2024-11-15

Malaysia patut buat lebih banyak program realiti untuk artis, macam China

Semalam aku tepek klip video rancangan realiti Mr Housework. Ada banyak season. Yang aku share semalam season yang ada Johnny Huang and Cheney Chen. Both are actors. Yang perempuan tu influencer. China banyak buat program realiti macam ni. Bukan game show, tapi realiti show yang memakan masa berminggu-minggu. Puas tengok. Aku pernah tengok rancangan realiti kita. Namanya MY HOME kalau tak silap. Aku pernah terrrr tengok episod ada Emma Maembong dengan adik-beradik dia. Ya ampunnn, fake gila kot. Rancangan realiti yang lansung tak real. Macam entahlah. Tak reti nak cakap. Terjerit-jerit macam dibuat-buat. Tak real lansunglah ceritanya. Aku rasa aku tak bias. Sesiapa pernah tengok MY HOME tu boleh faham maksud aku.

Now aku bukan nak cerita pasal program realiti tu tapi REALITINYA kebanyakan lelaki-lelaki di sana, pandai buat kerja rumah, especially memasak. Dalam banyak drama yang aku tengok, bila ada scene memasak, cara dorang handle kitchen boleh tahu dorang biasa ke dapur. Boleh nampak sama ada someone "berlakon" memasak, atau memang boleh memasak. Dalam beberapa rancangan memasak kat Malaysia ni, kebanyakan kalau artis jemputannya lelaki, terkial-kial. Macam lansung tak pernah pegang pisau. That's why kita di sini selalu amazed bila nampak lelaki pandai memasak, sebab di sini lelaki tak pandai masak is perkara biasa. Sometimes nampak lelaki tolong sidaikan baju, lipat baju, gosokkan tuudng isteri, terasa macam WHAT?? Macam melawan fitrah.

Bukanlah kita nak tengok dorang (artis lelaki) ni pakar di dapur. Tapi bila diundang dalam program realiti, kita mengharapkan dapat tengok imej gentleman yang dorang always carry dalam drama/filem. Kalau dalam drama, bukan main lagi watak hero berkarisma, handsome, gentleman, macho segala. Therefore, kita ada high hopes nak tengok if they are really "great" as portrayed in the acting. Tapi bila dorang tak real dalam program realiti, atau terkial-kial dalam program masakan, it gives a different picture. Nampak sangat bukan saja kurang mahir memasak, tapi nampak tak selesa buat kerja rumah. This can create persepsi bahawa dorang takdelah macho atau gentleman in real life, although on screen they are portrayed as capable men. Boleh faham tak maksud aku? Ini bukan tentang mengharapkan lelaki yang sempurna, tapi teringin nak tengok aktor yang kita minat tetap hebat walau di luar skrin.

Aku tak sure kalau kat Korea macamana. Setahu aku Korea banyak buat game show berbanding realiti show, kan? Maybe kat Malaysia permintaan untuk realiti show tak tinggi. Atau maybe takde sponsor sebab artis kita tak mendonia sangat. Market kita terhad. Kalau kat China, their entertainment industry growing rapidly. Demand untuk new content is always high. Macam Johnny Huang, tahun depan saja ada 8 drama/movies dia yang dah dalam queue untuk release. Tahun ni dia masih lagi ada shooting untuk drama yang entah tahun bila boleh release. Program realiti and fans-meeting dia every other day. Maksud aku, management dorang sentiasa pastikan artis dorang aktif dan ada job/projek supaya kekal relevan.

Aku perasan entertainment industry China and Korea ni dah jadi satu industri yang sangat penting. Serious punya industri. Dorang sentiasa ada new drama, new movie, new realiti show, new game show. Kalau kat China, setahun hasilkan 5000 filem and drama. Drama pulak tak 40 episod tak sah. Kau rasa?? That's why artis dorang takde masa buat produk atau berbisnes. Dorang punya jadual nak mampus punya pack. Lagipun orang kat sana suka reality show sebab program realiti sebab it gives them to see a more personal and relaxed side of their favourite celebrities. That's why kat sana ada fenomena "idol worship". Dari zaman Canto-pop Hong Kong lagi dah ada fenomena ni. Dengan aku aku sekali terjebak. That's why even Leslie dah lebih 20 tahun mati, fanclub dia masih wujud. Setiap ulang tahun kematian dan birthday, masih ada concert and tayangan filem dibuat. Bukan saja kat Hong Kong, malah China, Korea and Canada pun sama-sama buat. 

Contoh lagi satu, Andy Lau. Umur dah berapa tu? Tapi masih laku buat konsert jelajah sampai ke Singapore, Malaysia, Shanghai. Ingat nak buat consert kat Shanghai tu senang ke? Tapi konsert masih laku. Sebab management dia buatkan Andy Lau kekal aktif dan fanclub dia sendiri wok together with his management untuk buat macam-macam program. That's why entertainment industry dorang strong sampai boleh menjana pendapatan negara. Because dorang sentiasa produce program yang engage idol dengan fans. Salah satunya program realiti. 

Macam program realiti Mr Housework yang aku tepek kat IGS semalam. Yang tu 4 tahun lepas punya. Masa tu Johnny Huang baru lepas menang Pelakon Baru Terbaik Asia (Asia Film Awards). Dia menang melalui filem Operation Red Sea. Filem ni jadi popular kat Korea. Kutipan filem ni in China alone dah US579 million. Memandangkan Korea pun ada "idol worship", China ambil peluang masukkan Johnny dalam realiti program supaya ada engagement dengan international fans kat sana.

Program realiti sebenarnya platform yang bagus untuk artis expand their fan base. Dorang jadi more 'relatable'. From there can attract new fans. The increased popularity from reality programs boleh buka peluang endorsement and commercial collaborations. International brand suka ambil artis yang tengah trending dalam program realiti untuk kempen iklan. Kat China, brand always cari selebriti yang AKTIF, bukan sekadar ramai followers saja sebab dorang tahu yang follow tu bukan semuanya likers. That's why reality programs sangat effective untuk artis increase their commercial appeal.

Sekarang ni zaman internet. Patutnya ini zamannya entertainment industry kita jadi lebih gah. Ni aku tengok artis dengan influencer dah bercampur-aduk. Dah tak kenal apa profesion dorang sebenarnya ni? Everyone share their lifestyle dalam satu medium yang sama. Dah tak nampak apa bezanya artis dengan media sosial influencer? Influencer takde latar belakang seni yang sama atau pengalaman dalam entertainment, tapi dorang berjaya bina fan base melalui media sosial. Artis pulak biasanya datang dari bidang lakonan, nyanyian, atau seni lain, but now, they also use social media to stay relevant. Bukan tak bagus. Ini bagus, sebab media sosial adalah medium yang cepat dan efektif, but it also blurs the line between artist and influencer.

Sepatutnya, our entertainment industry bezakan platform untuk artis dan influencer so that each group can highlight their respective strengths without overlapping. Bukan artis takleh guna TikTok atau IG. Boleh. Tapi macam aku cakap tadi, perlu ada satu line lain, contohnya reality program. Nak tengok kehidupan realiti artis, boleh tengok di program-program tu. Mesti lebih menarik, not just daily content. Aku tak pasti if maksud aku sampai. Tapi aku nak sangat tengok entertainment industry kita boom macam Korea and China. Tolonglah bawa aku kembali. Aku stuck lama dah kat China. Kadang-kadang singgah Korea and Japan. Teringin gak nak balik Malaysia, melayan program negara sendiri. Tapi tulah, lemau.

Bawa aku pulangggggg.







2024-11-14

Hibah: Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila.

Meh aku cerita dengan cara aku pulak pasal WARISAN GOLD.

WARISAN GOLD is hibah. Tahun lepas, Prudential ada buka satu offer hibah dengan nilai minimum RM250,000. Kalau takde promo ni, nilai hibah minimum kau boleh ambil is starting from RM350,000. Dalam erti kata lain, bila nilai hibah minimum is RM250K, caruman bulanan otomatik jadi lebih rendah. Contoh orang yang grab offer WARISAN GOLD ni adalah adi ipar aku, CT. Tahun lepas CT ambil offer ni. CT umur 30+. Based on umur, caruman bulanan dia RM100 kalau tak salah aku. Ke lebih sikit. Around itulah nilainya. Hibah pertama aku pun RM250K. Aku ambil sebelum umur 35 tahun. Sekarang umur aku dah 47, caruman bulanan aku tetap RM100 sahaja sebulan.

Hari tu kat Thread ada orang tanya "Insurans apa yang murah yang takde kenaikan setiap tahun?"

Aku jawab "Mana boleh tak naik. Takaful adalah di bawah Bank Negara. Kenaikan takaful is based on Bank Negara. Kalau berlaku inflasi, Bank Negara luluskan kenaikan harga caruman"

Sebab itu takaful punya nama ada link dengan nama bank, perasan tak? Macam Prudential, kalau tafakulnya adalah PruBSN. Dia link dengan bank BSN. Jadi, jangan tuduh-tuduh takaful sesuka hati naikkan caruman. You must know kenapa ia boleh naik.

Kalau medical card, yes, akan ada kenaikan. Tapi kalau hibah, NO. Caruman hibah kekal takde kenaikan sampai bila-bila. Semakin awal korang ambil hibah, semakin rendah nilai caruman. Yang ambil medical card, masa sign up tu tanya agen PELAN apa yang korang ambil. Some pelan polisi ada kenaikan setiap 1-3 tahun. Selalunya pelan ni awal-awalnya bayar murah. Ada pelan yang bayarannya tinggi terus. Yang ni jarang ada kenaikan melainkan berlaku inflasi. Yang ni diluluskan oleh Bank Negara. Sebab tu aku tak pelik bila orang asyik nak bertukar syarikat takaful. Katanya yang sekarang ni mahal dan ada kenaikan setiap tahun. NOPE. Takaful tak boleh naik sesuka hati MELAINKAN pelan yag you ambil memang ada kenaikan setiap 1-3 tahun.

Medical card aku diambil dari 2003. Takde pun setiap 1-3 tahun naik. Medical card Rayyan ambil sejak umur 2 tahun. Dia punya asalnya RM160 (sebab lahir pre-mature) so mahal sikit. Now dia dah 14 tahun, carumannya RM217. Dalam 12 tahun naik RM57 saja. Lojiklah ni. Takkan tak naik lansung. Medical cost dah naik beberapa kali. Kalau caruman naik RM57 pun masih berbaloi. So you must know pelan apa you ambil. Pastikan agen transparent bab ni. Kadang-kadang ada agen yang dia tak disclose, dia terus tunjuk kau harga yang murah sebab kau mintak nak murah. Padahal ada hidden cost yang kau tak tahu.

Bila apply for medical card, JANGAN MINTAK YANG MURAH. Tapi minta apa yang di-cover! Bila agen dah terangkan apa yang dicover, baru discuss harga. Kalau mahal, agen akan adjust kat mana boleh buang. Aku tak tahu agen lain macamana, tapi aku selalu tengok En Wan punya explanation. Dia akan buat comparison table siap. Senang aku faham.

So, berbalik pada Promosi Hibah WARISAN GOLD, aku nak tanya bila usia termuda korang?

SEKARANG, ya.

Esok, korang dah tua sehari. Semakin umur korang mendekat pada umur yang seterusnya, risiko kematian meningkat dan kiraan caruman semakin bertambah. Sementara offer hibah minimum ni masih ada, please grab. Gi tanya En Wan. Dia akan kirakan umur korang untuk dapatkan nilai caruman bulanan. Buat sebelum ada penyakit. Sementara penyakit belum ada, senang lulus. Esok tiba-tiba dapat darah tinggi, dah tak boleh buat hibah.

Whatsapp En Wan 012-4407757.


2024-11-13

"Hate stalking" in marriage


Hari tu aku nampak satu quote:

Men will often choose a shy, polite, and gentle woman with no notable achievements over an arrogant, career and focused woman.

Ya, betul. Dah banyak dah realitinya aku nampak. Selalunya gitulah. Masa nak kawen dulu, kemain lagi nak isteri yang solehah, yang sopan, yang terjaga akhlaknya, yang tak sosial. Yang wife materiallah pendek kata. Tapi esok-esok lepas 5-6 tahun kawen, bila financial kau pun stabil, yang arrogant-career-and-focused woman tu lah kau berkenan. Ujung-ujung tuduh bini tak pandai bergaya, tak pandai melayan, tak cantik. Semuanya nampak buruk. Dah dulu kau yang berkenan sangat dengan bini kau, kenapa?

Kalau memang taste kau asal-asal macam Salma Hayek, nak yang body voluptious, muka sexy, tetek selambak, lain kali tunggu sampai kau jumpa perempuan macam tu, biar betul-betul puas hati. Ni tak, ambik asal ada. Pastu lagi 5-6 tahun merungut cakap bini gitulah, bini ginilah. Ni sebenarnya bukan apa, dulu tu nak tunjuk yang kononnya dia pandai cari bini. Bangga orang puji "Pandai kau pilih bini. Solehah. Sejuk mata memandang". Mak kau pun sukalah anaknya pandai cari pasangan hidup. Bangga kenalkan menantu kat orang kampung.

Tak, ini bukan aku mencerca mana-mana perempuan solehah atau bertudung litup, ya. Ini aku nak emphasize on perangai lelaki yang suka nau tunjuk macam dia baik sangat padahal dialah setannya!

Kau kalau taste perempuan yang free hair, sexy, pandai bersosial, open-minded -- go ahead! Takde siapa larang. Asalkan cari yang betul-betul kau suka. Pedulikkan apa orang kata. Yang nak hidup bersama dia pun bukannya orang lain. Yang nak hadap dia pagi santak ke malam, kau. Jadi, pilih biar puas hati. Jangan ambil anak orang asal dapat berbini. Jangan gunakan anak orang untuk berlagak konon kau lelaki baik kerana "wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik". 

Eh babi, dengar sini aku cakap. Kalau kau pilih perempuan baik-baik kerana kau nak jadi baik, that's ok. Tapi kalau nak berlagak macam bagus, rentikanlah. Muak aku dengar cerita lelaki bila dah 5-6 tahun kawen, ada skandal pulak dengan perempuan yang lebih sexy. Pastu netizen pun mencemuh "Elok lagi wife yang dulu. Sopan lagi wife yang dulu". Yang benaunya memang itu taste kau dari dulu. Cuma dulu kau tak berani pilih perempuan macam yang kau nak sebab kau care so much about your identiti untuk kelihatan seperti suami yang Gred-A.

This issue often occurs in marriage yang dah matang. Yang maybe 10 years or more. Kenapa bila dah financially stabil baru realized oh rupanya taste aku sememangnya perempuan yang macam tu. Why only now? Kenapa dulu tak?

Meh aku jawab. Kau diam, tak payah jawab. 

Yang pertama, macam aku cakap tadi. Kau nak membina identiti suami terbaik. Bila dapat perempuan baik-baik, tempiasnya dapat kat kau. Disebabkan kau setan, jadi kau nak menumpang identiti perempuan baik supaya kau nampak macam husband material.

Yang kedua, sebab dulu takde duit! Bila takde duit, kaut je lah perempuan yang boleh terima kau seadanya, yang sederhana, dan yang tak banyak menuntut. Pilihan tu is considered simple and practical, sebab tak membebankan kau secara emosi and financially. Tapi apa yang kau tak sedar, your needs and desires change over time especially bila kau dah financially stable. You start looking for deeper satisfaction. Sebab dah berjaya, kan. Gaya harus berubah. Partner pun nak ubah jugekkkk. Nak cari yang more 'sophisticated'. Barulah sekufu katanya.

Benda ni salah ke? 

Tak. Tak salah. 

Yang salah tu bila kau meletakkan semua kelemahan pada wife kau. Apalah salahnya mengaku "Ya, aku memang sukakan perempuan yang cantik, sexy, bergaya, berkerjaya dan pandai bergaul dengan baik. Aku patutnya pilih perempuan macam ni dari awal lagi". Just ackowledge yang you don't realized that desire from the beginning. Only when you hit maturity in the marriage, you begin to feel that the partner you chose before no longer meets your emotional and psychological needs which have now changed. Mengaku je. Ni tak. Mati-mati letakkan salah pada wife. Wife tu takde salah, kau cari-cari salah dia. Jenis berani start, tapi tak berani habiskan. Kau start dengan smooth, habiskan dengan smooth jugalah, setan.

Disebabkan inilah ramai perempuan feel as if they have been 'abandoned'. Bila suami mula menampakkan minat pada perempuan yang more successful, confident, or more 'attractive', it raises questions about their self-worth. They began to pikir yang dorang dah tak secantik dulu, tak segojes dulu. Sometimes these women mencari-cari kelemahan diri. Apa salah aku? Kat mana silapnya aku? Apa yang kurang pada aku?

No, girl. Kau takde yang kurang. Cuma laki kau punya taste sebenarnya bukan perempuan macam kau. Dulu dia sengkek, tak mampu nak tackle perempuan yang match his taste. Disebabkan dia nak mengote dengan halal, at the same time nak potray diri tu baik bila menikahi wanita yang baik, so he chose you.

Kebanyakan lelaki yang ‘memilih seadanya’ sebenarnya memilih to fulfill their needs in the moment without thinking about the long-term consequences. Masa belum stabil, dorang tak nak risiko tambahan pilih perempuan yang bergaya, atau berjaya. Walaupun dorang suka perempuan macam tu, but they think kalau pilih perempuan gitu it may require more emotional commitment or financial responsibility. Hanya bila dah stabil, baru dorang rasa layak memilih ikut standard and taste sebenar dorang. This is where many men get stuck in a dilemma. They stuck between they want to live a life that they feel more 'ideal' OR more fulfilling to the standards they have now. Tapi at the same time, dorang tak nak nampak macam telah mensia-siakan pengorbanan isteri. And that explains kenapa dorang mencari-cari kelemahan isteri ketika dah ada orang lain. Sebab kalau tak jumpa kekurangan isteri, susah nak justify kenapa dorang mencari yang lain. 

Hari tu aku tulis pasal "hate stalking", kan? Actually this issue can also be linked to "hate stalking". Having felt that his partner is no longer attractive, lelaki akan mula membandingkan his wife dengan perempuan lain yang dia consider to be more to his taste. Dalam konteks ini, "hate stalking" berlaku bila laki tersebut berusaha untuk cari kelemahan isterinya dan secara halus memendam rasa tak puas hati. Benda ni kita boleh nampak dalam bentuk gurauan. Because some jokes disulami dengan kebenaran yang tersembunyi.

Contoh, katakanlah kau stay at home wife. One day kau bercerita pasal si anu. Then laki kau balas "At least dia pandai cari duit". This is a hint sebenarnya. Laki kau sebenarnya menyimpan rasa tak puas hati bila kau tak bekerja. Tapi dia pendam dan cuba bertolak-ansur. But later ter-spill dalam bentuk jokes. 

Another one, kau mengkomen si anu sexy. Laki kau balas "Biarlah dia nak pakai apa pun. Lagipun dia kurus". This is a form of hatred sebenarya. But it is often hidden behind an attitude that seems to be indifferent, but actually harbors criticism.

Sebab tu kalau laki kau bergurau-gurau gitu, kau smash balik. "Saya ni kalau kurus macam dia, tak sepadan pulak dengan awak yang dahlah tua, botak tengah, tak kaya-kaya pulak tu". Kau smash je. Biar dia sedar diri.


2024-11-12

Double chin disebabkan gemuk?


Post semalam pasal tanda-tanda pada muka yang kita boleh identify penyakit apa sedang berlaku dalam badan, someone is concern dengan DOUBLE CHIN.

Actually, masalah double chin tak semestinya sebab gemuk. Ada je orang yang berat badan normal, tapi double chin. Walaupun gemuk boleh menjadi sebab double chin, ada banyak lagi punca lain. Tapi, kalau kau memang overweight, janganlah pulak bertanya-tanya lagi kenapa dagu berlipat, ya. Karang kau yang aku lipat.

Secara lojiknya, bila badan bertambah berat, badan akan simpan lebih banyak lemak, termasuk kat muka dan dagu. Ini amemang respon semula jadi badan. Bila gemuk, otomatik, bawah dagu simpan lebih banyak lemak. Jadi, bila kau notice double chin, check badan sendiri dulu. UKUR PINGGANG. Jangan timbang berat badan. Kalau ukuran pinggang MELEBIHI 34 inci, itu petanda gemuk. Kalau ukuran pinggang MELEBIHI 31.5 inci, dah kena jaga-jaga makan sikit. Ini dah ada risiko untuk dapat diabetis and high blood pressure di masa akan datang sebab lemak dah start membalut organ dalaman badan.

Tapi kalau pinggang kau ok, like 28-29 inci tapi ada double chin, yang ni MAYBE puncanya genetik. Sesetengah orang dilahirkan dengan kecenderungan simpan lemak bawah dagu. Walaupun slim. Ini ada kaitan dengan struktur tulang muka dan bentuk dagu. Orang yang dagu pendek atau leher pendek, senang dapat double chin walaupun kurus.

Lagi satu kena tengok umur. Usually umur 40-an lebih senang dapat double chin, walaupun berat badan steady. Sebab kulit pun dah mula nak hilang elastisiti. Umur 40-an, kolagen pun dah makin kurang. Kulit muka jadi lebih longgar, jadi mudah nak nampak dagu and leher berlipat. Ditambah pulak dengan makin tua, makin hormon tertentu berkurangan. Hormon boleh mempengaruhi distribution of lemak. Bila hormon-hormon tertentu berkurang, lemak lebih senang berkumpul.

So, double chin TAK SEMESTINYA disebabkan kita gemuk. Tapi, kalau pinggang dah melebihi 34 inci, paham-paham sendirilah, ya.

By the way, offer 11-12 Nov dah pun ditutup. Dalam erti kata lain, diskaun untuk GC PLUS and MAALTYD telah tamat. Yang on-going sekarang adalah:

1. Beli 3 Nutrijuice, percuma 1 (jimat RM65)
2. Beli sebarang GreenAard RM100 atau lebih, dapat free shawl/bawal (pilih nak yang mana)


2024-11-11

Hate Stalking

Kan hari tu aku buat post pasal sorang blogger pernah cari isu dengan aku, tanpa aku kenal dia. Pastu ada orang PM aku ni:

Takde orang yang terlepas dari tak disukai oleh orang lain. Sama ada kau tahu atau tak tahu je. Ini namanya "Hate Stalking" atau “mengintai dengan perasaan benci”. Inilah yang aku pernah tulis hari tu - ramai yang jadi follower bukan kerana kagum atau suka pada kau, tapi sebenarnya tak senang duduk tengok life kau. Dia perlu stalk kau everyday untuk memuaskan hati. Kalau dia kata "Kitorang stalk kau sebab menyampah!"

Lojik ke? Menyampah tapi hari-hari stalk?
Err..aku rasa kau mental.

Secara LOJIK, kalau kita tak suka someone, kita tak ambil tahu sama ada orang tu nak hidup ke mati. Gasak dialah nak gembira ke, menderita. I don't care. Tapi tak. Orang-orang yang suka hate stalking menyimpan perasaan jealous yang kuat because they want what you have. Mungkin dia sukakan achievement kau, lifestyle kau, relationship kau, marriage kau, anak-anak kau, etc. Or perhaps certain achievements yang dorang susah nak achieve. As a result, they feel uncomfortable setiap kali kau bercerita atau post everything tentang kau. Segala yang kau post akan dicari sekecil-kecil kekurangan.

Contoh, kau post gambar masakan. Dari sekeping gambar tu je dah boleh dorang jadikan bahan umpatan. Kau masak tak kemas. Balik-balik itu je menu kau. Pinggan dengan mangkuk tak matching. Alas meja macam orang kampung. Kuah kari cair. Ikan tak garing. Everything! Tapi, dorang juga yang hari-hari tengok post kau without failed. Antara kawan baik kau dengan dia, dia lagi tahu semua pasal kau. Sebab dia yang paling aktif check setiap kali kau update post. Dorang seolah-olah berasa “perlu” untuk tengok kau everyday, walaupun dorag tahu bahawa setiap kali tengok post kau, they will only feel more angry or disturbed. Mental, tak?

"Hate stalking” ni semakin menjadi-jadi di zaman media sosial. Inilah bahananya kalau segalanya di hujung hari. Kita tak kenal orang tu, tapi kita komen macamkan kenal luar dalam. That's the reason why aku limitkan FB kepada friends only. Walaupun semua post set ti public, tapi hanya friends boleh komen. Reasonnya mudah. Friedlist FB aku 90% adalah blog readers. Dorang kenal cara penulisan dan karakter. Nak update post pun senang, tak perlu explanation panjang lebar sebab historinya orang tahu. That explains too, kenapa aku setkan akaun IG private. IG ni kalau macam FB, boleh setkan post to public but only allow friends saja komen, takpe. Ini tak boleh. Jadi, aku rela tak mengumpul follower yang ramai. Agak-agak yang aku boleh cam namanya, aku accept. Agak-agak tak kenal, aku tak accept. Bukan apa, payah. Nanti jenuh aku nak menjelaskan macam-macam.

Blog lagilah. Berzaman dah aku tak open komen. Dulu masa aku off komen, terasa janggal. Sebab aku start berblogging dengan on komen section. Seronok bila ada orang respond. From there kita berkenal-kenalan. Tapi lama-lama bila blog dah jadi perhatian, semacam ada second wave of group yang datang baca hanya untuk menghencap. Terus aku off komen. Tapi melalui dashboard, boleh nampak views masih around 100-150K daily. Masih ramai suka membaca. Atau maybe ramai yang hate stalking.

Secara piskologinya, "Hate stalking” bukan berpunca dengan cara penulisan kau, atau karakter kau, atau apa saja yang kau post. Tapi berpunca from their (readers) inner feelings yang tak tenteram. They like what you have but at the same time, unable to accept it positively because they cannot or have not achieved the same. Contohnya, kau berjaya dalam bisnes atau career. Someone yang "hate stalking” akan rasa tergugat sebab dia masih belum capai tahap itu. Jadi, everytime dia tengok kejayaan orang tu, perasaan dengki semakin membuak. Padahal dia suka. Tapi bila benda yang dia suka tu dapat kat kau, dia jadi sakit hati. Patutnya, kalau benda tu kita suka, kita ambil inspirasi atau motivasi daripada kejayaan orang tu. Tapi nak buat macamana, dorang mental. Maka dorang pilih untuk cari kelemahan atau simpan rasa benci tanpa sebab yang solid.

Sebab itulah orang-orang ni tak berani nak mencemuh kau depan-depan. They don't dare to criticize you openly sebab dia takde sebab yang kukuh. Hanya plain jealous. Dorang tahu perasaan jealous tu datang daripada kekurangan diri sendiri, bukan kerana kelemahan orang yang dorang benci. But they refuse to admit this, so they choose to find excuses and unsound "justifications" to justify their dislike. Faham?

Lagipun, berdepan dengan orang yang dorang “hate stalk” akan menonjolkan kelemahan dorang sendiri. Contohnya, kalau dorang cuba kritik kau openly, orang lain can obvioulsy see the criticism actually stems from envy. Kritik yang datang daripada rasa iri hati usually easy to recognize. Orang lain boleh nampak dengan jelas yang kritikan tersebut lebih kepada serangan peribadi. Inilah yang dorang cuba elakkan. Dorang takut dikritik balik. Dorang tak nak dilihat sebagai orang yang tak matang. Sebab itulah these people prefer to watch from afar sambil bergossip dalam private page bersama rakan-rakan se-mental yang lain. Orang-orang ini nak mengeluarkan pendapat kat media sosial sendiri pun tak berani. Terpaksa create private column untuk kongsi pendapat. You know why?

Because they only want to hear what they want to hear. Dorang mencari “echo chamber,” atau ruang di mana pendapat dorang hanya disokong oleh orang-orang yang sama fikiran, atau sama-sama tak suka kau. Dorang prefer mendengar apa yang dorang nak saja. Dorang tak nak pandangan yang berbeza, apatah lagi pandangan yang mungkin mengubah perspektif. Kalau criticize secara terbuka nanti bila ada orang lain memberi perspektif yang berbeza, dorang takut dengan perspektif berbeza itu menjadikan dorang semakin loser.

Lagipun bila dorang kritik kau secara terbuka, dorang berisiko mendapat kritikan balas atau negative feedback from others, yang mungkin akan mempersoalkan niat sebenar dorang. Dalam media sosial, memiliki imej sebagai seorang yang negatif, suka mengutuk, atau iri hati adalah sesuatu yang memalukan. Therefore, they choose to do all this in a "safe" space, contohnya dalam "private page" or "group chat" with like-minded friends. Dengan berada dalam lingkungan ni, dorang merasa lebih selesa untuk mengeluarkan kritikan dan pandangan negatif tanpa perlu takut dikecam atau dicabar.

So dengan cara tu, dorang terus kekal dalam zon selesa di mana dorang boleh “hate stalk” tanpa perlu berdepan dengan realiti sebenar. Mendengar pandangan luar yang rasional sangat menakutkan, sebab menerima perspektif berbeza akan buatkan dorang merasa rendah diri, dan tak mampu berdepan dengan reality of other people's lives that are better than them. Jangan tak tahu, most "hate stalkers" are lack of self-confidence. Dorang ada internal issue. They need distraction dari masalah dalaman tersebut. Sebab itulah dorang hate kau tanpa sebab yang kukuh. Dengan memusatkan perhatian pada life orang lain, dapatlah dorang mengecapi bahagia seketika.

Sebenarnya, senang je nak tengok bila someone yang asyik “hate stalk” kau sebenarnya sedang bergelut dengan internal issue. Bak orang kata, “Orang yang bahagia tak akan ada masa nak cemburu”. Betul!

Orang yang benar-benar puas dan gembira dengan life sendiri, biasanya tak ada masa untuk pikir kehidupan orang lain, apatah lagi untuk berdengki. Tapi, orang yang beria-ia nak menjatuhkan orang lain selalunya begitu sebab life dorang sendiri sedang bermasalah. Contoh, kalau ada someone yang asyiklah tak puas hati dengan kebahagiaan keluarga orang lain, maybe because their own marriage tak seindah yang ditunjukkan di media sosial. Jadi, bila dorang tengok couple lain honeymoon, atau candle lite dinner, atau bertukar-tukar surprise gifts, perasaan sakit hati tu muncul. Lalu dorang mempertikaikan other people's happiness as a way to feel better about their own relationship.

Benda ni lojik yang simple. Tak perlu jadi genius pun untuk pikir. Kita kalau bahagia dan suka dengan apa yang kita ada, kita tak perlu nak membandingkan diri dengan orang lain atau mencari kelemahan orang untuk merasa “lebih baik”. Orang yang benar-benar bahagia dan berkeyakinan, tak tergugat dengan kejayaan atau kebahagiaan orang lain. Sebaliknya, dorang rasa senang. Kau tak rasa happy kita bila lief kau dikelilingi dengan orang-orang yang ok? Entahlah aku tak paham. Contohnya sekarang kawan aku tengah sakit. Last week ada sorang lagi kawan aku, anaknya meninggal. Aku yang kat tengah-tengah ni rasa tak sedap hati. Rasa tak best bila keliling aku ada orang-orang yang aku kenal sedang diuji dengan kesedihan. Pelik bila ada orang yang seronok lingkungannya dapat musibah. Dia pula yang beria nak bagi Hamba Allah tu musibah. Kau ok ke tak ni?

“Hate stalking” takkan mengalihkan masalah kau. Takkan menyelesaikan apa-apa. Hanya menambahkan lagi rasa tak puas hati kau pada orang tu. Orang yang hidupnya bahagia tak ada masa nak mendengki sebab dia tahu true happiness comes from within, bukan dari membandingkan hidup dengan orang lain.


2024-11-10

Beruntungnya jadi orang kaya.



Tengok video sebelah tadi, terasa beruntungnya jadi orang kaya. Lahir-lahir dah kaya. Bila besar, ambil alih business keluarga. Kalau tak nak take over pun, boleh start business sendiri dengan mudah sebab modal dah ada. Orang-orang macam mamat dalam video tadi, kalaupun parents tak bagi modal berbisnes, duit tabung dia sendiri dah lebih dari cukup. Dorang ni semua dari kecil parents dah tabungkan duit untuk dorang. Allowance pun dari zaman sekolah dah dapat setiap bulan. Mustahil sangatlah kalau takde duit sendiri.

Kawan-kawan aku zaman sekolah dulu, yang kaya-kaya, bulan-bulan dapat allowance RM50. Dulu RM50 tu besar. Allowance lain, duit belanja sekolah lain, duit belanja untuk aktiviti sekolah waktu petang lain. Mewah. Tu sah-sah duit raya dari parents pun berapa ntah agaknya. Kalau dorang kata "saya start bisnes dengan duit sendiri tak guna duit parents", janganlah kau imagine dia start dengan susah-payah. Dorang memang ada duit.

Orang-orang macam ni selalunya jenis yang berani melakukan sesuatu. Sebab dorang tak perlu risau tentang rugi. Duit memang ada. Dorang hanya perlu berani melaksanakan saja. Paling tak pun kalau dah nyawa-nyawa ikan, pasti parents akan tolong juga. Lainlah yang macam aku ni. Nak start apa-apa kena pikir berkali-kali. Check dulu akaun ada backup savings tak kalau-kalau bisnes tak menjadi. Ramai antara marhaen bukan tak berani nak start, tapi banyak benda kena consider sebelum start.

Kawan aku pernah cakap "Duit kalau banyak, memang senang nak manage banyak benda. Yang hebat tu, bila takde duit tapi masih boleh manage".

Managing a business dengan modal yang besar ada kelebihan dan fleksibiliti yang signifikan. Bila duit ada, kau can easily invest in large-scale marketing. Nak buat iklan? Nak pasang bill board dari Johor ke Perlis? Nak hire duta? Nak collab dengan artis? Nak bukak cawangan kedai seluruh negara? Nak hire 100 pekerja? Boleh. Sebab kau ada financial freedom yang membolehkan business kau grow dengan cepat dan pesat. 

Tak sama dengan orang yang bermula dengan modal RM500. Kat situlah modalnya, dari situlah dia generate keuntungan. Dapat untung RM500, jadikan modal semula. Dapat untung RM1000, jadikan modal semula. Dapat untung RM3000, jadikan modal semula. Sikit sikit sikit dia bertatih. Dapat untung RM10K, baru boleh ambil sorang pekerja. Baru boleh sewa opis.

Having money can make business management easier. But does not necessarily reflect the skill to sustain a business. Maksudnya, bila ada duit yang banyak, bisnes berpotensi sustain dengan lebih lama, tapi belum tu bisnes tu berjaya. Bisnes masih bernyawa sebab kau ada duit. Mengendalikan bisnes dengan duit yang terhad tapi amsih sustain, masih ada growth (walaupun sedikit), dan masih ada untung -- this requires a high degree of creativity and planning. 

Kalau cakap pasal growth, semua orang nak business grow dengan cepat. Semua orang nak business nampak gah. Semua orang nak nampak berjaya. Again, tak semua yang NAMPAK macam berjaya, benar-benar berjaya. Yang NAMPAK macam ada growth, kadang-kadang banyak loss.

Dulu, masa mula-mula launch GC Plus, that was year 2015. Tahun tu kebanyakan produk supplemen datang dengan packaging yang cantik. Dalam kotak. Dalam botol kaca. Nampak exclusif. Nampak meyakinkan. GC Plus sampai sekarang takde kotak. Dijual bogel 😆.

Entahlah, aku tak nampak function kotak pada GC Plus. Sebab botolnya tahan lasak. Dan dipos dengan buble wrap. Agak praktikal pakai botol saja.

In realiti, business memang bukan untuk semua orang. Menjalankan business dengan dana terhad memaksa entrepreneurs to think outside the box. Kita nak produk kita sampai ke merata-rata, tapi modal tak besar. Tak dapat nak buat bill board, tak dapat nak hire influencer buatkan marketing, tak dapat nak buat sponsored post. Habis nak buat macamana? Business kena grow juga. Nak tak nak terpaksa find alternative ways to reach customers. Terpaksa perah otak buat sehari 4 post IG dan FB semata-mata nak increase engagement. Buat marketing material sendiri. Pastu optimize organic search traffic. Pastu join exhibition yang bajet murah untuk pacak produk for the sake of create awareness. In other words, buatlah apa yang termampu dengan modal yang sikit tu. Janji bergerak.

Masa awal-awal setup company biotech, aku keluarkan RM20K savings. En Wan risau aku nak dump 20K. Bukan orang kaya senang-senang nak leburkan 20K. Banyak benda kena pikir. What if kalau business goes wrong? Cukup tak savings untuk at least 5-6 months kalau business lingkup? Masa ni tahun 2008, umur 31 tahun. Now at age 47, aku realized muda betul aku start bisnes. Berani pulak tu leburkan 20K. Padahal waktu tu belum banyak yang dah fulfilled. Anak sedang membesar. Hutang kereta ada lagi. Tapi dah berani leburkan savings. Betullah kata orang, darah muda ni lain macam. Tak takut apa pun. Dia redah je.

Bila dah start, baru termenung. Masa tu baru tersedar, takde gaji tetap hujung bulan. Sedangkan ada banyak hutang nak dibayar. At the same time nak pi kerja kena pakai duit. Ah, jem! Terpaksa ambil gaji RM1,500 saja awal-awal. Cukup untuk bayar loan kereta dan belanja sehari-hari nak pi kerja. Yang lain-lain takpe, En Wan cover. Dulu sebelum ada anak, sebelum ada kereta, sebelum pakai bibik, sebelum pakai henfon, gaji RM1,500 cukup. Now dah ada semua komitmen tu, kena pakai gaji RM1,500 lagi sekali, memang berpeluh. Nak menangis di bahu En Wan, segan. Lalu menangislah dalam bilik air everytime mandi. Tapi lepas menangis, lega kejap dan teruskan. No turning back sebab kau yang gatal nak resign and run business. Duit savings pun dah spend kat business. Kalau nak quit pun, at least dapatkan balik the 20K. Gitu pikir aku.

Untuk biotech business, modal permulaan RM20K + 20K lagi duit partner, hanya sekadar memadai untuk start bisnes saja. Belum boleh bermegah. Mula-mula run bisnes dari rumah. Bermodalkan laptop and 3 in 1 printer. Beli stok produk. Beli sample produk. Gitu je dah settle 20K. Ada untung sikit, barulah sewa opis. Kalau takde duit dari tycoon tu, tak tercapai impian kitorang nak buka lab. Mana nak cekau duit ratus ribu untuk setup lab kalau takde capital injection? Lepas ada lab, barulah lega sikit sebab boleh run training, boleh run lab test,l boleh buat macam-macam projek biotech. 

Journey buat bisnes banyak pahit dari manis sebenarnya, especially kalau kau start dengan takde duit yang banyak. Impian kau besar nak buat itu buat ini, tapi progress tu slow sebab kau kena ikut jalan jauh. Sampai memang sampai, tapi jenuhlah.

Aku start GreenAard dengan pakai duit online business. Dulu kan aku jual candy jeans, cardigan, tudung, jual Ephyra semua. So dengan duit itu aku start GreenAard. Kira aku bagi capital injection dalam company sendiri untuk start GreenAard. Tapi GreenAard daftar under company. Pemiliknya bukan Diana Ishak tetapi company. If one day aku quit dari company, GreenAard adalah hak company. Diana Ishak kena start bisnes lain. 

GreenAard start dengan duit sendiri, tak apply bank loan atau geran. Tapi kalau ada peluang dapat geran, nak gak aku apply. Uii kalau dapat geran bolehlah aku start dengan retort product pulak. Yihaaa!!!

Ada tak sesiapa nak offer aku geran tanpa perlu interview? Kahkahkah.


2024-11-09

Kenapa kolesterol tu stop? Kenapa tak mengalir bersama darah?


Post IGS aku pasal fakta menarik sakit jantung tadi, ada yang tanya macamana macamana kolesterol boleh melekat kat salur darah? Kenapa kolesterol tu stop? Kenapa tak mengalir bersama darah?

Wow! Very good question.

Ok aku akan explain dengan ayat-ayat mudah. Baca dengan tenang.

Kolesterol yang berkumpul dalam salur darah, namanya asterosklerosis. Punca terjadinya asterosklerosis ni bila lapisan dalam saluran darah (endotelium) rosak. Kerosakan pada endotelium menyebabkan saluran darah jadi lebih melekit. Bila melekit, menyebabkan sel darah putih dan kolesterol LDL melekat pada dinding salur darah.

Kolesterol LDL yang melekat akan teroksida. Sel darah putih akan "makan" LDL yang teroksida ni untuk bersihkan salur darah. Tetapi, sel darah putih yang makan LDL yang teroksida berubah menjadi foam cells (sel yang berbuih). Foam cells ini berkumpul kat dinding salur darah membentuk plak. Pada tahap ni, LDL dah "terperangkap" dalam salur darah tak dapat mengalir bersama aliran darah.

Lama-kelamaan, plak ni akan membesar seiring dengan pengumpulan kolesterol LDL + foam cells + sel-sel mati. Plak ini kemudian jadi keras dan tebal sebab kalsium mula berkumpul dalam plak tadi. Akhirnya, dinding salur darah jadi sempit, mengurangkan aliran darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Boleh faham flow dia, kan?

Selain itu, faktor tekanan darah tinggi dan tahap gula yang tinggi dalam darah juga boleh rosakkan endotelium. That's why orang kata penyakit 3 serangkai. Once dapat darah tinggi, akan dapat kencing manis, ujung-ujung dapat sakit jantung. Sebab semuanya berkait dengan salur darah yang sama.

Jadi, yang mana datang dulu? Kolesterol penyebab darah tinggi, atau darah tinggi penyebab kolesterol?

Mana-mana pun boleh. Darah tinggi boleh menyebabkan kolesterol terkumpul. Kolesterol tinggi pun boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Sama je. Dua-dua ni berada dalam cycle yang saling memburukan each other. Tekanan darah tinggi menyebabkan endotelium rosak yang membuatkan kolesterol lebih mudah melekat pada dinding salur darah. Pada masa yang sama, kolesterol yang terkumpul dalam salur darah menghalang aliran darah, yang memerlukan jantung mengepam lebih kuat dan seterusnya meningkatkan tekanan darah.

Jadi kat mana fungsi Nutrijuice?

Dalam Nutrijuice ada sterol tumbuhan. Namanya fitosterol. Dalam sains pemakanan, fitosterol adalah bahan yang boleh kawal kolesterol. Bila kolesterol boleh dikawal, bermakna tekanan darah dapat dikawal juga dan risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.

Fitosterol ni ada dalam tumbuhan. Strukturnya mirip dengan kolesterol. Disebabkan persamaan struktur bila fitosterol masuk dalam badan, ia bersaing dengan kolesterol dalam darah. Jadi, bila kau ambil Nutrijuice, fitosterol ini akan halang kolesterol daripada diserap ke dalam aliran darah. Jadi, kolesterol yang berlebihan akan dibuang melalui najis. Oleh itu, jumlah kolesterol dalam darah dapat dikurangkan. Senang faham, kan?

Ok kalau dah faham boleh cuba Nutrijuice. Now ada promo buy 3 free 1. Kita bagi promo ni sebab stock Nutrijuice sedang sangkut. Lagi 2 minggu baru sampai. Jadi, sesiapa yang beli now, akan dapat offer istimewa ini. Kiranya kau lock this deal dulu, bila stok sampai kita terus post. Beli 3 free 1. Whatsapp 013-7557424.


2024-11-08

Bila business mendapat geran, wajibkah ia mencatat untung?

Tadi aku nampak berita ni:

Tak sangka ke tahap ni investigationnya. Maksud aku, tak sangka isu ni jadi besar betul. Apa puncanya eh? Tak salah aku macam dah pernah ada desas-desus ni dulu tapi pastu senyap. Tetiba naik balik, kenapa ya?

Hari tu aku janji nak cerita pandangan aku pasal geran. Ok now ada mood nak cerita. Tapi aku takkan cerita pasal Fashion Valet, ya. Taknak memandai-mandai. Lagipun FV tu bukan dapat geran kan, tapi investment? Correct me if I'm wrong.

Aku ada pengalaman apply geran. Dan aku pernah berada dalam committee yang meluluskan geran. Tapi aku bukan panellah. Aku RA saja. Duduk belakang bos data entry segala keputusan panel penilai. Masa kat MOSTI dulu, aku dalam unit IRPA. Unit ni meluluskan geran penyelidikan untuk research project. Proposal datang dari universiti (mostly). Memandangkan aku grad biotech, jadi dorang letakkan aku di bawah bos aku En Megat (arwah) yang also biotech grad. Dia jaga semua proposal biotech. Arrangement ni untuk memudahkan aku and En Megat analyse proposal ni sebelum dibawa ke panel penilai. Plus, bila kita sama-sama backgroun biotech, nanti masa meeting, kita takdelah tercangak-bangak apa yang penilai cakap. At least kita ada idea what is going on.

Nak meluluskan geran bukan senang. Setiap satu kos kena ambil kira. Penilai memang bukan calang-calanglah. Semua pakar-pakar biotech negara. Merasa la aku mingle dengan pakar-pakar ni semua. Walaupun aku and En Megat tak tergolong dalam para penilai, tapi kitorang adalah tapisan pertama. Proposal sampai pada kami dulu. Kami scan dulu proposal tu and identify apa projeknya. Bila masuk dalam meeting, kita akan bagi summary setiap proposal tu tentang apa dan berapa nilai geran yang dia minta. Sometimes, bila penilai cut budget, En Megat akan bersuara kalau dia rasa bajet yang diluluskan tu tak reasonable. Sebab duit datang dari kita (kerajaan), so kita boleh bagi pandangan juga.

Panel penilai pun ada apply geran juga. Everytime proposal dia akan dinilai, dia diminta keluar dari bilik dulu. Dan selalunya selepas meeting dia akan jumpa En Megat atau aku bertanya "Geran I lulus tak? Lulus berapa ringgit?" Susah sebenarnya bila panel penilai adalah dari geng-geng kita. Kita nak reject tak sampai hati, nak lulus semua pun macam tak betul juga. Seingat aku, mana-mana proposal yang datang dari panel penilai sendiri, proposalnya pastu lulus. Cuma banyak atau sikit amaun yang dapat tu terpulang pada penilaian panel.

Aku boleh kata KABEL memainkan peranan. Good proposal is a must. Sometimes ini sebagai syarat saja. In many professional settings, kalau ada kabel lebih bagus. Especially when it comes to securing opportunities, advancing careers, or getting proposals approved. Bukan apa, selalunya decision maker ada kuota sendiri. Contoh macam kuota pengetua. Pengetua boleh bagi recommendation dengan syarat kau punya requirement fulfilled. Tapi kalau kau achieve sesuatu tanpa ada connection, maknanya kau betul-betul bagus.

Having connections is an unspoken advantage. Ini bukan nak merendah-rendahkan kerja keras, tapi nak highlite how the influence of relationships can sometimes outweigh merit alone. When someone ada kabel, dorang ada personal atau professional connection to a person or network yang boleh beri peluang yang orang lain tak dapat. Sebab tu kita kadang nampak apesal geng-geng dia je yang dapat peluang tu. It's because personal and professional connection. Dia bagus, bukan tak bagus. Dia juga cukup syarat. Tapi maybe tidak sebagus candidate lain. Disebabkan connection, dia dapat kelebihan. Contoh macam En Wan. Baru-baru ni claim client, berdesup Prudential clearkan. Sebab En Wan ada MDRT. MDRT itulah kabelnya. Padahal mungkin case client-client dari agen lain datang dulu dari client En Wan. Tapi sebab kabel MDRT tu kuat, maka dia ada line khas supaya case dia melompat terus ke atas untuk customer service clearkan dulu.

Kalau ada peluang, aku pun nak apply geran. Takyah berjuta. Kau bagi aku 100-200K pun cukup dah. Insyallah aku tahulah nak bagi return nanti. Cuma tulah, bila namanya geran, SELALUNYA orang pakai habis tanpa mementingkan return. Punyalah banyak geran-geran yang kerajaan bagi untuk buat research project, berapa yang convert to commercial product? Tak banyak pun.

Detection Kit contohnya. Bersepah-sepah orang mohon geran untuk buat detection kit. Tapi bila kit terhasil, tak dicommercialkan pun. Beria hasilkan, pastu dah. Projek selesai. Bila industri nak komersialkan kit tu, tak bagi. Duit geran habis gitu je lah. Memanglah duit geran tu untuk penyelidikan dan tak perlu bayar balik, but at least biarlah dikomersialkan. Barulah dimanfaatkan.
 
Ini lab aku tahun 2008. Tahun yang sama aku setup company. Aku and partner apply geran dari satu tycoon cina dari Penang. Kitorang tak pernah jumpa dia. Kitorang dapat ni sebab ada connection dengan sorang Dr yang also customer kitorang. Aku lupa pulak nama Dr ni. Chinese juga. Dr selalu hantar sample untuk kitorang buat DNA detection. Disebabkan dia suka cara kerja kitorang, bila kitorang setup company sendiri, dia suggest bukak lab. Mana la ada duit. Aku bukak company pun pump duit RM20K je sorang. Mana nak cekau modal buat lab ratus ribu. Dia kata dia ada kenalan yang nak diversify opportunities. This friend belum ada pengalaman venture in biotech industri. Kitorang pun tulislah proposal. Dia puas hati dengan proposal tu, dan dia pump duit selamba je. Terbeliak mata aku tengok akaun bank company. Terus kitorang setup lab and hire 2 orang lab technicial.

Padahal kalau peluang tu dibuka pada orang lain, maybe proposal kitorang taklah hebat mana. Tapi sebab kabel tu ada, jadi peluang tu dapatlah kat kitorang. So basically, kabel tu penting. Sebab, in competitive fields, decision-makers agak berhati-hati memilih someone unknown to them. Good proposal tu sebenarnya kau boleh upah orang buat. Kau tak perlu bersengkang mata buat. Tapi kalau dorang trust someone yang already has an established rapport, proposal kau tu is just a syarat. This trust can overshadow qualifications or experience on paper. In my case, Dr itu lah yang jadi kabel dan orang yang dipercayai oleh the tycoon. Dr tu tahu kitorang boleh buat kerja, tapi tycoon tu tak tahu. Tapi disebabkan that tycoon percayakan that Dr, maka kitorang dapat.

Apa yang aku nak highlite kat sini, dikala orang tertanya-tanya kenapa orang ni boleh dapat geran? Kenapa company dia boleh dapat jutaan dana? Panel penilai bias ke?

Look. When trust is in place, even a so-and-so proposal can appear stronger. Bayangkan 2 orang yang submit equally compelling proposals. Yang sorang ada backup strong connection. That connection bertindak sebagai sokongan yang membuatkan decision-maker atau para penilai bersandar kepada orang yang mereka kenal. It’s a natural tendency to value personal recommendations, untuk elakkan risiko membuat keputusan yang salah. Dan rasanya kita pun lebih selesa collaborate with someone we are comfortable with, betul tak? Ini bukan favouritism, tapi familiarity. If a candidate has a relationship with someone influential, this connection can serve as an entryway.

Sebab tu orang business suka networking. Main golf sama-sama. Bukannya nak main sangat, tapi mencari peluang. They are building foundation for future opportunities. Dorang bagus, bukan tak bagus. Tapi bila ada connection, laluan tu mudah sikit. Maybe orang kata bila nak bagi geran, tak boleh bias. Sebab nilai duit tu yang nak dibagi tu besar. Bagilah pada orang yang sepatutnya. But whether we like it or not, it’s a human nature to gravitate toward what feels known and secure. Sebab tu amat beruntung sesiapa yang achieve sesuatu dengan pertolongan kabel. Dan sepatutnya bila ada kabel, gunakanlah dengan baik. Kalau dapat geran, buatlah dengan sehabis baik, gunakan dengan cara yang betul, dan sebaik-baiknya biar ada good return. Contohnya, student dapat scholarship. Paling tak pun, biar lulus. Jangan sangkut. Sama macam bisnes, paling tak pun biar balik modal.

"Bila business mendapat geran, wajibkah ia mencatat untung?"

TAK. Geran biasanya diberikan untuk bantu bisnes mencapai OBJEKTIF tertentu, BUKAN keuntungan. Contoh, aku buat proposal pada tycoon tu, objektifnya untuk setup DNA detection lab dan halal analysis lab. At the same time, aku nak provide training cara nak kesan non-halal sources dalam sample makanan.

Kalau proposal aku lulus, walaupun bisnes tak mencatat untung, takde siapa boleh argue. Because objektif aku adalah 3 benda tu. Dan aku dah pun capai that objective. Setiap 6 bulan kena buat assessment and hantar laporan pada pemberi dana. Tunjuk rekod berapa sample aku detect setiap bulan, berapa halal analysis aku buat, berapa training aku run. Untung is another story, tapi objektif mesti capai. Sebab geran BUKAN pelaburan yang memerlukan bayaran balik atau pulangan. It is a dana yang diberi tanpa keperluan keuntungan sebagai balasan. Kalau pelabur (investor), yes. Dorang nakkan pulangan. Tapi kalau pemberi geran, fokusnya adalah pada impak projek. Syarat utama geran biasanya berkait dengan kejayaan pelaksanaan projek atau objektif tercapai, bukan keuntungan syarikat.

So kalau ada someone apply geran untuk buat 5 cawangan kedai di 5 negara berbeza dan proposalnya lulus, selagi dia berjaya realisasikan 5 bijik kedai ni, pemberi dana takkan question pasal untung rugi. Sebab objektifnya dah tercapai. That's why sebelum bagi geran, macam nak pecah kepala panel penilai cut budget untuk elakkan lebihan dana yang dijolikatakkan later.

Bila pikir-pikir balik, padahal Dr chinese tu bukan someone yang kitorang kenal lama pun. He is just our customer. Kebetulan kitorang asisst kerja-kerja dia dengan baik. Siapa tahu rupanya dia ada connection dengan seorang tycoon. Tak semena-mena rezeki kitorang dapat bukak lab. That's why, apa pun kita buat, buatlah dengan sehabis baik. Kita takkan tahu lorong peluang di masa depan akan datang dari mana.


2024-11-07

Konjac WITH rice flour, tidak OK untuk pesakit kencing manis


Semalam sebelum tido check jap status order aku kat TikTok. Lalu satu live ni. Dia jual beras Konjac. Aku dah pernah beli beras tu tapi dari seller lain. Saja nak bagi bapak aku try sebab dia tengah kontrol blood sugar. Tapi rupanya, itu konjac WITH rice flour, bermakna kandungan karbo tinggi juga walaupun dah dicampur dengan konjac. Bila check blood sugar, memang spike pun. Beras tu kalorinya 57 saja, kalau orang nak diet bolehlah makan, tapi kalau diabetic not recommended. Aku pun tulis kat komen "Beras ni ok. Kalau nak diet, boleh. Tapi kalau diabetic better don't sebab boleh spike sugar. Saya dah beli".

Dia balas "Macamana pulak boleh spike sugar padahal dalam ni takde lemak"

Dah kenapa kait dengan lemak, sayang??

Inilah reason kenapa aku cakap bukan semua orang boleh jual produk yang bersifat teknikal. Dia bantai semua boleh. Dah terang-terang ada RICE FLOUR. Rice flour ni terang-terang karbo. Untuk normal people like us, beras ni boleh jadi beras diet. Tapi untuk diabetic, walau namanya besar-besar KONJAC, tapi dia ada campur dengan tepung beras. Konfem naikkan blood sugar punya. Lagilah pulak aku dah bagi bapak aku makan and dah test pun.

Yang aku geram tu dia boleh kaitkan dengan lemak pulak. Takde kena-mengena lansung! Orang diabetic lagi bagus makan banyak lemak. Sebab lemak tak naikkan gula darah. Risau betul aku orang macam ni jadi seller. Tak memasal je memburukkan lagi gula darah pesakit kencing manis. Please seller, you must know apa yang you jual. Especially benda makan. Walaupun Konjac ni takde kalori, dah sangat sesuai untuk orang berdiet, tapi bukan semua orang boleh ambil. Please please please ambil tahu tentang apa yang you jual, get to know the ingredients facts as well.

Lepas aku komen kat live dia, ada orang yang reply to my komen "Tapi beras konjac ni lagi ok dari beras biasa, kan?"

Aku cakap ya, memang lagi ok kalau sekadar nak berdiet, tapi kalau ada kencing manis, NO. Kalau kau kencing manis, jangan makan Konjac WITH rice flour. Kena makan Konjac sahaja. However, Konjac sahaja memang tak sedap lansung. Berasa jellys semata. Takde rasa macam makan nasi pun. Tapi nak buat macamana, bila dah jatuh sakit, kita memang tak banyak pilihan. Pilih mana yang boleh kurangkan mudarat saja.

Lagi satu, Konjac TAK BOLEH diambil oleh pesakit buah pinggang. DO NOT! Mentang-mentang Konjac katanya makanan kesihatan sebab banyak serat, kau bantai semua boleh. Cannot. Especially pesakit buah pinggang. Serat dalam konjac mengikat kalsium dan kalium. Those yang ada kidney problem kena hati-hati dengan konjac sebab boleh bagi kesan pada level of mineral dalam badan.

Dan jangan lupa, disebabkan Konjac ni high fiber, dia akan serap air dengan banyak. Kalau kau tak minum air dengan cukup, akan berlaku ketidakseimbangan elektrolit. Tekanan darah jadi tak stabil, degupan jantung jadi tak normal, pening-pening and cepat rasa letih/mengantuk. Sesiapa yang ambil Konjac untuk tujuan berdiet, limitkan 1 KALI saja meal dengan Konjac. Jangan sehari suntuk kau bantai Konjac ni. Too much isn’t always a good thing. 

Sebab itu sesiapa yang ambil Maaltyd, aku suggest 1 hari 1 sachet only. Paling tinggi pun 2 sachet. Jangan sepanjang hari kau belasah Maaltyd. Dalam Maaltyd takde Konjac, tapi ada alternative ingredients yang fungsinya sama macam Maaltyd, iaitu mengembang bila masuk ke perut. Bila dia mengembang, perut akan penuh, jadi dapat memanjangkan rasa kenyang.

Kepada pesakit kencing manis, kalau ambil Konjac, hati-hati. Especially yang dah on medication 2 kali sehari. Bila kau top-up dengan Konjac, your blood sugar berisiko untuk jadi terlalu rendah. Karang terus jadi hipoglisemia. Lagi bahaya.

So please ya seller-seller. Get to know what are you selling.


2024-11-06

Dilreba Dilmurat masih Islam ke tak?



Video atas ni is Dilreba Dilmurat, actress China dari etnik Uyghur from Ürümqi. Walaupun katanya kat sana ektik ni tak diterima, sebenarnya ramai je pelakon dari etnik ni. Walaupun minoriti, dalam 10 orang je etnik ni berada dalam entertainment industry kat sana. Tapi yang palong famous dan berjaya is Dilreba. Dia ni cantik memang cantik ya ampun. Body hourglass. Pandai berlakon. Dan actress yang paling banyak pegang advert endorsement and brand ambassador. Rasanya drama yang paling close yang menggambarkan how popularnya dia kat sana adalah drama You are My Glory. Watak dia sebagai celebriti popular dalam drama tu. Dia berlakon dengan pelakon paling kayu dalam dunia, iaitu Yang Yang. Mbhahahaha.

Dilreba ni sexy, dan dia banyak berlakon kissing scene. Fans around the world especially Muslim tertanya-tanya dia ni masih Islam ke tak. Dalam video tadi tunjuk dia Islam. Aku tak nak elaborate pasal Dilreba, tapi nak explain kenapa aku tak berapa minat nak melabel orang berdasarkan penampilan. Especially orang macam Dilreba yang tinggal di negara yang komuniti terbesarnya bukan Islam. Bukan nak kata oh sebab kau duduk negara bukan Islam maka kau dapat kelonggaran tak payah jadi Muslim yang taat. No, bukan macam tu.

Kena tengok dia di mana. Dia seorang artis. Artis ni kita tahu tuntutan kerjayanya perlu apa. Environmentnya sendiri dah cukup payah untuk dia carry tanggungjawab as a good Muslim. Kat sana, kissing scene tu biasa. Satu drama kadang ada 14 kissing scene. Belum lagi dengan pegang tangan, peluk-peluk. Pakaian satu hal lagi. Bukan mudah menjadi dia. Sebab itu kalau Dilreba ada kissing scene, walaupun hati ni berkata-kata juga, at the same time aku faham situasi dia. Nak melabel dia lebih-lebih pun aku tak pasti kalau aku bertukar tempat dengan dia, adakah aku boleh carry tanggungjawab tu dengan baik? Entah-entah aku hanyut dulu.

One of the challenges dari etnik minoriti di sana adalah stigma dan diskriminasi. Walaupun ada a few more artis dari etnik Uyghur, Dilraba is the most famous and successful. Dia punya fan based mostly are non-Muslim. Even artis cina yang bukan Islam pun takde fan base sebesar dia. Maknanya, kalaulah one day dia dapat practice good Islam, tak mustahil dia boleh tarik ramai masuk Islam.

Nak jadi celebriti, senang. Tapi nak breakthrough perlu luck and effort yang bukan calang-calang, especially kat China. Kau Islam di dalam industri entertainment, di tengah-tengah lautan non-Muslim. Kalau tak willing accept hugging scenes, payah nak pi jauh sebab genre drama and movie kat sana mostly romance. Jadi international brand ambassador pun bukan sekadar muka kena cantik, badan pun kena tayang cantik juga. That's why celebriti kita takde yang jadi international brand ambassador. Ada tak? Brand ambassador tau, bukan model. Rasa macam takde.

Again, aku bukan nak ambil mudah pasal agama atau nak menjustifikasi apa yang Dilreba buat, cuma aku cuba untuk letakkan aku di posisi dia. Orang luar macam kita mudah nak bersangka buruk. Ada yang tanya sama ada dia amalkan ajaran Islam atau tak, dia puasa ke tak, dia solat ke tak. Kau rasa kalau dia solat and puasa, dia nak tunjuk ke? Kalau aku ada di tempat dia, aku takkan tunjuk. Kau kaum minoriti, pastu kau beria nak tunjuk kau practice agama kau. Sedangkan kau celebriti. Benda-benda macam ni akan stir macam-macam isu.

"Carilah kerja lain!"

"Kerja mana-mana pun ok asalkan halal"


Aku memang menyampah stok-stok yang cakap macam ni. Bunyi macam senang, tetapi hakikatnya, kau kurang empati. Menyuruh orang simply find another job or accept any job without really understanding the challenges they face is unfair and NAIVE! Aku sokong Dilreba terus berada dalam entertaintment industri. Sebab dia ada rupa, ada bakat and ada personaliti yang baik. Orang kalau ada rupa and bakat, eloklah jangan buat kerja opis. Gunakan kelebihan tu di tempat yang selayaknya. Yang takde rupa and berlakon macam kayu, eloklah kembali ke kerja pejabat. Kau jangan feeling boleh pergi jauh.

Kadang-kadang aku rasa we the Muslim are too harsh pada saudara seagama. Tapi dengan agama lain, bukan main berlembut kita. Semoga orang tu terbukak hati masuk Islam katanya. Belum tentu lagi! Patutnya yang dah sedia Islam ni kita berlembut. Aku pun dulu hauk juga. Rasanya takde lagi orang berani post gambar pakai one-piece swimming suit kat media sosial. Aku je kot. Nasib masa tu zaman blog and My Space je. Kalau skarang, insyallah viral aku dengan jayanya. Siap ada orang publish gambar aku kat adulfriendfinder.com. Dari 2006 sampai 2011 aku masih free hair (2006 tu aku started blogging). Sepanjang tempoh tu, apa aku pakai konfem dikecam. Pakai baju kurung pun kena kecam. Sebab baju kurung aku see through katanya.

Sebab tu aku cakap, untuk orang yang dah biasa berpakaian begitu, dia nak berubah sangat mengambil masa. Kalau dia pakai baju kurung yang see through, jangan dikecam. Kalau dia baru belajar pakai turban, jangan dikecam. Kalau dia dah bertudung tapi tak cover dada, jangan dikecam. Ni tak. Orang tu free hair kau kecam. Orang tu dah bertudung kau kecam. Orang tu bertudung pakai jean ketat kau kecam. Lama-lama orang tu fedap, dia free hair semula. Pastu kau cakap "Biasala tu artis". Tak, bukan sebab dia artis. Tapi sebab dia dikelilingi setan macam kau. Kau tu yang setan. Bak kata ustaz aku, setan ni, kalau tak boleh ajak kita buat jahat, dia akan ajak kita susah nak buat baik. Sebijik macam kaulah tu. Orang tu nak buat baik, kau kondem macam-macam. Kau lah setannya!

Semua orang ada prosesnya. Kita celebrate the process. One step at a time. Labeling someone based on appearance, seperti cara berpakaian, hanya akan menambah stigma and prejudice yang sedia ada. Setiap orang ada cerita dan life journey yang tak selalu dapat dilihat dari luar. Dalam kes Dilraba, dia mungkin terpaksa undergo some compromises to achieve success in the entertainment industry, tetapi tak bermakna dia dah abaikan nilai-nilai yang penting pada dirinya sebagai seorang Muslim. What is more important is the effort and desire to stick to the principles and values ​​she believes in like tak minum alkohol, tak makan babi and always try to get halal food di mana-mana dia pergi. Kita tak tahu apa perjuangan dia dan realiti kehidupan as a Muslim di China.

Susah jadi Dilreba. Umur dah 32, masih belum kawen. Abis tu nak kawen dengan siapa? Chinese Muslim kat sana nak mendekat pun takut sebab Dilreba dah level tinggi dan sangat kaya. Boleh ke keluarga terima seorang pelakon as menantu? Setahu aku Islam kat sana, walau minoriti tapi they practice good Islam. Even mak bapak Dilreba ni pun bertudung berkopiah. Yang non-Muslim pula, berani ke revert to Islam kerana Dilreba?

Dalam banyak-banyak gossip, be it with Yang Yang sekalipun, her management publicly denied. Tapi gossip dengan Johnny Huang dua-dua management tak pernah denied. Dah 4 tahun, sorang tak pernah buka mulut. Maybe isu sensitif. Orang akan question bab agama. Boleh bergegar China kalau Johnny Huang revert to Islam. Aku harap, kalaulah betul Dilreba dah kawen senyap-senyap dengan Johnny, kau adjustlah macamana pun I don't care as long as kau jangan murtad! Paling last, peganglah itu. Insyallah Allah akan bantu. Just tengok macamana Jamal Mirdad dengan Lydia Kandou. Tak pernah sangka, endingnya di usia emas, bercerai. Berpuluh tahun kawen, masing-masing dengan agama masing-masing. Dah tua, dah bercucu akhirnya bercerai. Walaupun orang mengata macam-macam, to me as long as Jamal masih practice Islam selama dia berkahwin dulu, dan tak pernah tinggalkan Islam, alhamdulillah. Selebihnya biar Allah kira.


2024-11-05

Bila merendah diri, dikatanya pula humblebrag.


Panas rupanya isu HUMBLEBRAGGING ni, ya. Beratur DM aku hari ni. Ramai yang respond kat post Humblebragging tu. Tak sikit juga yang risau sejak isu humblebragging ni diangkat, takut apa yang mereka cakapkan akan disalahertikan sebagai humblebrag. 

Ada yang cakap "Tapi humblebrag tu kan merendah diri?"

Ok, bertenang. Bertenang.

Jangan salah faham dengan jurnal tu. Jurnal tu adalah kajian tentang satu topik sahaja. That's why bila baca jurnal, ada syaratnya. Iaitu, fokus dan kesimpulan kita mestilah berkisarkan tentang objektif jurnal itu saja. Jangan menyimpang ke lain.

Contoh kau baca jurnal tentang impak jus buah, teh O manis dengan Java Chips pada obesiti. Hujung-hujung ada orang cakap "Tapi teh tarik lagi tinggi gula!"

Dey! Kau faham tak, bahan ujikaji yang diguna untuk kajian tu adalah 3 benda je - jus buah, teh O manis and Java Chips. Toksah petik teh tarik segala. Dia tak kaji teh tarik dalam tu. Kau pi sambung reasearch dia. Kaji teh tarik pulak. Sama macam jurnal yang menjadikan SOCIAL MEDIA LANGUAGE Vivy Yusof sebagai kajian. Yang dikaji bukannya Vivy, tapi LANGUAGE Vivy sahaja. Kesimpulan yang dia buat dihujung kajian adalah berkenaan dengan language yang dikaji. 

Dalam percakapan kita sehari-hari, atau penulisan, kalau kau rasa statement kau bukan satu humblebragging tetapi statement yang biasa-biasa saja, maka tak perlu risau dengan persepsi orang. Aku punya perspektif tentang humblebragging ni lebih kepada persepsi, rather than intentional boasting. Dalam situasi tertentu, people humblebrag kerana nak “soften” penceritaan supaya orang yang tak berada di tahap dia tak merasa rendah diri. 

Contoh, si X share her achievements. Kawan-kawan si X yang sekufu menganggap apa yang X ceritakan is something to be proud of. Dorang seronok dengar achievement si X. Tapi untuk orang yang di luar compund tu payah nak terima pencertaan begitu. They might feel si X berlagak nak mampus. Disebabkan itulah si X terpaksa "lembutkan" penceritaannya. Penceritaan yang lembut tu pulak disalahertikan sebagai humblebragging.

This “balancing act” is necessary, especially untuk influencer sebab crowd dorang datang dari followers dan haters. Tak semua satu level yang sama. Most of them tak boleh grasp apa yang disampaikan sebab dorang tak ada pengalaman yang sama. Different levels of success, different levels of privilege, or different levels of expertise interact berbeza antara sorang dengan sorang yang lain. Dalam situasi ni, orang yang more successful merasa ada keperluan untuk downplay their tulisan untuk mengelakkan dari nampak seperti berlagak or insensitive. Tapi bila dorang downplay, dorang dikata humblebragging pula.

Sebab itu golongan ada-ada selalu bergerak dengan yang ada-ada juga. Not because dorang selective tetapi memudahkan dorang untuk berinteraksi. Tak payah nak menjaga hati. Nak cerita pasal shopping henbeg RM300K pun rilek-rilek je sebab dorang sorang dorang pun pakai henbeg ratus ribu. Masalahnya kita yang marhaen ni sibuk nak masuk team dorang pastu kita bitter bila dorang humblebrag.   

Bagi aku humblebragging adalah persepsi. Kalau kau sekufu dengan si X, apa yang dia cerita kau enjoy reading it. Tapi kalau tak sekufu, apa dia cakap semuanya nampak seperti berlagak atau acah-acah. Contoh situasi:

SITUASI PERTAMA
Seorang entrepreneur berjaya jual her business bernilai juta-juta. Dia cakap, “Tak sangka dapat jual secepat ni. Now I tengah pikir apa nak buat dengan masa lapang yang banyak ni". To some, that may sound like a humblebrag. Sebab dia bercakap tentang her financial success and freedom. However, in reality, dia mungkin GENUINELY has no idea apa nak buat bila terlampau free dan no idea how to handle this new phase in her life. Orang dah biasa kerja keras, tiba-tiba jual bisnes, of cos blank kejap tak tahu nak buat apa. So as readers or listener’s, our perception terhadap kata-kata dia is depends on our own experiences. Someone yang tengah struggle membina kerjaya might see that as an unnecessary humblebrag. Tapi orang yang ada similar experiences might view it as a genuine reflection.

SITUASI KEDUA
Seorang student dapat straight As in SPM. Bila ditanya dia kata, “I don’t know how I managed to ace that exam. I barely studied!” Wohooooo! Untuk orang yang tak score, this sounds like a classic humblebrag. Teruk budak tu kena kecam dengan makcik-makcik fesbuk nanti. Terus budak tu kena cop tak pandai baca Quran sebab anak makcik yang straight C tu hafal Quran. Biarlah tak straight A pun, takpe katanya. Janji rajin membantu ibubpa juga. Ntah hape kaitan ntah. Padahal budak tu betul-betul terkejut dengan result yang dia dapat. Tapi orang interpret differently.

SITUASI KETIGA
Katakanlah si A biasa holiday overseas, dan B pula tak pernah ke luar negara. Si A cakap "Aku pun tak tahu kenapa asyik dapat tiket murah, mungkin rezeki,". Apa B terfikir? B akan anggap A is humblebragging. Walhal A hanya nakkan perbualan tu tak menyinggung perasaan B yang tak mampu melancong. Jadi A menjadikan ceritanya kelihatan biasa-biasa atau kebetulan saja, so that B tak merasa rendah diri.

Tu pasal SEKUFU sangat penting. Bukan pada pilih pasangan je, tapi berkawan pun. Nak lagi zaman media sosial ni, bukan semua nak jadi kawan kau. Ramai hanya nak tengok-tengok and see sejauh mana kau boleh pergi je. Zaman sekarang, yang tak ada, sibukkkkkkkk nak ambil tahu pada yang ada. 

Masa aku kecil dulu, aku sedor diri. Disebabkan aku bukan orang ada-ada, aku tak berani nak merapat dengan set-set yang ada-ada ni. Perati dari jauh je. Bukan apa, aku tak nak nanti kalau aku merapat, dorang segan pulak. Lagipun aku tak reti nak bersembang cara dorang. Biarlah dorang bebas bercerita dengan seronok. Tapi set-set dorang ni selalunya baik dan tak letakkan barrier dalam berkawan. Cuma nak jadi kawan baik tu maybe susah sikitlah sebab kita pun tak serasi dengan gaya hidup dia.

Ini pengalaman sendiri. Masa aku Darjah 6, aku terpilih oleh KPM untuk ke Fukuoka. 40 orang dari Malaysia. Wakil Selangor 4 orang, termasuk aku. Masa aku dapat pergi, yang set-set duduk banglo ni congratulate aku. Dorang advise aku untuk bawak apa, pakai apa. Sebab budak-budak ni dah pernah pegi overseas. Tapiiii yang hauk, yang semikin macam akulah yang palingggg bitter bila aku dapat. "Macamana kau boleh dapat. Oya yang jadi pengawas and selalu dapat nombor 1 pun tak terpilih".

Aku pergi Jepun sebelum UPSR. Lepas UPSR aku dapat TKC. Yang dapat offer ke TKC was aku and Oya. Aku and Oya satu dorm. Oya katil bawah, aku katil atas. Bila dorang tahu aku pun dapat TKC sama macam best student, terdiam terus set-set tu. Terus taknak kawan aku. Eh tiber. Dah kenapa kau??

Zaman sekarang, yang tak ada, suka nauuuu mencari tahu yang ada-ada. Yang si ada-ada pulak kena berhati-hati dalam bercerita takut dilabel berlagak. Bila merendah diri, dikatanya pula humblebrag. Konfius aku. 


2024-11-04

Humblebragging


Semalam dek kerana banyaknya orang post word HUMBLE BRAGGING, aku pun bertanya kat IGS, apa benda yang sedang berlaku kat Malaysia dengan perkataan "humble bragging". Maklumlah I menjak menetap di China ni, kadang tertinggal isu-isu panas. Pastu ada orang forward jurnal.

Aku tengok tajuk, wow! - "An analysis of Vivy Yusof’s humblebragging language on social media". Siap ada kajian. Tapi aku syak ramai tak membaca. Tu pasal ada certain isu yang panas, aku prefer tulis in English and tepek kat LinkedIn berbanding di FB, sebab kalau letak kat FB, orang tend baca tajuk je. Nanti I kena kecam.(humble bragging detected, part 1).

Memandangkan jurnal dia tak panjang sangat, aku try la baca sambil selak-selak dictionary. Maklumlah English SPM I sekadar A2 je (humble bragging detected, part 2).

Ok, serious.

Aku try dah baca jurnal tu. Kajian tu bukan tentang Vivy, tapi tentang "illocutionary point". Penulis (researcher) nak kaji kebenaran Teori Ilokusi Searle dan Teori Humblebrag dari Sezer, Gino, dan Norton. Kebetulan Vivy adalah sosial media celebrity. Vivy ada banyak bahan untuk kajian si penulis. Maka, dia pilih Vivy sebagai bahan kajian. Kajian ni nak menkaji tentang SOCIAL EXPECTATIONS, bukan nak mengata atau mengkondem Vivy suka humblebrag.

Dia kata, Complaint-Based Humblebrag adalah gabungan keluhan dan elemen yang indirectly menonjolkan diri atau achievement diri.

Contoh Complaint-Based Humblebrag - "I can’t believe how exhausting it is to be recognized everywhere I go”

"Penat betul nak manage tiga biga project dalam masa satu minggu ni, sampai tak sempat nak proper sleep. Nak buat macam mana, klien nak aku juga handle project dorang".

"Balik dari Paris dah 2 minggu, tapi still jet lag. Tu lah, orang nak pi overseas, kau pun nak pergi. Lain kali kita cuti dalam negara je lah!"

"Last week beli henbeg limited edition. 2 jam melekat kat butik sebab ramai orang queue. Tak sangka ramai juga yang ada taste macam ni"


Ini semua BUKAN ayat Vivy. Ini contoh dari aku saja, nak bagi paham.

Rasanya ramai biasa dengar ayat-ayat macam tu, kan? Entah-entah kau pun pernah cakap, tapi sebab kau tak terkenal, orang tak tahu. Hahahaha.

Yang kedua, mengkaji jenis Humility-Based Humblebrag. Humblebrag jenis ni menunjukkan kerendahan hati, tapi indirectly shows achievement or superiority. Contoh:

"Syukur sangat team saya berjaya siapkan big campaign ni within short period. Orang nampak macam saya hebat, padahal saya mainkan peranan kecil je. Usaha team saya yang buatkan macam saya nampak hebat".

"Terkejut bila dapat tahu saya terpilih untuk award ni. Rasa macam tak layak sangat, tapi ini hasil usaha bersama dengan team yang hebat."

"Tak percaya dapat handle semua kerja ni sambil jaga anak-anak dan suami. Saya bukanlah ibu dan isteri terbaik, tapi syukur suami dan anak-anak banyak sokong."

Yang last tu biasa nampak, kan? Again, tapi sebab kau tak terkenal, jadi orang pun tak kuasa nak jadikan kau subjek.

Apa yang aku faham, jurnal tu nak memperlihatkan bahawa humblebragging sebenarnya kurang berkesan untuk dapat persepsi positif. Lebih baik puji diri sendiri dengan jelas. Atau kalau nak mengeluh, atau nak merempan, buat dengan jelas. Contoh:

"Saya sangat bangga dapat achieve sales target tahun ni! Terima kasih kepada semua yang telah menyokong!"

"I berjaya selesaikan my first marathon! Pengalaman yang mencabar tapi berbaloi!"


Sebab bila kau menyatakan achievement dalam bentuk humblebrag, akan buat orang lain nampak yang kau try to seek attention, and this will create a negative impression. At the end of the jurnal, the penulis concluded that although humblebragging bertujuan untuk share achievements dengan rasa rendah hati, it is often viewed negatively as it can be seen as insincere. Itu saja kajiannya. Takde kena-mengena dengan Vivy lansung. Cuma Vivy dijadikan guine pig dalam kajian ini.

Post ni takde kena-mengena dengan isu Khazanah, ya. Hat tu aku tulis lain. Tapi untuk isu humblebrag ni, aku tak setuju orang kata "kajian ni dibuat sebab memang Vivy tu always play victim". Dah kenapa kau? Len kali baca sampai habis, bukan baca tajuk. Pastu merempan macamkan paham. Itulah pentingnya english edikesyen! *humblebrag level 7 petala langit yang disertai petir dan halilintar*


2024-11-03

Testimoni GreenAard: Lepas ambil Nutrijuice, sakit-sakit tumit dah berkurang.

Ya, anak-anak sekalian. Post FB GreenAard pagi ni tu betul. Buy 3 Nutrijuice, dapat FREE 1 bottle. Maknanya, jimat RM65. Aku ada highlite pasal ni last week, tapi masa tu korang semua dalam mood cuti raya, maybe tak terperasan, sampailah pagi ni GreenAard naikkan poster promo ni. Ada yang baruuuu beli last week katanya. Last week, kita masih Oktober. This week dah November. November ada new package.

Sebenarnya, apa-apa pakej yang kita buat, semuanya ada win-win deals. Contohnya, yang beli bulan September, dapat beli dengan harga RM59/botol. Yang beli bulan November, dapat free Nutrijuice, tapi kena beli 3 botol. Mana-mana pun ada kelebihannya. Nutrijuice ni sebotol tahan around 10-14 hari. So kalau last week dah beli, this week nak beli lagi pun takde masalah. Grab je offer ni kalau ada budjet. Sebab dah sah-sah memang makan, kan. Lagipun Nutrijuice kita always buat fresh stok. Jangan risau bab expiry. Expiry date memang jauhhhh lagi.

Testimoni sebelah tadi pasal sakit tumit. Lepas ambil Nutrijuice, sakit-sakit tumit dah berkurang. Aku tak sure sakit tumit yang macamana. Samada yang jenis mencucuk-cucuk, atau lenguh, atau sakit bila berjalan. Walaupun kebanyakan kes sakit tumit berkait dengan punca lain, tapi ada kemungkinan ada kaitan dengan high cholesterol. Macam pengguna yang bagi testimoni ni cakap, sakit tumit hilang lepas guna Nutrijuice. Maybe itu petunjuk PERTAMA dia memang ada masalah kolesterol. Sebab high cholesterol boleh contribute pada pembentukan plak dalam salur darah, which reduces blood flow ke kaki. Aliran darah yang berkurang akan jejaskan bahagian badan, termasuk kaki. That explains kenapa tumit rasa tak selesa atau sakit. Ini penjelasan aku yang paling mudah dan lojik.

Lagi satu, ada satu penyakit yang berkait dengan tumit, iaitu PAD (penyakit arteri periferal). Yang ini, dek kerana salur darah ada masalah, aliran darah tersekat dari masuk ke bahagian bawah kaki. Untuk orang yang ada penyakit PAD, bila tumit bermasalah, akan menambahkan lagi rasa sakit. Tapi in this kes, memandangkan pengguna confirmkan yang sakit tumit lega selepas rutin dengan Nutrijuice, maknanya itu ada kaitan dengan kolesterol.

Lagi satu, kitorang ada regular customer yang beli Nutrijuice sekaligus stok untuk setiap 6 bulan. Orang ni ada gout. Dia kata sejak minum Nutrijuoce gout dia makin takde. Usually sakit gout ni ada kaitan dengan high uric acid. Tapi untuk orang yang ada kolesterol tinggi, lebih berisiko dapat gout. Sebab apa? Sebab, orang yang ada high uric acid SELALUNYA ada high cholesterol because kedua-duanya adalah a part of metabolic syndrome. Dia akan datang sepakej, cepat atau lambat. Jadi kalau sesiapa dah ada kolesterol tinggi, kena jaga-jaga dengan uric acid level. Kerana excess cholesterol boleh menyumbang kepada inflammation dalam badan. Inflammation ni akan merosakkan tisu sendi.


2024-11-02

1 Cina mati, 1 keluarga menjadi jutawan. Tapi 1 Melayu mati, akan timbul 1 court case



Video yang aku share awal pagi tadi tentang “1 Cina mati, 1 keluarga menjadi jutawan. Tapi 1 Melayu mati, akan timbul 1 court case,” indirectly menggambarkan perbezaan antara financial mindset (or maybe culture) orang cina dan melayu. Bagi orang cina, perancangan harta pusaka termasuk pembahagian harta sangat diutamakan. Sebaliknya, dalam culture melayu, financial mindset ni belum menjadi kebiasaan. Masih lagi bergantung pada sistem faraid semata-mata. Dan selalunya, waris end up bergaduh sebab tak dapat pusaka yang banyak, which ultimately jadi court case.

Like lelaki dalam video tu cakap, to be fair, ini bukan soal bangsa tetapi individu. Tapi dalam banyak yang kita nampak, memang melayu yang always ada masalah dengan pembahagian harta selepas kematian. Most Chinese families dah rancang kewangan sejak awal lagi. Bak kata En Wan, agen insurans (conventional) paling senang close case. Tak payah cari client. Client datang sendiri cari dorang. Sebab culture chinese, bila anak lahir je, buat medical card dulu. Buat medical card yang siap ada education saving. Bayar caruman mahal takpe, janji education plan dah ada. Padahal anak baru lahir 3 hari, dorang dah plan anak tu punya kehidupan lagi 20 tahun.

Bab ni aku bersyukur sebab En Wan lebih celik mata dari aku. Sebab kat Jepun, student semua kena ada medical card. Jadi, bila balik Malaysia, benda yang En Wan buat adalah medical card. Bila lahir je Redza, medical card yang dia buat dulu. Aku on the other hand datang dari keluarga yang takde awareness dan knowledge lansung bab ni. Sakit je, pi klinik panel. Patah kaki, pi hospital kerajaan. Jadi aku takde perspektif meluas tentang medical card, until kawen dengan En Wan. Redza pun kitorang apply medical card yang ada education saving sekali. Savings tu sehingga umur 18 tahun kalau tak silap. Plannya, lepas sekolah bolehlah guna duit tu nanti untuk preparation dia ke Uni. Tapi memandangkan dia dapat scholarship, jadi duit yang kitorang withdraw tu laburkan terus dalam ASB dia. Ini jadikan duit hantaran kawen esok. Kalau beranak-pinak duit tu, ada lebih boleh buat downpayment beli rumah. Lepas kawen, pindah. Jangan nak memenuhkan rumah aku. Gagagagagagaga.

Duit Tabung Haji pun sama. Dari kecil kitorang save-kan untuk budak-budak ni. Tak banyak, tapi konsistenlah setiap bulan. Masa umur 12 tahun, kitorang bawa budak-budak ni ke umrah. Kau ingat aku keluar duit saving aku bawak dorang? Keluarkan duit Tabung Haji masing-masinglah bawa diri sendiri ke Mekah. Duit banyak-banyak dalam tu buat apa. Itulah gunanya. Esok dah kerja, pandai-pandai sambung menyimpan. Mak bapak simpankan selagi belum bekerja je.

Sama juga dengan medical card. Medical card Redza yang kitorang buat masa dia kecil dah dibatalkan sebab cover hingga 18 tahun saja. Alhamdulillah selama 18 tahun Redza sihat, tak perlu guna medical card. Dapat la duit sikit dari education saving tu. Pastu bapak dia buatkan new medical card. Yang ni bapaknya bayarkan sehingga bekerja saja. Dah kerja esok, pandai-pandai kau. Buat awal, caruman masih rendah. By the time dia start bayar nanti, insyallah dia mampu.

Kebanyakan keluarga cina see financial planning as a measure to protect the future of the children dan waris (isteri) yang akan ditinggalkan. Dorang ni paling menggunakan tools such as life insurance, savings plans, and long-term investments. Dulu pernah ASB ke ASN buka untuk non-bumi, golongan dorang yang serbu dulu. Dorang memang ambil peluang benda-benda ni sebab dorang tahu benda ni semua protect their financial agak tidak rabak kemudian hari. Aku pernah dengar En Wan punya talk. Ada satu statement yang pahit tapi benar. Dia cakap, "Di Jepun, satu orang ada 4 medical card. Di Malaysia, 4 orang share satu medical card". Maksudnya, kat negara kita mostly nak yang murah. Kalau boleh nak grouping medical card. Nak satu keluarga share 1 medical card saja. Tapi nak yang boleh cover semua. Nak bilik single. Nak yang tak payah bayar deposit hospital lansung. Yang penting murah. Alamak aii letih!

That's why En Wan kata setiap tahun yang Top 10 atau Top 20 natiowide insurans producers adalah non-bumi (chinese atau india) sebab culture bangsa dorang memang cenderung financial planning. Medical card tu tak payah propose. Cukup kalau kau propose kat 1 family, nanti family ni akan suggest kau kat kawan-kawan dia because konfem dorang memang mencari. That's why last year bila En Wan dari takaful boleh masuk carta top producer, dorang mencari-cari mana satu agennya. Because bukan senang takaful agen nak jadi top producer. Baru-baru ni semua top producer dapat invitation dinner dengan Regional Manager Prudential yang baru, from India. CEO Prudential Malaysia tarik En Wan introduce kat Regional Manager tu, "This man last year produce 340 cases. Everyday close case". En Wan kata dia terkejut kena tarik. Terus blank kejap. Terus tak selera makan. Balik rumah menggelupur masak maggi, kebulur.

Hibah tu pakkal hanya orang Islam saja boleh apply. Kalau bukak pada chinese, percayalah cakap aku, tutup terus kuota hibah tak bukak-bukak dah pastu. Sebab orang cina tak nak wariskan hutang kepada waris.

Aku banyak tengok cerita cina. Dalam setiap drama penyiasatan, mesti ada kes bunuh diri. Ada satu scene tu, this one polis tahu kerja jahat kawan dia. Dia tahu kawan dia akan geledah rumah and interrogate anak bini kalau dia melarikan diri. Jadi, apa dia buat? Dia bunuh diri. Bila bunuh diri, anak isteri tidak akan diganggu. From there kita boleh nampak culture dorang ni payah nak perturunkan masalah kepada waris. That's why dorang ni kelompok yang always buat planning, termasuk financial planning supaya waris tak terbeban.

Masa Prudential buka tawaran Hibah Orang Sakit, memang berdesup sales. Hanya orang yang dah jatuh sakit saja nampak kepentingan hibah. Sama macam medical card. Hanya yang dah jatuh sakit saja tahu benefit medical card. Bila dah sakit dah takleh buat apa. Selalunya application kena reject. Tapi ada juga yang takaful accept with high loading. Ni aku pesan, kalau apply medical card tapi ada high loading, ACCEPT saja. Bila dorang willing to accept, bermakna dorang dah calculate 50-50 chance. Erti kata lain, penyakit kau ada peluang untuk tak beri mudarat. Kalau dapat mudarat pun, dorang willing to cover. Tapi kalau yang direject terus tu, tak boleh buat apa lah. Bermakna dorang dah nampak consequencesnya.


2024-11-01

Fresh grad minta gaji minimum RM3K


Kecoh sekejapan baru-baru ni video fresh grad minta gaji minimum RM3K. Actually bukan minta, tapi lebih kepada expect to get RM3K as gaji minimum. Ramai yang bash balik budak-budak tu. Sebagai seorang majikan, I dont have problem bila tengok that video. Kalau dorang ada skill yang industri perlukan, why not? Contoh, macam influencers atau bloggers. Disebabkan dorang ada skill yang industri perlukan, maka mereka dibayar dengan tinggi untuk buat kerja. The issue here is bukan majikan mampu bayar atau tak, tetapi you buat kerja seperti yang majikan harapkan atau tak?

Bukan apa, ya. Aku ada experience dengan ramai pekerja. Kebanyakan yang aku dapat yang memang boleh buat kerja. Tapi ada some yang entahlah aku sendiri konfius apa je yang kau belajar kat uni dulu. Pointer memang tinggi. Portfolio cun. Tapi bila dibagi task, OUT. Minta gaji tinggi tak salah, but some of them simply meletakkan harga mereka based on result exam. Oh because I am a first class graduates, I must get this amount. I must tell you, bila masuk kerja, suasananya lain. Most of the time you tak buat kerja macam yang you sangkakan. Aku dah lalui macam-macam perangai interns semasa tempoh internship. Belajar itu dan ini, tiba masa kita bagi task, blank. Tu belum dengan perangai lagi. Aku malas nak start, ya. Panjang aku merempan nanti. Hari ni nak tulis rilek-rilek je.

Percayalah cakap aku, many employers are open to paying well for the RIGHT TALENT. Tanyalah majikan, nak dapat pekerja yang boleh buat kerja, sangat susah. Nak dapat jenis yang plug-and-play-type, lagilah jauhhhhh lebih susah. Most of them kena lalui probation period up tp 6 months. Bermakna, dalam tempoh 6 bulan ni masih perlu ditrain. We employers values skill, experience, and delivery. While we are willing to pay competitively, we also need to ensure that fresh graduates can deliver on the tasks and responsibilities required.

Contoh paling mudah, sales. Nak gaji RM3K, tapi sales hauk. Minimum target pun tak lepas. Tak reti nak creative dalam mencari sales. Hanya tunggu order masuk. Tapi nak gaji tinggi. Abis camana? That's why mana-mana company yang ada position sales, gaji basic orang sales is typically the lowest. Company nak tengok dorang boleh deliver ke tak. If they do, they are rewarded with generous monthly commissions. Ini baru betul kalau mintak gaji tinggi pun, sebab dorang buktikan they bring sales dengan banyak.

Fresh graduates selalunya letakkan salary expectations berdasarkan their academic achievements. Kalau pointer tinggi, aku layak untuk demand. Gitu. Dulu aku pun macam ni. Graduate with good grades. Berjaya convert loan ke scholar. Aku pernah jadi wakil pelajar ke sessi berdialog dengan Perdana Menteri. Aku pernah terpilih oleh KPM untuk ke Fukuoka. Banyak point yang aku boleh jadikan sandaran untuk demand gaji tinggi. Gitulah angan-angan aku dulu. Sekali dapat kerja Research Assistant di MOSTI, gaji RM1,400. Lepas tu kerja di Prudential, gaji RM1,800. Then kerja kat biotech company, gaji RM1,600.

Masa di MOSTI, dengar je jawatan Research Asistant, dah terbayang kerja dalam lab. Ok, boleh pergi ni. Dah biasa kerja lab. Rupanya, kerja ofis. Read and identify proposal biotech projects yang bagus untuk dibawa ke penilaian pakar-pakar biotech bagi kelulusan research grant. Pening aku baca proposal sebab terlampau banyak istilah sains dan projek penyelidikan yang aku tak tahu. Bila duduk sebilik dengan para pakar, ya ampun terasa kerdilnya diri ini. Malu pulak nak sembang pointer yang kononnya tinggi nau tu. Barulah aku nampak nilai gaji aku tu memang sepadan. Hahahahaha.

Kat Prudential, aku tak sure macamana aku boleh lepas hingga ke 3rd stage interview. Maybe aku bercakap dengan konfiden. Sebab requirement utama adalah medical background or biomedicine graduates. Aku graduate biotech. Walaupun basic ada, tapi tak berapa kena. But aku dalam jadi medical underwriter. Bila dah masuk dalam team, dah tengok proposal client, barulah sedar terlalu banyak yang aku tak tahu. Supervisor arahkan semua underwriter beli buku Merck Medical Manual.

"Treat this as your bible!" katanya.

Ke sana sini aku berkepit dengan buku tu untuk kena jenis-jenis penyakit. Barulah sedar, banyak yang aku dah belajar and achieve masa kat U dulu, tetapi terlalu banyak lagi yang aku tak tahu. Memandangkan aku takde strong biomedicine background macam orang lain, maka aku takde pilihan lain melainkan kena laju. Jadi, hari-hari aku membaca medic manual tu. Tak cukup dengan tu, akulah manusia yang paling rajin turun ke klinik Prudential untuk tanya doktor pasal penyakit.

Join biotech company as sales, dari gaji RM1,800 turun ke RM1,600. Tapi dia janjikan dengan komisyen skim yang sedap, cuma syaratnya kena hit targetlah. Memandangkan aku new, management bagi aku beberapa agensi yang masih baru dan research work belum banyak. Dalam erti kata lain, budak-budak sales dalam company tu taknak handle agensi-agensi ni sebab kurang sales. Dorang nak jaga agensi yang aktif macam universiti. Banyak order dan mudah achieve sales target. Agensi yang dorang bagi aku dulu adalah UNISEL, KUSTEM (now UMT), KUTPM, UPM Bintulu dan Pusat Biosekuriti Perikanan. Basically 5 tempat ni belum aktif buat research. Bila tak aktif, mana nak datang order, kan? Dorang nak aku growkan tempat-tempat ni.

Alhamdulillah, aku berjaya buat banyak bisnes di tempat-tempat ni. Aku masuk UNISEL, aku nampak banyakkkk sangat peluang. Aku tak faham apesal budak-budak kat ofis tu taknak jaga UNISEL. Ada ramai customer UNISEL yang masih bertegur sapa dengan aku now. Ada je kat FB list aku. Antaranya Prof Sharul (now UKM), Ms Suwaibah (now UiTM), Dr Tan, Dr Seetha. Ini antara customer yang banyak beli dengan aku.

Lepas tu KUSTEM. Masa ni KUSTEM memang belum banyak projek, tapi aku rajin je tadah muka kat sana setiap bulan. Networking. Rupanya banyak je sales dari sana aku dapat. Budak-budak ofis tu je yang pemalas nak cari sales. Mengharap order masuk je. Aku pernah close 1 juta sales dari satu lab.

KUTPM (now MSU) adalah kenangan paling manislah. Masa aku jaga akaun ni, dorang masih di lot kedai. That day sepatutnya COO aku yang buat presentation di KUTPM. Dorang nak bukak new lab. Tapi COO ada urgent kes di HUSM Kubang Kerian. Dalam ramai-ramai sales kat ofis, dia pilih aku untuk gantikan dia. Padahal aku tak pernah kerja direct bawah dia pun. Supervisor aku pun terkejut apesal aku yang kena pergi. Dia hanya pass kat aku pendrive slide presentation, selebihnya pandai-pandai aku nak close deal. Aku dapat close deal the whole lab. The whole instrument dalam lab tu dari our company.

UPM Bintulu takde siapa nak pergi sebab tak banyak research work. Budak-budak ni semuanya jenis nak ambik order. Tunggu customer email atau call minta quotation. Lepas tu order pun masuk. Hujung bulan hit target canang pandai buat sales. Hampeh. Kalau pandai, pi la UPM Bintulu tu sekali. Yang pi UPM Serdang je buat apa. Padahal dia jaga akaun UPM, tapi UPM Bintulu bagi kat aku. Binawe. Sebenarnya banyak je peluang nak buat sales kat UPM Bintulu. Bila kau tahu apa kau buat, pusing kot mana pun kau boleh bawak sales. Tapi bila kau tak tahu apa benda kau buat, kau nak propose project to customer pun tak reti. Tak propose projek, mana nak datang salesnya? Kat sini aku banyak buat sales dengan Dr Zalinah (now di UPM Serdang). Pernah satu kali tu order dari sana masuk RM78K. Zaman tu, fax masuk terus dalam company's email. Semua orang boleh nampak. Bila order tu masuk, CEO reply to that email kepada aku, ucap tahniah. Satu opis baca. Berlagak gila aku catwalk depan budak sales yang reject UPM Bintulu tu. Mbhahahahaha.

Pusat Biosekuriti Perikanan. Aku selalu pergi yang kat Sepang. Yang ni pusat paling sendu. Sebab kerja dorang niche. Gila punya sepi setiap kali aku ke sana. Staff pun tak nampak mana menyoroknya. Aku mati kutu kejap macamana nak cari sales dari tempat ni sebab projek dorang tak banyak. Tapi, duit peruntukan ada. Jadi, aku buat talk. Ajar cara nak design primer (jujukan DNA), ajar analisis halal, buat customer projek, etc.

Ceritanya aku nak cakap, kalau kau boleh buat kerja, majikan tak berkira nak bagi gaji tinggi dan segala macam tok nenek reward. Masalahnya sekarang, kau berkira buat kerja, tapi kau demand tinggi. Kalau kau boleh bagi apa yang company nak, company akan bagi kau apa yang kau tak expect boleh dapat. Masa aku kat company biotech yang pertama, I am the only salesperson yang dapat laptop. Bukan laptop company tau, tapi company belikan laptop as hadiah, complete dengan printer ans scanner atas meja aku. Tak share dengan orang lain. Masa aku resign, ingat nak pulangkan. Tapi management kata dalam rekod, itu adalah hadiah. Aku pun angkutlah bawa balik. Kalau aku bertahan lagi setahun, maybe aku boleh dapat mesin fotokopi sekali.

Contoh lagi satu, En Wan. Siapa je yang dah sedap makan gaji 5 angka, tiba-tiba jadi agen takaful yang takde pendapatan tetap? Tak ramai yang berani ambil risiko. Tapi boss En Wan bagi jaminan. Kalau En Wan boleh deliver dalam sekian-sekian tempoh, the company akan bagi gaji maksimum sama seperti gaji terakhir dia dulu. He made it. Walaupun part of it aku buat marketing, aku hanya create awareness saja. Jumpa clients and close deal bukan kerja aku. It takes another approach to achieve that goal.

Hakikatnya itulah. The workplace environment is different from the classroom. Banyak beza. It requires applying knowledge PRACTICALLY, yang selalunya fresh graduate gagal dapat buat. Tu belum lagi cerita working under pressure. Dunia kerjaya tak sejajar secara langsung dengan apa yang kita belajar masa kat U. Ramai fresh grad ingat bila dah grad, dah habislah belajar. Padahal masuk ke dunia kerja, kalau kau tak laju, kalau tak keep on learning, payah sikitlah nak argue bab gaji tu.

Macam aku cakap tadi, influencers and bloggers. Ini contoh paling senang nak faham. Ini real-world application. These people understand metrics, audience engagement, and content creation. Sebab itu mereka dibayar dengan tinggi oleh company and company tak kisah keluar duit untuk dorang sebab company dah kira margin yang bakal dorang dapat. Aku pernah nampak satu TikTokers ni iklankan service dia. Dia nak company bagi gaji RM3K sebulan, belikan kereta, dan belikan henfon bil semua company bayar. Aku tak sure apa jadi dengan dia. Tapi kalau dia boleh bawak banyak sales, why not? Cuma ceritanya sekarang, kau boleh deliver ke tak. Meh kita try probation 3 bulan dulu. Kalau menjadi, kita belikan kereta. Lock terus 3 tahun takleh resign. Aaa gitu.

So the issue is not necessarily about employers not being able to afford higher salaries, but rather about ensuring that the candidate justifies the pay by delivering results. Fresh grads yang tetapkan gaji sekian-sekian is ok. As long as you perform. Tapi selalunya bila kita setkan target, tak lama lepas tu dia hantar surat resign.