2023-09-16

Takdelah susah sangat. Cuma sebab duduk bandar, terpaksalah hadap kekurangan tu.


Ada yang begitu menghayati kisah aku zaman kecil, sampai berpikir-pikir macamana aku boleh susah sedangkan mak bapak aku kerja.
Pak Aji pegawai pulak tu katanya.

Inilah yang aku cakap hari tu.
Susah duduk di bandar sebenarnya jauh lebih ketara dari susah hidup di kampung.
Tahun 80-90-an dulu, MAJORITI orang yang duduk kampung adalah kerja kampung.
Rumah pun rumah kampung.
Gaya hidup juga cara kampung.
Majoritinya orang susah.

Tapi kalau duduk bandar, kebanyakkannya berkerja makan gaji, duduk rumah batu, dan hidup pun cara orang bandar.
Habis miskin pun orang duduk rumah flat.
Takde rumah kampung kat situ.
Maknanya, semua kena beli rumah.
Belanja dapur pun ikut harga bandar.
Belanja barang basah ikut harga bandar juga.

Keluarga aku, kalau balik beraya kat Muar (kampung Pak Aji), nampaklah macam mewah sebab kitorang ada kereta, dan ada baju raya yang cantik.
Tapi baju raya akulah yang paling buruk kalau kat bandar tu.
Sampai kena hina.
Kitorang dulu kalau balik beraya Muar, Pak Aji tak kasi kitorang pakai kasut raya.
Pak Aji cakap "Jangan bagi orang kampung sedih pagi raya sebab tengok kasut kita".
Padahallll kasut aku tu paling tak dipandang kalau kat bandar.
Dan orang kampung tak tahu kereta Pak Aji bukannya dia beli, tapi menang cabutan bertuah.
Aku pernah tulis sebelum ni kereta tu adalah kereta syarikat rokok Marlboro.
Pakcik aku kerja kat Marlboro dulu.
Dia registerkan nama Pak Aji untuk cabutan bertuah. Dapat.
Kalau tak dapat, aku syak tiap-tiap kali balik kampung kena naik bas.

Kalau aku cerita pasal kitorang adik-beradik hanya berbaju baru setahun sekali -- susah orang nak percaya.
Sebab bapak aku pegawai, mak aku bekerja di UKM.
Duduk pulak kat bandar.
Mustahil baju baru hanya berganti setahun sekali, ye tak?
Tapi itulah hakikatnya.
Setiap tahun, aku and Ima dapat baju baru time raya saja.
Baju kurung sehelai dan baju moden sehelai.
Baju kurung raya selalunya tempah.
Takde nak pesen-pesen, ya.
Semua baju kurung pesak saja.
Baju moden beli kat mall, tapi dalam longgok-longgok.

Percaya atau tak, sepanjang aku bersekolah, aku tak pernah ada T Shirt round neck.
Nak pergi aktiviti petang kat sekolah sangatttttlah susah sebab takde baju nak pakai.
Dulu mana ada baju T shirt sekolah selain baju rumah sukan.
Tu pun sehelai je.
Takkan nak pakai tu je balik-balik.
Nasib baikkkk ada baju Pak Aji. Hahaha.
Pak Aji kerja kat Jabatan Pendidikan Selangor.
Orang kerajaan selalu buat program.
Program Anti-Dadah, program Pembimbing Rakan Sebaya, program dengan Milo, dengan Nestle.
Setiap kali run program, dapat baju program.
Baju tu lah aku lenjan.
Besar pun besarlah. Janji ada baju.
Baju size Pak Aji katakan.
Lengan baju gila labuh sampai ke bawah siku!
Nasib baik itu zaman Berverly Hills 90210.
Terpaksaku jadi Jason Priestly lipan lengan baju sampai ketiak. Kahkahkah.
Pair kan pulak dengan seluar track Pak Aji.
Punyalah besar. Gedobos je aku pakai.
Nasib baik Mc Hammer tengah trending zaman tu.
Nampaklah macam aku sedang follow the trend.
YOU CAN'T TOUCH THIS! Mbhahahahaha.

Masa Form 2, cikgu kelas buat open house.
Satu kelas pergi.
Baju kurung kawan-kawan aku cantik gila!!!
Yang kain satin, yang ada lace, yang ada riben kat pinggang.
Jalan raya pun siap bawak henbeg kecil.
Aku je berbaju kurung pesal kain cotton.
Jalan melenggang tak bawak apa-apa.

