2024-07-26

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun.

Isu kononnya anak-anak yang masuk sekolah berasrama awal sangat pada umur 13 tahun, to me ini isu lapuk yang MUNGKIN dibangkitkan oleh orang-orang yang kecewa anaknya tak dapat masuk boarding school. My opinion will always be like that, it won't change. Sebab apa? Sebab trend anak-anak ke SBP ni bukan sekarang. Dari sebelum zaman aku masuk SBP lagi dah ramai ke SBP seawal 13 tahun. Kak Ngah En Wan produk MRSM Kuantan, pun dari Tingkatan 1. Lepas SPM, terus fly ke Wisconsin USA pula. Helok molek-molek ada je bonding dengan mak bapak sampai sekarang rapat. Adik aku, Ima. Dari Form 1 masuk SMSAH Jitra sampai Form 5. Helok je pun kitorang rapat sekeluarga sampai sekarang. Anak aku sendiri, Redza 5 tahun tercampak kat Langkawi. Alhamdulillah, rapat je.

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun. Tak ada. Sebab ini bukan benda baru. Lama dah sistem ni dipraktikkan. That's why aku cakap orang yang beria-ia melaungkan "anak yang duduk asrama umur 13 tahun akan renggang dengan mak bapak" adalah kelompok yang kecewa anaknya tak dapat masuk, atau kecewa anaknya quit dari boarding school. Jadi nak sedapkan hati sendiri, dia come out with alasan yang bukan-bukan. Alah, bukan baru sekarang aku dengar pendapat-pendapat macam ni. Ada je dari kenalan aku sendiri yang bila anaknya tak dapat MRSM, wahhh bukan main lagi cakap lebih baik anak bersekolah dekat dengan rumah. Senang nak jaga. Senang nak pantau. Katanyaaaaa. Ah konon. Yang kau mohon MRSM awal-awal hari tu kenapa? Kalau ya anak kau lebih elok sekolah harian, awal-awal hari tu takyah apply lansung. Ni tak. Bila tak dapat banyak pulak buah fikiran kau. Terus nampak tak bijak.

Yang follow FB and blog mesti perasan aku always update sepanjang Redza kat Langkawi. The phone calls. Birthday surpises. Food delivery. Visit maktab. It's not about kids being in a boarding school, but the connections we make while they're there. Meluangkan masa dengan anak-anak tak bermakna duduk serumah, atau berada dengan dorang lebih lama. If you are not able to express love and give attention pada anak-anak, you are BEING PRESENT BUT ABSENT. Apa guna duduk serumah but you are not approachable sebab masing-masing busy dengan kerja? Apa guna 'banyak' masa dengan anak-anak kalau masing-masing habiskan masa dengan tengok tv, layan internet, anak buat hal dia, kita buat hal kita? Memanglah nampak macam melekat dengan anak, hakikatnya masing-masing tetap banyak buat hal sendiri-sendiri.

Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun? You tell me. Umur 13-17 tahun adalah proses menjadi remaja. Fasa ini, anak lebih banyak berkongsi dan selesa bersama kawan-kawan walaupun duduk serumah dengan mak bapak. Maka, tercampak kat mana-mana pun, be it skolah berasrama atau kekal di rumah, kalau ENVIRONMENT salah, anak tetap membesar menjadi tak matang, tak berdikari, tak berdaya tahan, tak berdisiplin dan tak berakhlak. Yang membentuk anak-anak adalah persekitaran. If you want your kids to stay at home with you until they're 17, go for it. If you think that's best, keep at it. Tapi jangan pukul rata sending your kids to boarding school at 13 years old means they will lose their bond with you. Maybe kalau anak kau yang ke boarding school akan jadi gitu kot. Anak orang lain tak.

Zaman sekarang, most budak-budak boleh bawa henfon ke boarding school. Bila-bila masa mak bapak boleh contact anak. Rayyan dulu walau skolah dia tak benarkan pakai henfon, dia boleh pakai iPad. We always telegram setiap hari. Aku siap semakkan homework dia thru Telegram. Weekend, hantarkan Grab Food. Takde masalah pun. Kita yang create bonding tu. Antara nak buat dengan taknak je. Takde isu lansung anak-anak masuk asrama umur 13 akan lose bonding dengan parents. Malah, tak relevan lansung nak pakai isu ni di zaman sekarang. That's why aku cakap, yang melaung-laungkan isu ni adalah parents yang kecewa anak dia tak dapat offer. Itu je. Biasalah tu, takkan dia nak admit anak dia tak layak, kan.

