walk on wings, tread in air: Cerita raya lagi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Cerita raya lagi
2007-10-20


 Aku ngan adik laki aku, Ibal. Beraya rumah mak aku tahun ni aku ada penyakit baru. Penyakit malas pakai make up. Kasik can la aku nak perasan di blessed dengan natural beauty. huahhuahuahuah. Macam mayat kan muka aku?



Ima and Ibal. Dapat jugak kitorang adik beradik berkumpul.


Masa pagi raya tu, kitorang plan nak bawak Intan bertandang umah sedara-mara, pastu last sekali baru gi rumah dia untuk hantar dia balik beraya ngan parents. Mujurrrrrr sesangat la tak bawak Abang sekali.

Rupanya sejak kitorang sampai ke KT 2 hari before raya, Intan ni dah dok sms mak dia cerita la yang Pok Ayi dia ni baik, tolong carikkan Abang bawak balik rumah, hantar janda ni balik Kelantan and all. So before kita sampai ke rumah Intan, dia dah call mak dia cakap kitorang dah nak sampai dah ni. Kengkonon get ready la air ke kuih bagai.

Kebetulan Redza tido atas riba, so aku cakap aku takyah keluar la, kem salam je ngan orang kat dalam sebab Redza ni kalau terganggu tido dia, naik minyak sampai ke malam. So rombongan beraya ni masuk la umah Intan.

Laki aku cakap, masuk-masuk je, semua klorga dia dah duduk kat hall, tapi senyap je. Dah bersalam semua, tapi still senyap. Takde la saper nak bertegur. So, laki aku ni bukak la mukadimah 'Panas ye raya ni pakcik'. (ayat drama swasta. nampak benar takde modal)

Bapak dia diam.
Uiksss....

Lepas tu mak dia bukak mulut.
'Ni, Pok Ayi ye? Gini Pok Ayi, saya tengok Abang ni pukul2 Intan sampai lebam, berdarah bla bla bla bla.......'
Patutla laki aku cakap kuih dalam balang tak berisi, rupanya diorang dah standby machine gun nak sembur kitorang.

Mak dia sikit tak pandang besan dia or mak metua aku. Seolah-olah cuma laki aku je ada dalam rumah tu. Mula-mula tu cakap adaa rasional lagi la. Sekali datang abang si Intan ni, takde la tua mana, umur 25 tahun je. Terus dia makinya klorga laki aku. Siap cakap 'Hoi orang tua, ko diam. Kang aku penampar kang'.
Dia cakap kat mak metua aku okkkkkkk. Depan laki aku tuuuu. Seb baik la laki aku ni akai dia kat otak, so dia takde la tengking balik, dia cuba bersikap rasional. Sebab kitorang ni kiranya pihak yang memukul Intan la kan, sebab klorga Abang. So, taknak la berkeras sangat sebab tau Abang memang salah dalam hal ni. tapi si jantan pundek ni pun sedar-sedar la yang ko tu dah la muda gila, hormat la sikit kat orang tua. Mak bapak ko tak ajar ke?

Aku rasa memang mak bapak dia jenis yang mulut celupar gak. Sebab masa anak jantan dia dok mencibai depan kitorang bapak dia diam je. Mujur sangat la aku takde lam umah tu. Kalau tak, aku konfem tanya 'Makcik, suami makcik ni diam tak kata apa kenapa? Tercekik batu lembu ke?' Orang Tganu refer 'telor lembu' as 'batu'.

Siap si abang Intan ni kata yang kitorang dah bagi Intan minum Holy water???
Jinjang ok abang dia. Bangang sebangang-bangangnya! Cakap berdegar-degar. Ko tau tak kalau dah tertelan Holy water tu, ko takkan dengar azan? Aku tengok Intan ni rajin sembayang, dia tak dengar azan ke? Gereja mana yang ada kat bandar KT ni????

Siap boleh kata kitorang semua muka tak sembayang.
Macam sial okkkk. Betul la formual mengatakan bahwa klorga yang porak peranda, anak memang macam gampang sikit perangai dia. Kesian aku tengok Intan ni. Patutla dia ni ada history 'perempuan liar' sket. Tak salahkan dia la, tengok mak bapak dia macam tu, dengan adik beradik siap kuang ajar ngan orang tua, tak mustahil bila mak bapak dia tua sok, semua bakal dihumban kat rumah orang tua. Tengok la.

Masa abang dia menengking-nengking tu, semua dah keluar malas nak layan. Yang stay cuma laki aku and abang ipar aku. Laki aku still cuba nak kontrol keadaan, sampai satu tahap laki aku malas nak layan dah, dia cakap kat Intan 'Intan, mak Intan kata Intan kena sampuk dengan kami. Dia nak hantar Intan berubat. Intan tinggal sini ye.'

Intan ni siap menangis-nangis 'Intan nak balik. Intan taknak duduk sini.'
Pepatah kerajaan berkata, RUMAHKU SYURGAKU. Skang aku nak tanya, rumah siapa yang macam syurga, rumah mak metua aku ke, rumah mak bapak dia yang 'kuat sembayang' ni? Sampai anak sendiri pun tak hingin nak duduk bersama.

Seb baik aku takdeeeeeeeeee.
Kalau aku ada, boleh aku tambah 'Makcik, agaknya santau yang kitorang pakai ni terlebih kuat kot, sampai Intan taknak duduk sini dah.'

