2024-11-02

1 Cina mati, 1 keluarga menjadi jutawan. Tapi 1 Melayu mati, akan timbul 1 court case



Video yang aku share awal pagi tadi tentang “1 Cina mati, 1 keluarga menjadi jutawan. Tapi 1 Melayu mati, akan timbul 1 court case,” indirectly menggambarkan perbezaan antara financial mindset (or maybe culture) orang cina dan melayu. Bagi orang cina, perancangan harta pusaka termasuk pembahagian harta sangat diutamakan. Sebaliknya, dalam culture melayu, financial mindset ni belum menjadi kebiasaan. Masih lagi bergantung pada sistem faraid semata-mata. Dan selalunya, waris end up bergaduh sebab tak dapat pusaka yang banyak, which ultimately jadi court case.

Like lelaki dalam video tu cakap, to be fair, ini bukan soal bangsa tetapi individu. Tapi dalam banyak yang kita nampak, memang melayu yang always ada masalah dengan pembahagian harta selepas kematian. Most Chinese families dah rancang kewangan sejak awal lagi. Bak kata En Wan, agen insurans (conventional) paling senang close case. Tak payah cari client. Client datang sendiri cari dorang. Sebab culture chinese, bila anak lahir je, buat medical card dulu. Buat medical card yang siap ada education saving. Bayar caruman mahal takpe, janji education plan dah ada. Padahal anak baru lahir 3 hari, dorang dah plan anak tu punya kehidupan lagi 20 tahun.

Bab ni aku bersyukur sebab En Wan lebih celik mata dari aku. Sebab kat Jepun, student semua kena ada medical card. Jadi, bila balik Malaysia, benda yang En Wan buat adalah medical card. Bila lahir je Redza, medical card yang dia buat dulu. Aku on the other hand datang dari keluarga yang takde awareness dan knowledge lansung bab ni. Sakit je, pi klinik panel. Patah kaki, pi hospital kerajaan. Jadi aku takde perspektif meluas tentang medical card, until kawen dengan En Wan. Redza pun kitorang apply medical card yang ada education saving sekali. Savings tu sehingga umur 18 tahun kalau tak silap. Plannya, lepas sekolah bolehlah guna duit tu nanti untuk preparation dia ke Uni. Tapi memandangkan dia dapat scholarship, jadi duit yang kitorang withdraw tu laburkan terus dalam ASB dia. Ini jadikan duit hantaran kawen esok. Kalau beranak-pinak duit tu, ada lebih boleh buat downpayment beli rumah. Lepas kawen, pindah. Jangan nak memenuhkan rumah aku. Gagagagagagaga.

Duit Tabung Haji pun sama. Dari kecil kitorang save-kan untuk budak-budak ni. Tak banyak, tapi konsistenlah setiap bulan. Masa umur 12 tahun, kitorang bawa budak-budak ni ke umrah. Kau ingat aku keluar duit saving aku bawak dorang? Keluarkan duit Tabung Haji masing-masinglah bawa diri sendiri ke Mekah. Duit banyak-banyak dalam tu buat apa. Itulah gunanya. Esok dah kerja, pandai-pandai sambung menyimpan. Mak bapak simpankan selagi belum bekerja je.

Sama juga dengan medical card. Medical card Redza yang kitorang buat masa dia kecil dah dibatalkan sebab cover hingga 18 tahun saja. Alhamdulillah selama 18 tahun Redza sihat, tak perlu guna medical card. Dapat la duit sikit dari education saving tu. Pastu bapak dia buatkan new medical card. Yang ni bapaknya bayarkan sehingga bekerja saja. Dah kerja esok, pandai-pandai kau. Buat awal, caruman masih rendah. By the time dia start bayar nanti, insyallah dia mampu.

Kebanyakan keluarga cina see financial planning as a measure to protect the future of the children dan waris (isteri) yang akan ditinggalkan. Dorang ni paling menggunakan tools such as life insurance, savings plans, and long-term investments. Dulu pernah ASB ke ASN buka untuk non-bumi, golongan dorang yang serbu dulu. Dorang memang ambil peluang benda-benda ni sebab dorang tahu benda ni semua protect their financial agak tidak rabak kemudian hari. Aku pernah dengar En Wan punya talk. Ada satu statement yang pahit tapi benar. Dia cakap, "Di Jepun, satu orang ada 4 medical card. Di Malaysia, 4 orang share satu medical card". Maksudnya, kat negara kita mostly nak yang murah. Kalau boleh nak grouping medical card. Nak satu keluarga share 1 medical card saja. Tapi nak yang boleh cover semua. Nak bilik single. Nak yang tak payah bayar deposit hospital lansung. Yang penting murah. Alamak aii letih!

That's why En Wan kata setiap tahun yang Top 10 atau Top 20 natiowide insurans producers adalah non-bumi (chinese atau india) sebab culture bangsa dorang memang cenderung financial planning. Medical card tu tak payah propose. Cukup kalau kau propose kat 1 family, nanti family ni akan suggest kau kat kawan-kawan dia because konfem dorang memang mencari. That's why last year bila En Wan dari takaful boleh masuk carta top producer, dorang mencari-cari mana satu agennya. Because bukan senang takaful agen nak jadi top producer. Baru-baru ni semua top producer dapat invitation dinner dengan Regional Manager Prudential yang baru, from India. CEO Prudential Malaysia tarik En Wan introduce kat Regional Manager tu, "This man last year produce 340 cases. Everyday close case". En Wan kata dia terkejut kena tarik. Terus blank kejap. Terus tak selera makan. Balik rumah menggelupur masak maggi, kebulur.

Hibah tu pakkal hanya orang Islam saja boleh apply. Kalau bukak pada chinese, percayalah cakap aku, tutup terus kuota hibah tak bukak-bukak dah pastu. Sebab orang cina tak nak wariskan hutang kepada waris.

Aku banyak tengok cerita cina. Dalam setiap drama penyiasatan, mesti ada kes bunuh diri. Ada satu scene tu, this one polis tahu kerja jahat kawan dia. Dia tahu kawan dia akan geledah rumah and interrogate anak bini kalau dia melarikan diri. Jadi, apa dia buat? Dia bunuh diri. Bila bunuh diri, anak isteri tidak akan diganggu. From there kita boleh nampak culture dorang ni payah nak perturunkan masalah kepada waris. That's why dorang ni kelompok yang always buat planning, termasuk financial planning supaya waris tak terbeban.

Masa Prudential buka tawaran Hibah Orang Sakit, memang berdesup sales. Hanya orang yang dah jatuh sakit saja nampak kepentingan hibah. Sama macam medical card. Hanya yang dah jatuh sakit saja tahu benefit medical card. Bila dah sakit dah takleh buat apa. Selalunya application kena reject. Tapi ada juga yang takaful accept with high loading. Ni aku pesan, kalau apply medical card tapi ada high loading, ACCEPT saja. Bila dorang willing to accept, bermakna dorang dah calculate 50-50 chance. Erti kata lain, penyakit kau ada peluang untuk tak beri mudarat. Kalau dapat mudarat pun, dorang willing to cover. Tapi kalau yang direject terus tu, tak boleh buat apa lah. Bermakna dorang dah nampak consequencesnya.