu generasi yang cepat retak. Tak tahan kena uji. Tak boleh dengar suara tinggi. Dah buat salah pun masih nak disuap. Bila failed, salahkan orang, salahkan dunia.
Look. Ini bukan salah anak. Ini salah PARENTS yang terlalu nak jaga hati sampai hilang boundaries. Kita tak latih anak hadapi tekanan. Kita tak didik anak untuk ambil bertanggungjawab atas kesilapan yang dia buat sendiri. Kita tak ajar anak untuk malu bila tak buat kerja sekolah. Kita ni akulah termasuknya. Reminder untuk aku juga ni.
Anak-anak hari ini ramai yang bijak akademik. Result power-power. Zaman aku dulu straight A sangat rare. Zaman now straight A saja 14,000 orang. Itu straight A, belum yang 8A1B, 7A2B. Tu semua masih pandai-pandai. Anak-anak now pandai-pandai, tapi rapuh emosi. Sebab parents terlalu protective. Kita jadi ‘enabler’.
Tak siap kerja sekolah nampak kecil tapi ada simboliknya. Bila anak tak siapkan kerja sekolah, itu refleksi sikap. Disiplin. Kebertanggungjawaban. Kalau dari kecik parents tak tegas hal macam ni, esok besar anak tak rasa bersalah bila kerja ofis bertangguh. Bila kerja tak siap, dia rasa biasa-biasa je. Bila kena marah bos, dia kata bos yang toxic. Bila task tak meet expectation bos, dia salahkan orang lain.
Yang pernah jadi bos, atau manager mesti pernah ada employee/staff yang kerja tak siap tak rasa apa. Sebab? Sebab benda boleh sambung esok katanya. Buat apa nak siapkan sekarang. Yang kita ni tertunggu-tunggu dia submit task. Rupanya dia tak siapkan. Senyapkan diri pulak tu. Inilah hasil dari keterbiasaan tak siapkan kerja sekolah and assignment pada waktu yang ditetapkan. Kalau dulu parents salahkan cikgu. Now silap-silap mak bapak datang opis marah bos pulak.
Aku pernah ada pengalaman sorang calon, dia dah settle interview and we are considering her untuk diterima bekerja. Mak dia datang ofis mintak izin nak “tengok-tengok” keadaan ofis samada semenggah ke tak untuk anak dia bekerja. Kau rasa?? Terus aku reject budak ni walaupun dia antara calon yang ok. Sorry, jenis ni esok kalau cuti dia tak approve silap-silap mak dia call aku. Ah tak payah. Ini adalah contoh mak yang sentiasa jadi jurucakap anak.
Anak malu bila gambar kena post? GOOD. Itu namanya dia masih ada rasa segan. Rasa malu tu perlu. Rasa malu tu yang membentuk akhlak. Bila anak malu, dia akan usaha untuk tak ulang silap yang sama. Kalau tak ada rasa malu, dia akan rasa oh takpe… esok boleh ulang lagi. Tak ada rasa bersalah. Itu lagi bahaya.
Apa parents perlu buat adalah BUKAN report cikgu, tapi borak dengan anak. Tanya kenapa tak buat. Ajar dia rasa bertanggungjawab. Ajar dia minta maaf pada cikgu. Bantu cikgu, bukan jatuhkan cikgu.
Parents sebenarnya nak anak jadi apa?
Nak anak berjaya, tapi tak boleh kena marah? Nak anak kuat, tapi tak boleh ditegur? Nak anak ada integriti, tapi tak boleh dinilai?
Pendidikan bukan sekadar A dalam exam. Tapi A dalam attitude, A dalam accountability, A dalam adaptasi dengan dunia sebenar. Realiti dunia bukan semuanya lembut dan selesa. Dalam dunia sebenar nanti bos takkan tanya “Awak ok tak kalau saya tegur?”
Customer takkan peduli “Awak stress ke hari ni?”
Colleague takkan pujuk bila kau tak dapat buat kerja. Dorang akan tengking. Akan marah. Akan report bos. Report HR. Kalau anak tak dilatih dari kecil untuk tahan cabaran, esok dia akan sentiasa cari orang untuk dipersalahkan.
Cikgu adalah co-parent yang bantu parents bentuk peribadi anak. Kalau kita asyik sabotaj cikgu, esok anak hilang respect. Bila cikgu tegur, dia tak kisah. Sebab tahu, mak ayah akan back-up. Jadi bila anak rosak, jangan pelik.
Apa salahnya dengan cikgu letak gambar? Itu bukan aib. Itu kenyataan. Kalau anak tak buat kerja, memang itu faktanya. Kita nak tutup fakta semata-mata nak jaga ego sendiri?
So my conclusion, emosi anak TAK TERGANGGU lansung bila cikgu up gambar muka-muka tak siapkan kerja sekolah di whatsapp. Sebab dorang tahu dorang memang tak buat. Kau rasa budak yang tak buat kerja sekolah ni malu ke bila cikgu up gambar? Entah dah berapa kali dia tak buat agaknya baru ni time cikgu nak share gambar. Cikgu dah geram sangat. Anak ke yang terganggu? Tak. Mak bapak yang malu sebab realiti tentang anak dibuka depan orang.
Kalau ikhlas nak anak berubah, sepatutnya berganding bahu dengan cikgu. Bukan report kat SiSPAA.

Kalau rasa tulisan ni kena batang hidung, bagus. Itu maknanya kita masih ada kesedaran. Kalau rasa nak marah, tanya balik, kenapa marah? Sebab kau rasa betul… atau sebab kau rasa terkena?
Peace ✌️
Peace ✌️