Alhamdulillah, akhirnya setelah memeram beberapa minggu, Jumaat lepas dapat pun shoot jubah terbaru Fleur by Mrs Him.
Jubah ni dah siap lama dah tapi sengaja aku peram dulu sebab nak releasekan shawl instant Hannah.
Terasa macam lama nau tak release shawl, so aku release shawl dulu.
Disebabkan Selasa baru balik dari Bandung, pastu Rabu aku kena settlekan keje before catch another appointment malam tu di KL, Khamis pulak aku ada meeting di Nilai, so Jumaat je aku ada masa (terpaksa adakan masa) sebab Ahad aku dah fly semula, ke Krabi. Disebabkan Krabi yang secara tiba-tiba ni la aku terpaksa whatsapp dengan penuh kesardinan kat studio supaya terima aku untuk shooting on public holiday. Harga public holiday pun public holiday la janji jubah aku settle sebab aku tak sure bila lagi ada kelapangan untuk buat shooting. Dulu, aku gamble je hantar assistant untuk conduct shooting, lama-lama aku rasa tak puas kalau aku sendiri takde kat studio untuk tengok sendiri product-product aku.
Berani betul aku bergamba sebelah model. Jelas lagi bersuluh kembangnya muka aku.
Kali ni aku gunakan khidmat model Suehada.
Budak ni size XXS aku rasa. Sangat petite, comel sangat. Aku takut je tersinggung terus jatuh.
Jubah aku size S, maka terpaksa la mengalter apa-apa yang patut supaya jubah tak nampak besar di badan dia.
Dia dah biasa berlakon, so depan kamera tak jadi masalah sangat.
Tapi tu la kan, size XXS bergamba dengan size loyang, memang hasilnya 'menakjubkan'.
Lagi satu nak say thank you ada yang respond kat FB and PM aku untuk offer nak jadi model.
Insyallah, next month aku dah plan dengan pihak studio untuk buat outdoor fotoshoot for kurung and jubah. Mungkin masa tu aku perlukan muka baru juga. Yang penting tau pakai tudung and tak kekok bergaya ok? Aku bukan tak boleh pakaikan. Boleh, tapi nanti muka ko jadik macam makcik-makcik la sebab aku pakai tudung lilit simple-simple je.
Dan hari tu kebetulan cuti kan, jadi En Wan menjadi tukang angkut baju la apa lagi.
Mungkin itu adelah tektik dia untuk tengok model aku agaknya.
Ok yang ni aku tak perlu tulis banyak-banyak.
Biarlah gamba berbicara.
Jubah kali ni aku namakan Jubah Ardhani.
1. Nursing friendly
2. Wudu' friendly
3. Dull satin with full lining.
4. Loose cut, abay cut, bukan dress (tidak berpinggang).
Jubah Aqeela sebelum ni menggunakan satin yang tak berlining.
Aku rasa lebih 'selamat' kalau pakai lining, jadi tak melekat di badan.
Kali ni aku gunakan dull satin yang lebih tebal dan aku tambah full lining lagi.
Size chart sila rujuk di website www.fleurbymrshim.com.
Order di sana ya.
Harga juga di sana.
KLIK SINI untuk direct link ke page Jubah Ardhani.