2025-11-10

GreenAard: Ramai orang takut hati dan buah pinggang “rosak sebab kena tapis bahan dari suplemen”


Terima kasih yang tanya soalan ni pada staff GreenAard.

Inilah isu paling kerap didengar bila bercakap tentang suplemen.

“Rosak buah pinggang”
“Rosak hati sebab kena tapis banyak bahan kimia”


Reminder tu bunyinya logik. Tapi persepsi tu ada sikit salah faham. Aku explain. Baca slow-slow.

Ramai orang takut hati dan buah pinggang “rosak sebab kena tapis bahan dari suplemen”. Sedangkan hakikatnya, itulah kerja semula jadi organ-organ ni. 

Hati is kilang kimia terbesar dalam badan. Kerjanya tapis darah, tukar toksin kepada bentuk yang boleh dibuang, proses lemak, ubat, dan nutrien. Everyday hati kita proses beribu-ribu bahan kimia termasuk dari makanan sehari-hari like minyak, bahan pengawet, gula, dan juga ubat. Kalau hati kita boleh hadap segala jenis junk food everyday non-stop, logiknya dia takkan tiba-tiba rosak hanya kerana kita ambil suplemen dalam dos kecil.

Aku pakai contoh GC Plus sebab customer ni tanya pasal GC Plus. 

Satu kapsul GC Plus beratnya 450 mg, iaitu 0.45 gram. Kalau ambil 4 kapsul, jumlah keseluruhan hanya 1.8 gram. Untuk comparison:

1 biji vitamin C (1000mg) = 1 gram
1 sudu kecil gula = lebih kurang 4 gram
1 cawan nasi = 150 gram

4 kapsul GC Plus (1.8 gram) tu sebenarnya lebih kecik daripada satu suap nasi. Dari segi jumlah fizikal, kandungan GC Plus yang masuk ke dalam badan pun sangat kecik dan tak logik boleh membebankan hati dan buah pinggang. Sebab tu kita cadangkan AMBIL IKUT DOSE. Jangan ambil lebih dari apa yang kita cadangkan. 

GC Plus ada kelulusan MAL dari KKM. Bermakna KKM approved pengambilan 1.8 gram sehari. Lagipun GC Plus adalah produk yang anda tanda "T" dihujung nombor MAL-nya. "T" bermaksud persediaan tradisional. Maknanya takde bahan kimia. Segalanya bahan semulajadi. 

Campuran GC Plus adalah plant extract (Garcinia cambogia, green tea extract, pegaga, etc). Bahan-bahan ni semuanya nutrien, BUKAN TOKSIN. Bila masuk dalam badan, sistem pencernaan akan serap bahagian yang perlu dan buang selebihnya melalui air kencing atau najis just like proses biasa bila kita makan makanan harian. Jadi, hati dan buah pinggang tak perlu kerja lebih daripada biasa, sebab badan bukan me-nyah racun, cuma tapis lebihan bahan makanan semula jadi (dalam GC Plus) yang tak digunakan.

Aku rasa perkataan "ambil 4 kapsul" tu orang seram kot. Terasa banyak sangat. 

Dia macam ni. Ada ubat kena ambil 1 biji 2 kali sehari. Bukan sebab satu biji tak kuat, tapi sebab sistem pencernaan serap lebih baik bila diambil 2 kali. Samalah macam GC Plus. 4 kapsul bukan bermaksud dos tinggi, tapi 4 kapsul tu dah dikira dan disusun so that kesannya lebih sekata sepanjang hari.

Dalam mana-mana suplemen sekalipun (bukan GC Plus saja), air kosong is very important untuk tolong buah pinggang tapis bahan lebihan. Bila ambil GC Plus 4 kapsul sehari, pastikan minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari, dan elakkan ambil serentak dengan ubat lain (bagi jarak 1–2 jam). Insyallah bila air cukup, bahan-bahan aktif dibuang dari badan dengan baik tanpa beban pada hati and buah pinggang.

Dari perspektif farmakologi, dos GC Plus sangat kecik. Aku belajar food safety. Dalam food safety course kita diajar untuk calculate risk. Dos bahan aktif diukur dalam milligram per kilogram berat badan (mg/kg). So untuk orang dewasa dengan berat 60 kg, dos 1.8 gram sehari equal to 0.03 gram per kilogram berat badan (30mg/kg) sahaja. Dos ni dianggap sangat rendah dalam farmakologi. 4 kapsul GC Plus sehari masih dalam julat nutrisi, bukan dos yang boleh bebankan organ.

Isu sebenar yang buat hati atau buah pinggang rosak bukan pada "berapa biji", tapi apa isi dalam biji tu. GC Plus pakai bahan semulajadi, takde bahan tiruan atau steroid. Jadi walaupun perlu ambil 4 kapsul, risiko kepada hati dan buah pinggang tetap sangat rendah sebab bahan aktifnya bukan jenis yang perlu dinyah toksin secara berat oleh hati.

Same goes to buah pinggang. Ini pun penapis canggih. Tapis darah, asingkan sisa, dan maintain keseimbangan air dan mineral. Everyday buah pinggang tapis and produce 1-2 liter air kencing. Jadi, kalau ambil Nutrijuice and GC Plus, bahan-bahan aktif yang tak diperlukan akan disingkirkan as usual. Ini fungsi normal. 

Yang bahaya tu bila kau ambil bahan toksik dalam kuantiti banyak dan continuously, contohnya logam berat atau steroid atau certain ubat yang metabolitnya bersifat toksik. GC Plus dan Nutrijuice tidak termasuk dalam kategori ni.

Ada beza antara suplemen dengan ubat. Ubat (drug) dicipta untuk treat atau ubah proses biokimia dalam badan. Selalunya ada bahan aktif sintetik dan dosnya tinggi untuk bagi kesan yang cepat. Hati perlu bekerja lebih untuk pecahkan ubat ni dan menyahtoksin. GC Plus dan Nutrijuice bukan ubat. Dia tak paksa perubahan kimia.

Meh aku cerita macamana GC Plus diproses dalam badan selepas kau makan produk ni. 

Bila kau ambil GC Plus, bahan aktif dalam tu tak terus masuk ke hati untuk ditapis. Mula-mula dicerna dalam perut dan usus. Pastu nutrien diserap ke dalam darah. Then hati menilai samada bahan itu perlu disimpan, diubah, atau dikeluarkan dari badan. 

Dalam kes GC Plus, bahan aktif macam HCA bukan toksik. Bahan ni akan diguna oleh sel untuk produce tenaga (melalui mitokondria). Maknanya hati tak terbeban. Hati jalankan fungsinya macam biasa. Kalau kau minum kopi atau makan makanan bergoreng everyday, sebenarnya hati jauh lebih busy memproses bahan-bahan ni berbanding GC Plus.

Nutrijuice pulak sifatnya lain. Ini lebih kepada minuman. Bahan-bahan pun sangat simple dan biasa-biasa je. Ada ekstrak buah, delima, kurma, madu, dan tumbuhan yang kaya dengan sterol. Bahan-bahan ni semua ada ciri antioksidan. Hati dan buah pinggang adalah organ yang paling terdedah kepada oxidative stress sebab dua-dua ni always berinteraksi dengan bahan kimia daripada makanan dan ubat. Jadi, antioksidan dalam Nutrijuice berfungsi macam “bodyguard” kepada hati dan buah pinggang.

Tapi apa-apa pun aku akui, memang ada kes rosak buah pinggang selepas ambil produk tertentu. Tapi kebanyakannya sebab ambil produk haram/tiruan dan bukan suplemen yang diformulasi dengan betul. Contohnya, ada weight loss produk yang campur sibutramine atau steroid. Itu bukan salah suplemen. Itu salah penjual yang menipu. Masalahnya, orang jarang nak bezakan antara produk sah dan produk tiruan. Semuanya dia pukul rata.

"Produk weight loss rosakkan buah pinggang”

Padahal, kalau fikir logik, orang yang makan fast food, minum air manis, tidur tak cukup, tak minum air kosong cukup - buah pinggang dorang pun boleh rosak walaupun tak ambil sebarang suplemen. Maksudnya, buah pinggang rosak bukan datang daripada suplemen semata-mata, tetapi lifestyle and kualiti bahan yang masuk dalam badan.

Apa sebenarnya yang membebankan hati and buah pinggang?

Ok nak fahamkan konsep ni, kita imagine 2 orang.

A, makan fast food, minum minuman manis everyday, kurang minum air kosong, tidur lewat, tak bersenam.

B, makan home-cooked food, minum air kosong cukup, no sugar intake, ambil GC Plus (1.8 gram) and Nutrijuice (25 ml).

Siapa sebenarnya membebankan hati dan buah pinggang?

Jawapannya, A. Kenapa?

Dalam jangka masa panjang, organ A bukan rosak sebab suplemen, tapi sebab lifestyle. Sebab makanan yang dia makan mengandungi toksin berlebihan and tekanan metabolik. Jadi, bila orang kata buah pinggang rosak sebab kena tapis bahan suplemen, cuba fikir balik siapa tapis semua minyak, pewarna, gula, dan bahan pengawet dari makanan harian kita? Jawapan tetap hati dan buah pinggang. 

Hati dan buah pinggang dah buat kerja tu setiap hari sejak kita lahir. Everytime kita makan makanan bergoreng, minum air manis, atau makan jajan, hati dan buah pingganglah yang bekerja keras untuk pastikan darah kita bersih. Tapi jarang orang salahkan makanan ni semua. Orang lebih cepat salahkan suplemen, sebab suplemen nampak macam benda asing. Padahal, kalau kita ukur dari sudut sains, beban metabolik daripada makanan harian jauh lebih besar berbanding suplemen dari bahan semula jadi yang diambil dalam dos kecil. 

Salah satu sebab GC Plus dan Nutrijuice tak membebankan hati dan buah pinggang sebab produk ni berpaksikan formulasi saintifik. Dalam farmakologi, ada satu konsep penting dipanggil bioavailability. Bioavailability si satu piawai untuk tengok sejauh mana bahan aktif boleh diserap dan digunakan oleh badan tanpa meninggalkan sisa toksik. Our produk ada bioavailability tinggi, supaya small dose pun tetap berkesan. Yang penting takde bahan sintetik.

GC Plus bantu kawal selera dan metabolisma. Bila berat badan terkawal, lemak hati (fatty liver) menurun. Itu sendiri dah bantu hati jadi lebih sihat. 

Nutrijuice pulak tinggi antioksidan. Ini pun help protect sel hati daripada radikal bebas. 

Jadi dalam jangka panjang, dua produk ini support sistem detoks semula jadi badan, bukan melemahkan. Hati dan buah pinggang kita bukan ciptaan yang lemah. Ini organ-organ yang bijak, tahan lasak, dan boleh sesuaikan diri selagi kita tak seksa dia dengan toksin.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.  


2025-11-09

Nak dibagi kelonggaran bagi pregnant ladies yang dalam 1st trimester.


Ini adalah respond aku berkenaan screencap semalam tentang request someone nak dibagi kelonggaran bagi pregnant ladies yang dalam 1st trimester.

Walaupun aku sekarang seorang majikan, jangan lupa aku juga pernah jadi pekerja. Ada orang hanya ada pengalaman jadi pekerja, takde pengalaman jadi majikan. Perspektif dia hanya dari mata pekerja. Aku ada pengalaman dua-dua.

Aku pernah kerja makan gaji di government dan private sector.
Aku pernah kerja ofis, kerja lab dan kerja sales.
Aku pernah kerja offline sales dan online sales.
Aku pernah jadi sole distributor in the country, sole distributor in region South East Asia juga dan pernah jadi endorser.
Aku pernah jadi pelajar, pernah jadi lecturer dan pernah come out with syllabus untuk education program.

Basically, aku nak bagitahu aku pernah jadi kuli dan boss. Jadi, post yang aku tulis ni adalah dari perspektif aku sebagai majikan yang pernah makan gaji dan yang pernah mengandung semasa makan gaji.

Topik ni agak sensitif. Everytime orang sebut pasal isu perempuan mengandung susah nak dapat kerja, atau kerap MC masa mengandung, mesti akan ada dua kelompok yang bertekak. Kalau dari sudut pandang employee katanya majikan takde hati perut, tak empati, tak faham kepayahan ibu mengandung. Pihak majikan akan ada sudut pandang seorang majikan pula.

Aku dah jadi majikan for 17 years. Staff aku ada dari kalangan yang join the company dari zaman anak dara, kemudian kawen, dan beranak. Pengasuh bercuti, anak takde orang nak jaga pun, aku takde masalah nak bawak anak sesekali ke ofis.

Salah sorang staff aku, anaknya masih baby. Pengasuh cuti. Tapi dia tak mintak pun cuti. Dia minta boleh tak bawak baby 1 hari ke ofis. Aku izinkan. Berangkut tilam bantal ke ofis. Takde masalah. Kagum dengan kegigihan maknya yang masih nak datang kerja.

