2024-07-16

Kecewa bila cinta ditolak, tapi perlu ke sampai membunuh?


Sejujurnya aku tak tahu menahu kes budak perempuan graduate UPSI yang hilang until berita dia dibunuh viral di FB semalam. Semalam pun aku hanya tengok gambar saja, tak baca keseluruhan cerita. Hari ni terbaca orang ulas kes tu. Setakat yang aku tahu, dia dibunuh oleh lelaki yang pernah minat kat dia. Tak pasti sama ada pernah bercinta atau tak. Yang pasti lelaki tu is someone yang dia kenal. Dan dia dibunuh bila cinta ditolak (from what I understand dari FB).

Aku takleh nak baca sangat kisah-kisah macam ni. Selalunya, bila kes-kes macam ni berlaku dan kalau aku terlampau follow the kes, malam nanti aku mimpi ngeri. Somehow trigger kisah aku dengan si anu. Ya, aku faham kau kecewa bila cinta kau ditolak, tapi perlu ke sampai membunuh? Ada yang kata arwahnya bercinta dengan suami orang. Maybe arwahnya ugut nak bagitau his wife tentang hubungan dorang. Hat tu aku taknak campur. Sebab masih terlalu awal nak assume apa-apa. But kalaulah betul pun, perlu sampai membunuh?? Kau berani start the game, pastu tak berani nak hadap the consequences. Pilihan akhir adalah membunuh? Otak mana otak??

Aku cakap kat En Wan, aku tahu sangat rasanya berada dalam situasi genting bila tangan aku diacu pisau. Betul-betul bilah pisau tu ada kat nadi tangan kiri aku. Dipaksa untuk mengaku untuk tinggalkan En Wan dan kembali pada dia. Belakang dia ada 3 orang kawan lelaki tengah pujuk dia untuk letak the pisau. Kat tepi aku ada kawan-kawan setetek yang cuba sabarkan dia. Ni bilah pisau ada kat tangan aku dah ni. Kalau dia tertoreh, aku sadaqallah kat situ.

GILA!! Memang perangai gila babi. Masa aku break dengan dia, elok je takde apa pun. Bila dia tahu aku start berkawan dengan En Wan, terus sawan babi. Tiba-tiba nak menggila. Orang macam ni dia bukan tak tahu kalau dia dapat pun the perempuan, perempuan tu tak menerima dia dengan ikhlas. Tapi they don't care. Janji dia dapat. Narcissist. Tak boleh kalah. Walaupun deep down dia tahu sebenarnya dia dah kalah, tapi gasaklah. Janji on the surface dia nampak macam menang.

Malam dia menggila tu, kawan aku senyap-senyap call En Wan di Jepun bagitau aku kena attack. Malam tu jugak En Wan minta aku tunggu dia. Lagi 2 minggu dia balik. Dan malam tu juga dia call Mak Aji untuk minta permission bertunang. Mak Aji pun dah menggelabah masa ni sebab kawan aku call bagitau aku kena attack. Gamaknya dia pun mati akal tak tahu nak buat apa, dia setuju je bila En Wan nak bertunang. Padahal masa ni dia belum boleh accept En Wan sepenuhnya. Baru satu kali je jumpa En Wan. Yang dia buat kejung masa En Wan kat hall tu. Itulah pertama kali. Lepas tu En Wan balik Jepun. Dia terpaksa merestui jugalah demi nak selamatkan anak dia. Kali kedua jumpa adalah pada hari bertunang.

Almost 30 tahun kisah ni, rasanya sampai mati aku tak boleh lupa kejadian that night. Everytime ada kes membunuh bila cinta ditolak, boleh ketar badan aku. Trauma. Malu. Geram. Semua ada. Memang tak boleh lupa dia pecah masuk rumah sewa Dusty Pink Tits, semata-mata nak tunggu aku balik. Dia cari aku kat kolej, bilik aku bergelap. Dia syak aku balik rumah sewa Dusty Pink. Padahal hari tu kitorang semua macam happy-happy je masak-masak at home. Lepak-lepak. Lewat petang, boifren kawan aku call minta bawa aku lari sebab si anu on the way dengan bawa pisau. Melompat satu rumah bersiap. Kawan aku sorang ada moto. Dengan baju tido dia melompat atas moto pecut bawa aku keluar dari rumah. Yang lain masuk kereta dan keluar. Masing-masing takde hala tuju nak bawa diri ke mana, asal boleh lari sebelum terserempak dengan si anu.

Kawan aku bawa aku sampai ke airport. Situ je maybe dia takkan sangka aku ada. Kau bayangkan lepak airport dengan baju tido? Lepas tu kitorang ke rumah sewa kawan lelaki. Lepak situ kejap bagi cool sikit. Tengah-tengah lepak, budak-budak lelaki dalam rumah tu cakap si anu dah pecahkan rumah sewa Dusty Pink. Dorang advise kitorang balik, dan aku ikut sekali. Tapi dorang escort. Sampai je kat rumah sewa, another group of kawan lelaki ada di sana tengah memujuk si anu untuk keluar dari rumah. Masa ni aku dah lembik-selembik lembiknya. Aku dah penat nak melayan perangai gila dia. Because this time dia melibatkan ramai orang. Sampai pecah masuk rumah orang. Sumpah gila! Aku malu.

Mula-mula aku lepak kat luar. Aku berkeras taknak masuk. Tak lama lepas tu kawan Dusty pujuk aku masuk. Dua cakap takpe, kitorang ada. Apa-apa hal kitorang semua ada. Si anu tunggu aku kat dapur, dengan tangan pegang pisau. Perangai narcissist memang ginilah. Pegang pisau. Bawak pisau. Mengugut dengan pisau. Dia tarik aku duduk atas lantai pastu terus letak pisau kat tangan dan suruh aku cakap kuat-kuat yang aku akan tinggalkan Wan and pegi kat dia balik. Kawan-kawan lelaki kat tepi-tepi tak henti-henti pujuk dia untuk jatuhkan pisau sebab dorang nampak dia tekan bilah pisau tu kat nadi aku.

Takde pilihan lain. Aku terpaksa cakap aku setuju patah balik kat dia. Aku cakap setuju tu sambil meleleh airmata. Bukan sedih, tapi sangat marah. Aku tak sedih kena tinggalkan En Wan sebab baru jumpa 1 kali. Tapi aku marah dan geram sebab aku tak dapat buat apa-apa selain dari cakap kuat-kuat yang aku akan pergi kat dia balik. Yang si setan ni, lepas aku cakap setuju, dia usap rambut aku, peluk aku, pastu kiss dahi aku cakap "Ok, dah dah. Rest". Dia dah acu pisau kat aku pastu suruh aku rest?? Dalam hati aku menyumpah BABI BABI BABI BABI BABI!

Aku tak pasti sama ada perempuan-perempuan yang kena bunuh bila cinta ditolak lalui tak jalan cerita yang sama macam aku. Dia takkan kena bunuh awal-awal gitu. Pasti ada kronologi. Mula-mula mesti ada ugut-mengugut. Aku bernasib baik sebab kawan-kawan aku tahu kisah dia menggila. Jadi aku tak keseorangan. Kawan-kawan aku sama naik buat planning bila aku bagitau aku nak balik bertunang. Semuanya mesti dirahsiakan. Setiap kali habis kelas, dorang akan bawak balik sikit-sikit baju aku ke rumah sewa dorang. Bila sampai waktunya aku fly ke KL, aku keluar dari kolej sehelai sepinggang naik moto. Biar tidak ada saksi nampak aku keluar dengan bawa beg baju. Dan dia kalau ternampak pun takkan syak apa-apa sebab aku naik moto dengan member macam nak pi beli burger je. Padahal ke airport. Beg baju dah standby kat sana.

Bertunang pun takde siapa tahu. Senyap sepi. Hanya BFF aku je teman aku balik just in case si anu terpacul depan rumah Mak Aji, dia ada untuk bawa aku lari tempat lain pulak. Maknanya, kawan aku tak biarkan aku bersendiri. Settle je majlis, lega. Esoknya terus balik Kuching. Balik ke sana dengan En Wan. Dia sengaja nak ikut so that kawan-kawan yang lain nampak dia datang as tunang Diana. Bila orang dah nampak En Wan datang hantar aku ke kelas, biasalah kan, gossip tersebar dengan pantas. Jadi, si anu dah checkmate. Dia takleh buat apa-apa sebab kalau dia buat, memang kena kecam satu kolej sebab mengganggu tunang orang.

Sesiapa yang masih single, atau anak-anak yang masih single. Kau nak berahsia dari mak bapak, isokay. Tapi jangan berahsia dengan semua orang. Jangan sampai orang tak tahu kau berkawan dengan siapa. Tak payah nak biarlah rahsia acah-acah wanita lindungan Kaabah konon tak berkawan dengan jantan padahal you are seeing someone. Just let your fren know dengan siapa kau bercouple. Kenalkan dengan kawan-kawan. Be it lelaki atau perempuan. Kalau kau dah start couple dengan someone, at least biar 1-2 kawan tahu. Apa-apa hal you are now alone. Kalau broken pun, ada tempat nak share.

Anak-anak aku tahu kisah aku dulu. Sebab aku pesan kat dorang kalau berkenan dengan mana-mana perempuan, tanya full name bapaknya dulu. Aku taknak ada sangkut-paut, ya. Pastu aku pesan, be like papa. Papa pernah heart broken gf minta putus sebab cannot stand long distance relationship. Papa let her go walaupun 8 bulan menangis patah hati. Jangan jatuhkan maruah buat perangai gila. Nak bercinta kena tanggung the consequences. Tak semestinya cinta ada happy ending. Tapi kalau buat perangai gila, endingnya tak pernah berbaloi. Tak pernah. Itu pasti.

p/s: Tapi jangan annoying sangat macam papa kau lah.