2023-07-30

Black Pink X Starbucks. Berbaloi?


Last week berpusu-pusu orang ke Starbucks nak beli merchandize Black Pink X Starbucks.
Aku pun pergi juga, tapi secara tak sengaja.
Itupun dah malam.
Beli pun bukannya air Black Pink (yang pink tu), tapi beli drink yang biasa, iaitu Java Chip.
Tak ramai orang, tapi ruangan merchandize tu bersusun jugaklah barang.
Yang pasti, kat tempat aku ni, merchandize Black Pink dah tak nampak bayang.
Pagi-pagi dah sold out agaknya.

Katanya ada yang beratur seawal 5 pagi.
Bukan main ya, zaman Fareeda berkhemad depan kedai dulu kau kutuk habis-habisan.
Tiba time merchandize Black Pink, halal je beratur pagi-pagi buta depan kedai.


Ramai yang share kejayaan dapat beli merchandize.
Yelah, benda mahal. Rare pulak tu.
Dah tentulah satu kejayaan, kan.
Ada yang beli one whole set.
Entah berapa ribu habis agaknya.
Satu tumbler pun dah RM400+.
Lalu, ramailah yang komen, katanya membazir.
Setakat tumbler gitu, beli kat Alibaba banyak katanya.

2 hari selepas tu, keluar pulak satu video.
This lady frust tumbler yang dibeli dengan harga RM400+ tu tercabut diamondnya.
Baru 2 hari pakai.
Tak tahulah macamana boleh tercabut.
Maka ramailah yang komen kata benda-benda macam ni, China juga yang buat so boleh imagine kualitinya.
Berbondong-bondonglah orang gelakkan mereka-mereka yang beli merchandize tu.

Zaman aku menghabiskan duit beli merchandize artis dah berlalu.
Tapi aku takkan mengata dak-dak yang beli merchandize Black Pink ni.
Sebab aku faham sangat keghairahan mengumpul merchandize icon yang kita minat.
Orang bila dah minat, dia tak kira membazir atau tak.
Misinya adalah dapat beli. Dapat memiliki.
Duit tu semua belakang kira.
Walau tak berduit sekalipun, kalau dah minat pasti akan diusahakan.
Asal kau jangan sampai meminjam orang la ya.
Karang, tumblernya dah berkarat, hutang member tak settle lagi.

Zaman aku menggila kat Leslie, Beyond and Hacken Lee, walau tak kaya pun tetap aku ikhtiar untuk beli produk dorang.
Aku hanya aim beli kaset je.
Zaman dulu tak de sangat merchandize-merchandize hasil collaboration dengan artis, macam sekarang.
Dulu nak beli merchandize kena tunggu konsert.
Habis kuat pun beli kaset dapat poster.
Ada la juga jual gambar-gambar artiz size 3R. Badges pun ada.
Paling banyak tu ha, name card.
Tapi Leslie and Beyond sangat A-list artis, jadi muka dorang jarang dibuat name card murahan (kahkahkah).
Paling laku kat name card adalah muka Jimmy Lin.
Harap muka je cute.
Tak sampai 3 tahun meruyup terus dari industri.

Kaset zaman dulu tak sampai RM10 pun.
Tapi jenuh jugalah aku nak kumpul duit.
Dek kerana minat sangat, sanggup ikat perut tak makan time recess.
Nak beli juga kaset.
Pada pikiran aku, daripada aku beli gambar atau badges, baik beli kaset.
Boleh dengar suara.
Suara lebih penting, ya.
Muka tu takpe, sambil-sambil layan lagu, aku boleh membayangkan wajahnya. Gitu.

Pernah juga aku print T Shirt gambar Beyond.
Bangga gila pakai T Shirt tu.
Rasa macam nak pakai hari-hari!
Itulah T Shirt aku yang paling mahal waktu tu. RM20. Hahahaha.
Itupun berpikir-pikir juga aku nak tempah sebab RM20 adalah sangat banyak, ya.
Lama nak kumpul.
Tapi aku nekad.
Kalau tak tempah, sampai bila-bila aku terbayang-bayang.
Baik settlekan terus.
Puas hati burn RM20.
Baju tu cantik dan terasa Beyond dekat di hati. Mbhahahah.
Aku basuh tangan baju tu.
Tak sekali-kali aku biarkan baju tu masuk mesin.
Bukan takut baju rosak, tapi takut Mak Aji jadikan baju tu kain lap kaki.
Dia bukan boleh nampak benda-benda yang buatkan aku lagha ni.
Dia sabotaj kaw-kaw nanti.

Aku syak salah satu sebab kenapa aku slim zaman sekolah dulu adalah kerana menahan makan sebab nak kumpul duit beli kaset cina.
Tapi percayalah cakap aku, zaman menggila kumpul merchandize ni tak lama.
Kau biarkan je la dorang nak berhabis duit beli merchandize Black Pink tu.
Gasakkan biar sampai RM2000 pun harganya. Biar.
Kalau kau nasihat pun bukannya dia nak dengar.
Aku dah melaluinya.
Walau kau cakap kat aku "Faham ke apa dia nyanyi tu?".
Eh sukati aku lah faham ke tak.
Janji aku dapat dengar hari-hari.

Zaman menggila aku ni pernah terstop kejap bila aku ada boifren (ex).
Tapi lepas break, aku start balik kegilaan ni.
Bila kenal En Wan, aku tak nak buang kegilaan aku lagi.
No way! Siapa nak aku, dia kena allow aku untuk teruskan kegilaan aku ni.
Gitu demandnya (kau ingat kau hawtt sangat, Diana?).
Dah kawen, dah beranak, tetapppp kesetiaan ku tak berubah.
Aku tak stop, cuma intensiti berkurangan.
Takde la segila dulu. Cuma tetappppp ada.
Sikiitttt lagi nak pi kubur Wong Ka Kui masa gi Hong Kong dulu.
Setiap kali birthday Leslie, aku pasti cuti.
Hari tu birthday Wong Ka Kui (Beyond) 10 Jun, aku beli kek, ya.
Tapi tu la, bila dah berduit, dorang pulak mati.
Kalau tak, agaknya aku seat paling depannnnnn setiap konsert.

Untuk orang yang tak faham keadaan ni (macam Mak Aji), memang akan kata semua ni membazir.
Buang duit. Buat kerja sia-sia.
Ye, secara zahirnya memang nampak membazir, sebab kau tak minat. Cuba kalau kau minat?
En Wan tu pantang jumpa Hard Rock mesti beli T Shirt.
Walaupun T Shirt tu lusuh je aku tengok.
Tapi dah minat, aku nak kata apa. Tengokkan je lah.
Nasib baik dia pun melayan kalau gila aku sampai nak cari DVD cerita cina.
Benda-benda macam ni selagi tak kacau duit aku, silakanlah nak berabis puluh ribu pun.
Nasib baik Rayyan tu kat sana takde informasi pasal Black Pink vs Starbucks.
Kalau tak, harus dia minta sebijik.

Ini bukan soal berbaloi atau tidak berhabis untuk sesuatu yang orang lain anggap membazir.
This is about kepuasan memiliki sesuatu yan kita minat.
Benda kalau dah jadi minat, dia tak ikut lojik dah.
Dia jadi emotional buying.
Kau memang takkan faham orang sanggup beli tudung bawal harga RM1000, beli shawl harga RM800, beli tumbler harga RM500, berabis beli Hot Wheels, etc.
Kau takkan faham sebab kau tak minat.
Tunggu esok dah jumpa benda  yang kau minat, nanti kita sembang balik.