walk on wings, tread in air: Open House Raya 2016 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Open House Raya 2016
2016-07-25

Alhamdulillah, open house raya tahun ni dah selamat settle semalam.
Tahun lepas aku tak buat sebab lepas raya je kelam-kelibut dengan nak pi settlekan production Fleur by Mrs Him.
Hajat di hati tu memang kalau boleh aku nak ajak semua kawan-kawan kat U, kawan skolah and readers blog. Tapi aku rasa kalau jemput semua reader, tak muat rumah aku. Semalam aku pasang 3 khemah pun muat-muat je, tu pun mana yang bawak anak kecik aku arahkan masuk dalam rumah. Bergelimpangan lah korang kat dalam rumah aku tu, pandai-pandai lah carik tempat duduk ya.

Nasib baik lah pagi-pagi tu En Wan dah berkejar ke pasar tani Putra Heights beli 2 ekor ayam buat standby. Pukul 3pm, dah start menggoreng ayam dah. Sebab ayam dah nak habis. Aku memang dah buat plan beli ayam ni sebab menu aku semalam antaranya ayam goreng rempah. Selalunya, kalau ayam goreng rempah ni, orang suka meratah, jadi kena buat lebih. Tapi yang belakang-belakang tu tak jumpa dah ayam rempah kot. Yang korang jumpa ayam goreng kunyit ya. Mintak mahap la, tak sompek nak marinate rempah segala.




Keadaan dapur aku pagi tu.
Ni around 11.30am, majlis belum start.
Cara-cara pakai catering pun dapur aku macam nak terbalik. Kalau masak sendiri aku rasa dapur ni dah rupa kem pelarian. Terima kasih banyak-banyak lah kat anak-anak sedara and cousin serta makcik-makcik yang jadi runner kejap kedepan kejap berlari ke belakang nak tambah segala kuih-muih, cocktail kastard, ketupat palas, satey and roti jala. Ini je menu yang kitorang handle, yang lain semua caterer handle.

Aku sebenarnya agak cuak jugak sebab ni first time guna caterer. Selama ni semua masak sendiri. Aku berdoa jangan la tetiba caterer tak muncul, mampuihhh.



Seb baik Rayyan pandai bawak diri. Tak payah aku nak tengok-tengok dia sangat. Pandai pulak budak-budak yang datang ni duduk kat ceruk living hall ni main. Dapatlah mak masing-masing makan dengan aman.


Sejenis flatlay.
Ini anak kepada cousin aku.


Caterer aku ambik dari Pengurusan dan Perkhidmatan Nadi Perkasa, Kajang. Ni En Wan yang cari.

Pakej dia harga RM19.50/pax.

Menu dari caterer Kajang ni :

1. Nasi beriyani
2. Ayam goreng rempah
3. Ayam masak merah
4. Daging blackpepper
5. Dalca
6. Acar timun
7. Buah oren.
8. Kordial
9. Teh tarik
10. Nasik impit
11. Rendang ayam
12. Kuah lodeh
13. Kuah kacang
14. Serunding kelapa
15. Bihun Singapore
16. Cendol
17. Karipap & seri muka.

Ok lah kot RM19.50/pax ni kan untuk menu-menu kat atas tu.

Pastu aku order tambahan dari beberapa orang perseorangan :

1. Roti jala with kari ayam
2. Mee rebus
3. Red velvet and choc cuppies, cream puff and blueberry tart (FB : Siti Mazzuana Shamsuddin)
4. Satey ayam

Yang dari aku and family :

1. Ketupat palas
2. Cocktail custard
3. Senyuman mesra...




Siti Mazzuana ni orang yang pertama sekali PM bila aku naikkan status cari seller untuk dessert.
Aku cuma dapat rasa choc cuppies dia je. Ramai yang cakap red velvet dia sedap.
Siapa nak try beli, boleh gugel FB : Siti Mazzuana Shamsuddin)


Aku rasa ayam masak merah ni sedap kot sebab pukul 2.30pm, tray ni dah kering.



Black pepper ni aku tak sempat rasa jugak.
Tapi katanya sedap.


Ayam rempah.


Satey.

Aku ada satu memori berkaitan dengan satey ni.
Terjadi masa open house rumah aku, tapi masa kat rumah lama dulu.
Ada satu family ni, datang rumah aku hanya nak makan satey je.
Series tak tipu. Betul-betul dia ambik nak dekat 30 cucuk sekali kaut.
Tiba-tiba aku rasa macam rumah aku warung Haji Samuri.



Sumpah sedap!!!
Hampir semua yang makan cendol ni semalam kata cendol ni sedap.
Ada yang tanya aku contact number cendol ni tapi mintak mahap la, caterer ni katanya tak ambik order untuk cendol saja. Kiranya ini termasuk dalam pakej catering dia.
Cubalah tanya dorang kalau dorang bagi.
Yang aku tau, dia charge semangkuk ni RM3.


Ruangan ni adalah ruangan makanan selain dari caterer punya.


Apa-apa hal, family kasik makan dulu.


Family.


