2023-07-12

Disebabkan orang tanya, kita jawab


Disebabkan orang tanya, kita jawab.

Ceritanya, bila aku quit, Mak Aji sangat frust.
Masa tu aku tak faham kenapa dia beria nak aku stay kat sekolah tu.
Kenapa sebelum aku dapat TKC tu dia ok je aku bersekolah harian?
Kenapa nak quit dan kembali ke sekolah harian tak boleh?
It took me bertahun-tahun untuk faham kenapa.

Mak bapak aku bukan lulusan universiti.
Mereka takde peluang nak sambung belajar.
Disebabkan parents aku bukan kelompok belajar tinggi, dah tentu dia bangga anak dia ke elite school.
Terbayang-bayang agaknya cerah masa depan si anak.
Tapi tu la, anak jenis kepala batu. Nak jugak quit.

Dek kerana kecewa sangat aku quit, Mak Aji tak kasi Pak Aji daftarkan aku kat mana-mana sekolah.
Dia suruh aku duduk rumah jadi orang gaji.
Kering hati aku, lagi kering kan hati beliau, kan?
Mak Aji kata "Nak sangat keluar TKC, biar berhenti skolah terus!"
Maksudnya, dah dapat sekolah bagus, nak jugak masuk sekolah biasa, nampak nau tak pikir masa depan.
Meh sini aku jadikan kau takde masa depan lansung.
Gitulah lebih kurang.

Maka bermulalah aku duduk di rumah.
From A to Z kena buat kerja kat rumah.
Mak Aji lepaskan 100% urusan rumah kat aku.
Orang gaji katakan.

Aku pulak jenis hati kering.
Oorang bagi impossible task untuk aku, aku buat sampai jadi!
Aku belajar siang ikan sendiri.
Siang udang. Siang sotong.
Basuh ayam dengan garam and tepung.
Simpan cantik-cantik dalam bekas tupperware.
Kan selama ni kena kerah duduk dapur time mak Aji masak, so aku observe semua tu.
Tu yang sedikit sebanyak aku tahu macamana nak buat.
Lepas siang segala benda, aku memasak pulak.
Aku mengamalkan konsep "Asal jadi lauk. Take it or leave it". Ahgitewwwww 😆.

Dua minggu aku tak bersekolah.
Satu malam Pak Aji tanya “Apa perancangan Diana sekarang?”.
Aku bagitau yang aku masih nak bersekolah cuma tak nak masuk sekolah asrama sampai bila-bila.
Lagipun itu bukan pilihan aku sejak dari awal.
Even masa dapat tawaran pun aku tak excited sangat.
Masa tu tak nampak apa yang bestnya bersekolah jauh dari rumah.
Aku yakin aku boleh belajar kat mana-mana pun sekolah pun.
Pak Aji pun daftarkan aku ke sekolah harian dekat dengan rumah.
Maka, aku kembali ke sekolah.

Walaupun dah bersekolah, kerja-kerja kerahan tenaga di rumah tetapppp kena buat.
Balik dari sekolah, makan.
Lepas makan, basuh baju, sidai baju, sapu rumah, lipat kain, susun kain, sapu laman.
Tau-tau je dah petang. Homework tak sentuh lagi ni.
Petang karang Mak Aji balik dah nak kena tolong dia masak kat dapur pulak.
Pukul 6 pm aku standby depan tv tengok cerita cina.
Ini takleh kacau, ya. Ini “me time” aku.
Lepas dinner barulah boleh buat homework and study.

Itu kalau weekdays.
Hari Ahad lain pula rutinnya.
Tetap kena bangun awal macam biasa.
Pukul 7.30am dorang gi Pasar Kajang.
Syaratnya, dorang balik, rumah dah clean and clear.

Selalunya dorang gerak ke pasar, aku putar mesin baju dulu.
Jangan mandi dulu.
Kalau ada baju belum bersidai, sidai dulu.
Lepas tu start kemas hall.
Vacuum karpet, menyapu, mengemop, mengelap.
Dah settle hall, kemas dapur pulak.
Dapur agak heavy sebab nak lap pinggan mangkuk semalam, susun dalam kabinet, menyapu, mengemop and bersihkan fridge.
Pesen Mak Aji, setiap minggu kena kemas fridge.
Kat dapur, tingkapnya jenis shutter.
Tingkap ni pun kena lap every Ahad.
Nanti mak aku balik dia selet jari dia kat shutter tu kalau berdebu, siap ya kau, Diana.

Kalau baju yang diputar dah ready untuk disidai, kena sidai dulu.
Lepas tu baru beralih ke porch and laman pulak.
Sapu porch, simbah-simbah air lebih kurang.
Sapu laman.
Mak Aji banyak bela pokok bunga kertas.
Hangin betul aku.
Asyik-asyik gugur, asyik-asyik gugur.
Pakkal bunga tu dia punya.
Kalau aku punya, dengan pasu-pasu aku humban ke luar.

Dah habis settle laman, baru cepat-cepat mandi.
Semua kena buat dengan pantas sebab mak bapak balik dari pasar selalunya around 10.30 am.
3 jam je masa aku ada untuk settle semua.
Tak dan nak menung berangan.
Selalunya aku tengah mandi, dorang balik.
Tapi takpelah sebab bawah dah siap kemas.

Nanti dah pakai baju, turun untuk breakfast.
Hari Ahad selalunya dorang bawak balik roti canai dari pasar.
Breakfast dulu.
Selepas tu masuk round ke-2 pula, iaitu kemas barang-barang pasar yang dia bawak balik.
Waktu ni Mak Aji and Pak Aji lepak-lepak kat hall baca paper.
Aku bersilat kat dapur siang ikan, sotong, basuh ayam, udang, kemas and susun sayur, bawang, telur segala dalam fridge.
Nanti dah siap semua baru Mak Aji masuk dapur untuk memasak.
Itupun kerja aku belum habis, ya.
Aku kena tolong-tolong kupas cili bawang, potong sayur.
Kalau takde kerja sangat, kena kopek ikan bilis.
Kalau dia beli sekilo ikan bilis, sekilo tu la aku mengopek bagi perabis sementara dia memasak.
Aku tak berani nak tolong dia masak.
Kat dapur tu banyak ‘weapon’.
Nak-nak lagi pemukul lalat.
Karang salah goreng, tau-tau pemukul lalat tu singgah belakang aku.

Gitulah kerahan tenaga akibat quit asrama.
Dia memang tak kasi chan.
Kau nak sangat keluar, kan?
Buat kau semua kerja ni. Gitu.

Tapi aku tak kisah. Tak rasa terbeban pun.
Terasa nak membuktikan aku boleh buat semua task, lagi ada.
Mungkin inilah beza aku dengan anak-anak aku.
Sebab tu aku suka anak-anak aku stay je kat asrama tu.
Kau duduk rumah pun bukan reti buat semua benda.
Kalau aku buat Redza and Rayyan sebijik macam Mak Aji drill aku, konfem murung budak-budak ni.
Sebab aku tak membiasakan dorang dengan kerja-kerja heavy macam tu selama ni.
Setakat kemas bilik sendiri, sidai baju sendiri -- ada.
Tapi kalau sampai kena buat kerja-kerja rumah macam aku buat, takde.
Kerana dari sejak dorang lahir, ada bibik dalam rumah ni.
Kalau dulu Mak Aji ada bibik, rasanya aku pun takkan lalui kerahan tenaga macam tu.
Maybe dia jadikan aku part time cleaner kat UKM pulak kot.