2007-10-26

Berita terkini


Laki aku cakap, mak metua aku ada citer bawak dari kampung.
Citer mende lagi, dak janda ngan Abang la.

Mak metua aku cakap skang ni Abang dah tak balik rumah, sebab itu janda birah sudah terlepas dari kampung dia and datang KT. Ok, now aku dah habis perkataan nak carut. Ada sesaper nak bagi aku idea camne nak carutkan betina ni? (lagipun aku pose)

Dah la datang KT, takde tempat nak tinggal, pi la tinggal kat hotel hendaknya. Oooo, takkkk.
Dia pi tumpang rumah pekerja kak long En Wan. Mak metua aku dapat tau pekerja ni subahat sorokkan janda ni kat rumah dia, kena bambu cukup-cukup. Aku tak penah pulak nampak mak metua aku laserkan orang, tapi aku dapat bayangkan la bisingnya mulut dia hambat orang tu. Nak pulak kalau mak tiri En Wan masuk team, pehhhhh. Ko boleh siap order teh tarik lagi tengok dua orang tua ni.

So, lepas kena bambu tu pekerja ni pun takut, dia halau janda ni keluar. Skang janda ni menyewa la rumah lain. Soalnya...saper yang tukang bayar sewa rumah tu? Janda itukah? Atau abang yang bodo ni kah? Sila pikir sendiri. Aku malas nak tulis.

En Wan memang bengang. Tapi bengang dia tak le se-over kalau aku yang bengang. Aku pulak yang lelebih membentak-bentak bila dengar. So, En Wan dah warning mak dia, kalau nampak Abang ni bawak masuk Ina ke rumah, immediately halau dua-dua keluar dari situ. Kalau tak, dia sendiri balik Tganu halau diorang. Mintak-mintak mak aku tak mampu nak halau dorang, so bolehla kitorang balik Tganu. Akan ku rakamkan peristiwa bersejarah tersebut. Wakakakakakka. Keji gilaaaa.

Aku : Bang, kenapa takde orang yang berani nak bahasakan si Abang tu? Biar dia tau sikit. Ingat dia besar sangat ke kat dalam rumah tu?

En Wan : Abis macamana Di. Dah kalau nasihat tak dengar-dengar, buat bodoh je la.

Aku : Takkan Kak Long tak cakap apa-apa kat anak dia?

En Wan : Susah la Di. Itu anak dia.

Aku : Heran betul. Takde orang yang berani nak marah dia. Tu yang dia ingat kita takut kat dia tu.

En Wan : Awak ni. Cuba awak bayangkan. Kalau awak dah gila sangat kat abang, mama marah macamana pun, awak akan teruskan jugak. Sampai satu tahap mama pun malas nak layan dah. Macam tu la jugak situasi dorang kat sana.
(dulu aku ada bagitau, En Wan kalau tinggi suara kat aku, mesti dia panggil aku 'awak')

Amende lak ni? Aku pulak kena.
Aku tanya je.

Memang la kalau dah gila bayang tu kita tend nak buat sesuatu yang melampaui level kewarasan otak. Tapi kes abang ngan janda ni bukan gila bayang namanya. Ni namanya gila babi.

Lagi satu, pesanan untuk En Wan.
Bila masa aku gila bayang kat ko?
Ko yang kejar aku.
Aku lepakkkkkk je.
(sambil jeling dan berkata dalam hati 'Aku tak masak malam ni. Pepandai la ko makan Mamee)