2014-11-05

Belittle Syndrome



Aku tau ramai yang faham maksud sebenar apa yang aku nak sampaikan kat status FB aku semalam.
Tapi at the same time aku perlu explain jugak supaya lebih difahami.

Petikan kata-kata lecturer aku tu kisah sebenarnya macam ni...

Tahun 2007, aku terserempak dengan this Prof kat Bio Malaysia.
Kenalkan diri as bekas student. Of cos dia ingat.
Dia kata macamana tak ingat, semenjak dia mengajar kat UNIMAS cuma sekali je kes student tolak offer Kementerian Pelajaran dari dihantar ke Jepun dan dia terpaksa tipu the KPM officer mengatakan that student tak dibenarkan pergi sebab kena siapkan tesis.
Sungguh kureng hasam sekali lecturer ni. Sempat perli aku.
Padahal bukan sebab nak siapkan tesis sangat. Tapi sebab tarikh kena pi Jepun tu, adelah tarikh En Wan balik Malaysia bercuti. Setahun sekali je jumpa boifren oii. Mana boleh lepaskan peluang. *mode : gatal*

Aku ngan Prof sembang macam-macam sampaila masuk bab sambung blaja.

Prof : Saya busy sebenarnya skarang ni. Student saya ramai. 6-7 orang student PhD alone. Belum yang lain-lain lagi. Teaching lagi.

Aku : Ramainya student PhD now!! Zaman saya kat sana dulu rasanya 3 lab sederet tu cuma Jong sorang je buat PhD. Dia dah jadi regular customer saya skarang.

Prof : Memang ramai. Akan datang lebih ramai lagi.

Aku : Orang dah ramai yang bijak-bijak, Prof.

Prof : PhD bukan untuk orang bijak. Tapi untuk orang yang nak buat.

That statement secara indirectly sebenarnya perli aku.
Sebab this Prof yang jadi reference lecturer masa aku apply sambung blaja dulu.

Maksud this Prof very clear.
Bukan maksudnya yang ada PhD tu bangang. Mustahil dia nak kutuk diri dia sendiri.
Dia maksudkan, yang ambik PhD ni terdiri dari orang yang ada kesungguhan untuk dapatkan. Bukan terdiri dari orang yang cream-cream saja. Kalau CGPA kau time Bachelor Degree cuma 2.00, tapi ada 15 years experience in relevant field subject pun kau dah layak buat Industrial PhD.
Di situlah maksud Prof tadi bila dia kata "PhD bukan untuk orang bijak. Tapi untuk orang yang nak buat".
Dan tak bermakna yang tak buat PhD tu pulak bengap.
Mentang-mentang orang tu takde qualification yang sama macam kau, maka kau lebih pandai.

Tapi sedihnya, inilah yang banyak terjadi.
Tak semua, tapi banyak (ramai) yang menjadikan tittle tu sebagai benchmark untuk ukur level kebijaksanaan orang.

Ramai aje yang sambung sampai Masters tapi malas nak sambung PhD. MALAS.
Dalam industry, golongan ni cukup ramai.
Ex-bosses aku baik yang Cina, baik yang Malay, semua sampai MSc. Bila dah join industry, malas. Sebab industry takde kepentingan untuk dapatkan PhD. Lebih-lebih lagi kalau kau run a bisnes. Dalam kelompok industry, kita sama kita tak pandang berapa banyak cert kita ada.
Sebab keperluan tu tak ada.

Biz partner aku also ada PhD.
Tapi dia ambik PhD bukan untuk kepentingan dalam syarikat.
Tapi sebab dia nak enter universiti sebagai lecturer.
Dalam kelompok universiti, dia perlukan that tittle and qualification.
Now, bila meeting di kalangan orang industry dia keluarkan namecard lain.
Bila meeting dengan kelompok universiti dia keluarkan namecard lain yang bersusun segala tok nenek qualification sampai konfius aku nak baca nama ke nak baca qualification ni.

Sebenarnya kalau semua orang blaja untuk respect each other, and stop being a condescending person, we can make world a better place to live.

Seorang tukang kayu yang tiada qualification akademik tapi berpengalaman, akan mendapat kepercayaan yang lebih dari seorang graduate yang ada Bachelor of Science and Wood Furniture Technology. Ilmu tak hanya terbatas pada pendidikan formal saja. Pengalaman juga adalah ilmu.

Fikirkan dan selamat beramal.