2023-09-09

Kalau diberi peluang patah balik, korang nak umur berapa?


Khamis baru ni aku and kawan-kawan se-Dusty Pink Tits ke JB.
Perjalanan jauh, kan.
Macam-macam topik.
Memang tak benti-benti bercakap.
Tak sempat driver nak mengantuk.
Salah satu topiknya bila kawan aku tanya "Kalau diberi peluang patah balik, korang nak umur berapa?"

Yang lain punya jawapan umur 20-an dan belasan tahun.

Diana?

"31 tahun"

Apa yang aku lalui sebelum umur 31 tahun, aku anggap ok.
Walaupun sebelum umur 31 tahun banyak gila memori yang bitter sebenarnya.
Antaranya, kena double standard treatment sebab mak bapak tak kaya, kena ejek masa zaman sekolah, menderita kat TKC, atok meninggal mengejut, bercinta dengan narcissist, bercinta PJJ dengan En Wan, miscarriage, renovation rumah kena tipu dek kontraktor, rejection semasa buat sales, bibik lari, BANYAK.
Tapi, aku takde rasa nak patah balik ke umur-umur ni.
Takde apa aku nak perbetulkan.
Kira selesai dah tu.

Umur 31 was peralihan umur dari makan gaji kepada menjadi majikan.
Buat bisnes dalam keadaan tidak sepenuhnya bersedia.
Padahal gaji terakhir aku dah sedap.
Tahun 2008, gaji basic RM5K dah quite high masa tu.
Ada tambahan allowance RM800.
Komisyen bulanan aku pula secara purata is RM4K/bulan.

Bak kata En Wan, mungkin sebab aku dah terbiasa dengan life yang tak berapa senang sejak kecil, aku cenderung suka ambil risiko tu.

Aku ambil risiko jump into business dalam keadaan tak fikir panjang.
Ex-boss aku buka company menjual barangan biotech, tapi enterprise saja sebab dia pun macam tak konfiden nak run big.
Masa tu dia run company sorang-sorang. Self-employed.
One day, kitorang terserempak masa masing-masing jumpa customer di universiti.
Gi melepak kejap, sembang-sembang.
Tercetuslah idea nak buat projek itu dan ini bersama-sama.
Aku yang terlalu excited, tulis surat berhenti kerja.
Dalam fikiran aku, takde masalah kot nak run this bisnes sebab apa yang kami bakal buat sama je dengan apa yang aku buat di company aku bekerja sekarang.
Customer pun, aku masih boleh serve customer yang sama.
Cuma promote dorang produk brand lain pula lepas ni. Tu je.
Lagipun aku yakin dengan ex-boss sebab dah pernah kerja dengan dia 4 tahun.
Lansung aku tak takut dengan risiko.
Maybe juga aku tak nampak the real risiko yang menanti.

At age 31, buka company sendiri.
Berdua dengan ex-boss.
Masing-masing pumped in duit.
Our starting capital is RM50K je.
Pandai-pandailah nak run business dengan RM50K tu.
Masa tu baru nampak sakitnya kat mana.
Ingatkan RM50K tu dah banyak. Rupanya sikit sangatttttt.
Nak bawa stok masuk semua kena pakai duit.
Bila ada duit sikit, aku pumped lagi duit dalam tu.
Kayuh pelan-pelan orang kata.

Tapi, setahun selepas kitorang run the company, ex-boss aku quit sebab ikut laki dia ke UK.
Imagine, aku tinggalkan gaji yang dah sedap untuk join her, atas cadangan dan idea dia.
Tapi lepas tu dia quit. Kau rasa?

