2023-09-25

Blogging, V-logging, YouTuber, TikTokers, Instafamous -- ini semua trend. Takkan lama.


Pagi tadi nampak berita ni.
Hari tu Grab. Ni kali Food Panda pulak.
Masa PKP dulu memanglah food rider jadi job yang sangat laku.
Keadaan masa tu tak mengizinkan orang berlonggok kat luar rumah.
Orang takut nak keluar.
Nak ke mall pun tak dapat.
Kedai makan pun open only for take away.
Now, keadaan kembali pulih.
Semua orang lebih selesa makan di luar berbanding tapau.
Tambah pula ekonomi tak berapa bagus, semakin ramai opt makan di rumah saja. Masak sendiri.

Sebenarnya dari dulu lagi dah nampak yang Food Rider ni hanya boleh dijadikan JOB, bukan CAREER.
Pendapatan sampingan, boleh.
Pendapatan tetap, cannot.
Yang lebih frustrating bila budak-budak muda jadi food rider.
Tak sambung belajar sebab enjoy kerja rileks.
Nak kerja santai yang tak terikat dengan ofis hour.
Rasa-rasa nak kerja lebih, buat lebih.
Kalau esok tak terasa nak kerja, duduk rumah saja.
Benda bila dah seronok pegang duit santai-santai gini, nak kerja tetap dah takde mood.
Sebab dah terbiasa kerja rileks.
Jangan ceritalah bab sambung belajar.
Memang dah takde dalam plan dah.

Hari tu aku tengok video Dr Malar cakap pasal budak-budak sekolah nak jadi TikTokers.
Dik, TikTokers tu bukan kerjaya. Bukan career.
Itu sekadar mengisi masa lapang atau pendapatan sampingan, boleh.
Jangan jadikan sebagai kerjaya atau pendapatan tetap.
Orang nak tengok kita masa kita tengah cantik je.
Dah umur macam aku besok kalau tetap nak ber-NPC atau buat makeup tutorial kat TikTok, takde siapa nak tengok dah, dikkkk.

Hari tu aku tengok orang share statistik lepasan SPM ramai yang tak mahu sambung belajar.
Kononnya, dah habis belajar belum tentu ada kerja.
Tak nak buang-buang duit berhutang PTPTN demi segulung ijazah yang tak menjamin kerjaya yang bergaji tinggi.
Aku curious nak tahu pecahan dari statistik tu.
Perlu tahu pecahan yang tak mahu sambung belajar tu datang dari pelajar area mana, latar-belakang apa, dan dari sekolah mana.
Dari situ baru kita boleh kenal pasti masalah.

Bukan apa.
Macam kawan-kawan Redza di Langkawi, takde yang tak nak sambung belajar.
Semua berebut nak sambung belajar.
Dan parents pula semuanya jenis yang sangat-sangat mendorong anak sambung belajar.
Sama juga macam sekolah STAR.
Preparation for SPM dah bermula now, ketika anak-anak masih Form 1.
Sekolah Rayyan sekarang is Sekolah Kluster.
The cikgu and YDP sangat mementingkan hala tuju budak-budak agar semua lepas untuk ke peringkat yang tinggi.
Masa kitorang apply Rayyan untuk masuk Sekolah Kluster, soalan pertama YDP tanya kitorang "Anak you pandai tak?".
Pehhh! Menusuk.

Itu adalah gambaran lingkungan kita sangat memainkan peranan.
That's why statistik lepasan SPM yang tak mahu sambung belajar tu perlu ditunjukkan pecahannya.
Dari situ baru boleh identify cara untuk atasi masalah.
Lingkungan budak-budak ni sangat memainkan peranan.
Dapat yang jenis lingkungan mak bapak bergantung pada anak untuk sumber pendapatan keluarga, atau kejiranan yang rata-rata tak kisah hal anak-anak, atau kawan-kawan yang sama-sama tak suka belajar -- memang masaklah masa depan.

Ramai yang kata budak-budak ni bukan taknak sambung belajar, tapi sebab keluarga susah.
Ya, tak dinafikan memang ada yang susah tapiiiii aku yakin, lebih ramai yang MALAS dalam statistik tu, berbanding susah.
Kalau nak kata susah, aku ada kawan yang sama-sama belajar kat Uni dulu, bapaknya nelayan.
Secara teorinya, kerja nelayan ni orang yang duduk kampunglah.
Kerja kampung.
Pendapatan tak tinggi.
Bukan orang senang.
Tapi elok je kawan aku bersekolah, dapat masuk MRSM, kemudian ke Uni, kemudian grad.
Kerja elok. Gaji sedap.
Tak sampai 10 tahun lagi, dah nak pencen.

Maksudnya, ada ramai keluarga susah.
Yang membezakan adalah mindset.
Mereka ada mindset berjaya.
Dia tahu hidupnya susah, jadi anak-anak tak boleh mewarisi kehidupan yang sama.
This difficult life must come to an end here.
Mak bapak begini sanggup buat apa saja, asalkan anaknya sambung belajar.

Dulu pernah ada slot Bersamu seorang budak lelaki yang daif.
Real daif.
Rumah dia, jalan masuk kereta pun takde.
Kereta park luar, nanti jalan masuk ke dalam untuk sampai ke rumah dia.
Dan rumah dia satu je kat dalam tu.
Rumah yang serba tak ada.
Budak ni bersekolah di sekolah berasrama.
SPM straight As.
Masa hari anugerah SPM, ayah dia datang dengan bas, tido masjid.
Hari majlis ayah dengan bawa coklat Cloud 9 sebagai hadiah.
Aku menangis teruk depan TV.

Tapi di suatu sudut dunia, ada parents yang dah pasang cita-cita, lepas anak habis SPM, terus kerja.
Cari duit bantu keluarga.
Tak sempat budak tu nak hidup, dah disuruh kerja bagi menghidupkan keluarga yang sepatutnya mak bapak tanggung.
Maka bekerjalah anak ni dengan gaji tahap SPM.
Kerja macam nak mati menanggung keluarga.

Tu belum lagi "Bapak teringin nak pakai moto. Ambillah loan, belikan bapak moto".

"Rumah sebelah tu ada Astro. Kau belilah Astro. Boleh mak tengok cerita Korea".

Dahlah anak tu belajar tak tinggi. Gaji tak besar.
Diakalnya pulak dengan buat loan bank.
Inilah yang orang kata "B40 breeds B40".

Lingkungan kita penting.
Berada di persekitaran yang betul akan membawa kita kepada target yang betul.
Persekitaran, termasuk orang-orang yang berinteraksi dengan kita, yang hidup dengan kita, yang involve dengan rutin harian kita -- semuanya have a significant impact on our behavior and decision-making.
Bila berada dalam persekitaran yang aligns with our goals and values, insyallah lebih mudah untuk kita buat pilihan yang lebih baik.
Sebab itu, penting anak-anak berada dalam persekitaran yang betul, dan kawan-kawan yang betul.

Sedih bila tengok statistik ramai student taknak sambung belajar.
Aku sangat yakin, ini bukan sebab miskin, tetapi TREND.
Trend nak kerja santai.
Nak kerja yang tak perlu clock in clock out.
Kerja yang tak perlu belajar tinggi pun boleh kaya (katanyaaaaa).
Kerja yang tak berpenat-penat hari-hari duit masuk kepuk-kepuk.
Kerja yang boleh bangun tido pukul 10 pagi.

Dik, ini semua TREND.
Jangan hanyut dengan trend.
Trend takkan kekal lama.
Zaman acik belasan tahun dulu, cyber cafe mencanak-canak tumbuh.
Zaman tu satu dunia main chatting.
Selang 10 kedai mesti ada cyber cafe.
Now, mana pergi semua cyber cafe ni? Melingkup.
Sebab?
Sebab sekarang semua rumah ada komputer.
Henfon pun dah smartfon.
Tak perlu dah cyber cafe.
Kalau orang yang buat bisnes cyber cafe tu dulu adalah seorang yang ada pelajaran, graduan universiti, atau paling tidak ada sijil kemahiran membaiki komputer, dapatlah dia teruskan bisnes dengan skill atau guna certificate yang dia ada.
Itu untungnya sambung belajar.
Kalau kau setakat ada SPM, tak nak sambung belajar sebab khayal nak jadi TikTokers, lagi 10 tahun yakin TikTok ni masih bagi impak?

Tahun 2006-2012 kemuncak orang berblogging.
Ini peak time dia.
Ramai yang berblogging.
Ada yang menjadikan blogging satu kerjaya.
Sebab apa? Sebab masa tu blogging boleh buat duit.
Ramai company hire blogger untuk buat iklan.
Siap ada event khas untuk bagi award pada blogger.
Punyalah besarnya medium blogging ni dulu.
Ramai blogger hidup mewah dengan duit blogging.
Tapi tak lama, ya.
6 tahun je penguasaan blogger ni.
Lepas tu dah senyap.
Ramai yang dulunya blogging, beralih ke Vlogger pulak.
Mencecehlah pulak kat video.
Umur makin meningkat.
Trend makin berubah.
Wajah-wajah baru semakin banyak muncul.
Masih relevan ke kita dah masuk 40-an ni nanti dengan trend ni?

Acik pun blogging sejak 2006.
Sejak umur 29 tahun.
Tapi acik tak jadikan sebagai kerjaya.
Acik jadikan blog medium untuk acik merempan.
Tu pasal sampai sekarang blog masih aktif.
Kau baca ke, kau tak baca ke, acik tak kira.
Acik menulis juga sebab nature acik memang kuat menceceh.

Blogging, V-logging, YouTuber, TikTokers, Instafamous -- ini semua trend.
Takkan lama.
Ia hanyalah medium untuk kita bina personal branding dan enhance komunikasi. Bukan kerjaya.
Jadi pendapatan sampingan, boleh.
Kita mesti ada satu kerjaya hakiki yang mejadikan kita skillful dalam bidang itu.

So please, anak-anak.
Tak nak sambung ke Uni, takpe.
Ambillah sijil kemahiran.
Intinya, SAMBUNG BELAJAR.
Biar pegang satu sijil yang diiktiraf.
Lepas tu kau nak jadi TikTokers ke, buatlah.
At least kau ada sesuatu untuk dijadikan sandaran bila perlu.
Jangan nanti sibuk huhahuha melayan TikTok, busy live sana sini, tau-tau je dah tua.
Masa tu dah tak relevan.
Nak kerja dengan orang pun, orang tak nak ambil sebab dah la takde pengalaman, dah berumur pulak tu.
Please, SAMBUNG BELAJAR!


2023-09-20

Terus tak berani dah aku nak sentuh mangkuk duit belanja sekolah.


Semalam lalu depan IOI City Mall.
Teringat nak beli baju.
Tapi sekadar teringat je lah, nak masuk mall malas.
Waktu tu petang. Kitorang melekat dalam jem.
Nak mengurangkan ketegangan, aku sembang dengan En Wan pasal blog post aku yang lepas.
Yang kawan aku hina baju raya aku buruk tu.

Aku: Dulu abang shopping raya kat mana?

En Wan: KL, atau Singapore.

Aku : Kaya betul. Padahal duduk Tganu, tapi shopping kat KL, kat Singapore.

En Wan: Sebab Tganu masa tu takde mall. Paling dekat pun Kuantan.

Aku: Tak, maksud Di, rare dari Tganu nak turun KL and Singapore semata-mata nak beli baju raya. Orang have-have je shopping kat bandar besar.

Pastu aku terfikir.
Aku selalu cakap "Tahun 90-an, nilai RM100 tu besar!".
Sedangkan nilai RM100 tu pada orang-orang tertentu sangat mampu milik.
Bayangkan kawan aku baju rayanya RM100.
Itu baju anak tau. Agak-agak berapa harga baju mak bapaknya?
En Wan tahun 90-an shopping kat Singapore.
Aku yang Mak Aji dan keturunannya asal Singapore pun tak shopping kat Singapore. Mahal.
Rupanya bukan mahal, ya. Tapi kurang mampu.

Aku: Abang tak biasa shopping kat baju longgok-longgok, kan?

En Wan geleng.

Aku: Berapa helai baju raya abang dulu?

En Wan: Abang malas pakai baju. Suka melenggeng kat rumah (memang kebanyakan gambar dia time kecil tak berbaju). Setiap kali mok suruh pilih 5 baju, abang stress. Sebab mok suruh pilih at least 5 helai.


Pehh! At least 5 helai, gaiss.
Kalau Mak Aji suruh pilih 5 helai konfem menangis aku dalam mall tu.
Bukan menangis kegembiraan, tapi nangis stress.
Maunya tak.
Nak jumpa sehelai baju pun payah kat dalam bakul longgok tu.
Jumpa seluar, tapi takde size.
Dah dapat size seluar, tak jumpa matching color untuk bajunya pulak.
Dah jumpa matching, ada defect pulekkkk.
Nak dapat satu pair, berpeluh! 😆

En Wan kata, setiap tahun rumah mok and arwah ayah buat open house.
Memang raya pertama dan kedua selalunya tak ke mana sebab sibuk melayan tetamu sekampung datang.
Sebab tu dia kena ada baju raya yang banyak.
Sebab orang kampung datang beraya nak tengok dia katanya. Haktuihhh.

