2015-05-06

Krabi 1



Jubah Ardhani dah pun released semalam.
Alhamdulillah, lega kepala aku bila jubah ni dah release sebab berminggu jugak aku peram sebab aku yang tak dapat curik masa untuk sit down and prepare marketing plans untuk Jubah Ardhani.
Now lega, alhamdullillah.

Aku tengok ada size yang dah sold out, kalau berminat boleh tanya agen di Manjung, setakat ni dia saje agen yang lengkap ada semua warna, semua size :

1. Azlina (owner butik PaMa Zahra) : 019-5723539

Untuk shawl Hannah (semi instant shawl), kat website banyak yang dah sold out, just in case shawl yang korang nak dah tak available, boleh contact agen-agen ni :

1. Azlina (owner butik PaMa Zahra, Manjung, Perak) : 019-5723539
2. Shazrini (agen di Bangi) : 013-2091175
3. Sabrina (owner butik Sabrina Fashion Studio, Penang) : 012-4260151

Check if dorang ada lagi ke tak shawl Hannah.


Menenangkan fikiran jap lagi nak naik flight.
Makan spageti olio aglio Secret Recipe yang tak sedap.


Ok, cerita Krabi.
Aku sebenarnya tak tau nak cerita macamana level kebengangan aku tatkala En Wan kata dia dah book everything honeymoon trip ke Krabi.
The idea nak pi honeymoon tu memang sweet.
Tapi kau bawak je la aku pi Penang ke, Port Dickson ke, aku takde hal punya.
Padahal dia dah tau aku sikit punya menyawan nak gi Bandung last week, tetiba selang seminggu dia angkut aku pi Krabi.
Hilangkan nak bagi surprise, last-last dia yang surprise sebab malam before nak ke Krabi tu aku dah nangis-nangis suruh dia tukar tiket, letak nama Redza.
Eh biar la pun celebrate kat rumah je, takpe. Aku tak sentap de.

Dengan berat hati, Ahad pukul 12 tghri, kitorang berangkat ke KLIA.
Nak gerak kul 12tghri, kul 11.30am baru pack baju.
Nampak nau tak excitednya.
Kena naik flight satu hal, satu hal lagi dia tak tau yang Rabu (today) aku kena ada kat Penang sampai Jumaat!
Gila letih weii, kelmarin baru sampai dari Krabi, hari ni aku ada kat Penang pulak. Tak ke keje gila ni.
Tu mujur aku tak join ke Singapore.
Kalau tak, malam semalam kul 9pm aku dah kena ada kat airport balik untuk ke Singapore.
Memandangkan aku ada some keje yang kena siapkan sebab aku dah plan Rabu kena berangkat ke utara, nak tak nak terpaksa la angkut laptop pi Krabi.
Orang lain pi honeymoon beromen di tepian pantai, dia sangap ngadap bini buat keje. Nak surprise sangat kan?


Masa ni dah nak landing


Alhamdulillah, flight sangat tenang.
Again, Tuhan tahu aku penakut.
Tu pun, masuk-masuk je terus pasang cerita The Blind Side and pejam mata.
Apa fungsi aku pasang pun aku tak tau. Sepanjang perjalanan sejam tu aku pejam je, makanan pun aku tak sentuh. Kiranya orang cam aku ni patutnya naik Air Asia je la sebab sah-sah dalam tu aku tak makan and tak tengok TV.

Perjalanan pergi rasanya 10 orang je dalam flight tu.
Terasa naik pesawat persendirian pulak.
En Wan kata stewardess ambik order dulu baru dia bawak makanan. Agaknya sebab takde orang.
Lagipun aku gerak hari Ahad, sape dia nak pi Krabi hari Ahad kan, kalau hari Jumaat tu maybe meriah sikit sebab cuti baru bermula.


Dalam bas nak ke terminal.
Walaupun seat banyak, sengaja taknak duduk.
Dah lama tak rasa berdiri dalam bas.



Dah jejak kat Krabi, masih lagi aku tak tau kat mana En Wan nak bawak aku.
Ntah hape yang surprise sangat ntah, tension pulak aku.
Tanya taknak jawab, tanya taknak jawab.
Aku bukan tak kenal laki aku ni, bila dia kata SURPRISE tu selalunya memang surprise sampai boleh menangis sentap aku dibuatnya.
Kalau sape ingat lagi last year punya surprise dia bawak aku pi butik hotel ceruk mana ntah kat KL tu. Sampai nangis-nangis aku masuk lorong-lorong rumah kedai cam lorong Haji Taib kekdahnya.
Seb baik hotel tu semenggah di dalam.
Tapi sementara nak sampaikan ke hotel tu boleh tercampak jantung kau menantikan saat surprise tu.
Serik aku.

Dia bawak aku ke Aonang.


Aku tengah menonggeng pun nak ambik gamba.


Dalam taxi airport, nak ke hotel.
Time ni pun aku masih lagi tak tau apa tajuk hotel yag aku bakal duduk.
Muka aku time ni nak berselipat.
Gila panasnya Krabi!!!



Masa taxi tu belok ke kanan ke lorong yang sempit-sempit, aku dah nangis.
Sampai ati dia buat balik perangai surprise tahun lepas.
Ntah rumah tumpangan Phak Phrun Phrap mana ntah dia nak sumbat aku ni.
Terbayang-bayang dah aku kena kurung dalam hotel murah dengan pakai short and singlet murah, rambut serabai, muka berselipat, makan tomyam sambil cangkung. Hoi, selisih!

Lamunanku mati seketika bila van belok masuk ke Phu Pi Maan Resort & Spa.
CANTIK!!!!
En Wan jalan depan, aku ikut dia.
Masa dia jalan ke lobby, kejap-kejap dia toleh belakang pandang aku sambil buat muka ejek-ejek sebab aku dah nangis tadi.
"Abang tau la awak suka hotel camana, takkan nak letak kat rumah kedai kot"

Tau takpe.


Pandangan resort.
Tapi aku masih belum nampak apekah elemen surprise tu.
Sebenarnya laki aku ni tau tak surprise tu hape?


 View memang cantik!


 Ni kolam dewasa

Bilik kitorang ni RM600/nite.
Kalau high season and weekend, harga menjangkau RM1200/nite.
Kitorang kan check in Ahad, checkout Selasa. Weekdays. Dapat la murah sikit.



Bila masuk lobby barulah aku tau di mana surprise-nya.
Rupanya resort ni adelah resort Muslim.
Semua makanan di hotel adalah halal.
Even semua pekerja di front office pakai tudung.
Greet kitorang dengan salam. Lega rasanya.

En Wan cakap "Abang tau Di kalau duduk hotel tak suka keluar bilik, jadi abang cari hotel yang semua makanan halal so kita takyah gi mana-mana. Di boleh duduk buat keje je"

Tetiba syahdu kejap dengar.
Rupanya selama ni dia observe perangai bini dia and tau apa yang bini dia perlukan.
Aku je yang suka suspicious kat dia.
Dah tu camana la aku tak suspicious. Berahsia nau. Sampai cuak aku.


Dan muka terus menjadi ceria.
Pulak tu wifi hotel ni laju, semakin ceria lah aku.



Patut la staff front office wish kitorang "Enjoy your honeymoon..".
Aku dengar macam eh konfiden je kau ni wish kitorang honeymoon, mentang-mentang datang berdua.
Masuk bilik nampak katil dah dihias macam ni, bathtub dah ada kelopak bunga.
Ntah bila la En Wan prepare semua ni, rupanya dia dah mintak bilik upgrade ke honeymoon package.

14 tahun aku kawen, baru tahun ni la aku jumpa katil dah siap ada bunga badai dengan towel angsa tengah french kiss.
Empat belas tahun ye anak-anak.

