2023-07-21

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni berlaku.


Semalam ada orang bagi aku link TikTok tentang seorang public figure, anaknya ada jantung berlubang.
Video tu takde apa pun, just setepek muka public figure tu dengan caption anak ada jantung berlubang.
Tapi kat komen, ya ampunnn.
Ramainya yang jadi Tuhan.
Kononnya itu sebagai peringatan dari Allah supaya public figure tu berubah.
Dikatanya lagi dah kena timpa musibah baru nak ingat Tuhan.
Tak cukup dengan tu, dikatanya beli rumah banyak-banyak beli henbeg banyak-banyak, rupanya anak-anak takde medical card.
Fuhh! Betul-betul keras dunia ni, ya.
Segala benda yang kau buat semua akan diingat dan bila cukup masa, semua dihambur balik kat kau.

Aku pun tak bersetuju dengan sesetengah cara dia mempromotekan produk.
Tapi, apa kaitan urusan kerja dia dengan anak dia sakit?
Takde kaitan pun.
Kau je memandai-mandai kaitkan hasil kerja dia dengan ujian yang dia terima, dah kenapa?
Macamlah hidup kita tak pernah diuji.

Kadang aku pelik dengan persepsi manusia.
Bila orang tu kaya berlimpah harta kemudian dapat musibah, dikatanya itu balasan atas dosa-dosa.
Tapi bila seseorang yang dari kecil hidup susah melarat bertimpa-timpa ujian, dan kemudian hidup senang, dikatanya itu rezeki atas kesabarannya.
Sedangkan susah sebelum senang, atau susah selepas senang, semuanya sama-sama lumrah hidup.
Tak perlulah nak jadi Tuhan menghukum perkara yang kita tak tahu hujung pangkal.
Tak kira besar atau kecil ujian, memang semuanya kerana dosa.
Kau masih aman-aman hidup bukan sebab kau takde dosa, tapi balasan dosa kau masih on the way.
Kau tunggu turn kau.

Another thing, pasal medical card.
Sempat pulak kau perli dia beli itu ini tapi medical card takde.
Tak perlu perli, sebab kalau dia takde pun, dia ada duit yang banyak untuk bayar sendiri kos rawatan.
Yang memerli tu dah ada medical card ke belum?
Duit nak bayar kos rawatan ada?
Kalau takde, tolong muhasabah diri.
Sekurang-kurangnya bak kata En Wan, ujian yang menimpa public figure tu membuka mata orang kepentingan medical card.
Aku harap public figure tu nanti disclose berapa banyak yang dia bayar untuk rawatan dan rawatan susulan.
Jangan pula nanti orang kata "Eleh nak tunjuk dia banyak duit la tu boleh bayar ratus-ratus ribu!".
Kalau hati busuk memang gitu.
Semua benda dia negatifkan.

Aku memang berharap public figure tu bagitau berapa dia kena bayar supaya orang lain beringat bahawa kos perubatan bukan murah.
Untungnya dia berduit.
Tapi kalau diberi pilihan aku yakin dia prefer ada medical card.
Kalau tak, takkan dia terfikir nak apply that day, kan?

En Wan kata, selalunya alasan orang tak buat medical card adalah "Saya takde duit".
Yang sebenarnya, sebab kita takde duitlah maka kita kena buat medical card.
Nak bayar selepuk duit rawatan, boleh luruh segala bulu-bulu yang ada kat badan ni.

Kan hari tu viral kisah adik Dea yang meninggal kat HTAR tu, kan?
En Wan kata, dia paling bercinta kalau nak berurusan dengan HTAR.
Setiap kali dia ke HTAR, aku kena teman jaga kereta.
Pesakit punyalah ramai.
Parking kereta manjang takde.
Walaupun katanya kes adik Dea tu 'sesuatu' dan ramai netizen mengutuk sistem hospital kerajaan, we have to admit that government hospitals are too crowded with patients.
Doktor dan nurses kadang-kadang terpaksa memilih siapa yang lebih kritikal, walaupun keadaan kau pun teruk sebenarnya.

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni, yang mampu, usahakanlah ada medical card.
Bukan nak letakkan keyakinan pada medical card, tetapi sebagai satu kemudahan.
Kadang kita selalu cakap "Alah, menunggu 2-3 jam je pun. Bukannya susah. Tunggu je lah".
Ya, itu kalau kita yang sakit.
Kalau yang sakit tu anak, atau mak bapak kita?
Dah tentu tak gamak kita nak dorang bersidai lama-lama.

Aku dah merasa last year masa kes Rayyan.
Letak anak aku kat emergency, tapi treatmentnya tak se-emergency yang disangka.
Bukan kerana dorang meleweh-leweh, tetapi patient terlampau ramai kat emergency tu.
Tu pun mujur ada surat refer dari Avisena.
Doktor Nawar dah berurusan dengan Dr Azura kat PPUM.
Kalau tak, lagi lama anak aku kena sidai.

Dalam kes anak public figure tu, jantung yang berlubang selalunya dah wujud sejak lahir.
Cuma kesannya baru nampak bila dah besar.
Kalau dia apply medical card dari kecil pun memang tak lepas.
Sebab tu korang (ibu hamil) boleh start apply medical card sejak anak dalam kandungan lagi.
Ada polisi untuk ini.
Apa-apa masalah kesihatan selepas anak tu lahir, medical card akan cover.
Nanti korang boleh tanya En Wan pasal ni.

Autism kan selalunya di-diagnose ketika umur 5-6 tahun.
Kalau medical card dah ada sebelum tu, kira selamatlah sikit.
Walaupun medical card mungkin tak cover autism tu sendiri, tetapi at least anak ni dah ada medical card untuk cover sakit-sakit yang lain.
Kalau anak dah di-diagnose dengan autism baru nak apply medical card, otomatik akan di-reject sebab dia akan consider banyak hal.

Sebenarnya, anak-anak kecil WAJIB ada medical card.
Sebab dorang paling fragile.
Antibody masih lemah, especially yang hantar anak ke nursery.
Redza dulu merasa duduk nursery kejap.
Duduk kejap pun, asyiklah dapat selsema.
Maunya tak, kalau tilam and bantal berkongsi.
Kita dah bagi tilam and bantal sendiri pun, masih lagi bergumpal dengan anak-anak orang lain.
Tau je lah kan budak.
Kadang kita tak tahu pengasuh tu lap badan anak orang, towel yang sama dia lap anak kita walaupun kita bekalkan towel sendiri.
Tu yang kejap-kejap berhingus tu.

Dari pengalaman aku menjaga Rayyan sebulan kat Avisena.
Antara yang best adalah, aurat terjaga.
Sebab dapat single room.
Tak payah sepanjang masa nak bertudung.
Kalau nurse ketuk pintu untuk masuk, masih sempat nak sarung tudung sebab ada tirai depan pintu.
 


Ini fresh DM aku dapat pagi tadi.
Terima kasih sebab suka berurusan dengan En Wan.  
Kesian dia, medical checkup kena reject sebab ada pre-existing medical conditions.
This is another reason kalau application korang di-reject, iaitu masalah kesihatan sedia ada.
Macam yang pernah aku cakap, syarikat takaful menilai risiko.
Kalau korang ada keadaan kesihatan yang wujud sebelum apply medical card, takaful anggap itu adalah risiko yang lebih tinggi.
Selalunya application ditolak.

Sesiapa yang masih sihat, apply-lah sekarang.
Anak-anak pastikan ada medical card.
Hari tu En Wan kata ada client nak apply medical card sebiji macam plan aku (with medic booster 1 juta).
Malangnya plan medic booster dah tamat 30 Jun lepas.
Aku pernah bagitau pasal ni dulu, maybe ada yang tak perasan.
Tapi tak apa. Walaupun takde medic booster, plan yang standard masih ada.
Kalau ambil coverage RM250K insyallah memadai.
Maknanya setahun dia cover RM250K.
Kalau tahun ni dah habis guna RM200K, tahun depan dia reset balik ke RM250K.
Ni pun dah bagus sangat ni.

Usahakan ambil medical card sebelum dapat any chronic or serious illnesses.
Aku kalau ingat-ingatkan baliik kes Rayyan hari tu, memang datang balik troma aku.
Sebab selama ni kitorang bayar je tetiap bulan, tak pernah guna pun.
Jadi, tak terfikir akan berlaku hal-hal macam ni.
Tup tup patah kaki.
Eh rupanya ada masalah lain.
Sedebuk RM35K. 
Mujurlah medical card ada. 
Barulah aku nampak kat mana investment aku pergi selama ni.
  
Buat medical card ni umpama buat investment.
Selalunya buat investment ke ASB seronok, sebab duitnya nampak.
Medical card ni duitnya tak nampak.
Tapi, kalau dah sakit esok, baru kita nampak nilai investment medical card ni.
Kalau dapat penyakit kronik, sampai ke sudah takkan ada peluang buat medical card.
Sebab keadaan perubatan kronik dah tentu perlukan rawatan berterusan.
Ini adalah risiko yang sangat tinggi untuk pembekal takaful.
Sesiapa yang dah ada penyakit kronik macam jantung, diabetis, buah pinggang, selalunya apllication ditolak.

Ramai juga ya kenal muka laki aku.
Agak sulit beliau nak membuat onar belakang aku nampaknya 😆.
En Wan insyallah akan bagi talk anjuran Prudential HQ 16 Ogos nanti.
Semakin mengganas beliau nampaknya.
Dulu terkibai-kibai aku paksa buat video promote kurma Ajwa.
Now ke pentas nasionallll dia bercakap.