2014-11-04

4th


Semalam Rayyan celebrate besday at school.
Pecah tradisi. Belum pernah lagi Redza celebrate besday tanpa mak bapak. Rayyan pecahkan tradisi tu. Teacher dia kata muka dia merah tahan malu sebab kena potong kek. Tapi sebab dia takut ngan teacher kan, jadi hadap je la potong kek jugak. Kalau kat rumah memang aku la jawabnya yang potong kek tu. Kiranya, setahun 2 kali la aku celebrate 'besday'.

Tapi best jugak hantar kek ke sekolah ni. Takyah aku sepahkan rumah and dapur. Hahahaha.
Isi party pack takde apa sangat pun, cuma letak cekelat Nips, belon seketul, pastu apa benda ntah permainan yang tiup-tiup tu, party eye mask, kek Apollo, jelly nata de coco and Yakult.
Kalau nak ikutkan mak bapak budak-budak kat skolah tu lebih dari mampu kot nak belikan semua barang tu untuk anak dorang tapi just sabit nak bagi budak seronok-seronok je. Budak-budak biasa la kan. Macam Rayyan ni pun kalau ada kawan dia buat party at skool, kemain bangga lagi balik rumah tunjuk party pack kat aku. Bukan dia makan pun tapi seronok sebab dia pun dapat the party pack. Ujung-ujung aku yang perabiskan makanan.


Kek beli kat Berry's je kali ni.
Tak sompek nak tempah kek segala. Sauk je mana yang ada. Cuma beli figurine je tepek atas kek.
Eh tapi not bad jugak kek kat Berry's ni. Aku beli extra one slice American Choc, eh sedap pulak.
Semalam aku pi kedai ni balik semula untuk tukar. Kelmarin aku tempah kek lain tapi half kg je. Tukar ke 1kg.


Kelas Redza cuma 12 orang je, sebab tu aku belikan 1kg kek. So classmate and teachers je dapat kek. Yang budak-budak dari kelas lain dapat party pack.


Ni sah bukan budak-budak kelas dia sebab muka anak aku macam kejung semacam.


Ni classmate Rayyan with teacher dia yang juga reader blog.
Mati la aku cikgu Rayyan baca blog.
Kebetulan pula party mask tu sama kaler ngan baju skolah.


Majlis penyerahan saguhati oleh Zorro.
Kot ye pun kan, kau bukak la topeng kau tu dulu dikkkk.


Ni pun bukan classmate dia. Sebab Rayyan buat muka terpeleot.



...and now beginilah keadaan ruang tamu kedua rumah aku. Kerusi meja semua tolak ketepi. Sebab bapak dia buat hiway kat tengah-tengah. Anak dia nak merempit ngan beskal baru sempena besday katanya. Gigih En Wan cari beskal. Disebabkan kitorang takde masa sangat tetiap petang nak bawak dia main kat luar, meh la nak, main dalam rumah je. Apak kau ni memang cukup pandai huru-harakan rumah. Takpelah, sementara nak blaja naik beskal ni kan. Kang sempit-sempit tergesel ngan coffe tabble aku kang sape susah? Apak kau jugak yang susah kena belikan baru.

Ok semalam ada yang request aku buatkan tutorial Shawl Sofina Oblong.
Yang butterfly tu senang sangat kot, takyah tutorial. Tu memang dah di-designed untuk senang lilit. Kalau tak pandai-pandai gak memang saje la.
Aku lagi suka oblong sebab aku suka pakai labuh.
Butterfly pun cover bahagian dada tapi oblong adjustable.
Sebenarnya aku la manusia yang tak pandai nak buat tutorial shawl sebab aku cuma tau satu jenis ikatan je. Memang tu je la cara aku pakai menjak dari awal aku pakai shawl. Aku tak pandai nak bergaya tudung macam orang lain. So aku tak tau la video aku ni kategori tutorial atau kategori nak tunjuk aku bersiap pakai tudung. Sebab aku tak tunjuk sangat step by step. But korang boleh tengok la how alu lilit oblong shawl ni. Simple sangat. Video ni 3 minits. Kalau aku takyah membebel and kejap-kejap pandang webcam pastu pandang cermin, selalunya seminit siap dah.



Jangan tanya kenapa mulut ngan suara tak sama ya.
Kejap ok kejap lari.
Aku tak reti nak adjust-adjust ni semua. Ko nak tengok gamba je kan?
Quality image pun tak berapa sharp, pun aku tak tau kenapa. Kejap warna ok, kejap tak.
Seb baik suara menten tak bertukar jadi bapok. Tulen banggg.


Off to UPM.
Nak beli shawl ni, ko nampak tu belah kiri kat sidebar blog aku ruangan Highlite?
Ada link to SOFINA Shawl. Klik situ.
Yang dalam video aku pakai kaler MIDNIGHT.
Yang dalam gamba atas ni ROYAL BLUE.