2023-07-11

KIsah selain dari kejar kereta Pak Aji.


Agak ramai request aku ceritakan apa lagi drama yang aku buat semasa di TKC, selain dari kejar kereta Pak Aji 🤣.
Aksi kejar kereta pun sekali tau, tapi berkali-kali.
Meraung-raung sambil kejar kereta.
Aku syak inilah punca akak-akak senior aim nak ragging aku.
Memekak je budak ni dia kata.

Aku tak sure berapa banyak peristiwa yang aku boleh ingat.
Benda dah lama, kan.
Tapi, yang palingggggg aku ingat adalah, kes aku and kawan nak melarikan diri dari sekolah.

Budak ni namanya Sri.
Dia blok Tun Fatimah (blue house).
Aku pulak sebelahnya, blok Mahsuri (red house).
Aku tak ingat macamana kitorang boleh kenal, padahal lain dorm, lain blok dan lain kelas.
Tapi kitorang jadi rapat.
Kadang-kadang dia datang basuh baju kat blok aku sebab nak basuh baju sama-sama.
Kadang-kadang aku solat di blok dia.

Aku rasa kitorang click sebab masing-masing tak suka stay situ.
Maka terwujudlah plan nak larikan diri dari sekolah.
Sebenarnya aku tidaklah berani sangat nak lari, sebab aku tidak ada strong reason sangat untuk lari.
Yang pertama, takde duit 😆.
Yang kedua, aku tak pressure dari seniors (takde kes ragging ke atas aku).
Yang ketiga, aku takde masalah dengan belajar.
Aku tetap pergi sekolah dan siapkan homework macam biasa.
Reason aku untuk lari cumalah aku tak suka hidup berasrama. Itu saja.
Disebabkan the WHY tak cukup big, jadi pada malam kejadian, aku masih ada perasaan takut dan tak kisah kalau plan nk tak menjadi.

Kitorang lari pada bulan puasa.
Time orang tengah sibuk bersahur ke dining hall, takde siapa perasan kitorang buat hal.
Sri tunggu aku kat water cooler blok Mahsuri.
Masa dia tunggu tu, dia dah siap bawa satu beg kecil.
Aku turun dorm turun-turun bodo sehelai sepinggang sebab aku masih tidak yakin dengan plan tu.
Aku lebih prefer keluar TKC dengan cata terhormat.
Tapi disebabkan dia dah nekad, aku join dengan tak bawa apa-apa.
Bersemangat pula bila tengok member macam berani sangat.

Kitorang jalan berdua ke gate besar. Senyap.
Guard tu tido kau tau.
Bladihel punya guard.
Sri memang nekad gila orangnya.
Dia jalan slow-slow and lepas pagar.
Pagar berbunyi, guard terjaga.
Aku pecut lari ke blok, balik dorm, terus tido.
Tido dalam keadaan berdebar sebab aku saksi kejadian.

Esoknya balik dari sekolah nampak ramai warden kat dorm si Sri.
Aku buat muka rilek balik ke dorm aku.
Budak-budak dorm aku tengah bergosip pasal student lari dari sekolah.
Aku senyapkan diri buat hal sendiri.

Selang beberapa hari, dengar cerita Sri datang balik ke sekolah.
Aku pergi blok sebelah untuk check.
Betul, Sri ada dalam dorm, tengah kemas barang.
Dia cerita malam tu dia lari dan jalan kaki sampai ke stesen bas Seremban!
Jauh, ya dari TKC ke stesen bas.
Pulak tu jalan kaki gelap-gelap.
Dah cerah, dia beli tiket balik Perak!
Aku tak sure lah dia beli bas straight ke Perak atau stop kat Pudu beli tiket lain pulak.
Yang pastinya dia berjaya sampai ke Perak.
Tapi tak balik ke rumah parents, dia balik rumah pakcik dia.
Pakcik dia polis.
Entah apa la agaknya dorang sefamili slow talk, last-last Sri quit dari TKC.

Hari yang Sri balik ke dorm adalah hari last aku jumpa dia.
Aku tak pernah berita dari Sri sebab masa tu aku tak terfikir pun nak minta address.
Tahun-tahun awal aku blogging, aku ada bercerita pasal kes ni di blog.
Tak sangka salah seorang kawan Sri baca post aku dan bagitau Sri dah meninggal sebab sakit.
Kiranya Sri meninggal muda, umur 20-an.

Ada satu lagi percubaan untuk aku larikan diri.
Iaitu masa aku demam dan dibawa ake Hospital Seremban.
Budak-budak TKC kalau sakit dorang akan bawa ke Hospital Seremban.
First time ke hospital, mata aku dah melilau cari lorong-lorong untuk larikan diri.
Tak jumpa peluang sebab cikgu pengiring sentiasa ada dengan kitorang.
Payah nak lesap.
Nak pegi toilet pun ada je mengekor.

Kali kedua ke hospital, aku jumpa peluang tu sebab cikgu pengiring kali ni macam malas sikit nak mengekor.
Tapi tu la, duit yang jadi masalah.
Aku mana ada duittttttt.
Tawakal betul mak bapak aku campak aku kat TKC tak bagi duit, kan?
Buta-buta harap makanan kat dining hall je.

Sekarang orang kata kebanyakan budak-budak SBP especially elite school, datang dari family have-have.
Sebenarnya, masih ada kuota B40 kat dalam tu.
Aku ni dulu kategori B40 jugalah.
Dalam dorm aku ada je budak-budak kaya.
Anak Tan Sri Rahim Tambichik (Ketua Menteri Melaka waktu tu) pun dormmmate aku.
Budak-budak yang bawa mini compo.
Dengar lagu omputih manjang.
Gaya pun tahu gaya anak orang kaya.
Weekend balik bawa bekal KFC.