Aku: Mesti arwah ayah sediakan duit raya banyak, kan?

En Wan: Minimum RM2.

Ya, RM2 sorang kira banyak dah tu.
Sebab yang datang pun ramai. Modal besar gak tu.
Teringat masa Form 2, aku and kawan-kawan pi beraya rumah Dato Yusuf Noor (Pengerusi FELDA dulu).
Dia pun bagi RM2 sorang.

Aku: Banyak juga arwah ayah bagi. Dahlah 2 hari berturut-turut buat open house. Ntah-ntah ada budak datang 2 kali. Ayah bukan kenal pun.

En Wan: Eh, abang yang tukang bagi duit. Dulu takde pakai sampul. Pegang cash segenggam kat tangan. Bagi orang dua ringgit, singgit masuk kocek abang. Bagi orang lain dua ringgit, masuk singgit lagi dalam kocek *gelak-gelak*. 

Aku panggg karang.

Cerita pasal duit raya ni, aku penah bagi duit raya kat kawan-kawan.
Itulah sekali aku bagi duit raya, sebab pengajarannya besar.
Tahun 1987, darjah 4.
Kawan-kawan sekelas tiba-tiba datang beraya kat rumah.
Ntah mana dia tahu rumah aku ntah.
Ramai pulak tu, dalam 7-8 orang.
Dahlah datang hari Sabtu.
Dulu, Sabtu orang kerajaan kerja half day.
Menggelupur aku dengan Ima menyiapkan hidangan.
Nasib baik ada biskut raya dan air sunquick. Dapatlah jamu orang.

Dah habis beraya, dorang nak balik.
Dalam kepala aku, budak-budak ni mesti tunggu duit raya.
Tapi camana nak bagi, mak bapak aku takde kat rumah.
Pastu aku nampak mangkuk duit belanja kat tempat telefon.
Dalam tu ada banyak syiling.
Itu duit belanja sekolah.
Setiap hari masing-masing ambil 40 sen dari mangkuk tu.
Punyalah jujurnya, tak pernah ambil lebih.
Sebab tahu mesti mak bapak aku allocate cukup-cukup punya.
Kalau tiba-tiba tak cukup, konfem berbekas betis masing-masing 😆.

Aku buat isyarat kat Ima, tolong kira duit syiling tu dapat berapa.
Alhamdulillah cukup nak bagi kat kawan-kawan.
Bagi sorang 50 sen.
Kira banyak tau tu.
Duit belanja aku pun 40 sen je sehari.
Lepas kawan-kawan balik, aku pun lega dan puas.
Sebab segalanya smooth.
Dapat hidang air, kuih raya pun ada, siap dapat bagi duit raya.

Sekaliiii Mak Aji balik kerja tengok mangkuk tu tinggal berapa sen je.

"Memandai-mandai je dia bagi duit raya. Minggu depan takde duit belanja! Biar berdiri kau kat kantin tengok orang lain makan".

Nasib baik Ima dapat duit belanja.
Kalau tak, naya dia.

Pengajaran yang melekat kat kepala.
Terus tak berani dah aku nak sentuh mangkuk duit belanja sekolah.
Sesungguhnya duit belanja itu penting, ya.
Sebab nak beli eskrim kon kat pakcik moto time balik sekolah.

Dari aku darjah 4 sampailah ke tingkatan 2, aku tak pernah ajak kawan-kawan datang beraya kat rumah. Seram.
Until Form 3, kawan-kawan aku merancang nak beraya.
Tiba-tiba ada jadual datang beraya ke rumah aku.
Cuak gila. Slow-slow aku cakap kat Mak Aji, kawan-kawan plan nak datang raya.

"Berapa orang?"

Itu je dia tanya.
Aku lega sebab itu adalah green lite.
Aku tak expect nak ada macam-macam makanan.
Biskut raya pun cukup dah. Lagipun aku pasti biskut raya aku best sebab tiap-tiap tahun akulah tukang buatnya.
Kukis choc chip yang Mak Aji pernah jual sampai 20 ribu botol dulu, itulah yang aku gentel dari Form 1.
Macam bukak kilang Mak Aji menjual kukis sampai 20 ribu botol.

Tak sangka hari yang kawan aku nak datang tu, Mak Aji ambil cuti.
Dia buat macaroni goreng, buat air koktel and ada aiskrim siap.
Wahh, ini another level nampaknya.
Bertambah seram aku, ni apehal beria ni?

Masa kawan-kawan dah balik, time basuh-basuh, aku tanya "Beria mama prepare. Siap lagi nak datang?"

"Mana ada orang lain. Untuk kawan-kawan kau je"

"Rajinnya"
*sambil menunggu kot-kot dia petirkan aku balik*

"Takkan nak bagi kuih je, orang dah janji nak datang".

Itu keyword-nya.
Kalau tiba-tiba bagi asalamualaikum kat depan, memang dapat apa yang ada je lah.
Tu pun kalau mak aku ada rumah.
Kalau mak bapak aku takde, aku tak bukak pintu.
Sampai ke sudah aku diamkan diri dalam rumah. Mbahahhaa.


2023-09-18

TikTok rosakkan market?


GreenAard baru berjinak-jinak dengan TikTok tahun ni.
Lambat sikit berbanding player lain.
Entah, aku tak sure apesal sales team aku tak teringat nak create akaun untuk Tik Tok.
Aku sendiri baru berjinak-jinak dengan TikTok tahun ni.
Tapi tu lah, sekadar nak memenuhkan je.
Buat video, malas.
Tapi aku rajin juga scroll-scroll tengok video-video semasa yang berkaitan.

TikTok ni dari pemerhatian aku, macam satu dunia berbeza sebab dorang ada "artis" sendiri.
Aku pernah tengok orang buat persembahan kat sebuah universiti.
Ramai gila budak-budak Uni tengok performance "artis" tu.
Aku tak kenal.
Ingatkan aku sorang je tak kenal.
Bila tengok komen, ramai yang tak kenal juga.
Dan dari komen juga baru aku tahu "artis" tu adalah TikTokers. Terkesima aku.

Dan ada satu lagi issue dengan TikTok, iaitu business.
Baca post bawah ni:

Inilah trend yang dah jadi masalah kepada peniaga, iaitu jual murah tak masuk akal.
Kebanyakan orang yang berbisnes di TikTok ni adalah perniagaan tanpa modal besar.
Yang takde premis perniagaan.
Yang tak menyewa ofis.
Takde pekerja.
Kalau ada pekerja pun tak dibayar KWSP, SOCSO dan no medical benefit.
Bayar pekerja ikut jam.
Ada bisnes teamnya 3-4 orang, tapi 3-4 orang tu adalah member sesama sendiri yang keluar modal, nanti untung bagi sama rata.
Kiranya, keluar modal untuk beli stok semata.
Kebanyakannya berniaga sendiri-sendiri, untuk tambah-tambah pendapatan.

Bila modal tak besar, untung sikit pun takpe.
Orang yang berniaga suka-suka dan sendiri-sendiri macam ni tak kisah untung RM1-2 pun. Janji untung.
Sebab dia takde apa nak dibayar, hanya untuk diri sendiri.
Apa yang dia nak susah hati pun sebab dia bos dan dia pekerja.
Modal keluar RM100, untung RM10 pun dah lega.
Janji tak rugi.
Keluar RM100 dari poket, masuk balik semua ke poket sendiri juga.
Tak perlu bayar pekerja dan segala expenses lain.
That's why sekarang dah nampak trend buang harga.

Disebabkan trend inilah, manufacturer pun dah jual direct.
Dah takde lalu orang tengah.
Kalau dulu ramai agent, now dia tak perlu agent sebab dia boleh jual direct pada consumer.
Untung lebih besar. Stok lebih laju keluar.

Dari dulu lagi, aku tak suka fight dengan price.
Dari zaman jual biotech supplies lagi.
I prefer fight dari sudut technical.
Price fight ni penattttt.
Kerja kau asyik nak compare price.
Si anu jual murah, kau pun turunkan harga.
Si sinun jual murah dari si anu, kau pun turunkan lagi harga.
Lama-lama bisnes tu hancur dengan sendirinya.
Tak payah pakai santau.
Kau kau jugak yang menjahanamkan market.

Why not daripada turunkan harga, kau tambah nilai.
Contoh, kalau rata-rata jual RM50, kau juallah RM50 juga, tetapi bagi gift.
JANGAN TURUNKAN HARGA!
Bukan semua orang suka harga murah.
Ada orang yang suka barang yang ada added value.
Contoh, Beli 2 GC Plus dapat 1 shaping brief (GreenAard pernah buat).
Atau, beli Gloei 3 dapat free 1 (ini deal paling disukai ramai).
Biarkan orang yang suka harga murah beli dengan seller yang main harga.
Kau fokus kat customer yang suka dapat added value.
Yang nak jual kat semua-semua orang dah kenapa?

Masalah sekarang, kat TikTok tu berlumba-lumba nak jual pada semua orang.
Dia nak kaut semua jenis lapisan masyarakat supaya beli dengan dia.
Ada yang sanggup untung RM1-2. Tak tahulah kenapa.
Nak gain views ke. Nak gain likes ke.
Nak FYP ke. Nak gain followers ke. Entah.
Jual satu kaup barang kosmetik dengan harga RM20. Gila apa.
Berapa kos produk kau?

Some big players jual produk semata-mata nak famous.
Bukannya dia kisah sangat untung ke tak.
Sebab kekayaan dia adalah dari properties dan saham.
Tapi dia nak jugakkk produce produk dan jual dengan keuntungan yang sangatttt rendah.
Takde untung pun takpe.
Dia berasa macam konon dia tengah buat perkara yang baiklah.
Membantu ramai orang dapat pakai kosmetik, padahal dia sebenarnya merosakkan market dan menyusahkan player lain.
Pastu canang "persaingan sihat" *juling mata ke atas, kembangkan hidung, jelir lidah*

Jual barang dengan volume adalah sangat memenatkan.
Plus, kau akan dapat customer yang tak loyal.
Bulan ni kau dapat sales RM10K.
Lagi 2 bulan, sales menjunam sebab ada player lain start jual lagi murah dari kau.
Customer yang cari harga murah selalunya akan pergi pada yang lebih murah.
Kalau ada yang jual lebih murah, they will jump lagi kepada yang lebih murah tu.
Lama-lama kau pun terpaksa turunkan harga untuk match competitor punya harga.
Yang untung memang customer.
Yang lemau, kaulah.

Business is not solely about making a profit.
Making profit memang perkara asas dalam berbisnes.
Kalau tak untung buat apa berbisnes, ye tak.
Tapi, it's just one aspect of a much broader and more complex picture.
Perkara pertama sebenarnya adalah serving customer needs.
Untuk lakukan ni, perlu apa?
Tenaga, ilmu dan kemahiran kau.
Ini semua bukan free tau.
Tapi sebab kau hanya pikir nak juallllll je, jadi kau punya profit adalah pada produk semata.
Untung RM2 pun takpe.
Hello?? Bila kau menjual, skill, ilmu dan service semua mesti diambil kira sebab itu adalah tenaga kau, faham?

Masa aku pertama kali diajar buat costing untuk quotation, banyak benda kena ambil kira.
Bukan setakat "tambahlah 35% pada harga kos produk". NO NO NO.

1. product cost
2. currency exchange
3. inflation
4. tax & duty
5. packaging
6. shipping (dari KL ke Kota Bharu contohnya)
7. distributing barang ke tempat customer (dari KB airport ke USMKK contohnya)
8. warranty
9. support (after-sales support)
10. customer-specific requirements (kadang customer request nak training and installation)
11. payment terms (kalau bayar dalam masa 14 hari harga lain, bayar dalam masa masa 60 hari harga lain, bayar cash lain, bayar pakai P.O. lain)

Walaupun jual tudung tak se-detail jual DNA Analysis intrument yang perlu segala tok-nenek step tadi, tak boleh sekadar ambil untung atas produk saja.
Kena kira tenaga kita.
Mana boleh sekadar untung RM1-2.
Baik kau buat charity terus.

Jangan kerap-kerap buang harga.
Kesannya nanti dapat kau juga.
Brand image rosak satu hal.
Customer expectations satu hal lagi.
Kalau customer dah terbiasa beli dengan harga murah manjang, it can be challenging for you to sell products at full price later.
Dorang akan tunggu sale baru beli.
Buatlah added value, lebih bagus.
Added value selalunya akan create loyal customer.
Contohnya kan, everytime GreenAard buat 3 x Gloei free 1 bottle, aku boleh nampak kat dalam sistem, nama-nama customer yang sama.
Padahal 3 botol Gloei ni tak murah. Harganya RM417.
Tapi disebabkan ada added value free 1 botol, alhamdulillah loyal-loyal customer ni selalu ada.
Angkat tangan plis loyal customer!

