Memang aku puas hati dengan tudung Ariani so far.
Tudung dia cantik terletak.
Masa aku mula-mula nak shopping tudung, aku pergi banyak tempat untuk cari anak tudung. Aku memang plan nak pakai shawl bila aku dah bertudung nanti. Tapi banyak gila tempat yang aku pergi, yang aku browse kat online payah nak menepati selera aku.
Pernah aku pergi satu kedai ni sampai menghempas-hempas sales tu melipat semua tudung yang aku try. Aku try lebih dari 20 helai tudung semuanya failed. Time tu aku konfius. Awning ni senget ke, kepala aku yang senget?
Semua tudung be it anak tudung or tudung instant yang berawning semuanya tak kena.
Busuk.
Eh.
Ada yang terlonjong la, ada yang terpenyet la, ada yang kembang semacam. Dah la muka aku pun kembang, kau pun sama naik mengembang-ngembang. Semuanya macam tak konsisten. Padahal design sama, material sama, saiz sama (katanya) tapi bila sarung ada aje yang menyakitkan hati aku. Nasib baik keinginan nak bertudung tu tak terus tertutup sebab tak jumpa tudung yang sesuai.
Last kedai yang aku masuk adelah Ariani Bangi.
Tu kira last resort.
Aku masa tu tak bertudung, of cos aku takkan pernah masuk Ariani punya.
Kejadah apa aku nak masuk Ariani kan.
Dah la baju aku masa tu semuanya tak cukup kain. Istigfar panjang budak-budak Ariani.
Masa aku masuk Ariani tu baju aku dah start mensopan sikit walaupun belum bertudung.
(istilah bersopan aku time tu adelah baju lengan panjang tapi see thru tetap see thru. Tak pakai inner. Oh by the way, dulu aku mana tau inner tu apa)
Aku masuk Ariani terus tanya anak tudung.
Sales tu cakap anak tudung Ariani adelah tudung-tudung instant labuh paras dada. Not so 'anak tudung' la, tapi for Ariani, itu di-consider-kan sebagai anak tudung.
Terus aku try.
The moment aku sarung je, tudung tu cantik terletak, terasa muka aku kiut luar biasa.
Panggggggggggggggggggg!!
Terus aku try 4 tudung yang lain.
Dah alang-alang aku belasah 5 anak tudung kat situ, aku terus beli shawl 2 helai.
Anak tudung Ariani tu boleh tahan lagi la harga dia, part shawl tu rasa nak terkencet.
Nasib baik aku pegang 2 helai je shawl.
Dah la aku ni bangsa kalau membeli tak tengok harga. Main ambik, ambik, ambik, letak kat kaunter.
Sekali tet tet tet tet orang tu kira dah lebih RM500.
Anak tudung just RM89 je sehelai.
Si shawl ni sampai RM120 sehelai.
Insaf kejap.
Anak tudung hitam ni pun from Ariani, shawl pun Ariani.
Tapi anak tudung ni aku tak pakai kat luar rumah dah, aku pakai untuk solat je.
Sebab dahi aku kecik, bila pakai anak tudung ni muka aku nampak cam penyek sikit dari kebiasaan. Hoh.
Tapi aku cakap kau, kalau masuk Ariani, tetapkan hatimu.
Sebab Ariani ni sals-sales dia semua puaka.
Setakat ni yang pergi sales-sales Ariani Bangi paling puaka la.
Dorang punya ayat tu akan buatkan kau beli dan beli dan beli dan beli lagi.
Masa first time aku beli tu, around RM600 kot.
Pastu terus dapat diskaun card sebab purchase lebih dari RM500.
Tapi budak-budak sales dia hasut aku 'Beli la ni, Kak'.
Aku bertahan.
'Cuba akak try ni, ni pun cantik, Kak'.
Aku bertahan lagi.
'Akak pakai yang ni cantik sebab akak kulit cerah'
Wuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Bukan selalu ada orang puji aku kulit cerah weiiii.
Terus beli.
Walaupun aku tau pujian budak tu agak keji, tapi takpela, bersangkalah baik. Mungkin dia buta warna.
Aku beli cukupkan sampai RM1K, lantas dapat kad diskaun berganda.
Disebabkan now ada kad diskaun, jadi aku decide takkan beli tudung kat mana-mana kecuali Arianni.
Sebab sah-sah dah ada diskaun kad kan. Jadi gunala kelebihan dapat diskaun tu.
Until la after a few times pergi Ariani, shawl dia macam tak menambah-nambah pun.
Macam takde stok baru sangat.
Tapi anak tudung memang cun-cun.
Jadi aku try outsource shawl.
Jadi, alang-alang aku beli untuk aku sekali, aku terus beli lebih letak kat blog, kot la korang pun berkenan jugak. Sebab tu every shawl yang aku bawak masuk semuanya aku rembat satu set. Cuma shawl yang gradient baru-baru ni, last-last aku dapat 4 helai je out of 11 sebab terlampau ramai yang beli sampai ada waiting list. Jadi, aku bagi la kuota aku.
Oh yes, shawl dijadualkan sampai this week, harap pakcik kastam baik hati tak tahan package aku.
Berdoalah.
Camwhore di atas ini menggayakan inner Arianni except gambar pertama baris kedua tu antara tudung terawal aku beli kat Giant. Hasilnya, lepas sekali basuh terus awning dia bergulung. Ke Encik Tong la perginya.
Kepada yang mintak aku buat tutorial camne nak ikat shawl aiseyman, cukuplah aku menjadi camwhore saje. Tak tertanggung rasanya tittle-tittle yang aku dah carry ni.
Tak pasal dapat tittle baru nanti.