2007-10-23

Open office


Kekenyangan.Pembuncitan.
Mengantuk.


Itulah point-point yang tepat bagi menggambarkan keadaan aku skang ni.
Kekenyangan sebab budak-budak lab opis lama aku buat open office dalam lab. (makan dalam lab, boleh?) Dah dijemput, harus la datang. Nasik impit, kuah satey, rendang ayam (Nogori style), KFC, kuih raya, lomangbla bla bla. Pesta perut lagi diaktifkan lagi.

Pembuncitan berlaku selepas membelasah 8 bijik nasik impit, dengan 2 ketul rendang ayam, 4 keping lomang dan sekeping tempeyek.

Mengantuk adelah harus berlaku sebab makan lomang banyak sangat. Tak makan lomang pun aku dah tersangap sampai nak rabak mulut. Inikan pulak makan.
So, dah alang-alang sampai ke opis, apa kata aku ambik gamba bilik aku yang dah macam stor. Bila opis baru dah siap baru bleh angkut segala kotak-kotak ni.


Gila semak meja and bilik okkkk. Sesemak paler otak aku skang.


Kotak dan book shelf yang menanti untuk diangkut ke S.......

Nampak pintu tu? Itu tittle 'Manager' sudah ditanggalkan (tak sempat-menyempat!!), pastu siap tampal lak sticker-sticker yang aku tak paham apa dia tulis.
Banyak gak peminat drama bersiri 'Aku Seorang Abang Yang Gatal Kote' ni kan?
Sampai ada yang perli-memperli pasal orang pantai timur la, mek kelate la, haloooooo no offense ok. Aku bukannya nak mengutuk orang Kelantan or Mek Kelate, it happens to tak kira kat siapa dan dimana pun kita berasal, cuma tak tau kenapa telinga aku banyak dengar kes-kes cenggini berkait-rapat ngan Mek Kelate. Tapi bukanla maknanya semua yang dari Pantai Timur ni teruk, laki aku pun asal pantai timur gak, sepupu-sepapat mak aku ada gak asal Kelantan. Dah la, toksah perli-memperli okkk.

Baru-baru ni En Wan ada call kampung, mak metua aku cakap nak carik orang ubatkan Abang. Ada ke Abang ni mengamuk dia kata nak bunuh Intan? Gila haper samdol ni??? Intan balik umah parents dia. Elok la, tak pasal ada yang berkerat 18 kang. Nak je aku heret dak Abang ni jumpa Haron Din kasik rendam lam air Yasin baru tau.

Tapi aku macam dapat rasakan Abang ni sebenarnya tension sebab takde sorang pun membela dia ngan Ina. Semua suka kat Intan. Kalau ikut lojik akal la, apa ko susah, ko jatuhkan talak, pastu ko kawenla ngan janda tu kan. Tapi nampak sangat kitorang ni berjaya pressurekan dia sampai skang dia tak mampu nak lepaskan Intan. Sebab dia tau, kalau dia cerai Intan and kawen dengan Ina, dia akan hilang kemewahan hidup. Sah-sah mak aku halau dia dari rumah. Mana ko nak merempat???

Tapi kalau dah jodoh dia dengan Ina kuat, takleh kata apa la kan? Kawen la ko, tapi dipersilakan la angkut kain baju segala. Aku volunteer kemaskan beg baju ko.