Kalau aku, aku mahukan company ini ada long-term sustainability.
Bukan sekadar jual 1 produk, BOOM, lepas tu hilanggggg.
Aku anggap everyday masuk ofis macam pergi kerja.
Macam kerja makan gaji.
Biar perniaagan ni berterusan, bukan sebab nak kaya cepat tapi untuk sentiasa ada kerja.


2023-09-16

Takdelah susah sangat. Cuma sebab duduk bandar, terpaksalah hadap kekurangan tu.


Ada yang begitu menghayati kisah aku zaman kecil, sampai berpikir-pikir macamana aku boleh susah sedangkan mak bapak aku kerja.
Pak Aji pegawai pulak tu katanya.

Inilah yang aku cakap hari tu.
Susah duduk di bandar sebenarnya jauh lebih ketara dari susah hidup di kampung.
Tahun 80-90-an dulu, MAJORITI orang yang duduk kampung adalah kerja kampung.
Rumah pun rumah kampung.
Gaya hidup juga cara kampung.
Majoritinya orang susah.

Tapi kalau duduk bandar, kebanyakkannya berkerja makan gaji, duduk rumah batu, dan hidup pun cara orang bandar.
Habis miskin pun orang duduk rumah flat.
Takde rumah kampung kat situ.
Maknanya, semua kena beli rumah.
Belanja dapur pun ikut harga bandar.
Belanja barang basah ikut harga bandar juga.

Keluarga aku, kalau balik beraya kat Muar (kampung Pak Aji), nampaklah macam mewah sebab kitorang ada kereta, dan ada baju raya yang cantik.
Tapi baju raya akulah yang paling buruk kalau kat bandar tu.
Sampai kena hina.
Kitorang dulu kalau balik beraya Muar, Pak Aji tak kasi kitorang pakai kasut raya.
Pak Aji cakap "Jangan bagi orang kampung sedih pagi raya sebab tengok kasut kita".
Padahallll kasut aku tu paling tak dipandang kalau kat bandar.
Dan orang kampung tak tahu kereta Pak Aji bukannya dia beli, tapi menang cabutan bertuah.
Aku pernah tulis sebelum ni kereta tu adalah kereta syarikat rokok Marlboro.
Pakcik aku kerja kat Marlboro dulu.
Dia registerkan nama Pak Aji untuk cabutan bertuah. Dapat.
Kalau tak dapat, aku syak tiap-tiap kali balik kampung kena naik bas.

Kalau aku cerita pasal kitorang adik-beradik hanya berbaju baru setahun sekali -- susah orang nak percaya.
Sebab bapak aku pegawai, mak aku bekerja di UKM.
Duduk pulak kat bandar.
Mustahil baju baru hanya berganti setahun sekali, ye tak?
Tapi itulah hakikatnya.
Setiap tahun, aku and Ima dapat baju baru time raya saja.
Baju kurung sehelai dan baju moden sehelai.
Baju kurung raya selalunya tempah.
Takde nak pesen-pesen, ya.
Semua baju kurung pesak saja.
Baju moden beli kat mall, tapi dalam longgok-longgok.

Percaya atau tak, sepanjang aku bersekolah, aku tak pernah ada T Shirt round neck.
Nak pergi aktiviti petang kat sekolah sangatttttlah susah sebab takde baju nak pakai.
Dulu mana ada baju T shirt sekolah selain baju rumah sukan.
Tu pun sehelai je.
Takkan nak pakai tu je balik-balik.
Nasib baikkkk ada baju Pak Aji. Hahaha.
Pak Aji kerja kat Jabatan Pendidikan Selangor.
Orang kerajaan selalu buat program.
Program Anti-Dadah, program Pembimbing Rakan Sebaya, program dengan Milo, dengan Nestle.
Setiap kali run program, dapat baju program.
Baju tu lah aku lenjan.
Besar pun besarlah. Janji ada baju.
Baju size Pak Aji katakan.
Lengan baju gila labuh sampai ke bawah siku!
Nasib baik itu zaman Berverly Hills 90210.
Terpaksaku jadi Jason Priestly lipan lengan baju sampai ketiak. Kahkahkah.
Pair kan pulak dengan seluar track Pak Aji.
Punyalah besar. Gedobos je aku pakai.
Nasib baik Mc Hammer tengah trending zaman tu.
Nampaklah macam aku sedang follow the trend.
YOU CAN'T TOUCH THIS! Mbhahahahaha.

Masa Form 2, cikgu kelas buat open house.
Satu kelas pergi.
Baju kurung kawan-kawan aku cantik gila!!!
Yang kain satin, yang ada lace, yang ada riben kat pinggang.
Jalan raya pun siap bawak henbeg kecil.
Aku je berbaju kurung pesal kain cotton.
Jalan melenggang tak bawak apa-apa.

Kat rumah cikgu, mata aku dok memerhati baju kawan-kawan.
Tak dengki, cuma tertanya-tanya, kat mana dorang jumpa baju cantik-cantik macam ni?
Kenapa dorang boleh pakai baju kurung moden?
Bukan apa, Mak Aji saikokan kitorang "Budak sekolah tak cantik pakai baju kurung moden. Nampak macam orang tua!".
Gitu je dia saiko aku.
Sampai dah sekolah menengah aku masih lagi percaya budak sekolah nampak tua kalau pakai kurung moden 😆.

Walaupun macam tu, rasa susah tu tak dirasa sangat.
Maybe sebab aku duduk rumah batu, duduk bandar, ada kereta, mak bapak makan gaji.
Cuma boleh nampaklah yang keluarga aku tak senang macam orang lain.
Tapi, ada satu time tu aku betul-betul rasa yang keadaan keluarga sebenarnya susah.
Bila satu hari aku minta nak masuk kelas tusyen.
Mak Aji cakap "Kau jangan selfish. Takkan duit nak habis kat kau sorang. Adik-adik lain pun nak belajar".
Masa tu baru aku betul-betul rasa "Ok, aku bukan orang senang".
Padahal aku bukan minta basikal atau walkman.
Aku minta nak tusyen.
Waktu tu kelas tusyen untuk 3 subjek habis kuat pun RM50/bulan, tapi tak mampu.
One of the reason kenapa aku suka tido rumah kawan adalah, sebab nak belajar sama-sama.
Lagipun, dorang banyak buku latihan. Aku dapat tumpang buat.

Masa aku cerita kat En Wan kisah zaman sekolah aku, dia pun rasa pelik.
Macam tak lojik dia kata.
Sebab bapak aku pegawai.

Deyyy, bapak aku memang pegawai tapi dia pegawai tanpa ijazah.
Berapa sangat gaji dia.
Mak aku cakap last day Pak Aji kerja, gaji dia RM4K tak sampai.
Padahal pegawai tu.
So that explains kenapa dia tak mampu beli kereta.
Rumah kitorang nama je rumah 2 tingkat, tapi very basic.
Tahun 90-an, rumah kawan-kawan aku dah ada aircond.
Aku masih lagi pakai kipas dalam bilik.
Bukan kipas siling tau, tapi kipas kotak.
Tekan paling laju, bergegar 😆.
Kalau ada tetamu datang tido rumah, Mak Aji minta aku bagi kipas kotak tu untuk tetamu pakai.
Berpeluh-peluh malam tu aku dengan Ima tido takde kipas.

Masa bertunang, En Wan tanya "Kenapa TV rumah Di kecik?"
Aduyaiiii. Bila anak orang have-have bertanya soalan 🙄.
Aku tak pernah terpikir pulak TV tu kecik.
Yang aku tahu janji ada TV nak tengok cerita cina.
Tapi bila En Wan tanya soalan tu, baru aku realize "Yelah, TV rumah aku kecik".
En Wan balik dari Jepun bawa home theatre set.
TV punyalah bapak gabak besar.
Dengan speaker and woofer yang besar juga.
Video player, DVD player, karaoke set -- eh semua lengkaplah!
Memang jelas betul antara dua darjat tu 😝.

Aku rasa planning Mak Aji and Pak Aji dulu adalah -- beli rumah yang selesa sebab rumah ni nak duduk sampai tua.
Esok anak menantu nak balik biar ada bilik sendiri, tak payah tido berlonggok bertimpa-timpa.
Jadi, duit dorang banyak pergi ke rumah. Agaknyalah.

Dari segi pendidikan, dorang pergi yang basic sahaja iaitu, biaya sekolah anak-anak sampai selesai.
Tusyen-tusyen ni tak pakai.
Belajar sendiri sampai pandai.

Dari segi makanan, janji makan.
Tak perlu nak cheese, coklat, air kotak, air gas, jajan, aiskrim tiap-tiap bulan.
Yang penting nasi ada.

Dari segi pakaian, disebabkan kitorang selalu duduk rumah saja tak ke mana-mana, maka tak perlu berbaju baru selalu.
Setahun sekali cukup supaya ada baju cantik kalau-kalau nak pergi kenduri dan majlis keluarga.
Selebihnya pakailah seluar track and seluar jeruk serta T Shirt dapat free beli barang kat Seong Chong Mini Market.
Lagipun cousin-cousin aku kat Singapore selalu buat spring clean.
Dapatlah kitorang baju-baju lama dorang.

Kasut sukan semua tak payah.
Tak payah nak bersukan sangat.
Belajar je! Haaa gitu.

Bercuti pun tak pernah.
Hanya menumpang Pak Aji kerja luar kawasan.
Jadiklah, Buat rasa-rasa tengok tempat orang.

Alhamdulillah syukur.
Takdelah susah sangat.
Cuma sebab duduk bandar, terpaksalah hadap kekurangan tu.


2023-09-15

Apa pilihan yang aku ada.


Ramai yang respond kat IGS cerita kena hina.
Mentang-mentang kat blog dah tutup komen.
Menderu korang komen kat DM.

Aku tepek 2 respond yang berbaloi kalau nak dijadikan blog post.
Yang pertama ini:

Warna kulit, muka tak cantik, dan tak kaya are something yang di luar upaya aku untuk ubah ketika tu.
Kulit aku hitam berlegam. So apa aku boleh buat?
Nak minta Mak Aji belikan skin care?
Dia sendiri tak pakai skin care.
Until Form 5, aku hanya ada bedak powder Johnson & Johnson saja.
Itu pun kadang kalau dah habis, sebat Mak Aji punya.
Nak bagitau bedak aku dah habis pun tak berani.

Deodoran pun tak pernah ada.
Masuk matrik barulah cuba beli deodoran.
Itupun sebab kawan beli. Aku pun join beli.
Moisturiser yang pertama pun beli masa matrik.
Punnnnnn asbab tengok kawan beli, aku join.
Masa tu duit MARA ada khennn, dapatlah belajar untuk bercantik sikit.

Zaman sekolah, nak merasa bedak yang wangi sikit, hanya time balik kampung (Tampin).
Arwah nenek aku lebih kaya dari kitorang.
Makcik and pakcik aku kat Singapore hantar duit bulan banyak kat nenek aku.
Nenek aku pakai bedak Yardley.
Tak pernah nampak dah brand bedak ni.
Wangiiiii.
Sehari mandi 3-4 kali dek nak pakai bedak punya pasal.

Itu warna kulit. Kalau muka pulak?
Tak cantik macam kawan-kawan lain. So apa aku boleh buat?
Pasrah je lah.
Tapi aku rasa aku bukanlah buruk sangat, cuma berselipat je.
Takde modal besar.  
Cuci muka pakai sabun buku Lux je.
Itulah sabun badan, itulah sabun muka, itulah sabun bontot. 3 in 1 gais. Kahkahkah.
Eh, tak. 4 in 1!
Sebab aku guna sabun yang sama untuk basuh simis aku.
Kan simis aku sehelai je. Aku pernah cerita, kan?

Dilahirkan tak kaya macam kawan-kawan yang sama-sama pergi beraya dulu. 
So, apa aku boleh buat? Lalu je lah.
Apa yang ada, cuba untuk jadikan cukup.
Yang ada, manfaatkan.
Yang takde, takyah pikir.
Meratap meraung pun, bukan boleh ubah keadaan.

Baru-baru ni bersembang dengan En Wan pasal kawan aku Nurul.

"Abang tau tau tak, Nurul tu kaya tau, Rumah dia banglo 2 tingkat. Besar gila tanah mak bapak dia. Hall dia luas, bilik tido dia luas, dapur dia boleh main galah panjang sebab besar sangat".

"Ada satu hari tu saya tido rumah dia sebab nak study sama-sama. Nurul siap offer saya "Kau nak buku ni? Ambiklah".

"Tengah-tengah study, Nurul ajak "Jom makan aiskrim?". Di pun bersiaplah, ingatkan dia nak ajak gi teman beli aiskrim kat kedai runcit. Rupanya makan aiskrim kat dapur. Dalam fridge dia ada banyakkkkk makanan!"


Masa aku cerita kat En Wan, dia pandang aku pelik.

"Rumah awak takde makanan ke?"

😭😭😭😭

Bukanlah takde makanan.
Tapi makanan ringan tu tak banyak.
Kalau Mak Aji gi beli groceries kat Billion Kajang, dapatlah potato chips Cottage tu SATU.
Kongsi dengan adik-adik, ya.
Bukan aku punya sorang.
Jadiklah buat rasa-rasa.
Jangan sampai orang kata tak pernah makan.

Masa aku cerita Rayyan belajar keyboard, ada sorang follower komen "Saya teringin nak hantar anak saya belajar hoki, main keyboard macam Rayyan. Tapi tak mampu".

Gitulah aku dulu.
Aku berasa pelik macamana kawan aku boleh ambik kelas piano.
Ada yang join kelas piano, kelas swimming, kelas ballet.
Ini semua kemahiran-kemahiran yang famous di tahun 90-an.
Semua ni bukannya murah.
Tertanya-tanya juga, mak bapak dorang ni kerja apa?
Banyaknya duit boleh pergi kelas-kelas macam tu.

Kawan aku Nurul masuk kelas dance.
Aku tertanya-tanya kenapa dia masuk kelas tu?
Dapat jadi apa kalau masuk kelas tu?
Bukan apa, cara aku dibesarkan adalah -- kalau nak masuk apa-apa kelas, mesti yang bagi impak pada pelajaran. Kalau tak, tak payah.

Hari tu aku tengok satu video.
Orang tu kata, mak bapak yang tak belajar tinggi dan kerja biasa-biasa, selalunya mahu anak-anaknya buat STEM.
Kerja doktor, engineer, lawyer, akauntan, atau kerjaya yang ada kaitan dengan sains.
Sebaliknya, mak bapak yang belajar tinggi dari aliran STEM, selalunya lebih relax dan tak kisah kalau anak ambik arts.

Apa orang tu cakap, betul.
Aku tak berpeluang nak join kelas-kelas macam kawan-kawan.
Parents aku bukan orang senang.
Bukan lulusan universiti pun.  
Jadi, dorang nak tengok anak-anaknya berjaya lebih dari apa yang dia mampu bagi.
Kelas yang "main-main" macam swimming, piano, ballet -- tak pernah ada dalam perancangan.

Aku tak salahkan parents aku.
Jangan salah faham.
Dalam keadaan kurang, dorang dah cukupkan yang perlu.
Aku adik-beradik tetap bersekolah sampai habis.
Sambung Uni, sampai habis.
Banyak yang dorang korbankan untuk bagi kitorang hidup.
Bukan tak pernah teringin nak merasa macam orang lain, cuma belum masanya.
Just be happy dengan apa yang ada dulu.

Dia bukan masalah kuat atau tak.
Tapi kalau dah itu je jalan kita, takkan nak lalu jalan orang, kan.
Lalu jelah jalan kita tu.
Walaupun keluarga tak sesenang orang lain, masa tu aku tak terasa susah pun.
Yang basic, ada. Yang kehendak tu saja takde.   
Kalau dah takat tu je yang ada, pakai dululah yang ada.

Tu pasal everytime ada aktiviti petang di sekolah, aku lenjan je seluar trek Pak Aji.
Sebab itu je yang ada.
Seluar track aku sehelai je.
Kalau tiap-tiap petang ada aktiviti, memang seluar bapak akulah jadi mangsa.
Kau bayangkan bapak aku tinggi nak mencecah 6 kaki, aku boleh sarung seluar dia.
Bahagian pinggang tu berlipat 4-5 kali gulung.
Dah rupa pakai kain pelekat kat dalam 😆.
Kasut sukan bapak aku pun aku pakai tau.
Sebab itu je yang ada.
Aku tak pernah ada kasut sukan sampailah masuk matrik
Sumbat tisu kat depan supaya tak longgar.
Tu yang dapat nick name "Ronald Mc Donald" tu.
Sebab kasut aku panjang.

Apa yang TV tunjuk -- orang susah, orang yang tak cantik -- senang nak dihina.
Itu memang betul. Ni ha living proof-nya.
Aku dah rasa semua tu.
Tapi, apa pilihan aku ada masa tu?
Nak mintak parents aku beli, tak terluah.
Jadi aku pilih untuk pekakkan telinga bila kena ejek.
  
Dia punya jijik dengan aku, sampaikan aku jadi game dorang.
Dulu, budak-budak lelaki sekolah rendah suka bersidai kat balkoni kelas, tengok budak-budak perempuan main getah kat bawah.
Banyak kali terjadi, everytime aku lalu kat balkoni, dorang main tolak-tolak member.
Kalau ada yang terkena aku, siaplah budak lelaki tu kena ejek "Itu girlfren dia".
Ada sorang budak lelaki tu sampai nangis kena ejek jadi boifren aku.
Alahaiii. Yang kau menangis apeheyyynya.
Aku yang kena ejek hitam ni pun rilek je.
Kau pulak over stress.
Mesti spesis kote tak berapa nak naik ni.

Kalaulah ada pilihan antara beli simis dengan beli krim pemutih, aku pilih beli simis.
Aku pernah cerita kan aku hanya ada 1 simis yang dipakai dari Darjah 4 sampai Darjah 6.
Aku pilih simis sebab itu keperluan.
Kalau pilih skin care untuk bercantik-cantik, aku kan masih sekolah.
Boleh buat apa pun dengan cantik.
Boleh buat ngorat Guru Besar ke? Kahkahkah.

Aku sebenarnya tak ambik port sangat budak lelaki ejek.
Perangai budak lelaki memang macam tu.
Tapi aku terkilan bila perempuan pun tumpang mengejek aku sebab nak dapat pengaruh berkawan dengan budak lelaki.
Some of the girls rasa macam coolness dapat join mengutuk aku.
Senang nak masuk jadi member dengan budak lelaki agaknya
Disebabkan itu, aku lebih prefer berkawan dengan lelaki.

Lelaki ni, bila kau dah jadi kawan dia, dia takkan bahan kau depan kawan.
Dia protect kau.
Dia hanya bahan kau bila kau dengan dia je.
Tapi perempuan bila dah jadi kawan kita, dia tergamak bahan kita depan member-member lain dan jadikan kau stok lawak semata-mata nak nampak cool.
And for that reason, aku lebih close dengan kawan lelaki.
Ada je kawan perempuan. Tapi tak seramai kawan lelaki.


2023-09-14

Ejek-ejek hitam tu dah biasa.



Yang pertama -- "Ni apa pakai baju buruk?"

Yang kedua -- "Lelaki kulit hitam takpe. Kalau perempuan hitam, siapa yang nak?"

Yang ketiga -- "Kau tak payahlah pakai topi. Kau dah hitam pun"

Yang keempat -- "Siapa kalah, dapat Diana!"

Ni semua berlaku zaman sekolah rendah and menengah.
Aku mark sorang-sorang yang sakan mengejek aku.
Dah besar ni request add fren kat FB pulak. Eh kauuuu.
Tak kuasa aku nak mengaku kawan.

"Siapa kalah dapat Diana". Bladihel.
Padahal aku takde kat padang tau, tapi nama aku dijaja.
Tapi at least aku menjadi motivasi untuk dorang pecut sekuar-kuar hati.
Taknak kalah punya pasal.
Takut sampai hujung tahun kena gossip dengan aku.
Macam aku hadappppp.  

Tapi dalam banyak-banyak tu, yang paling aku ingat sekali, yang PERTAMA tu.
Dia punya terluka tu, kalau diingat-ingat balik, boleh bergenang air mata.
Sebab 'baju buruk' yang aku pakai tu, adalah baju raya aku tahun tu.
Pada pandangan aku, itu dah paling cantik.
Paling cantik yang aku boleh jumpa dalam baju longgok-longgok dalam mall.

Dulu, time raya kalau beli baju kitorang hanya pilih kat bakul longgok-longgok je.
Kat mall kan ada baju gantung and baju longgok, kan?
Haa, baju raya kitorang adik-beradik memang kat tempat longgok tu.
Yang gantung-gantung semua mahal, tak mampu.
Kitorang pun dah faham.
Nak cari baju raya, mesti tuju kat tempat longgok.
Itupun happy sangat dah.
Takde kecik-kecik hati tak dapat beli baju gantung.
Sebab tak dibiasakan.

Tahun tu aku Form 3.
Kawan-kawan diajak datang ke open house dia. Termasuk aku.
Aku reluctant nak pergi sebenarnya.
Yang pertama, rumah dia kat Fasa 1. Jauh.
Yang kedua, aku bukannya kenal sangat dengan dia.
Dia kelas lain. Aku kelas lain.
Tapi kebetulan masa dia mengajak tu aku ada sekali, dah macam dengan aku aku sekalilah diajak.
Kawan-kawan aku yang lain ajak aku pergi sekali.
Oklah, why not.

Semua berkumpul kat satu tempat, pakai baju raya.
Bergerak sama-sama ke rumah dia.
Masa berkumpul tu pun aku dah terasa segan sebab kawan-kawan lain baju cantik-cantik!
Ada sorang tu baju raya dia macam ofis attire, warna fuschia. Cantik sangat.
Aku tanya "Beli mana baju ni? Cantiknya!". Excited aku.
Yang aku ingat dia kata "Tepat-tepat RM100".
Aku macam whattttt??
Baju dia harga seratus?
RM100 pada tahun 90-an, mahal okehhhh. 
Mati hidup balik aku takkan dapat pakai baju mahal gini.

Sampai je rumah dia, dia pun bersalam-salam dengan kitorang.
Bila tiba nak salam aku, dia cakap kuat "Ni apa pakai baju buruk ni?".
Terdiam kejap.
Tapi senyumlah. Senyum tawar.

Baju aku buruk ke?
Baju raya aku kot.
Bukan baju raya tahun lepas. Tahun ni!
Tapi sebenarnya bila dah kumpul ramai-ramai tu memang baju akulah paling buruk.
Ada sorang lagi kawan aku, baju dia simple je.
Warna macam pastel-pastel. Blouse and pants.
Tapiiii SILK ok!
Umur 15 tahun dah pakai silk atas bawah. Kagum aku.

Takleh brain aku, macamana dorang boleh mampu pakai baju mahal-mahal? 
Kawan aku yang baju fushcia tu belanja sekolah dia RM5 kauuu. 
Tahun 1992 belanja RM5 sehari. 
Tu tak termasuk allowance. 
Umur 15 tahun mak bagi allowance RM50 sebulan untuk beli kaset and magazines.
Fuh! Berpeluh dengar.
Aku memang taklah nak dapat RM50 buat beli barang saja-saja.

Pastu tengah-tengah nak start ambil makanan, dia pun kenalkanlah kitorang kat mak dia.
Mak dia pulak rajin nak tau mak bapak kitorang kerja apa.
"Mak kerja kat mana?", "Ayah kerja apa?".
Orang lain mak bapak kerja besau.
Sampai kat aku "Mak saya kerja kat UKM".

"Pensyarah?"

Sebut UKM je mesti kerja pensyarah, takde kerja lain kat dalam tu, kan? Hahaha.

"Tak, kerani"

Kalau ikut hati, aku nak balik awal.
Tapi macam tak best pulak datang ramai-ramai, balik nak tinggalkan kawan pulak.
Kau imaginelah segannya aku berlama-lama kat rumah orang have-have.
Makan pun jamah kuih raya je.
Tak lalu aku nak makan kat rumah orang lepas kena hina.
Datang buat syarat je lah.

Sebab tu aku cakap duduk bandar dengan duduk kampung, stressnya tak sama.
Kau duduk kampung, majoriti orang kampung, susah.
Kalau kau cakap bapak kau kerja kampung, majoriti di kampung orangnya begitulah.
Kerja kampung juga.
Tapi di bandar, jurang susah dan senang tu ketara.
Sebab majoriti di bandar, orangnya senang-senang.
Bila kau bukan orang senang, tapi kau berada di kalangan mereka, dah tentulah kau nampak paling susah.

Aku rasa not bad jugalah ketahanan diri aku masa tu.
Walaupun sedih orang hina baju raya aku buruk, sampai situ jelah.
Tak sampai hati nak merungut kat Pak Aji and Mak Aji pasal baju.
Lagipun aku tetap rasa baju aku tu cantik.  
Konfiden kan aku? 😆

Ejek-ejek hitam tu dah biasa, sejak sekolah rendah.
Sampai aku tak heran dan tak kesah.
Lagi bagus bila dorang tak suka kulit hitam, aman hidup aku.
Tak payah aku nak maintain berbedak, bersikat kat sekolah.
Biar kepam dan lebam. Sah-sah takde orang nak tengok.
Tak hape yang dorang susah hati sangat dengan kulit aku ntah.
Bukannya aku nak kat kau pun. Kahkahkah.


2023-09-13

Cara-cara orang berharta, punnnn tak jumpa kesepakatan. Apetah lagi orang yang tak banyak harta.


Nampaknya ramai berminat nak tanya pasal polisi medical card lepas aku up story gambar polisi-polisi client En Wan.
Tak kurang yang komen "Banyaknya Kak Diiiiii".

Ya, alhamdulillah.
Syukur ramai ada kesedaran nak buat medical card.
Kos perubatan dah melampau-lampau tingginya.
En Wan selalu share kat aku bill client dia.
Anak demam masuk ward 1 malam pun dah RM4K. Pitam.
Mana lagi dengan mak melayan emosi kita menjaga anak sakit.
Dibuatnya bulan tu jugalah ada hal lain nak pakai duit.
Serabut sungguh rasanya.

Alhamdulillah, walaupun aku tak nak guna medical card, tapi aku tetap standby untuk aku and anak-anak.
Tak pernah terfikir tahun lepas kitorang kena keluar belanja yang besar bila Rayyan patah kaki.
Tak pernah terfikir lansung musibah macam ni akan berlaku.
Masa tu barulah nampak bergunanya medical card yang aku bayar bertahun-tahun selama ni.
Semoga kecelakaan yang sama atau seumpamanya takkan berlaku lagi.
Walaupun medical card ada, tapi hassle menempuh situasi tu taknak aku lalu lagi.

Semalam lalu post ni kat FB.
Kes yang dah lama, tapi tak settle-settle sampai sekarang.
Tiada kesepakatan dalam pembahagian harta katanya.
Ini cara-cara orang berharta, punnnn tak jumpa kesepakatan.
Apetah lagi orang yang tak banyak harta macam dia.
Lagilahhh berat nak jumpa kesepakatan. Sebab apa?
Sebab harta yang ditinggalkan tak banyak mana, tapi nak difaraidkan pada 10 orang.
Masing-masing pasti tak puas hati kau dapat banyak, aku dapat sikit.

So camana?
Hibah adalah penyelesaian terbaik.
Ni ada satu kes:

Suami mati, mewasiatkan harta pada mak dan anak-anak sahaja, tidak pada isteri.
Anak-anak pula belum berumur 18 tahun.
Keluarga mertua buat tak reti.
Jarang ada orang nak kisah lepas dapat duit si mati.
Duit dapat dari langit, rugilah tak ambik. Ye tak?
Maka, terkontang-kantinglah isteri keluar belanja sendiri besarkan anak, di samping settle hutang-hutang arwah suami.

Aku cakap kat En Wan, kalau buat gini kat aku, aku tak doakan dia sampai bila-bila!
Kubur pun aku taknak jejak.
Gitu kau dendamnya.

2 minggu lepas aku attend satu talk dari seorang peguam, tentang hibah.
Bila tengok slide ni, kesiannya la yang bermadu.
Kalau laki kau kaya, takpelah juga.
Ini dapat laki sengkek, tapi bini ramai.
Elok-elok boleh dapat 1/8, dah dapat 1/32.
Kalau harta 2 juta, dapatlah merasa RM62,500 sorang.
Kalau RM200K yang dia tinggalkan?
Dapatlah tak sampai RM7K.
Tu kalau RM200K. What if less than that?

Isteri, pujuklah suami buatkan hibah.
Dah banyak sangat contoh-contoh real case bila suami mati, pembahagian harta jadi sangat rumit.
Masa ni lah nampak perangai sebenar masing-masing.
Masa ni la semua nak claim.
Tapi bab men-settlekan hutang si mati, tetapppppp isteri.

Para suami, kalau nak wasiatkan seluruh harta pada mak bapak, silakan.
Tapi tinggalkanlah hibah untuk isteri.
Hibah ni tak mahal mana.
Kalau hibahkan isteri RM300K pun, bukannya sebulan kena bayar caruman sampai RM500.
Percayalah, bila korang mati, orang cari isteri kau untuk lunaskan hutang.
Bank pun kejar bini kau juga.
Dorang tak cari mak bapak korang tau.
Kalau bank cari mak bapak korang, tetap mak bapak korang akan minta bank call isteri korang juga.
Takde siapa yang nak menanggung hutang kau, kecuali isteri.

Kadang aku pelik juga dengan sesetengah suami yang bertahun-tahun hidup bersama isteri, tapi wasiatkan harta kat mak bapak.
Macamkan isteri tu orang luar.
Takut nau isteri tu kawen lain.
Kau dah mati, pikir soal kubur je dah lah.
Toksah pikir hal bini nak kawen lain ke tak.
At least pikirlah nasib anak-anak.
Seorang suami tiba-tiba meninggal tapi meninggalkan hibah untuk isteri dan anak-anaknya, seumpama dia dah mati tapi masih menyuapkan nasi ke mulut keluarga.

Dulu, hibah tak wujud.
Takde orang terfikir nak buat bisnes hibah ni.
Isteri dan anak-anak takde pilihan lain selain bergantung pada harta yang ditinggalkan suami untuk meneruskan hidup.
Tapi sekarang dah ada polisi hibah.
Gunakan option ni sebaiknya.
Tak banyak mana pun caruman sebulan.
Aku and En Wan sama-sama buat masa umur kitorang mid 30s.
Hanya RM100 je sebulan.
Now dah 46 tahun, aku tetap bayar RM100 sebulan.
Itu untungnya start early.
Bagus agen kitorang yang sentiasa update kitorang dengan polisi-polisi yang bermanfaat.
Kalau tak, kitorang pun tak aware ada option hibah.



Ini lagi satu salah faham.
Bila suami meninggal, walaupun hutang rumah bahagian suami dah settle, bukan bermakna rumah tu jadi hak isteri.
Yang settle tu hanya hutang.
Faraid is a different story.
Bahagian suami yang dah settle masih boleh dituntut oleh waris lain sebab itu dah menjadi pusaka.
Kalau isteri nak juga rumah tu, isteri kena bayar cash kepada waris.
Cash tu nak dapat kat mana?
Banyak.
Boleh dapat cash dari pencairan aset, KWSP dan lain-lain.
Tapi, sementara nak menunggu semua ni cair, rumah tu dah jadi pusaka.
Bermakna waris-waris lain juga berhak nak duduk situ selagi faraid tak settle.

Kalau ada hibah, senang.
Bayar je hibah yang suami hadiahkan kat korang, kepada waris.
Terus rumah jadi korang punya.
Katakanlah rumah harga 1 juta.
50% bahagian suami.
Maknanya suami punya bahagian adalah RM500K.
Kalau suami mati meninggalkan parentsnya, kau kena bayar RM500K kepada waris-waris yang tinggal.
So, minta suami readykan hibah RM500K. Contohhhh.

Perkara ni perit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.
Kalau waris tahu tanggungjawabnya sebagai waris adalah berat, pasti dorang tak tergamak nak tuntut apa-apa.
Tapi almost all waris tak tahu faraid yang mereka dapat bukannya untuk besarkan dapur, tetapi untuk menanggung keluarga si mati.
Aku harap kita semua tak perlu melalui semua ni.

Ini lagi satu musibat.
Betul tak aku cakap waris sekarang banyak yang tak tahu apa tujuan faraid?
Hibah orang pun nak dikaut sekali.
Sah-sah kereta nama isteri, punnnn dia nak sebat.
Hibah isteri dia nak pau untuk settlekan renovation rumah.
Sorry to say, ya.
Syukurlah anak lelaki dia mati cepat.
Mesti anak dia sebenarnya sengsara dalam diam nak penuhi semua permintaan mak sendiri yang buta perut.

Isteri, kalau jadi perkara gini, PLEASE BUAT DEK.
Nak tolong, tolonglah sekadar mampu.
Nama pun tolong, kan.
Jangan kau perabiskan duit hibah kat mertua macam ni semata-mata nak jaga hubungan.
Jnis ni, tak berhubung pun takpelah.
Kau rasa dia akan minta sekali je ke?
Selagi tak mati, dia akan mintak mintak dan mintak.
Percayalah cakap aku.

Sebenarnya kan, suami-suami tak perlu takut "kalau mati awal nanti mak bapak takde siapa tengok-tengokkan?".
Orang perempuan ni lembut hatinya.
Kalau berbuat baik, dia akan balas 10 kali ganda lebih baik.
Waris, tak perlulah pelahap sangat nak kaut semua.
Dengan perangai tak semenggah gini, memang kau dapat kaut sekali tu je lah.
Tapi kalau buat baik dengan si isteri, berpanjangan kau dapat kongsi rezeki dia. Trust me.

Ada promosi terbaru dari Prudential untuk Hibah.
Ini limited time.
Sehingga 31 Oktober, dorang buat promosi Hibah Minimum RM250K.
Untuk bagi senang faham aku pinjam proposal yang En Wan buat untuk client dia semalam:

Senang faham, kan?
Client En Wan ni nak ambil hibah yag basic (Proposal 1).
Kalau nak bandingkan Proposal 1 dengan Proposal 3, memanglah Proposal 1 jauh lebih murah.
Tetapi dengan adanya promosi Proposal 2 (limited time), kita boleh nampak kat situ jauh lebih menguntungkan kalau ambil Proposal 2.
Benefit banyak dan carumah beza RM1 je dengan Proposal 1.

Contoh paling jelas adalah kematian disebabkan accident.
Kalau Proposal 1, isteri akan dapat RM150K.
Tapi dengan Proposal 2, isteri akan dapat hibah berganda.
Padahal suami ambil hibah nilai RM250K sahaja.
Ditakdirkan suami accident dan meninggal, isteri dan anak-anak dapat RM500K.
Of course Proposal 3 lebih besar benefitnya, tapi caruman pun tinggilah sikit.
Kalau kau rasa nak caruman yang less than RM200, ambil Proposal 2.
Limited time ni. Whatsapp En Wan, ok?


2023-09-11

I don't have the time and energy to live life to meet other people's expectations.


Aku tak aktif dalam aktiviti charity atau volunteer program di universiti [zaman belajar dulu].
Jangankan group yang besar, study group pun aku tak join.
Jarang sangat nak terserempak aku berlonggok buat study group. Hampir takde.
Kalau terserempak, tu maknanya tengah discuss group project.
Bukan apa, selalunya study group ni bersembang je lebih.
Dapat pulak group yang dari 6 orang, sorang je boleh diharap. Terus jem.
Sorang tu je la harapan untuk memberi input.
Yang lain melopong salin nota.
Dey, kalau gitu caranya, itu bukan study group ya.
Tu namanya kelas tusyen.

Di group sekolah anak-anak pula, aku lebih suka jadi pembaca.
Orang suruh vote, kita vote.
Orang minta sumbangan, kita sumbang.
Selalunya sumbang duitlah.
Kalau sumbang tenaga, akulah paling tak nampak muka.
Bukan sebab takde masa.
Bukan juga sebab jadual padat.
I could make time.
Cuma, aku tak berapa minat terlibat secara lansung dengan kebanyakkan program sukarelawan.
Kalau terlibat secara tak lansung macam chip in money tu boleh, insyallah.

Aku tau confession aku ni bakal mengundang macam-macam komen, but aku cuma menjadi jujur.
Sejujurnya, aku memang tak minat bergotong-royong.
Senang cakap aku ni malaslah.
Kalau nak tengok aku beria-ia angkat tangan volunteer pasangkan langsir kelas, basuh kelas, hias dinding bilik darjah anak - tak kot.
I mean I will do if it needs to be done [kalau dah takde orang lain] tapi kalau nak tengok aku berebut volunteer, memang taklah.

Hari tu masa dorm Rayyan ada buat gotong-royong, aku join.
Bukan kerana aku nak join, tapi dah alang-alang datang sana untuk jenguk Rayyan.
Apa salahnya sekali harung join.
Singgah kedai beli penyapu and tuala good morning 5 helai untuk lap-lap tingkap.

Aku tahu ada orang yang tak berapa suka dengan orang semacam aku.
Dorang anggap "Tak acilah asyik contribute duit tapi tak pernah datang tolong gotong-royong".

Entahlah, aku tak nampak apa yang teruknya kalau selalu sumbang duit, tidak tenaga.
Everyone ada cara yang berbeza untuk bagi sokongan kepada komuniti.
Lagipun selalunya kita diberi pilihan, "Sesiapa yang nak beri sumbangan pun boleh".
Selalunya gitulah.
Jadi, apa juga pilihan kita, is valid and can also have a positive impact.

Yang penting, keikhlasan dan niat untuk membantu.
Sumbangan duit can be used to fund initiatives atau program yang perlukan financial resources to operate.
Yang datang gotong-royong tu takkan datang saja takde buah tangan bawa balik, kan.
Duit yang mak bapak sumbang bolehlah beli air, makanan dan goodie bags untuk yang datang membantu.
Apalah yang jaki nau orang tak datang gotong-royong?

Aku always pilih untuk sumbang duit.
Bukan sebab berduit, tapi aku tahu kalau ada orang yang pemalas macam aku, mesti ada orang yang rajin.
Dan selalunya yang rajin-rajin ni lebih bersemangat buat kerja.
Kerja pun tak berkira dan mereka lebih teliti.
Kalau kau perasan, orang-orang yang into charity work selalunya adalah muka-muka yang sama.
Itu bermakna, their passion memang ke arah tu.
Orang macam aku, yang malas dan takde passion dalam bergotong-royong, selalunya buat memenuhkan tempat je.
Mengabihkan boreh. Buat kerja pun terkibai-kibai.
Baik duduk rumah lagi bagus.
Tak menyakitkan mata orang lain.

Ada orang, join sukarelawan semata-mata nak melibatkan diri.
Bukan melibatkan tenaga.
Buat memenuhkan tempat je.
Pegang baldi kejap pastu layan bersembang 2 jam.
Pegang penyapu set set set set, pastu duduk membawang 2 jam.
Lepas tu claim jadi volunteer. Bladihel.

Aku suka berbuat sesuatu kalau perkara tu aku boleh buat dengan sepenuh hati.
Kalau tak, aku tak buat lansung.
Kalau buat sekadar nak menjaga hati orang lain, aku takkan buat sebab nanti konfem aku buat sambil lewa.
Dan yang paling teruk sekali chances are, aku buat sambil merungut dan mengungkit.

Bukanlah aku tak pernah terlibat lansung dalam kerja-kerja charity.
Ada, tapi tak banyak.
Things like bersorak tepi court time anak game hoki, adalah "charity work" yang aku enjoy buat dengan sepenuh hati.
Suara aku je dah mewakili 10 orang suara mak bersorak bertempik tepi padang tu, insyallah.
Mak-mak yang lain boleh duduk tepi dendiam. Let me handle this. Gitu.

Seingat aku, aku tak pernah jadi sukarelawan untuk sebarang program di sekolah anak-anak.
Dari Redza and Rayyan sekolah tadika, sekolah rendah sampai ke menengah.
Tapi kalau menyumbang duit dan makanan, atau prepare goodies bag, sanggup aku bangun awal pagi mem-prepare.

Tak kisahlah apa orang nak cakap.
I don't have the time and energy to live life to meet other people's expectations.
Setiap orang ada perkara yang diletakkan as priority dan ini terpulang pada pilihan masing-masing.
Ada orang letakkan anak-anak sebagai priority utama.
Ada yang letakkan family sebagai priority.
Ada yang letakkan kerjaya.
Ada yang suka charity work yang memang look forward untuk volunteer apa-apa program.
Ini semua pilihan masing-masing.
Masing-masing ada kecenderungan yang berbeza.
If everything demand our attention, we will never have focus.

Untuk itu, aku bukan sahaja belajar untuk say NO kepada orang-orang yang hanya mahu ambil kesempatan kat aku, tapi belajar say NO juga untuk perkara yang aku tak mampu atau tak mahu buat.
Ini penting untuk maintain emotional health.
Bila kau tak tahu macamana nak say NO pada perkara yang kau tak suka atau tak nak buat, it will effect your personal productivity.
Buat sesuatu supaya orang lain suka itu bagus, malah sangat mulia.
However kalau selalu sangat buat sesuatu dengan terpaksa, lama-kelamaan hidup dan fokus kita bercelaru sebab sibuk nak settlekan keperluan orang lain berbanding diri sendiri.
Kerja kita juga jadi makin banyak, tetapi kerja tu tak bagi real value untuk kita pun.

To be honest, aku dapat banyak request setiap hari. Banyak.
Sometimes bila aku refuse untuk accept request, rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Kalau boleh aku nak elakkan sebarang konflik.
Kalau boleh, aku nak accept semua request sebab kalau aku refuse, the friendship suffer.
Jadi, aku pun layan je semua request.
One day aku realized that, everytime aku berikan 1 jam untuk orang lain, itu adalah 1 jam masa aku berkurangan untuk diri aku, suami dan anak-anak.
Every time I gave someone 2 jam [untuk prepare FREE product review], that was 2 jam energy aku berkurangan untuk kerja hakiki aku.
Every time aku say YES to someone else, it is a NO to my list of priorities.
Sejak dari itu, aku start being honest.
Kalau aku refuse to do something, aku cuba sampaikan in the most polite way possible.
Bukan semua request aku refuse.
However, tak semua request aku accept.
Ada yang boleh terima, ada juga yang argue.
Yang argue, aku tak boleh buat apa.
Mungkin aku pun tak berada di tempat dia, tapi to be fair dia juga tak berada di tempat aku.



2023-09-09

Kalau diberi peluang patah balik, korang nak umur berapa?


Khamis baru ni aku and kawan-kawan se-Dusty Pink Tits ke JB.
Perjalanan jauh, kan.
Macam-macam topik.
Memang tak benti-benti bercakap.
Tak sempat driver nak mengantuk.
Salah satu topiknya bila kawan aku tanya "Kalau diberi peluang patah balik, korang nak umur berapa?"

Yang lain punya jawapan umur 20-an dan belasan tahun.

Diana?

"31 tahun"

Apa yang aku lalui sebelum umur 31 tahun, aku anggap ok.
Walaupun sebelum umur 31 tahun banyak gila memori yang bitter sebenarnya.
Antaranya, kena double standard treatment sebab mak bapak tak kaya, kena ejek masa zaman sekolah, menderita kat TKC, atok meninggal mengejut, bercinta dengan narcissist, bercinta PJJ dengan En Wan, miscarriage, renovation rumah kena tipu dek kontraktor, rejection semasa buat sales, bibik lari, BANYAK.
Tapi, aku takde rasa nak patah balik ke umur-umur ni.
Takde apa aku nak perbetulkan.
Kira selesai dah tu.

Umur 31 was peralihan umur dari makan gaji kepada menjadi majikan.
Buat bisnes dalam keadaan tidak sepenuhnya bersedia.
Padahal gaji terakhir aku dah sedap.
Tahun 2008, gaji basic RM5K dah quite high masa tu.
Ada tambahan allowance RM800.
Komisyen bulanan aku pula secara purata is RM4K/bulan.

Bak kata En Wan, mungkin sebab aku dah terbiasa dengan life yang tak berapa senang sejak kecil, aku cenderung suka ambil risiko tu.

Aku ambil risiko jump into business dalam keadaan tak fikir panjang.
Ex-boss aku buka company menjual barangan biotech, tapi enterprise saja sebab dia pun macam tak konfiden nak run big.
Masa tu dia run company sorang-sorang. Self-employed.
One day, kitorang terserempak masa masing-masing jumpa customer di universiti.
Gi melepak kejap, sembang-sembang.
Tercetuslah idea nak buat projek itu dan ini bersama-sama.
Aku yang terlalu excited, tulis surat berhenti kerja.
Dalam fikiran aku, takde masalah kot nak run this bisnes sebab apa yang kami bakal buat sama je dengan apa yang aku buat di company aku bekerja sekarang.
Customer pun, aku masih boleh serve customer yang sama.
Cuma promote dorang produk brand lain pula lepas ni. Tu je.
Lagipun aku yakin dengan ex-boss sebab dah pernah kerja dengan dia 4 tahun.
Lansung aku tak takut dengan risiko.
Maybe juga aku tak nampak the real risiko yang menanti.

At age 31, buka company sendiri.
Berdua dengan ex-boss.
Masing-masing pumped in duit.
Our starting capital is RM50K je.
Pandai-pandailah nak run business dengan RM50K tu.
Masa tu baru nampak sakitnya kat mana.
Ingatkan RM50K tu dah banyak. Rupanya sikit sangatttttt.
Nak bawa stok masuk semua kena pakai duit.
Bila ada duit sikit, aku pumped lagi duit dalam tu.
Kayuh pelan-pelan orang kata.

Tapi, setahun selepas kitorang run the company, ex-boss aku quit sebab ikut laki dia ke UK.
Imagine, aku tinggalkan gaji yang dah sedap untuk join her, atas cadangan dan idea dia.
Tapi lepas tu dia quit. Kau rasa?

Nak stop dan kembali makan gaji, memang taklah.
Benda dah halfway depan mata, nak tak nak aku kena jalan terus.
SAKIT! Macam-macam jenis sakit aku rasa waktu tu.
Sakit kena kondem dek En Wan dah tentulah.
Sakit kena tinggal dek business partner.
Sakit nak kena uruskan bisnes lagi.
Sakit nak uruskan masa dengan membina business and urusan rumahtangga.
Aku tak terkilan dah lepaskan keselesaan yang aku dah pegang sebelum tu.
Tapi aku rasa terkilan sangat bila invest tenaga, idea, duit dan masa untuk membina impian orang lain, akhirnya aku tertonggeng-tonggeng alone bila dia pilih untuk utamakan family dia.
Masa tu aku macam "Oi! Aku tinggalkan gaji yang dah sedap. Aku peruntukkan lebih masa untuk bisnes berbanding family untuk bring your idea to life. Lepas tu kau quit? Eh, this is your idea tau"

Jadi, punca aku nak patah balik ke umur 31 tahun, supaya aku perbaiki keputusan yang dulu.
Aku tak menyesal jump into business, cuma aku terkilan buat keputusan tu kerana nak realisasikan impian orang lain.

En Wan kata "Awak tu baik sangat suka buat kerja orang lain".

Tak, bukan aku baik.
Tapi bodoh 😭😭😭.

Kalau patah balik ke umur 31, aku akan terus kerja dengan bos Devil Wears Prada, sampai jadi CEO. 
Sebab masa tu aku dah Head of Dept.
Peluang nak naik tu agak tinggi.
At least kat sana ada staff yang competent dalam area masing-masing.
Team Devil Wears Prada bukan calang-calang.
Semua jenis seronok tido kat opis berbanding balik rumah. 
Workaholic nak mati!
Dengan aku aku sekali terjebak balik rumah pukul 10-11 malam.

Berhenti kerja untuk buat business, takde masalah.
Tapi jangan berhenti kerja sebab orang ajak kau buat bisnes. JANGAN!
Nak buat, biar sebab kau sendiri nak buat.
Jadi, kalau kau ditinggalkan pun, kau masih ok.

Walaupun aku ok sebab aku bertahan dengan company yang "kami" created 15 tahun dulu, permulaannya agak rapuh.
Hampir aku give up.
Banyak yang aku tak dapat buat sebab ilmu tak cukup dan modal pun tak besar.
I wish aku boleh return back bawa modal yang aku ada now, untuk buat apa yang aku tak dapat buat dulu.

Masa tu pembahagian task dah clear.
Aku buat produk sales, dia buat project.
Bila dia berhenti dengan so sudden, aku kena take over pending task dan projek dia.
Daripada aku tak tahu buat Halal project sampai terpaksa jadi tahu.
Daripada aku tak mahir dengan custom biotech project, terpaksa jadi mahir.
Terpaksalah curi-curi masa balik rumah bukak file projek, study, dan baca sampai tengah-tengah malam.
Banyak juga plan yang aku terpaksa batalkan sebab aku takde resources.
Tu belum lagi tiba-tiba customer kat Lembaga Koko call "Machine yang sampai ni bila nak buat commissioning, ya?"
Ah sudah! Jem kejap.
Nasib baik aku ada in-house engineer.
Mintak En Wan buatkan commissioning kat tempat customer.
Bayar RM500, laju dia pergi buatkan 😆.

Zaman-zaman tu masak pun sambil menangis, mandi pun sambil menangis, gosok baju sambil menangis.
Drive je tak menangis sebab takut mekap cair.
Menangis sebab tak tahu sampai bila boleh bertahan.
Sambil nangis sambil meratip "Aku boleh buat! Aku boleh buat!"
Drama pulak rasanya.

Nasihat aku, just don't do something or trouble yourself because you want to make other people's dreams come true. Don't!
Set some boundaries.
Melainkan kau memang nak buat.
Contohnya, kau memang berangan-angan nak berbisnes tapi kau nak ada experienced partner. Yang ni boleh.
Tapi kalau kau tak pernah terfikir pun nak berbisnes, tapi kau nak buat sebab nampak macam menjanjikan pulangan yang besar -- DON'T!

Bisnes ni bukan saja perlu hard work tetapi passion.
Kalau passion kau bergantung pada orang lain, chances are, kau takkan bertahan.
Kena ingat yang bukan dia je ada perancangan masa depan.
You have your own dreams, ambitions, and priorities in life too.
Walaupun tolong orang lain capai impian can be noble and rewarding, jangan sampai menyusahkan diri sendiri.
Apetah lagi bila pengorbanan kau is taken for granted.
Sakitnya bukan main lagi, ok?
Kalau rasa tak ready nak join them, just support them dah memadai.


2023-09-06

Nak kenang kebaikan sampai bila?


