Boleh tahan seram cerita ni, silap-silap korang boleh terasik sekali.
Tapi lagi best kalau pelakon-pelakon dia adelah pelakon yang baru tapi kena terer berlakon la. Kalau pelakon-pelakon yang tak pernah nampak ni selalunya akan buat rasa takut tu lebih lagi.
Bila tengok citer hantu ni teringat bibik aku yang first tu cerita.
Dia cakap rumah dia memang pendalaman.
Kalau hantu di orang kampung dia dah macam boleh member sebab selalu sangat muncul. Macam takde time limit. Pukul 10 pagi ada, pukul 8 malam ada.
Satu malam tu dia nak memerut.
Jamban lak bangsa jamban kat blakang rumah.
Dia dah boleh agak dah akan ada hantu standby.
Masa dia tengah mencangkung tu ada orang suit-suit dia.
Kalau kita-kita ni dengar orang suit-suit mesti bajet laki nak skodeng. Tapi bibik aku cakap bila dia dengar suit-suit tu, dia terus dongak. Jamban dia tu ada gap antara bumbung and dinding, kira macam ruang udara la. Bila dia dongak, dia nampak cun je cik ponti duduk atas satu dahan siap kaki berayun-ayun macam naik buai. Bila ponti tu perasan bibik aku pandang dia, boleh la pulak cik ponti ni tegur 'Mau ditemanin ngak?'
Sialpalis punya ponti.
Kau buat ramah pulak eh?
Aku dengar cerita bibik tu rasa macam nak terkencing.
Bibik kata dia dongak kejap pastu dia teruskan balik konsentrasi memerut.
Gila kagum aku dengan bibik. Boleh je dia terus berak.
Kalau aku mau empat hari terus hilang rasa nak berak.
Aku ni cukuplah dulu 2 kali ternampak ponti berjalan depan mata and sekor lagi si ponti sama-sama tengah queue kat phone booth. Sampai skarang clear lagi scene tu kat ingatan aku. Kalau aku jadi penakut nak tido sorang-sorang kat hotel pun dah memang patut sebab aku dah penah nampak.
Masa aku kat Maahad dulu ada satu malam tu aku terlebih rajin.
Masa tu orientation week so waktu siang aktiviti padat, so malam baru ada masa nak membasuh. Tapi sebab semua pun bantai membasuh malam jadi bilik air full. Jadi tengah-tengah malam pukul berapa ntah aku lupa, aku gi angkut baldi masuk bilik air. Alone.
Orang lain sibuk bangun malam sembayang, aku bangun malam nak membasuh baju.
Masa tu gila berani aku.
Bajet la kan time tu mentang-mentang budak Maahad, siang malam berzikir, hantu mesti tak berani kacau punya. Dengan konfidennya aku nak basuh baju.
Masuk bilik air kolah tu, aku nampak macam ada kepala kat hujung kolah tengah terbongkok-bongkok memberus. So aku pun malas pi sana jugak, berus kat depan pintu je sudah la.
Akak tu perasan agaknya aku masuk, dia tegur 'Junior ye?'
Aku : Ha'ah.
Akak : Orang mana?
Aku : Bandar Baru Bangi
Akak : Tak rindu makbapak?
Aku : Malam-malam ni terasa jugak la rindu.
Akak : Biasa la tu. Baru-baru lagi. Akak dah sembilan tahun blaja sini, masih lagi rindu.
Masa ni aku dah bergenang airmata.
Ntah apa-apa akak ni, dah tau aku baru masuk sini lagi nak bukak topik rindu-rindu. Aku nangis kang.
Aku pun diam je.
Terus basuh baju.
Malas layan besembang.
Tau-tau ada akak senior masuk bilik air. Dia carik aku sebab rupanya dorang buat spot check dari dorm ke dorm sekali aku takde. Akak tu sound aku berani masuk bilik air sorang-sorang. Sku cakap 'Akak tu ada teman' sambil tunjuk kat tepi kolah belah sana.
Tapi akak senior tu check takde orang pun.
Bila aku cerita balik apa yang aku sembang ngan 'akak' tu, akak senior tu pandang aku pastu cakap 'Dik, takde orang blaja kat sini sampai 9 tahun'.
Ok. Senyap.