Anak toddler, pengasuh cuti. Nak bawak ke ofis 1 hari sebab pengasuh sakit. Ok takpe. Maknya masih nak datang kerja. Silakan bawak. Berangkut bakul mainan dengan beskal ke ofis untuk anaknya main. I'm ok sebab maknya masih ada tanggungjawab untuk siapkan kerja.

Aku sendiri pernah mengandung masa jadi pekerja. Lagi pulak kerja sales yang kena keluar jumpa customer hari-hari. Muntah-muntah? Yes, ada. Tapi doktor ajar "Pastikan dalam poket sentiasa ada biskut untuk dikunyah untuk elakkan loya". Aku ikut cara tu.

Masa tu aku masih pakai kereta Kancil. Seat Kancil keras. Untuk elakkan bumpy, aku letak kusyen tambahan. Sebab kebanyakan masa aku keluar jumpa customer, jadi nak elakkan bergegar-gegar dalam kereta. Imagine keadaan mengandung 1st trimester masih kena keluar jumpa customer, bagi presentation, buat demo, masuk lab dengan segala bau-bauan bakteria culture yang "wangiiii ngat!". Apa rasa kalau kejap-kejap aku cuti atau MC atau bagi alasan tak larat kat boss? Aku sendiri rasa bersalah.

Perut dah 6 bulan, aku masih panjat building HUKM dengan angkut thermocylcer 9 kg. Siapa pernah pegi HUKM taulah hazabnya parking dia camana. Dari parking ke building kena menapak. Sorong troli untuk letak thermocylcer. Naik bukit tolak troli. Pastu lift penuh. Ramai orang. Aku dengan troli pulak tu. Tak nak menyusahkan orang lain sebab troli tru nanti makan ruang lift, aku park troli kat tepi, kemudian angkut thermocylcer 9 kg tu dengan perut 6 kg naik tangga!

Bukan nak cerita aku hebat, tapi nak fahamkan apa maksud tanggungjawab. Sebab aku tahu nanti bersalin aku cuti panjang. Masa tu kerja-kerja aku collegue akan take over. Time tu aku nak rest betul-betul. Jadi now, siapkan kerja dulu. Aku tak nak orang lain menyunmpah hanya sebab aku mengandung.

Boleh je bagi alasan “tak laratlah". Tapi masa tu aku fikir, kalau semua benda aku elak, siapa nak settlekan kerja aku? Orang lain pun ada task masing-masing. Nak tak nak buatlah juga. Slow-slow lama-lama siap. Walaupun ada hak untuk ambil MC atau ambil AL tapi aku tahu bukan semua hak tu perlu digunakan sesuka hati. Kadang-kadang kita bukan tak larat, cuma penat sikit dari hari-hari biasa. Tapi bila fikir balik, kerja orang lain pun bergantung pada aku. Kalau aku hilang sehari, ada meeting yang delay, ada customer yang tak dapat quotation, ada orang lain yang terpaksa cover. So walaupun boleh cuti, aku pilih untuk tahan.

Now bila baca ada yang mintak kelonggaran untuk mak-mak yang 1st trimester, ntahlah. Bagi aku yang pernah jadi pekerja, pregnant tu bukan lesen untuk berhenti jadi responsible. You don’t earn respect by demanding sympathy. You earn it by showing effort even when no one expects you to.

Bukan kata ambil MC atau ambil cuti tu salah, tapi sampai nak minta considerion bagi kelonggaran semasa 1st trimester atas nama “tak larat”, that’s not about pregnancy anymore. That’s about attitude. Pregnant memang penat, aku tahu. Tapi kalau every time rasa tak selesa je nak cuti, susahlah. Tthat’s why other pregnant women end up being judged.

Bukan takleh cuti. Tapi guna hak tu dengan bijak. Kalau betul tak larat, minta rehat. Tak pun, habiskan AL rest kat rumah. Dah habis AL kalau masih tak larat, minta unpaid leave sampai bersalin. Sometimes kita ni nak win saja, cuti nak simpan. Tak nak win-win. Nak gaji jalan tapi nak cuti sokmo. Sedangkan company pun ada operasi kena jalan, bukan boleh ikut satu orang je.

Siapa yang follow preganancy aku masa dengan Rayyan mesti tahu sepanjang aku preganant, 3 kali bleeding. Sampai doktor nak masukkan aku dalam ward. Dia tak percaya aku boleh bed rest at home. Tapi aku refuse, aku cakap aku nak rest kat rumah. Padahal aku baring sambil laptop atas tetek, masih buat kerja.

Masa aku tersadai kat hospital 1 bulan, aku cakap kalau nak tahan aku 2 bulan pun takpe tapi aku perlu bawak laptop dan aku kena charge henfon selalu. Lulus. Maka aku kat katil hospital dengan laptop everyday. Customer sorang tak tahu aku tersadai kat hospital sebab quotation masih berjalan, email masih bereply. Cuma delivery je minta staff handle. Kadang bukan soal boleh atau tak boleh buat kerja, tapi nak atau tak nak buat.

Kita kerja ni ada tanggungjawab dua hala. Kita bagi komitmen, company bagi gaji dan benefit. Jadi bila kita guna hak cuti pun, gunalah dengan pertimbangan. Jangan sampai nampak macam menyusahkan orang lain atau ambil kesempatan. Orang boleh faham kalau betul-betul tak sihat, tapi bila semua benda nak ikut kepala sendiri, susah orang nak simpati. Kadang bukan hak yang salah, tapi cara kita guna hak tu yang buat orang menyampah.

Kita kena jujur sajalah. There really are some women who use pregnancy as a kind of moral shield. Bila sebut “saya mengandung,” terus expect semua orang faham, semua kena berlembut, semua kena bertolak ansur. Masalahnya, dunia kerja beroperasi atas tanggungjawab, bukan simpati semata-mata. Kalau semua benda nak guna alasan “saya mengandung,” lama-lama orang akan pandang serong pada perempuan mengandung lain yang betul-betul struggle tapi masih buat kerja. Itu yang tak adil sebenarnya. Bukan pada company je, but towards other women who remain dedicated and responsible. Pregnancy is not a weakness, it’s a phase. Tapi kalau kita jadikan itu alasan, orang akan mula persoalkan integriti, bukan keadaan kita.

Morning sickness memang bukan benda main-main. Tapi bila kita mintak sesuatu yang melibatkan polisi syarikat, like bagi kelonggaran untuk bercuti/berehat semasa 1st trimester, it’s no longer just about being tired. Ni dah kacau struktur organisasi. Everytime sorang cuti, ada kos yang kena tanggung, ada task yang kena diagihkan, ada target yang delay. Bila permintaan tu datang dengan nada entitled as if the world kena adjust hanya kerana kau mengandung, itu yang buat ramai majikan jadi serik nak ambil pekerja yang tengah mengandung.

Aku pernah interview kat satu company ni, direct dia tanya masa interview "Do you have any plans to get pregnant in the near future?"

Itu bukan tanda company halang aku dari mengandung. Itu tanda company tu dah banyak kali terkena dengan pekerja yang kerap cuti semasa pregnant. Dah jadi serik dorang. Tapi orang tak tahu, kan? Terus label company toksik. Company red flag. Padahal company takkan buat rules macam tu kalau dia tak suffocated dengan perangai pekerja.

Masa aku post kat IG gambar anak kepada staff ikut maknya masuk ofis sebab pengasuh cuti, ramai yang puji katanya aku bos yang baik. Tak, bukan aku yang baik. Tapi sebab maknya willing untuk datang kerja. Maknya punya effort tu yang nampak macam aku bos yang baik. Padahal mana-mana bos akan bagi kelonggaran yang sama asalkan kerja siap dengan baik.

Ramai pekerja kata majikan takde empati. Padahal kau jangan mintak empati saja. Mesti ada keseimbangan dengan tanggungjawab. Kalau pekerja tahu tanggungjawab, majikan mesti ada empati.

Majikan bukan tak nak ambil perempuan mengandung. Tapi majikan takut isu-isu tak dijangka yang datang bersama-sama dengan pregnancy tu. Bila kau dah janji boleh kerja sepenuh masa tapi lepas sebulan asyik MC, asyik AL, outstation tak boleh, kerja berat tak boleh, so siapa nak cover sedangkan job scope kau adalah itu? Aku tak cakap semua perempuan mengandung macam tu. Ada je yang boleh maintain disiplin kerja walaupun tengah mabuk, masih datang office walaupun dah sarat. Tapi bila some ambil kesempatan dan buat teruk, inilah yang jadi punca kenapa majikan kelihatan macam toksik. This is where perception starts.

Employers don’t wake up one day and decide, “Let’s not hire pregnant women”. Takkan punya. Every bad experience becomes a case study that shapes the next hiring decision. Kalau tengok dari sudut HR, dorang bukan nak seksa pekerja mengandung. Tapi dorang fikir pasal continuity, workload, cost, dan stability. Bila someone cuti lama, syarikat kena cari ganti sementara, kena train orang baru, kena urus payment double. Itu semua real cost. Tapi benda ni ramai tak ambil tahu sebab terlalu fokus pada “hak saya”.

Hari last aku resign dari company Devil Wears Prada, boss aku panggil. Ayat dia yang paling aku ingat "You are not a typical Malay"

Bermakna, dia dah SUFFOCATED dengan melayu yang buat kerja sambil lewa, malas, cakap tak serupa bikin, kerja nak sikit gaji nak banyak. Aku as melayu, terkejut dia cakap macam tu. Rasa nak marah juga benaunya tapi at the same time aku lega sebab at least persepsi dia sedikit berubah towards malay. 

Maksud aku, buktikan kita tak sama macam apa yang orang lain sangka. Bila diberi peluang kerja, buatlah dengn baik. Kalau asal mengandung asyik nak cuti, lama-lama memang akan timbul persepsi negatif. Bukan orang tak faham, tapi cara kita uruskan situasi tu yang salah. Bila semua benda dijadikan alasan “saya mengandung,” orang mula rasa kita ambil kesempatan. 

Masalah paling besar sekarang, ramai yang tak tahu beza antara “meminta ihsan” dengan “menuntut hak”. Bila dah terbiasa mintak ihsan, semua benda jadi emosi. Dalam dunia kerja, ihsan tu bonus, hak tu benda asas. Tapi asas tu datang dengan syarat, iaitu amanah dan disiplin. Kalau yang tu takde, jangan pelik kalau majikan mula persoalkan “hak” yang kau tuntut tu.

Ex-colleague aku dulu baru sebulan masuk kerja, lepas tu bagitahu pregnant 2 bulan. Ok, fine, rezeki. Tapi bila start masuk trimester kedua, mula banyak excuse. Tak boleh berdiri lama, tak boleh buat OT, tak boleh handle customer yang demanding sebab stress tak baik untuk baby (katanya!). Kejap-kejap lepak surau, sebab pening and tak larat. Suruh ambil cuti tak nak, sayang AL. Pastu buat apa kau datang opis kalau endingnya semua benda tak boleh buat? Orang lain kena pick up kerja-kerja kau. Bila ditegur, sentap. Cakap semorang toksik.

Semua orang dalam team pun ada keadaan masing-masing. Ada yang ada anak kecik, ada yang jaga mak ayah sakit, ada yang berhari-hari stayback sampai 11 malam siapkan program. Tapi diorang still datang kerja, still buat kerja dengan baik. Kau bukan satu-satunya manusia yang sedang kesusahan, ya. Orang sekarang suka guna alasan “saya mengandung, saya tak boleh itu, tak boleh ini” tapi pada masa yang sama tak nak lepaskan benefit kerja sepenuhnya. Nak gaji penuh, nak cuti khas, nak fleksibiliti tapi performance drop.

Majikan bukan takde empati. Tapi empati pun ada had bila kau tak cuba faham kesusahan orang lain. Jangan guna situasi peribadi as reason untuk tak perform. Kalau semua orang guna logik tu, habislah sistem kerja. Dan benda nilah yang create bad label for many other women yang dedicated during pregnancy. Disebabkan segelintir yang terpaling “special case”, akhirnya majikan jadi skeptikal. Terus lumpsum semua pregnant employee majikan labelkan as liability. Padahal tak semua macam tu. Tapi bias tu wujud sebab too many repeated bad experiences.

Sebab tu aku selalu cakap common sense is underrated. Kau tak boleh expect orang bagi consideration kalau kau sendiri takde common sense. Yang baru mencari kerja, aku nasihatkan at least setahun tu janganlah mengandung dulu. Create trust dengan majikan dulu. Perform dulu. Mana-mana yang dah plan nak apply kerja baru tu at least jujurlah masa interview. Kalau memang tak boleh commit certain task, bagitahu awal. Kalau boleh tunggu lepas bersalin, tunggu. Jangan guna situasi kau untuk test nasib lepas tu marah bila majikan tak boleh accommodate semua request.

This is not about discrimination. It’s about mutual responsibility. Kalau kau nak majikan bertimbang rasa, kau pun kena tunjuk effort yang boleh yakinkan boss kau boleh handle kerja walaupun tengah pregnant. Tapi kalau dari awal datang dengan vibe “saya mengandung, saya perlukan adjustment", memang orang serik.


2025-11-08

GreenAard: Kenapa orang yang pernah gemuk bila dah kurus senang naik balik?


Tadi kat Thread ada sorang ni post "Agak-agak sempat tak turunkan berat 15 kg dalam masa 3 bulan?"
Aku syak dia ni pengantin, nak kawen time cuti sekolah nanti.

Aku nak je reply "Turunkan berat sebelum kawen tu senang, tapi maintain berat selepas kawen tu yang selalu orang failed"

Tapi tak jadilah. Nanti melunturkan semangat dia. Biar dia handle sendiri. Cuma aku rasa ramai kita-kita ni aim untuk kurus. Capai je target, tak lama lepas tu terbabas balik. Hakikatnya, once kita hit target berat yang kita nak, itulah permulaan yang lebih mencabar. Yang jauh lebih susah sebenarnya is nak kekalkan berat badan tu so that tak naik semula.

Selalu kita dengar cerita-cerita, "Dulu dia gemuk, then dia diet sampai kurus cantik. Tapi lepas tu berat datang balik. Mula-mula naik sikit, lepas tu balik semula ke berat asal. Kadang-kadang lebih dari dulu pun ada"

Nak kata takde disiplin tu tak juga. Nak kata makan banyak pun tak juga. Masalah sebenarnya adalah ada pada cara badan kita berfungsi.

When someone loses weight quickly, dengan drastik dan dengan cara yang salah, badan dia akan masuk dalam satu keadaan yang dipanggil survival mode. Bahasa mudahnya, badan kau ingat kau dalam zon kebuluran. Bila badan rasa kau kebuluran, dia mula berjimat tenaga. Dia kurangkan kadar pembakaran kalori supaya tenaga kau tahan lebih lama.

Contohnya, kalau sebelum diet badan kau boleh bakar 1800 kalori sehari, bila dah kurus, badan hanya dapat bakar 1300-1400 saja. Maksudnya, kalau kau makan makanan yang sama dan portion yang sama macam dulu, kalori tu tak terbakar laju macam dulu. Sebahagiannya disimpan jadi lemak. Inilah sebab kenapa ramai yang kurus cepat naik balik walaupun katanya “tak makan banyak pun”.

Badan kita ni bijak, tapi pada masa yang sama, dia sangat berhati-hati. Bila berat turun mendadak, our brain and hormones start working to fight that change. Hormon lapar (ghrelin) akan naik, hormon kenyang (leptin) akan turun. Kau akan mula rasa cepat lapar, lambat kenyang, craving benda manis. Ni semua kerana hormon tak stabil. Your brain tells you to eat because it thinks you’re in a kebuluran phase. Sebab tu kadang-kadang bila orang yang baru kurus tengok makanan, dia tak boleh tahan.

Selain tu, bila dulu gemuk dan now dah kurus, sel lemak dalam badan hanya mengecil tapi tak hilang. Sel lemak tak pernah hilang, ya. Dia cuma mengecut je. Dia menunggu masa nak diisi semula bila ada peluang. Kalau masa kurus tu kau tak cukup makan protein, atau tak buat senaman resistance, otot pun akan mengecil sekali. Otot ni penting sebab dia yang tolong bakar kalori walaupun kita tak buat apa-apa. Bila otot dah berkurang, metabolism pun jatuh. So when you go back to eating normally, the calories that used to be safe now become excess. Lebihan tu akhirnya jadi lemak, dan berat pun naik semula.

Ada satu teori yang dipanggil Set Point Theory yang mana setiap badan ada berat ideal yang dianggap normal oleh sistem hormon dan otak kita. Kalau kau dah bertahun-tahun gemuk, contohnya 10 tahun, otak dah anggap berat tu sebagai ideal. Jadi bila kau turun berat dengan cepat, otak akan lawan balik untuk tarik kau ke berat asal. Kau akan rasa cepat letih, cepat lapar, craving karbohidrat, dan metabolism perlahan. Semua tu adalah cara badan untuk paksa kau kembali ke set point lama.

That's why, weight loss kena slow-slow, jangan nak laju-laju sebab kau letih bila badan sentiasa nak kembalikan kau ke set point lama. Nak ubah set point ni boleh, tapi bukan sebulan dua. Kau kena kekalkan berat baru tu sekurang-kurangnya 8-12 bulan supaya otak boleh terima yang inilah berat baru yang selamat untuk kau. Itu sebabnya jangan terlalu cepat nak kurus dan jangan terlalu kecewa buila berat turun 2 kg sebulan. Takpe. Slow but steady.

Ada satu lagi faktor yang ramai orang tak sedar, iaitu psikologi “aku dah kurus, aku deserve makan sedap-sedap”. Cheat day katanya. Cheat day sampai 4 hari seminggu, kau rasa?

Berbulan-bulan dieting, many people sabotage themselves with "reward". Sekali dua maybe takde kesan, tapi bila jadi habit, berat naik balik slowly tanpa sedar. Plus, your metabolism dah slow selepas berdiet, walaupun kau makan sama banyak macam dulu, berat tetap naik sebab badan dah tak bakar secekap dulu.

Dan jangan lupa faktor genetik. Ada orang memang jenis senang simpan lemak sebab sel lemak dia lebih sensitif terhadap insulin. Bila makan lebih sikit je, badan cepat simpan tenaga as lemak. Orang macam ni kena lebih careful bila dah kurus, sebab badan dia memang cenderung nak kembali gemuk. But that doesn’t mean there’s no hope. Apa yang penting is having the right strategy. Bila dah tahu macamana badan bekerja, kita boleh ajar badan adapt.

Pertama sekali dengar pesan aku ni - JANGAN KURUS CEPAT SANGAT. Ini selalu staff aku kena menjawab soalan new customer yang nak try GC Plus.

"Berapa botol kena makan untuk kurus?"

Sumpah, kita tak boleh janji bila. Sebab badan korang pun kita tak tahu ada tendency ke mana. Maybe jenis simpan lemak, maybe jenis slow metabolisme. We don't know. Cuma kita boleh guide dengan cara yang realistik iaitu jangan aim kurus terlampau cepat. GC Plus boleh turunkan berat pelan-pelan. GC Plus lebih fokus pada block karbohiddat menjadi lemak supaya lemak existing dalam badan boleh dibakar. Dengan cara ni hormon sempat stabil.

Jangan stop karbohidrat terus, tetapi limitkan. Kalau kau cut karbohidrat terus, keseimbangan hormon kau lari. Bila hormon tak menentu, jangan questionlah kenapa period saya tak teratur? Puncanya tu lah, terlampau nak cut karbohidrat. Yang paling penting bila dah capai berat ideal, jangan ingat kerja kau dah selesai. Fasa me-maintain tu sebenarnya lebih mencabar dari fasa nak kurus. Sebab masa nilah hormon dan mindset kita diuji. Kau kena kekalkan habit yang baik at least enam bulan supaya otak lock berat baru tu sebagai normal.

GC Plus stabilizes-kan your hunger and hormones. Bila tahap ghrelin dan leptin seimbang, kau tak cepat craving atau makan berlebihan. It also helps regulate blood sugar levels jadi tenaga stabil sepanjang hari. Bila gula stabil, otak pun tak craving memanjang. GC Plus buatkan kau rasa kenyang lebih lama.

GC Plus pada asasnya berfungsi untuk kawal gula darah dan hormon lapar. Bila kita makan, especially karbohidrat, paras gula dalam darah akan naik. Sebagai respon, pankreas akan keluarkan hormon insulin, iaitu hormon yang angkut gula (glukosa) masuk ke dalam sel untuk dijadikan tenaga. Masalahnya, bila paras gula terlalu kerap meninggi (sebab kejap-kejap makan nasi, mee, roti, kuih, gula), badan jadi kurang sensitif terhadap insulin. Sel tak lagi respon macam dulu. Inilah yang dipanggil insulin resistance, dan ini antara sebab utama kenapa orang yang dah pernah gemuk senang naik balik walaupun makan biasa-biasa.

Bila badan dah mula rintang terhadap insulin, gula tak dapat masuk ke sel dengan efektif. Jadi gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan dalam bentuk lemak, biasanya kat perut, peha, dan lengan. Lagi banyak lemak terkumpul, lagi perlahan metabolisme kita. Inilah cycle yang susah nak putus kalau tak dibantu from within. GC Plus break cycle ni dengan cara menstabilkan gula darah dan increase kepekaan insulin.

Kalau sesiapa ambil Nutrijuice dengan GC Plus, ada kelebihannya. Sebab Nutrijuice akan help aktifkan semula metabolisme sel badan. Badan yang pernah gemuk biasanya kadar pembakaran perlahan sebab sel dah terbiasa bekerja dalam energy saving mode. Nutrijuice bantu reset tenaga tu supaya badan belajar bakar semula dengan lebih efisien. At the same time organs akan lalui proses detox. Ini akan seimbangkan semula sistem dalaman yang terganggu masa proses turun berat.

Bila dua ni digabungkan - GC Plus dan Nutrijuice - kau takkan rasa stress nak diet forever sebab hormon lapar dah terkawal dan tenaga pun stabil. Lama-lama, berat baru jadi normal dan lebih steady. Kalau sekarang ada sesiapa tengah down bila berat naik semula walaupun ah jaga makan, don't give up. Badan cuma tengah cuba faham perubahan yang berlaku. Ambil masa. Kena ajar semula badan slowly, bagi dia masa untuk percaya that this time you are not in danger.

Weight loss journey ni takkan stop bila jarum penimbang tunjuk angka yang kau nak. Ini proses berterusan. The key is not just about eating less. The real key lies in how your body manages energy and blood sugar dan macamana hormon-hormon utama bekerja. Kat sinilah peranan GC Plus dan Nutrijuice. They help your body return to “normal” after being out of balance for a long time.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-11-07

Hibah: Kebimbangan isteri-isteri tu sama.


Terima kasih yang tanya DM sebelah tadi. Baruuuu je aku sembang dengan En Wan pasal ni. Tup-tup masuk soalan yang sama. Menyedarkan aku bahawa kebimbangan isteri-isteri tu sama.

Kita takkan pernah betul-betul bersedia untuk kehilangan, kan? Bila suami meninggal, yang tinggal bukan saja loneliness tapi segala tok nenek tanggungjawab yang selama ni di- share berdua, now jatuh ke bahu isteri sorang. 

Masa arwah ayah En Wan meninggal dulu, aku nampak hakikat ni. Dua-dua isteri ayah tak bekerja. Selama hidup ayah adalah breadwinner. Lepas pencen, masih ada income dari ladang. Tapi isteri-isteri mana tahu pengurusan ladang tu semua. Mujur juga ayah meninggal bila anak-anak semua dah besar dan ada kerja.

Lepas ayah meninggal, berturut-turut ahli keluarga datang rumah. Ayah banyak tanah. Masa tu ramai sungguh bertanya pasal tanah itu tanah ini. Macam-macamlah. Isteri-isteri ayah hanya ada surat-surat and geran saja. Apa yang berlaku dari segi pengurusan masing-masing tak tahu.

Inilah beban yang isteri kena pegang bila suami mati. Mujur anak-anak ada boleh tolong uruskan. Jumpa orang sana, jumpa orang sini. Nak menguruskan ni semua pakai modal. En Wan as anak lelaki menguruskan. Duit jangan cakaplah. Puluh ribu habis. Dengan flight tiket pulang balik ke Tganu nak menguruskan semua ni. Aku rasa orang pejabat tanah Tganu tu sampai kenal En Wan dah. Tu belum cerita modal membayar itu ini.

Itulah yang orang sekeliling cakap “Sabar, nanti faraid akan uruskan”

Ya, memang. Tapi proses tu lama. Tu belum cerita perlaksanaan faraid lagi. Kita bukan cakap pasal adil, tapi tanggungjawab dan amanah tu wujud ke? Kebanyakan dapat faraid pastu tinggal waris bodoh-bodoh gitu je.

The truth isn’t always easy to swallow especially bila yang tinggal tu isteri dengan anak-anak yang masih bersekolah. Budak-budak, apa yang isteri boleh harapkan? Kena menguruskan dorang lagi ada. 

Ramai orang suka cakap tentang hukum faraid, tapi jarang yang betul-betul bincang tentang real-life process selepas kematian. Masa suami hidup, kereta nama dia. Rumah pun nama dia. Akaun bank semua nama dia. Bila dia mati segalanya frozen. Bank takkan lepaskan duit walaupun kau kata nak bayar yuran sekolah anak. Nama atas geran rumah pun masih kekal atas nama arwah. Sementara tunggu urusan pusaka selesai, semua tu technically jadi harta beku.

Isteri-isteri arwah ayah beruntung, sementara nak tunggu proses faraid, anak-anak bagi duit bulan. Bil utilities masih ada yang bayarkan. Makan minum anak yang tanggung. Tapi mok and Mok Ndong realised from that day bila suami mati, dorang bukan sekadar hilang suami, tapi hilang akses kepada segala benda yang dulu dishare sama-sama.

Kalau parents suami masih hidup, dorang termasuk dalam senarai waris. Tapi dalam situasi yang follower tu tanya, mak ayah mertua dah takde. Hanya ada anak-anak (lelaki dan perempuan). Jadi dalam kes ni, harta pusaka suami akan difaraidkan hanya pada isteri dan anak-anak. Tapi pembahagiannya tetap ikut hukum, walaupun anak kecil lagi.

Isteri dapat 1/8 daripada harta (sebab ada anak).

Baki 7/8 bahagi antara anak lelaki dan perempuan, nisbah 2:1 (lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian).

Tapi, anak-anak kecik lagi, so siapa nak uruskan bahagian anak-anak tu? Perlu ke faraidkan sekarang?

Jawapannya, tak semestinya terus bahagi-bahagi sekarang. Kalau semua waris adalah isteri dan anak-anak bawah umur, takde siapa boleh tuntut bahagian harta tu. Isteri boleh urus dan guna harta tu semua untuk kelangsungan hidup, selagi dalam konteks keperluan dan tanggungjawab.

Contoh, isteri boleh guna kereta suami untuk hantar anak-anak pi sekolah. Isteri juga boleh terus duduk rumah atas nama suami. Selagi niatnya untuk jaga kehidupan anak-anak dan diri sendiri, itu takpe. Tapi tetap ada limit. Walaupun boleh guna harta untuk tujuan keperluan, dari segi hukum, harta tu tetap milik bersama waris lain. Isteri hanya pemegang amanah sementara.

Dalam Islam, anak bawah umur yang dapat faraid tak boleh urus harta sendiri. Jadi si ibu boleh jadi penjaga amanah. That's why penting lantik pentadbir pusaka supaya semuanya diurus dengan amanah. Kalau belum buat, buatlah. Aku and En Wan buat dah. Tak mahal mana, tak salah aku RM1800 je. Tapi ni harga dulu la, tak tahulah now. Ni pun aku rasa nak kena edit wasiat sebab 2 tahun lepas aku dapat ladang getah, jadi nak kena masukkan sekali ladang ni dalam wasiat. Kalau tambah ada fee kena bayar tapi tak mahal.

Bila orang suruh “ikut faraid je”, dorang lupa satu perkara, iaitu faraid tu hukum pembahagian harta saja. Hakikatnya, manusia hidup dengan realiti dunia.

Apa realitinya?

Realitinya, kalau ada adik-beradik suami yang berminat dengan rumah tu, dorang mungkin nak selesaikan ikut faraid. Jaranglah yang nak lepaskan hak (read: peluang) dapat harta. Maka rumah tu boleh terjual. Kalau ikut logik, rumah tu patut kekal jadi tempat isteri dan anak-anak duduk, betul tak? Tapi kalau yang lain takde timbang-rasa nak buat camana. 

Hibah is a misunderstood word. Bila orang dengar hibah, ramai anggap itu cara nak elak faraid. Tapi sebenarnya bukan. Hibah bukan tolak hukum Allah. It’s a way to plan things while you are still alive supaya tidak timbul konflik selepas mati. 

Hibah ni tentang kasih sayang. Tentang foresight. Kita buat hibah supaya waris tak perlu menangis dua kali. Sekali sebab kehilangan, sekali lagi sebab berebut. Islam tak pernah larang perancangan, malah ajar kita berfikir dan merancang sebelum musibah datang. 

En Wan kata 70% dari client hibah dia adalah perempuan. Selebihnya suami dan isteri sama-sama buat cross hibah. Yang sebahagian besar buat sendiri (buat atas nama suami, tapi isteri bayar caruman). Aku cakap kat En Wan, sebab orang perempuan ada emotional decisions. Bab merentan pun perempuan, bab menangis pun perempuan, bab empati pun perempuan. Ini memang ciri-ciri orang perempuan. 

Dan sebab itulah bila sampai bab kewangan, perempuan paling cepat matang. Dia tahu kalau takde duit, banyak benda tersekat. Sebab tu perempuan lebih laju buat hibah sebab bagi orang perempuan, hibah tu bukan tentang nak kawal harta, tapi tentang "WHAT IF?".

Perempuan selalu fikir jauh. Dia tahu hidup ni tak boleh dijangka. Hari ni maybe masih ada suami, tapi esok? Ini bukan doa benda buruk, tapi orang perempuan ni realistik. Dia tahu bila apa-apa jadi, dialah yang kena urus everything. Anak, rumah, bil, sekolah, makan minum, emosi. Masa tu takde siapa yang boleh dia harapkan sepenuhnya selain diri sendiri and whatever little preparation that’s been put in place.

Sebab tu bila bercakap tentang faraid dan harta suami, kita tak boleh letak semua beban atas “nanti faraid uruskan”. Apa salahnya tambah planning lain untuk melengkapi? Sebab realitinya, proses faraid bukan semudah isi borang terus dapat.

Faraid is perfect. Tapi manusia tak. Hukum Allah dibuat untuk keadilan, tapi pelaksanaannya perlu hikmah. Hidup ni tak menentu. Tapi apa yang kita boleh buat ialah bersedia. Because when that day comes, only two things will truly protect you - faith and preparation.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  

2025-11-06

GreenAard: Makin lawas berak sejak ambil Gloei

Feedback ni dah banyak kali aku jawab, but isokay. Aku jawab lagi. Korang kan suka baca aku menceceh, kan?

Tapi sebelum aku tulis panjang, aku nak betulkan satu persepsi dulu.

Yang pertama, Gloei BUKAN suplemen untuk lawas.
Yang kedua, Gloei TAK ADA kolagen, dan tak ada bahan untuk buang angin, kembung atau detox.

So kalau takde semua tu, macam mana dia boleh melawaskan?

Macam ni. Sistem penghadaman (termasuk usus) kita sangat sensitif to changes in hormones, nervous system, and cell metabolism. Gloei dicipta untuk stimulate penghasilan kolagen secara semula jadi, however untuk badan hasilkan kolagen, ada banyak proses biokimia yang berlaku. Antara proses tu termasuklah penyerapan zat dari makanan meningkat. Bila ni berlaku, usus dapat manfaatnya sekali. Sebab dinding usus kita dibina daripada kolagen dan protein. Bila struktur tu sihat, pergerakan usus jadi lebih efisien. Maka, hasilnya lawas (bukan cirit).

Dalam badan kita, usus bukan sekadar laluan bahan buangan. Usus adalah organ yang sangat canggih. Dalam usus ada bakteria baik yang bantu proses penghadaman, yang hasilkan vitamin, dan kawal mood kita thru gut-brain connection. 

Jangan tak tahu, antara usus dan otak, they are connected both ways. Bila otak stress, usus jadi tegang, maka susah nak buang air. Bila usus tak sihat, otak pun akan rasa tak tenang, maka kau akan cepat marah, letih, murung.

So bila kau start ambil Gloei, bahan-bahan dalam Gloei starts calming your nervous system and repairing your body cells. Usus mula bernafas balik. Otot-otot dalam sistem pencernaan start bekerja ikut rentak normal. Ini bukan sebab Gloei bahan pelawas, tapi sebab badan kau dan return to keseimbangan asal.

"Tapi kenapa boleh rasa lawas tu cepat? Like makan 2 hari dah lawas"

Kalau ikut logik, kolagen ambil masa untuk nampak hasil pada kulit. Tapi kenapa lawas boleh rasa cepat?

Sebab metabolisme sel dalam usus lebih aktif dan cepat respond. Bila certain zat masuk ke badan (contohnya antioksidan, vitamin C, ekstrak tumbuhan yang ada dalam Gloei), kesan pertama bukan pada kulit, tapi pada organ dalaman yang paling aktif guna tenaga. Usus adalah antara organ yang paling cepat respon pada perubahan biokimia.

So bila orang kata “baru 2-3 hari minum Gloei, dah rasa lawas,” actually, that’s a good sign. Maksudnya badan dah mula sesuaikan diri dengan proses detoksifikasi semula jadi, bukan sebab makan julap. Sistem dalaman dah mula bekerja dengan normal.

“Tapi saya memang tak pernah lawas sebelum ni…”

Ok, here’s the interesting part. Kalau sebelum ni memang selalu sembelit, perut keras, buang air tak konsisten tapi lepas ambil Gloei jadi lawas, itu bukan sebab Gloei melawaskan, tapi sebab badan baru dapat energy untuk proses normalnya semula. 

Imagine gini. Anggap badan kita macam mesin. Kalau mesin tu berkarat, minyak tak cukup, gear tersekat, of cos mesin tu lambat bergerak. Tapi bila diservis semula, bagi minyak cukup, gear bersih, automatik semua lancar balik. Betul tak? That’s exactly what happens inside your body when it starts getting the right nutrients.

Another factor is hormone balance sebab hormon pun ada peranan samada kau lawas or not. Sebab bila kau sangat stress, hormon kortisol meningkat. Kortisol ni boleh ganggu pergerakan otot usus, dan hasilnya sembelit. Gloei ada bahan yang balancekan hormon and kurangkan oxidative stress. Bila stress dalaman menurun, pergerakan usus jadi lebih natural. So bila customer kata sejak minum Gloei saya rasa lawas, that's biology. Science.

Bila pembuangan lancar, toksin keluar dengan betul, usus jadi bersih, kulit pun lebih senang bernafas. Banyak masalah kulit (jerawat, kusam, dull complexion) sebenarnya berpunca daripada toksin yang stuck dalam badan. Bila pergerakan usus makin efisien, toksin tak sempat recycle dalam darah. Maka, kulit nampak lebih sihat, lebih cerah, dan lebih bersih. 

Inilah sebab kenapa bila ambil Gloei, yang kau notice dulu adalah lawas. Sebab badan dah mula buang benda tak perlu dulu, sebelum fokus pada mencantikkan kulit.

Badan ni bijak, dia tahu mana nak repair dulu. Bila kita bagi nutrition yang betul, badan tak terus fokus pada “cantik”. Dia fokus pada critical repair dulu, mana bahagian yang paling perlukan bantuan. Kalau usus tersumbat, dia akan repair sistem pembuangan dulu. Kalau liver function slow, dia akan bantu detox dulu. Bila semua organ dalaman dah stabil, barulah tenaga dialihkan untuk kulit, rambut, kuku dan the rest.

So bila korang notice Gloei melawaskan, that’s actually a good sign. It means your body is healing in the right order.

Kalau selepas ambil Gloei, ada yang rasa lebih kerap buang air tapi bukan cirit-birit (cuma lebih lancar), itu normal. Tapi kalau sampai berair, terlalu kerap, atau sakit perut memulas-mulas, ada 3 kemungkinan:

1. Maybe badan tengah adjust, atau
2. Kau ambil lebih dari 1 sachet, atau
3. Kau ambil pada waktu yang tak sesuai dengan metabolisme badan sendiri.

Sebab setiap orang berbeza. Ada yang metabolisma laju, ada yang slow. Gloei bukan ubat, jadi dia takkan paksa badan buat sesuatu. Tapi bila badan finally gets the nutrients it’s been missing for a while, kadang reaksi awalnya agak kuat. Macam kita siram pokok yang dah layu. Kali pertama air kena tanah, memang keluar lumpur dulu. Lepas tu baru tanah tu lembut dan subur balik. Macam tu la analoginya.

Again nak bagitahu, Gloei takde kolagen dari luar. Ini bukan suplemen yang bagi kolagen ready-made. Ini suplemen yang buatkan badan hasilkan kolagen sendiri.

Badan kita memang boleh produce kolagen sendiri asalkan ada bahan mentah mencukupi. Gloei ada komponen-komponen ni. Jadi bila badan mula aktif hasilkan kolagen sendiri, seluruh sistem badan dapat manfaat, termasuk usus, sendi, dan salur darah. Usus, hati, buah pinggang semua ni bekerja dalam satu rangkaian. Bila satu sistem dah mula function dengan lebih baik, yang lain akan ikut stabil.

Kalau kau adakah orang yang ambil Gloei tapi tak rasa lawas langsung, itu pun tak bermakna ia tak berfungsi. Ada orang sistem pencernaan dia memang normal, tak perlu banyak perubahan. Dalam kes ni, maybe manfaat Gloei akan nampak pada kulit dulu, atau tenaga, atau tidur yang lebih nyenyak. Setiap badan ada priority-nya. Kadang apa yang kau rasa lambat kat luar, sebenarnya banyak perubahan sedang berlaku kat dalam. Trust the process.


2025-11-05

Hibah: Hidup ni bukan tentang siapa pergi dulu tapi siapa yang tinggal, dan apa yang dia kena tanggung selepas tu.



Screencap atas ni tadi adalah kes pertama aku baca bila suami mati, SEPUPU DAPAT HAK FARAID. Jarang kita dengar kes macam ni, kan? Rupanya berlaku. Aku sendiri tak terpikir sepupu dapat hak. Ada ilmu baru aku dapat today.

Kadang rasa hidup ni kita dah rancang elok. Kahwin, beli rumah, beli kereta, kumpul harta sikit-sikit. Kalau suami sorang berkerja, maybe suami niatkan semuanya untuk kesenangan isteri kalau dia mati nanti. Tapi semuanya masih atas nama suami. Hanya bila suami dah takde, baru kita (isteri) tahu yang semua tu tak jadi hak kita walaupun hidup bersama berpuluh tahun, walaupun harta tu semua diusahakan selepas kahwin.

Hilang pasangan ni sebenarnya bukan setakat hilang peneman, kadang macam hilang separuh nyawa. Hilang separuh kegembiraan hidup. Hilang separuh ketenangan hati. 

Dahlah hilang pasangan hidup, tambah menyakitkan hati bila kita tak dapat hak sepenuhnya atas harta suami. Hilang pasangan satu hal, hilang hak satu hal lagi. Yang tak ada kena-mengena pulak yang dapat share.

Ni aku tak cakap pasal hukum, ya. Ini aku cakap pasal emosi.

Macam post tu tulis “Arwah tinggal kereta, motor… semua atas nama suami”.

Harta tu ada. Kereta dan motor. Tapi sebab semuanya atas nama arwah suami, automatik semua tu jatuh dalam kategori harta pusaka. Bila masuk harta pusaka, semuanya kena difaraid. Tak kisah berapa lama isteri hidup susah senang dengan suami, kalau nama tak ada, hak dia tetap terhad. Lagi pedih bila arwah suami anak tunggal, mak ayah dah meninggal, maka pewaris seterusnya adalah sepupu.

Ya, gais. Sepupu. Orang yang mungkin tak pernah datang pun masa kita susah, tapi muncul bila dapat bahagian harta.

“Kakak aku jumpa sepupu arwah, mintak serah balik semua, tapi sepupu tak nak”

Memang tak dapek laaaa. Mana ada orang tolak rezeki? Ramai orang tak tahu faraid tu bukan harta terpijak, tapi tanggungjawab. Berapa kerat yang sedar bahagian faraid tu adalah amanah untuk digunakan tolong keluarga si mati? Ramai yang dapat faraid, pi extend dapur, beli gelang emas, ada yang siap pi umrah!

Kat sinilah kita nampak hakikat manusia bila berdepan dengan duit dan harta. Yang kononnya keluarga pun boleh bertukar jadi orang asing sekelip mata. Bak kata Mak Aji, faraid ni kalau tak kena caranya, tanah sepasu pun boleh jadi punca putus sedara. Yang lagi best yang katanya “tak kisah pun harta tu”, dialah yang first tanya, “siapa dapat bahagian ni?”

Banyak dah cerita macam ni kita baca. Terlalu banyak. Benda tak jadi kat aku, tapi bila membacanya rasa sakit hati. Bukan sakit hati kat faraid, the faraid itself is fair, perfectly balanced. The problem is perlaksanaan tu gagal. Bab duit ni kau jangan main-main. Yang pakai serban 24/7 pun boleh terbang serban sekelip mata. Ujung-ujung isteri mengalah. Just like kakak dalam cerita tu akhirnya dia serah je ¾ bahagian harta tu sebab penat nak berebut.

Orang selalunya akan cakap "Biarlah nanti Tuhan balas"

Betul. Yang pergi tu dah tenang, yang dapat bahagian tu seronok. Tapi yang ditinggalkan ni yang menanggung semua. Emosi, tanggungjawab, tekanan hidup. Orang luar senang cakap “redha je lah”, tapi dorang tak nampak susah-payah si balu ni nak hadap segalanya.

Sebab itu perempuan kena ada duit sendiri. Ini bukan statement menghina, atau perli tapi kenyataan hidup. 

Bila perempuan duit sendiri, kita ada pilihan. Boleh buat keputusan tanpa terdesak, tak perlu bergantung sepenuhnya pada faraid atau belas orang lain. Ada duit sendiri ni untuk bagi kekuatan bila ada emergency. Bila suami sakit, bila diuji dengan kehilangan, bila keluarga mula berkira soal harta. Masa ni lah your own money becomes your saving grace. It protects your dignity.

Sebab realitinya, bila perempuan tak ada apa-apa, orang senang pijak. Masa ada suami, orang tak berani buat kita macam-macam. Tapi bila dah takde suami, kau tengoklah, cakap kita ni orang tak pandang. Melainkan kau ada duit. Walau sikit, orang pandang dengan hormat. 

Ini bukan soal material. Ini tentang maruah and survival. Jangan cakaplah duit tak penting. Realitinya, duit sangat penting. Orang boleh cakap “rezeki Tuhan bagi”, tapi Tuhan pun suruh kita berusaha. Sebab usaha tu sendiri sebahagian daripada rezeki. Jadi, simpanlah duit sendiri. Tak kira berapa pun, asalkan ada. Sebab dalam dunia yang tak menentu ni, money is not just a necessity. It’s your protection and strength.

Hari tu aku share post En Wan pasal kisah visit orang meninggal. Something to ponder sebab ada betulnya. Selalunya bila ziarah orang meninggal, kita akan bagi duit. Katakanlah dalam wallet ada RM20 dan RM100. Kita bagi yang mana? Selalunya kita akan bagi yang paling sikit. RM20. 

Tu sebenarnya nak tunjuk, takat mana orang nak bantu kita bila kita dalam kesusahan. RM100 pun jarang orang bagi. Kalau bagi pun, nak ke dia hulur tetiap bulan RM100? Orang lain boleh bagi simpati, tapi tak ada siapa boleh bagi jaminan hidup.

Kat sinilah datangnya erti sebenar hibah. Bukan menidakkan faraid. Aku tak kata faraid tu salah. Cuma nak touch on logik hidup. 

Bila buat hibah untuk isteri atau anak-anak, that doesn’t mean tak percaya sistem faraid. Itu tanda sedar dan bijak merancang so that bila dah takde nanti, orang yang dia tinggalkan tak menangis kali kedua sebab hilang hak.

Selalu aku perasan kat Thread mana-mana post pasal hibah, konfem ada yang komen "Allah kan ada", tak pun "hukum Allah tu dah bagus"

Ya, takde siapa kata jangan percaya faraid. Kita cuma nak prepare alternative. Sebab Allah juga suruh kita berusaha dan merancang. Kalau semua nak diserahkan pada takdir without usaha, kau sebenarnya bukan bertawakal, ya. Kau sedang menyalahgunakan konsep tawakal. Tawakal bukan duduk diam. Tawakal tu buat dulu apa yang patut, kemudian serah pada Allah.

Ada satu komen tu aku baca, lelaki ni tulis "Apa yang ada, pakai je. Takyah nak tambah-tambah (hibah). Tinggalkan duit banyak-banyak kalau waris salah guna, habis juga"

Ya ampun, apalah mindset dia ni. Mesti dia ni ada sejarah keluarga kaki kelepet juga tu pasal mindset dia ke arah negatif. Mindset macam ni lah yang buat ramai orang takut nak merancang harta elok-elok. Dia pikir semua benda mesti end up buruk, padahal hibah tu untuk elak masalah. Kalau semua waris amanah, alhamdulillah, tak perlu pun hibah. Tapi dunia ni tak ideal, ya. Bila kau dah masuk campur duit, adik-beradik pun boleh jadi orang lain!

Orang yang ada mindset macam tu selalunya tak pernah nampak real case. Isteri kena halau dari rumah, anak-anak hilang hak sebab semua ikut faraid bulat-bulat tanpa timbang rasa. Bila kena batang hidung sendiri, masa tu baru datang akai. 

Masa mula-mula buat hibah dulu, aku cakap kat En Wan aku bukan tak percaya family dia. Tapi aku tak percaya mulut aku. Sebab katakanlah jadi apa-apa nanti, mulut aku pedih, ya. Karang semua aku tabur. Siap aku viralkan nanti lagi ada. So untuk ketenangan hati semua pihak, kita sama-sama buat cross hibah. Maka aku dengan dia sama-sama buat. 

Aku bagitahu kat Mak Aji aku ada buat hibah and wasiat. Kalau aku mati, apa yang kena faraid, boleh tuntut. Yang takde dalam wasiat and faraid, jangan sentuh. Memanglah hibah takleh sentuh, tapi saja je la bagitahu in advance. Kalau orang nak kata aku tamak, biarlah. Orang boleh bercakap, tapi yang menanggung, tetap kita. Lagipun harta kitorang bukannya banyak pun, kalau dibahagi-bahagi karang, apa je yang tinggal.

Tapi kan, mintak mahap aku cakap, ramai perempuan takut nak bincang bab harta dengan suami, kan? Sebab risau nampak macam tak bersyukur, atau tak percaya rezeki suami. Nampak macam mata duitan. Padahal hibah tu bukannya minta harta sekarang. 

Tak ada isteri yang gembira dapat duit hibah bila suami mati. Semua orang nak suami panjang umur. Tapi hidup ni tak ada jaminan. So isteri-isteri jangan rasa segan nak cakap pasal hal ni. Sebab kadang lelaki bukan tak nak buat, tapi dorang tak tahu pentingnya tahap mana.

Hibah bukan nak menentang faraid, tapi nak lengkapkan keadilan hidup. Kalau faraid fungsinya mengurus pembahagian ikut hukum, hibah is about protecting the people you love. Both are equally important. Jangan tunggu kisah-kisah orang lain jadi pengajaran baru nak sedar. Sebab kisah macam tu bukan berlaku kat satu dua orang. Ramai isteri bila suami meninggal, baru tahu KWSP kena faraid, bank akaun freeze, kereta rupa-rupanya milik arwah sepenuhnya, sampai ke jam tangan harga RM150 masih kena faraid.

Dunia ni bukan semua orang berhati lembut, ya. Kita percaya Allah, tapi jangan percaya 100% kat manusia bila bab harta dan duit. Sebab duit dan harta ni boleh ubah perangai orang sekelip mata. Orang yang paling kita percaya pun boleh jadi orang lain. 

Hidup ni bukan tentang siapa pergi dulu tapi siapa yang tinggal, dan apa yang dia kena tanggung selepas tu.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  

2025-11-04

The entitlement is crazy!


Bila baca post budak ni, aku realised sememangnya dak-dak zaman now tak tahu rupanya rules bekerja. Apetah lagi kalau interns.

Contoh:

Ada yang tak tahu kalau nak cuti kena apply, kalau cuti dah habis dikira unpaid.
Ada yang tak tahu lunch hour tu samada 12-1 atau 1-2, bukan 11-2 atau 2-3.
Ada yang tak tahu solat adalah pada waktu rehat.
Ada yang tak tahu datang lambat tu kira late, bukan “Alah 10 minit je”
Ada yang tak tahu “urgent” maksudnya sekarang, bukan esok.

Kalau intern, dorang ingat internship tu kerja. Ramai intern yang buat internship kat ofis aku asyik-asyik nak cuti. Padahal dari awal dah dibagitau sini takde cuti. Kalau nak cuti boleh je, cuma segalanya akan direkodkan untuk bagi ke pensyarah awak nanti. Takde dia kisahnya! Nak cuti juga. Tu belum lagi demand nak benefit yang sama macam pekerja tetap.

Pastu intern seterusnya, aku buat offer. Allowance + Full Attendane Bonus RM200. Dia tanya "Kalau MC pun tak dikira full attendance ke? Bukan saya nak cuti, tapi sakit"

Aku pandang je muka dia. Aku cakap, sebab itulah namanya FULL ATTENDANCE BONUS. Syaratnya kena full attendance baru dapat extra RM200. Kalau tak, dapat monthly allowance saja. Pelik, kan? Taknak ikut rules tapi nak benefit. Apa benda ni?   

Aku terpikir, apa yang membuatkan budak-budak ni demand macam-macam eh? Bukan apa, aku pun pernah muda. Aku pun pernah jadi fresh grad. Masuk kerja dengan takde pengalaman kerja. Tapi apa yang disuruh, aku buat. Apa yang dibagi aku ambil. Takde nak mintak-mintak ni.

Kadang pelik dengan expectation bakal pekerja zaman sekarang. Like… korang nak kerja ke, nak dimanjakan? Bila tengok posting komplen benda basic, yang seriously basic macam “kena call kalau nak cuti”, “kena minta izin kalau lambat”, atau “kena solat waktu rehat saja”, aku macam...kau kenapa dik? This is a workplace. Not your bedroom. Not your self-care zone. Bila dah masuk dunia kerja, ada benda yang namanya structure dan system. Kalau rasa company kena ikut gaya hidup kau, then corporate life is not for you. Full stop. Sila duduk rumah saja.

