2025-11-07

Hibah: Kebimbangan isteri-isteri tu sama.


Terima kasih yang tanya DM sebelah tadi. Baruuuu je aku sembang dengan En Wan pasal ni. Tup-tup masuk soalan yang sama. Menyedarkan aku bahawa kebimbangan isteri-isteri tu sama.

Kita takkan pernah betul-betul bersedia untuk kehilangan, kan? Bila suami meninggal, yang tinggal bukan saja loneliness tapi segala tok nenek tanggungjawab yang selama ni di- share berdua, now jatuh ke bahu isteri sorang. 

Masa arwah ayah En Wan meninggal dulu, aku nampak hakikat ni. Dua-dua isteri ayah tak bekerja. Selama hidup ayah adalah breadwinner. Lepas pencen, masih ada income dari ladang. Tapi isteri-isteri mana tahu pengurusan ladang tu semua. Mujur juga ayah meninggal bila anak-anak semua dah besar dan ada kerja.

Lepas ayah meninggal, berturut-turut ahli keluarga datang rumah. Ayah banyak tanah. Masa tu ramai sungguh bertanya pasal tanah itu tanah ini. Macam-macamlah. Isteri-isteri ayah hanya ada surat-surat and geran saja. Apa yang berlaku dari segi pengurusan masing-masing tak tahu.

Inilah beban yang isteri kena pegang bila suami mati. Mujur anak-anak ada boleh tolong uruskan. Jumpa orang sana, jumpa orang sini. Nak menguruskan ni semua pakai modal. En Wan as anak lelaki menguruskan. Duit jangan cakaplah. Puluh ribu habis. Dengan flight tiket pulang balik ke Tganu nak menguruskan semua ni. Aku rasa orang pejabat tanah Tganu tu sampai kenal En Wan dah. Tu belum cerita modal membayar itu ini.

Itulah yang orang sekeliling cakap “Sabar, nanti faraid akan uruskan”

Ya, memang. Tapi proses tu lama. Tu belum cerita perlaksanaan faraid lagi. Kita bukan cakap pasal adil, tapi tanggungjawab dan amanah tu wujud ke? Kebanyakan dapat faraid pastu tinggal waris bodoh-bodoh gitu je.

The truth isn’t always easy to swallow especially bila yang tinggal tu isteri dengan anak-anak yang masih bersekolah. Budak-budak, apa yang isteri boleh harapkan? Kena menguruskan dorang lagi ada. 

Ramai orang suka cakap tentang hukum faraid, tapi jarang yang betul-betul bincang tentang real-life process selepas kematian. Masa suami hidup, kereta nama dia. Rumah pun nama dia. Akaun bank semua nama dia. Bila dia mati segalanya frozen. Bank takkan lepaskan duit walaupun kau kata nak bayar yuran sekolah anak. Nama atas geran rumah pun masih kekal atas nama arwah. Sementara tunggu urusan pusaka selesai, semua tu technically jadi harta beku.

Isteri-isteri arwah ayah beruntung, sementara nak tunggu proses faraid, anak-anak bagi duit bulan. Bil utilities masih ada yang bayarkan. Makan minum anak yang tanggung. Tapi mok and Mok Ndong realised from that day bila suami mati, dorang bukan sekadar hilang suami, tapi hilang akses kepada segala benda yang dulu dishare sama-sama.

Kalau parents suami masih hidup, dorang termasuk dalam senarai waris. Tapi dalam situasi yang follower tu tanya, mak ayah mertua dah takde. Hanya ada anak-anak (lelaki dan perempuan). Jadi dalam kes ni, harta pusaka suami akan difaraidkan hanya pada isteri dan anak-anak. Tapi pembahagiannya tetap ikut hukum, walaupun anak kecil lagi.

Isteri dapat 1/8 daripada harta (sebab ada anak).

Baki 7/8 bahagi antara anak lelaki dan perempuan, nisbah 2:1 (lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian).

Tapi, anak-anak kecik lagi, so siapa nak uruskan bahagian anak-anak tu? Perlu ke faraidkan sekarang?

Jawapannya, tak semestinya terus bahagi-bahagi sekarang. Kalau semua waris adalah isteri dan anak-anak bawah umur, takde siapa boleh tuntut bahagian harta tu. Isteri boleh urus dan guna harta tu semua untuk kelangsungan hidup, selagi dalam konteks keperluan dan tanggungjawab.

Contoh, isteri boleh guna kereta suami untuk hantar anak-anak pi sekolah. Isteri juga boleh terus duduk rumah atas nama suami. Selagi niatnya untuk jaga kehidupan anak-anak dan diri sendiri, itu takpe. Tapi tetap ada limit. Walaupun boleh guna harta untuk tujuan keperluan, dari segi hukum, harta tu tetap milik bersama waris lain. Isteri hanya pemegang amanah sementara.

Dalam Islam, anak bawah umur yang dapat faraid tak boleh urus harta sendiri. Jadi si ibu boleh jadi penjaga amanah. That's why penting lantik pentadbir pusaka supaya semuanya diurus dengan amanah. Kalau belum buat, buatlah. Aku and En Wan buat dah. Tak mahal mana, tak salah aku RM1800 je. Tapi ni harga dulu la, tak tahulah now. Ni pun aku rasa nak kena edit wasiat sebab 2 tahun lepas aku dapat ladang getah, jadi nak kena masukkan sekali ladang ni dalam wasiat. Kalau tambah ada fee kena bayar tapi tak mahal.

Bila orang suruh “ikut faraid je”, dorang lupa satu perkara, iaitu faraid tu hukum pembahagian harta saja. Hakikatnya, manusia hidup dengan realiti dunia.

Apa realitinya?

Realitinya, kalau ada adik-beradik suami yang berminat dengan rumah tu, dorang mungkin nak selesaikan ikut faraid. Jaranglah yang nak lepaskan hak (read: peluang) dapat harta. Maka rumah tu boleh terjual. Kalau ikut logik, rumah tu patut kekal jadi tempat isteri dan anak-anak duduk, betul tak? Tapi kalau yang lain takde timbang-rasa nak buat camana. 

Hibah is a misunderstood word. Bila orang dengar hibah, ramai anggap itu cara nak elak faraid. Tapi sebenarnya bukan. Hibah bukan tolak hukum Allah. It’s a way to plan things while you are still alive supaya tidak timbul konflik selepas mati. 

Hibah ni tentang kasih sayang. Tentang foresight. Kita buat hibah supaya waris tak perlu menangis dua kali. Sekali sebab kehilangan, sekali lagi sebab berebut. Islam tak pernah larang perancangan, malah ajar kita berfikir dan merancang sebelum musibah datang. 

En Wan kata 70% dari client hibah dia adalah perempuan. Selebihnya suami dan isteri sama-sama buat cross hibah. Yang sebahagian besar buat sendiri (buat atas nama suami, tapi isteri bayar caruman). Aku cakap kat En Wan, sebab orang perempuan ada emotional decisions. Bab merentan pun perempuan, bab menangis pun perempuan, bab empati pun perempuan. Ini memang ciri-ciri orang perempuan. 

Dan sebab itulah bila sampai bab kewangan, perempuan paling cepat matang. Dia tahu kalau takde duit, banyak benda tersekat. Sebab tu perempuan lebih laju buat hibah sebab bagi orang perempuan, hibah tu bukan tentang nak kawal harta, tapi tentang "WHAT IF?".

Perempuan selalu fikir jauh. Dia tahu hidup ni tak boleh dijangka. Hari ni maybe masih ada suami, tapi esok? Ini bukan doa benda buruk, tapi orang perempuan ni realistik. Dia tahu bila apa-apa jadi, dialah yang kena urus everything. Anak, rumah, bil, sekolah, makan minum, emosi. Masa tu takde siapa yang boleh dia harapkan sepenuhnya selain diri sendiri and whatever little preparation that’s been put in place.

Sebab tu bila bercakap tentang faraid dan harta suami, kita tak boleh letak semua beban atas “nanti faraid uruskan”. Apa salahnya tambah planning lain untuk melengkapi? Sebab realitinya, proses faraid bukan semudah isi borang terus dapat.

Faraid is perfect. Tapi manusia tak. Hukum Allah dibuat untuk keadilan, tapi pelaksanaannya perlu hikmah. Hidup ni tak menentu. Tapi apa yang kita boleh buat ialah bersedia. Because when that day comes, only two things will truly protect you - faith and preparation.