Percayalah cakap aku, dari zaman TKC dulu sampai TKC sekarang, kuota untuk B40 tu ada.
Janganlah cakap elite school hanya untuk anak orang kaya. Takde maknanya.
Yang buatkan sekolah elite ni nampak macam tempat berkelas adalah sebab golongan yang kaya-kaya ni selalunya hantar anak-anak balik ke asrama dengan kereta.
Sedangkan most anak-anak B40 balik asrama dengan bas, sebab tu orang tak nampak kereta kecik-kecik di perkarangan asrama.
Sebab tu juga orang ingat elite school ni kena kaya atau ada cable besar baru boleh masuk.

Satu je kena ingat.
Elite school ni nak jaga reputasi.
Kalau kau tak layak masuk, walau keturunan kau kaya, tetap tak boleh masuk.
Kalau kau nak masuk guna kabel sekalipun, kau kena buktikan kau layak.

Ada sorang kawan aku kat TKC dulu, jenis lurus.
Dia cerita "Saya 3rd intake. Bapak saya guna pangkat dia untuk masukkan saya kat sekolah ni".
Bapak dia Datuk.
Datuk-Datuk zaman dulu bukan macam Datuk zaman sekarang, bersepah tak tahu hujung pangkal.
Datuk zaman dulu, berwibawa dan benar-benar layak.
Maka dia dapatlah masuk ke TKC, walau 3rd intake.
Tetapi, dia UPSR tetap straight As, bukannya bodoh.
Kalau kau tak dapat straight As, konfem takkan dapat masuk walau bapak kau Tan Sri.

Dulu, walaupun aku bukan kaya, tapi aku tak pernah nampak jurang yang besar antara aku dengan kawan-kawan.
Sebenarnya, inilah perkara best bila masuk SBP, especially elite school.
Walaupun kita tak kaya, tapi kita semua tahu yang masuk sama semuanya yang terpilih kerana pencapaian akademilk.

Zaman dulu, nak masuk SBP tak perlu memohon.
KPM yang akan pilih berdasarkan result UPSR.
Jadi, kalau aku terpilih ke elite school, bermakna kau cream habis.
Mungkin inilah antara sebab aku tak merasa sangat perbezaan ekonomi parents semasa di TKC.
Walaupun dalam dorm aku tu boleh notice siapa yang have-have siapa yang tak, tapi kitorang sama kitorang sembang and berkawan macam takde gap.
Sebab masing-masing tahu kau kaya ke, kau tak kaya ke, kita semua terpilih masuk sini kerana semua straight As.

Orang lain balik dari outing bawa KFC sekotak.
Aku balik dari outing bawa keluar kotak tupperware dalam tu ada ayam drumstick seketul, goreng dari rumah.
Masa tu lansung tak rasa rendah diri.
Rasa proud ada sebab boleh makan ayam. Kahkahkah.
Duduk sama-sama buat makan hadap-mengadap, yang sorang makan KFC, yang sorang makan bekal nasi, yang sorang makan drumstick seketul. Happy.

Antara kes lain yang aku masih ingat, of courselah kes kena nyanyi lagu raya menghiburkan akak-akak senior.
Kejadian berlaku pada bulan puasa.
Tau-tau budak dorm panggil "Diana, Kak L nak jumpa kat bawah".
Kak L ni agak famous di kalangan dorm aku sebab dia suka marah-marah Form 1.
Kuat merempan akak ni.
Nak minta maggi orang pun jerit-jerit. Sakai.

Al-kisahnya akak-akak ni nak hiburan.
Stress belajar SPM nak dekat agaknya.
Akulah jadi mangsa.
Setiap blok ada lounge masing-masing.
Selalunya mak bapak yang datang ke blok Mahsuri, sementara nak tunggu anak turun, parents akan duduk kat lounge.
Malam tu aku kena nyanyi lagu raya Anuar Elina depan akak-akak sakai ni semua.
Aku syak dorang nak tengok aku menangis.
Silap orang la kau.
Aku nyanyi siap bagi pakej goyangkan badan kiri kanan ikut rentak lagu okeh?
Akulah Anuar, akulah Elina.
Naik syeh aku kat lounge tu, dah macam expo aku buat.
Itulah sekali aku kena panggil.
Pastu tobat akak-akak tu taknak panggil dah.
Seram agaknya dorang. Kahkahkah.

Aku rasa kawan-kawan agak shock bila aku quit sebab aku tak nampak seperti orang yang nak quit.
Aku boleh blend dengan kawan-kawan, bersembang, pergi sekolah hari-hari, homework buat.
Tak nampak macam aku akan quit.
Tapi kemuncaknya adalah bila exam, aku tak jawab satu soalan pun.
Tulis nama, dan tido.
That's when aku agak, cikgu kaunselor pujuk Pak Aji bawa aku keluar because aku dah sampai ke tahap tidak mahu buat exam.
Aku yang plan benda ni.
Aku pikir-pikir, TKC ni perstige school.
Dorang takkan allow budak yang tak mahu buat exam untuk stay di sini sebab akan menjatuhkan ranking sekolah.
Jadi, satu caranya untuk aku quit adalah dengan tak buat exam.

Berjaya.

En Wan tanya kalau diberi peluang patah balik ke zaman tu, adakah aku akan stay?

Tak. Tetap quit.
Bukan tak suka sekolahnya.
Cuma aku tak suka hidup diatur.