Solat waktu rehat pun nak bising.

Ramai sangat yang salah faham. Takde siapa nak halang orang solat. Every legit company will allow you to pray. Tapi bila company tetapkan solat hanya waktu rehat, maknanya company dah ambik kira setiap jawatan kat situ. Jangan question "Habis, kalau jumpa client macamana?" Kau tak reti solat kat luar selepas/sebelum jumpa client ke? Janganlah bendul sangat.

Sebab tu bila masuk dunia kerja, kena faham konsep professional boundaries. Company bukan suruh tinggal solat, dia cuma suruh ikut sistem supaya operasi tak terganggu. Semua orang ada tanggungjawab. Kau dengan solat kau, company dengan masa kerja yang dia dah tetapkan. Kalau semua orang keluar solat ikut suka waktu masing-masing, siapa nak jaga workflow? 

Ini bukan soal tak boleh solat, tapi tentang pandai urus masa dan hormat tempat kerja. Discipline tu bukan sekadar datang awal, tapi tahu bila masa untuk Tuhan, bila masa untuk tanggungjawab. Jangan defensive tak tentu arah.

Jenis ni agaknya kalau dapat kerja kat company Devil Wears Prada dulu, dengan surau pun takde, aku tak tahulah macamana dia punya merentan. Ofis Devil Wears Prada dulu aku sorang je Malay and Muslim. Aku staff Islam pertama dia ambil kerja, jadi dia tak terpikir pasal solat. Bila aku minta izin boleh tak time solat kalau aku di ofis, aku nak solat dalam stor (stor dorang sejuk sebab simpan research kits), barulah bos aku terpikir. Tapi disebabkan aku je Islam tak berbaloi nak suruh dorang sediakan tempat solat. Dapat solat dalam stor pun jadiklah lagipun stor bersih. Hari-hari cleaner mop.

Ceritanya, kau masuk tempat orang, ikutlah rules orang. Jangan banyak cengkadak. Benda ni simple je. Waktu rehat tu dah disusun supaya semua orang boleh manage hal masing-masing. Solat waktu rehat bukan tanda company toksik. Organisasi kena jalan serentak. Kalau semua orang keluar ikut suka, production stop. Customer tunggu. Operation terstop. Takyah la guna agama untuk tunjuk kau terpaling jaga solat. Islam sendiri ajar disiplin. Amanah tu pun separuh dari iman.

Nak ambil cuti memang kena inform company. Cara inform tu be it isi form, call atau text, itu terpulang kepada apa yang company dah tetapkan. Apa yang buat teruk sangat? Misinya sekarang nak dapat cuti, kan? Jadi, ikut sajalah rules memohon cuti. Kalau dia kata kena call, call je lah. 

Nak jadi pekerja bagus bukan setakat rajin, tapi tahu respect prosedur. Kalau benda sekecik cuti pun dah susah nak ikut arahan, macamana orang nak harapkan kau pegang tanggungjawab besar? Call tu bukti kau ada tanggungjawab dan berani explain situasi. Mesej boleh ignore, tapi bila call, itu komunikasi dua hala. 

Benda ni nampak kecik, tapi dari situ orang boleh baca karakter kita. Working world is not designed around our comfort zone. Kadang memang kita kena buat benda yang tak selesa. That’s how adults work.

Lagi satu, tak boleh esok nak cuti hari ni baru apply, ya. Itu dah dikira emergency.

"Cuti pun kena inform awal?”

Yes, darling. Welcome to adulthood.

Semua orang ada hal. Ada yang sakit, ada keluarga meninggal, ada kecemasan. Tapi kalau dah tahu awal, inform la awal. Jangan baru esok nak cuti, petang baru apply. Bos pun ada schedule. HR pun ada sistem. Bila tak inform awal, orang lain kena cover. Orang yang nak meng-cover tu pun ada backlogs nak disiapkan. Ini semua punca productivity drop. Bila productivity drop, customer complain. Bila customer complain, siapa kena maki? Kau jugak. So jangan pelik kalau bos marah.

Ya, cuti tu hak, tapi hak datang dengan tanggungjawab. Having rights doesn’t mean you can do whatever you want.

Bila dah tak berkenan, mulalah dia kata boss toksik, company toksik.

Tak, bukan company toksik. Kadang kau yang lembik! Kena tegur, dah terasa. Suruh betulkan kerja, merajuk. Esok terus MC. Kena warning letter, esok terus resign.

Come on. Orang marah sebab nak kau improve, bukan nak buli. Kalau everytime kena tegur, kena marah, dah breakdown, then honestly you are not ready for real world. Boss yang betul akan marah sebab dia peduli. Kalau dia tak peduli, dia buat senyap je. Tunggu masa nak terminate kau.

Ni aku nak cakap pasal work-life balance. Ramai nau yang katanya cari kerja yang ada work-life balance. Kau rasa wujud ke istilah work-life balance ni?

TAKDE!

Dalam dunia kerja sebenar, balance tu bukan bermaksud separuh kerja, separuh chill lepak-lepak. Tak. Kadang-kadang ada hari kau kena kerja sampai malam, ada hari kau boleh balik awal. Ada masa kau stress gila, ada masa kau boleh santai scroll TikTok sambil buat kerja. It’s not about equal hours. It’s about knowing when to push and when to pause. That’s the real BALANCE.

Ramai yang berdegar-degar cakap pasal work-life balance sebenarnya nak cari excuse untuk tak perform. Itu yang benaunya.

Work-life balance tak bermaksud kerja cincai, ya. Maksud dia, kau pandai manage masa. Siang kerja betul-betul, malam rehat dengan tenang. Tapi ramai salah guna konsep ni. Asal bos mesej lepas pukul 6 sikit, terus jerit “respect my boundary!”. 

Dik, kalau kerja kau belum siap, tu bukan boundary. Tu tanggungjawab yang kau belum settlekan. Kalau memang tak urgent, takdenya bos nak kacau malam-malam. Tapi kalau urgent dan semua orang tunggu feedback kau, then yes, jawab la. That’s called commitment.

The entitlement is crazy! Ramai bakal pekerja sekarang rasa company patut bersyukur dapat dia. At least aku datang kerja katanya. Sorry to break your fantasy. Itu nama PERASAN!

Kerja akan ada stress. Akan ada cabaran. Akan ada benda yang kau tak suka. But that’s exactly what builds your resilience. Kalau semua benda nak senang, nak selesa, nak ikut mood, then pergilah bercuti.

"Saya nak kerja yang buat saya happy datang ke ofis"

Happiness tu side effect bila kau buat sesuatu dengan amanah, bukan semua benda ikut kepala kau. Nak happy dalam kerja? Simple. Perform. Bila perform, bos respect. Bila bos respect, environment pun tenang. Bila environment tenang, you naturally bahagia. Tapi kalau everyday cari alasan, cari salah, kau takkan happy kat mana-mana tempat pun.



2025-11-03

Hibah: Orang Islam yang terambil life insurance, hanya halal guna jumlah amaun dibayar sahaja.


Aku nampak orang post "Baru tahu orang Islam yang terambil life insurance, hanya halal guna jumlah amaun dibayar sahaja. Contoh kalau selama ni dah bayar RM7K, tapi total pampasan insurance RM100K, balance RM93K tu jadi haram"

BETUL!

This right here is the real point. Ramai tak sedar benda ni. Aku pernah buat post panjang pasal ni untuk encourage orang yang ada conventional insurans tukar ke takaful. Dan sebab itu jugalah sesiapa yang tanya En Wan if dia jual coventional plan atau tak, En Wan takkan ambil. Ada je agen melayu yang promote life insurance ke client Islam. Tak pasti apa dia pikirnya.

Conventional insurance lebih murah, sebab itu non-Muslim ramai boleh ambil medical card, sebab murah. Berbanding takaful lebih mahal. Tapi, segala yang unsur halal memang lebih mahal, perasan tak? Sebab bila sesuatu produk ikut syariah, proses dan struktur dia lebih teliti. Ada audit, ada panel syariah, ada sistem pembahagian risiko yang adil. Itu semua makan kos. Tapi itulah yang bagi ketenangan hati, sebab duit kau tak bercampur dengan benda haram, dan kau tak untung atas kerugian orang lain.

Dalam Islam, insurans konvensional dianggap TAK HALAL sebab ada unsur riba (faedah), gharar (ketidaktentuan) dan maisir (gambling). Ada elemen riba sebab duit caruman (premium) dilaburkan dalam instrumen kewangan yang dapat faedah like bon, pinjaman, atau savings yang dapat interest. Pelaburan dibuat pada company yang mungkin ada aktiviti tak halal macam produce arak, tembakau, hiburan yang tak patuh syariah, or gambling-related businesses. Atau invest kat saham syarikat yang walaupun bukan judi secara langsung, bercampur dengan elemen tak halal.

Dalam Islam, pelaburan mesti bersih dari 3 point tadi. Jadi bila insurans konvensional tak tapis benda ni, pelaburannya boleh jatuh haram sebab duit client bercampur dengan hasil daripada sumber yang dilarang. So, kalau mana-mana orang Islam terambil insurans konvensional, hukumnya, ambil jumlah yang dibayar saja.

Katakanlah pemilik polisi mati, nilai life insurance RM100K, waris ambil yang dah dibayar saja. Contoh kalau dah bayar RM7K selama ni, maka hanya RM7K tu je yang dianggap halal untuk diambil.

Sebab itulah takaful ada HIBAH. Ini 100% kau dapat, sebab patuh syariah. Takaful berbeza dengan Insurance sebab konsepnya adalah saling membantu (tabarru’), bukan sekadar profit-making transactions. Jadi kalau nak teruskan protection, sebaiknya tukar ke pelan Takaful.

"Kalau medical card conventional pun sama ke?"

Ya. Prinsipnya masih sama sebab ia tetap sebahagian daripada sistem insurans konvensional. Struktur di belakangnya masih melibatkan riba, gharar and maisir. Walaupun dari segi function sama, dia cover hospital bills, dari sudut akad dan pelaburan, medical card konvensional tetap tak patuh syariah. Kalau nak yang patuh syariah, kena ambil medical card under takaful, sebab sistem dia guna konsep tabarru’ dan semua pelaburannya dah disemak panel syariah.

Konsep takaful ni bagus. Client bayar caruman. Semua caruman ni masuk dalam satu tabung. Duit ni dianggap derma untuk bantu client lain kalau dapat musibah. Syarikat takaful cuma bertindak as pengurus dana, BUKAN PEMILIK. Duit dalam tabung tu milik client. Syarikat hanya uruskan ikut kontrak yang dipersetujui (polisi). 

Kalau ada client yang sakit, meninggal dunia atau sebagainya, wang pampasan akan dibayar daripada tabung ni. Kalau ada lebihan dana (after tolak pampasan dan kos pengurusan), lebihan tu diagihkan balik kepada peserta. Selalunya notification lebihan dana ni aku dapat kat email.

"Tapi takaful selalu ada repricing"

Ya, ini betul. Takaful ada repricing. Repricing maksudnya penyelarasan semula caruman (contribution). Setiap 2-3 tahun akan naik caruman. 

Ini bukan syarikat takaful punya kerja, ya. Ini Bank Negara. Usually bila kos rawatan hospital meningkat. Contohnya, awal kau ambil polisi anggaran kos rawatan hospital RM200 sehari. Tapi beberapa tahun pastu naik ke RM400 per day. Jadi, syarikat takaful bersama-sama Bank Negara semak semula kadar caruman sebab tabung client maybe tak cukup untuk tampung claim yang sebenar.

Kena faham, takaful tak invest ke company-company yang dapat pulangan berjuta-juta every year macam insurance konventional. Jadi takaful takde tabung yang besar dan banyak. Sedangkan every year harga ubat, treatment and bil hospital semua naik. 

Now penyakit makin banyak dan mudah dapat. Bermakna, claim banyak. Bila ramai client buat claim dalam tempoh tertentu, dana dalam tabung cepat susut. Lagi satu sekarang jangka hayat dah makin panjang, average umur 76 tahun. Maknanya, risiko penyakit kronik meningkat, so protection kena lagi besar dan lebih lama.

Dalam kontrak takaful, client dah agree nak sumbang caruman ke dalam satu tabung bersama. When repricing happens, ini bukan syarikat takaful nak untung, but to ensure the fund stays healthy and fair for all. Kalau syarikat biarkan kadar lama without increasing them, risiko dia besar. Nanti tabung tak cukup nak bayar claims bila tiba giliran kita sakit/mati. Itu pun akan jadi tak adil.