Kat rumah cikgu, mata aku dok memerhati baju kawan-kawan.
Tak dengki, cuma tertanya-tanya, kat mana dorang jumpa baju cantik-cantik macam ni?
Kenapa dorang boleh pakai baju kurung moden?
Bukan apa, Mak Aji saikokan kitorang "Budak sekolah tak cantik pakai baju kurung moden. Nampak macam orang tua!".
Gitu je dia saiko aku.
Sampai dah sekolah menengah aku masih lagi percaya budak sekolah nampak tua kalau pakai kurung moden 😆.

Walaupun macam tu, rasa susah tu tak dirasa sangat.
Maybe sebab aku duduk rumah batu, duduk bandar, ada kereta, mak bapak makan gaji.
Cuma boleh nampaklah yang keluarga aku tak senang macam orang lain.
Tapi, ada satu time tu aku betul-betul rasa yang keadaan keluarga sebenarnya susah.
Bila satu hari aku minta nak masuk kelas tusyen.
Mak Aji cakap "Kau jangan selfish. Takkan duit nak habis kat kau sorang. Adik-adik lain pun nak belajar".
Masa tu baru aku betul-betul rasa "Ok, aku bukan orang senang".
Padahal aku bukan minta basikal atau walkman.
Aku minta nak tusyen.
Waktu tu kelas tusyen untuk 3 subjek habis kuat pun RM50/bulan, tapi tak mampu.
One of the reason kenapa aku suka tido rumah kawan adalah, sebab nak belajar sama-sama.
Lagipun, dorang banyak buku latihan. Aku dapat tumpang buat.

Masa aku cerita kat En Wan kisah zaman sekolah aku, dia pun rasa pelik.
Macam tak lojik dia kata.
Sebab bapak aku pegawai.

Deyyy, bapak aku memang pegawai tapi dia pegawai tanpa ijazah.
Berapa sangat gaji dia.
Mak aku cakap last day Pak Aji kerja, gaji dia RM4K tak sampai.
Padahal pegawai tu.
So that explains kenapa dia tak mampu beli kereta.
Rumah kitorang nama je rumah 2 tingkat, tapi very basic.
Tahun 90-an, rumah kawan-kawan aku dah ada aircond.
Aku masih lagi pakai kipas dalam bilik.
Bukan kipas siling tau, tapi kipas kotak.
Tekan paling laju, bergegar 😆.
Kalau ada tetamu datang tido rumah, Mak Aji minta aku bagi kipas kotak tu untuk tetamu pakai.
Berpeluh-peluh malam tu aku dengan Ima tido takde kipas.

Masa bertunang, En Wan tanya "Kenapa TV rumah Di kecik?"
Aduyaiiii. Bila anak orang have-have bertanya soalan 🙄.
Aku tak pernah terpikir pulak TV tu kecik.
Yang aku tahu janji ada TV nak tengok cerita cina.
Tapi bila En Wan tanya soalan tu, baru aku realize "Yelah, TV rumah aku kecik".
En Wan balik dari Jepun bawa home theatre set.
TV punyalah bapak gabak besar.
Dengan speaker and woofer yang besar juga.
Video player, DVD player, karaoke set -- eh semua lengkaplah!
Memang jelas betul antara dua darjat tu 😝.

Aku rasa planning Mak Aji and Pak Aji dulu adalah -- beli rumah yang selesa sebab rumah ni nak duduk sampai tua.
Esok anak menantu nak balik biar ada bilik sendiri, tak payah tido berlonggok bertimpa-timpa.
Jadi, duit dorang banyak pergi ke rumah. Agaknyalah.

Dari segi pendidikan, dorang pergi yang basic sahaja iaitu, biaya sekolah anak-anak sampai selesai.
Tusyen-tusyen ni tak pakai.
Belajar sendiri sampai pandai.

Dari segi makanan, janji makan.
Tak perlu nak cheese, coklat, air kotak, air gas, jajan, aiskrim tiap-tiap bulan.
Yang penting nasi ada.

Dari segi pakaian, disebabkan kitorang selalu duduk rumah saja tak ke mana-mana, maka tak perlu berbaju baru selalu.
Setahun sekali cukup supaya ada baju cantik kalau-kalau nak pergi kenduri dan majlis keluarga.
Selebihnya pakailah seluar track and seluar jeruk serta T Shirt dapat free beli barang kat Seong Chong Mini Market.
Lagipun cousin-cousin aku kat Singapore selalu buat spring clean.
Dapatlah kitorang baju-baju lama dorang.

Kasut sukan semua tak payah.
Tak payah nak bersukan sangat.
Belajar je! Haaa gitu.

Bercuti pun tak pernah.
Hanya menumpang Pak Aji kerja luar kawasan.
Jadiklah, Buat rasa-rasa tengok tempat orang.

Alhamdulillah syukur.
Takdelah susah sangat.
Cuma sebab duduk bandar, terpaksalah hadap kekurangan tu.