2012-01-26

Baju

Cuti CNY lepas aku habiskan masa berpeleseran di shopping-shopping complex.
Cina nak raya pun tak redah semua mall, aku yang lebih-lebih.
Puncanya sebab nak beli baju baru for Rayyan.
Budak ni badan dia tebal, umur baru setahun, tapi pakai baju size 2 tahun.
So baju dia now semua dah sendat-sendat.
Kesian anak aku, sampai tersentil-sentil pusat punyalah padatnya baju tu.

Masa aku shopping tu aku tengok lagi ramai Melayu dari Cina yang shopping baju budak-budak. Aku pun konfius jugak. Ni sape yang raya sebenarnya ni?

 
Budak ni semalam tertelan pencuci muka aku, terus hari ni demam.


Tapi seronok bila tengok mak bapak terjerit-jerit panggil anak sebab nak acukan baju.
Zaman aku dulu, menjerit-menjerit aku mintak belikan baju, makbapak aku wat dekkkkkk je. Bagi dorang, aku dah bawak kau berjalan dah cukup bagus okeh??
Kau berguling la head banging atas lantai mall tu pun, haram sampai ke sudah dia tak beli.

Macam aku dulu zaman kecik-kecik, kalau tak kerana nak raya or nak masuk skolah, jangan kau berangan nak merasa baju baru. Skarang ni kita tengok keluarga yang dapat beli baju anak-anak cuma 2 kali setahun dah jatuh kategori miskin. Padahal aku pun dulu beli baju 2 kali je setahun tapi apesal aku macam rasa aku kaya? Wakakaka.

Bila aku cerita kat En Wan aku dulu beli baju baru 2 kali je setahun, tu pun baju kurung selai, baju moden selai, yang lain tu baju skolah, En Wan kata aku menipu.
Bodoh gila la aku nak menipu bagitau semorang aku miskin. Baik aku tipu cakap aku kaya.

 
Baju baru yang dibeli di tempat longgok-longgok. 
Biar dia rasa macamana mak dia rasa dulu.


Memang bertuah budak-budak skarang, aku percaya ramai makbapak yang concern dengan penampilan anak-anak. Kebanyakkannya tak kisah kejap-kejap beli baju untuk anak. Aku tengok so Tetty Hayati kejap-kejap up kan baju untuk budak-budak, kemain ramai lagi yang beli. Takyah tunggu raya pun. Sometimes mak bapak skarang ni, ada baju yang belum pakai tapi dorang suka membeli.

Bukan calang-calang budak (kalau yang duduk bandar) boleh terima hakikat dapat baju baru setahun sekali. Aku pun tak paham apesal mak bapak aku dulu susah nak belikan kitorang baju baru. Seingat aku memang dua kali je la kitorang dapat baju baru. Sampaikan kalau pi aktiviti sekolah petang-petang, aku takde baju putih nak pakai (masuk kawasan sekolah kan kena pakai baju putih). Bukan takat baju putih, seluar track aku pun cuma satu je!! Tu pun jenis suar kaler biru tua kain cotton yang 3 kali basuh kaler dia pudar macam berabuk je dari jauh. Jenis yang getah seluar kat buku lali tu mengembang lepas pakai 3-4 kali.
Korang pernah pakai tak seluar macam ni?
Ke aku je?

Tak lojik gila seluar track just sehelai and baju putih lansung takde kan?
Tapi memang tu la sebenor-benornya pun.

Oh, by the way, aku dulu takde T shirt sangat.
Aku pun lupa aku duduk rumah pakai baju apa. Seingat aku T shirt yang aku selalu pakai adelah T shirt putih depan dia ada gamba katun binatang-binatang ada tulis SEONG CHONG MINI MARKET.
Gila sadis.
Baju pun ihsan emporium.
Tu pun sebab beli vitamin, dapat free baju.