Isu buli. Buli ni kat mana-mana pun ada. Tak kat sekolah, kat Uni nanti. Tak kat Uni, kat tempat kerja nanti. Ada je. Tapi, berapa banyak kes bully yang heavy-heavy berlaku setiap tahun di sekolah berasrama? Lebih banyak takde kes dari ada kes, betul tak? Contoh MRSM Langkawi. Sepanjang 5 tahun Redza di sana, takde lansung kes bully. Kena angkatkan baju senior kat ampaian, aku tak boleh panggil itu bully. Ini ragging. Bully and ragging are similar but not exactly the same. Bully tu intentional harm. Tapi kalau ragging, lebih kepada "welcoming" new students. Takde kecederaan berlaku. Kalau mencederakan, yes ini bully. But kes bully macam ni rare. Bukan aku ajak ambil mudah isu bully, tapi jangan overthinking sangat sampai kita menafikan hak anak ke boarding school. Insyallah, anak-anak ok di sana.

Yang ni pun betul juga. Parents yang anaknya bersekolah di sekolah harian agak sensitif bila orang highlite anak-anak di SBP/MRSM bijak-bijak. Tapi nak buat macamana. Statistik memang tunjuk result akademik pelajar SBP/MRSM lebih bagus dari sekolah harian. Tiap-tiap tahun sekolah-sekolah yang sama je perform. Kita nak argue apa. But that's ok. Rayyan pun sekolah harian. Sekolah tak jadi yang the best pun takpe, asal anak bagi result yang best. Itu lebih penting.

Program IB yang Redza ambil, masa hari pendafataran 2 tahun lepas, 353 pelajar accepted. Dari SBP ada 133 pelajar. MRSM ada 115 pelajar. Selebihnya dari sekolah kebangsaan dan others (others = KYS, Permata Pintar, private, dan sekolah agama). "Selebihnya" tu berapa orang? 105 orang, ya! Bukan sikit tau. Bermakna dari sekolah harian pun ada yang bagus. Maybe jumlahnya tak ramai, tapi ada. So kenapa nak terbakor sangat. Aku punya prinsip simple - results will speak for themselves. Gasaklah siapa yang lebih best pun, janji aku punya result fit my goal.

Tentang anaknya lebih cemerlang selepas quit MRSM, good lah. Maybe anaknya yang tak boleh adapt dengan sistem MRSM. Macam aku dululah. Aku quit TKC bukan sebab homesick. Lebih kepada stress sebab tak suka sistem berasrama. I kenot follow bangun pukul 4 pagi cop shower, kena prepare table untuk breakfast, basuh baju sekian-sekian waktu, tido sekian-sekian waktu, belajar sekian-sekian waktu, pukul 5 kena turun bersukan. That is not me. Aku jenis santai dan takde disiplin punya worang 😆. Jadual waktu sekolah pun tak pernah salin, inikan follow jadual sistem SBP? Memang menggelupurlah aku. I cannot follow this sistem. Jadi, aku quit. Tapi adakah aku keluar sebab TKC tak bagus? Ia kekal bagus sampai sekarang.

Cemerlang tak cemerlang tu tengok environment juga. Tahun yang aku quit TKC, aku patah balik ke sekolah harian hanya beberapa minggu sebelum final exam. Dahlah kat TKC banyak tuang kelas. Asyik lepak sickbay manjang. Buku tak berapa rajin nak bukak sebab tengah memberontak. Tahun tu di sekolah harian aku dapat nombor 4. Tak sempat nak study semua topik. Bangga dak-dak dalam kelas dapat kalahkan ex-TKC 😂. Form 2, aku dapat nombor 1 dalam kelas. Form 3, masuk kelas khas dan SRP 10 agg. 

Kalau ikut sekolah harian punya statistik, result aku dikira cemerlang untuk someone yang bersekolah harian. Tapi aku tetap rasa kalau stay di TKC, result aku akan jauh lebih baik sebab sistem belajar dia kemas. Kat rumah, disiplin belajar aku ke laut dalam. Walau sistem SBP aku tak boleh carry, aku percaya sistem itulah yang buatkan student-student SBP cemerlang. When it comes to bonding pula, my stance is clear - kalau bagi attention to our kids, walau duduk SBP/MRSM, the bond between parents and kids will stay strong.

Mak bapak yang anak-anaknya di boarding school, tak perlu rasa korang mak bapak yang tak bonding dengan anak. Pekakkan telinga. Jalan terus. Your kids dah ada di laluan yang betul. Untuk anak-anak yang bersekolah harian like anak aku, honestly, laluan anak kita tak mudah. Cabaran bersekolah harian berbeza. Tapi, peluang nak jadi cemerlang masih ada.