Hari tu kat IGS aku letakkan video ustaz ni.
Ok ni baru aku ada mood nak menulis pasal topik ni.


Video ustaz tu takde salahnya.
Aku faham apa dia nak sampaikan.
Dia memaksudkan, selagi boleh dan ada daya untuk redha, maka jangan sampai berpisah.
Setiap kali marah, atau berasa nak berpisah, kenangkan semula kebaikan-kebaikan yang pernah pasangan tu buat untuk kita.
Sekecil-kecil kebaikan, kita cuba kenang dan berterima kasih.
Mungkin itu boleh memadamkan kemarahan.

Now aku nak share dari perspektif aku yang pernah ada dalam situasi tu.
Dalam kebanyakan situasi, kita (aku) akan cuba untuk bertolak-ansur, berlebih-kurang dan melupakan hal-hal yang menyakitkan hati.
Selagi boleh maafkan, aku maafkan.
Dan selalunya macam tu lah.
Malas nak panjangkan cerita, aku maafkan sajalah. Move on.
Persoalannya, sampai bila asyik nak mengenang kebaikan lampau ni?
Sometimes, kebaikan yang dia buat tu tak banyak mana pun, tapi dek kerana kita nak nak bertimbang-rasa, maka kebaikan yang dah lama tu, yang sikit tu, kita dok putar-putar balik demi nak pujuk hati sendiri.

Mungkin ada yang tak sedar, dalam kebanyakan keadaan, kita (aku) bertahan bukan sebab sayangkan dia, tetapi sayangkan relation yang dah bertahun.
Nak start over again dengan orang lain, malas nau rasanya.
Apa yang ada ni, habiskan.
Tu yang kadang-kadang perempuan end up dengan orang yang salah.
Bukannya dia tak nampak red flag tu, tapi nak start dengan orang lain, belum tentu jumpa yang senonoh.
Entah-entah jumpa yang lebih teruk.
Jadi, dia sanggup teruskan je dengan yang perahak ni.
At least dah kenal luar dalam.
Dah tau baiknya kat mana, buruknya kat mana.
Dah tau apa yang buat dia suka, apa yang buat dia marah.
Kalau kenal dengan orang baru nanti nak kena tunggu at least 2-3 years more untuk kenal semua ni.
Maka, bertahanlah kita walaupun red flag di mana-mana.

Bila terlalu nak mengenang kebaikan, selalunya kita dapat relationship yang toksik dan pasangan yang narcissist.
Antara ciri nasrcissist adalah, someone yang tak pernah realize bahawa dia lagi banyak menyusahkan dari membawa kebaikan.
Jenis ni lansung tak pernah pikir perasaan kau.
Dia pedulik apa dengan kau punya sakit hati.
Lagi pulak bila kau sentiasa memafkan dan menerima dia balik.
Makin dia buat berkali-kali perangai yang sama.
Yang kau sibuk mengenang kebaikan dia yang 10 tahun lepas tu.
Padahal jahanam yang dia buat lagi banyak dari baik.
Ada dia mengenang kebaikan kau? Harammmm.
Jenis ni bila dah terlampau banyak kali diberikan peluang, peluang dan peluang, dia always rasa entitle untuk dapat peluang kedua yang ke 457 kali.
Ujung-ujung dia buat macam kau tak boleh hidup tanpa dia.

Dulu, zaman terjebak dengan relationship macam ni, aku always rasa aku jahat sangat bila tak mahu bagi peluang kedua.
Ada suara kecil yang cakap "Kau nak start over again, Diana? Nak start dengan siapa?"

"Belum tentu lagi yang datang selepas ni lebih baik, entah-entah lagi teruk!"

"At least kau dah kenal dia. Dalam banyak-banyak buruk dia, ada juga yang baik. Kalau kau tinggalkan dia, entah-entah kau takkan jumpa satu benda yang baik pun. Semuanya buruk"


Dan yang paling benci sekali, bila suara halus tu start saiko aku dengan kata-kata "Kau pun bukannya perfect. Takkan nak cari orang yang perfect. Berlebih-kurang je dah lah".
Terus aku jem.

Suara-suara kecil inilah yang buatkan kau stay dengan relationship yang toksik.

Bila dah uur 40-an ni kan, dah tak kuasa nak handle stress yang tak perlu.
Nak-nak lagi stress dengan perangai manusia.
Jumpa perangai yang aku takleh accept, terus aku jauhkan diri.
Tak kuasa dah nak bagi second chance. Semak.


2023-09-05

Selalunya, orang-orang inilah nanti yang perlahan-lahan dipinggirkan.



Semalam aku post ni kat IGS (akan keluar kat FBS juga).
Kisah-kisah macam ni selalunya nampak dalam drama je.
Bila dah kaya, lupa diri.
Bila pandai, lupa diri.
Bila berjawatan tinggi, lupa diri.
Bila dah dikenali, lupa diri.
Sometimes dia tak lupa diri, tetapi dia lupa siapa yang berada di belakang dia semasa dia belum ada apa-apa dulu.

Maybe some people kata "Takkan nak berada di takuk lama je. Kita mesti ada usaha nak berubah".
Betullah tu.
Tapi, perlu ke dengan sikap kau sekali berubah?

Aku ni takdelah hadap sangat dengan friendship.
Tapi terkilan jugalah dengan perangai orang-orang yang berjaya ni.
Masa orang lain tak konfiden dengan kredibiliti you, semasa pandangan you tak dianggap penting, time mesyuarat pun tempat you hanya di kerusi belakang, orang oandang tak pandang kerja-kerja you -- ada someone yang cheer you on.
Masa you start working toward your dreams, ada someone yang sentiasa motivate and support you.
Orang inilah yang percaya pada you dan benar-benar nak tengok you berjaya because they value you as a person.
Tapi selalunya, orang-orang inilah nanti dipinggirkan, dilupakan, di-stranger-kan kembali oleh orang yang disupport macam nak mati tu.

Aku ada pengalaman ni.
Dulu ada sorang Hamba Allah ni tegur aku di FB.
PM, minta diaccept jadi fren.
Blog reader katanya.
Plus, dia juga sedang belajar (buat Master) dalam dunia biotek.
Wow! Aku sukalah sebab rare ni nak ada blog reader dalam line yang sama.
Masa ni aku belum ada GreeAard lagi.
Masih buat biotek lab supplies.

5 tahun tempoh kitorang berkawan.
Dari sembang pasal biotek, ke pasal politik, ke viral issues, artis, kerjaya, etc.
Kiranya dah jadi kawan, bukan sekadar blog reader semata.
Rupanya some people berkawan untuk kejar goal and mission, ya.
In order to achieve what they want, they seek ways to be in a group that can assist them in accomplishing their mission.

Dulu aku bring benefit pada dia sebab network aku dalam biotech business agak besar.
Kebetulan dia sedang sambung study.
Dia perlukan network aku untuk reach certain people.
Rezeki dialah sebab aku kenal orang-orang penting dalam industri ketika tu.
Dan masa tu aku dah run own company yang boleh organize workshop untuk DNA analysis.
Aku bagi dia free access ke program-program yang company aku buat.
Sebab dia student kan, takde duit nak join program-program mahal.
Aku mengenangkan takpelah, dah jadi member, kita bagilah kawan kita free access.
Supaya dia boleh belajar banyak teknik dari situ at the same time boleh kenal dengan participants lain dan bertukar-tukar ilmu.

Dia sambung PhD.
Lepas dapat title Dr, slowly senyap, dan menjadi halimunan.
Busy kot. Oklah takpe.
Tapi helok pula lepas grad terus meruyup, kan?
Padahal FB aku wujud sampai sekarang. Aktif lagi.
Blog reader yang lain siap boleh terjumpa TikTok aku lagi, walaupun aku tak bagitau aku ada TikTok.
Itu maknanya, ada orang kalau nak berkawan dengan kita, dia usaha cari kita.
Tapi kalau dah tak nak tu kan, manjang je lah alasan kita "busy".
Macamkan kau sorang je ada kerja dalam dunia ni.

Kelakar pulak rasa.
Sebelum jadi somebody, takde siapa kenal, pada ketika itu aku adalah “somebody” pada dia.
Ingat lagi how excited dia tulis kat FB status “I met Diana Ishak the famous blogger today”.
Eh menyesal pulak aku tak buat kerek masa tu.
Waktu belum ada apa-apa, kemain lagi seronok berkawan dengan aku.
Lepas ada title dan maybe dia rasa “I am in a different game now”, dia start kumpul crowd yang selevel saja.
Carilah pula kawan-kawan yang boleh menyokong kemajuan ke peringkat seterusnya agaknya.

Aku tak marah. Terkilan mungkin ada.
Terkilan sebab baiknya akuuuuuuu.
Patutnya aku buat sombong dari awal!
Biarlah kalau orang kata aku berlagak diva.
Itu lebih baik daripada orang pergunakan kita.
Sebagaimana duit mengubah manusia, begitulah juga dengan pangkat, jawatan, pengaruh dan ilmu.
Orang macam ni, yang berkawan untuk kepentingan sendiri, ramai.
Bak kata Steve Harvey, "Kejayaan akan menyerlahlah attitude sebenar seseorang. Kalau setelah berjaya dia bertukar jadi asshole, itu maknanya dia memang asshole sejak awal".

Apabila seseorang capai kejayaan, perkara pertama yang berubah adalah gaya hidup.
Dah jadi lebih berduit, dah ada pengiktirafan, dah ada power, dah ada pengaruh.
Perubahan ini secara tak lansung influence how they perceive themselves and how they relate to others.
Dah tentulah bila dah ada nama, dah ada pangkat, dah ada gelaran -- gaya berubah, fokus berubah, impian juga berubah.
Dalam mengejar perubahan yang baru, dah tentu lingkungan juga perlu berubah.
Tak salah nak ubah lingkungan.
Tapi jangan sampai jadi kacang lupakan kulit.

Aku tak percaya pada satu keadaan yang mana seseorang boleh jadi terlalu sibuk.
Aku pernah email Tan Sri Khairul Adib, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Ini email aku:


Ini reply dari dia. On the same day!
Aku kerja di bawah Tak Sri pada tahun 2001.
Aku email dia tahun 2019.
18 tahun lamanya tak berjumpa dia, tapi dia masih ingat aku.
Padahal kerja dengan dia 1 tahun je.
Bukan setakat ingat, sempat pula nak reply!
Yang kau, belum Tan Sri pun. Tapi busy yakmat tak masuk akal.

Aku kan, bila terkena dengan spesis-spesis friend for benefits ni, yang aku terkilankan sangat adalah kebodohan diri sendiri.
Aku kalau berkawan, bila member ada krisis, jauh kat negeri X pun aku cancel appointment kerja aku yang lain, zassss ke sana to give support.
Kawan aku dari negeri Y turun KL, “Diana, free tak esok? Jom lunch”.
Aku cancel kerja-kerja aku esoknya sebab mikirkan bukan selalu kawan aku turun KL.
But some people, dia treat us as an option. 
Masa dia perlukan kita, gigih kejap-kejap call, kejap-kejap whatsapp.
Tak pulak busy.
Bila dah dapat apa dia nak, terus missing in action.
Bila turn kita perlukan dia, dia membusykan diri.
Aku tak mintak dia available 24/7, tapi kita boleh tahulah sam ada orang tu consider kita ke tak.

Aku sanggup ketepikan kerja demi nak layan member kerana aku anggap kawan is family.
Tapi, once aku dah anggap “kawan” as ordinary people, there you go lah.
No turning back.

Bila aku cakap malas buat baik bukan bermakna aku tolak buat benda baik lansung.
Cuma tak nak beria dah.
Dah takde dah nak kensel meeting and work appointment demi nak lepak dengan kau.
Tunggu aku betul-betul free baru lepak sama.
Dah takde dah nak tengok aku berbasa-basi ajak kau bersembang.
Kalau kat public, aku bukak buku, baca.
Biar orang sebelah-menyebelah tak ganggu ajak bersembang.
Nampak sombong? Biarlah.
Pengalaman mematangkan aku.

If I were to talk about being busy, it could be quite extensive.
Aku ada company to run, sales targets to meet, journals to read, marketing materials to write, a blog to update, a family to manage, cooking to do, homework anak-anak lagi. Eh banyak!
Tapi kita sama-sama tahu.
It is not about busy, tapi PRIORITY.
Kalau kita jadikan A as priority, kita akan dahulukan A.
Kalau kita jadikan B as priority, kita akan dahulukan B.
So guys, kalau kau sentiasa dijadikan perkara terakhir, dah boleh tahu kan level kau kat mana?
Kau bukan priority pun.
Jadi, tak payah nak hadap sangat.

Aku tak kempen sesiapa untuk ikut perangai aku ni, ya.
Cuma aku nasihatkan sebelum buat baik, we must first decide what is good.
Dalam dunia ni bukan semua orang macam kita.
Ada yang buat baik ada makna, ada yang cheater, ada yang jadikan kau stepping stone, ada yang take you for granted, ada yang jadikan kau option semata.
Pepatah ada pesan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". 
Pegang pepatah tu.


2023-09-02

RED FLAG


2 hari lepas aku tulis pasal RED FLAG dalam meng-hire agen takaful.

Yang pertama sekali, agen yang nak buat kerja mudah.
Dalam erti kata lain, PEMALAS.
Jenis ni memang wujud.

Katakanlah sekarang korang ada polisi takaful dengan agen A. Dah lulus.
Bulan depan korang nak apply another polisi dengan agen B.
Memandangkan korang baru je buat medical check up semasa ambil polisi dengan agen A, si agen B ni minta korang request kat agen A report medical check up hari tu.
Sebab dia nak buat kerja senang, malas nak buat appointment dengan klinik, dan tak nak keluar kos bayar report dari klinik.
Ini adalah RED FLAG YANG PERTAMA!
Itu petunjuk awal betapa pemalasnya agen B nak buat kerja untuk korang.

Walaupun korang baru buat medical check up dengan agen A, tetapi untuk polisi baru, agen B kena buat medical check up lain for you.
Bukannya pinjam medical report yang existing agen dah buat. Gila pemalas!
Boleh imagine tak kalau nak close sale gini pun dah malas, kau rasa dah jadi client esok, dia rajin nak serve kau?
Jenis ni awal-awal dah tunjuk his/her poor reputation.
Takyah cari testimoni lain dah.

Selalunya, agen jenis B ni adalah sejenis yang suka push korang secara aggressive supaya korang buat decision yang cepat.
That's why antara cara dia nak close sale cepat-cepat adalah dengan suruh korang minta medical report kat agen A.
Kat situ pun dah nampak dia bukan kesah pasal kau pun.
Dia kisahkan SALES dia je.
This is a warning sign - RED FLAG YANG KEDUA.
A reputable agent seronok buat kerja from scratch.
Daripada giving information, explaining, dan arrange for your medical check up supaya dia tahu tentang kau dari A to Z.
Agen pemalas je suka buat jalan shortcut.

Korang pernah tengok cerita Erin Brokovich tak?
Yang Julia Roberts berlakon tu.
Dalam movie tu, Erin ni dari law firm A buat kerja-kerja research tentang penggunaan chromium dari sebuah kilang yang sisanya dibuang di sumber air petempatan nearby.
Erin buat research from scratch.
Bila kes dah besar dan nampam macam ada value, tau-tau je some lawyer dari syarikat lain nakkan the case.
Dorang nak SEMUA research yang Erin dah buat.
Nak kerja senang.
Main ambil je semua report-report yang Erin dah compile.
Lepas tu claim diri sendiri lawyer hebat.
Jenis ginilah agen yang pemalas tu.
Main mintak je hasil kerja agen lain, untuk kesenangan sendiri.

RED FLAG YANG KETIGA adalah bila agen tu tak faham your specific requirements before recommending a policy.
En Wan banyak share kes macam ni kat aku.
Dia ada a few prospek yang minta En Wan review their existing policy.
Dorang nak tahu sama ada polisi yang dorang ambil selama ni ada tak medical benefit yang dorang mahukan.
Most of them ambil polisi yang tak berbaloi.
Ada yang polisinya sehingga umur 100 tahun.
Ini kalau aku jumpa agennya, aku lempang.
Mana ada orang hidup sampai 100 tahun? Very rare.
Kebanyakan polisi hingga 70 tahun saja.
Bila agen lajakkan sampai 100 tahun, bermakna client punya premium bulanan sangat tinggi.

Ada juga prospek yang nak buat hibah tapi asyik bertangguh-tangguh sebab agen-agen yang sebelumnya suggest ambil RM300K ke atas.
Bermakna premium bulanan tinggi.
En Wan tanya prospek berapa dia mampu bayar setiap bulan.
Dia cakap RM100.
En Wan suggest plan hibah yang sesuai dengan budget dia.
Dah selamat jadi client dah pun.

Benda-benda macam ni lah yang buatkan orang nak ambil polisi jadi terbantut nak ambil.
Sebab some agen suggest plan yang tinggi terus.
Kau tau sebab apa?
Sebab agen tu nak hit sales target.
Jenis pemalas buat sale punya agen.
Misi dia hanya nak close sale and dapat komisyen.
Sebulan nak close 2-3 orang je.
Yang 2-3 orang ni dia paksa ambil plan yang mahal so that dia capai target awal.

Ada yang tanya aku "Kak Di, kalau claim susah ke senang nak dapat?"

Ok, ini pengalaman aku.
Aku adalah ex-medical underwriter Prudential.
En Wan now agen Prudential.
Family aku ada history hospitalization menggunakan medical card Prudential.
Aku rasa aku paling sesuai menjawab soalan tentang claim ni sebab aku ada pengalaman sebagai orang dalam Prudential dan client Prudential.

Kali pertama gunakan medical card adalah pada Rayyan.
That was year 2013.
Rayyan kena demam (tonsilitis).
Berkampung kat Avisena 4 hari 3 malam.
Kitorang guna medical card sepenuhnya.
Hanya bayar RM300 masa awal-awal nak masuk wad.
Yang ni takleh claim.
Yang ini memang client kena bayar.

Urusan kemasukan ke ward alhamdulillah mudah.
Di kaunter hospital, dia tanya nak bayar cash or pakai medical card?
Bila kita kata nak pakai medical card, dia akan minta medical card sebab nak request GL dari Prudential.
Selalunya ambil masa dalam 30 minit gitu.
Tapi kalau weekend, lamalah sikit.
Maybe 1-2 jam baru dapat respond.

Hat ni aku boleh jawabkan, sebab aku pernah jadi underwriter.
Underwriter sentiasa kerja.
Kalau cuti pun, akan ada yang kena kerja.
Masing-masing rotate jadual kerja on weekend/public holiday.
Aku pernah kena kerja on Christmas.
Ada yang raya puasa pun kerjaaaaaa.
Jadi, please expect slow reply masa request GL on weekend.
Ini bukan kerana syarikat takaful tak effisien tetapi kau kebetulan sakit masa cuti.
Hari cuti, 50% of man power juga bercuti.
Selepas office hour juga please expect slow response.
However, GL tetap boleh dikeluarkan.

MELAINKAN!
Haaaa..melainkan, ada requirement yang doktor kena isi.
Setiap kali request GL, doktor akan isi satu form berkenaan keadaan pesakit.
Bila form tu tak lengkap, atau perlu maklumat tambahan, Prudential akan hold GL dan minta doktor lengkapkan kembali.
Hat ni pun contribute to kelewatan GL.

Perlu diingat, ada masa dan ketikanya GL korang ditolak dan korang kena bayar sendiri, walaupun patutnya dapat masuk FREE.
Yang ni bukan polisi Prudential, tetapi SEMUA syarikat takaful guna polisi yang sama.
Takde satu pun hospital yang allow patient masuk wad tanpa cengkeram atau GL.
Kena ada jaminan dulu baru dilepaskan masuk wad.
Kalau GL kena hold/tolak, adalah kerana syarikat takaful nak tengok full medical report dari doktor sebelum buat keputusan kes tu FREE atau TIDAK DI COVER.
Sebab tulah report dari doktor sangat penting.
Mungkin ada sakit lama yang korang tak declare.
Mungkin juga syarikat takaful nak siasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit yang korang nak admit ni ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan.

Tapi selalunya, orang akan salahkan syarikat takaful.
Lecehlah, lambatlah, scammer la.
Padahal dia tak duduk dalam sistem takaful tu.
Aku pernah duduk dalam sistem tu so aku tahu apa prosedur dia.
Tapi ye lah, benda-benda macam ni bukan semua orang nak faham.
Dalam keadaan tengah sakit, kan.
Kepala serabut, emosi serabut.
Selalunya terus salahkan syarikat takaful.

Aku nasihatkan, kalaulah dapat kes GC kena reject, JANGAN LARI.
Jangan terus guna medical card company atau pergi hospital kerajaan without settlekan GL yang kena reject tadi.
You know why? Sebab GL reject ini DIREKODKAN.
Kesannya, in future korang nak admit ke hospital, rekod GL reject ni akan keluar balik.
Kes lama tak selesai lagi. Lagi teruk.
Sia-sia je nanti bayar medical card tapi takleh guna.

Kali kedua keluarga aku ada history hospitilazation adalah, En Wan.
Dia operate absess dalam perut, tahun 2021.
Di Avisena juga.
Request GL, dalam 30 minit terus lulus. Hanya bayar RM300.

Kali ketiga, kes Rayyan patah kaki tahun lepas.
Aku berangkut bawa Rayyan ke Avisena, alone.
Uruskan dengan doktor di emergency.
Bila doktor dah diagnose dia patah kaki, aku diminta untuk terus ke kaunter.
Masa ni En Wan dah ada dalam sistem takaful. Lebih mudah.
Kaunter tanya aku ada medical card ke tak.
Aku serahkan medical card Rayyan.
Once Avisena dah request GL, aku call En Wan.
En Wan follow up dengan Prudential.
Aku tak ke mana-mana pun, masih duduk depan kaunter tu juga untuk isi form-form.
Dalam 30 minit, kaunter cakap GL lulus.
Tapi bilik tengah kemas, so kena tunggu.

Bermakna, GL ni sebenarnya tak susah pun nak lulus kalau requirement hospital lengkap DAN payment caruman bulanan kau cantik.
Kalau sakit kebetulan pada hari kerja, insyallah lebih cepat segala proses sebab syarikat takaful tengah kerja, hospital pun kerja, doktor pun kerja.
Segalanya cepat.

Dalam kes Rayyan ni selain guna medical card, kitorang juga kena pay and claim kerana ada satu part tu Rayyan kena surgery di PPUM.
PPUM bukan panel Prudential.
Kami takde pilihan, kena bayar dulu.
Claimnya dapat bila?
Sebulan selepas tu.
Yang ni prosesnya agak banyak sikit sebab bila kau tak warded di panel hospital, banyaklah requirement yang hospital kena sediakan.
Tapi tak banyak, dalam RM1700 kot.
Yang banyak tu haaa Avisena - RM35K.
Yang ni free sebab pakai medical card.

Lagi satu, rawatan fisio.
Yang ni pun pay and claim sebab fisio dibuat selepas discharged dari Avisena.
However sebab kami ada surat dari hospital yang mengatakan Rayyan perlu buat fisio, jadi 3 bulan rawatan fisio masih boleh claim.
Claim dapat lambat sikit dalam sebulan juga sebab fisio ni under 3rd party, bulan under hospital.
Pay & Claim memang banyak keetelitian.
Dorang tak terima setakat kau tunjuk invoice gitu je.
Mesti ada official receipt untuk dapatkam ITEMIZED BILL.
Kalau sekadar invoice, kau kena pergi balik kat kaunter dan mintak kaunter printkan official receipt.
Macam kes Rayyan hari tu, berulang kali En Wan ke PPUM mintak receipt itu receipt ini.

Another thing is bilik.
Kalau plan medical card korang adalah bilik RM150, carilah bilik yang harga RM150.
Janganlah ambil bilik RM200 sebab balance tu kau tak boleh claim.
Kalau hospital takde bilik yang harga sepadan, dan available bilik mahal, maknanya balance harga bilik memang kita kena tanggung sendiri.

Itu adalah pengalaman aku berurusan dengan medical card Prudential.
Alhamdulillah, smooth.
Kalau nak smooth, pastikan ke hospital panel yang berdekatan.
Tak tahu hospital panel, PLEASE CALL AGENT.
Sebab itulah, nombor agent simpan.
Jangan letak merata.
Jangan main pergi je mana-mana hospital.
Jangankan kata Prudential, mana-mana syarikat takaful pun, kalau korang tak pergi ke panel hospital, korang terdedah kepada CLAIM DITOLAK sebab ada klausa-klausa yang tidak dilindungi oleh syarikat takaful tu.
Sebelum datang, call dulu tanya ada kekosongan wad ke tak.
Jangan walk-in.
Walaupun hospital panel, kadang-kadang bilik penuh.
Dan tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik medical card anda?
Hat ni boleh call En Wan kalau tak pasti.
Dia boleh tolong callkan.

Oh lagi satu.
Bila dapat bill nanti kena check.
Sebab bukan semua benda medical card tanggung tau.
Bil rawatan dan ubat-ubatan memang dicover.
Tapi, ubat untuk kesihatan tambahan dan vitamin tak cover tau.
Hari tu Rayyan punya kes, dalam RM1000 juga aku bayar sendiri sebab sebulan duduk sana.
Banyak guna wet wipes, panadol, pampers, dan segala tok nenek barang.
Ini semua bayar sendiri.
Esok jangan sedap je men-request kat nurse macam-macam, ujung-ujung dapat bill, terduduk.