Dalam insurans konvensional, bila kos hospital naik, syarikat takaful boleh naikkan premium sesuka hati untuk jaga profit. Tapi dalam takaful, bila kos naik, repricing is done based on keperluan tabung, dan mesti diluluskan oleh Panel Syariah DAN Bank Negara Malaysia. Sebab tu takaful namanya combination dengan bank. Contohnya Pru-BSN (Prudential and BSN = Prudential and Bank). Syarikat takleh sesuka hati naikkan caruman, perlu kelulusan Bank Negara. Tapi tu lah, bila caruman naik, agen yang kena. Dah kenapaaaa.

So the question now, adil ke repricing ni?

Yes, sebab semuanya dibuat secara telus. Sebelum caruman naik, client diberitahu lebih awal. Samada melalui sms, atau email atau ada dalam polisi semasa sign dulu. Bayangkan kalau takde repricing, bila tabung tak cukup dana, semua client terjejas. Yang buat claim mungkin tak dapat pampasan. Itu lagi tak adil. 

Memang tak best bila caruman naik, tapi kalau faham konsepnya, repricing dibuat untuk maintain protection.

Hibah takaful dengan life insurance, dua-dua nampak macam protection selepas mati. Tapi konsep dan hukumnya berbeza.

Dalam life insurance, bila kau mati, waris akan dapat pampasan. Tapi pampasan (death benefit) ni jatuh hukum faraid, sebab dianggap harta pusaka. Duit tu milik si mati. Tapi kalau hibah, lain. Sebab sebelum jadi polisi lagi dah diletakkan penamaan penerima hibah, so pampasan tu jadi milik penuh penerima hibah, tak perlu dibahagi ikut faraid.

Tapi itu bukan masalah utama. Masalah utamanya, adalah life insurance ada unsur riba dan gharar. Jadi walaupun pampasan tu nampak macam membantu waris, duitnya datang daripada transaksi yang bercanggah dengan syariah. Itu sebab ulama tak benarkan insurans konvensional untuk orang Islam.

Hibah bukan kontrak jual beli, tapi hadiah. Duit hibah datang dari tabung tanpa pelaburan riba. Dan pampasan dianggap hadiah semasa hidup, bukan harta pusaka. Jadi boleh terus bagi kepada penerima tanpa tunggu proses faraid. Ini penting sebab ramai ada masalah bila ketua keluarga mati, akaun kena beku, urusan faraid lambat, waris kena tunggu lama.

Hari tu ada orang tanya kalau hibah tu prosesnya cepat tak untuk claim?

Kalau meninggal natural atau sebab sakit, dengan syarat polisi dah matang, prosesnya cepat je. Tapi kalau meninggal accident, ada prosesnya. 

Sebab pernah ada kejadian si mati meninggal accident. Tapi bila semak rekod MC, rekod cuti, rekod hospital, rupanya dia meninggal accident sebab dapat heart attack. Bayar tetap bayar. Cuma, kalau meninggal accident, nilainya dapat double. 

Katakan kau ambil polisi hibah RM350K, bila kau mati accident, waris akan dapat RM700K. Tapi kalau sebab accident tu adalah kerana heart attack, waris hanya dapat nilai asal, RM350K. Takdenya takaful ambil duit hibah tu. Tetap dapat.

Boleh ke isteri ambil hibah untuk suami tapi isteri yang bayarkan?

Ni sama macam kes balu yang viral tu. Dia yang bayarkan caruman.

Ya, boleh. Maknanya, polisi hibah diambil atas nama suami (suami adalah orang yang dilindungi). Tapi caruman isteri bayar. Penerima hibah ialah isteri sendiri.

YA, BOLEH. HALAL. SAH.

Orang yang namanya dalam sijil takaful dianggap client. Dalam kes ni, suami dianggap pemilik sebenar polisi tu. Jadi walaupun isteri yang bayar, niat bayaran tu dianggap hadiah kepada suami. Tak menjadikan isteri pemilik polisi. Jadi bila suami mati, isteri dapat hibah tu.

Cuma kena pastikan dokumen hibah ditandatangan oleh suami, sebab dia pemilik polisi. Kalau isteri yang sign bagi pihak suami, itu tak sah.

"Saya nak buat hibah untuk suami, saya bayarkan, tapi suami tak bagi"

Hahahaha. Siapa ada problem ni? Tak dapeklah aku nak tolong. Kau slow talk je lah dengan laki masing-masing.

Maybe suami macam ni rasa tak best atau terhina bila isteri yang bayarkan sesuatu atas nama dia. Dia rasa macam hilang maruah. Maybe. Seolah-olah dia tak mampu nak protect isteri sampai isteri kena keluarkan duit sendiri untuk protect diri sendiri bila suami dah takde nanti.

Maybe juga suami tak benar-benar faham konsep hibah. Dia belum yakin. Takut ini semua scam. Takut bininya kena manipulate dengan agen. Some lelaki anggap urusan yang melibatkan duit ni sensitif. Dorang nak pastikan takde siapa boleh game dorang. So dorang lebih selesa tak buat langsung, walaupun niat isteri baik.

Maybe juga dorang rasa tak perlu atau tak penting. Sebab masih muda, sihat. Pikir pasal mati dan apa yang bakal berlaku selepas mati tu belum perlu difikirkan lagi. Atau maybe juga dia fikir kalau aku mati, nanti isteri boleh dapat faraid.

Entah, I don't know. Ini sekadar andaian aku je. Laki kau, kan. Kau bincanglah baik-baik. Kalau laki aku senang. Aku buat senyap 3 hari, insyallah dia signlah polisi tu nanti. Mbahahahaha.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-11-02

Ilmu tu bukan sekadar untuk cari makan. Tapi untuk jaga maruah!


Atas ni aku capture from Thread and aku share kat Redza and Rayyan. Aku cakap see, betapa kecewanya mak ayah bila dah provide everything tapi anak taknak belajar. Bukan suruh anak membanting tulang cari duit pun, just suruh belajar tapi anak tak nak. Sedih mak bapak.

“For me, my daughters somehow tak mahu ke menara gading. Honestly, I don’t understand why. Di mana silap didikan saya sebagai ayah? I’m still a bit disappointed sebab all kids kena ada papers for successful life in general… tak boleh harapkan semua pada suami masing-masing. For me, tak akan ada gambar anak-anak ambil ijazah universiti atau kolej. Entahlah.”

Ayat last tu, “Entahlah”. Sumpah, siapa yang ada anak mesti faham rasa tu. Bila anak tak nak belajar, dah bukan rasa marah tapi kecewa!

Bapaknya as lelaki pun tahu anak perempuan jangan letakkan sepenuh pergantungan pada suami. Nak jadi suri rumah sepenuh masa later, isokay. Tapi belajar kena habiskan! Because education is not just about getting a job. It’s about having options. 

Life can flip anytime. Hari ni maybe boleh pilih untuk tak bekerja, tapi kalau one day terpaksa berdikari? A degree, skills, or even basic financial literacy can change everything. Perempuan bijak bukan sekadar tolong suami. Dia sebenarnya protecting her future. So yes, be a housewife if that’s your choice, but make sure it’s a choice, not your only option.

Anak-anak zaman sekarang maybe tak tahu, betapa susahnya mak ayah dulu (gen X seperti aku) nak sampai ke tahap sekarang. Zaman dulu bukan semua datang dari keluarga senang. Zaman acik dulu, orang kaya pakai Benz tu rare, ya. Dapat nombor 1 pun belum tentu dapat hadiah. Habis kuat pun KFC tak pun satey Kajang. Itu kalau dapat nombor 1. Nombor 2 atau 3 tak dapat apa. Memang dari kecil aim nak masuk uni sebab tahu belajar ke peringkat tinggi adalah jalan keluar dari susah.

Tak tahulah apa ada dengan sistem parenting and education dulu. Macam semua sepakat "Belajar sampai masuk Uni". Mak bapak and cikgu sama-sama pasakkan goal yang sama - mesti masuk universiti. 

Bukan nak kata semua yang lulusan universiti tu hidup senang, tapi mindset tu sebenarnya betul dalam banyak hal. Masuk universiti still matters. Bukan sebab status, tapi sebab exposure, discipline, and mindset yang kita dapat dari situ. At least ada foundation untuk bina hidup sendiri. Education will never go out of style.

Hari ni, bila mak bapak dah berjaya sediakan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak, cukup makan, cukup pakai, ada telefon, internet laju, rumah selesa, sekolah pergi berhantar balik berjemput, tapi bila anak kata tak nak belajar, tak minat masuk universiti, ni bukan kecewa dah. Ni dah rasa macam pengorbanan kita (parents) tak dihargai langsung.

Tahu tak apa mak ayah rasa masa tu? Dorang rasa macam gagal. Macam semua penat lelah sia-sia. Rasa macam anak yang dibesarkan dengan takde apa yang kurang dibagi, tiba-tiba jadi macam orang lain. 

Ini bukan soal parents expect something dari anak, atau nak anak membanggakan mak bapak, tapi lebih kepada rasa terluka. Sebab education is about securing your future. Mak bapak bukan marah sebab anak tak nak ikut jalan yang dorang plan, tapi mak bapak takut. Takut anak susah. Takut anak menyesal kendian hari. Melihat life anak-anak lagi teruk dari dorang adalah perkara yang paling meluluhkan hati.

Mak ayah tak mintak dibalas, tapi bila tengok anak tak hargai peluang, hati tu macam disiat-siat. Padahal mak bapak tak dapat pun peluang macam tu dulu. But they struggle and hustle supaya anak-anak dapat peluang yang dorang tak dapat. Universiti tu bukan sekadar tempat belajar. Itu simbol usaha nak bagi anak hidup yang lebih baik.

Rayyan and Redza pernah tanya kenapa aku suka beli and baca buku. Aku cakap sebab dulu aku tak dapat peluang ni. Aku belajar dengan buku teks. Takde buku latihan yang banyak. Buku latihan yang cikgu suruh beli untuk belajar dalam kelas kadang tu aku buat dulu, punyalah excitednya dapat buku. 

Buku cerita jangan mimpilah. Buku cerita Ladybird pertama yang aku dapat was masa Darjah 1. Aku dapat hadiah subjek English terbaik. Hadiahnya buku The Shoemaker. Baca sampai tercabut kulit buku, ya! 

Set Tidurlah Intan yang kemain trending dulu pun aku tak pernah ada. Pinjam kat library je. Aku pernah ambil upah sharpkan color pencil kawan sebab nak pinjam buku Tidurlah Intan dia. Itupun dia bagi pinjam baca dalam kelas je. Sanggup! 

Tu belum lagi kena bantai dengan Mak Aji masa Darjah 1 sebab dia jumpa aku sorok buku tepi katil. Masa tu kat sekolah ada syarikat buku datang jual buku kat kantin. Hari pertama datang tu dorang lambakkan buku-buku. Siapa nak, kena order. Aku teringin satu buku tu tapi tahu aku takkan dapat punya kalau mintak kat mak bapak aku duit. Jadi, aku korek tabung. 

Darjah 1 tak reti lagi mengira duit. Aku pun gamble bawak 2 genggam duit syiling. Masa nak collect buku, aku keluarkan 2 genggam duit syiling dari poket pinnafore and serahkan kat orang tu. Aku rasa aku kena cam. Syiling tu banyak. Dia ambil semua tak kira pun!

One day, Mak Aji terjumpa buku tu. Dia bantai cukup-cukup sebab ingat aku mencuri. Sedih betul bila ingat balik. Kalau cerita kat anak-anak, memang keluar air mata aku. That's how tak berduitnya keluarga aku dulu. Bukan macam bapak kau, buku tak habis baca. Sebab tu jangan pelik apesal mak kau hari-hari baca buku. Sebab dah besar ni baru dapat peluang tu.

Ya, betul. Dunia dah lain. Tak semua kejayaan datang dari universiti. Ramai orang berjaya tanpa degree. Tapi tolonglah, jangan guna alasan tu untuk malas belajar.

“Tak perlu degree pun boleh berjaya”

Tapi orang yang berjaya without degree tu bukan pemalas! They are learning something different and super hardworking. Disciplined, gritty, consistent. Yang kau belajar pun malas, lagikan kerja. Masalahnya, ramai budak-budak sekarang bukan tak nak masuk universiti sebab nak belajar benda lain. Dorang malas. Sebab tak nak susah. Nak hidup senang takyah pressure.

Some kids nowadays macam tu. Susah sikit, dah give up. Tak minat satu subjek, cakap, “Belajar ni buang masa”.

Nak, everyone’s struggling. Tak ada jalan yang senang. Mak ayah korang pun dulu bukan minat semua benda yang dorang belajar. Tapi dorang belajar juga, because they understand one truth. Life is not just about passion. It’s about responsibility.

Tadi aku reply ada satu post ni:

Ramai nak kerja senang, tapi nak banyak duit. Dibagi peluang, tak nak pulun. Pastu salahkan satu dunia.

Look. Kau takkan selalu dapat buat apa yang kau suka. Kau kena belajar buat apa yang perlu. Sebab dunia ni tak tunggu orang yang ikut mood. Kadang kau kena buat benda yang kau tak suka, just to build the life you want later. That’s how you grow. By showing up, even when you don’t feel like it. Kalau everytime nak ikut “tak minat”, memang takkan ke mana. Life is not about comfort, it’s about progress. The ones who win are not always the most talented tapi the ones who stayed consistent when others gave up.

