walk on wings, tread in air: Saiko <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Saiko
2012-01-22
Pagi-pagi lagi akak tailor tu dah buat aku menyirap.

Hari tu aku ada cerita pasal akak tailor yang aku outsource kan?
Setelah banyak sangat cengkadak, menyusahkan kawan aku pi sana sini nak ambik balik kain-kain aku, baru lah dapat.
Ok, tu cerita Ahad lepas.

Ni aku nak cerita Ahad ni punya kes (today).

Dari semalam akak ni dok sms and email aku mintak duit.
Tak banyak, RM50 je pun, sebab cuma sehelai je dia jahit.
Tapi yang aku hangin tu, baju tu tak bersiap pun. Tapi berani mintak aku duit kan?
Pernah ke terjadi dalam dunia, tukang jahit jual baju tak bersiap kat customer?

Dah la baju tu, aku suruh dia buat lain, yang dapatnya lain.
Baju yang dia jahit tu kan seolah-olah macam baju kurung yang dipasang kolar. Macam style makcik-makcik buat blouse dari kain ela tu. Gila apa aku jual baju macam tu? Aku sendiri tak pakai pastu aku nak jual baju macam tu?

Time aku tunjuk design aku kat dia, wahhhh kemain lagi cakap boleh buat.
Ujung-ujung?????
Punya lah nak close deal, semua dia bantai boleh buat. Pastu potong kain aku ikut sedap anak tekak dia. Dah la banyak cengkadak.

Time aku dok sms, dok beremail dengan dia tanya pasal status kain-kain aku kemain banyak lagi alasan dia. Henfon rosak la, henfon takleh on la, demam la, internet takde la, apa la. Time nak mintak duit eh ok pulak henfon laptop kau segala kan?

Yang aku tak menahan tu salah satu sms dia "...kalau akak yang jahit memang malas nak cakap banyak mintak duit. Tapi ni kawan akak yang jahit. Takkan RM50 pun tak sudi bayar?"
Nak berlagak lagi tu. Konon macam dia tak heran la takat RM50.
Blah la.

Hey pundek!
Aku bukan tak sudi bayar. Tapi aku tak hingin nak bayar!!

Tengkorak dia la baju tak bersiap pun nak mintak customer bayar.
Dah la tak siap, tak cantik pulak tu.
Cara dia jahit tu sebijik macam budak baru blaja jahit.
Aku yang bukan tukang jahit tengok jahitan dia yang tunggang langgang, kasar, aku tau dia ni jenis tukang jahit yang jahit kain - asal jadi baju.

Aku respond kat dia "Memandangkan kawan akak yang jahit baju tu, jadi biar saya berurusan terus dengan dia. Mintak dia call saya. Saya nak pos balik baju tu kat dia. Bukak balik jahitan, jahit seperti yang saya nak, jahit sampai siap, baru saya bayar. That's business"

Tapi aku tau sangat la perangai saiko ni.
Aku rasa 'kawan' tu tak pernah wujud pun. Aku tak rasa 'kawan' dia yang jahit.
Memang dia yang jahit baju tu.
Sebab kalau kawan dia yang jahit, apehal sehelai je? Tak bersiap pulak tu.
And dia kata dia ambil akih jahitan baju kurung. Apehal pulak baju kurung aku tak bersiap??
Pulak tu apesal susah sangat nak bagi contact number kawan dia kat aku masa aku mintak dulu?
Sebab kawan tu tak wujud pun kan?

Aku syak, sebenarnya dia realized baju yang dia jahit tu tak menjadi macam yang aku nak.
Sebab tu dia banyak cengkadak bila kitorang mintak balik the kain. Sebab kalau boleh dia taknak hilang deal tu. Dia perlukan masa lagi untuk outsource tukang jahit. Tapi tu la kan, orang kalau buat keje tak jujur memang lembab la sikit rezeki nak masuk. And now ada hati nak mintak aku bayar?? Kalau kau rasa kau di pihak yang benar, silakan call aku. Aku nak dengar sendiri kau berlagak macam dulu.

posted by aveo757 @ 7:47 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER