2012-01-26

Petua lagi


Gamba ni aku snap kat opis semalam, sempena masuk memulakan keje di opis buat pertama kalinya tahun ini sebab dari start 3 Jan, aku berpantang.

Aku : Bang, ok tak Di pakai tudung kaler purple?

En Wan : Hmmm...ok. Nampak putih sikit.


Ni la dia ye puan-puan.
Dah kawen 11 tahun baru nak pertikaikan kaler kulit aku bagai.
Dulu kemain lagi bila aku tanya 'Awak tak malu ke gf kulit gelap?' (ayat saikologi sebenarnya ni)
Ohhhhhh takde hal okkkkkkk.
Masa tu dia jawab 'Perempuan kulit gelap ni lagi hot'

Ayat tak boleh blah.
Penuh kepuakaan.

Now????
Mengapakah skarang baru kau persoalkan  kembaliiiiiiiii??
Setelah kau geledah apa yang tersembunyi??
Setelah kau rabakkan apa yang tersimpan rapi???
Baru kini kau ungkiti????

Kalaulah naik kuda hitam
Lari kencang nafas pun panjang
Kalaulah punya pacar hitam
Walau hari panas senyum senang

**tetiba masuk lagu Kuda Hitam**



Ok abaikan kemerepekkan aku kat atas tu.

Actually aku nak turunkan satu petua (tak tau la ni kategori petua ke, kategori bidaah ke) tapi bibik aku practikkan ni pada Rayyan. Kalau kitorang nak berjalan jauh, yang susah nak jumpa public toilet yang selesa, bibik aku akan ikat hujung baju dengan getah macam kat atas ni pastu baca "Bismillah. Jangan berak-berak kalau belum sampai rumah"

Aku nak tergelak pun ada masa dia bagitau petua ni.
But it works!

Cuba try kat anak-anak korang.

Bibik cakap kalau orang tua pulak, ikat getah kat hujung ibu jari (kaki belah mana pun tak kisah) pastu baca "Bismillah, Jangan kencing-kencing kalau belum sampai rumah"

Ce try. Ce try.

Hmm...agak-agak boleh tak aku improvisasikan petua ni kat En Wan?
Ikat getah kat telo dia pastu....

Okeh.
Boleh try!