2024-11-01

Fresh grad minta gaji minimum RM3K


Kecoh sekejapan baru-baru ni video fresh grad minta gaji minimum RM3K. Actually bukan minta, tapi lebih kepada expect to get RM3K as gaji minimum. Ramai yang bash balik budak-budak tu. Sebagai seorang majikan, I dont have problem bila tengok that video. Kalau dorang ada skill yang industri perlukan, why not? Contoh, macam influencers atau bloggers. Disebabkan dorang ada skill yang industri perlukan, maka mereka dibayar dengan tinggi untuk buat kerja. The issue here is bukan majikan mampu bayar atau tak, tetapi you buat kerja seperti yang majikan harapkan atau tak?

Bukan apa, ya. Aku ada experience dengan ramai pekerja. Kebanyakan yang aku dapat yang memang boleh buat kerja. Tapi ada some yang entahlah aku sendiri konfius apa je yang kau belajar kat uni dulu. Pointer memang tinggi. Portfolio cun. Tapi bila dibagi task, OUT. Minta gaji tinggi tak salah, but some of them simply meletakkan harga mereka based on result exam. Oh because I am a first class graduates, I must get this amount. I must tell you, bila masuk kerja, suasananya lain. Most of the time you tak buat kerja macam yang you sangkakan. Aku dah lalui macam-macam perangai interns semasa tempoh internship. Belajar itu dan ini, tiba masa kita bagi task, blank. Tu belum dengan perangai lagi. Aku malas nak start, ya. Panjang aku merempan nanti. Hari ni nak tulis rilek-rilek je.

Percayalah cakap aku, many employers are open to paying well for the RIGHT TALENT. Tanyalah majikan, nak dapat pekerja yang boleh buat kerja, sangat susah. Nak dapat jenis yang plug-and-play-type, lagilah jauhhhhh lebih susah. Most of them kena lalui probation period up tp 6 months. Bermakna, dalam tempoh 6 bulan ni masih perlu ditrain. We employers values skill, experience, and delivery. While we are willing to pay competitively, we also need to ensure that fresh graduates can deliver on the tasks and responsibilities required.

Contoh paling mudah, sales. Nak gaji RM3K, tapi sales hauk. Minimum target pun tak lepas. Tak reti nak creative dalam mencari sales. Hanya tunggu order masuk. Tapi nak gaji tinggi. Abis camana? That's why mana-mana company yang ada position sales, gaji basic orang sales is typically the lowest. Company nak tengok dorang boleh deliver ke tak. If they do, they are rewarded with generous monthly commissions. Ini baru betul kalau mintak gaji tinggi pun, sebab dorang buktikan they bring sales dengan banyak.

Fresh graduates selalunya letakkan salary expectations berdasarkan their academic achievements. Kalau pointer tinggi, aku layak untuk demand. Gitu. Dulu aku pun macam ni. Graduate with good grades. Berjaya convert loan ke scholar. Aku pernah jadi wakil pelajar ke sessi berdialog dengan Perdana Menteri. Aku pernah terpilih oleh KPM untuk ke Fukuoka. Banyak point yang aku boleh jadikan sandaran untuk demand gaji tinggi. Gitulah angan-angan aku dulu. Sekali dapat kerja Research Assistant di MOSTI, gaji RM1,400. Lepas tu kerja di Prudential, gaji RM1,800. Then kerja kat biotech company, gaji RM1,600.

Masa di MOSTI, dengar je jawatan Research Asistant, dah terbayang kerja dalam lab. Ok, boleh pergi ni. Dah biasa kerja lab. Rupanya, kerja ofis. Read and identify proposal biotech projects yang bagus untuk dibawa ke penilaian pakar-pakar biotech bagi kelulusan research grant. Pening aku baca proposal sebab terlampau banyak istilah sains dan projek penyelidikan yang aku tak tahu. Bila duduk sebilik dengan para pakar, ya ampun terasa kerdilnya diri ini. Malu pulak nak sembang pointer yang kononnya tinggi nau tu. Barulah aku nampak nilai gaji aku tu memang sepadan. Hahahahaha.

Kat Prudential, aku tak sure macamana aku boleh lepas hingga ke 3rd stage interview. Maybe aku bercakap dengan konfiden. Sebab requirement utama adalah medical background or biomedicine graduates. Aku graduate biotech. Walaupun basic ada, tapi tak berapa kena. But aku dalam jadi medical underwriter. Bila dah masuk dalam team, dah tengok proposal client, barulah sedar terlalu banyak yang aku tak tahu. Supervisor arahkan semua underwriter beli buku Merck Medical Manual.

"Treat this as your bible!" katanya.

Ke sana sini aku berkepit dengan buku tu untuk kena jenis-jenis penyakit. Barulah sedar, banyak yang aku dah belajar and achieve masa kat U dulu, tetapi terlalu banyak lagi yang aku tak tahu. Memandangkan aku takde strong biomedicine background macam orang lain, maka aku takde pilihan lain melainkan kena laju. Jadi, hari-hari aku membaca medic manual tu. Tak cukup dengan tu, akulah manusia yang paling rajin turun ke klinik Prudential untuk tanya doktor pasal penyakit.

Join biotech company as sales, dari gaji RM1,800 turun ke RM1,600. Tapi dia janjikan dengan komisyen skim yang sedap, cuma syaratnya kena hit targetlah. Memandangkan aku new, management bagi aku beberapa agensi yang masih baru dan research work belum banyak. Dalam erti kata lain, budak-budak sales dalam company tu taknak handle agensi-agensi ni sebab kurang sales. Dorang nak jaga agensi yang aktif macam universiti. Banyak order dan mudah achieve sales target. Agensi yang dorang bagi aku dulu adalah UNISEL, KUSTEM (now UMT), KUTPM, UPM Bintulu dan Pusat Biosekuriti Perikanan. Basically 5 tempat ni belum aktif buat research. Bila tak aktif, mana nak datang order, kan? Dorang nak aku growkan tempat-tempat ni.

Alhamdulillah, aku berjaya buat banyak bisnes di tempat-tempat ni. Aku masuk UNISEL, aku nampak banyakkkk sangat peluang. Aku tak faham apesal budak-budak kat ofis tu taknak jaga UNISEL. Ada ramai customer UNISEL yang masih bertegur sapa dengan aku now. Ada je kat FB list aku. Antaranya Prof Sharul (now UKM), Ms Suwaibah (now UiTM), Dr Tan, Dr Seetha. Ini antara customer yang banyak beli dengan aku.

Lepas tu KUSTEM. Masa ni KUSTEM memang belum banyak projek, tapi aku rajin je tadah muka kat sana setiap bulan. Networking. Rupanya banyak je sales dari sana aku dapat. Budak-budak ofis tu je yang pemalas nak cari sales. Mengharap order masuk je. Aku pernah close 1 juta sales dari satu lab.

KUTPM (now MSU) adalah kenangan paling manislah. Masa aku jaga akaun ni, dorang masih di lot kedai. That day sepatutnya COO aku yang buat presentation di KUTPM. Dorang nak bukak new lab. Tapi COO ada urgent kes di HUSM Kubang Kerian. Dalam ramai-ramai sales kat ofis, dia pilih aku untuk gantikan dia. Padahal aku tak pernah kerja direct bawah dia pun. Supervisor aku pun terkejut apesal aku yang kena pergi. Dia hanya pass kat aku pendrive slide presentation, selebihnya pandai-pandai aku nak close deal. Aku dapat close deal the whole lab. The whole instrument dalam lab tu dari our company.

UPM Bintulu takde siapa nak pergi sebab tak banyak research work. Budak-budak ni semuanya jenis nak ambik order. Tunggu customer email atau call minta quotation. Lepas tu order pun masuk. Hujung bulan hit target canang pandai buat sales. Hampeh. Kalau pandai, pi la UPM Bintulu tu sekali. Yang pi UPM Serdang je buat apa. Padahal dia jaga akaun UPM, tapi UPM Bintulu bagi kat aku. Binawe. Sebenarnya banyak je peluang nak buat sales kat UPM Bintulu. Bila kau tahu apa kau buat, pusing kot mana pun kau boleh bawak sales. Tapi bila kau tak tahu apa benda kau buat, kau nak propose project to customer pun tak reti. Tak propose projek, mana nak datang salesnya? Kat sini aku banyak buat sales dengan Dr Zalinah (now di UPM Serdang). Pernah satu kali tu order dari sana masuk RM78K. Zaman tu, fax masuk terus dalam company's email. Semua orang boleh nampak. Bila order tu masuk, CEO reply to that email kepada aku, ucap tahniah. Satu opis baca. Berlagak gila aku catwalk depan budak sales yang reject UPM Bintulu tu. Mbhahahahaha.

Pusat Biosekuriti Perikanan. Aku selalu pergi yang kat Sepang. Yang ni pusat paling sendu. Sebab kerja dorang niche. Gila punya sepi setiap kali aku ke sana. Staff pun tak nampak mana menyoroknya. Aku mati kutu kejap macamana nak cari sales dari tempat ni sebab projek dorang tak banyak. Tapi, duit peruntukan ada. Jadi, aku buat talk. Ajar cara nak design primer (jujukan DNA), ajar analisis halal, buat customer projek, etc.

Ceritanya aku nak cakap, kalau kau boleh buat kerja, majikan tak berkira nak bagi gaji tinggi dan segala macam tok nenek reward. Masalahnya sekarang, kau berkira buat kerja, tapi kau demand tinggi. Kalau kau boleh bagi apa yang company nak, company akan bagi kau apa yang kau tak expect boleh dapat. Masa aku kat company biotech yang pertama, I am the only salesperson yang dapat laptop. Bukan laptop company tau, tapi company belikan laptop as hadiah, complete dengan printer ans scanner atas meja aku. Tak share dengan orang lain. Masa aku resign, ingat nak pulangkan. Tapi management kata dalam rekod, itu adalah hadiah. Aku pun angkutlah bawa balik. Kalau aku bertahan lagi setahun, maybe aku boleh dapat mesin fotokopi sekali.

Contoh lagi satu, En Wan. Siapa je yang dah sedap makan gaji 5 angka, tiba-tiba jadi agen takaful yang takde pendapatan tetap? Tak ramai yang berani ambil risiko. Tapi boss En Wan bagi jaminan. Kalau En Wan boleh deliver dalam sekian-sekian tempoh, the company akan bagi gaji maksimum sama seperti gaji terakhir dia dulu. He made it. Walaupun part of it aku buat marketing, aku hanya create awareness saja. Jumpa clients and close deal bukan kerja aku. It takes another approach to achieve that goal.

Hakikatnya itulah. The workplace environment is different from the classroom. Banyak beza. It requires applying knowledge PRACTICALLY, yang selalunya fresh graduate gagal dapat buat. Tu belum lagi cerita working under pressure. Dunia kerjaya tak sejajar secara langsung dengan apa yang kita belajar masa kat U. Ramai fresh grad ingat bila dah grad, dah habislah belajar. Padahal masuk ke dunia kerja, kalau kau tak laju, kalau tak keep on learning, payah sikitlah nak argue bab gaji tu.

Macam aku cakap tadi, influencers and bloggers. Ini contoh paling senang nak faham. Ini real-world application. These people understand metrics, audience engagement, and content creation. Sebab itu mereka dibayar dengan tinggi oleh company and company tak kisah keluar duit untuk dorang sebab company dah kira margin yang bakal dorang dapat. Aku pernah nampak satu TikTokers ni iklankan service dia. Dia nak company bagi gaji RM3K sebulan, belikan kereta, dan belikan henfon bil semua company bayar. Aku tak sure apa jadi dengan dia. Tapi kalau dia boleh bawak banyak sales, why not? Cuma ceritanya sekarang, kau boleh deliver ke tak. Meh kita try probation 3 bulan dulu. Kalau menjadi, kita belikan kereta. Lock terus 3 tahun takleh resign. Aaa gitu.

So the issue is not necessarily about employers not being able to afford higher salaries, but rather about ensuring that the candidate justifies the pay by delivering results. Fresh grads yang tetapkan gaji sekian-sekian is ok. As long as you perform. Tapi selalunya bila kita setkan target, tak lama lepas tu dia hantar surat resign.