Tetamu pertama sampai adelah model kurta En Wan - Amir & awek dia.
Yang baju hitam tu pulak awek kepada yang baju hijau.
Saje je lah nak bagitau, kot ada yang tertanya-tanya. Kah Kah Kah.


Tetamu dah start datang.
Yang aku kenal tu kenal lah, yang aku tak berapa kenal tu mesti kawan-kawan En Wan.



Tadaaaa!!!!!
Kembar tiga. Cute, kan?
Ada sorang reader/follower aku namanya Razila Razak.
Aku rasa dia ni dah lama dalam FB list aku tapi aku tak berapa nak perasan sangat.
Until dia bersalin kembar tiga tahun lepas, aku follow everytime dia update pasal anak dia ni.
Dari kecik sampai la umur sekarang. Comel gila kot kembar 3.
Aku memang dah plan kalau ada rezeki buat open house aku nak jemput dia datang. 
Aku nak tengok sangat anak-anak dara dia ni depan-depan.
Semalam, masa aku terperasankan dia keluar dari kereta, aku terus berlari sebab nak dukung anak dia okeh. Macam jumpa artis pulak rasanya.

Kagum aku cemana la dia handle 3 orang sekaligus.
Masa bila dia mandi? Masa bila dia tido?
Aku dok banyangkan kalaulah time dia nak landing melunjurkan kaki sekali tetiba salah sorang anak dia ni terjaga, camne? Kalau aku menangis dah.

Cute je tengok bila sorang minum susu, semua sekali minum susu berjemaah.
Eiii, tak sangka kembar ni ada dalam rumah aku. Selalu tengok kat FB je.
Tapi budak-budak ni nak pindah Brunei dah this week, ikut bapaknya yang bertugas kat sana.
Sape tak dapat jumpa kembar ni padan muka. Mbahahahha.



Ko tengok mak dia (tengah) steady ke handle 3 anak.
Aku handle Rayyan sorang je macam nak terkeluar anak tekak aku.



Yang 2 lelaki (stau tengah berjalan), satu lagi tengah duduk pakai baju stripe putih/merah tu kawan skolah aku. Yang tengah berjalan tu lama gila tak jumpa. Kat FB selalu gak la sembang.
Ni je la gamba bukti yang dorang datang. Lepas ni aku kena upah fotografer la untuk ambik gamba so that aku ada kenangan sape datang majlis aku.


Hasan (tengah).
Dia ni baca blog aku dari zaman dia kat UMT lagi.
Yang best tu dia boleh ingat lagi aku datang ke lab "Masa tu Kak Di pakai skirt lagi..."
Dia selalu update aku tentang research talk/programme biotek and encourage aku apply research grant. Insyallah, mudah-mudahan one day GreenAard dapat join pi Dubai ya :)


En Wan and geng-geng Hitachi.


Yang ni kalau tak salah geng-geng sekolah menengah dia.


Ni pun member sekolah En Wan.


Yang best tu masa dorang ni ajak aku bergambar.
Lepas bergamba aku tanya "√Ąpesal kawan-kawan abang nak bergamba dengan Di?"

"Dorang baca blog awak rasanya.."

Ok, malu.


Kawan opis lama dia kot ni.


Fotografer feveret aku - Nabil Nadir.
Yang sebelah tu salah sorang model baru.




Nabil tengah open casting untuk sesape yang berminat nak jadi model.
Kalau berminat, whatsapp nombor kat gambar tu.




Ni satu-satunya gamba aku dengan reader/blogger Marini Mas Aidiff.
Pertama kali aku jumpa dia masa dia datang rumah nak beli Ephyra.
And semalam kali kedua jumpa dia.
Marini ni muka dia soft je, comel! Takde mekap pun comel.




Salah sorang agen GreenAard, Jasmin.
Dia cover area Shah Alam.


Ok yang ni testimoni yang best.
Wanny Mashor ni muka dia jenis macam aku tau jenis muka pau.
Tapi aku punya muka atas sikit level dia, macam loyang.
Tapi now she fits jeans size 26 you olss!!!
Aku pernah up-kan testimoni dia turun altogether 12kg dengan GreenAard.


Ni dia dulu.
Pandai dia menyorok belakang laki dia, kan?
Sekarang kemain lagi posing dengan penuh beraninya. Kuang hasam.


Dia ni kan aku selalu lupa nama dia apa.
Tapi kadang-kadang muncul je whatsapp dia "Rindu lah Kak Di..."
Seriau tak? Hahahahaha.
First time aku jumpa dia masa dia beli Ephyra 2 tahun lepas kalau tak salah.


Ni geng-geng gosip zaman-zaman U dulu.
Semalam tak cukup korum so gossip tak berapa rancak.
Dia ni pembacking aku time nak kena tampar ngan exbf aku dulu.
Dia nak elakkan aku kena tampar sekali dia yang kena tampar. Hahaha.
Kau ada kawan yang sedia tadah pipi untuk ditampar? Ada? Aku adeeeee.


First time jumpa jugak ni.
Reader nama Nomee Manap. Aku tak sure if dia pun blogger jugak.
Tahun ni baru dapat jumpa.


