2024-07-15

Konon-konon terserempak



Sabtu lepas aku post kat IGS video di atas. Sedutan drama Korea (tak pasti apa tajuknya, aku cuma share the clip sahaja).

"If you have a crush or are interested in someone, make sure you make yourself noticeable".

Bukan muncul bodoh-bodoh gitu ya, tapi kemunculan yang KONONNYA tak disengajakan. Contoh, kebetulan berselisih. Kebetulan terserempak di tangga. Kebetulan parking sebelah-menyebelah. Yang penting, kau seperti terserempak dengan dia tapi buat-buat macam kau tak notice dia ada berhampiran. Caranya gini. Kau berjalan ke arah dia. Dah nak dekat, kau pusing ke tempat lain. Tapi kalau crush kau adalah Rain, jangan pusing tempat lain tau. Itu bangang namanya. Kalau Rain, teruskan saja ke depan. Kalau boleh, biar sampai berlaga bahu. 

Siapa pernah buat effort macam ni? Hangkat tangan!

Tu pasal orang yang bercinta 5-6 tahun tiba-tiba break, dia punya pedih lain macam. Sebab EFFORT yang terbuang tu dah buatkan hati jadi broken sangat. Kau ingat nak bercinta ni tak pakai effort ke? Nak buat-buat terserempak, nak buat-buat berselisih -- ini semua perlukan effort yang bukan calang-calang, ya. Penat tau. Alih-alih putus. Mau tak bengkak hati?

Aku tahulah dia punya pedih camana sebab aku pun ada crush juga dulu. Nak menten muka macam takde perasaan masa berselisih dengan crush sedangkan jantung macam nak terkeluar, memerlukan skill ya. Tu cara-cara berselisih yang dirancang. Belum lagi berselisih yang tak dirancang. Macam kena elektrik shock, tapi muka menten cool. Ini semua perlukan skill. Takpelah kalau crush memperkotak-katikkan kau sebagai tukang sampaikan salam kat awek kelas sebelah, atau tolong hantarkan surat kat awek yang dia minat. Takpe, janji ada peluang nak jumpa crush walaupun bengkak je nengokkan perangai. Ramai-ramai pompuan dalam sekolah tu, aku yang dia jadikan posmen? Bladihel.

Tapi takpe. Aku memang skillful bab ni. Sebab dah terbiasa jadi fangirl. Minat Leslie sejak umur 12 tahun kot. Nak jadi fangirl ni kita takleh mengharapkan balasan. Kita sekadar meminati dari jauh. Perasaan yang dah diasah sejak umur 12 tahun ni sangat membantu aku buat muka kejung everytime bertentang-mata dengan crush. Sampai crush tak tahu aku crushkan dia bertahun-tahun padahal balik sekolah kadang jalan kaki sama-sama. Mantap betul skill Diana.

Penat oi nak buat diri kita noticeable depan crush. Berjaya menawan hati crush tu tak pernah ada dalam plan. Plan aku dulu cuma nak ada peluang terserempak saja. Cukup. Itupun memerlukan effort, ya. Kena study dia sampai sekolah around what time. Masuk ikut pintu mana. Dia keluar rehat pukul berapa. Hari ni dia bertugas kat mana. Dia kena jaga detention kelas hari apa. Mana nak pikir study lagi, nak pikir strategi berselisih dengan crush lagi. Mbhahahahaha.

Pastu ada orang DM. "Kak Di pernah nak cerita pasal crush akak kat En Wan?"

Pernahhhhhh. Apa pulak tak pernah. Exboifren pun aku ceritakan, takkan crush aku tak cerita. Lagilah kena cerita. Supaya dia tahu dia bukan satu-satunya yang pernah bertakhta di hati. Kahkahkah.

En Wan pun taknak kalah. Love story dia yang dulu pun dia cerita. Tapi kitorang share love history masing-masing bukan semasa bercouple. Sebelum tu lagi. Sebab dulu kitorang berkawan takde expectation. Sekadar nak buat kawan baru. Macam-macam bendalah yang dishare. Share kisah hidup dari zaman kecik, sampai sekolah, sampai lari dari sekolah, sampai jumpa si anu - lengkap satu pusingan hidup. Lagu apa aku nyanyi masa kena ragging kat TKC dulu pun aku cerita. Tu pasal dulu En Wan panggil aku LANUN. Sebab dia dah tahu kisah hidup aku dari awal. Dia kata aku perangai macam gengster.

Dalam surat-surat aku kepada En Wan, aku letak signature di belakang envelope -- LANUN. So that dia tahu itu surat dari aku. Just in case dia dapat banyak surat. Untuk differentiatekan surat aku dari surat orang lain aku letak signature LANUN. Rupanya aku je yang hantar surat kat dia.

Dalam tempoh berkawan melalui surat tu kitorang dah share banyak story including kisah cinta masing-masing. En Wan pernah pos surat beserta gambar ex-gf dia kat aku. Sama-sama belajar nak ke Jepun tapi ex dia sangkut. Tak lepas exam, jadi sambung di local Uni saja. Bila dah berjauhan gitu, awek pun tersangkut dengan orang lain. Cantik orangnya. Sexy.

Aku dengan En Wan tak berapa minat nak mengungkit kisah cinta lama masing-masing. Maybe sebab kitorang long distance relationship. Dah lah jarang berjumpa. Tak berbaloi pulak nak bertekak pasal hal yang berlaku sebelum kitorang berjumpa. Baik create new memories. Aku rasa ini pun salah satu kebaikan long distance relationship. Selalunya bila kerap berjumpa, risiko nak cari pasal tentang hal yang mengarut adalah lebih tinggi. Bila berjauhan, kurang sikit nak cari pasal kisah cinta lama. Melainkan kau sengaja nak cari hal lah.