Semalam sebelum tido check jap status order aku kat TikTok. Lalu satu live ni. Dia jual beras Konjac. Aku dah pernah beli beras tu tapi dari seller lain. Saja nak bagi bapak aku try sebab dia tengah kontrol blood sugar. Tapi rupanya, itu konjac WITH rice flour, bermakna kandungan karbo tinggi juga walaupun dah dicampur dengan konjac. Bila check blood sugar, memang spike pun. Beras tu kalorinya 57 saja, kalau orang nak diet bolehlah makan, tapi kalau diabetic not recommended. Aku pun tulis kat komen "Beras ni ok. Kalau nak diet, boleh. Tapi kalau diabetic better don't sebab boleh spike sugar. Saya dah beli".
Dia balas "Macamana pulak boleh spike sugar padahal dalam ni takde lemak"
Dah kenapa kait dengan lemak, sayang??
Inilah reason kenapa aku cakap bukan semua orang boleh jual produk yang bersifat teknikal. Dia bantai semua boleh. Dah terang-terang ada RICE FLOUR. Rice flour ni terang-terang karbo. Untuk normal people like us, beras ni boleh jadi beras diet. Tapi untuk diabetic, walau namanya besar-besar KONJAC, tapi dia ada campur dengan tepung beras. Konfem naikkan blood sugar punya. Lagilah pulak aku dah bagi bapak aku makan and dah test pun.
Yang aku geram tu dia boleh kaitkan dengan lemak pulak. Takde kena-mengena lansung! Orang diabetic lagi bagus makan banyak lemak. Sebab lemak tak naikkan gula darah. Risau betul aku orang macam ni jadi seller. Tak memasal je memburukkan lagi gula darah pesakit kencing manis. Please seller, you must know apa yang you jual. Especially benda makan. Walaupun Konjac ni takde kalori, dah sangat sesuai untuk orang berdiet, tapi bukan semua orang boleh ambil. Please please please ambil tahu tentang apa yang you jual, get to know the ingredients facts as well.
Lepas aku komen kat live dia, ada orang yang reply to my komen "Tapi beras konjac ni lagi ok dari beras biasa, kan?"
Aku cakap ya, memang lagi ok kalau sekadar nak berdiet, tapi kalau ada kencing manis, NO. Kalau kau kencing manis, jangan makan Konjac WITH rice flour. Kena makan Konjac sahaja. However, Konjac sahaja memang tak sedap lansung. Berasa jellys semata. Takde rasa macam makan nasi pun. Tapi nak buat macamana, bila dah jatuh sakit, kita memang tak banyak pilihan. Pilih mana yang boleh kurangkan mudarat saja.
Lagi satu, Konjac TAK BOLEH diambil oleh pesakit buah pinggang. DO NOT! Mentang-mentang Konjac katanya makanan kesihatan sebab banyak serat, kau bantai semua boleh. Cannot. Especially pesakit buah pinggang. Serat dalam konjac mengikat kalsium dan kalium. Those yang ada kidney problem kena hati-hati dengan konjac sebab boleh bagi kesan pada level of mineral dalam badan.
Dan jangan lupa, disebabkan Konjac ni high fiber, dia akan serap air dengan banyak. Kalau kau tak minum air dengan cukup, akan berlaku ketidakseimbangan elektrolit. Tekanan darah jadi tak stabil, degupan jantung jadi tak normal, pening-pening and cepat rasa letih/mengantuk. Sesiapa yang ambil Konjac untuk tujuan berdiet, limitkan 1 KALI saja meal dengan Konjac. Jangan sehari suntuk kau bantai Konjac ni. Too much isn’t always a good thing.
Sebab itu sesiapa yang ambil Maaltyd, aku suggest 1 hari 1 sachet only. Paling tinggi pun 2 sachet. Jangan sepanjang hari kau belasah Maaltyd. Dalam Maaltyd takde Konjac, tapi ada alternative ingredients yang fungsinya sama macam Maaltyd, iaitu mengembang bila masuk ke perut. Bila dia mengembang, perut akan penuh, jadi dapat memanjangkan rasa kenyang.
Kepada pesakit kencing manis, kalau ambil Konjac, hati-hati. Especially yang dah on medication 2 kali sehari. Bila kau top-up dengan Konjac, your blood sugar berisiko untuk jadi terlalu rendah. Karang terus jadi hipoglisemia. Lagi bahaya.
So please ya seller-seller. Get to know what are you selling.
Kepada pesakit kencing manis, kalau ambil Konjac, hati-hati. Especially yang dah on medication 2 kali sehari. Bila kau top-up dengan Konjac, your blood sugar berisiko untuk jadi terlalu rendah. Karang terus jadi hipoglisemia. Lagi bahaya.
So please ya seller-seller. Get to know what are you selling.