Dia ni kan, hari ni dah warded untuk bersalin, tapi semalam gagah lagi datang open house rumah aku.
Dari zaman anak dara sampailah kawen, dia ni laki bini rajin datang majlis aku.
Dorang jugak usahakan candy buffet masa wedding Ibal.


Dia yang mengandung muka tak tembam pun kan?
Aku yang tak apa-apa ni muka cam loyang.
Ok lepas ni aku kena pikir produk nak kecutkan pipi.



Masa ni aku ngan Zana dah menangis-nangis berpelukkan macam jejak kasih kau.
Kawan pertama aku masa aku mendaftar keje kat MOSTI.
Dia la teman makan, teman naik komuter, tolong bakarkan kain chiffon untuk bunga telur aku.
Temankan aku pi toilet, teman solat sama-sama dalam stor, teman lepak kat Sogo.
Teman aku berdating ngan En Wan pun penah ni.
Last aku jumpa masa hari dia kawen.
Dia dah anak tiga baru aku jumpa balik. Sedih tau aku. Seb baik mekap tak cair.


Ni time nak balik, ceria sikit dah time ni.
Tapi masih lagi tak dapat nak sembag lama-lama ngan Zana.
Sebab orang sentiasa datang. Ujung-ujung aku pun lupa dah sape yang datang.
Seb baik ada gambar tau.

Muka aku dalam gamba ni macam loyang sangat kan?
Ni la dia kalau rahang muka senget.
Aku kan kalau kau acu kamera kau belah kanan, konfem kekembangan tu sangat terserlah sebab rahang aku senget. Jadi sebelah muka akan nampak lebih kembang dari biasa.
Tapi takpe, itu rezeki. Mana ada orang muka dia sebelah tembam sebelah runcing?
Kau ada?
Takde kan?
Aku adeeeeee.


Nurul Azlan.
First time jumpa tak salah aku.
Siap beli Nutrijuice lagi semalam. Seb baik ada simpan sikit stok kat rumah.


Abelyn.
Dia ni pun blogger jugak.
Aku kira berani ni tau sebab bergambar sebelah dia.
Dia ni putih melepak gila okeh! Melepak selepaknya.
Nasib baik aku pandai pilih arah cahaya, kuranglah sikit nampak lebamnya.


Ni wife kepada kawan En Wan masa kat Jepun dulu.


Feveret MUA aku, Sukma.
Kalau nak khidmat mekap boleh ke FB : Sukma SuKkma


Blogger Lord Zara, seorang guru di Putrajaya.
Also writer untuk Kitab Terfaktab.
Tak sure kalau dia ada menulis kat tempat-tempat lain.


Dengan Abelyn and blogger Cik Epal bersama anak beliau iaitu seketul Han.


Ni reader jugak ni Zafira.
Selamba datang lone ranger tak bawak laki ngan anak. Pehh.


Kawan En Wan zaman dia ambik diploma kat Fukuoka (lelaki).


Reader Aqish Rusli.
Dia ni baker gak ni, buat kek. FB : AQisH Sweety Desserts


Reader blog aku zaman aku free hair lagi ni.
Dari zaman dia blaja sampai dah kawen sampai dah ada anak, baru aku jumpa.


Ni pun reader, a teacher - Bae Roslan.
Ramai jugak cikgu-cikgu baca blog aku ni.
Ni kalau aku submit entry aku untuk dorang check dah konfem banyak kena tanda merah.


Reader Lang Abdullah.
Ni ID ni. Kalau sesape nak buat event nak design kaw-kaw, silakan contact Lang.
Dia punya company ni dah tahap sambar artis ni.
Semalam aku dapat satu beg produk Rania Gold sebab baru-baru ni dia ada buat event Rania.
Untung kan aku?


Aku rasa macam dah ramai gila yang datang semalam.
Rupanya hari ni tengok FB ada jugak yang bagitau tak dapat datang.
Takpe, ada rezeki jumpa len kali.

Ada jugak 3-4 orang yang datang tapi aku tak kenal.
Terpaksa aku mintak kenalkan diri.
Jangan kecik ati, aku memang susah nak kenal orang especially kalau kau letak gamba FB kau muka anak, konfem lah aku tak kenal. 
Ada yang aku jemput sebab aku familiar nama dorang kat FB and IG aku. Jenis yang suka komen. So aku jemput sebab nak kenal mana satu orangnya. 
Jadi jangan kecik ati kalau aku tanya nama ya. Insyallah lepas dah jumpa ni senang sikit aku nak ingat mana satu orangnya.

Terima kasih yang datang.
Mintak maaflah, everytime aku buat open house mesti aku tak sempat nak sembang lama-lama ngan korang. Bersalam, tanya lebih kurang, jemput gi makan, pastu aku pun hilang. 
Kejap kedepan kejap ke belakang, ujung-ujung aku konfius sape sebenarnya yang datang tadi.
Insyallah, ada rezeki next year jemput yang lain pulak ya.


posted by aveo757 @ 4:10 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER