2023-07-24

Tolak luggage atau tolak stroller?


Aku nampak ni semalam lalu kat FB.
Artikel penuhnya tentang this person membalas balik geng terpaling travel.
This person cakap now dia dah umur 37 tahun, anak-anak dah besar, sekarang boleh tinggalkan anak dan berjalan berdua dengan spouse.
Lepas tu dia cakap "You all yang terpaling travel zaman muda tu sekarang umur-umur sekarang masih kendong anak ke?"
Hahahahha. Kemain lagi kau tembak balik, ya.

Aku tak sebelah mana-mana.
Sebab aku adalah anak kecik ke, anak besar ke, kalau aku rasa nak cuti, aku bercuti.
Alhamdulillah, dari Redza umur 3 tahun kitorang dah bawa dia berjalan.
Ke mana-mana angkut bag Redza.
Dalam tu ada termos kecil, pampers 3-4 helai, baby wipes, air kosong nak buat basuh-basuh, baju ganti-ganti 2 pasang, minyak yuyi, ubat-ubatan lengkap, towel kecil untuk lap badan kot tetiba nak basah-basah sikit badan dia -- dan segala tok nenek kelengkapan.
Tapi masa tu tak terasa susah pun.
Cuma banyak benda nak kena angkut je lah.

Pertama kali bawa Redza keluar dari Malaysia.
Tempat pertama, Bali.
Masa ni Redza 3 tahun. Berpampers lagi.
Dalam flight jenis nak berdiri sepanjang masa.
Memanjat dari seat depan ke belakang (belakang ada atok and nenek).
Tapi mujur dia tak menangis atau bising.
Cuma tak reti duduk diam.

Kapal terbang gerak je, aku terus sumbatkan susu.
Biar telinga dia tak pekak dan bagi dia leka.
Selalunya dia akan lelap.
Tau-tau sedar dah kat atas.
Bila dah sedar tu siaplah dia punya bersilat.
Beg susu sentiasa ada kat bawah seat depan supaya senang kalau jadi apa-apa.
Kot termuntah ke apa kan.
Tapi penyudahnya dia sihat, aku yang lembik muntah-muntah kat atas tu.

Ke mana-mana jalan berdokong.
Kalau dia berjalan pun tempat yang tak banyak kereta baru kitorang lepaskan.
Selain dari tu, kena dokong. Dahlah gemuk.
Yang paling penting, sebelum keluar berjalan, kena kasi anak makan dulu.
Jadinya, selain dari beg susu dia yang padat tu bersisi kelengkapan dia, makanan wajib ada sekali.
Roti-roti, cereal, biskut.
Kalau kat hotel, masakkan bubur segera, bagi makan dulu.
Baru aku aman nak berjalan.

Bila dipikir-pikir balik, kat manalah kegigihan aku and En Wan berjalan dengan mengangkut beg Redza ke mana-mana.
Berdokong satu hal lagi.
Tu belum tengah-tengah jalan dia termuntahlah, beraklah.
Sekarang kalau boleh henbeg pun aku malas pegang.
Betul cakap orang, tenaga masa muda ni lain.
Jadi, berdasarkan pengalaman aku, kalau nak berjalan-jalan, buatlah masa muda.
Masa muda, semangat kita kuat.
Jalan berangkut stroller pun kita takde hal masa ni.
Now, at age 45, En Wan ajak pi Giant pun aku mintak 10 minit untuk berpikir dulu.

Ini semasa ke Phuket.
Mak kau masa ni lagha sikit perangainya.
Kemana-mana pakai sleeveless. Tu pasal kena blurkan ðŸ¤£.
  
Sebenarnya Bali and Phuket bukan tempat yang seronok untuk budak-budak pergi.
Dorang tak appreciate tempat-tempat macam ni.
Mak bapak budak sesuailah pegi sini.
Yang buatkan kitorang pergi ke Bali and Phuket ni sebab dia masih kecil.
Kalau bawak ke Disneyland pun bukannya dia boleh main sebab tinggi belum lepas.
Sementara dia very small baiklah aku angkut pi tempat yang nak pegi.

Masa ke Phuket, Redza dah besar sikit, dah tak kuat minum susu.
Tapi masih nak botol dan masih pakai pampers.
Masa ni baru-baru nak belajar lepaskan pampers.
To be on the safe side, berjalan negara orang aku pakaikan pampers je, senang nak urus.
Makanya, masih kena angkut beg Redza ke sana sini.
Cuma kali ni dia dah banyak berjalan dari berdokong.
Tapi masih lagi buas. Asyik nak berlariii je kerjanya.
Gambar kat beach tu kau nampak tak En Wan cengkam leher baju Redza?
Kita nak bergambar, dia sibuk nak berkuntau.

Ini masa Redza 5 tahun.
Masa ni lega dah. Takde pampers, tapi masih berbotol.
Cuma bukan susu tetapi air ribena.
Nak tido masih cari botol tapi isinya Ribena.
Masih bawa beg dia cuma lebih kecil and ringan.
Dalam beg ada jajan-jajan, wet wipes, air kotak, dan baju sepasang untuk salin-salin.
Berjalan takyah bawak botol.
Nak tido malam baru pakai botol.
Tapi naik flight kena ready botol sebab nak suruh tido.

Dia kan kuat berkuntau.
Masam! Kau tengoklah gambar yang dia merangkak atas escalator tu.
Penat berdiri katanya. Jadi dia merangkak. Kau rasa??
Sebab tu aku masih kena bawa baju untuk dia salin-salin.
Basah-basahkan badan, salinkan baju, spray body cologne, biar dia fresh.
Macamana ntah aku boleh tak serik bawa Redza berjalan jauh tiap-tiap tahun dulu eh?
Aku masih mencari di mana kekuatan aku waktu tu.
Aku tengok gambar ni pun rasa penat dah.

Masa ni Redza 6 tahun, kita ke Gold Coast.
Aku mengandung Rayyan masa ni.
Asyik mabuk dan tak kuasa nak berjalan sangat.
Just nice Redza dah boleh mandi sendiri, makan sendiri, lansung tak perlu berdokong, dah tak berpampers lansung.
Tak payahlah aku menguruskan dia sangat.
Dapatlah berehat sikit.
Cuma, Redza masih berbotol. Air ribena.
Only semasa nak tido and atas flight.
Macam dalam gambar tu, semasa on the way ke Gold Coast.
Sumbatkan botol, nyenyak sampai pagi.

Alhamdulillah, pengalaman heret anak kecil berjalan luar negara semasa umur muda, tak ada masalah.
Yang bawa masalah sebenarnya aku.
Kalau aku tak takut naik flight, agaknya jauh lagi dah pergi.
Takpelah, yang penting, anak kecil pun kami berjalan, anak dah besar pun berjalan juga.
Takdelah seperti si anu kata "Jangan kawen muda, nanti muda-muda tolak stoller, tak dapat tolak luggage".

Sebenarnya tak kisah nak tolak stroller masa muda ke, nak tolak stroller masa tua ke, asalkan tak menyusahkan orang.
Nak berjalan silakan angkut anak sekali.
Jangan asal nak bercuti je, anak letak rumah kakak abang untuk dijaga.
Yang kau sedap bergentel dua orang. *tiber kena smash*