Aku rasa ramai yang pernah jumpa atau sedang berdepan dengan situasi staf yang kerap MC. Dia macam sebulan sekali wajib MC. Tak pernah miss. Dah macam rutin. Selalunya pekerja macam ni wujud dalam company yang takde HR. Company yang ada HR jarang pekerjanya sakit. Semuanya sihat-sihat. Pekerja yang kerap MC ni kau kena suruh dia kerja dengan company yang ada HR. Confirm dia sihat setahun.
Kadang-kadang tarikh MC pun tak lari jauh. Tak awal bulan, mesti hujung bulan. Mula-mula kita ingat dia betul tak sihat. Tapi bila jadi pattern, of course kita start to question kau ni memang prone to sakit ke? Ke ada benda lain yang lebih dari sekadar demam, batuk and selsema? Sebab balik-balik orang yang sama je kerap MC. Pekerja lain tak pulak.
Aku takde cara handle staff yang rajin MC. Aku tunggu hujung tahun time menilai performance bonus je. Selalunya orang macam ni, masa bonus dia rendah, dengan sendirinya dia akan resign. Masa tu lah dia rasa bos toksik. Dia tak rasa tabiat suka MC tu tiap bulan tu toksik. Sebab dia rasa MC tu adalah hak dia.
Ya betul, MC tu memang hak pekerja. Tak siapa pun nafikan. Tapi bila hak tu disalahguna, it becomes an issue of trust. Kau ambil MC sebab kau tak rasa nak datang kerja (malas), bukan betul-betul tak sihat, itu bukan lagi hak. Itu manipulasi. Bila dah sampai tahap manipulasi, trust antara majikan dan pekerja boleh hilang.
Sebagai majikan, kita bukan takde empati. Bila staf betul-betul tak sihat, kita ok je kalau dia nak MC. Tapi bila kerap sangat, sampai jadi pattern yang predictable, contohnya setiap kali lepas cuti, lepas balik kampung, lepas gaji masuk, atau hari Isnin minggu pertama kau MC. Then yes, we start to doubt.
Yang lebih merisaukan, this MC culture can be contagious. Bila sorang start buat, dan takde tindakan atau teguran, yang lain confirm ikut. Eventually, the whole team becomes weak, and overall output declines. Bila kita tengok balik, puncanya bukan pada workload, tapi pada disiplin.
Bayangkan kau ada satu team 5 orang. Sorang MC sebulan sekali. Itu bermakna sebulan ada at least satu hari productivity team disrupted. Kalau 2 orang yang buat, lagi teruk. Nak cover kerja dorang, orang lain terbeban. Ujung-ujung, yang rajin pun burn out.
Macam aku cakap tadi, aku biar je. Sebab as majikan aku boleh nampak pattern ni. Aku boleh tahu siapa yang betul-betul sakit, dan siapa yang trend suka ambil MC setiap bulan. Aku dah tengok macam-macam ragam manusia selama 17 tahun jadi majikan ni. Toksah la kencing aku. Macam aku cakap tadi. Bila masuk hujung tahun, time performance review, semua benda aku kira balik. Frequent MCs, unannounced time off, poor work attitude. Semua aku masukkan dalam penilaian. Usually, pekerja yang rasa MC tu hak mutlak, dialah yang paling triggered bila bonus ciput.
"Padahal saya datang kerja macam biasa”
Yes, macam biasa. Tapi biasa tu termasuklah kau punya sebulan sekali MC yang biasa. Biasa tu termasuklah balik sharp tapi target tak hit. Biasa tu termasuklah buat kerja cukup-cukup makan. Biasa tu termasuklah kerja tak siap tapi balik on time. Biasa tu termasuklah attitude kau. Tapi orang macam ni dia tak nampak semua tu. Sebab dalam kepala dia, dia rasa dia pekerja yang cukup baik. Dia tak tahu sebenarnya dia pekerja biasa-biasa je. Dan company tak perlukan yang ‘biasa-biasa’.
Samalah pattern dengan zaman aku kerja sales dulu. Bos bagi sales target RM80K sebulan. Dia hit cukup-cukup je. Dengan alasan, sebab dah hit. Jadi boleh relax. Bulan depan pulun balik. Kalau kebetulan bulan tu customer nak beli, dia hantar Delivery Order dulu pastu minta customer issue Purchase Order bulan depan. Sebab dia nak masukkan sales tu ke bulan depan pula. Ujung tahun bila aku dapat bonus tinggi, dia kata CEO gatal sebab aku pi opis pakai baju seksi.
Dia argue dengan bos kenapa dia sentiasa hit target tapi performance bonus rendah.
Hello? Target yang bos bagi tu MINIMUM. Kalau kau hit, maknanya kau sekadar penuhi syarat. Itu namanya performnace BIASA-BIASA.