Memang tu je la pun T Shirt yang aku dok pakai ulang-ulang sampai nipis boleh nampak kulit badan baju tu aku kejekan. Masa tu aku rasa T Shirt tu sangat 'in' dengan trend semasa - T shirt putih, depan ada gambar-gambar.
So what??
Kau ada T shirt putih bergambar, aku pun ada. Walaupun T Shirt emporium.
Janji ada.

 
Baju En Wan ni, aku beli kat Padang Besar hari tu dengan harga RM35 sahaja. Tapi kualiti superb!


Bila time nak pi aktiviti petang masalah besar aku memang baju.
Sebab aku tak tau nak pakai apa.
Takkan seminggu nak belasah seluar track yang sama?
Seluar kalau cantik takpe gak. Ni dah belapuk.

Last resort adelah dengan memunggah lemari Pak Aji.
Aku gi aktiviti petang pakai seluar track and T Shirt pak Aji.

Bunyik macam menipu, tapi memang tu je la pilihan aku ada.
Samada aku pakai atau aku tak attend aktiviti petang.

Pak Aji dulu banyak baju putih free, sebab dia keje Jabatan Pendidikan, so kalau ada program kat mana-mana sekolah mesti ada baju putih. Tapi semuanya berkolar la.
Aku kesah apa berkolar ke tak, janji aku ada baju nak pakai.
Sometimes T Shirt Pak Aji yang aku pakai tu ada logo MILO, logo Jabatan Pendidikan, pastu logo Rakan Muda, logo Anti Dadah la apa la. Kawan-kawan aku cakap aku maskot. Sebab baju aku semua baju iklan.

Disebabkan tinggi aku cuma 5 kaki, Pak Aji pulak 5' 11", so korang leh imagine la kan berapa kali lipat kat pinggang everytime aku pakai seluar track dia.

Bukan takat tu sajeeeeeeeeeeee.
Stokin Pak Aji pun aku bedal okkkk.
Aku pun tak boleh nak ingat macamana stokin Pak Aji yang tapak kaki panjang tu boleh fit dengan kaki aku.


Tapi nasib baik zaman tu zaman band boy.
Tak salah aku masa tu 4U2C dah ada, NICO dah ada, so takde la menyakai sangat bila orang nampak aku pakai baju besar seluar besar. Sekali pandang mesti orang kata aku minah hip hop la. Padahalllllll.

That's why sampai ke zaman matrik, aku sorang je budak perempuan yang pakai baju gedobos-gedobos. Zaman tu budak-budak lain semua dah pakai baju slim fit, body shape la apa la. Masa tu kalau aku beli baju BUM ke apa ke (masa tu BUM tengah hot. Kira masa ni sape takde BUM tak 'in'), mesti aku akan pilih size L. Sometimes aku beli size XL. Tu pun rasa tak cukup besar lagi.


Bukti aku memang pakai baju besar dulu.
Sekarang pun pakai baju besar gak. Tapi bukan sebab trend, sebab perut dah besar jadi kena cover.


Lepas habis zaman pakai baju besar, aku masuk ke zaman gedik nak pakai baju kecik-kecik.
Masa tu kalau badan muat saiz S boleh mendatangkan amarah!
Mati-mati nak saiz XS jugak.
Poyo gila.
Apesal la takde saper nak lempang aku time ni?

Kalau gi try baju sekali tak fit saiz XS, terus sehari suntuk taknak makan.
Pastu every 10 minits timbang badan.
Macam la berat kau boleh turun dan-dan kan.
Tapi bak kata orang, determination tu penting. Masa ni, sanggup tak makan. Lalu depan KFC pun boleh buat muka takde selera padahal perut menggigil-gigil tahan lapar. Orang sua makanan pun 'Takpe, no thank you'. Punya la nak pastikan tulang kat dada tak hilang.
Kalau tulang dada tak timbul tandanya gemuk okkkkkkkkkk.
Tuiiiii.


Sekarang ni aku takde masa nak check tulang dada aku hilang ke tak.
Yang penting buah dada aku tak hilang.