Nak stop dan kembali makan gaji, memang taklah.
Benda dah halfway depan mata, nak tak nak aku kena jalan terus.
SAKIT! Macam-macam jenis sakit aku rasa waktu tu.
Sakit kena kondem dek En Wan dah tentulah.
Sakit kena tinggal dek business partner.
Sakit nak kena uruskan bisnes lagi.
Sakit nak uruskan masa dengan membina business and urusan rumahtangga.
Aku tak terkilan dah lepaskan keselesaan yang aku dah pegang sebelum tu.
Tapi aku rasa terkilan sangat bila invest tenaga, idea, duit dan masa untuk membina impian orang lain, akhirnya aku tertonggeng-tonggeng alone bila dia pilih untuk utamakan family dia.
Masa tu aku macam "Oi! Aku tinggalkan gaji yang dah sedap. Aku peruntukkan lebih masa untuk bisnes berbanding family untuk bring your idea to life. Lepas tu kau quit? Eh, this is your idea tau"

Jadi, punca aku nak patah balik ke umur 31 tahun, supaya aku perbaiki keputusan yang dulu.
Aku tak menyesal jump into business, cuma aku terkilan buat keputusan tu kerana nak realisasikan impian orang lain.

En Wan kata "Awak tu baik sangat suka buat kerja orang lain".

Tak, bukan aku baik.
Tapi bodoh 😭😭😭.

Kalau patah balik ke umur 31, aku akan terus kerja dengan bos Devil Wears Prada, sampai jadi CEO. 
Sebab masa tu aku dah Head of Dept.
Peluang nak naik tu agak tinggi.
At least kat sana ada staff yang competent dalam area masing-masing.
Team Devil Wears Prada bukan calang-calang.
Semua jenis seronok tido kat opis berbanding balik rumah. 
Workaholic nak mati!
Dengan aku aku sekali terjebak balik rumah pukul 10-11 malam.

Berhenti kerja untuk buat business, takde masalah.
Tapi jangan berhenti kerja sebab orang ajak kau buat bisnes. JANGAN!
Nak buat, biar sebab kau sendiri nak buat.
Jadi, kalau kau ditinggalkan pun, kau masih ok.

Walaupun aku ok sebab aku bertahan dengan company yang "kami" created 15 tahun dulu, permulaannya agak rapuh.
Hampir aku give up.
Banyak yang aku tak dapat buat sebab ilmu tak cukup dan modal pun tak besar.
I wish aku boleh return back bawa modal yang aku ada now, untuk buat apa yang aku tak dapat buat dulu.

Masa tu pembahagian task dah clear.
Aku buat produk sales, dia buat project.
Bila dia berhenti dengan so sudden, aku kena take over pending task dan projek dia.
Daripada aku tak tahu buat Halal project sampai terpaksa jadi tahu.
Daripada aku tak mahir dengan custom biotech project, terpaksa jadi mahir.
Terpaksalah curi-curi masa balik rumah bukak file projek, study, dan baca sampai tengah-tengah malam.
Banyak juga plan yang aku terpaksa batalkan sebab aku takde resources.
Tu belum lagi tiba-tiba customer kat Lembaga Koko call "Machine yang sampai ni bila nak buat commissioning, ya?"
Ah sudah! Jem kejap.
Nasib baik aku ada in-house engineer.
Mintak En Wan buatkan commissioning kat tempat customer.
Bayar RM500, laju dia pergi buatkan 😆.

Zaman-zaman tu masak pun sambil menangis, mandi pun sambil menangis, gosok baju sambil menangis.
Drive je tak menangis sebab takut mekap cair.
Menangis sebab tak tahu sampai bila boleh bertahan.
Sambil nangis sambil meratip "Aku boleh buat! Aku boleh buat!"
Drama pulak rasanya.

Nasihat aku, just don't do something or trouble yourself because you want to make other people's dreams come true. Don't!
Set some boundaries.
Melainkan kau memang nak buat.
Contohnya, kau memang berangan-angan nak berbisnes tapi kau nak ada experienced partner. Yang ni boleh.
Tapi kalau kau tak pernah terfikir pun nak berbisnes, tapi kau nak buat sebab nampak macam menjanjikan pulangan yang besar -- DON'T!

Bisnes ni bukan saja perlu hard work tetapi passion.
Kalau passion kau bergantung pada orang lain, chances are, kau takkan bertahan.
Kena ingat yang bukan dia je ada perancangan masa depan.
You have your own dreams, ambitions, and priorities in life too.
Walaupun tolong orang lain capai impian can be noble and rewarding, jangan sampai menyusahkan diri sendiri.
Apetah lagi bila pengorbanan kau is taken for granted.
Sakitnya bukan main lagi, ok?
Kalau rasa tak ready nak join them, just support them dah memadai.