Ramai anak-anak ingat mak ayah pushy. Konon mak ayah paksa masuk universiti sebab nak tayang kat orang. Tak, nak. Bukan macam tu. Mak ayah tak perlukan likes kat FB. Dorang nak jaminan masa depan kau je.

Ni sebijik macam En Wan cakap kat Redza sebelum dia SPM dulu.

"Papa nak Redza score at least 7As, bukan untuk papa berbangga. Papa dah capai semua lebih awal. Result SPM papa bagus. Papa best student sekolah. Papa dah fly. Papa balik jadi engineer. Papa dah buat diri papa proud dah. Papa cuma nak Redza hit miniumum requirement untuk apply JPA and MARA. For you, not for me".

Mak bapak yang push anak-anak buat yang terbaik di sekolah, bukan push sebab ego. Mak bapak ni push sebab takut. Takut nanti bila dorang dah takde, korang tak tahu nak hidup macam mana kalau takde pelajaran yang bagus. Takut you will get taken advantage of. Sebab hidup ni keras, nak.

Mak ayah tu berleter sebab sayang. Sebab dorang tak tahu macam mana lagi nak tolong. Dorang cuma nak anak belajar. Bukan nak anaknya jadi paling pandai, tapi sebab dorang tahu bodoh tu mahal!

Tak semua orang perlu degree, tapi semua orang perlu ilmu. Kitorang as mak ayah pun tahu bukan semua orang sesuai dengan akademik. Tapi apa pun jalan yang korang pilih, satu benda tetap wajib iaitu belajar. Kalau tak belajar kat uni, belajar kemahiran. Kalau tak suka teori, belajar praktikal. Kalau tak nak kerja pejabat, belajar bisnes. Tapi belajar, belajar, belajar.

Sebab orang yang berhenti belajar adalah orang yang akan ketinggalan. Kalau bukan sekarang, nanti. Esok dunia makin canggih, orang lain makin laju tapi kau terkapai-kapai. Masa tu baru tahu apa rasanya menyesal tak belajar dulu.

Ramai anak sekarang nak cepat berjaya. Nak jadi influencer, nak buat duit cepat, nak viral. Tak salah, tapi kalau niatnya sebab nak senang tanpa usaha, that’s not success. That’s a trap. 

Kejayaan sebenar datang dari disiplin, usaha, dan sanggup belajar benda susah. Your parents didn’t have shortcuts back then. Kitorang kerja takde work-life balance. Berjimat. Buat silap, jatuh, bangun balik. Anak-anak nak semua benda instant. Nak result cepat. Nak duit cepat. Nak gaji besar tapi kerja nak sikit. 

You know the difference between successful people and those who fail? 

Successful people don’t run from hard things.

Sekarang mungkin korang tak nampak, nak. Korang rasa mak ayah berleter, rasa dorang kolot, tak faham kehendak korang jiwa muda. Apa kau ingat mak bapak kau tak pernah muda? Sebab dorang pernah mudalah dorang nak korang belajar.

Esok masing-masing dah kerja, dah rasa apa itu susah, bila tengok orang lain senang dapat kerja sebab ada good certificate and skill, masa tu kau akan teringat balik semua benda yang mak ayah bebelkan dulu. Sekarang memang tak rasa sebab semuanya ditanggung.

Redza hari tu balik ke sana transit Doha. Dia kata jalan-jalan kat airport nak cari gadjet.

"Jumpa tak?"

"Ada, tapi mahal gilah. Barang-barang kat Doha mahal"


Aku cakap "Barang tu mahal sebab bukan papa bayar. Kalau papa bayar mesti murah, kan?"

Gelak je dia.

Betul! Budak-budak ni ingat semua benda murah, semua benda senang dapat. Dia tak tahu hidup dia selesa sebab mak bapak dia hustle dari dulu.

Mak ayah ni bukan nak semua anak jadi doktor atau engineer. Dorang cuma tak nak tengok kau kerja membanting empat kerat siang malam, tapi hidup tak ke mana. Mak ayah tak nak anak-anak hidup dalam penyesalan. Itu saja.

Ayah dalam posting tadi tulis “All kids kena ada papers… tak boleh harapkan semua pada husband masing-masing".

Aku as perempuan pun setuju dengan kata dia. Anak perempuan, jangan terlalu percaya pada jodoh untuk tentukan masa depan. Dunia ni kejam, nak. Knowledge and education are what allow you to stand on your own two feet. Kalau suami baik, alhamdulillah. Kalau tak? One day dia berubah, atau dia dah takde? Ilmu tu yang akan jadi benteng kau. Mak ayah bukan seksis bila cakap macam ni. Dorang cuma dah pernah tengok realiti hidup yang anak-anak belum nampak.

Kalau sayang mak ayah, belajarlah walaupun susah. Bukan mintak kau jadi genius. Cuma nak tengok usaha. Cubalah, walau tak perfect. Tak semua orang mudah belajar. Ada yang struggle, ada yang lambat faham. Tapi jangan jadikan alasan untuk berhenti.

Hargai peluang yang mak ayah bagi. Kau tahu berapa ramai budak kat luar sana nak belajar tapi tak mampu? Ni mak ayah dah bayar yuran, belikan buku, belikan laptop. Kadang sampai berhutang. Tapi  tak dihargai. Itu namanya tak bersyukur. Pastu esok meratib apesal semua benda buat tak menjadi. Sebab apa yang ada depan mata dah dibagi pun tak di-appreciate, buat apa Tuhan nak bagi lebih?

You are free to choose your own path, yes. Just don’t let your choices be the reason your parents menangis dalam diam. Kalau pun kau tak nak ke uni, at least tunjuklah yang kau serius dengan masa depan. Learn something, achieve something, buktikan yang kau bukan lari dari cabaran tapi cuma pilih cabaran lain. 

Ingat pesan acik. Ilmu tu bukan sekadar untuk cari makan. Tapi untuk jaga maruah!


2025-11-01

GreenAard: GC Plus memang boleh baikkan pre-diabetis ke?


Ya Allah aku lupa nak bagitahu kita ada pakej special GC Plus. Baru teringat pagi ni sebab nampak ada orang beli 8 GC Plus kat Shopee.

Guys, jangan beli kat Shopee bulan ni. Beli GC Plus direct dengan kita. Bulan ni offernya:

1 x GC Plus, RM80
diskaun RM10

3 x GC Plus, RM270
Free 1 botol


Kalau beli banyak, rugi beli kat Shopee sebab beli direct terus jimat RM90 (free sebotol). The thing is, offer free sebotol ni until 20 Okt je. So ada baki 7 hari je lagi. Tapi yang offer RM80/botol tu hingga hujung bulan.

Ok lagi satu nak share good news. Actually ini bukanlah testimoni tapi sekadar feedback yang perlu aku explain juga. 

Gini. Sorang pengguna GC Plus tanya if GC Plus boleh treat diabetis. Ceritanya, last year dia buat check up kat hospital, doktor kata dia dah pre-diabetis. Tapi belum start apa-apa ubat lagi. Ramadhan Sale hari tu dia try beli GC Plus sebab misinya nak kurus sebelum raya. Inch loss 5 inci sehingga sekarang. Dia happy. Then baru-baru ni buat medical check up, HbA1c normal. Maknanya bebas pre-diabetis. So dia tanya GC Plus memang boleh baikkan pre-diabetis ke sebab dia tak ambil sebarang ubat atau suplemen lain.

Ok nak jawab soalan ni, aku kena buatkan semua faham dulu dari mana datangnya pre-diabetes tu sendiri, dan apa yang sebenarnya berlaku dalam badan bila ambil produk seperti GC Plus. Bukan apa, takut ada yang salah faham bila nampak blood sugar reading dah normal, terus anggap GC Plus boleh treat diabetes.

Macam ni. Pre-diabetes tu maksudnya gula dalam darah dah lebih tinggi daripada paras normal, tapi belum cukup tinggi untuk dikategorikan as kencing manis. Tapi ini signal yang badan dah mula kurang sensitif terhadap insulin. Bila insulin tak function dengan baik, gula dalam darah tak dapat masuk dalam sel dengan efisien. Hasilnya, gula terkumpul dalam darah dan bacaan gula darah jadi tinggi.

Usually pre-diabetes ni disebabkan berat badan naik. Ada sebab-sebab lain juga tapi MOST of it adalah kerana kegemukan yang berpanjangan. Maksudnya lama dalam keadaan gemuk. Kesannya, insulin resistance yang mana sel badan dah malas nak respon pada insulin. 

When someone’s carrying extra weight especially kat perut (visceral fat), lemak ni bukan sekadar lemak simpanan. Lemak kat perut adalah lemak aktif yang hasilkan inflammatory cytokines. Bahan ni kacau cara insulin bekerja. Lama-lama, insulin jadi kurang efektif, dan pankreas kena kerja lebih keras untuk hasilkan lebih banyak insulin. Sampai ke satu tahap, pankreas dah tak mampu lagi kejar, masa tu gula dalam darah mula naik.

So, when someone loses weight walaupun cuma 5-10% daripada berat asal, sensitiviti insulin boleh bertambah. Maksudnya, insulin boleh berfungsi dengan lebih baik dan gula darah pun turun dengan sendirinya tanpa perlu ubat pun (in certain cases).

So apa kaitan dengan GC Plus?

Kalau customer tadi kata dia dah inch loss 5 inci after konsisten dengan GC Plus sejak Ramadan hari tu, yang pertama, itu bukti GC Plus betul-betul kurangkan lemak pada perut. 

Yang kedua, it’s clear that their body is actually losing fat, not just water. 

Maksudnya formula GC Plus memang menjadi. Kita create GC Plus dengan formulation untuk fat metabolism iaitu mempercepatkan proses badan guna lemak as tenaga, which also helps reduce visceral fat (lemak yang berkait dengan masalah pre-diabetes). Bila lemak berkurang, tekanan insulin pun berkurang. Sel jadi lebih sensitif terhadap insulin. Jadi, walaupun customer tadi tak ambil ubat, gula dalam darah dia jadi normal sebab sistem badan dia dah reset. Ini bukan magic ya, ini sains.

Walaupun GC Plus bukan ubat diabetes, bahan-bahan dalam GC Plus works in a way that indirectly improves metabolic function. Bila metabolisme lancar, penggunaan tenaga jadi lebih stabil, dan badan doesn’t rely so much on sugar as its main energy source anymore. Bila ni berlaku, paras gula darah lebih stabil, insulin tak payah kerja kuat sangat, dan paras gula dalam darah pun tak mencanak-canak naik.

Dari pengalaman aku sendiri, GC Plus buatkan berat badan aku berkurang because appetite becomes more controlled. Bila kalori berkurang, badan mula gunakan lemak simpanan untuk tenaga. Ini akan reduce visceral fat and improve insulin sensitivity.

So GC Plus can treat pre-diabetis ke?

Jawapannya, tetap TIDAK. Sebab GC Plus bukan ubat. It doesn’t treat or cure any illness. Tapi, kesannya terhadap metabolisme, selera makan, dan berat badan helps create body environment that supports the body’s natural healing process. 

Bila badan kita dibagi peluang untuk berfungsi dengan betul, banyak penyakit boleh heal dengan sendiri tanpa perlu ubat, including pre-diabetes. GC Plus trigger perubahan positif dalam sistem badan which eventually leads to those kinds of results.

That customer punya recent medical check up tunjuk blood sugar normal, that shows badan dia dah start sensitive pada insulin semula. Itu semua kombo dari weight loss, improved liver and pancreas function dan visceral fat loss. Kau tak payah turunkan berat laju-laju. Slow-slow pun dah ok. Tapi kena konsistenlah. Sebab turun 5-10% berat badan pun dah improve blood sugar dengan banyak. So, make sense bila customer tu terkejut HbA1c dia jadi normal. Sebab inch loss bermaksud less fat, and less fat means better insulin sensitivity.

Sebenarnya, modern medicine works on the same principle too. Bukan menyembuhkan secara langsung, tapi dengan memperbaiki fungsi badan. GC Plus, on the other hand, acts as a metabolic enhancer. Dia buatkan badan guna excess fat dengan lebih efisien, kawal selera makan, dan kurangkan simpanan lemak. 

Bila badan starts to get back in balance, banyak tanda-tanda penyakit metabolik macam pre-diabetes, kolesterol, dan tekanan darah berubah jadi positif. Cuma bezanya, GC Plus bukan ubat jadi dia tak boleh replace rawatan perubatan. Tapi kalau ambil GC Plus secara konsisten, results like this aren’t impossible. Sebab tu kalau belum ambil sebarang medication, kita takkan larang ambil GC Plus.

Ada soalan nak tanya? 

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.