Kalau ada yang sangka every year kitorang celebrate macam ni, nan ado.
Kali pertama kitorang honeymoon pun hanya setahun selepas kawen, tu pun pi Cameron je, ambik bilik yang paling murah kat Equotorial Hotel.
Breakfast buffet pun tak ambik sebab duit takde sangat time ni tapi berlagak nak duduk hotel bagai.

Tanya En Wan "Kenapa dah sampai 14 tahun kawen baru nak buat macam ni?"

En Wan jawab "Saje je nak test Di sanggup bertahan tak ngan abang"

Holoh. Muntah.
Kau ingat kau hot nak buat test-test macam ni?
Sebab dapat muka Jawa cam aku ni boleh la nak dibuat test-test sebab tau aku takde pilihan lain.
Ce kalau bini taraf muka Neelofa, berani dia nak test-test sampai berbelas tahun macam ni?
Konfem kena tinggal lama dah.

Seriesly, aku ugut En Wan hari tu.
Kalau nak bawak aku pi Krabi, kena bawak Redza and Rayyan sekali.
Aku bayar duit tiket pun takpe, asalkan budak-budak ni join sama.
En Wan mati-mati tak kasik.
Patut la tak kasik, rupanya dia dah set bilik honeymoon.
Kalau aku angkut Rayyan hari tu gamaknya, tak panjang umur angsa atas katil tu.



En Wan booked one-bedroom villa.
Phu Pi Maan Resort & Spa ni sangat-sangat privacy.
Tak salah aku hanya 24 bilik saja dia ada.
And cuma 6 villa saja untuk one-bedroom.
Siap ada DVD player tu. Malam-malam kitorang marathon layan DVD.

Bilik ni memang besar untuk 2 orang.
Dia ada bilik deluxe tapi bukan villa, yang tu standard untuk 2 orang duduk.
Aku tanya En Wan apesal ambik bilik besar-besar?
Dia cakap "Abang tau Di taknak keluar. Kalau bilik kecik nanti boring"

Nasib baik dia teman tido.
Kalau aku sorang dalam bilik besar-besar camni, harus aku tido kat berandah je.
Apa-apehal senang nak lari.


Ada kitchenette sekali.


Dia sediakan buah-buah, terpaksa aku makan.


Hadap sorang lak tu.


Bathroom yang sangat spacious.
Boleh tido 4 orang lagi dalam ni, series tak tipu.


En Wan dengan gembiranya tengok bathtub dah ada tabur bunga-bunga.
Seb baik tak bawak Rayyan, kalau tak, dah selamat dah bunga-bunga ni tercampak keluar.


Petang tu kitorang berendam sambil layan movie 2012.
Romentik sangatlahhhhhhh gi honeymoon layan 2012.


Sorry la ye bang, kasik aku balas email dulu.


Our villa - V09


Beranda kitorang, boleh la tido lagi 6 orang kat depan ni.
Memang besar.


Disebabkan hotel ni halal, marilah kita order apa-apa yang patut.
Perut memang dah lapar sangat sebab masing-masing tak abis makan spageti kat airport tadi.

Ni mashed potato.
Semangkuk besar. Tapi takde gravy. Jadi kureng sedap.


Club sandwich. Sedap.


Seafood fried rice.
Sedap gak.
Tapi kalau ada kuah tomyam lagi best.


Melingkar atas katil makan sambil layan movie.

En Wan kata kalau nak rehat-rehat, Phu Pi Maan sangat sesuai.
Sebab villa dia 24 bijik je, pastu dia kat ceruk sikit, jadi terhindar dari bising.
Kalau malam tu bunyik cengkerik sangat kuat.
Kalau duduk-duduk kat berandah layan cengkerik sambil hirup teh o panas kunyah kerepek tempe, pehhh memang layan.

Tapi En Wan kata kalau nak bawak anak-anak, better gi Holiday Inn sebab pool dia cantik and ada bilik untuk family yang mana, anak-anak kau tido kat katil double decker. Kiut pulak rasanya.
Tapi macamana pun kalau ada rezeki nak bawak anak-anak datang tido Phu Pi Maan jugak sebab best. Cuma tu la, tempat ni senyap sepi, kang aku bawak masuk ya kanak budu ya kanak setain dua orang tu kang terus lari mat saleh mat saleh ni semua. Memekak betul dia kata.


Ni pool kids, depan je ngan villa aku.


Cantik takkkkkkk???


Lepas Maghrib, dinner kat town Aonang.
Transport pi mana-mana takde hal. Hotel angkut. Nak balik kang, call dia akan jemput. No charge.
Rasanya semua hotel pun buat macam tu kot.


 Kitorang tanya front office mana restoran yang sedap, dorang suggest Lemon Restaurant.
Tapi kitorang pilih restuarant sebelahnya - Bamboo Restaurant sebab meriah nau restoran ni.
Nak gak aku tengok apa sebab meriah sangat. Sedap benar ke.



Rupanya sebab seafood selection Bamboo Restaurant ni lagi banyak.
Ada lobster!!
Tapi harga dia lebih kurang lobster kat Putra Height ni jugak, sekilo RM280.
Tak gamak aku nak telan. Lagipun aku tukar duit RM1500 je. Memang aku takde plan nak bershopping lansung kat Krabi. Lagipun kitorang plan untuk duduk rest dalam hotel je, no island hopping and naik gaja whatsoever sebab island-island ni aku dah pegi tahun 2008 dulu.
Ada gak reader yang tanya aku and En Wan tak pegi island hopping ke.
Memang kitorang tak pegi sebab dah penah pegi masa klitorang ke Phuket dulu. Bawak Redza. Time tu aku free hair lagi. Selamba gila pakai swimming suit.
Now kalau aku pegi island tu mahu berlendir muka aku, sebab series Krabi panas!


Boleh la klik kat entry tu untuk maklumat aku ke island-island kot boleh dijadikan rujukan.
Tapi gamba-gamba aku semua aku dah mosaickan sebab seksa nau melihatnya.


Satu masalahnya ke Krabi ni, dorang tak ramai yang boleh faham english walaupun menu ada tulis bahasa inggeris.
Aku cakap lain, dia hantar lain.
Padahal aku dah tunjuk dah nombor menu.
Seb baik yang dia salah hantar tu pun sedap. Licin gak aku balun.

Ni siakap steam.
Kuah dia memang sedap gila!!!


Ok ni memang super duper sedap.
Malam besoknya aku repeat balik semata-mata nak makan bendalah ni je.
Ni namanya udang rimau goreng bawang putih.
Gila sedap weeiiii. Macam kunyah ayam goreng!
4 ekor RM35.


Dessert konon nak makan cendol sebab aku perasan minah sales sebelah meja aku order cendol.
Sekali cendiol dia sampai gini.
Semata-mata cendol with santan.
Tak sedap lansung.


Jalan-jalan kejap je tengok kedai-kedai kat area situ apa ada. 
Takde apa yang menarik sangat.
T Shirt ada la banyak.


Tak lama pun lepak luar, sebab penat.
Lagipun kitorang plan nak berendam sambil melayan movie.
Ni entrance Phu Pi Maan Resort.


Skodeng laki.
Kemain santai lagi baca sokabar kat berandar sorang-sorang.
Time ni dia melayan perasaan sorang-sorang kot sebab aku tengah buat keje kat dalam.
Tapi tak lama, sejam je.
Lepas siap keje, kitorang layan movie JLo.
Ntah mana dia jumpa movie tu, sedap gak cerita pasal saiko.
Tapi ada adegan tayang tetek JLo.
Sengaja nampaknya laki aku ni bawak DVD macam ni pi honeymoon.



KLIK HERE : JUBAH ARDHANI