2025-05-19

GreenAard: Bila kita ada banyak isu kesihatan, jangan panik dan rasa kena treat semua serentak.

Screenshot ni minggu lepas. Aku tak masuk ofis sebab sakit mata, so bila ada soalan from customer, staff terpaksa whatsapp aku untuk kepastian. Aku recap situation this lady:

- tinggi 150 cm, berat 76 kg, 2 anak
- kerja sebagai IT executive (in other words, kerjanya banyak duduk setempat, kurang pergerakan)
- HbA1c: 5.5% (borderline)
- Kolesterol: 6.3 (tinggi)
- Fasting Insulin: 14.8 (melebihi normal, tanda awal insulin resistance)
- Period regular setiap 32 hari
- Ada keputihan, kadang rasa gatal
- Exercise briskwalk 1 km seminggu

Dia tanya mana yang dia patut start dulu?

Ok good question. Macam susun rumah yang berselerak, kita kena mula dengan satu tempat dulu, tetapi tempat yang paling beri impak besar. Kita nak kemaskan punca sebenar.

Dari masalah-masalah yang dia listkan, GreenAard ada 3 produk to offer. Yang pertama, kita ada GC Plus. Hat ni fokus kat weight loss (tapi bukan fat burner). GC Plus bukan fat burner, that's why selepas ambil GC Plus kalau taknak bersenam pun takpe. Kalau korang ambil fat burner, selepas makan fat burner MESTI exercise. Kalau ambil fat burner tapi tak workout, badan boleh berasa panas dan jantung berdebar (sebab metabolism naik tapi kau tak buat apa-apa). Makan fat burner tanpa work out boleh buat badan stres, especially kalau suplemen tu ada caffeine tinggi. Dengan GC Plus, tak work out pun takpe sebab ini BUKAN fat burner. Tapi kalau nak work out, takde masalah.

Berat this lady at 76 kg dan tinggi 150 cm, BMI-nya lebih kurang 33.8. Ini kategori obesiti. And remember that weight is not just a cosmetic issue. Sebab bila berat naik, kolesterol susah nak turun. Insulin resistance makin teruk. Inflammation dalam badan meningkat. Hormon jadi tidak seimbang. Kitaran haid terganggu. Keputihan pun boleh jadi lebih teruk sebab bacteria semula jadi pada faraj mudah terganggu bila gula tinggi.

Tapi kita tengok HbA1c dia pula which is 5.5% - ini borderline normal. However fasting Insulin 14.8 menunjukkan insulin resistance sedang berlaku. This is the beginning of pre-diabetes. Kalau this lady nak try GC Plus dulu, boleh. Sebab GC Plus bantu kawal selera makan, eventually bantu turunkan berat badan secara semulajadi. Bila lose weight, hormon insulin jadi lebih sensitive supaya tak melarat jadi diabetes. Berat yang berkurangan membuatkan kolesterol pun turun sekali. Keputihan pun mungkin makin berkurang sebab bakteria/yeast suka gula yang tinggi.

Yang kedua, GreenAard ada Nutrijuice. Ini fokus untuk turunkan kolesterol. This lady punya kolesterol 6.3 memang melebihi paras normal. Tapi kolesterol ni ada dua jenis – baik dan jahat. Kita tak tahu yang mana tinggi lebih dari yang lain. Tapi secara amnya, kolesterol tinggi kita boleh kawal sendiri dengan lose weight. Sebab bila gemuk, insulin jadi tinggi. Ditambah pula dengan lemak berlebihan, ini akan buatkan hati overload. Hati mula tukar lebihan gula dan lemak kepada triglycerides, dan ini buatkan paras kolesterol, terutama triglycerides, meningkat.

Jadi, apa-apa pun kena baiki PUNCA kolesterol tinggi ni dulu, iaitu berat badan. Kalau turunkan insulin dan berat badan dulu, kolesterol akan ikut turun. Sebab tu orang yang ada masalah berat badan, dia makan Nutijuice, kolesterol dia lambat sangat turun. Sebab berat badan dia yang menjadi punca kolesterol lambat turun. Nutijuice ni bagus, ramai yang dah berjaya dapat normal reading, tapi kalau akar masalah belum diatasi, it is a less effective effort.

Yang ketiga, kita ada Herba Rahsia Rimba. Yang ini fokus pada masalah dalam orang perempuan. Initially ini aku tak plan nak produce sebab GC Plus pun boleh bagi period regular. Tapi disebabkan aku dapat tahu ramai yang ambil GC Plus bukan kerana nak kurus (sebab dorang dah memang kurus) tapi kerana suka bila period jadi regular dan keputihan hilang, aku keluarkan Herba Rahsia Rimba yang fokus hanya untuk tujuan menjaga masalah dalaman perempuan. Sebab kalau kau beli GC Plus at RM90 hanya untuk dapatkan benefit period regular tu, macam rugi. Sebab tujuan utama GC Plus adalah untuk weight loss. So kalau takde masalah berat badan tapi ada masalah wnaita, you can choose Herba Rahsia Rimba saja.

This lady kata her keputihan sometimes datang dengan gatal-gatal. Usually gatal-gatal ni disebabkan bacteria faraj yang tak seimbang (pH berubah). Imuniti rendah. Kurang bersih atau terlebih "membersih". Dan maybe juga sebab gula tinggi. In other words, keputihan ni boleh jadi simptom, bukan punca. Kalau makan Herba Rahsia Rimba, mungkin keputihan reda. Tapi, kalau berat badan masih tinggi, gula darah tak stabil, insulin resistance masih ada - keputihan dan gatal-gaatal ni akan datang balik.

So based on semua maklumat dari customer ni, dia nak mula dari mana dulu?

Cadangan aku, MULAKAN DENGAN GC PLUS. Sebab GC Plus boleh turunkan berat badan. Bila berat badan berkurang, insulin boleh stabil. Bila insulin stabil, kolesterol akan berkurang secara tak langsung. Dan eventually keputihan makin reda sebab gula badan terkawal. If selepas 1-2 bulan guna GC Plus dan bila dah mula nampak penurunan berat dan kurang craving makanan manis, baru tambah Nutijuice untuk boost kolesterol control. Kalau everything dah start in conttol, ujung-ujung nak try Herba Rahsia Rimba for internal health.

Bila kita ada banyak isu kesihatan, jangan panik dan rasa kena treat semua serentak. Pilih ikut punca, bukan ikut simptom. When the root is resolved, the branches of the problem will resolve themselves. Untuk yang ada masalah yang sama, pilihan paling logik dan efektif adalah GC PLUS DULU. Slow and steady, tapi strategik.


2025-05-18

Kononnya SBP dan MRSM now jadi tempat anak-anak golongan elit dan T20 berlonggok.

Semalam aku baca Thread ni:

Sometimes aku wonder yang always bitter dengan “cable” ni adakah dorang pernah berada dalam sistem ni atau sekadar serkap jarang sebab kecewa anak tak dapat?

Letihlah every year mesti ada orang jadikan ini isu. Kononnya SBP dan MRSM now jadi tempat anak-anak golongan elit dan T20 berlonggok. Konon semua anak menteri dan orang have-have masuk melalui kabel. Kononnya sekolah elit tak bagi peluang anak kampung, anak orang miskin belajar. Kononnya sistem ni tak adil untuk rakyat marhaen.

Sorry ya kalau aku cakap ni. Inilah namanya MINDSET SUBSIDI. Tak kiralah kau B40 M40 atau T20, kalau mindset kau jenis subsidi, kau akan always rasa semua benda tak adil. Now dah ada sistem kuota. B40 paling besar kuota kemasukan, sampai 60%! T20 paling rendah, hanya 10%! Maksudnya apa?

Maksudnya, kalau kau B40 dan anak kau hanya dapat 1A, selagi kuota B40 tak terpenuhi, mereka tetap akan tarik anak-anak B40 masuk WALAUPUN hanya ada 1A! Kau faham tak? Takde de dia tarik anak T20 yang dapat straight As untuk isi kekosongan B40 tu. So tak payah perasan konon anak-anak T20 tu semuanya pakai kabel. Anak-anak T20 tak bertanding tempat dengan anak kau. Anak kau bertanding sesama B40 yang lain. In other words, kalau anak kau masih tak dapat tempat dalam sebesar-besar kuota 60% tu, maknanya anak kau BANGANG! Hah kan. Geram aku.

As parents kepada anak yang pernah belajar di SBP dan MRSM, aku nak bersuara. Kami bukan anak orang politik, bukan pegawai kerajaan, bukan juga ada kenalan yang boleh telefon sesiapa untuk “tolong-tolong sikit.” Aku and En Wan kerja sendiri. Apa yang kami ada, kami usahakan apa yang patut untuk anak-anak. Disebabkan kami tahu persaingan sengit, kami invest dengan extra classes untuk anak-anak. Tak cukup dengan tu, enroll dorang dalam program luar sekolah. Masukkan dalam private hockey club, belajar keyboard, public speaking classes, essay competition, etc. Untuk apa? Untuk equipped them with sijil supaya ada kelebihan berbanding calon lain. Itu semua duit. Bukan pakai air liur. In orher words, kami juga berusaha do our part.

Jadi bila orang tuduh seolah-olah semua pelajar di SBP dan MRSM adalah anak orang have-have yang masuk melalui kabel, I can’t help but tersinggung. Sebab semua tu tak menggambarkan realiti sebenar.

Ya, maybe ada some masuk melalui “jalan belakang”, tapi kau tak boleh generalizedkan untuk nafikan usaha ribuan anak-anak dan parents lain yang work hard demi melayakkan diri.

Kau tak tahu macamana anak aku begged bapak dia cukup-cukuplah dengan extra classes. Cukup-cukuplah belikan buku latihan. We spent A LOT. Sebab kami tahu intake ke MRSM dan SBP bukan macam dulu. Zaman aku dulu buta-buta tengok result UPSR je. Tak apply pun. Know-know arrive surat tawaran. Now lain. Kena isi borang, sit for interview, ambil ujian khas, hantar dokumen lengkap — semuanya dikawal oleh sistem yang ketat.

Anak aku sendiri perlu bersaing dengan ribuan calon lain dari seluruh negara. Semua kami buat semampunya untuk bekalkan dia dengan kelebihan. Ingat anak aku tak penat ke? Every weekend ada hockey class. Dua kali seminggu waktu petang ada music class. Every nite tusyen. Esok pagi pegi sekolah macam biasa. Pastu bila anak kau tak dapat, kau tuduh orang lain guna kabel. Kau tengoklah dulu apa yang kau dah buat untuk anak kau.

Tolonglah stop sebarkan naratif konon kalau anak tu dari keluarga berada, dia konfem dapat keistimewaan. Ramai dalam kalangan anak-anak orang have-have ni bertungkus-lumus dari awal. Attend kelas tambahan, join macam-macam pertandingan, susun pencapaian kokurikulum, score dalam exam, etc. Bila dorang dapat tempat, itu bukan kerana “kabel”, tetapi kerana mereka layak.

Dan kalau mereka akhirnya dapat biasiswa ke overseas, itu pun bukan semata-mata kerana “siapa bapak kau”, tapi sebab dorang lulus syarat kelayakan universiti yang ketat. Universiti luar negara tak accept pelajar hanya kerana mereka anak orang kaya, ya. Dia kesah apa kau anak orang ke tak. Dorang lihat merit, prestasi akademik, esei permohonan, penglibatan dalam komuniti dan banyak lagi. Tak lulus, tak dapat masuk. Simple.

Kebetulan semalam ada orang tanya pasal program IB yang Redza ambil (program YTP-MARA).

Hakikatnya, yang dapat program ke overseas ni lagi tough kena fight. Dah la kena meet requirement MARA. Kena pulak meet requirement Uni. Esok kalau anak kau tak diterima masuk ke uni, nak salahkah siapa pulak?

Apa yang lebih membimbangkan is, naratif mak-bapak mentaliti subsidi macam ni akan memupuk mentaliti “kami tertindas, mereka semua guna kabel”. Ujung-ujung anak-anak dari keluarga B40 atau M40 akan doubt dengan keupayaan sendiri. Kalau dorang sendiri dah ditanam dengan persepsi bahawa sistem berat sebelah, dorang akan hilang motivasi untuk berusaha. Sedangkan, realitinya ramai yang berjaya masuk SBP dan MRSM melalui merit without kabel and kawan-kawan dalam gomen.

Sebenarnya, anak-anak ni bukan bersaing dengan “anak orang kaya”. Dorang bersaing sesama sendiri. Tak percaya? Cuba tengok profil pelajar dalam mana-mana sekolah SBP atau MRSM. Ada anak penoreh getah, ada anak pesawah, ada anak nelayan, dan ada anak general manager. Masa hari konvo KMB tahun lepas, selama 2 tahun Redza kat situ, sorang tak tahu salah seorang parents dalam whatsapp group adalah Timbalan Menteri - Dato Noraini. Dia senyap je dalam group. Maybe dia risau orang kata anak dia dapat KMB sebab kabel. Hakikatnya, anak dia hit 39 point macam Redza dan lepas requirement masuk uni. Yang best tu, anak dia classmate Redza for 2 years tapi Redza pun tak tahu kawan dia anak menteri. Sebab budaknya sempoi je. Bermakna, anak dia memang pandai. Cuma rezeki dia bermak-kan Timbalan Menteri. Salah dia ke maknya menteri?

As parents yang anak-anak pernah ke boarding school, kami bukan sekadar berharap anak dapat tempat di sekolah berasrama penuh. Kami hanya usahakan dari awal. Kami bantu dengan latihan tambahan, kami habiskan duit hantar ke kelas tusyen, kami bawa anak-anak ke pertandingan, kami pastikan anak-anak aktif di luar kelas. Setiap inci usaha tu dibayar dengan penat lelah. Jadi bila akhirnya anak-anak dapat tempat, itu bukan luck semata-mata. Itu hasil usaha yang konsisten juga.

Dan bila anak-anak ini berjaya secure place di universiti, bukan kerana “ayah dia CEO”, tapi dorang meet the syarat yang sangat tinggi. Bila anak-anak dapat tajaan MARA atau JPA, bukan sebab nama ayah mereka gah, tapi sebab markah mereka melepasi kelayakan.

Aku sokong usaha untuk tambah baik sistem intake SBP dan MRSM. Kalau ada kes kabel atau pilih kasih, siasat dan ambil tindakan. Tapi tolong jangan pukul rata semua pelajar SBP dan MRSM sebagai anak orang elit yang guna jalan belakang. This is so UNFAIR.

Kita sepatutnya galakkan semua parents tak kira M40, B40 atau T20 untuk usaha bagi the best education kepada anak-anak, regardless background. Jangan sebab anak tu dari kalangan T20 terus dicop “guna kabel”.

Sistem pendidikan kita still ada ruang untuk semua. Anak B40 masih boleh cemerlang. Anak M40 dan T20 pun perlu berusaha. Jangan patahkan semangat pelajar yang berjaya hanya kerana kau nak lawan ketidakadilan sistem dengan bakar semua yang ada di dalamnya.

Rumusannya meh aku lukis:

——————- = ini kuota T20

——————————— = ini kuota M40

—————————————————— = ini kuota B40

Anak kau kuota T20. Anak kau cemerlang. Tapi ada yang lebih cemerlang. Maka yang lebih cemerlang akan masuk isi kuota dulu ikut urutan. Kalau ada space, anak kau dapat masuk sekali. What if takde space? Bolehkah isi dalam kuota B40? TAK. Sila balik.

Anak kau kuota B40. Walaupun anak kurang cemerlang berbanding anak T20 tadi, disebabkan kuota B40 masih ada space, anak kau tetap ditarik masuk. Sebab kau kuota B40.


2025-05-17

Cukup-cukuplah kita banding-membanding. Life bukan pertandingan.

Someone share satu video kat aku. Dia minta aku ulas.

Honestly, dari zaman Redza masih toddler, sampai sekarang, masih lagi orang berdebat hal suami yang tak boleh 100% jadi provider belum layak jadi suami katanya. Suami yang berkongsi 50-50 expenses rumah dengan isteri, adalah kejam katanya. Yang perempuan dah tentulah suka. Yang lelaki pula jadi bengang.

Actually dah bukan umur aku nak join debate pasal ni sebab aku dah pun lalui fasa tu. Tapi meh aku nak share pengalaman sendiri. Kot boleh pakai, pakailah. Kalau takleh pakai, jangan ambil.

Alhamdulillah aku selesa dengan cara aku (cara kami). Lansung aku tak bitter kalau ada kata suami yang tak provide 100% belum layak jadi suami. Kau dengan life kau. Aku dengan life aku. Aku nak berkongsi, jadi aku buat apa yang aku nak.

Serius, topik ni dah banyak kali muncul, dari zaman Redza pakai pampers sampai anak aku tu dah berbulu atas bawah. Tapi this issue tak pernah habis. Menjak ada Thread lagilah. Dah merepek-repek dorang punya arguments. Masing-masing macam kena kawen paksa. Manjang je ada benda yang tak puas hati dengan partner masing-masing. Pastu akan ada dua kelompok yang berdebat tak settle-settle.

“Lelaki mesti sediakan semuanya. Kalau tak boleh provide 100%, tak layak jadi suami.”

“Boleh je kalau nak kami tanggung 100% tapi ala kadar sesuai kemampuan”


Yang satu pihak rasa diri dipergunakan kalau kena share duit. Yang satu lagi rasa dibebankan sampai takde ruang nak bernafas. Ujung-ujung masing-masing jadi defensive. Masing-masing rasa betul.

Bagi aku yang dah lalui semua ni, dari dulu lagi aku tak berminat nak hidup ikut acuan orang. Sebab definisi ‘adil’ tu tak semestinya sama untuk semua orang.

Aku faham kenapa ada perempuan pegang kuat prinsip “suami kena tanggung 100%.” Sebab dari dulu kita dibesarkan dengan idea tu. Filem Melayu, drama Korea, ceramah agama, semua banyak tonjolkan lelaki sebagai tulang belakang keluarga yang mesti support family. Kalau suami mampu, apa salahnya? Itu memang tanggungjawab dia pun. Tapi realitinya, tak semua lelaki hidup senang. Ada yang kerja siang malam cukup-cukup makan. Nak suruh dia tanggung semua benda, takde masalah. Tapi isteri kena berlapang-dada dengan kemampuan suami.

Dari awal aku tak plan untuk berhenti kerja. Aku memang nak terus berkerja. Nak pegang duit sendiri sebab aku segan nak mintak duit En Wan. Aku punya perangai walau tengah lapar, kalau orang ajak makan “Eh makan?”, aku takkan makan. Even pergi jemputan pun aku makan dulu siap-siap kat rumah, alas perut so that tak gelojoh sangat kat tempat orang. Aku hanya akan makan beria kalau aku ada share. That explains kenapa aku perlu ada duit sendiri, supaya aku tak rasa tersangkut keinginan dan bebas beli apa aku nak.

Lagipun aku nak hidup yang lebih selesa dari apa yang aku lalui masa kecil. Bukan nak jadi kaya sangat, asal lebih selesa.

Masa beli rumah pertama, kitorang sama-sama gi tengok rumah contoh. Masa pilih lot, aku tunjuk “Saya nak end lot”. Obviously lebih mahal berbanding rumah tengah. Tapi aku cakap takpe, aku willing untuk share. Kalau aku tak nak keluar duit, aku tak kisah dia nak beli rumah type apa pun aku on je. Tapi sebab aku nak type rumah yang aku suka, jadi aku contribute, WILLINGLY. Dia tak paksa.

Masa gi Europe and UK hari tu satu sen aku tak bawak duit. Protes kononnya sebab kena naik flight. Kat sana aku tak shopping pun. Aku makan apa dia beli. Aku ambil apa dia bagi. Hanya kalau aku nak something, baru aku transfer duit kat dia untuk belikan. Melainkan kalau dia nak hadiahkan, aku ambil. Tapi selalunya apa yang aku nak, aku bayar. Beria-ia dia pujuk aku pilih henbeg lah, perfume lah, baju lah. Dia risau mak bapak aku ingat kitorang bergaduh sebab aku tak shopping apa-apa. Aku cakap aku malas nak penuhkan beg. Belikan aku makanan je. Cubalah tanya dia apa aku beli kat sana. NONE 😆.

Aku sendiri tak percaya aku boleh sedegil tu dari Paris ke Switz ke Milan ke UK tak beli apa-apa, but I am OKAY 👍🏻. Masa pi Korea pun gitu sampaikan dia hantar Redza untuk pujuk aku ambil satu mafla. Sebab sampai hari nak balik aku masih tak shopping apa-apa. Aku pun ambiklah satu dah dia menggelabah sangat. Buat syarat.

Apa yang aku nak sampaikan ni adalah — memang ada perempuan yang suka pakai duit sendiri dan willing nak share duit dengan suami. Tidak dipaksa pun. Look, kalau dengan lelaki yang salah pun aku willing berhabis, apetah lagi dengan lelaki yang dah jadi suami. Tapi bukanlah aku share 50-50. Aku select juga. Makanan memang aku pegang. Barang pasar, groceries dan Grab Food — duit aku. Yang lain semua duit dia. Aku sengaja pilih nak bayar segala tok nenek bab makan sebab aku enjoy food. Aku tak suka makan bercatu. Lain boleh sekat. Makan is kenot.

Dulu awal-awal kawen, aku lebih banyak contribute berbading now. Sebab dulu kita masih membina hidup. Segalanya masih belum ada. Disebabkan aku nak hidup selesa, maka aku berkongsi banyak benda.

Rumah dia bayar. Bibik aku bayar.
Duit sekolah Redza dia bayar. Duit van sekolah aku bayar.
Kereta dia, dia bayar. Kereta aku, aku bayar.
Masing-masing punya kereta, sendiri keluar duit untuk service.
Minyak kereta aku, aku bayar. Touch N Go aku dia topupkan.
Groceries aku bayar. Duit pasar dia bayar.
Balik kampung dia, aku top up toll, dia duit minyak.

Everything kongsi. Sebab aku nak selesa. Bukan untuk dia, tapi untuk aku. Aku tak nak balik kerja penat-penat terpaksa masak, kena basuh baju, kena kemas rumah. Aku kan pemalas. Jadi aku willing keluar duit bayar bibik untuk memudahkan hidup aku. Hidup aku, bukan hidup dia. So that, bila balik kerja kami boleh sama-sama terlentang depan TV layan movie.

Masa beli rumah kedua (rumah sekarang) pun sama. Masa ni duit komisyen aku banyak dah. Selamba lebur RM100K untuk renovate. Bukan untuk berlagak-lagak, tapi nak selesa. Mak Aji bising apesal beli rumah sampai 6 bilik kalau anak sorang (masa tu ada Redza saja). Tak cukup besar lagi rumah, aku extend dapur sampai ke belakang bagi habis. Mak aku bising lagi kenapa nak buat dapur besar-besar, bukannya kau pandai masak pun dia kata.

Some isteri willing untuk kongsi duit sometimes bukan untuk suami, tapi UNTUK DIRINYA SENDIRI. Dia sanggup kongsi duit untuk keselesaan dirinya, bukan untuk orang lain. Aku adalah perempuan jenis ini. Aku share duit bukan sebab dia tak cukup duit tapi aku nak upgrade. Contohnya, dia nak kitchen island. Aku nak kitchen top pakai original granite, jadi the whole kitchen duit dia, tapi original granite aku topup. Gitu.

Masa kitorang pindah rumah now, perabot bilik aku semua terpaksa beli baru. Sebab new bilik tido ni besar. Boleh solat jemaah 7 orang dalam bilik aku ni. Perabot lama kalau letak kat new bilik nampak bilik terlalu kosong. Jadi kitorang tempah katil king. Masa pilih kayu untuk customade katil, aku terpandangkan kayu mahogany. Sales tu kata kayu ni paling solid. Orang guna kayu ni untuk buat piano. Aku cakap kat En Wan aku nak buat katil dengan kayu ni. Harga boleh tahanlah. Logiklah, kalau beli piano pun dah berapa. Ini pulak tempah custom made katil pakai kayu tu. Aku cakap takpelah, sebab aku yang mengada-ngada, biar aku bayar katil ni. Sebab aku nak selesa tido di katil yang aku pilih. Dia pilih untuk bayar meja makan. Last-last dia punya meja makan pun custom pakai kayu mahogany jugak. Mana boleh kalah dengan aku dia ni.

Aku pilih berkongsi bukan sebab suami aku tak mampu. Tapi sebab aku nak. Aku nak enjoy dengan keselesaan yang aku pilih. Aku nak balik rumah tengok rumah sedap mata menandang, anak-anak terurus, rumah bersih, anak-anak dah siap makan. Aku tak berkongsi untuk ringankan beban dia. Aku berkongsi untuk ringankan beban aku. Tanggungjawab dia tetap dia kena jalankan. Cuma part melebih-lebih mengada-ngada ni, disebabkan aku nak, akulah keluar duit.

Dan aku tahu, En Wan pun tak ambil kesempatan. 24 tahun hidup bersama, dia bukan jenis lepas tangan atau sengaja biar aku bayar. Dia shopping barang-barang pun pakai duit dia. Lagi kuat shopping dari aku tau tak! Lemari aku 2 pintu je. Dia punya 4! Hari tu aku kemas T Shirt, baju Hard Rock Paris tahun lepas masih ada tag lagi. Punyalah banyak baju dia sampai tak sempat pakai. Aku jugak yang rilek. Balik-balik pakai baju sama. Tak caya tengoklah gambar-gambar aku kat IG. Tagline gue — Makan biar banyak. Baju sikit, takpe.

Dalam rumah tangga aku, “adil” bukan bermaksud sama banyak. Tapi bermaksud sama rasa. Tapi aku faham, tak semua couple mahu macam ni. Ada lelaki yang memang lepas tangan bila isteri dah mula tolong. Ada perempuan yang memang rasa berat bila kena share semua benda. Dan kat sinilah pentingnya komunikasi. Bukan semua orang ada kefahaman yang sama tentang ‘partner’. Tu sebab aku rasa, sebelum kahwin, benda ni kena borak habis-habisan. Tanya kau okey tak kalau kita share expenses? Kau rasa macam mana kalau aku tak kerja satu hari nanti? Boleh ke kau tanggung semua? Kena realistik.

3 bulan selepas kawen, aku benti kerja sebab nak sambung Masters. Aku pilih untuk tak mintak nafkah (duit). Sebab aku tahu dia kena tanggung banyak benda asbab aku mengada-ngada nak sambung belajar. Jadi aku kena consider pengorbanan dia juga. Aku mintak dia belikan pad, bedak and lipstik je untuk aku. Deodoran, aku share dia punya. Bau ketiak lelaki pun ketiak lelakilah. Kesah pulak aku. Kahkahkah.

Makan, apa yang dia beli. Selagi boleh puasa aku puasa untuk jimatkan belanja dapur. Shopping tak pernah minta melainkan dia nak belikan. Coli and panties aku setahun tu tak ganti, ya. Nasib baik ambik course work. Habis je setahun, terus cari kerja. Dapat je gaji terus beli perfume and bra Scarlet. Macam lepas geram. Dulu RM10 je harga bra. Walaupun RM10, tak gamak nak mintak En Wan belikan.

Maybe satu benda yang menyelamatkan kitorang adalah, kitorang takde personal loan. Kat situ dah selamat takde beban. Kereta pulak dia bawak balik dari Jepun. Aku pulak Mak Aji hadiahkan Kancil sempena graduation. Hutang belajar takde sebab dia scholar JPA. Aku MARA. Situ pun dah lega banyak. Tinggal nak manage expenses harian saja.

Zaman gaji cukup-cukup ni akak kau dah rasa, dik. Tapi inilah namanya fasa. Takkan selamanya susah. Apa yang aku nak tekankan kat sini, takde satu jalan yang betul untuk semua orang. Kalau kau rasa lelaki mesti sediakan segalanya, dan kau hanya akan kahwin kalau dia mampu, itu hak kau. Tapi jangan merasa pelik pada perempuan yang pilih untuk sama-sama berkongsi.

Sama juga, kalau kau selesa dengan sistem kongsi 50-50, jangan rendahkan perempuan yang nak duduk rumah jaga anak full-time dan biar suami kerja sorang-sorang. Itu pun satu bentuk kerjasama. Sebab jaga rumah dan anak pun satu kerja besar. Kita ni kadang terlalu sibuk nak betulkan cara hidup orang, sampai lupa nak celebrate benda paling penting iaitu pasangan yang sama-sama berusaha jaga satu sama lain, tak kira siapa bayar apa. Sebab dalam jangka masa panjang, apa yang buat rumah tangga kukuh bukan siapa lebih banyak bayar, tapi siapa lebih banyak bertolak ansur.

Aku tak pernah kisah pun bila orang sindir, “Alaa… suami tak mampu ke nak tanggung semua?” Sebab aku tahu suami aku mampu. Tapi aku yang tak nak bebankan dia semata-mata nak ikut selera aku dan persepsi orang. Aku buat keputusan berdasarkan apa yang buat kitorang berdua selesa, bukan nak ikut expectation masyarakat. Dan aku yakin, dalam mana-mana marriage, selagi keputusan tu datang dari kata sepakat suami isteri, bukan paksaan, itu dah cukup betul.

So kepada adik-adik yang baru nak bina hidup, nasihat aku satu je — duduk berbincang. Jangan tengok sangat TikTok orang tunjuk suami belanja isteri branded goods, atau isteri belanja suami kereta. Semua tu highlight reel. Realitinya, perkahwinan ni team work. Kadang-kadang, sorang akan cover lebih. Kadang-kadang, seorang lagi yang lebih kuat. Jangan takut untuk ubah strategi, asalkan hala tuju tetap sama.

Jadi, cukup-cukuplah kita banding-membanding. Life bukan pertandingan. Takde trophy pun untuk “pasangan paling ideal ikut selera netizen”. Yang ada cuma kebahagiaan sebenar yang lahir dari rasa saling menghargai. Dan kalau kau dah jumpa cara yang buat hidup kau tenang, peganglah. Tak payah tunggu orang approve. Kita semua tengah navigate hidup masing-masing, dan selagi jalan yang kau pilih tak menzalimi sesiapa, teruskan. Let others talk. Kita hidup bukan untuk menang debat, tapi untuk cari bahagia.


2025-05-16

Aku bukan baru sehari dua jadi peminat retis Cina.

Mesti orang ingat aku ni bias. Manjang je puji Johnny Huang. Tapi kena ingat satu benda. Aku bukan baru sehari dua jadi peminat retis Cina. Since age 12 lagi aku dah ke arah kecinaan. Kalau buat tesis industri entertainment cina, A+ dalam tangan 😆. Segala macam jenis pelakon, penyanyi, even pengarah, dari yang legend sampai yang suam-suam kuku. Sampao sekarang playlist aku kekal ada lagu cina yang dari zaman 90an. Begitu setianya. Aku tak pernah silap lagi pilih artis yang betul-betul ada KUALITI.

Nak bukti? Aku bagi.

Dulu zaman sekolah, aku pilih Leslie Cheung. Ini legend yang bukan calang-calang. Yang betul-betul faham industri hiburan Asia akan cakap benda sama, iaitu Leslie bukan sekadar penyanyi atau pelakon. Dia IKON. Dia pegang entertainment Asia semasa hayat dia, dan until now fanclub dia masih hidup. Dah lebih 20 tahun dia mati, orang masih sambut birthday dia setiap tahun, masih main lagu dia, masih ulang tayang filem dia. That’s not fandom. That’s LEGACY.

Kau baca atas tu dia kata apa? Even CNN recognized Leslie Cheung as world icon.

Retis kedua yang aku minat sampai sekarang, Beyond. Terutama Ka Kui (lead vocalist). Jangan tanyalah pengaruh dia dalam muzik rock Cina. Sampai sekarang lagu-lagu Beyond masih orang main be it secara live, dinyanyikan balik oleh generasi baru, di-cover, atau dijadikan lagi background program motivasi. Lagu Boundless Oceans Vast Skies, siapa tak kenal? Gegar Vaganza pun pernah main lagu ni. Cuba fikir, berapa ramai artis dari generasi lepas yang masih kekal relevan lebih dua dekad lepas dorang mati? Tapi Leslie and Ka Kui kekal relevan.

Sekarang, untuk generasi terbaru ni, aku pilih Johnny Huang (Huang Jingyu). Ini bukan suka-suka punya pilihan. Bukan sebab muka. Muka dia pun bukan kategori pretty boy. Dan bukan juga sebab hype. Sebab dia low key. Takde apa yang nak di-hype-kan. Aku minat dia sebab track record dan kualiti kerja yang sangat konsisten dan bertambah mantap dari tahun ke tahun. Kalau kau ikut perkembangan career Johnny dari awal, kau akan nampak satu benda — dia bukan jenis yang kejar populariti. Dia hanya pilih skrip yang mencabar, yang lain daripada yang lain. Dan setiap kali dia ambil satu watak, dia akan masuk sepenuhnya. Dia bukan pelakon yang bergantung pada populariti. Dia pelakon yang bergantung pada substance.

Masalah dengan ramai pelakon sekarang ni, fans lambung-lambungkan sebab rupa je. Nak-nak lagi zaman media sosial. Hampeh belaka. Follower berjuta, bila layan drama alahaiiiii lembik. Balik-balik genre romcom. Tak berkembang otak aku. Ambil contoh Yang Yang. Mintak mahap la yang minat Yang Yang. Secara objektif, dari segi lakonan, dia ni macam sepohon kayu. Statik. Kejung. Nak harapkan ekspresi muka pun takde. Pakkal muka hensem, tu je modalnya. Tak caya tengok drama Fireworks. Dia dengan Wang Churan memang sekufu betul kayunya.

Miles Wei lagi satu. Dia ni muka memang pretty. Duda. Age 34. Patut lakonan dah matang sebab dah berusia. Aku cuba bagi peluang. Sebab aku taknak bias. Aku tengok empat drama Miles. Tapi semua genre lebih kurang sama, watak pun tak berkembang. Sama je gaya, cuma tajuk drama je berbeza. Tak ada range. Tak ada depth. Macam pelakon autopilot. 4 drama dengan genre yang sama. Watak macam biasa la — watak mat smart, CEO. Letih.

Tu yang aku cakap, pelakon jambu ni laku dalam drama cinta je. Sebab itu kelebihan dorang. Bila terlalu bergantung pada genre yang sama, lakonan takkan evolve. Skrip sepesen, watak pun macam dicreate dari acuan yang sama. Letih weh nak tengok drama dengan storyline recycle dan acting yang predictable. Aku tak paham camana orang boleh bertahan tengok genre yang sama, dengan gaya acting yang sama dari orang yang sama. Dahlah sampai 25-30 episod. Muntoh nak menghabiskan.

Sebab tu bila aku tengok drama Johnny, rasa puas! Setiap drama dia berikan feel dan color yang berbeza. Contohlah, dalam The Thunder, dia bawa watak undercover cop yang berat dan gritty. Dalam Ace Troops pulak dia mainkan watak askar yang kena survive training brutal, naik pangkat, hadap perang, dan dalam masa sama struggle dengan konflik dalaman. Watak dia dalam Ace Troops paling aku suka. Dia carry sedih, kasar, humour, derita, struggle — semua dalam satu drama.

Kalau kau tengok Love Song in Winter, dia boleh jadi romantic lead yang subtle dan matang. Dia kalau berlakon romance, tak cliche dan tak melebih. Macam cool-cool. Lagi sorang yang kalau berlakon romance cool-cool adalah Wang Kai.

Lepas tu tengok Johnny dalam The First Shot, dia jadi polis narkotik. Last year ini jadi The Most Outstanding Drama. True story. Cukup kau tengok empat ni nanti kau boleh nampak perbezaan his acting. Watak bukan satu dimensi.

Johnny ni pelakon yang tak malu untuk masuk zon tak selesa. Dia sanggup potong rambut, naikkan atau turunkan berat badan, jalani latihan askar betul-betul, belajar tembak senjata, dan macam-macam lagi semata-mata nak jadi believable dalam watak dia. That’s what I respect. His dedication. Dalam filem Operation Red Sea, dia sanggup ditraining oleh navy sniper sendiri. Dalam filem Formed Police Unit dia satu-satunya pelakon yang willing masuk training dalam kem selama 3 bulan. Dalam My Dear Guardian dia sanggup potong rambut gaya rekruit. Sampai sekarang police and tentera sebenar panggil dia Officer Huang sebab his dedication to make his watak jadi real. Bukan semua pelakon sanggup buat macam tu.

Sejak Johnny menang di Asian Film Awards, yang mana sangat susah pelakon dari China nak menang kategori utama, tak ada lagi pelakon dari China yang capai level tu. Tapi yang ni tak peliklah. Selalunya pelakon-pelakon yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memang tak popular lat negara sini. Betul tak?

Tapi faktor utama Johnny tak terlalu dikenali di kalangan orang luar China adalah sebab dia tak fit wajah pretty boy lain. Walaupun kat China dia adalah A-list actor, kat luar dari China dramanya tak ramai orang kenal.

Why? Sebab dia bukan jenis yang suka drama di luar skrip. Dia tak masuk gossip murahan, tak create kontroversi untuk viral. Perasan tak setiap drama genre cinta mesti ada fake relationship atau orang sana cakap “shipping”? Itu cerita-cerita bangang nak melakukan drama. Terpaksa buat fake relationship. Dan selalunya artis memang kena engage with this stupid fake relationship sebab management dorang dah agree untuk buat macam tu. Johnny memang tak layan. That’s why drama dia selalu kena boikot dek press sebab dia tak layan gossip murahan macam ni. However disebabkan his acting skill is powerful, walau tanpa marketing dari press, dia tetap banyak dapat job.

Bagi orang yang betul-betul tengok kualiti kerja, kita tahu siapa yang layak dapat recognition. Johnny ni underrated, bukan sebab tak bagus, tapi sebab dia tak pandai menjual diri. Kalau kau tak pernah tengok dia berlakon, aku cadangkan kau mula dengan Ace Troops (iQIYI). Lepas habis, kau datang balik sembang dengan aku. Aku yakin kau akan nampak apa yang aku nampak — pelakon yang betul-betul ada jiwa dalam lakonan.

Aku observe Johnny dari 2018. Dari Leslie ke Ka Kui ke Johnny, semuanya ada satu pattern yang sama which is INTEGRITI. Kerja-kerja dorang semua tinggalkan kesan. Bukan spesis buat kerja untuk trending. Antara 3 ni cuma Leslie je yang ada complete pakej — can sing, can act, can write songs, can direct filem, can produce filem DAN ada rupa.


2025-05-15

GreenAard: Ibu-ibu hamil boleh ambil Gloei.

Semalam aku up satu video pasal ibu-ibu hamil dibenarkan ambil Gloei. Maybe video tu singkat sangat, tak sampai 3 minit, jadi ramai DM tanya macam-macam. Mostly mak-mak yang tengah menyusukan anak. Aku jawab part ibu mengandung dulu, ya.

Sebenarnya, kolagen bukan sekadar untuk nampak cantik, but an important element in baby growth semasa dalam kandungan. Semasa pregnant, badan kita go through macam-macam perubahan yang besar, be it dari segi hormon, berat badan, struktur tubuh dan juga sistem dalaman. Salah satu perubahan besar ialah increased need for certain nutrients, termasuk kolagen. Why? Sebab kolagen is involved in almost all important systems semasa sedang pregnant.

Kolagen umpama gam semula jadi dalam badan. It holds and connects all tissues, dari kulit, otot, tulang, salur darah, sampailah ke organ-organ dalaman. Masa pregnant, badan perlukan kolagen lebih banyak sebab waktu ni badan ada janin. Janin perlu kolagen to build their own body tissues termasuk kulit, tulang rawan, otot, dan organ. Kalau tak cukup kolagen, proses ni boleh terjejas.

Kolagen juga penting untuk pembentukan plasenta. Plasenta adalah organ yang connects mak dengan anak. Plasenta ni yang hantar oksigen dan nutrien. Struktur utama dalam plasenta adalah kolagen. Kalau kolagen kurang, plasenta ni tak kuat. Plasenta yang tak kuat boleh buatkan salur darah bocor. Salur darah yang sihat dan kuat buatkan aliran nutrien dan oksigen dapat disalur pada janin dengan lancar.

Hat tu bahagian janin. Hat yang ibu pulak, bila perut ibu makin membesar, kulit perut akan meregang. Kolagen akan bantu kulit adapt to this stretching so that boleh kurangkan risiko stretch mark. Dia macam ni. Bila kolagen dalam badan tak cukup, kulit jadi kurang anjal dan mudah koyak dari dalam. Inilah punca utama stretch mark. Memanglah lama-lama strechmark ni boleh berkurang, tapi takkan hilang sepenuhnya. That's why penting pastikan badan cukup kolagen masa preganant. Bukan untuk cantik semata, tapi untuk bantu kulit kekal kuat, fleksibel, dan kurang risiko luka dalaman masa regangan berlaku.

Pernah dengar doktor risau kalau umur dah nak masuk 40 tapi masih mengandung lagi, kan? Sebab bila umur masuk masuk 30-an pertengahan ke atas, production kolagen dalam badan mula menurun. Sedangkan plasenta yang kuat adalah bila kolagen banyak. Makin tua kulit jadi cepat kering dan slower heal from injuries or stretching termasuk stretch mark masa mengandung. Tapi ini bukanlah statemant nak takutkan orang. Cuma dari sudut biologi, badan kita memang lebih bersedia untuk pregnant dan heal dengan baik sebelum 35 tahun. Tapi kalau rezeki datang lambat, tak bermakna semuanya akan jadi buruk. Cuma kena jaga badan. Top up dengan suplemen and nutrien yang perlu.

That's why Gloei is safe for pregnant mothers. Lagipun Gloei TAK ADA kolagen. Dia cuma ada bahan aktif yang stimulate kolagen production secara semulajadi. Secara logiknya, tidak berlaku allergy bila ambil Gloei semasa mengandung.

Oh yes lagi satu. Masa mengandung, berat badan bertambah. Badan menanggung lebih berat, beban tambahan pada pinggul, lutut, dan belakang badan boleh buat sendi mudah sakit atau rasa tak selesa lebih-lebih lagi kalau kolagen dalam badan memang dah sedia rendah (sebab umur bertambah), jadi sendi akan ada tekanan tambahan. Kalau tahap kolagen cukup, sendi akan jadi lebih fleksibel, ligamen lebih kuat, dan tulang rawan boleh serap hentakan dengan lebih baik. This is very important not only to reduce knee and back pain, tapi juga bantu badan bergerak dengan stabil masa trimester akhir especially bila berat badan makin naik dan badan makin berubah bentuk.

Lepas bersalin pun, kolagen masih main peranan besar untuk help wound healing (samada bersalin normal atau czer), untuk kembalikan keanjalan perut dan support rambut and kuku yang kadang-kadang jadi rapuh lepas bersalin. So bila mak-mak yang menyusu anak (baru lepas bersalin) tanya boleh ke ambil Gloei? YES, BOLEH SANGAT.

Satu lagi yang ramai tak tahu is, kolagen bantu penghadaman. Bila badan kita cukup kolagen, dinding usus jadi lebih sihat, penghadaman makin lancar, dan masalah sembelit dapat dikurangkan. Dinding usus kita dilapisi dengan connective tissue yang ada kolagen. Bila kolagen cukup, lapisan ni kekal kuat dan fleksibel. It helps prevent intestinal inflammation, kurangkan kebocoran usus, dan lancarkan proses penyerapan nutrien. Bila sistem pencernaan sihat, makanan lebih senang nak dipecahkan dan dikeluarkan. Maka, kuranglah risiko sembelit.

Orang mengandung senang nak sembelit, betul tak? Sebab, masa mengandung hormon progesteron meningkat. Hormon ni rilekskan otot-otot termasuk otot usus. Bila otot usus rileks, pergerakan usus jadi perlahan. Ditambah pulak mak-mak kena ambil suplemen iron time mengandung (yang boleh buatkan najis keras), ditambah dengan tak cukup minum air - semua ni jadi punca sembelit.

Lepas bersalin pun sama. Sometimes mak-mak tahan dari buang air besar sebab takut luka terbuka (especially kalau czer). Pastu dengan kurang tidurnya, kurang airnya, semua ni — semua ni contribute to sembelit lepas bersalin. It’s one of those “hidden benefits” kolagen yang orang jarang highlight, tapi sangat relevan especially untuk ibu mengandung dan lepas bersalin. So bila kolagen cukup, dinding usus lebih sihat, jadi pergerakan najis lebih lancar. Maka, risiko sembelit kurang. Bila kolagen banyak, dinding usus dapat serap nutrien lebih baik juga.

Takde masalah nak ambil Gloei. Silakan. Cuma selalunya aku nasihatkan ambil selepas settle first trimester. Bukan apa, selalunya 3 bulan pertama, kita cenderung dengan alahan. Kejap-kejap muntah bagai. Rugi beli Gloei pastu termuntah. Kalau ok, takde masalah.

By the way harga Gloei dah baru, RM145. But untuk introductory new price kita offer free 1 botol untuk sesiapa yang beli 3 botol. Jimat RM145. Sila whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.


2025-05-14

Medical Card: Kenapa kalau boleh dalam tempoh 2 tahun jangan guna dulu medical card untuk claim critical illness seperti darah tinggi atau diabetis. Kenapa?

Baru-baru ni aku terdengar client En Wan call. Maybe sakit nak masuk wad and nak guna medical card. En Wan kata kalau boleh, jangan guna medical card dulu sebab tempoh belum cukup 2 tahun. Try pi hospital kerajaan dulu.

Ok, meh aku tolong explain.

Jangan salah faham. Bukan tak boleh guna medical card. Guna medical card to claim treatment for critical conditions macam darah tinggi atau diabetes is definitely allowed, tapi ada beberapa sebab kenapa dalam tempoh dua tahun pertama, agen tak bagi guna (kalau boleh). 

Dia macam ni. Bila kita ambil medical card, kita sebenarnya membeli perlindungan daripada syarikat takaful untuk cover kos rawatan untuk penyakit serius. Sebelum medical card diluluskan, syarikat takaful akan tentukan kadar caruman (bayaran bulanan). Salah satu aspek utama yang dorang perhatikan ialah medical history.

Kalau sesiapa SUDAH ADA penyakit kritikal macam darah tinggi atau diabetes SEMASA apply medical card, dorang boleh dikenakan loading (tambahan kos) pada caruman bulanan atau application ditolak sama sekali. Some people, untuk elakkan dari application kena reject atau dikenakan caruman tinggi, dorang pilih untuk tunggu sampailah keadaan kesihatan terkawal. Tapi the downside, semakin lama menunggu bermakna semakin bertambah umur. Semakin bertambah umur bermakna caruman bertambah juga.

Dalam beberapa kes, ada client cuba sorok penyakit atau tak disclose penyakit yang dah ada kepada agen semasa apply medical card. Dengan harapan once dapat medical card nanti boleh guna untuk treatment penyakit sedia ada. Maknanya dah ada niat untuk salahgunakan medical card. That's why, to prevent penipuan, most takaful policies include pengecualian (exclusion period) selama dua tahun selepas dapat medical card. Dalam tempoh 2 tahun ni, penyakit-penyakit sedia ada yang dah dikesan TIDAK dilindungi sepenuhnya oleh takaful. Ini untuk memastikan client tak guna medical card as a way to cover the treatment costs of illnesses that already existed before they obtained medical card.

Umpama beli insurans kereta. Kalau kita accident pada hari yang sama kita beli polisi tu, syarikat insurans sah-sah takkan tanggung kos kerosakan sebab dorang tak tahu risiko apa yang bakal muncul. Sama goes to medical card. Tempoh 2 tahun waiting period ni untuk bagi peluang pada syarikat takaful untuk menilai sejarah kesihatan client terlebih dulu. 

Jangan question "Apa tujuan saya beli medical card kalau tak boleh guna?"

The issue now is bukan tak boleh guna, tapi tak boleh guna untuk apa? Kalau penyakit sedia ada, memang sah-sah tak boleh guna. 

Selalunya yang buat issue ni adalah client yang masa apply dia tak bagitahu agen yang dia ada penyakit. Konon bijak. Tup-tup sakit. Bila sakit, memang medical underwriter akan investigate. Contoh, diabetis. Diabetis takkan jadi tiba-tiba. 3-4 tahun sebelum lagi blood sugar dah naik sebelum jadi diabetis. Maknanya client dah aware dia ada diabetis. Melainkan memang takde rekod rawatan atau ubat-ubatan diabetis, this is another story. Tapi kalau sakit, pastu medical underwriter tengok history rupanya pernah buat rawatan, memang kena tahanlah kejap medical card tu.

Moralnya, jangan kerana nak murahkan caruman, sanggup tipu agent kata sihat walafiat. Sebab kau tak tahu bila akan jatuh sakit. Kadang tu, bukan jatuh sakit tapi accident. Bila doktor buat blood test oh sugar tinggi, blood pressure pun tinggi. Doktor pun tulis report client ada diabetis. Bila request GL, tak approve sebab report doktor mengatakan kau diabetis sedangkan polisi takaful kata kau takde penyakit. Jangan marah agen atau syarikat takaful bila GL kena reject sebab mereka buat keputusan based on REPORT DOKTOR.

Kalau ada penyakit sedia ada, kena berterus-terang dengan agen. Syarikat takaful letak nilai caruman berdasarkan risiko yang mereka akan tanggung. Kalau kau dah ada darah tinggi atau diabetes semasa beli medical card, the risk taken by syarikat takaful is higher. Dalam tempoh dua tahun pertama, syarikat takaful nak avoid bearing a large financial burden sebab penyakit-penyakit ni requires prolonged and expensive treatment. By waiting up to two years, syarikat beri peluang client to take control of their condition at the same time nak pastikan client tak guna medical card untuk penyakit yang dah wujud. Bagi aku, ini fair.

Kalau tak nak pening-pening kepala, masa apply, terus-terang penyakit apa ada. Biar settle jam-jam tu juga. Kalau lulus with loading, at least you can use that medical card tanpa takut GL kena reject sebab awal-awal kau dah declare kau sakit apa. Caruman kau bayar tu dah siap-siap dorang calculate untuk cover penyakit sedia ada.

Lagi satu hari tu ada yang tanya aku kalau ambil hibah sehingga 70 tahun, tapi umur kita panjang lagi. Polisi dah tak valid. Adakah syarikat akan pulangkan balik caruman hibah yang kita dah bayar selama bertahun-tahun tu?

Jawapannya, tidak. Syarikat takkan pulangkan caruman hibah yang telah dibayar walaupun kita hidup melebihi tempoh coverage.

Why?

Ramai salah faham dan anggap hibah macam savings yang akan dapat balik bila tak digunakan. Ini silap. Sebenarnya, bila bayar caruman hibah, kita sedang bayar untuk perlindungan, bukan menyimpan duit. Bayar RM150 sebulan untuk hibah takaful adalah umpama bayar security guard jaga rumah kita. Kalau sepanjang tahun rumah kita tak kena pecah masuk, adakah kita boleh minta semula gaji guard tu? Tak boleh. Sama juga dengan hibah. Kita bayar untuk peace of mind, bukan untuk dapatkan balik duit.

Nampak macam rugi. Tapi pernah tak kita terfikir, kalau selepas 1 tahun sign up hibah, kita mati. Pernah terpikir syarikat takaful rugi kena bayar hibah RM350K kat waris kita sedangkan kita baru bayar dorang RM1800? Kita tak terpikirkan tu, kan?

Kontrak hibah adalah kontrak yang sah selama tempoh tertentu, contohnya hingga umur 70 tahun. Lepas tu, ia tamat. Bila kontrak tamat, syarikat takaful tak lagi bertanggungjawab, sebab kontrak pun dah takde. Kalau nak sambung coverage hibah selepas umur 70, kena ambil pelan baru. Biasanya lebih mahal sebab faktor usia. So kalau rasa-rasa nak panjangkan polisi hibah, you can do that tapi caruman pun akan bertambah sebab semakin panjang coverage, semakin tinggi risiko kematian.

Kalau nak explanation lebih jelas tentang ni, boleh whatsapp En Wan 012-4407757. Dia lagi faham bab-bab pelan takaful. Dia boleh suggest pelan mana yang sesuai dengan budget korang.


2025-05-13

Do you think I hired you so I could give you the solution?

Dengar podcast Mr Zafrol (partner RickWorks yang tengah saman Azizan Osman RM24 juta), terus aku teringat satu moment dengan ex-bos Devil Wears Prada. Boss aku ni hire aku untuk run new department namanya Molecular Biology Unit. Di tempat kerja lama memang aku handle sales untuk molecular biology. Molecular biology ni anything to do with DNA — PCR, mRNA, genomics, etc. Bila dia tahu aku biasa dengan molecular, jadi dia letak aku as head of this new unit.

After a few weeks, aku punya productiviti tak meet her expectation. Dengan tempat baru, colleague baru, product baru - aku masih belum dapat rentak macamana nak run this new unit sebab too much on my plate. Nak kaji sales report 3-4 tahun lepas untuk analisis trend pembelian. At the same time nak buat everyday punya sales. Nak jumpa customer lagi. Sampai tak tahu mana nak start. Nasib juga masa tu tak bertembung dengan tender. Lagi naya jawabnya.

Masa meeting dia tembak aku depan-depan semua.

“Diana, do you think I hired you so I could give you the solution on how to run the new department? I hired you so you could give me the solution!”

Tertampar terus aku. Terdiam kejap. Padu betul dia smash. Tapi dia betul. Pedas, however masuk akal.

Dia bukan marah. Dia nak sedarkan aku yang this is the real world. Aku bukan sedang di-training, bukan sedang internship dan bukan dalam environment yang nak disuap semua benda. Aku dibayar untuk jalankan tanggungjawab to lead new department. Time meeting sepatutnya aku yang kena deliver jawapan, bukan datang dengan soalan untuk dia berikan solution.

Masa tu aku realized something yang mengubah cara aku bekerja sampai sekarang. Aku mula faham yang semua bos tak mahu orang yang tunggu arahan. Bos perlukan orang yang boleh berfikir, boleh propose dan boleh buat keputusan. Mulai dari hari tu aku belajar satu perkara penting, iaitu kalau nak naik cepat, kau kena belajar jadi problem solver. Jangan jadi tukang report masalah memanjang. Asal tak reti buat, mengadu. Bos pulak yang kena pikir solution untuk kau. Kau datang ofis nak disuap hari-hari. Tak suap, tak jalan. Datang kerja, tunggu diarah. Tak reti nak be creative dalam buat and selesaikan kerja.

Dulu masa aku mula-mula join biotech sales selepas resign dari Prudential, di sini pertama kali aku menguruskan sales, dari buat quoation sampai buat delivery. Maknanya aku kena biasakan diri dengan dokumen like quotation, tender, delivery order, purchase order, invoice, proforma, etc. Dalam masa 3 bulan aku dah faham dokumen-dokumen ni. Ada sorang senior yang dah setahun kerja kat situ, tak faham-faham lagi flow sales. 

Ceritanya, dia kena buat proposal untuk customer. Customer nak purchase banyak items untuk new lab. This senior kena calculate costing. Aku tak tahulah berapa lama dia peram proposal ni, dalam meeting CEO mengamuk. CEO, ya. Bukan manager.

Alasan paling bengap aku dengar dari "I still haven’t received any feedback from the principal regarding the price of the item I requested".

Pastu COO namanya Rozana, toleh kat aku "Diana, kalau you nak tahu cost produk, you refer mana?"

Aku jawab, "Invoice".

COO bagi aku double thumbs up. Dia sengaja tumjuk thumbs up tu sebab nak perli budak yang tak reti buat kerja tu sebenarnya.

Dalam hati aku cakap apabenda yang kau buat setahun kerja kat ofis tapi tak faham-faham lagi flow sales? Ni bukan nak menyombong, tapi itulah contoh orang yang hadir ke tempat kerja setakat hadir nak bagi cantik attendance je. Bukan hadir bekerja pun. Ni semua stok-stok yang datang kerja untuk buat rutin macam semalam. Sebab tu tak faham-faham. Balik-balik tanya soalan yang sama. Tak paham-paham juga. Orang macam ni, dia bertanya soalan bukan untuk faham dan belajar, tapi nak selesaikan tugas hari tu je. Bulan depan dia akan tanya soalan yang sama semula.

Sejak hari tu, aku ubah cara aku bawa diri dalam berkerja. Bila ada problem, aku datang kat bos dengan plan A, B and maybe C. Kita sama-sama sit and discuss. Kalau plan aku semua tak jadi, at least boss nampak aku try. Dia nampak aku berfikir. Dia nampak aku mencari solution. Dia nampak aku layak digelar executive, bukan sekadar “staff”.

From there, aku mula notice the difference between people who grow in their careers and those who have been stuck at the same level for 5–6 years. Beza dia satu je. Some people sentiasa tunggu arahan, dan some lagi sentiasa bagi cadangan. 

That’s why dalam dunia kerja especially kalau nak naik pangkat, naik gaji, atau jadi orang kepercayaan, you have to be a solution, not a burden. Kalaulah ayat bos aku tu keluar dari mulut boss zaman sekarang, especially yang ada pekerja yang “work-life balance is life” punya mindset, aku jamin tak sampai tiga hari, surat resign pun sampai. Worst case, dia tinggalkan meja kosong.

Hari tu balik dari konsert GenKru kitorang lepak mamak sampai 1 pagi. Kawan aku mereply whatsapp kerja. At 1 am reply whatsapp kerja di hujung minggu. Kau rasa kalau dapat kat dak-dak jaman now? Mampus viral!

Sometimes aku nak je dak-dak ni pikir. Kau rasa kenapa some people dibayar gaji tinggi dan cepat naik pangkat? Sebab kipas boss? Tak. Sebab mereka buktikan mereka layak berada di tempat tu. Kerja tak berkira. Hujung minggu ke, pagi-pagi buta ke, kalau namanya urgent, mereka buat terus. Kau jangan ingat kau je yang entitle to work-life balance. Kau rasa boss tu takde life ke pagi-pagi buta buat kerja? Dia tak tido siapkan kerja tau tak? Dia pun tak gamak nak kacau kau pukul 1 pagi kalau benda tak urgent. 

Bila orang bagi peluang kerja, itu tanda kepercayaan. Kita tunjuk balik kepercayaan tu dengan belajar, bertanya, dan usaha sungguh-sungguh. Now? Ramai (bukan semua, tapi cukup ramai sampai aku rasa layak tulis post ni) datang kerja macam datang ke kelas. Nak silibus. Nak jawapan. Nak boss spoonfeed.

“Saya nak clear jobscope boleh tak”
“Boleh bagi guideline step-by-step?”
“Macam mana nak buat, ya? Saya blur”


Look. Kau yang apply kerja ni. Kau janji dekat resume konon I am a problem solver, fast learner, proactive team player. Tapi bila bagi real problem, kejung. Terus jadi slow thinker, passive complainer dan team burden.

Title kerja nak hebat. Nak executive. Sedar tak apa makna executive? Maksudnya, EXECUTE. Jalankan. Buat keputusan. Take charge. Tapi banyak kali aku jumpa title kemain lagi Marketing Executive, Sales Executive, tapi execute kerja tak reti-reti.

Bila dapat kerja, anda diberi satu tanggungjawab. Bukan hanya datang clock-in dan duduk tunggu arahan macam robot murah. Kalau semua benda nak tanya “macam mana nak mula?”, “nak buat macam mana?” lebih baik bos hire AI je. Lagi efisien. Tak merajuk, tak demand, dan takde kejap-kejap nak MC. 

Bila kena buat something new je, “Eh ini bukan dalam KPI saya. Lagipun saya tak pandai".

HELLO? You work in the real world. Kalau semua benda tunggu enough training dan clear instruction baru nak buat, bila nak grownya? Boss bukan Google. Dia tak ada masa nak explain semua benda satu-satu. Sebab tu dia hire kau. Supaya kau yang fikir, bukan dia.

Ni karang ada la yang cakap "Kenapa saya rasa company ni toxic?"

Yang toksik tu mentaliti kau, ya. Sikit-sikit nak sentap. Kena marah sikit, kata bos tak appreciate. Kena tegur sikit, terus update status “mental health not okay”. Dey, kalau nak selesa je memanjang, pergi spa bukan office. Nak gaji macam senior, tapi effort kau level budak intern. Bila tengok orang lain naik pangkat, mulalah kata office politics. Padahal orang tu datang awal, balik lambat, rajin belajar, ambil tahu hal syarikat, kerja tak berkira. Kau? Sibuk dengan work-life balance tak habis-habis.

Nak berjaya? Ubah mindset. Belajar ambil inisiatif, bukan tunggu arahan. Sebab dunia kerja ni bukan tempat tunggu disuap. 

Dulu ada sorang chinese manager kat ofis. Namanya Chris. Dia punya bilik, siap ada pokok hidup and indoor water fountain. Masuk bilik dia rasa best je dengan bunyi air, dengan fresh bau bunga. Bos aku cakap "Chris is an example of someone who treats his work as a career, not just a job"

Tak faham. Aku tanya apa maksudnya?

"When someone makes their workspace tidy and comfortable, it shows they treat their job as a career. Orang yang workstation-nya berselerak, tak berkemas, selekeh, buat kerja asal siap, itu contoh orang yang treat kerja as a job saja. Takde hati pun nak buat kerja, just nak ambik gaji je"

Sampai sekarang aku ingat lagi perspektif boss aku. Dan bila aku dah jadi boss, aku semakin faham. Betul kata orang, perspektif seorang bos/majikan ni lain. Kau hanya akan faham bila kau berada di kerusi dia.

Kalau kau boss, my advise, kau pun kena evolve. Jangan tunggu pekerja berubah. What you can do is, let them fall. Jangan selamatkan awal sangat. Assign projek yang ada risiko. Tengok cara dia handle. Bila dia datang tanya, tanya balik “You dah cuba apa?”. Dan tak semua sesuai dalam posisi penting. Kalau jenis yang nak punch in-punch out, letak je dekat position teknikal. Jangan letak kat strategi.

Maybe ada yang membaca ni merasa advice aku kejam. Tunggu kau jadi majikan, pastu kau datang balik kat aku kita sembang.

Ini adalah strategi yang sama majikan-majikan aku buat dulu. Bukan nak menjatuhkan pekerja. If they want to grow, they will take this as a challenge. If they don’t take it as a challenge, then maybe they are just not ready to grow. It’s about pushing them to step out of their comfort zone. If they stay stagnant, then it's a sign they are not fully committed to evolving. Kau tak boleh paksa orang untuk berkembang, tapi kau boleh wujudkan environment yang boleh support ke arah tu. Biarkan dorang decide nak kekal atau tak di tempat dorang sekarang.

Kepada pekerja yang baru mula bekerja dan mahu bertahan lama, kalau betul-betul nak kerja kau grow, nak boss hargai, nak gaji naik, please ubah sikit mindset. Jangan asyik mengharap bos suap semua benda. Kalau semua benda dia yang pikir and ajar, lebih baik dia hire pembantu saja. Macam aku hire bibik aku dulu untuk buat packing Ephyra. Aku print consigment note pass je kat dia. Dia tahu nak pack accordingly. Siap callkan Pos Laju untuk pickup. Dia tahu paper apa kena sgn and cop, paper warna apa kena ada copy. That's pembantu. Dia takyah pikir. Dia hanya ikut arahan dan buat. Kau nak kerja macam tu? Gaji tak besarlah tapi.

Lagi satu, jangan cakap “Saya tak tahu". Tukar jadi “Saya akan cari tahu”.

Dulu aku pernah marah sorang staff. Dah masuk beberapa bulan kerja masih lagi nak tanya aku semua benda. Aku naik hantu bila dia tanya "Kak, ada customer tanya Herba Rahsia Rimba tu berapa lama boleh tahan kalau beli sebotol?"

Terus naik suara aku.

"Herba Rahsia Rimba tu kan ada cara pengambilan. Tanyalah customer tu dia anak dara ke, kahwin ke, tengah berpantang ke. Dari situ boleh bajet berapa lama bertahan sebotol sebab cara ambil berbeza-beza!"

Geram betul aku. Inilah contoh datang kerja cuma nak ambil order. Tapi tak faham apa yang dia buat. Produk knowledge pun tak faham. Padahal kalau dia faham penggunaan produk tu dia boleh pikir camana nak jawab soalan customer. Benda basic kot. Tak payah bukak buku pun!

Selamat dah resign. Lega aku. Jenis macam ni satu kali naik suara pun dah terus resign. Tu belum kena lempar sales report kat muka macam aku dulu. Percayalah, perangai gini takkan ke mana. Sebab dia tak nak berubah. Nak kerja mudah, nak senang dan tak nak guna otak.

“Saya tak hire you untuk saya bagi you solution. Saya hire you untuk you bagi saya solution”

Kalau ada yang masih rasa ayat atas ni kasar, maybe you belum bersedia untuk dunia kerja sebenar. Tapi kalau kau mula tanya diri “Apa problem yang aku boleh selesaikan minggu ni?”, TAHNIAH. You have the potential to be pekerja that your boss will fight to keep. And when the time comes, you'll be the boss saying the same thing to your employees. Trust me.


2025-05-12

GreenAard: Dalam usaha nak kurus, ada satu benda penting yang kena kenalpasti, iaitu KENALI DIRI SENDIRI.

Ramai yang baru nak try GC Plus nampaknya ni. Tak pernah-pernah hayat GC Plus kita offer RM70 sebotol. Harga anniversary and Y.E.S pun takat RM78 je. Saja je aku nak bagi RM70 sempena yenniversary ke-doploh ompek. Tapi, boleh beli takat 2 botol saja.

Anyways, disebabkan harganya kita bagi extra sale, ramai new user nak cuba. Aku bab new user ni yang seram sikit. Sebab banyak pantang-larang aku kena bagi peringat.

Ok secara ringkas, yang ada di bawah ini TAK BOLEH ambik GC Plus:

- ambil ubat darah tinggi
- ada sakit buah pinggang
- ambil birth control
- PCOS and Thyroid
- ambik ubat-ubatan lain secara rutin

Yang ambil birth control tu sebenarnya boleh je nak ambil GC Plus, cuma progress akan jadi sangat slow kerana birth control secara semulajadi akan slow-kan metabolisme. Maka, badan akan susah nak turun berat dan senang nak naik. Tapi kalau nak try juga untuk dapat manfaat lain - seperti kurangkan rasa lapar, silakan.

Ramai orang nak kurus, aku faham tu. Tapi, dalam usaha nak kurus, ada satu benda penting yang kena kenalpasti, iaitu KENALI DIRI SENDIRI. Maksudnya, tak semua produk yang berkesan untuk orang lain akan berkesan untuk kita. Dan tak semua yang badan orang lain boleh terima, badan kita boleh terima juga.

This also applies to GC Plus. Ramai yang nak cuba setelah baca testimoni. Testimoni GC Plus semuanya genuine. Kita tak tipu testimoni. However, kena kenal diri sendiri.

Dalam GC Plus ada bahan perangsang (stimulant) yang tujuannya untuk naikkan metabolisme badan. Bila metabolisme meningkat, badan akan burn lebih banyak kalori, sekaligus mempercepatkan weight loss.

Sounds good, kan?

Tapi, stimulant ni umpama minum kopi. Ada orang minum kopi segelas, terus berdebar-debar. Ada orang boleh minum 3 cawan pun rilex. Jadi, tahap sensitiviti terhadap stimulant tu tak sama antara individu. Dan bila kita ambil pil yang sama (GC Plus) dengan kawan kita, tak semestinya kita akan alami kesan yang sama.

Antara kesan paling biasa bila badan tak tahan stimulant — jantung berdegup laju atau rasa berdebar-debar. Kadang-kadang rasa macam baru lepas lari 100 meter, padahal tengah duduk tengok TV.

Kenapa jadi macam tu?

Inilah kesan dari stimulant tadi. Stimulant merangsang sistem saraf pusat (yang mengawal jantung). Bila terlalu terangsang, kadar heart rate boleh naik, walaupun tengah rehat.

Dalam GC Plus ada green tea. Green tea adalah bahan stimulant. Tak bahaya, tapi untuk yang sensitive, mungkin akan dapat effect jantung berdebar. Walaupun kandungan kafein dalam green tea lebih rendah berbanding kopi, some yang sensitif pada kafein masih boleh merasa berdebar, pening, atau susah nak tidur.

Tapi kena ingat juga. Sometimes kesan berdebar ni bukan semata-mata sebab ambil GC Plus. Ada beberapa sebab lain yang boleh ‘bergabung’ dan buat jantung laju. Contoh, minum kopi atau teh 2-3 cawan sehari. Selama ni ok je. Tapi bila ditambah dengan GC Plus, jantung berdebar. Sebab? Sebab badan rupanya dah beradaptasi untuk accept setakat 2-3 cawan sehari. Bila tiba-tiba topup dengan GC Plus, terus jantung berdebar.

Yang kedua, you all ada ambil ubat-ubatan lain secara rutin. Contoh, ubat antidepressant atau ubat asthma. Ubat-ubat ni semua ada stimulant. Bila tambah dengan GC Plus, jantung cannot take it. That’s why awal-awal tadi aku bagitau yang ambil ubat secara rutin, JANGAN AMBIL GC PLUS.

Lagi satu, yang always kurang tido, and stress. Tahu tak bila badan letih, tak cukup tido, tak cukup rest dan stress, heart rate mudah naik? Pastu kau telan GC Plus jantung berdebar nanti kau salahkan produk. Aku jentikkkkkk dahi tu karang.

Sekiranya selepas ambil GC Plus rasa berdebar-debar, jangan salahkan produk dulu. Cuba stop kopi dulu atau kurangkan dos GC Plus. Tengok ada beza tak. Kalau takde beza, berhenti terus, dan jumpa doktor. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu kita ada masalah jantung atau high blood pressure.

“Green tea pun boleh jadi penyebab?”

Ya, boleh. Green tea ni bahan “natural” untuk turunkan berat badan. Tapi green tea teh ada kafein. Tak banyak, around 2-5%. However dalam GC Plus kandungannya jadi lebih pekat sebab kita ekstrak bahan aktifnya terus. Jadi bila GC Plus, sebenarnya kau sedang ambil kafein, dan kafein tu maybe boleh merangsang jantung.

That’s why ramai orang kata bila ambil GC Plus, dorang jadi lebih fokus. Sebab extract kafein dalam tu. Tapi untuk orang yang tak biasa, badan akan ‘terkejut’. Jantung jadi laju. Ini simptom biasa bila first time badan terima dos kafein yang tinggi.

Badan kita macam kereta. Bila tekan minyak (ambil stimulant), enjin akan pecut. Tapi kalau kereta tu jenis lama atau jarang servis (macam badan kita yang ada masalah jantung, darah tinggi atau diabetes), enjin boleh overheat bila kita paksa pecut terlalu cepat. Sama juga dengan jantung. Kalau badan tak ready, stimulant boleh bagi tekanan tambahan.

Yang takde effect jantung berdebar bila ambil GC Plus, baguslah. Itu maksudnya badan korang bertoleransi dengan stimulant. However, itu bukan tiket untuk overconfident dan ambil GC Plus melebihi dos. Kita dah identify berapa kapsul sehari untuk kesan yang optimum dan selamat.

Untuk yang baru nak try GC Plus, sebelum start, UKUR LILITAN PINGGANG terlebih dulu. Catat. Selepas 10 hari dengan GC Plus, ukur semula lilitan pinggang. See the difference.

Kenapa aku suruh ukur pinggang, bukan timbang berat?

Sebab pinggang adalah indicator fatloss. Kita sekarang nak buang lemak, bukan buang berat. Penimbang bagi berat keseluruhan — lemak, air, tulang, otot. Tapi hanya pinggang saja tunjuk kehilangan lemak. So, pastikan pinggang DI BAWAH 31 inci. Lebih dari 31 bermakna anda OVERWEIGHT!

Tengah-tengah menulis ni, staff cakap stok GC Plus hanya akan sampai Khamis ni. Yang ada now hanay cukup untuk post pending order last week. Mana-mana yang order since semalam, please tunggu new stock sampai Khamis ni baru we all post. Kalau nak dapat harga RM70/botol tu boleh order now. Tapi melalui whatsapp only.


2025-05-11

Tak settle-settle lagi isu branded Birkin dari China ni, ya?

Semenjak aku melepak Weibo sejak 3 tahun lepas, aku dapat kawan-kawan cina (Zhongguo ren). Aku mula faham these so-called “handbag debates” a lot better especially yang tengah hangat didebatkan kat media sosial tentang Birkin, LV and Dior bags made in China.

It’s true, when it comes to manufacturing, China is more than capable. Kawan se-Weibo aku explain, China memang boleh produce designer handbags yang identical to the originals. Dari segi design, dari segi craftsmanship yang sama, even the same materials. From the outside, most people probably wouldn’t be able to tell the difference.

Tapi key pointnya adalah, they still consider it fake. Kenapa? Sebab it doesn’t come from the official house. It wasn’t made under the brand’s control. It didn’t go through the same channels.

Dia macam ni. Umpama kau masak makanan yang sama macam makanan kat 5-star hotel, tapi kau masak kat dapur rumah kau. Makanan tu maybe dapat rasa yang sama but you’re not the restaurant. Kau tak boleh kata oh this is makanan dari sekian-sekian hotel. Tak. Makanan tu adalah dari dapur kau. Resepi je sama.

Kenapa kita tak boleh kata handbag designer yang kita beli dari China tu “original” walaupun dorang guna material dan kemahiran yang sama?

Sebab “original” bukan sekadar rupa atau bahan. It’s about authenticity, brand ownership, and where it came from. Handbag original dimanufacture under kawalan penuh brand tu sendiri. Tak kisahlah Hermès ke, Chanel ke, Louis Vuitton ke. Maksudnya, walaupun katanya dibuat di China tapi bukan dibuat di sebarang kilang. Ada kilang rasmi, yang ikut standard kualiti the brand, melalui saluran yang sah, lengkap dengan serial number yang valid, lengkap documentation, and brand guarantee.

Kilang-kilang macam ni ada personnel yang jaga QC khas untuk that brand. Walaupun ada kilang yang boleh copy every detail down to the stitching and use the exact same leather, kalau ia tak diluluskan, atau dijual oleh brand tu sendiri, itu tetap bukan original. Mungkin kualiti tinggi, tapi keaslian tak ada. Dan bila tak asli, itu maksudnya REPLIKA, no matter how convincing it is.

Original is not just how it’s made. It’s who made it and where it came from.

Beli handbag original dari store yang sah adalah lebih baik, walaupun brand tu sendiri mungkin manufacture bag dorang di China.

Why?

Sebab bila beli dari store original, kita dapat jaminan yang beg tu memang 100% original, bukan sekadar “nampak sama”. Ada serial number, ada certificate of authenticity, dan biasanya boleh jejak terus dari kilang ke tangan kita.

Handbag mahal bukan macam beli beg pasar malam. Kalau ada defect atau isu, store original biasanya offer after sale servis, boleh hantar repair for free, ada warranty, and ada customer support yang professional. Cuba kau claim warranty dengan random sales kat online yang kata “same factory”. Good luck lah.

Handbag original, especially from luxury brands, ada resale value. Kadang-kadang harga pre-loved boleh naik lagi sebab demand tinggi. Tapi kalau beli dari sumber tak sah, walaupun “sama”, nilainya zero. Tak ada siapa nak beli semula sebab authenticity tak boleh dibuktikan.

Look. Brand tu dah bina nama bertahun-tahun. Dari segi design, heritage, storytelling. Bila kita beli yang original, kita hormat usaha dan nilai seni tu. Beli fake walaupun “nampak sama” umpama kau kata “Aku suka hasil kerja kau, tapi aku cari orang lain yang boleh sebijik macam kau buat”.

Bayangkan beg designer ni macam lukisan original oleh pelukis yang famous, contohnya Van Gogh. Kalau ada orang lain yang pandai melukis, dia boleh tiru 100% gaya, warna, dan teknik Van Gogh. Dia boleh guna kanvas dan cat yang sama mahal macam Van Gogh pakai. Bila siap, lukisan tu memang nampak sebijik macam yang original. But does that mean it’s a Van Gogh? No. The value is nowhere near the same, even if visually it’s almost impossible to tell the difference.

Sama macam handbag. Walaupun dibuat di kilang yang katanya sama, guna material yang kononnya sama, dan hasilnya nampak serupa. Kalau bag tu tak datang dari brand tu sendiri, ia tetap bukan original. Sebab tak ada nilai sentimental, tak ada nilai invertment, and no legitimacy.

People buy originals not just for the look, but for the story, the value, and the heritage behind the brand. Macam beli paintings Van Gogh. Bukan sebab lukisan cantik je, tapi sebab itu Van Gogh.

Actually isu handbag ni bukan tentang fake or original tapi tentang “Ini bukan fake, kilang sama je.”Padahal, itu cuma self-justification. Brand besar memang ada kilang di China, tapi kilang tu beroperasi bawah kawalan ketat brand tu sendiri. Dari proses pembuatan, kualiti, sampailah ke packaging dan distribution, semuanya diurus oleh brand tu. Manakala beg yang dijual luar dari saluran rasmi, walaupun dibuat di kilang sama, tak melalui proses tu. Jadi, tetap bukan original.

Sebenarnya, isu ni bukan pasal afford atau tak afford. Ramai je yang mampu beli dalam bajet sendiri. Nak barang macam ori atau nak barang yang benar-benar ori, that’s your call. Tapi jangan samakan dua benda ni. Tak sama.

So, if you wants to rock a China-made Birkin, that’s totally your choice. Silakan beli. But don’t go around saying it’s original, because it’s not. Dia mungkin lebih murah tetapi bukan ori walaupun nampak seriously like ori. And pretending it is ori doesn’t make you look classy. It just makes you look desperate to impress people who don’t care.


2025-05-10

Medical Card: Medical Card Rasa Macam Membazir?

Seorang pengguna medical card frust bayar caruman tapi tak guna:

Aku senyum je baca. Ini 'pemandangan' biasa kat media sosial. Ramai yang merasa takde function bayar caruman bulan-bulan, tapi tak pernah guna. Dorang rasa macam bagi duit kat syarikat insurans sesaja.

Inilah salah faham paling biasa tentang medical card. So hari ni aku nak bagi pencerahan dari sudut pandangan seorang bekas medical underwriter dan pemegang medical card sejak 2002. Ni kita sembang santai-santai je, bukan nak jadi pakar kewangan. Tapi nak pakai logik dan sedikit common sense.

Sorry to say. Tapi bagi aku, komen macam ni datang dari someone yang sebenarnya belum bersedia nak ada medical card. Dia sendiri tak tahu kenapa dia ambil. Dia tak cukup faham apa tujuan bayar medical card tiap-tiap bulan. Maybe dia beli sebab circle dia semua beli. Dan SELALUNYA orang yang ambil medical card tanpa kefahaman ni lah yang akan always create scene bila ada isu.

First of all, mindset kena betulkan. Medical card BUKAN untuk diguna macam subcribe Netflix. Aku faham, kita dah terbiasa dengan konsep langganan. Bila kita bayar Spotify, Netflix, iQIYI, Disney, kita dapat akses hiburan. Bayar, dapat pakai. Bayar, boleh layan drama Korea. However, medical card bukan macam tu. Ini bukan servis yang kita nak pakai hari-hari. This is not something you use every month to feel worth it.

Medical card adalah perlindungan, bukan produk hiburan. Kalau kau tak guna langsung selama bertahun-tahun, itu benda yang patut disyukuri, bukan merungut. Medical card ni macam payung. Letak dalam kereta. Satu kali pun tak hujan masa kita keluar. Adakah kita akan marah dan cakap, “Alaa…beli payung tapi tak guna pun. Membazir!” 

Tak, kan? Kita sebenarnya bersyukur. Tak hujan bermakna hidup lancar, tak kuyup. Kita standby payung bukan sebab hari ni hujan. Beli payung sebab akan datang bila-bila masa mungkin hujan. Kalau hari ni panas, tak bermakna kita bazir beli payung. Cuma, kita belum perlu guna lagi.

Sama juga dengan medical card. Bila sihat, tak warded, tak guna pun, itu bukan membazir. Itu nikmat. Maksudnya, kita masih sihat, kita belum ditimpa musibah dan kita masih boleh bekerja macam biasa. Medical card hanya akan ‘bekerja’ bila ada musibah. Dan sepatutnya berdoa tak perlu guna dia langsung.

Masalahnya ada orang ambil medical card tapi mindset dia, “Aku bayar every month, tapi tak masuk hospital pun. Rugi je bayar".

Hello? Kau nak masuk hospital ke baru rasa duit tu berbaloi? Itu dah terbalik logik hidup. Medical card bukan untuk seronok-seronok guna. Bayangkan orang beli insurans kereta. Setahun tak accident langsung. Tak calar pun kereta. Tiba-tiba dia cakap, “Rasa rugi pulak bayar insurans kereta tiap-tiap tahun. Tak pernah accident”. Kita yang dengar pun pelik. Dah kenapa kau nak accident? Semata-mata nak guna insurans?

Insurans, tak kira untuk kereta, kesihatan, rumah, nyawa adalah bukan benda kita nak guna hari-hari. It's a safety net. Medical card adalah polisi perlindungan untuk bantu kalau sesuatu yang TAK DIJANGKA berlaku. Contohnya, kena warded. Emergency surgery. Accident. Treatment illness. Imagine tiba-tiba kena appendiks. Kena masuk wad 3 hari. Kos rawatan RM15,000. Kalau tak ada medical card, terpaksa keluar duit savings, atau pinjam. But if you have medical card, everything is covered. Tak perlu susahkan sesiapa dan tak usik duit simpanan.

En Wan pernah share one of his client, muda lagi, belum 30 tahun. Sihat, aktif bersukan. Tiba-tiba ada batu karang dan perlu surgery. Kos dalam RM9000. Nasib baik dia ada medical card. Kalau tak? Terpaksa postpone treatment, tunggu giliran kat hospital kerajaan yang mungkin ambil masa berbulan. Dan dalam tempoh tu, sakit maybe makin teruk. Benda tak dijangka macam ni la yang buat kita sedar medical card bukan membazir. It's a lifesaver.

Dalam dunia kewangan, medical card adalah satu cara kita pindahkan risiko kepada syarikat takaful. Maknanya, "Saya sanggup bayar sikit setiap bulan, supaya kalau berlaku benda besar, saya tak perlu tanggung beban kewangan tu seorang diri". Syarikat takafulk akan tanggung kos rawatan hospital yang boleh mencecah beribu-ribu. This is in return for the small monthly commitment we pay. Kita beli ketenangan jiwa.

Kebanyakan yang rasa rugi bayar medical card tapi tak pernah guna adalah kelompok yang belum faham tujuan ambil medical card. Orang macam ni tak baca polisi betul-betul. Dia tak tahu pun medical card ada limit tahunan. Dia juga tak tahu beza antara hospital panel dan bukan panel. Hat ni baru-baru ni ada orang share kat FB pasal seorang makcik (maybe umur akulah) yang datang hospital private. Pastu dia marah kenapa dia kena bayar sebab dia B40. Berulang kali dia cakap "Saya B40, kenapa saya perlu bayar?" Orang yang menulis post tu rasanya kerja kat hospital tu. Dua kata makcik tu tak tahu apa beza hospital government dengan private.

Inilah antara masalah orang-orang yang tak tahu kenapa dia ambil medical card. Dia cuma tahu nak guna saja. Nanti bila ada masalah, dia akan cepat salahkan agent, salahkan company, salahkan produk. Padahal, masalah sebenar dia cuma satu. Dia tak faham kenapa dia ambil medical card.

Aku bagi 2 analogi mudah.

Kau sign up gym RM150 sebulan, tapi tak pernah datang. Pastu salahkan gym sebab bazir? Logik ke? Padahal salah kau sebab tak datang. Sama macam medical card. Kalau kau tak tahu apa sebab kau ambil medical card, tak fahamkan polisi, kau akan rasa rugi bayar caruman.

Kau bayar RM50 sebulan untuk Netflix. Ada bulan kau tengok hari-hari. Ada bulan kau sibuk, langsung tak sempat bukak. Tapi kau tak pernah terminate pun, sebab kau tahu bila-bila masa kau nak tengok, boleh tengok. Kau bayar supaya bila nak akses bendanya dah ada. Betul tak?

Sama macam medical card. Bukan maksud tiap bulan bayar, tiap bulan mesti masuk hospital. Kita bayar untuk akses perubatan terbaik BILA PERLU. Bila sakit, bila kemalangan, bila kecemasan, terus boleh guna, tak payah fikir pasal duit. Takkanlah nak tunggu masuk ICU dulu baru rasa berbaloi?

Ini nasihat ikhlas. Kalau kau betul-betul belum faham, belum bersedia, tak mampu commit setiap bulan, jangan ambil dulu. Sebab bila kau ambil sesuatu yang kau tak faham, bukan saja kau rasa terbeban tapi kau akan jadi salah seorang daripada ramai orang yang buat sistem takaful nampak buruk di mata masyarakat. Kaulah yang nanti bising bila tak dapat claim untuk sakit gigi, walaupun polisi tu tak cover pun. Kaulah yang cakap “agent tak explain”, padahal masa agent explain kau tak faham tapi buat-buat faham sebab segan nak bertanya.

Tak semua orang ready untuk ada medical card. Dan itu bukan salah siapa-siapa. Yang penting, bila kau ready, kau tahu apa kau nak, apa kau beli, dan apa tanggungjawab kau sebagai pemegang polisi. Orang yang faham konsep medical card, dia bayar tiap bulan dengan tenang tanpa culas. Bukan sebab dia suka ‘bazir’, tapi sebab dia tahu ada backup kalau apa-apa jadi. Sebab bila masuk hospital, bil bukan RM50 tau. Kadang-kadang masuk ward sehari pun boleh cecah ribu-ribu.

Medical card bukan untuk ‘menang’. Ia untuk melindungi. Kalau dalam 5 tahun tak pernah guna, alhamdulillah. Kalau satu hari nanti tiba-tiba sakit atau accident, maybe masa tu baru sedar nilai sebenar medical card. Masa tu kau akan rasa, “Nasib baik aku dah ambil awal-awal dulu”. Kalau masa tu baru nak ambil, dah lambat. Dah susah. Dah tak layak. Atau caruman dah naik mencanak.

Medical card bukan untuk orang yang nak rasa berbaloi. Medical card untuk orang yang dah bersedia. Jadi sebelum tanya “Kenapa aku bayar tiap bulan tapi tak guna?” Tanya dulu, “Aku ni betul-betul faham ke kenapa nak ambil medical card?”

Kalau jawapan kau masih kabur, jangan salahkan produk. Salahkan pemahaman sendiri. Ingat! Lebih baik ada, tapi tak guna. Daripada tiba-tiba perlu, tapi tak ada langsung.


2025-05-09

Adakah maknanya role aku as isteri dan En Wan sebagai suami adalah sama?

Orang tanya apa maksud aku dalam post semalam bila aku tak bagi suami jadi dominan. Adakah maknanya role aku as isteri dan En Wan sebagai suami adalah sama?

Gitu pertanyaannya.

Ramai salah faham bila dengar perkataan dominan atau submissive, especially dalam konteks marital relationship. Mesti ada yang terfikir En Wan kena queen control. Dan aku percaya ramai lelaki ingat kalau isteri tak nak tunduk 100% pada suami, maknanya ada masalah dalam perkahwinan.

Yang aku praktikkan dalam marriage adalah, both of us need to have space to stand equally. Aku bukan isteri yang ikut je arahan tanpa bertanya. Aku pun tak suka En Wan jadi lelaki yang hanya tahu mengarah dan tak peduli pendapat aku as isteri. Nak isteri yang ikut je cakap kau, sorry bukan dengan aku. Sebab dari awal kau dah tahu aku jenis vokal, suka berbincang, suka deep conversation, dan aku tak suka menurut tanpa tahu apa tujuan kau mengarah aku.

To me, communication is the main key. Aku bukan melawan untuk melawan, tapi dia kena faham aku ada pandangan dan pendapat yang mungkin berbeza, and that doesn't mean I don't agree with him. Aku cuma nak dia dengar, appreciate pandangan aku, and sama-sama cari jalan penyelesaian yang terbaik. Marriage is not just about who is more dominant or who directs more tapi tentang bagaimana kita as husband and wife supporting each other, giving space, and making decisions together. And nak buat ni kena discuss, bukan sorang arah, sorang ikut tak tentu hala.

Jangan persoal ketaatan aku. Kalau dengan lelaki saiko, hauk dan abusive pun aku boleh bertahan dan buat baik, apetah lagi dengan lelaki yang hormat dan baik pada aku. Kau takkan boleh imagine apa yang aku sanggup korban dan kongsikan. So ceritanya, be a good man. The key is - kau respect aku, aku respect kau. Kau baik dengan aku, aku baik dengan aku. Kalau buat perangai cilaka, siap.

Aku nampak post ni kat Thread. And that was my reply.

Betullah. Kalau nak lelaki yang stabil kena cari yang umur 30-40 an. Ni geng-geng kewangan stabil. Tapi selalunya geng-geng kewangan stabil ni dah taken. Nak tak nak, yang ada is geng-geng 20s. The thing is, perempuan bukan tak sanggup bersusah-payah bersama sementara nak tunggu kewangan suami stabil. Tapi ada suami yang bila isterinya boleh hidup ala kadar, dia jadi selesa. Takde drive nak buat lebih. Dah la tak nak buat lebih, kat rumah pun berat tulang. Pastu ulang-ulang bab taat-nusyuz-derhaka-taat-nusyuz-derhaka-taat-nusyuz-derhaka. Itulah dia meratib hari-hari.

Kalau isteri tak pernah minta lebih, tak bermakna dia tak mahu lebih. Kadang-kadang, dia harap suami boleh buat lebih tanpa perlu diingatkan. Isteri yang tak banyak meminta doesn't mean she doesn't have bigger dreams atau keinginan. Dorang mungkin tak mintak secara terus terang, tapi dorang berharap suami faham. 

Perempuan biasanya lebih willing memberi. Bukan sebab nak dihargai, tapi sebab perempuan percaya giving without saying much is a sign of love. Tapi, bila keadaan tetap tak berubah, bila segala-galanya just following the usual rhythm, kat situlah rasa kekurangan mula muncul. Bukan sebab tak bersyukur, tapi sebab dia harap suami juga ada inisiatif lebih, to help improve their lives.

Terharu aku baca FB post Mr Annoying sempena anniversary baru-baru ni. Nasib baik dia ingat bini dia ni sanggup makan atas lantai beralas surat khabar lama. 

Masa ni kitorang pindah dari rumah Mak Aji ke Fairville Apartment di USJ21. Kilang tempat dia kerja dekat je dengan apartment ni, that's why dia ajak pindah situ. Masa ni aku dah berhenti kerja sebab sambung belajar. Disebabkan kebanyakan masa aku duduk di rumah sorang-sorang, dia sewa guarded and gated apartment. 

Tahun 2001 sewanya RM820/bulan, which is quite mahal dah pada tahun tu. Boleh je nak sewa landed house, banyak yang murah-murah, tapi dia nak isterinya selamat, ada security dan privacy because dia selalu balik malam. Gaji dia baru RM2500, fresh grad. RM820 habis kat sewa rumah alone. Belum lagi maintenence RM120 setiap bulan.

Masuk rumah sewa dalam keadaan takde kelengkapan yang proper. Masa tu cuma bawa perabot bilik tido. Ini hadiah dari Mak Aji sempena kawen. Pastu bawak set pinggan mangkuk Arcopal untuk 16 orang. Ini pun hadiah Mak Aji sempena kawen. Nasib baik dapat hadiah kawen set periuk Tefal dari BFF, Nurul. Dapatlah masak malam tu. Pastu home theathre set En Wan bawak balik from Jepun. Itu saja yang ada. 

Petang lepas pindah rumah, kitorang gi Giant beli stove RM49, tong gas, kabinet kasut 2 pintu yang dijadikan tempat simpan periuk and pinggan. Lain takde. Fridge takde, mesin basuh takde, sofa and meja makan lagilah tak nampak bayang.

Malam tu menu aku adalah nasi putih with sambal telur. Menggigil-gigil masak sebab kelaparan dan kepenatan pindah rumah. Makan berdua bersila atas surat khabar. Cakap berbisik pun bergema satu rumah. Punyalah kosong. Hahahah. Langsir pun takde. Esoknya dia pegi kerja, barulah aku slow-slow mengemas. Terlupa beli mop pulak tu. Terus aku activate Cinderella mode. Mop lantai pakai kain buruk, gaisssss. Mencangkung dari hall ke dapur ke bilik nak mengemop. 

En Wan buat part time nak cari extra money. Dia buat drawing (engineering) and translator job (Japanese). Everyday clock out dari kilang 7.30 pm. Kul 8 atau 8.15 pm sampai rumah. Lepas mandi kitorang makan sama-sama. Sikit demi sikit dia beli barang-barang rumah. Walaupun duit dia, tapi tetap tanya aku ok tak sofa ni, ok tak meja makan ni, etc. Aku ok je semua. 

Beli meja makan 4 kerusi and sofa 2 seater. Beli pun pakai ansuran. Meja makan RM800 pun ansuran, gais. Pastu barulah masuk fridge, mesin basuh, Astro dan segala tok nenek barang. Aku banyak puasa masa ni sebab nak jimatkan barang dapur. Kalau tak puasa karang asyik nak mengunyah je. So aku berpuasa. 

Everytime Mak Aji call tanya masak apa hari ni, aku goreng dia. Aku cakap buat tomyam, siakap 3 rasa, sup ketam....padahal takde pun. Nak jaga airmuka suami dan tak nak mak bapak risau. Kalaulah mak aku tahu hari-hari aku puasa, mesti dia membingit kat telinga aku "Tu lah kau, nak kawen cepat sangat!".

Duit nafkah aku tak mintak. Tak tergamak. Apa yang dia provide cukup dah masa tu - makan, tempat tinggal, pakai. Aku halalkan selebihnya. Time tu tengah nak pakai duit. Lagipun aku bukan pakai apa sangat, tak bekerja. Masa tu belajar. Takde mekap, takde baju bersilih ganti. Tak perlu. 

Bila dah bekerja, aku kongsi gaji. Kad ATM aku serah kat En Wan. Terpulang dia nak pakai untuk apa sebab aku percaya dia guna untuk kitorang bersama juga. Cheque komisyen aku pun aku serah kat En Wan. Dia bank-in kan. Duit tu masuk ke tak, hanya dia je yang tahu. Kalau aku nak beli something, baru aku mintak dia bayarkan. Kadang dia belanja, kadang dia bayar pakai duit aku. 

Sebab tu aku cakap, perempuan ni kalau lelaki baik pada dia, ada give and take, berusaha, ringan tulang, tak menyakitkan hati - dia akan bagi lebih dari yang kau mintak. Kau tak mintak pun dia bagi. So, jangan question kenapa perempuan tak suka hidup susah. Takde orang yang nak hidup susah. Yang perempuan tak suka adalah hidup dengan lelaki miskin, dahlah miskin, pemalas pulak tu, cuma tahu nak mengarah itu ini pastu sikit-sikit derhaka derhaka derhaka. Asal malam je nak mengote. Pegi mampus.

Ada orang cakap suami yang berkongsi expenses rumah dengan isteri adalah suami yang gagal. Terpulang. Kalau kau rasa gagal, gagallah. Bagi aku, tak. Bagi aku, suami aku tak gagal bila aku share gaji dengan dia. Both of us know realiti hidup hari ni tak sama macam zaman mak bapak kita dulu. Dulu RM50 boleh penuh satu troli. Sekarang RM50? Dapat tiga barang pun nasib baik. Hidup hari ni bukan tentang siapa tanggung sapa, tapi tentang kerjasama siapa nak angkat rumah tangga tu sama-sama. Memandangkan kitorang nak hidup selesa, rumah selesa, ada maid, makan sedap, sesekali holiday, we are willing to share. 

Kalau dua-dua kerja, dua-dua ada income, apa salahnya kongsi? Bukan maksud isteri kena tanggung semua, tapi ada benda isteri boleh bantu, ada benda suami boleh galas. Itu bukan tanda kegagalan. Itu tanda dewasa. Tanda pasangan tu sedar, yang mereka tak compete sesama sendiri, tapi lawan cabaran hidup bersama.

Aku bukan nak cakap semua rumah tangga mesti ikut formula kongsi duit. Ada rumahtangga yang suaminya tanggung 100%, isteri tak keluar sesen pun. Kalau mampu, bagus. Tapi jangan jadikan itu satu-satunya piawaian kejayaan seorang suami. Ada suami gaji tak besar. Tapi dia usaha siang malam. Dan isteri, sebab sayang dan faham, dia bantu mana mampu. Tu gagal ke? Tak. Yang gagal tu, kalau suami goyang telo, isteri kerja dua tiga tempat. Yang gagal tu, bila isteri bantu kewangan, suami lepas tangan. Yang gagal tu, bila suami rasa duit isteri automatik jadi hak dia, dan dia berlagak dengan duit bini acah-acah kaya. 

Rumah tangga tu tentang we, bukan me. Tak kisahlah suami bayar semua, atau dua-dua kongsi. Asalkan dua-dua buat dengan rela, dengan rasa tanggungjawab, bukan terpaksa. Sebab kalau satu pihak je yang penat, rumah tu takkan jadi rumah. Dia jadi tempat persinggahan je. Takde jiwa.

Now, aku and En Wan masih amalkan perkongsian. Rumah and utilities 100% dia. Tapi makanan aku. Aku sendiri nak bayar. Pakaian and bills anak-anak, semuanya En Wan. Medical card aku bayar Rayyan, dia bayar Redza. Hibah anak-anak aku bayar sorang sebab En Wan bayar punya hibah untuk aku quite tinggi carumannya. Takpelah, anak aku bayar. Kereta, masing-masing bayar sendiri punya kereta. Holiday, dia bayar. Makan-makan masa holiday, aku bayar. Gitulah arrangement kitorang. Kalau ada yang merasa arrangement macam ni menunjukkan En Wan gagal, terpulanglah. Eloklah kalau kata dia gagal, selamat aku takde yang nak menyondol beliau. Mbahahahaha. 
    
Hanya kerana isteri tak pernah merungut, tak bermakna dia ok, ya. Kadang isteri diam sebab dah penat nak ulang benda yang sama. Dia diam sebab dia cuba faham keadaan suami. Tapi dalam diam tu, dia simpan semuanya. Kepenatan, kecewa, dan harapan yang makin hari makin lenyap. Jangan salah faham kesanggupan dia hidup ala kadar tu sebagai lesen untuk kau tak buat apa-apa. Bukan dia tak nak hidup senang, tapi dia sanggup bersusah asal dengan orang yang ada usaha. Ada arah. Ada impian. Kalau kau sendiri pun tak tahu hala tuju, lepas tu nak jadi tuan besar dengan ayat-ayat "isteri kena taat", itu bukan kepimpinan. Itu namanya ego.

Kau nak jadi pemimpin, tapi takde pelan. Takde strategi. Takde rasa nak perbaiki keadaan. Balik kerja gunakan alasan penat, lepak atas sofa, scroll phone, pastu merungut kenapa duit yang dibagi kat isteri always tak cukup? Nak minta isteri taat, itu takde masalah. Tapi taat tu datang dari hormat. Hormat tu datang dari usaha dan tanggungjawab. Kalau kau tak pernah tunjuk ada drive, ada daya saing, nak perbaiki hidup keluarga, macam mana isteri nak rasa perlu taat? Macam mana dia nak serah seluruh jiwa kalau kau pun tak bersungguh menjaga kebajikan dia?

Jangan salahkan isteri kalau satu hari nanti dia mula tawar hati. Bukan sebab dia berubah, tapi sebab terlalu lama dia harap kau berubah. Jangan sampai satu hari, perempuan yang sanggup bagi semuanya tu tiba-tiba dah tak ada rasa nak bagi apa-apa lagi. Sebab bila dia dah letih, kau takkan dapat balik versi dia yang dulu. Yang sanggup bersusah-payah. Yang sanggup buat apa je demi rumah tangga. Isteri yang kuat bukan sebab dia tak penat. Tapi sebab dia takde pilihan selain kuat.

Jangan ingat perempuan tak mahu bersusah-payah. Perempuan adalah manusia yang bodoh tau tak? Kalau boleh, semua nak dibaginya. Jiwa, raga, duit, tenaga. Semua. Syaratnya, kau as lelaki jangan acah-acah nak jadi raja tak tahu kehala. Buat sikit, tapi mintak lebih. Barang rumah tak cukup, tapi request macam-macam. Bila isteri boleh hidup susah, kau takde rasa nak buat lebih. Biar je isteri tu terus dalam "kesederhanaan" sampai dah beranak 5. Takde common sense. Harap kote je panjang. Otak besar testis.


2025-05-08

We can be like puzzle pieces with different shapes and edges, but when put together, we fit perfectly.

Aku boleh relate dengan apa yang dia tulis ni. Sebab berlaku pada aku.

Ramai orang termasuk aku, ingat kena ada cinta dulu baru boleh kawen. Kalau takde cinta, macam mana nak kahwin? Aaa gitu yang kita selalu dengar. Sebab kita terlampau disogokkan dengan banyak cerita - kena ada cinta dulu baru boleh kawen dan bahagia. Tapi, bila aku sendiri ada pengalaman kawen sebab nak loloskan diri dari orang yang pernah aku cinta, aku terpaksa sokong statement orang ni.

Bercinta 2 tahun, last-last tak jadi apa. Menyemakkan kepala aku lagi ada. Dengan En Wan, tak sempat nak kenal beria tu satu hal. Jarang jumpa pulak tu. Tapi rupanya berjodoh.

Aku agree bertunang dengan En Wan dalam keadaan terdesak. Dia masa tu memang suka kat aku. Aku je yang belum. Aku kenal dia awal-awal dulu sekadar nak mengisi masa lapang takde benda nak buat. Lepak-lepak dalam computer lab, main chat. Masa tu tengah single. Takde keperluan nak dating macam dulu, jadi aku kill the time dengan chatting.

First time jumpa En Wan 23 Disember 1998, after 8 bulan chatting. Dia confess nak jadi boifren. Dalam kepala aku, eh why not? Try je dulu long distance relationship macamana. Selepas semak kepala melayan lelaki kaki kontrol, aku rasa no harm try dengan lelaki yang duduk jauh. Sah-sah takleh kontrol aku. Kalau dia kontrol, aku angkat kaki blah. Gitulah pikir aku masa tu. Masa ni dah malas nak pikir kriteria-kriteria lain. Kriteria utama now is tak nak yang semakkan kepala and boleh bagi aku ketenangan.

Masa tu aku balik cuti Krismas which is cuti singkat. En Wan je yang balik lama untuk cuti winter. Lepas jumpa first time, dia pun balik Tganu, aku balik ke Kuching. Tak jumpa-jumpa dah. Hanya keep in touch melalui surat. Sampailah kejadian yang si anu ugut aku dengan pisau, paksa aku kembali pada dia. Masa tu En Wan terus suggest untuk bertunang. At that point aku masih anggap dia kawan saja walaupun dah declare couple. Sebab aku tak rasa kitorang macam tengah bercouple pun. Jumpa satu kali je kot. Selebihnya sembang dalam surat. Amende?

Surat-surat kitorang pun banyak bercakap pasal aktiviti masing-masing kat uni. Dia cerita gi holiday, aku cerita pasal kawan-kawan aku. Kiranya masing-masing masih dalam step berkenal-kenalan. Tup-tup si anu buat gila, kitorang terpaksa plan untuk bertunang. Demi nak selamatkan diri, aku setuju. Masa tu aku tak pikir banyak, just nak bebas dari kongkongan si anu. Dalam kepala aku, takpelah accept je dulu plan ni. Panjang lagi masa nak kawen sebab aku masih ada setahun lagi, En Wan masih ada 2 tahun. Habis kuat pun lagi 2 tahun baru boleh kawen. Dalam masa 2 tahun tu banyak benda boleh berlaku. Agak-agak kenot gi, putus je.

Gitulah mudahnya aku berpikir. Sebab aku dah malas nak beratkan kepala. Selama ni aku banyak pikir pasal orang. Masa dengan si anu tu pun, berkali-kali aku bagi dia peluang demi peluang. Semuanya kerana aku pikirkan pasal orang lain. Pikirkan dia, pikirkan mak bapak, pikirkan our study....last-last aku yang lunyai. Now, no more. Aku gamble accept suggestion untuk bertunang untuk aku, bukan untuk En Wan atau orang lain. Aku nak selamatkan diri sendiri. Jadi kawen ke tak, itu kendian pikir.

Rupanya itulah jalan jodoh aku dengan En Wan. Tanpa beria-ia bercinta.

Aku start kenal En Wan kat chatroom 8 bulan sebelum berjumpa for the first time. Lepas berjumpa satu kali, kitorang terpisah another 8 bulan lagi sebelum decide untuk balik bertunang. Selepas bertunang dia tak balik-balik Malaysia selama 1 tahun 8 bulan sebelum back for good. Sebulan selepas dia balik, kitorang terus nikah. Express, kan? 

Kau jangan tak tahu, aku gi tempah kad kawen sendiri. Tempah baju kawen, sendiri. Gi fitting baju, sendiri. Segalanya sendiri. Sebab dia tak balik-balik lepas bertunang. Kau rasa?? Begitulah gamble dan konfidennya seorang Diana yang tunangnya akan balik untuk berkahwin.

Bila dah lalui pengalaman ni, aku mula nampak satu realiti yang agak berbeza dari perspektif aku sebelum ni, iaitu when it comes to marriage, love is not the only important thing. In fact, it’s not even the main requirement. Bukan nak kata cinta tu tak penting langsung. Tapi kalau nak bina rumahtangga yang kukuh, cinta semata-mata tak cukup. Love can come, fade, and change over time. Tapi tanggungjawab, akhlak, dan kematangan itu yang sebenar-benarnya jadi tiang rumah tangga.

Aku terperanjat juga bila En Wan ajak bertunang, padahal kitorang baru jumpa satu kali. Tapi bila dia suggest bertunang, satu benda yang aku nampak, iaitu dia ada plan. Walaupun baru kenal aku, dia dah pasang plan untuk jadikan aku wife. Dia nak protect aku. Dan dia bersedia untuk jadi suami. Itu yang aku nampak masa tu. Mungkin bagi orang lain decision ni nampak terburu-buru. Tapi dari sudut kematangan, his action reflects confidence and willingness to take serious steps in life. Some people rasa relationship yang masih baru mesti dipupuk dulu, but for someone who is mature, they are not afraid to look further ahead. Maybe ini juga antara sebab aku tak takut bertunang dengan dia.

Si anu tu, jangankan kata planning, duit makan dia pun kadang aku yang tanggung, acane? Balik bercuti pun masih nak menumpang rumah mak aku berhari-hari. Padahal masa tu berkawan baru. Kalaulah aku terus couple dengan dia, entah tahun bila dia ajak kawen agaknya. Entah-entah aku juga kena topup duit hantaran. 

Bukan soal duit sebenarnya, tapi lebih kepada aku tak nampak future dengan dia. Study pun endah tak endah. Kau nak expect apa dengan orang yang study buat sambil lewa? Kadang-kadang, dalam relationship, kita lebih fokus pada aspek perasaan dan emosi rather than focusing on the long-term future. However, in reality, there are a few things that need to be considered dan salah satunya adalah bagaimana seseorang tu bagi komitmen towards their life, termasuk dalam pelajaran.

Someone yang dah berada di uni, tapi tak serius dalam pelajaran atau study sambil lewa, ini gambaran their overall attitude and life goals. Belajar ni bukan soal dapat grad atau score exam, tapi reflects the ability to plan, be disciplined, and work hard. Kalau dia tak bagi perhatian kepada perkara yang sepatutnya jadi prioriti dalam hidup dia ketika tu, macamana aku tak harapkan dia boleh bagi komitmen yang sama untuk perkara lain yang lebih besar, like a future together? Memang taklah.

Dulu masa orang tengok gambar En Wan yang aku letakkan atas meja study - gambar dia depan kereta sport tu - kemain meriah lagi orang mengata aku tinggalkan si anu sebab nak lelaki kaya. Secara zahir itulah yang orang nampak. Padahal kalau aku nak lelaki kaya, dari awal aku tak mandang si anu tu! Baju seluar dia pun aku yang hadiahkan. Perfume dia aku yang beli. Sampai ke T Shirt basahan dia pun aku gantikan. Kalau tak, balik-balik dia pakai baju yang sama. Sakit mata aku.

Ni bukan tentang duit tau, tapi kematangan. Bila kita bercakap tentang masa depan, we are actually talking about the bigger picture of life, including financial stability and commitment. Kalau dalam kepala kau plan nak simpan duit takde, nak belajar pandai-pandai untuk dapat gred yang bagus pun takde, memperbaiki penampilan diri sendiri pun takde effort, jelas kau tak ambil serius pasal relationship kita. Kepala kau tu hanya ada misi nak bercouple je. Takde misi nak menghalalkan. So jangan bitter kalau aku cari "lelaki kaya". Sebab laki miskin macam kau tahu komplen je! Hah kauu. Geram aku.

Cinta itu perasaan. Tapi tanggungjawab itu pilihan. Cinta datang dari emosi, dan emosi manusia berubah-ubah. Hari ni kita sayang sangat, esok sayang tu boleh jadi tawar. Tapi bila seseorang tu faham tanggungjawab sebagai pasangan tak kiralah sebagai suami ke, isteri ke, dia tetap akan jaga pasangan. 

Contoh mudah, kau sayang kucing kau. Kucing tu berak merata, koyakkan sofa, dan buat hal. Tapi kau tetap bersihkan dan bagi dia makan, kan? Kenapa? Sebab ada rasa TANGGUNGJAWAB. Sama macam pasangan hidup. Kalau tak ada rasa tanggungjawab, cinta saja takkan kekalkan hubungan tu. Tanggungjawab ni yang aku cari dalam diri dia tapi tak jumpa. Kebetulan pulak En Wan datang dengan pakej yang lebih baik. Sedang eloklah aku kena hencap kejar laki kaya. Eh kisah pulak aku.

Aku bukan encourage berkahwin tanpa cinta. Kalau ada peluang bercinta, berkenal-kenalan sebelum kawen, pilihlah untuk bercinta dulu. Kes aku ni lain. Terpaksa. Cuma pengalaman aku adalah bukti kawen tak semestinya perlu bercinta macam nak rak. Tak semestinya kena ada chemistry. Cinta dan sayang akan datang sikit demi sikit bila kita saling memahami, saling menghargai dan complete each other. Kahwin ni bukan tentang perasaan semata tapi arah tuju. Bila jelas dengan apa yang kita nak, kita lebih tenang buat keputusan.

Dulu kriteria yang pertama mestilah handsome. Biasalah, budak-budak. Nak yang hensem je. Lepas break dengan si anu, aku punya kriteria untuk pilih suami berubah terus. Yang pertama mesti bijak. I is kenot bersembang dengan orang yang suka bercakap hal remeh-temeh. I want deep conversation. Yang boleh argue dengan logic and facts with me.

Kedua, rajin. Bagi aku, orang kalau rajin akan hidup senang.

Ketiga, teammate. Tak kisahlah kau nak kata lelaki (suami) kena jadi dominan, atau ketua. Itu laki kau. Siapa jadi laki aku, we are a teammate. Takde siapa yang lebih dominan. You respect me, I respect you. You treat me well, aku tak kisah share semua duit dan kederat aku dengan kau. Tapi kalau kau naikkan suara kat aku, tumit aku sampai kat kau. I don't care.

Realiti perkahwinan bukan macam dalam drama yang sweet-mweet dari episod 1 sampai 16. Realitinya, marriage adalah dua manusia yang berusaha setiap hari untuk menjadikan hidup lebih baik. Bukan sorang mengarah, sorang menurut tak tentu hala. 

Kadang-kadang kita tertanya, "Kenapa ada suami isteri yang nampak biasa-biasa je life-nya, tapi bahagia?"

The answer usually comes down to two things. Respect and complementing each other.

Kita dan pasangan tak perlu banyak persamaan. We can be like puzzle pieces with different shapes and edges, but when put together, we fit perfectly.