2024-07-14

Menipulah kalau kata berbini ramai ni benar-benar bahagia



Teringat arwah ayah mertua aku cakap. Masa ni dia bersembang berdua dengan aku kat dapur. Dia kata "Ayah kawen dua. Tapi kalau anak-anak ayah nak kawen dua, ayah tak setuju. Sebab ayah tahu kawen dua ni susoh!"

Ya, aku tahu susah. Menipulah kalau kata berbini ramai ni benar-benar bahagia. Kebanyakkannya hanya sekadar menjaga hati dan mengawal situasi. Contohnya, arwah ayah. Hari ni tido rumah mok, esok tido rumah mok nombor dua. Hari ni breakfast rumah mok, esok turn breakfast sana pula. Hari ni balik makan tengahari, esok tak balik sebab makan sana pula. Kau rasa tak letih ke? Letih sebenarnya, cuma dorang lagi letih kalau isteri buat hal, jadi lebih baik letih badan dari letih emosi. Maka, dorang layankan je kejap turn sana, kejap turn sini. Nak buat macamana, sendiri punya pilihan.

Dan berdasarkan pengalaman arwah ayah, aku setuju polygamous men are very lonely men. Dorang mungkin ada lebih dari sorang isteri. Dari pandangan mata kasar, nampak macam bahagia. Orang kata, kalau yang pertama merajuk, boleh lari ke yang nombor dua. Setakat larikan diri je bolehlah, but what about emosi? Tenang? That's why aku setuju bila dia kata polygamous men are very lonely men, sebab ramai isteri doesn't necessarily mean the man is emotionally fulfilled. 

Juggling multiple relationships ni jauh lebih letih badan dan emosi. Ujung-ujung none of his woman ada deep emotional connections dengan dia sebab dia sendiri susah nak truly bond with any one bila attention tu terpaksa dibagi-bagi. Sekadar hadir tapi sebenarnya not really present. Faham tak maksud aku?

Kau ingat nak maintain more than one relationship ni tak letih ke. Kena bahagi masa, effort kena lebih, energy kena tip top. Tu belum cerita bab keadilan dari segi nafkah. Kalau minggu ni kau bawak nombor 1 pegi holiday, kau rasa yang nombor 2 tak mintak benda yang sama? Silap-silap kau kena pergi holiday di tempat yang sama, stay di hotel yang sama, makan benda yang sama 2 kali. Bukan nak bagi adil, tapi nak bagi takde sesiapa sentap. 

Constantly having to meet the needs and expectations of multiple partners ni penat tau. Tu pasal ayah aku pesan "Jangan kawen dua!". Sebab akhirnya kau sekadar menjaga hati, tapi takde siapa yang benar-benar menjaga hati kau. Sebab bila berpoligami, isteri lebih fokus nak menjaga hati sendiri. Jangan kata oranglah, aku pun agaknya buat gitu. Tak kuasa aku nak jaga hati kau. Masa aku satu-satunya isteri, puas dah aku jaga hati kau. Now kau dah ada 2 dan 3 bini, baik aku jaga hati aku sendiri. So, bila aku kata aku pun nak apa yang kau bagi kat nombor 2 dan 3, aku akan pastikan aku dapat. Macamana cara kau nak provide, aku taknak pikir. Yang aku tahu aku dapat. Aaa gitu.

Tu yang aku cakap, ujung-ujung lelaki ni akan sedar his own personal needs pun terabai sebab banyak masanya habis untuk memenuhi expectation isteri-isterinya. Tu belum lagi expectation masyarakat. Mana-mana lelaki yang polygamous akan face societal judgment, especially in cultures where monogamy is the norm macam culture kita. Poligami tu ramai. Tapi yang monogami jauh lebih ramai, sebab tu lelaki yang mengamalkan poligami kena keraskan kulit muka sikit. Because walaupun orang keliling macam sporting, tak kisah kau nak kawen berapa pun, but trust me, dorang tetap bercakap kat belakang. Dan kau pun tahu sebenarnya orang bercakap pasal kau, kan? That's why deep down inside kau struggle to find acceptance among your peers or community.