Patutla tak sampai 10 minit diorang masuk umah Intan, aku tengok adik tiri laki aku dah keluar. Takkan takde orang kat rumah?

Laki aku masuk je kereta, dia cakap 'Bergaduh kat dalam'.
Aku tengok airmata bergenang je kat mata En Wan.
Dia kata dia sedih orang cakap klorga dia, mak dia macam tu. Macam la klorga kita ni buruk sangat. Padahal orang Trengganu kenal siapa bapak metua aku. Sultan Mizan tu pun kenal siapa bapak mertua aku. Nak maki hamun orang pun pandai-pandai la. Ko nak sembur pun, ko sembur la mak Abang ni ke, yang ko pi korek segala isi perut klorga Wan Dagang ni buat apa??? Kalau betul takpe. Menfitnah pandai. Terlebih sembayang la kotttt. Dah cukup bagus kitorang nak terima anak ko jadik klorga.
So, akhirnya Intan ni ikut kitorang balik. Takpela, Intan dah pun jadik klorga, kalau dia nak balik umah mak bapak dia balik la, kalau dia nak datang umah kitorang, takde masalah, kita terima.

Balik je rumah, Abang ni kena sound kaw kaw ngan laki aku.
Biasala kalau bercakap ngan set-set bangang ni, diorang ingat kalau tak melawan bermakna kalah. Dan-dan tu dia nak jumpa Abang si Intan ni ajak gaduh. Tapi bak kata laki aku selalunya orang yang cakap besar ni, kote dia terselit celah bontot. Abang call HP abang Intan ni, taknak pulak angkat. So kitorang cakap takyah gaduh-gaduh sebab ko la puncanya pun. Pi bantai anak orang buat apa? Kalau tak suka buat la cara tak suka, selesai cara baik. Ini pi belasah teruk-teruk.

Si Abang ni aku rasa memang kena mandrem ngan janda ni.
That day masa aku tanya Abang, kenapa tak kawen je ngan Ina? Intan kan tak kisah bermadu?

Sepantas kilat si Ina (janda) ni pandang muka Abang. Kasik warning la tu. Dan-dan tu jugak Abang kat dia taknak dua, nak satu je.

Abang ni memang bodoh.
Dia ingat, lepas kawen, boleh bawak terus Ina ni balik umah mak metua aku. Makan tanggung, bil letrik air takyah bayar, takyah pikir sewa rumah, gaji ko boleh berpoya-poya sampai mati. Si janda ni pulak agaknya nak lari dari kesusahan, sanggup tinggalkan mak bapak and anak sebab nak join klorga kita. Terbayang la kat kepala, boleh hidup senang lenang????

Laki aku siap bagi warning kalau Abang kawen dengan Ina, and Ina tinggal dalam rumah tu, dia sendiri akan balik Tganu and halau dua-dua keluar. Jahat kan laki aku? Aku la yang merancangggggggggg (sila tiru gaya Raja Azura). Wakakakaka.

Gila ke aku nak meracun orang macam tu? Dah sedia banyak dosa aku, takyah nak menambah dosa lagi.
Memang mak metua aku pun taknak kasik Ina tu jejak kaki kat rumah dia. Ada ke, bulan pose lepas, mak metua aku nampak dia terjingkit-jingkit masuk rumah, terussss masuk bilik Abang. And mak metua aku cakap bukan sekali okkkk.

Masa aku tanya si janda ni betul ke hari tu ada masuk bilik Abang, lebih dari sekali?

'Mana ada, saya datang sekali je. Itupun mak Abang yang suruh saya masuk bilik sebab masa tu ada tetamu datang'.

Fukimak kauuuuuu!
Apa kejadahla Kak Long aku nak suruh ko masuk bilik bila tetamu datang? Ko tu saper? Ko tu pun tetamu ok, bukan ahli klorga pun.

Masa aku bagitau Kak Long pasal benda ni, Kak Long aku lagi la terperanjat. 'Bila masa Kak Long jumpa dia? Kak Long tak penah jumpa pun lagi'.

Amat sundal kan?

Dah la, aku cakap ngan laki aku, suruh je la diorang tu kawen, tapi pandai-pandai la nak idup kan, sebab sah-sah kitorang memang takkan terima Ina tu dalam klorga.



Redza and Acu dia kat rumah nenek aku @ Tampin.


Ibal and Ridwan (sepupu aku) yang gila brilliant budak ni. Tu bergambar ngan keta uncle aku. Poyo je.

Adik aku dengan Nadiah (adik kepada Ridwan). Porch nenek aku dan lawn nye memang tak muat untuk 13 bijik keta. So saper sampai cepat dapat la, saper lambat sila la parking kat luar. Tak kira la ko bawak balik Evo ke, Lancer ke, nasib la kan. Termasuk la yang tengah parking luar pagar tu.


Yang belah kanan tu abang kepada Ridwan, Anuar.




Yang berisi tu sepupu aku, Nazir. Singaporean. Dia ada production house. One of the artist is Maman Teacher's Pet. Yang pendek tu uncle aku, Portugese masuk Islam, US army. Gila penjajah kan menantu nenek aku? Wakakakakakaka. Tapi aku sayang uncle ni.


posted by aveo757 @ 1:05 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER