walk on wings, tread in air: Let It Gooooooooooo <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Let It Gooooooooooo
2014-11-05

Malam semalam tido kul 2.30am.
Bukan mentelaah mahupun buat keje, tapi menggodek balik entry-entry lama nak mosaic gamba-gamba sebelum bertudung tapi banyak lagi rasanya, tak sompek nak buat semua. Tu la sape suruh letak gamba banyak-banyak kan. Kan ke dah satu hal nak memadamkan balik. *sigh*

Pastu terbaca balik ENTRY NI (KLIK)
Tak tau apa kegilaan aku masa ni. Beli perfume sekali beli sampai 6-7 botol, tapi sembur sekali pastu tak pakai. Peram dalam laci sampailah dapat 'hidayah' untuk let go all.
Padahal dari azali lagi aku tau dah aku bukan jenis pakai perfume pun. Tenyeh deodorant je. Tapi saje menggatal nak beli. Konon nak create new hobby la - kumpul botol perfume. Nan ado.
Bila dah let go semua perfume dalam laci tu, aku rasa relieved. Rasa macam jumpa balik diri aku yang dulu. Tapi pastu aku beli lagi perfume, but this time hanya beli kat kaunter je sebab En Wan nak monitor aku bershopping. Takleh beli perfume online lagi. Disebabkan this time beli perfume kena bawak En Wan, jadi keinginan nak beli tu agak terbantut sikit. Walau macamanpun aku berjaya menyambar 6 bijik lagi perfume lepas tu.

...still, aku tak pakai pun.
Habis kuat, aku sembur atas katil buat kasi wangi-wangi.
Tak tau la apa masalah aku dengan perfume. Beli tapi tak pakai.
Kalau En Wan tanya 'Nak apa untuk besday?', PERFUME tak pernah terlintas dalam kepala aku.
Bila semalam aku terbaca balik entry perfume tu buatkan aku terfikir.
Why aku beli berkali-kali sedangkan kali pertama beli tu pun patutnya aku dah tau yang aku memang tak pakai perfume. Why nak kena beli lagi? Why?
Kalau takat nak test bau je, pi kaunter sembur je la 2-3 das pastu blah. Kan ke senang.
So why aku beli?

Semalam, Maha Suci Allah telah mengajar aku something.
Aku tetiba tersedar yang Dia beri aku nikmat membeli banyak perfume, tapi Dia tak bagi nikmat untuk aku pakai.
Dia tak datangkan keinginan lansung kat aku untuk aku pakai perfume tu.
Dia cuma bagi nikmat untuk aku miliki saja.
Besar pelajaran yang Dia bagi ni.
Betapa segala apa yang berlaku adalah atas izin Dia, dan setiapnya memerlukan kita untuk berfikir dan buat pilihan.

Pagi ni bangun, tak jadi nak gi jumpa supplier.
Semangat nak 'mengemas' mencanak-canak datangnya.
Lepas breakfast nasik lemak, ambik tangga, panjat and punggah.



Setelah tarik keluar 3 ketul yang aku nak pakai, maka ni je la yang tinggal sebab yang kena rembat dek pencuri hari tu 2 ketul, pastu ada 2-3 ketul aku dah bagi kat Ima and mak mertua aku.
Aku bukan gila henbeg pun sebenarnya. Balik-balik aku lenjan beg yang sama je. Ntah apa kena aku beli banyak-banyak pun aku tak tau la. Jadi ni semua bakal di let go, tapi sebelum aku eiygo eiygo eiygo semua ni, aku kena tanya adik aku dulu dan bakal adik ipar kot-kot dorang berkenan. Pastu aku nak kena periksa balik semua bag ni ada lagi tak kad-kad dia or resit. Tadi aku check Lady Dior TriColor henbeg nampak resit apakejadah aku spent HKD29000 utk seketul beg yang aku tak pernah pakai lansung??? Beg tu kecik gila. Muat-muat sumbat purse aku je. Nyesal aku kirim. Membazir duit aku je. Bodoh jugak aku ni sebenarnya. Beli tapi tak pakai. Kau kalau keje cop duit takpe jugak.

Tetiba rasa frust lak Chanel tu kena curik. Kalau tak, boleh aku jadikan hantaran tambahan untuk bakal adik ipar. Kah Kah Kah. Bangsat punya kakak ipar.

Teringin sebenarnya nak bergaya macam orang lain.
Pi keje bawak beg sekian.
Pi jalan-jalan ada weekend beg.
Pi kenduri ada beg pi kenduri.
Pi travel bawak 3-4 henbeg buat ganti-ganti nak bergamba.
Mungkin tu la sebabnya aku beli banyak beg. Nak try bergaya. Biar la nampak senonoh and organize sikit.
Kononnya gitu la.
Tapi ujung-ujung satu beg jugak aku pakai sampai naik kepam kaler dia.
Itu lah beg kenduri, itulah jugak beg pi pasar, itulah jugak beg pi keje.
Kalau pi jalan-jalan oversea - back pack. Settle.
Memang kalau dah dasar selekeh tu kan, kau make over sembilan tahun pun tak jadi apa.

Korang tolong la doakan aku supaya keinginan aku untuk beli henbeg banyak-banyak terpadam sebagaimana terpadamnya keinginan nak beli perfume lagi. Dan biarlah juga keinginan untuk beli barang kemas takkan muncul sampai bila-bila.

Kalau boleh doakan sekali aku let go shawl Ariani yang melambak-lambak ni.


posted by aveo757 @ 11:14 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER