2016-07-21
Guna KWSP untuk bayar hutang PTPTN.
Email dari bulan puasa. Baru sempat nak baca.
Apa yang aku faham dalam email ni ada 2 masalah :
1. Hutang dia pada PTPTN.
2. Gunakan KWSP untuk bayar hutang.
Yang lain tu (kata-kata pemusnah semangat), itu bukan masalah.
Itu cuma penyemak. Tak perlu kisahkan pun.
Kalau yakin apa yang kita buat tu tepat, bak kata Azwan Ali "Why bother, why bother, why bother..".
Menjadi yang monoriti di kalangan majoriti tak selalunya salah.
Kalau ramai yang kata kita bodoh sebab keluarkan duit simpanan hari tua semata-mata nak settlekan hutang yang boleh dibayar secara ansuran, terpulang.
Kita lebih tahu apa yang kita mampu dan tak mampu buat.
Apa yang orang cakap tu, kita ambik sebagai "take note". Ambik sebagai ilmu saja. Tak pakai sekarang pun takpe. Sebab, hasil akhir yang menentukan hala tuju hidup kita bukanlah dari ilmu tapi dari tindakan. So kalau kita yakin tindakan kita keluarkan duit KWSP untuk bayar hutang itu adalah lebih baik untuk masa depan kita, buatlah. Kadang-kadang kita perlu buat hal yang kita tak suka untuk dapatkan hal yang kita mahu.
Tak kisah la, guna duit KWSP ke, ASB ke, Tabung Haji ke, perkara utama kat sini adalah LUNASKAN HUTANG.
Orang yang takde hutang memang lebih fokus kepada menyimpan (saving).
Tapi kalau kau ada hutang, adalah lebih baik bayar hutang dulu baru menyimpan.
Menyimpan tu memang penting, untuk masa hadapan.
Tapi, perlu ingat juga, kalau kau mati malam karang, jangankan kata masa hadapan, masa esok pagi pun kau tak sempat tengok.
Lain ceritanya kalau berhutang.
Mati malam ni, esok dan selamanya sengsara kalau hutang tak dilunaskan/dihalalkan.
Kena sedar yang hutang wajib dibayar.
Kalau ada hutang, berusahalah untuk bayar.
Biar sikit-sikit, janji bergerak.
Ada orang hutang ngan member masih lagi tak bayar tapi sibuk nak sediakan tabung pegi umrah. Konsep apekah ini?
Hutang ngan PTPTN ke, hutang ngan MARA ke, hutang ngan bank ke, hutang dengan Along ke, namanya tetap hutang.
Bila kita dah berhutang, maka kita terikat dengan akad untuk melunaskan hutang.
Mana ada hutang yang tak perlu bayar. Tu namanya sedekah.
Kalau rasa tak boleh bayar, lain kali guna ayat "Boleh tak sedekah kat aku RM100".
Cakap biar jujur.
Jangan bajet-bajet mampu bayar, sekali mintak terus RM1000, lepas tu meruyup hilang tak tau mana pegi.
Jangan always expect semua orang kena ada sifat belas kasihan kat kita.
Bila kita menzalimi diri kita sendiri, berjanji nak bayar tapi tak bayar, maka jangan salahkan orang lain bila kita dizalimi.
Dengan siapa pun kita pinjam, kita kena bayar.
Interest tak interest itu bukan isunya lagi.
Cerita tentang interest ni semua patutnya dah ambik kira sebelum bersetuju untuk berhutang.
Kau dah kerenyamkan duit tu bila time nak bayar baru kau nak bukak cerita pasal interest segala. Akai ada?
Penundaan pembayaran hutang tanpa ada uzur adalah haram.
Uzur kat sini bermaksud takde sebab untuk tak bayar.
Bahkan ada segolongan imam kata orang yang taknak bayar hutang walaupun dah diperintah oleh hakim padahal dia mampu, maka hakim boleh bertindak dengan kekerasan.
Rasulullah saw bersabda "Menangguhkan hutang adalah suatu penganiayaan. Dan apabila di antara kamu sekalian itu dibayar oleh orang yang mampu dengan cara ansuran maka terimalah" (Bukhari & Muslim).
Maksudnya kat sini, tak perlu bayar selepuk pun.
Kalau nak bayar sikit-sikit pun boleh. Janji bayar.
Dalam kes reader ni tadi, dia pilih untuk taknak semakkan kepala dia pikir pasal hutang, jadi dia nak bayar selepuk, keluarkan duit KWSP. Apa yang salahnya? Tak salah lansung. Duit KWSP dia kot. Dah kerajaan bagi kelonggaran boleh keluarkan duit dari akaun KWSP tertentu, maka gunakanlah peluang tu.
"Barang siapa yang hutang dengan tujuan menghanguskan wang itu maka Allah akan membinasakannya" (Bukhari & Ibnu Majah).
Kalau rasa-rasa perkataan BINASA tu merujuk kepada satu balasan yang light-light saje dari Allah, silakanlah.
Jangan sedap-sedap mulut kata hutang belajar tu duit rakyat ya.
Memang duit rakyat, tapi bukan maksudnya itu duit kau. Bukan kau sorang je rakyat kat dalam Malaysia ni. Ramai lagi tunggu turn nak guna duit tu untuk blaja, so bayar balik!
"Sesungguhnya dibawakan kepada Rasulullah saw jenazah seorang lelaki yang mempunyai (tanggungan) hutang. Maka Rasulullah bertanya, "Apakah ia meninggalkan (harta) untuk (melunasi) hutangnya?” Jika dikatakan bahwa ia meninggalkan (harta) untuk melunasi hutangnya, maka Rasulullah mensolatkannya. Jika tidak, maka Rasulullah mengatakan kepada kaum muslimin, “Solatkanlah jenazah sahabat kalian (ini)." (Bukhari)
Sampai macam tu sekali tau tak?
Orang yang masih ada hutang, tapi tak sempat bayar sebab meninggal dunia, maka dia akan terbelenggu di alam kubur, tidak akan lepas sehinggalah hutang dibayar (oleh waris).
Berat tak beratnya balasan hutang tak dibayar. Jangan ambik mudah. Kau dah janji nak bayar, kau kena bayar. Usahakan untuk bayar. Jangan dok diamkan diri dan berdoa siang malam biar orang yang bagi kau hutang tu lupa akan hutangnya. Jumpa orang yang kau hutang tu, tanya dia apa yang boleh dia suggest supaya kau boleh lunaskan hutang kau tanpa membebankan kau. Maybe dia boleh bagi kelapangan untuk kau bayar sebulan RM10.
Tak semua manusia kejam macam yang kau sangka.
Dorang hanya nak tengok kau ada effort untuk bayar je. Biarpun makan tahun, janji kau bayar.
Kalau rasa-rasa memang takde harapan kau boleh bayar. Sesak sangat dah ni.
Ada cara lain, iaitu kau gi mintak halal,
Tebalkan muka jumpa orang tu mintak halal.
Jangan buat senyap dengan harapan orang tu akan halalkan.
Dah kau yang meminjam pastu kau buat menyombong pulak.