Kalau kau nak bonus luar biasa, kena tunjuk performance luar biasa. Bukan sekadar cukup syarat. Bukan dengan strategi buat cukup-cukup makan sebab nak selamatkan sales target bulan seterusnya. Bonus tu bukan hak mutlak. Itu ganjaran untuk usaha lebih. Bukan untuk siapa yang pandai adjust tarikh P.O. semata-mata nak nampak cantik seolah-olah kau pekerja cemerlang yang sentiasa hit target.
Masalahnya, orang macam ni suka banding angka, tapi tak pernah banding usaha. Dia tak nampak orang lain datang awal, stay back lewat, kerja masa orang lain cuti. Dia tak nampak aku turun jumpa customer, buat pitching, buat demo, handle customer yang dia sendiri tak sanggup layan. Tapi bila aku dapat bonus lebih, dia fitnah konon aku pakai sexy nak bodek bos. Dah tu apsal kau tak pakai sexy? Trylah pakai sexy pulak tengok boleh pegi ke tak. Banyaklah pulak bunyinya.
Mentaliti victim macam itulah yang rosakkan working culture. Bila orang lain usaha lebih, dia rasa terancam. Bukannya rasa tercabar, tapi sibuk nak cari salah. Nak justify kenapa dia tak dapat lebih.

Rezeki datang ikut usaha, bukan ikut persepsi. Bila kau terlalu fokus nak nampak perform, bukan betul-betul perform, lama-lama bos pun nampak. Sebab data boleh menipu, tapi attitude tak. Ingat bos tak perati ke? Ada sebab dia duduk di kerusi bos tu. Dia tahu nak observe perangai sorang-sorang.
Aku tak pernah jealous kalau orang dapat lebih. Ini bukan puji diri sendiri tapi kawan aku pernah cakap "Diana has no bad bones". Aku setuju dengan dia. Aku memang tak reti nak jealous dengan orang. Lagi orang tu bagus, lagi aku suka jadikan kawan.

Tapi aku akan bengang bila orang dapat kurang sebab tak usaha, tapi salahkan orang lain yang dapat lebih sebab buat lebih. And worst part, bila yang salah tu perempuan, automatik kena attack sebab rupa, pakaian, atau personaliti. Kenapa tak boleh terima yang semua orang boleh perform tanpa menjual diri? Kalau kerja kau setakat nak cukup syarat, jangan mengamuk bila bonus pun cukup syarat. Nak lebih? Buat lebih. Bukan bunyi lebih.
Regarding MC ni, apa-apa pun sebelum kita terus judge, aku tahu, manusia memang ada turun naik. Tak semua orang ada tahap kesihatan sama. Ada yang memang badannya senang jatuh sakit. Ada yang ada masalah kesihatan yang kita tak tahu. But when MC becomes a habit, it's no longer an exception. Itu cerminan sikap.
MC ni pendekatan yang wajar bila perlu. Kalau betul-betul tak sihat, berehatlah. Rehat bukan untuk malas. Rehat untuk pulih. Tapi bila ada pekerja yang boleh dikatakan confirmed MC tiap-tiap bulan, it affected many things. Bukan hanya produktiviti syarikat, tapi moral keseluruhan team.
Ada juga yang jenis ambil MC sebab ada urusan lain. Selalunya sebab nak balik kampung, atau nak uruskan hal peribadi. Bukan sakit. Semua tu dia tak apply cuti, dia ambil MC. When it becomes a culture like this, other staff start to follow suit. Jadi, salah siapa?
Aku tak suka salahkan terus pekerja. Tapi aku kena bezakan antara MC betul-betul sakit dengan MC sebab tak nak datang kerja. Dan untuk majikan benda ni tak boleh buat-buat tak nampak. Selalunya aku tengok rekod. Kalau balik-balik orang yang sama, orang lain tak, memang sesuatu sangatlah. Nak pulak kalau orang tu bukan pekerja cemerlang. Dah la kerja tak perform, kerap MC pulak tu. Tang mana nak husnuzonnya?

