2024-07-20
Isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially).
Aku setuju dengan ustaz tadi kata tentang isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially). Sebab jalan hidup kita semua ada naik dan turun. Sangat betul. Suami perlukan sokongan semasa tengah down. Dan sokongan terbaik adalah isterinya. Setuju, aku takde bantahan.
TETAPI, isteri kena faham had-nya di mana. Suami yang sedang dalam down dalam keadaan dia terus berusaha memperbaiki keadaan, itu kita kena support. Jangan tinggalkan. Tapi, kalau jenis telo berat, mengangkang 24 jam, kerja malas, kederat berkira, mentekedarah laju - yang ni kau angkat kaki, keluar rumah. Aku tahu ada orang tak setuju dengan cara ni sebab apa-apa pun suami kena taat. Ya sungguh. Taat pada suami. At the same time nasihatkan. Tak makan nasihat kau, mintak parents nasihatkan. Tak makan nasihat parents, pegi kaunseling rumah tangga. Kalau segala usaha dah buat tapi tak jalan, kau yang kena jalan. Itu je makan dia.
Entahlah, aku tak reti nak taat bodo-bodo, dan pasrah berserah. Kepala otak aku ni perlu rangsangan positive. Kalau otak aku penuh dengan rangsangan negative, silap-silap aku terbunuh orang nanti.
Once upon a time, aku and En Wan ada krisis. Ni cerita lama sangat dah, lebih 10 tahun lepas. Ada krisis dalam keluarga yang bukan berpunca dari kitorang. Tapi tempiasnya dapat kat kitorang. Aku jadi benganglah bila dah terpalit dengan aku pulak. So aku bagi kata dua kat En Wan. Sama ada kau tegur orang yang cari pasal tu, atau aku keluar dari rumah. Dia teragak-agak nak buat. Ok fine. Depan-depan mata dia aku kemas baju, start enjin and zasss keluar. Sebelum keluar aku cakap "Jangan keluarkan apa-apa statement, sebab saya akan langgar. Jangan ingat saya takut". Aku ingat lagi En Wan senyap je, tapi dia tetap hantar aku ke kereta sambil dokong Rayyan. Maybe dia tahu aku sakit hati dengan situasi yang berlaku and dia nak biarkan aku cool down.
Aku balik Bangi. Masa tu Ibal belum kawen lagi. Ibal nampak aku balik sorang di hari minggu. Aku masuk rumah Mak Aji dengan bawak beg baju. Semua senyap. Tak berani tanya. Masa tengah minum, aku bagitau apa sebab aku keluar rumah. Aku cakap aku tak bergaduh dengan En Wan, tapi aku nak bagi pengajaran kat orang yang menjadi punca.
Kalaulah aku berada di situasi isteri yang suami pemalas kedaung, memang lagilah aku tak tunggu lama. Kesah apa aku taat tak taat. Duduk serumah kalau menyakitkan hati pun menambahkan dosa aku. Sebab beahaviour aku takkan boleh dibendung bila aku tak suka sesuatu. Sama ada aku tunjuk dengan attitude atau dengan muka. Kau takkan tahan tengok muka aku kalau aku dah menyampah. Jadi, lebih baik aku angkat kaki. Tapi aku setuju dengan ustaz tadi. Kalau suami tengah down, jangan tinggalkan. Tapi kalau suami tak boleh diharap, sometimes isteri kena ajar sikit. Selagi dia tak diajar, dia tak sedar.