walk on wings, tread in air: Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck
2014-12-31

Masa aku baca kat paper buku Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck akan difilemkan, aku dah cakap kat En Wan, macamana pun aku nak tengok gak filem ni, aku tak kira! Selama ni aku dok angau je ngan si Zainuddin tu. Sambil berharap yang lakonkan watak Zainuddin ni sepadan dengan apa yang aku imagine.

Aku start baca buku ni lama dah kot, dari zaman sebelum blogging lagi.
Pak Aji kan cikgu Sejarah cum cikgu BM, jadi, buku-buku yang dia baca macam ala-ala sastera sikit like Arenawati and HAMKA. Jenis buku yang banyak berkias and bahasa pun lembut. Takde la macam baca blog aku ni. Tatabahasa ke laut. Siap ada vocab yang kau takkan jumpa dalam kamus DBP pun.

Tahun 2010, aku bersembang dengan sorang reader (now turn good frens).
Sembang kat FB je. Kitorang sembang pasal buku-buku. Pastu aku teringatkan balik buku ni.
Ni antara buku yang aku sayang gila, just like Lagenda Budak Setan and Dan Mimpi Pun Berguguran. Bangsa baca tujuhblas kali pun kau melalak serupa baca first time. Yang best tu, tiga-tiga buku ni takde dalam simpanan aku dah. Ni semua sebab masa awal-awal kawen dulu, time nak pindah rumah aku malas nak angkut banyak benda, jadi aku buang dengan harapan oneday akan beli balik untuk buat simpanan.

Lepas sembang punya sembang, esok lusa terus reader tu hantar package kat aku.
Bukak-bukak, ada buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, cetakan ntah keberapa kali. Gila lama kot buku ni. First published year 1938. Imagine je la betapa lamanya buku ni and gila best sampai skarang pun orang dok cetak lagi. Nak pulak dah keluar filem, aku rasa dorang dah start cetak balik buku ni.


KLIK : Entry angau pertama

KLIK : Entry angau kedua


Tu entry tahun 2010. Aku mengangaukan Zainuddin lepas baca balik buku ni.
Tu sebab En Wan menyampah kalau aku dah start baca novel.
Aku akan mandom seminggu dua, taknak makan (eh makan jugak, tapi tak banyak la), taknak layan dia, diam, termenung....etc. Teruk nau la keadaan aku lepas baca buku ni. Sebab tu aku tak berapa nak melayan drama bersiri. Aku takut aku jadi emo tahap max. Nak-nak pulak kalau sad ending. Cerita tu tak apa-apa, aku ngan En Wan yag bertekak siang malam. Padahal bukan bertekak apa pun, tapi sebab aku takde mood nak buat satu apa pun. Angau punya kes.

Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni aku dok ulang-ulang baca sampai aku stress and taknak baca dah. Aku punya level stress tu sampai aku sorokkan buku ni kat blakang-blakang buku lain so that aku tak nampak and tak teringat nak baca dah sampai bila-bila. Kelibat buku ni pun aku taknak tengok. Dah terasa penat pulak menangis and emo siang malam dek kerana buku ni. Kadang-kadang aku terfikir kenapa la ada sesetengah penulis buat pembaca menderita baca cerita sedih?
Tapi aku suka.
Tapi aku sedih.
Tapi baca ulang-ulang. Sebab cerita dia memang best.



Ni ada orang baik hati upload full movie siap dengan sarikata yang senang nak paham. Cerita ni pasal adat Minang, jadi payah nak decipher apa dorang cakap. Tengok lah.
Aku nangis-nangis tengok cerita ni tapi personally aku suka jalan cerita dalam buku sebab lebih panjang and halus. Biasala kan, buku tebal nak muatkan dalam filem masa 2 jam, mana nak sempat cerita all. Tapi pengkahiran berbeza dengan buku. Less stress. Kalau kat buku, aku stress sangat sebab sedih gila. Elok la tengok filem je. Kang ada yang hilang bijik mata pulak asik nangis hari-hari.

Hero dia sangatttttttt Zainuddin yan aku imagine!
Dengan sweetnya, dengan lembutnya. Payah nau nak jumpa spesis laki pompuan lemut gemalai macam ni. Mau kencing manis tengok cara Zainuddin bercakap. Sweet sangat ni oii.

Bila peratikan sleng and dialek Hayati ni bercakap, sebijik Lenny, bibik lama.
Baru aku teringat Lenny orang minang. Kalau bercakap, lenggok sebijik macam Hayati.

Tapi karakter yang aku suka adalah Muluk.
Sama macam Muluk yang aku imagine time baca buku.
Bila Muluk bahasakan diri sendiri as 'Awak', terus teringat arwah nenek.
Arwah nenek Tampin aku kalau bersembang ngan orang kampung, dia bahasakan diri dia 'Awak'.
Masa kecik-kecik dulu aku pelik gak apehal nenek aku ni selamba je cakap makcik depan dia tu bodoh??
'Awak ni mana la nak tau. Awak kan bodoh. Tak skolah tinggi'
Pehhh.
Kalau cakap tak kena ngan tempat, mau berbuih kena sepak ni.
Tapi time cakap 'Awak' tu takyah la kau tunjuk orang depan as if memang kau tujukan 'Awak' tu pada dia. Tak pasal kang berlumba-lumba gigi kau masuk dalam perut.

Dah lama-lama sikit baru aku paham rupanya orang minang bahasakan 'Awak' tu 'Saya'.
Now, turn Mak Aji pulak.
Kalau balik Tampin sembang dengan orang kampung, kadang-kadang keluar la bahasa 'Awak-Awak' ni. 

So bila tengok filem ni, rasa best je.
Rasa macam zaman aku lepak kampung time kecik-kecik dulu. Cuma kat Tampin tu takde la pekat sangat minangnya. Tapi sikit-sikit bahasa yang dorang guna dalam filem ni aku boleh la tangkap.



Ok, aku nak bercuti jap.
Lusa aku balik.
Semua email aku akan cuba balas slow-slow.
Bye.



posted by aveo757 @ 1:22 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER