2016-07-23

Kenalpasti dulu kulit.


Lately ni banyak dah artikel-artikel kat FB viral tentang produk-produk local yang banyak mendatangkan masalah dan bagi mudarat katanya. Antara yang selalu aku nampak is produk kecantikan (krim muka). Macam biasa, apa-apa jugak kes yang berlaku kat Malaysia ni, be it kes rogol, culik budak, pukul bini, dera anak kat taska, korang perasan tak bila berlaku satu kes, tak lama lagi akan muncul 10 kes yang sama berturut-turut. Sama macam kes krim muka. Bila satu artikel tentang ni naik, akan menyusul 140 artikel yang released testimoni yang sama.

Aku bukan major in biokimia jadi pengetahuan aku tak strong sangat. Tapi one of the subject yang aku kena score memang biokimia. Jadi serba sikit tu tak lah jugak. Takde la bangang nau.
Mana-mana produk kecantikan especially krim muka takkan bagi hasil yang sama kepada semua orang. So kalau sorang kata dia pakai tak ok, belum tentu yang lain pun tak ok je.

Kebanyakkan local produk hanya hasilkan dua jenis krim - day & night, satu jenis serum dan satu jenis toner.
Takde produk khas untuk for oily to oily combination atau oily to dry combination atau dry to dry combination.

Jangan salah faham.
Produk tak salah.
Yang salah adalah pengguna sebab tak kenalpasti apa jenis kulit masing-masing.
Sebab tu ada yang pakai ok, ada yang jadi tak ok malah semakin teruk.

Kebanyakkan krim muka ada kandungan minyak untuk melembapkan kulit. Selalunya kalau tak guna minyak, dia akan guna lanolin.
Kalau kulit kita jenis lembap, of cos jerawat akan tumbuh bila ko pakai produk tu.
Pendedahan kepada krim muka berminyak (kandungan pelembap yang tinggi) boleh jadi salah satu faktor utama tumbuhnya jerawat, apetah lagi kalau muka kau jenis lembap juga.
Whiteheads dan blackheads akan timbul bila liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit mati dan bakteria. Bila liang tersumbat, kawasn tu akan jadi infected, dan hasilnya jerawat teruk.
Jadi, bukan semuanya salah produk, tapi salah kita yang tak faham kesesuaian kulit sendiri.

Kulit muka aku walaupun jenis oily, tapi kurang bermasalah.
Aku rasa sebab kulit aku hitam. The melanin menyebabkan aku kurang ada masalah kulit walaupun kulit oily.
Aku dah cuba macam-macam jenis produk, dari produk kat farmasi, kedai jamu sampailah ke kaunter.
Aku pernah guna SKII, Shue Uemura, Chanel, Dior, Shiseido and Clinique.
Macamana aku try produk lain pun, setakat ni aku patah balik ke Clinique.
Kalau korang perasan, Clinique sangat sangat sangat jarang gunakan advertisement gambar pompuan muka flawless untuk jual produk tapi dia iklankan gambar produk je. Dia memang konfiden nau dengan produk dia.
Alhamdulillah, maybe serasi ngan aku.

Kalau korang yang belum pernah try Clinique, ce try.
Dorang akan test kulit kau dulu.
Masa aku belum guna Clinique, aku tak tau pun kulit aku jenis combination oily to oily. Bila dah start pakai semua produk Clinique dari jenis oily to oily, kulit aku lebih banyak improvement.



Aku pakai ni untuk day cream.
Oil free cream.
Aku pakai krim siang je, malam tak pakai sebab aku tak suka muka aku ditepek apa-apa masa tido.


Kadang-kadang kalau krim even better dah habis, aku beli mosturizing gel ni pulak.
Sama je fungsi dia, dua-dua pun untuk type 3-skin (oily to oily).
Cuma even better tu dia ad function even color tone.


Sabun muka pun aku pakai oily to oily.
Kadang-kadang kalau yang ni habis tak sempat beli, aku belasah je pakai sabun mandi. 
Takde hal.


So, bila ko pakai any produk, tak kira lah local ke, import ke, kenalpasti dulu jenis kulit. Bukan main beli je. Bila kulit muka meragam, mula lah kecam produk. Padahal orang lain pakai ok je. 
Tak semua yang ok pada orang, akan ok pada kita.
Kalau nak cuba, silakan cuba.
Bila tak ok, tengok pulak adekah semua orang pakai pun tak ok?
Kalau semua pakai tak ok, barulah boleh merempan.
Kalau ada kelompok yang pakai dan takde kesan buruk apa-apa, maknanya produk tu tak sesuai untuk kau, bukannya tak sesuai digunakan lansung oleh semua orang.
Ada beza kat situ.

Orang Malaysia ni pulak pe'el dia, asal local produk je, semua tak bagus. Low class.
Asal dia pakai tak ok je, viralkan.
Asal dia pakai muka jadi melecet, viralkan.
Orang lain pakai tak apa-apa pun padahal.
Jangan cepat melatah, plis?








2016-07-21

Guna KWSP untuk bayar hutang PTPTN.



Email dari bulan puasa. Baru sempat nak baca.

Apa yang aku faham dalam email ni ada 2 masalah :

1. Hutang dia pada PTPTN.
2. Gunakan KWSP untuk bayar hutang.

Yang lain tu (kata-kata pemusnah semangat), itu bukan masalah.
Itu cuma penyemak. Tak perlu kisahkan pun.
Kalau yakin apa yang kita buat tu tepat, bak kata Azwan Ali "Why bother, why bother, why bother..".
Menjadi yang monoriti di kalangan majoriti tak selalunya salah.
Kalau ramai yang kata kita bodoh sebab keluarkan duit simpanan hari tua semata-mata nak settlekan hutang yang boleh dibayar secara ansuran, terpulang.
Kita lebih tahu apa yang kita mampu dan tak mampu buat.
Apa yang orang cakap tu, kita ambik sebagai "take note". Ambik sebagai ilmu saja. Tak pakai sekarang pun takpe. Sebab, hasil akhir yang menentukan hala tuju hidup kita bukanlah dari ilmu tapi dari tindakan. So kalau kita yakin tindakan kita keluarkan duit KWSP untuk bayar hutang itu adalah lebih baik untuk masa depan kita, buatlah. Kadang-kadang kita perlu buat hal yang kita tak suka untuk dapatkan hal yang kita mahu.

Tak kisah la, guna duit KWSP ke, ASB ke, Tabung Haji ke, perkara utama kat sini adalah LUNASKAN HUTANG.

Orang yang takde hutang memang lebih fokus kepada menyimpan (saving).
Tapi kalau kau ada hutang, adalah lebih baik bayar hutang dulu baru menyimpan.
Menyimpan tu memang penting, untuk masa hadapan.
Tapi, perlu ingat juga, kalau kau mati malam karang, jangankan kata masa hadapan, masa esok pagi pun kau tak sempat tengok.
Lain ceritanya kalau berhutang.
Mati malam ni, esok dan selamanya sengsara kalau hutang tak dilunaskan/dihalalkan.

Kena sedar yang hutang wajib dibayar.
Kalau ada hutang, berusahalah untuk bayar.
Biar sikit-sikit, janji bergerak.
Ada orang hutang ngan member masih lagi tak bayar tapi sibuk nak sediakan tabung pegi umrah. Konsep apekah ini?

Hutang ngan PTPTN ke, hutang ngan MARA ke, hutang ngan bank ke, hutang dengan Along ke, namanya tetap hutang.
Bila kita dah berhutang, maka kita terikat dengan akad untuk melunaskan hutang.
Mana ada hutang yang tak perlu bayar. Tu namanya sedekah.
Kalau rasa tak boleh bayar, lain kali guna ayat "Boleh tak sedekah kat aku RM100".
Cakap biar jujur.
Jangan bajet-bajet mampu bayar, sekali mintak terus RM1000, lepas tu meruyup hilang tak tau mana pegi.
Jangan always expect semua orang kena ada sifat belas kasihan kat kita.
Bila kita menzalimi diri kita sendiri, berjanji nak bayar tapi tak bayar, maka jangan salahkan orang lain bila kita dizalimi.
Dengan siapa pun kita pinjam, kita kena bayar.
Interest tak interest itu bukan isunya lagi.
Cerita tentang interest ni semua patutnya dah ambik kira sebelum bersetuju untuk berhutang.
Kau dah kerenyamkan duit tu bila time nak bayar baru kau nak bukak cerita pasal interest segala. Akai ada?

Penundaan pembayaran hutang tanpa ada uzur adalah haram.
Uzur kat sini bermaksud takde sebab untuk tak bayar.

Bahkan ada segolongan imam kata orang yang taknak bayar hutang walaupun dah diperintah oleh hakim padahal dia mampu, maka hakim boleh bertindak dengan kekerasan.

Rasulullah saw bersabda "Menangguhkan hutang adalah suatu penganiayaan. Dan apabila di antara kamu sekalian itu dibayar oleh orang yang mampu dengan cara ansuran maka terimalah" (Bukhari & Muslim).

Maksudnya kat sini, tak perlu bayar selepuk pun.
Kalau nak bayar sikit-sikit pun boleh. Janji bayar.
Dalam kes reader ni tadi, dia pilih untuk taknak semakkan kepala dia pikir pasal hutang, jadi dia nak bayar selepuk, keluarkan duit KWSP. Apa yang salahnya? Tak salah lansung. Duit KWSP dia kot. Dah kerajaan bagi kelonggaran boleh keluarkan duit dari akaun KWSP tertentu, maka gunakanlah peluang tu.

"Barang siapa yang hutang dengan tujuan menghanguskan wang itu maka Allah akan membinasakannya" (Bukhari & Ibnu Majah).

Kalau rasa-rasa perkataan BINASA tu merujuk kepada satu balasan yang light-light saje dari Allah, silakanlah.
Jangan sedap-sedap mulut kata hutang belajar tu duit rakyat ya.
Memang duit rakyat, tapi bukan maksudnya itu duit kau. Bukan kau sorang je rakyat kat dalam Malaysia ni. Ramai lagi tunggu turn nak guna duit tu untuk blaja, so bayar balik!

"Sesungguhnya dibawakan kepada Rasulullah saw jenazah seorang lelaki yang mempunyai (tanggungan) hutang. Maka Rasulullah bertanya, "Apakah ia meninggalkan (harta) untuk (melunasi) hutangnya?” Jika dikatakan bahwa ia meninggalkan (harta) untuk melunasi hutangnya, maka Rasulullah mensolatkannya. Jika tidak, maka Rasulullah mengatakan kepada kaum muslimin, “Solatkanlah jenazah sahabat kalian (ini)." (Bukhari)

Sampai macam tu sekali tau tak?

Orang yang masih ada hutang, tapi tak sempat bayar sebab meninggal dunia, maka dia akan terbelenggu di alam kubur, tidak akan lepas sehinggalah hutang dibayar (oleh waris).
Berat tak beratnya balasan hutang tak dibayar. Jangan ambik mudah. Kau dah janji nak bayar, kau kena bayar. Usahakan untuk bayar. Jangan dok diamkan diri dan berdoa siang malam biar orang yang bagi kau hutang tu lupa akan hutangnya. Jumpa orang yang kau hutang tu, tanya dia apa yang boleh dia suggest supaya kau boleh lunaskan hutang kau tanpa membebankan kau. Maybe dia boleh bagi kelapangan untuk kau bayar sebulan RM10.

Tak semua manusia kejam macam yang kau sangka.
Dorang hanya nak tengok kau ada effort untuk bayar je. Biarpun makan tahun, janji kau bayar.

Kalau rasa-rasa memang takde harapan kau boleh bayar. Sesak sangat dah ni.
Ada cara lain, iaitu kau gi mintak halal,
Tebalkan muka jumpa orang tu mintak halal.
Jangan buat senyap dengan harapan orang tu akan halalkan.
Dah kau yang meminjam pastu kau buat menyombong pulak.



2016-07-19

Pen-rilek dan Pen-gabra



Status aku petang semalam.

Dulu, zaman aku skolah, bukan takde kawan-kawan aku yang mak bapaknya sepesen macam mak mertua aku. Yang jenis tak ganggu anak dalam minggu exam. Tak ramai, tapi ada la sorang dua yang aku kenal. Waktu tu aku rasa wow beruntungnya korang. Minggu exam boleh tumpukan sepenuhnya kat study. Tak sangka pulak rupanya laki sendiri beruntung macam tu.

Mak mertua aku cakap, En Wan ni jenis yang tak payah disuruh untuk blaja. Dia sendiri tau bila masa nak blaja. Apa subjek yang dia lemah, dia sendiri cari tempat tusyen. Mak ngan pak mertua aku tau bayarkan je. Kata mak, sebulan sebelum exam dia sendiri tau stop tengok TV, stop sports, kurangkan tidur segala. Balik dari sekolah, terus memerap dalam bilik tak keluar-keluar untuk study. Mak ketuk pintu bila nak panggil makan je. Macam poyo sangat kan? Kahhhh.

Mak cakap, En Wan pandai create jadual waktu belajar dia sendiri.
Aku? Jangankan kata jadual belajar sendiri, jadual waktu kelas pun aku tak pernah salin. Esok nak skolah, malam ni call kawan tanya esok subjek apa. Mbahhhhaahah.

Jauh beza dengan masa aku skolah dulu.
Ye lah, Mak Aji bukan surirumah macam mak mertua aku. Dia bekerja pagi sampai petang, ofis hour.
Dia dah masakkan lauk seawal pukul 5 pagi dah besar rahmat. Takyah aku balik skolah kebulur. Jadi, nak taknak, aku kena tolong dia jugak. Pandai-pandai cari masa nak study. Be it on exam week ataupun tak, rutinnya tetap sama. Takde exemption. Mak Aji tau pukul berapa aku akan sampai rumah, dia akan call. Selalunya pukul 1.45pm tu memang panggilan dia je lah yang masuk.

"Kau dah makan?"

"Jangan lupa sidaikan baju"

"Basuh baju satu pusingan dulu, malam kang takde la banyak sangat nak basuh"

"Baju kat depan jangan lupa angkat"

"Sapu porch sikit"

Manjang je la ada pesanan.
Itu pesanan tau.
Rutin tetap tetap ada. Hat tu tak payah dipesan-pesan, iaitu kemas rumah.

Balik je dari sekolah selalunya aku makan dulu, pastu mandi.
Lepas tu aku on mesin basuh.
Sambil mesin tu membasuh, aku menyapu hall, dapur sampai ke porch.
Yang ni hari-hari kena sapu.
Selang 2 hari, sapu rumah atas bawah. Masa ni Ima dah masuk asrama, jadi aku kena handle kemas rumah sendiri.
Lepas siap kemas rumah, sidai baju.
Baju yang dah kering, angkat, terus lipat and susun. Kau jangan buat pasal lipat dan longgok dalam bakul. Memang berbakul-bakul kau kena nanti.

By the time settle semua kerja, selalunya dah nak pukul 4pm.
Kul 4.30pm Mak Aji dah balik. Nak tido pun tak sempat.
Kadang-kadang habis berkemas awal, aku dah kepenatan. Tertidur. Ni keje skolah tak buat lagi ni. Belum lagi kira nak buat revision.
Tapi takpe. Keje skolah buat malam-malam pun boleh. Tapi keje Mak Aji ni kena settle dulu. Aku lagi rela kena denda ngan cikgu dari kena pekik dek Mak Aji, so baik keje dia aku siapkan dulu.

Macam tu la rutin aku, walaupun minggu periksa.
Takde de ko nak nampak aku pulun memerap dalam bilik study on exam week.
Kalau aku memerap dalam bilik study, siap la dia memetir dari dapur "Kita ni macam nak terbalik memasak, membasuh, dia boleh tak keluar-keluar dari bilik. Kau ingat mak kau ni hamba kau eh?"

Pehhhhhh!
Bersedingggg telinga.
Terus lupa segala formula kimia yang aku hafal 2 jam lepas.

Nak lagi best dia press lebih.
"Kalau la tetiba mak kau terbongkang mati keras kat dapur ni, baru korang rasa agaknya!"

Aku kan kalau dia dah start main bab-bab mati aku dah malas nak argue.
Saya yang menurut perintah je lah jawabnya.

Mak Aji selalu tau mengungkit kat aku kisah dia "Mama dulu pun skolah jugak. tapi balik sekolah, kena pegi carik kayu api. Kadang tu masuk dalam kebun getah tu. Lulus jugak aku skolah".

Haihh.
Kalau setakat nak lulus aku on je. Masalahnya demand nak Pangkat 1 lah apa la.
Tapi hikmahnya, aku boleh work under pressure.
Maybe sebab dah di well-trained oleh Mak Aji. Kah Kah Kah.

Berbeza ngan En Wan, dia kurang berkebolehan work under pressure.
Contohnya masa dia buat bisnes Superdry dia dulu kan.
Aku memang tak campur. Aku just perati je.
Bila setiap kali aku naikkan promo barang-barang dia kat blog, start dari malam tu order akan masuk macam air terjun.
Kau nak tengok dia gabra masa ni lah.
Kunci pintu bilik tak kasik aku masuk sebab taknak ada gangguan.
Padahal keje dia sort order ngan packing je pun. Tapi dia punya gabra ya ampunnnn, macam buat bisnes perkapalan!

Dan setiap batch produk dia WAJIB ada salah hantar barang.
Samada salah hantar size, atau salah hantar kaler.
Tapi memang ada.
Boleh dikatakan every 30 packs yang di sent out, 1 akan return.
Tak caya tanya mak mertua aku. Aku selalu cakap kat mak "Abang ni mak, buat keje siap berkunci pintu bagai, tapi salah jugak hantar barang"
Aku dalam masa yang sama buat Fleur, buat Ephyra, buat XZIZ Biotech, rilek je.
Dia baru buat Superdry seketul dah kelam-kelibut.
Maybe sebab dari kecik dia sentiasa diberi 'ketenangan'. Dia tak biasa apa itu pressure.

It's good to see how Tuhan pairkan kita semua.
Laki aku banyak lalui zaman kesenangan masa kecik. Aku sebaliknya.
And now we are together, dalam kebanyakkan masa memang aku always sabarkan dia. Dan dia akan 'ketuk' aku kalau aku terlampau santai.
Dia kata aku ni terlampau rileks.
Kena perli rilek, sangkut kat jem rilek, duit dalam purse tinggal RM10 pun rilek, terlupa bawak purse gi ofis pun rilek.
Ye la, nak buat kalut lupa bawak purse. Pinjam la kejap duit member, esok bayar balik. Bukan takde duit, purse tertinggal je. Apa la nak kalut nau.
Entah lah, aku tak rasa pulak aku rileks. Tapi maybe macam aku cakap, aku dah di well-trained oleh Mak Aji, sampaikan aku rasa, aku survived Mak Aji, maknanya I can survive all. Hahahahaha.

En Wan tu punya perfectionistnya, sampaikan kalau toll takleh detect smart tag dia pun dia stress.
Series aku dulu tak percaya orang sebegini wujud tapi hakikatnya hari-hari aku tido ngan orang camni.

Anak aku yang bakal ikut En Wan nampak gayanya Rayyan.
Sebab Rayyan ni mak mertua aku 'pegang' dari kecik.
Dia punya perangai perfect tu sebijik sebijon cam bapak dia.
Lipatan sleeve panjang 2cm sebelah pun menyebabkan dia taknak keluar rumah. Tu yang kadang bila mak mertua aku berpaling muka arah lain seminit je, tapak tangan aku pun sampai kat muka Rayyan. Geram pulak aku budak ni.
Aku takleh pukul time mak mertua aku pandang, kang aku kena sound balik.

Redza sebijik aku.
En Wan pun akui.
Dari dia punya blur, sampailah ke dia punya selenga.
Apa yang ditanya semua jawapannya "Tak pasti".
Sampai aku tanya soklan periksa dia semalam "Soalan apa keluar tadi"
"Redza pun tak pasti"
Eh, kau ni ambik exam ke tak?

Yang tu pun sebijik aku.


2016-07-16

Raya 2016 Part 2


Hari raya pertama, selalunya kitorang tak kemana. Wajib ada kat rumah. Sebab rumah Mak Aji akan jadi tempat tumpuan, baik kat belah Mak Aji sendiri, ataupun belah Pak Aji. Tapi tahun ni tak berapa ramai sangat datang sebab team Singapore tak turun KL. Dorang beraya kat sana je. Tak kira la dorang turun ke tak turun, tetap raya pertama tu kena masak banyak sebab selalunya siapa datang rumah Mak Aji raya pertama, takkan dijamu dengan kuih raya. Kuih raya simpan dulu. raya pertama memang makan lauk-pauk raya. Alhamdulillah, semua lauk raya settle malam tu jugak. Lega!


Anak cousin aku.
Disebabkan dia extra comel, jadi aku ambik gamba dia banyak-banyak simpan dalam henfon.
Rambut pun ala-ala Temenggung Jugah.
Macam rambut aku time kecik dulu.


Team vape, mohon sembang kat luar.


Hanya #teamMalaysia saja dalam gambar. #teamSingapore takde.

Tahun ni tak banyak gambar yang aku ambik sebab busy kat dapur, plus kepenatan.
By the time orang semua balik, aku sefamili dah terlepek santak ke Maghrib.




Pandai kan laki aku?
Mak aku punya perhiasan lilin ni dia angku pi bagi anak-anak dia main bungapi.
Ni kalau kitorang zaman skolah dulu buat camni, mampus kena tido luar.
Tapi sebab cucu nak main, takpelahhhhhh.



Anak-anak aku and Ima memang suka ngan Acu dia.
Sebab Acu dia sejak zaman bujang kuat melayan dorang.
Si Siti pun sama perangai cam Ibal. Boleh je layan bergusti ngan budak-budak ni.
Aku bersukorrrr ada orang layankan anak-anak aku. Boleh lah aku mengangkang ngan Ima layan bergosip.



Setiap rumah perlu ada sorang entertainer macam Acu ni ya. Yang boleh melayan budak-budak ni semua time mak-mak tengah masak kat dapur. 
Lagi bagus kalau boleh ajak budak-budak ni pi tido sekali.
Tapi Acu dia punya game memang best. 
Dia main game "Ok siapa pejam mata paling lama, dia menang!". 
Konfem kau lah yang menang, kan?



Raya ketiga, aku layan Pak Aji balik Muo (Muar).
Selalunya memang Ibal akan balik Muo ngan dia, tapi raya ke-ompek Ibal balik Kelantan, jadi aku cakap ko takyah pegi la tahun ni nanti penat. Biar aku je yang bawak Pak Aji balik lagipun aku dah 10 tahun tak balik Muo. Macamkan duduk obersea, padahalll.

Kitorang gerak 7.30am, biar awal supaya tak sangkut kat jem.
Sebab hari tu Jumaat, kang nak kejarkan solat Jumaat lagi. Pastu ni day trip. Kalau dah tersekat dalam jem, mau terpaksa balik malam pulak.

Alhamdulillah, jalan menghala ke Muo memang tak jem. Orang pun tak bangun lagi agaknya. Lengang je jalan. Tapi by the time aku sampai area Muo tu dah nampak set-set Baraan (Marhaban) keluar. Seronok betul aku nampak Baraan. Rasanya kat Muo je aku nampak ada Baraan. Baraan kat Muo ni (or maybe kat tempat lain sekitar Johor), sangat bersungguh. Dorang seronok pegi satu rumah ke satu rumah. Kadang tu tak dapat makan apa pun, tapi sampai 20 rumah pun masih lagi sanggup. Yang best tu, budak-budak muda lak semua tu. Berbondong-bondong berbaju melayu, naik moto, baraan dari satu rumah ke satu rumah. Aku cakap kat Mak Aji "Kagum lah ngan budak-budak Muo ni. Kalau kita kat sana tak jumpa lah budak-budak nak pi baraan. Nak ajak pi open house pun masing-masing malas".

Rilek je Mak Aji jawab "Mau tak seronok? Time ni la nak tengok rumah sape ada anak dara".
Kah Kah Kah.
Mak aku alwaysssss. Alwaysss ada point nak tembak.



Masuk-masuk je kawasan rumah nenek, aku nampak jamban kat depan ni dulu.
Aikk?? Dah roboh? Ape cerr?

Rupanya Pakcik Mail (adik bongsu Pak Aji) dah buat semua toilet kat dalam rumah.
Siap jamban duduk lagi tau. Tak main dah cangkung-cangkung ni.
Sungguh menggamit memori bila aku nampak jamban kat depan ni.
Sebenarnya jamban depan ni dikira masih baru. Yang banyak simpan memori aku was jamban kat belakang. Yang belakang tu lagi lejen sebab dinding kayu. Yang depan ni batu.

Dengan pemusnahan besar-besaran, maka berakhirlah legasi jamban Muo.
Generasi seterusnya maybe dah tak nampak la jamba Muo ni lagi.
Memori betul.




Gediknya beliau.

First time Rayyan jejak kaki ke kampung moyang.
Sebenarnya nenek aku tak duduk Muo lama dah. Dia duduk kat Bangi, dengan adik Pak Aji.
Jadi rumah ni Pakcik Mail aku yang take over, sebab tu aku dah jarang balik Muo. Tapi Pak Aji tetiap tahun balik sebab makcik-makcik dia ramai kat Kampung Sarang Buaya tu.

Mula-mula aku risau gak ngan Rayyan ni.
Takut dia tak biasa dengan keadaan kampung macam ni. Sebab kampung dia kat Tganu pun jenis rumah batu.
Eh rupa-rupanya dia ok je. Janji dia ada geng nak berpencak kat dalam rumah tu.
Kebetulan cousin aku balik jugak, anak-anak dia lebih kurang umur Rayyan je, so lega lah aku ada geng main.

Rayyan ni tak macam Redza.
Redza dari kecik pun pemalu. Kalau pegi rumah orang, dia tak berani nak merayap or berkawan.
Macam Rayyan ni terlebih peramah. Asalkan rumah tu ada budak-budak, konfem dia ajak main sama.
Ni pun aku tak tau bila masa dia ambik henfon aku. Tau-tau ada gambar ni dalam phone aku.



Ni rumah makcik Pak Aji.
Ni memang rumah wajib beraya. Time kecik dulu, kalau balik beraya kat Muo, rumah orang lain boleh langkau, tapi rumah ni jangan sesekali langkau. Ni rumah adik kepada nenek, jadi mesti pergi.

Aku ambik gamba ni sebab aku suka style orang Muo buat shelf macam ni.
Hampir setiap rumah orang Muo yang aku pergi, dapur mesti ada shelf gini.
Dulang tu akan disusun macam kat atas tu.
And barang-barang lain disimpan dalam plastik and disusun kemas.
Aku suka rumah kampung macam ni. Rumah tak cantik, tapi bersih and kemas. Kuih pun senang nak carik. Tak macam rumah aku, semuanya simpan dalam kabinet, lepas tu time nak cari menggagau. Terlampau nak simpan sampai lupa simpan kat mana.



Kebetulan nenek ni buat laksa Johor la pulakkkk.
Merasa lah aku laksa Johor raya ni.
Tapi Rayyan kunyah spageti je.



Ni kat rumah nenek lagi satu.
Satu lagi yang best beraya kat Muo ni, setiap rumah (series, aku cakap. SETIAP RUMAH!), akan hidang semua kuih yang dia ada kat meja. Siap dengan dulang gelas semua dah siap susuh, air dah siap bancuh. Tinggal nanti orang datang nak keluarkan ais je.

Memang macam tu la jugak dulu rutin kat rumah nenek.
Pagi raya, orang ada ke, takde ke, air semua mesti dah siap bancuh letak je kat dulang kat depan.
Nanti sesape datang, angkut ais je bawak keluar. Tu pun kalau ada ais lah.
Kalau takde, takyah. Kau tuang je la air tu terus. Takyah nak tunggu-tunggu orang belakang siapkan air ke apa. Semua dah siap dah.



Lepas solat Jumaat, makan tengahari rumah nenek.
Makcik Tipah aku buatkan paprik ayam, sup tulang and tempe goreng!



En Wan and Redza bertambah-tambah nasik makan lauk-lauk orang Muo. Baru kau tauuuu.



THIS!
I tell you, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata kesedapannya!
Tempe orang Muo takkan sama dengan tempe kita kat KL ni wehhh. Tak sama.
Tempe kita jenis berderai, kacang pun kecik-kecik.
Yang n padat, kacang hah kau, besar! Pueh hati makan tempe.
Cicah pulak ngan sambal kicap. 5 keping hanya untuk aku ratah je. 
Belum campur makan ngan nasik lagi.

Lepas makan, sembang lebih kurang, pastu balik.


After 10 years, baru aku jejak balik ke Muo.
Harapnya janganlah the next 10 years baru aku sampai lagi ke sini.

Tadi aku kelebet-kelebet blog, jumpa semua gambar raya aku semenjak 2008.
Ni aku compilekan balik.
Bila tengok gambar-gambar ni rasa rindu pulak time budak-budak ni kecik dulu.


Raya 2008 Bangi.


Raya 2009 Tganu


Raya 2010 Bangi.
Rayyan dalam perut.


Raya 2011 Tganu.
Dah start dah tak cukup korum.
Redza taknak bergamba.


Raya 2012 Bangi.
Gambar memang cukup korum tapi macam ni la gambanya.
Punyalah dia taknak bergambar.


Raya 2013 Tganu.
Redza taknak bergamba.


Raya 2014 Bangi.
Turn raya Bangi tapi tahun ni tahun pertama 1 Syawal ada kat rumah sendiri.
Sebab tahun tu anak sedara En Wan bertunang.
Raya kedua dah nak gerak ke JB so mak taknak balik Tganu.
Semua beraya kat rumah aku time tu.

Time ni bergambar cukup korum, tapi apaknya pulak buat hal.
Time orang snap time tu la dia nak angkat phone.


Raya 2015 Tganu.
Tahun ni aku takde baju raya sebab malas beli.
Kelebet punya kelebet jumpa baju ni yang ada sikit-sikit warna tema.
Belasah lahhh. Tetap aku yang paling jelita.
Orang kampung tak tau pun tu bukan baju raya. Mbahahahahahaha.


Raya 2016 Bangi.
Agak semenggah gambar, walaupun masing-masing pakai selipar buruk.
Doakan aku and famili sihat and dapat create more memories lepas ni.

Selamat Hari Raya All!


2016-07-14

Raya 2016 Part 1


Pagi raya, macam biasa. Mak Aji punya siren berbunyi lebih awal dari biasa.
Padahal takde apa sangat pun nak buat setakat masak kuah lodeh and panas-panaskan lauk je.
Tapi biasa la kan, Mak Aji. Memang schedule dia tiap pagi raya macam tu. Hahahaha.

Tahun ni En Wan tetiba buat plan pi book studio untuk raya fotoshoot.
Bosan la pulak asik bergambar dalam rumah je.
Gambar pun selalunya tak semenggah.
Tahun ni, lepas solat raya, semua bergerak ke studio. Kali ni alhamdulillah satu famili beraya sama.



Menjak berlakikan orang Tganu 15 tahun lepas, every year rumah Mak Aji memang ada ketupat palas, walaupun tahun tu bukan turn beraya kat Bangi. Mak mertua aku memang akan tempah siap-siap 200 biji ketupat palas utnuk besan dia. Semenjak hari tu, rumah Mak Aji memang takkan miss ketupat palas. Tapi kitorang tak makan dengan serunding, but rendang. Orang sini tak reti pagi raya makan serunding. Rendang jugak yang dia carik. Barulah raya.

Kalau mak mertua aku memang takde keje dia nak menggoreng ketupat palas ni. Dia akan kukus je. Aku pulak tak suka makan ketupat kukus. mesti nak yang goreng. Jadi pagi tu keje aku menggoreng ketupat. Insyallah, open house rumah aku nanti ketupat palas ni ada. Aku dah standby 300 biji. Cuma aku tengah pikir sape yang nak menggoreng sampai 300 biji tu nanti. Aku ke, aku?



Tahun ni first time pagi raya kat Bangi ada nasik dagang.
Siti yang masak. Tapi nasik dagang Kelate lah. Nasik dagang Tganu sape yang nak masak.
Aku memang tak reti nak masak nasik dagang, Yang aku reti, mentekedarah nasik dagang. 
10 kali mak mertua aku ajar, 10 kali aku tak paham. Givap mak mertua aku ajar.



Aku buat ni je pandai.
Kalau everytime mak mertua aku masak nasik dagang pun, memang part ni je aku tolong.



Alhamdulillah, sampai jugak Syawal.
Sementara nak menunggu Syawal, naik berbuih mulut aku menjawab soklan Rayyan.

"Ma, raya esok ke?"
"Ma, raya pagi ke malam?"
"Ma, raya one ke, two?"

Macam nak menangis aku tunggu raya tahun ni. Cepatlah raya. Jenuh aku pagi petang siang malam menjawab soklan bila nak raya bila nak raya ni. Tu yang kadang-kadang aku selotape je mulut Rayyan ni terus. Bingit aku tau.

Rayyan takde masalah nak pakai baju raya.
Sebab dia memang suka bergaya. Sementara nak tunggu raya ni pun dah 3-4 kali dia try baju ni.
Yang susah nak pakai baju raya selalunya Redza time kecik dulu.
Tapi menjak dah besar ni dah ok dah. Sebab bapak dia memang akan angkut dia pi solat raya sekali so nak tak nak kau kena pakai gak baju raya tu.



Sebelum bersalam-salaman dan pergi studio, makanlah dulu. 
Kang dibuatnya lambat kat studio kang ada yang pitam kebulur.



Yang bestnya beraya kat Bangi, rutin bersalam raya style Jawa ni.
Kalau kat Tganu takde, melainkan tahun tu turn kitorang balik beraya kat sana.
Rasanya belah sana tak praktik bersalam raya style ni kot sebab pagi tu manusia paling gelabah sekali si Siti.
"Nak cakap apa ni...nak cakap apa...?" Hahahaha. Kesian dia. 

Dan sememangnya bersalam style Jawa ni akan ikut turutan dalam keluarga.
Walaupun En Wan ada dalam toilet, adik-beradik aku yang lain takkan mulakan salam.
Dorang akan tunggu En Wan dulu ke depan. That's the beuaty of salam raya Jawa.



Entah apa la yang dia cakap sampai mak bapak aku dengar dengan penuh teliti tu.



Aku macam biasa la.
Salam Mak Aji ngan Pak Aji aku boleh kontrol lagi.
Tapi time salam En Wan, pegang je tangan dia, aku dah melalak. 
Tu tanda-tanda banyak dosa kat laki tu.



Menambahkan lagi aku melalak bila En Wan punya turn pulak bercakap.
"Terima kasih masih sudi jadi isteri abang".

Sebab dia je yang sudi kat aku sebenarnya. Kahhhhhh.



Cair mekap mata aku masa ni. 
Terpaksa touch up balik.



Lepas tu baru giliran Azrul and Aiman.

Ada yang tanya siapa Aiman?

Aiman Lee ni anak angkat Pak Aji. Dia Chinese revert to Muslim.
Pak Aji ambil dia jadi anak angkat so that dia ada family yang beragama Islam selain dari family dia sendiri. Selalunya raya family Aiman akan datang beraya ke Bangi, tapi sebab tahun ni Aiman and Dill busy prepare things untuk pindah Qatar agaknya, so parents dia tak datang.
Aiman lagi tua dari aku, tapi aku tetap kakak. Kah Kah Kah.

Aiman kawen dengan cousin aku, Dill.
Dill ni duduk Qatar. Selama 3 tahun dorang duduk berjauhan sebab Aiman keje kat sini.
Tapi 2 hari lepas Aiman pindah ke Qatar ikut Dill, keje kat sana. Lepas ni jarang lah Dill balik Malaysia sebab laki dah ikut ke sana.

Kesian Aiman ni.
Mak Aji cakap Aiman ni berhenti kerja sebab majikan dia tak sporting.
Majikan dia marah bila dia keluar solat Jumaat.
So Aiman mintak cuti every Friday, and gantikan bekerja hari Ahad (dia keje site).
Majikan tak kasi, sebab tu dia benti keje. Sangat nekad kan dia? Hanya kerana tak allow solat Jumaat dia sanggup benti keje. Agak-agak kita ada tak yang dah dibagi waktu solat Jumaat tapi tetap tak pegi? Eh.




Masa aku tanya dia "Ädik taknak salam mama ke?"
Dia jawab "Ädik nak salam Mama. tapi adik taknak nangis"

Agaknya dia ingat nangis time salam tu wajib kot.



Ima and Azrul ambik kat bucu dinding bersendirian untuk bersalam raya.
Takut orang nampak dia nangis lettewww.



Dia ni panjang sikit tazkirah Pak Aji bagi. 



Studio ni kat Seksyen 7 Bangi. Dekat je.
Mujurlah kitorang awal. Awal sikitttt je pun. Elok je lepas kitorang daftar, berjujuk orang masuk nak bergambar. Nasib baik lah. Ko just imagine kalau kena tunggu lebih dari sejam? Mau berlendir anak-anak aku berpencak kat dalam tu sementara nak tunggu turn. Dalam 20 minit tunggu, lepas tu turn kitorang pun sampai. Legaaaa. Tapi masa ni mekap aku memang dah cair dah sebab lupa touch up lepas nangis-nangis tadi. Ah gasak lah.



Hanya Pak Aji je aku suruh pakai kasut sebab dah pasti dia memang akan duduk depan punya. 
Kitorang ni dok belakang-belakang konfem punya. So pakai selipar pun takpe, tak nampak.


 Sakit ati betul aku tengok Ima. Dia memang always over kalau bab free style ni.
Rayyan punya free style adalah "buat muka takde perasaan".


 Gambar ni yang kitorang frame-kan untuk letak kat hall Mak Aji.
Hanya Mirza je yang tak pandang kamera. Dia tak suka flash kamera.
Nasib baik Redza dah hilang sikit penyakit tak suka bergambar.


 Tahun ni beraya aku bergambar dengan bos aku dengan anak-anak dia.
*bunyiknya macam skandal je kan?*


 Inilah gambar terbaik yang Ima ada. 
Mirza taknak bergambar, so candid je lah.


Ni boleh jadi model Fleur ni sebab laki bini pakai brand yang sama.


Muka abang kawasan mintak kena lempang ngan aku memang macam ni.


Yang belah kiri tu kalau bab posing bagi je kat dia.

Gambar-gambar lain akan bersambung di entry akan datang ya....

By the way, seronok sangat bila orang start hantar gambar beraya dengan koleksi baju-baju dari Fleur by Mrs Him. Aku sendiri dapat rembat selai je. Yang lain untuk size aku dah sold out. Kalau ada sesape nak share gambar, sangat dialu-alukan ya. Terima kasih untuk customer yang kat bawah ni sebab beraya dengan Fleur by Mrs Him :