2023-09-25

Blogging, V-logging, YouTuber, TikTokers, Instafamous -- ini semua trend. Takkan lama.


Pagi tadi nampak berita ni.
Hari tu Grab. Ni kali Food Panda pulak.
Masa PKP dulu memanglah food rider jadi job yang sangat laku.
Keadaan masa tu tak mengizinkan orang berlonggok kat luar rumah.
Orang takut nak keluar.
Nak ke mall pun tak dapat.
Kedai makan pun open only for take away.
Now, keadaan kembali pulih.
Semua orang lebih selesa makan di luar berbanding tapau.
Tambah pula ekonomi tak berapa bagus, semakin ramai opt makan di rumah saja. Masak sendiri.

Sebenarnya dari dulu lagi dah nampak yang Food Rider ni hanya boleh dijadikan JOB, bukan CAREER.
Pendapatan sampingan, boleh.
Pendapatan tetap, cannot.
Yang lebih frustrating bila budak-budak muda jadi food rider.
Tak sambung belajar sebab enjoy kerja rileks.
Nak kerja santai yang tak terikat dengan ofis hour.
Rasa-rasa nak kerja lebih, buat lebih.
Kalau esok tak terasa nak kerja, duduk rumah saja.
Benda bila dah seronok pegang duit santai-santai gini, nak kerja tetap dah takde mood.
Sebab dah terbiasa kerja rileks.
Jangan ceritalah bab sambung belajar.
Memang dah takde dalam plan dah.

Hari tu aku tengok video Dr Malar cakap pasal budak-budak sekolah nak jadi TikTokers.
Dik, TikTokers tu bukan kerjaya. Bukan career.
Itu sekadar mengisi masa lapang atau pendapatan sampingan, boleh.
Jangan jadikan sebagai kerjaya atau pendapatan tetap.
Orang nak tengok kita masa kita tengah cantik je.
Dah umur macam aku besok kalau tetap nak ber-NPC atau buat makeup tutorial kat TikTok, takde siapa nak tengok dah, dikkkk.

Hari tu aku tengok orang share statistik lepasan SPM ramai yang tak mahu sambung belajar.
Kononnya, dah habis belajar belum tentu ada kerja.
Tak nak buang-buang duit berhutang PTPTN demi segulung ijazah yang tak menjamin kerjaya yang bergaji tinggi.
Aku curious nak tahu pecahan dari statistik tu.
Perlu tahu pecahan yang tak mahu sambung belajar tu datang dari pelajar area mana, latar-belakang apa, dan dari sekolah mana.
Dari situ baru kita boleh kenal pasti masalah.

Bukan apa.
Macam kawan-kawan Redza di Langkawi, takde yang tak nak sambung belajar.
Semua berebut nak sambung belajar.
Dan parents pula semuanya jenis yang sangat-sangat mendorong anak sambung belajar.
Sama juga macam sekolah STAR.
Preparation for SPM dah bermula now, ketika anak-anak masih Form 1.
Sekolah Rayyan sekarang is Sekolah Kluster.
The cikgu and YDP sangat mementingkan hala tuju budak-budak agar semua lepas untuk ke peringkat yang tinggi.
Masa kitorang apply Rayyan untuk masuk Sekolah Kluster, soalan pertama YDP tanya kitorang "Anak you pandai tak?".
Pehhh! Menusuk.

Itu adalah gambaran lingkungan kita sangat memainkan peranan.
That's why statistik lepasan SPM yang tak mahu sambung belajar tu perlu ditunjukkan pecahannya.
Dari situ baru boleh identify cara untuk atasi masalah.
Lingkungan budak-budak ni sangat memainkan peranan.
Dapat yang jenis lingkungan mak bapak bergantung pada anak untuk sumber pendapatan keluarga, atau kejiranan yang rata-rata tak kisah hal anak-anak, atau kawan-kawan yang sama-sama tak suka belajar -- memang masaklah masa depan.

Ramai yang kata budak-budak ni bukan taknak sambung belajar, tapi sebab keluarga susah.
Ya, tak dinafikan memang ada yang susah tapiiiii aku yakin, lebih ramai yang MALAS dalam statistik tu, berbanding susah.
Kalau nak kata susah, aku ada kawan yang sama-sama belajar kat Uni dulu, bapaknya nelayan.
Secara teorinya, kerja nelayan ni orang yang duduk kampunglah.
Kerja kampung.
Pendapatan tak tinggi.
Bukan orang senang.
Tapi elok je kawan aku bersekolah, dapat masuk MRSM, kemudian ke Uni, kemudian grad.
Kerja elok. Gaji sedap.
Tak sampai 10 tahun lagi, dah nak pencen.

Maksudnya, ada ramai keluarga susah.
Yang membezakan adalah mindset.
Mereka ada mindset berjaya.
Dia tahu hidupnya susah, jadi anak-anak tak boleh mewarisi kehidupan yang sama.
This difficult life must come to an end here.
Mak bapak begini sanggup buat apa saja, asalkan anaknya sambung belajar.

Dulu pernah ada slot Bersamu seorang budak lelaki yang daif.
Real daif.
Rumah dia, jalan masuk kereta pun takde.
Kereta park luar, nanti jalan masuk ke dalam untuk sampai ke rumah dia.
Dan rumah dia satu je kat dalam tu.
Rumah yang serba tak ada.
Budak ni bersekolah di sekolah berasrama.
SPM straight As.
Masa hari anugerah SPM, ayah dia datang dengan bas, tido masjid.
Hari majlis ayah dengan bawa coklat Cloud 9 sebagai hadiah.
Aku menangis teruk depan TV.

Tapi di suatu sudut dunia, ada parents yang dah pasang cita-cita, lepas anak habis SPM, terus kerja.
Cari duit bantu keluarga.
Tak sempat budak tu nak hidup, dah disuruh kerja bagi menghidupkan keluarga yang sepatutnya mak bapak tanggung.
Maka bekerjalah anak ni dengan gaji tahap SPM.
Kerja macam nak mati menanggung keluarga.

Tu belum lagi "Bapak teringin nak pakai moto. Ambillah loan, belikan bapak moto".

"Rumah sebelah tu ada Astro. Kau belilah Astro. Boleh mak tengok cerita Korea".

Dahlah anak tu belajar tak tinggi. Gaji tak besar.
Diakalnya pulak dengan buat loan bank.
Inilah yang orang kata "B40 breeds B40".

Lingkungan kita penting.
Berada di persekitaran yang betul akan membawa kita kepada target yang betul.
Persekitaran, termasuk orang-orang yang berinteraksi dengan kita, yang hidup dengan kita, yang involve dengan rutin harian kita -- semuanya have a significant impact on our behavior and decision-making.
Bila berada dalam persekitaran yang aligns with our goals and values, insyallah lebih mudah untuk kita buat pilihan yang lebih baik.
Sebab itu, penting anak-anak berada dalam persekitaran yang betul, dan kawan-kawan yang betul.

Sedih bila tengok statistik ramai student taknak sambung belajar.
Aku sangat yakin, ini bukan sebab miskin, tetapi TREND.
Trend nak kerja santai.
Nak kerja yang tak perlu clock in clock out.
Kerja yang tak perlu belajar tinggi pun boleh kaya (katanyaaaaa).
Kerja yang tak berpenat-penat hari-hari duit masuk kepuk-kepuk.
Kerja yang boleh bangun tido pukul 10 pagi.

Dik, ini semua TREND.
Jangan hanyut dengan trend.
Trend takkan kekal lama.
Zaman acik belasan tahun dulu, cyber cafe mencanak-canak tumbuh.
Zaman tu satu dunia main chatting.
Selang 10 kedai mesti ada cyber cafe.
Now, mana pergi semua cyber cafe ni? Melingkup.
Sebab?
Sebab sekarang semua rumah ada komputer.
Henfon pun dah smartfon.
Tak perlu dah cyber cafe.
Kalau orang yang buat bisnes cyber cafe tu dulu adalah seorang yang ada pelajaran, graduan universiti, atau paling tidak ada sijil kemahiran membaiki komputer, dapatlah dia teruskan bisnes dengan skill atau guna certificate yang dia ada.
Itu untungnya sambung belajar.
Kalau kau setakat ada SPM, tak nak sambung belajar sebab khayal nak jadi TikTokers, lagi 10 tahun yakin TikTok ni masih bagi impak?

Tahun 2006-2012 kemuncak orang berblogging.
Ini peak time dia.
Ramai yang berblogging.
Ada yang menjadikan blogging satu kerjaya.
Sebab apa? Sebab masa tu blogging boleh buat duit.
Ramai company hire blogger untuk buat iklan.
Siap ada event khas untuk bagi award pada blogger.
Punyalah besarnya medium blogging ni dulu.
Ramai blogger hidup mewah dengan duit blogging.
Tapi tak lama, ya.
6 tahun je penguasaan blogger ni.
Lepas tu dah senyap.
Ramai yang dulunya blogging, beralih ke Vlogger pulak.
Mencecehlah pulak kat video.
Umur makin meningkat.
Trend makin berubah.
Wajah-wajah baru semakin banyak muncul.
Masih relevan ke kita dah masuk 40-an ni nanti dengan trend ni?

Acik pun blogging sejak 2006.
Sejak umur 29 tahun.
Tapi acik tak jadikan sebagai kerjaya.
Acik jadikan blog medium untuk acik merempan.
Tu pasal sampai sekarang blog masih aktif.
Kau baca ke, kau tak baca ke, acik tak kira.
Acik menulis juga sebab nature acik memang kuat menceceh.

Blogging, V-logging, YouTuber, TikTokers, Instafamous -- ini semua trend.
Takkan lama.
Ia hanyalah medium untuk kita bina personal branding dan enhance komunikasi. Bukan kerjaya.
Jadi pendapatan sampingan, boleh.
Kita mesti ada satu kerjaya hakiki yang mejadikan kita skillful dalam bidang itu.

So please, anak-anak.
Tak nak sambung ke Uni, takpe.
Ambillah sijil kemahiran.
Intinya, SAMBUNG BELAJAR.
Biar pegang satu sijil yang diiktiraf.
Lepas tu kau nak jadi TikTokers ke, buatlah.
At least kau ada sesuatu untuk dijadikan sandaran bila perlu.
Jangan nanti sibuk huhahuha melayan TikTok, busy live sana sini, tau-tau je dah tua.
Masa tu dah tak relevan.
Nak kerja dengan orang pun, orang tak nak ambil sebab dah la takde pengalaman, dah berumur pulak tu.
Please, SAMBUNG BELAJAR!