Kalau korang nak bertegas, silakan. Panggil, tanya, atau bagi warning letter. Walaupun MC tu doktor yang produce, kalau dah jadi pattern, bagi je lah warning letter.
That's why dalam company yang ada HR, pekerja jarang nak kerap-kerap sakit. Semuanya HR rekod. Sakit pun kena ikut prosedur. Tak boleh main hantar MC dalam group whatsapp je. Kena isi form, masuk sistem, kena jawab bila dipanggil HR. Bila semua benda ada rekod, pekerja pun cuak sikit nak main-main. Tapi dalam SME, startup, atau company kecil yang takde HR, majikan kena buat semua sendiri. Nak jaga sales, marketing, finance, dan kena jadi HR sekali. Bila penat-penat grow business, tiba-tiba kena deal dengan staf yang asyik MC, kau rasa?
MC tu walaupun sah dari segi undang-undang, kalau dah selalu sangat, itu tetap menggambarkan sikap. Sakit yang betul-betul sakit, kita boleh nampak dari cara dia kerja, cara dia berkomunikasi, dan cara dia jaga tanggungjawab. Tapi kalau hari biasa pun kerja sambil lewa, bila MC pun acuh tak acuh bagi info, lepas tu senyap, as majikan tak salah kalau nak naik muak.
MC is not a protector for lazy workers. Aku percaya, pekerja yang betul-betul jujur dan amanah, dia sendiri rasa bersalah kalau MC tanpa sebab kukuh. Sebab dia tahu kerja dia ada orang lain yang kena tanggung. Tapi bila orang tu jenis "lantaklah, bukan aku kisah", then itu isu integriti.
Rezeki kita bukan semata-mata dari gaji. Tapi dari sikap dalam kerja. Kalau kau suka curi tulang, ambil MC tak tentu hala, suka bagi alasan, maka jangan pelik kalau rezeki sempit. Sebab deep down, kau tahu kau tak bagi yang terbaik. Kau tahu kau kerja cukup-cukup makan tapi nak gaji macam orang yang sanggup buat lebih. You listen here. TAK ADA orang yang beria nak "work-life balance" akan lead kehidupan yang senang. Semuanya bermula dengan hustle. Ujungnya baru dia nikmati work-life balance. Yang kau umur belum 30 dah sibuk nak work-life balance.
Kalau kau perasan, orang yang paling banyak komplen pasal gaji, pasal bos, pasal workload - selalunya bukan orang yang paling rajin pun. Tapi dia rasa layak dapat lebih. Sebab dalam kepala dia, “Aku datang kerja pun dah cukup bagus”. Padahal, kau datang kerja tu bukan satu pencapaian. Itu tanggungjawab.

Orang yang betul-betul amanah dengan kerja tak sempat nak fikir benda remeh. Sebab waktu dia is filled with doing real work. Sebab tu rezeki orang macam ni melimpah. Kadang bukan dari kerja tapi dari banyak jalan lain Tuhan bukakan sebab Tuhan nampak usaha.
Tuhan bagi kerja tu satu bentuk rezeki juga. Bila kita tak jaga, tak hargai, kita sebenarnya menolak rezeki. Kita tak tahu dalam kerja yang kita malas-malas tu, mungkin ada doa mak ayah yang Tuhan nak makbulkan. Tapi sebab kita tak ikhlas, Tuhan tangguh dulu. Kau rasa rezeki kau sempit sebab bos, sebab company, sebab gaji. Tapi kau lupa tengok dalam diri samada kau betul-betul bagi effort tak?
Usaha takkan khianati hasil. Tapi kalau kerja pun malas, MC tiap-tiap bulan, kerja asal siap, bila bos tegur sentap, maka jangan tanyalah kenapa rezeki stuck. Sebab mungkin rezeki tu dah dekat, tapi perangai kau yang buat dia tak jadi masuk.